Thursday, June 18, 2015

Ramadhan datang lagi...

Salam 1 Ramadhan kawan-kawan!

Alhamdulillah, akhirnya bertemu kita sekali lagi di bulan Ramadhan. Bagaimana berpuasa hari ini? Okey tak?

Sumber : serahkan aje pada Google ~_^


Hahaha.... buat pertanyaan macamlah you all ni budak baru nak belajar berpuasa kali pertamakan! Dah usia macam ni, kalau tak tahan puasa sehari tak tahulah nak kata macamana! Moga Allah beri petunjuk ~_^

Nampak gaya bulan puasa ni kenalah kurang-kurangkan tengok gambar makanan mahu pun tempek gambar makanan dalam blog. Tapi kalau tak tempek, macamana nak kongsi cerita menu berbuka puasa pulak kan! Oh, susah juga nih.... Hmmmm....

Memang dah jadi satu kebiasaan, kalau hari-hari biasa meleleh aje air liur bila tengok gambar makanan yang nampak sedap-sedap belaka, tapi kalau di bulan puasa ni dugaannya lebih besar; double meleleh 'kuantiti' air liur nanti! Maklumlah bila berpuasa semua pun nampak sedap. Makanan yang kita tak berapa suka pun pada hari-hari biasa, nampak luar biasa kesedapannya. Itulah nafsu namanya....

Tapi percayalah, keterujaan itu semua akan berakhir sebaik azan Maghrib berkumandang! Masa berpuasa semua nampak pun kita nak beli, nak buat.  Itu nak, ini nak tapi lepas aje berbuka puasa, hilang terus selera nak makan secukup-cukupnya macam tiada  esok bagimu lagi dah! Maka, berpada-padalah selalu ya *_*

Sejak berkahwin XX tahun yang lalu (^_^), memang hidangan berbuka di rumah kami tidak sepenuh meja. Maklumlah cuma I dan Hubbydearie aje yang berpuasa dan berbuka bersama, beberapa tahun kemudian kami ditemani oleh Bubbly Abang. Macam biasa aje sebenarnya hidangan berbuka di my rumah. Biasanya 3,4 jenis lauk-pauk aje. Kuih-muih sejak 3 tahun lepas memang jarang jadi 'dessert' masa berbuka. Hubbydearie tak berapa minat nak makan kuih-muih Melayu sebenarnya kecuali beberapa jenis aje. Makanya buat apa I nak membazir beli (buat jauh sekali ^_^) 

Begitu juga dengan Bubbly Abang. Paling digemari cuma apam sahaja; itu pun nak warna putih aje! Biasanya bila berbuka kami makan macam biasa, macam makan malam hari-hari biasa. Cuma bab air tu memanglah ada dua jenis ~ plain water dan air 'sedap'. I pulak masih macam dulu-dulu, bila berbuka nak juga tekak ni secawan air teh atau milo panas *_* Kalau hari-hari biasa takda pulak tekak rasa begitu ^_^

Dan perbezaan yang lain sebab kita ada hidang buah-buahan yang siap dipotong dan kurma ketika berbuka. Kalau hari biasa, nak makan buah silalah makan sendirian, takdanya letak atas meja semasa makan malam *_* 

Tapi apa yang lebih penting, semangat berpuasa di bulan Ramadhan tu yang lain macam sikit. Tak sama macam berpuasa sunat atau puasa ganti di bulan-bulan yang lain. Tak gitu? ^_^

Semoga perjalanan Ramadhan kita kali ini akan lebih baik dan penuh keberkatan berbanding dengan sebelumnya. Selamat berpuasa sebulan ya kawan-kawan!

Eh, tapi kat Jepun anak bulan tak nampak kelmarin! Makanya ah kak start puasa hujung minggu ni lah ~_^








 

 

32 comments:

  1. sama lah kita hidangan berbuka ni. Masak macam biasa jer sebab nak berbuka pun berdua. nafsu serakah kami laki bini masih mampu di kawal ketat even ke pasar ramadhan.. maybe tang tu kuat iman kot hahaha... semalam pun asben dah beli stok bahan basah cukup untuk 3 hari masak.. so takde istilah hari2 pertama ramadhan ni bersua muka di bazar.Apapun selamat berpuasa MD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masak macam-macam pun sampai penuh meja, siapalah yang dapat habiskan. Bila berbuka dapat teguk air pun dah nikmat. Lepas tu tak teruja sangat nak makan. Perut pun cepat kebatangan (senak) bila bulan puasa ni kalau disumbat dengan aneka macam makanan!

      Selamat berpuasa juga, Suria!

      Delete
  2. Assalamualaikum dan Salam Ramadhan Kareem MD.

    Mudah2an puasa kita adalah puasa yang diterimaNya. Mudah2an juga, tahun ini En Suami kakcik tak ghairah nak beli itu ini untuk berbuka. Cukuplah sekadar apa yang kakcik terdaya sediakan - walaupun hanya ikan bilis goreng dengan bawang besar dan cili. Tapi iyalah, kehendak anak-anak seskali kena diturutkan juga... :)

    Eh... suami kawan MD tu, Dr Izan Ibrahim ke? Kalau betul, itulah doktor yang melakukan prosedur ke atas lutut kakcik tu... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam dan Salam 1 Ramadhan, Kakcik!

      Harapnya tahun ini lebih baik amalannya berbanding dengan tahun-tahun sebelum. Saya ni belum apa-apa dah bercadang nak ganti puasa yang tertinggal dalam bulan Syawal juga. Punyalah terujakan tapi yang sebenarnya sedih sebab 1 Ramadhan dah tak dapat puasa!

      Delete
  3. salam ramadhan..selamat menjalani ibadah puasa ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam 1 Ramadhan, Mar. Untunglah dapat berpuasa penuh tahun ni ya kalau mampu *_*

      Delete
  4. Kakak ni MD kalau bulan ramadhan memang jarang masak. Semuanya membungkus aje. Sahur aje kakak masak itu pun sayur bening dan ayam/iakn goreng aje. Abang dia sahur makan kurma dan air masak aje.

    Rumah kakak ni pun ada yg kibarkan bendera Jepun sama.Kesian juga sebab kalau awal dah berkibar nampak gaya hujung bulan sekali lagi akan berkibaran. Itu yg kena gandakan masa tadarus bimbang tak sempat khatam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat sana mungkinlah makanan yang dijual masih sedap di anak tekak kita, Kakzakie. Tapi kalau di KL ni so-so aje. Tak pun sebab saya dah tua setahun, semua makanan dijual di PARAM tu tak sedap kot!

      Oh, memang masak sebenarnya, kak! Awal dan akhir berlubang! Tapi saya dah plan nak ganti puasa cepat-cepat seawal bulan Syawal. Dah puasa pun tak cukup 30 hari, tak akanlah raya nak sampai 31 harikan, kak ~_^

      Delete
  5. Masak ala kadar saja,janji kenyang. KAlau satu meja penuh dengan menu,mana nak taruk pinggan gelas lagi..bunga2 hiasan atas meja taruk atas dapur kejap..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, SB. Yang makan pun berempat aje. Anak-anak tak payah ceritalah, banyak mana makan berbanding kita orang dewasa. Kalau masak sampai penuh meja, penat pun penat, makanan pun dah tentu tak habis makan!

      Delete
  6. MD...kalau ikut huruf roman kan XX tu tandanya dah 20 tahun tau!

    anyway saya kalau buka posa pun dapat segelas air dengan kuih seketul dah memadai
    nanti malam sikit sambung lagi makan nasi plak =)
    tahun ni afif dah start posa, berkobar-kobar dia bangun sahur pagi tadi =)
    tengok petang nanti dia camne =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... belum sampai lagilah, YY. Itu betul-betul huruf X, bukan mewakili 10 dalam roman yerk *_*

      Saya pulak time berbuka memang betul-betul berbuka. Lepas tu tutup tudung saji, simpan baki lauk-pauk dalam peti sejuk. Memang tak makan lagilah. Sahur pun dah takda selera nak makan sebenarnya. Walaupun dah reheat, tetap juga tak sama macam waktu berbuka. Semalam pun simple aje buka puasa kami sebab Hubbydearie aje yang puasa sebenarnya!

      Delete
  7. Tgh bancuh milo ke? hihi
    Ye ar....patut soklan tu kena tukar....maklumlah tanya dengan orang yg dah tahap nak menopose haha....itu maklah..... org lain lama lagi haha....

    Mak lagi teruk Kak Ton langsung tak de buah .....tapi kuih tu mmg ada, rasa tak sempurna pulak kalau tak de kuih tau. Sama jugak mcm Kak Ton semuanya beli hihi..... Eh? Mak tak tersalah cakap kan.... yelah manalah pernah kak Ton buat kuih kecuali puding jagung hihi.....

    Nape lak nak rahsia sangat berapa lama kawen tu....takut org ckp dah nak menopouse ler tu hihi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, kita baiklah! Tak makan dan tak minum sepanjang hari. Orang berbuka, kita pun berbuka sama! Tapi semalam saya balik lepas lunchbreak sebab Abang demam. Itu yang terus senyap! Ingatkan nak blogwalking tak ingat dunia sebenar!

      Mak memang pergi PARAM tiap-tiap petang ke? Saya belum jejak lagi. Takda yang terliur. Kalau pergi, macam-macam nak beli walaupun bukan nak makan sangat akhirnya. Nanti jadi membazir. Semalam pun memasak penuh semua menu yang mudahlah, itu pun masib bersisa dalam peti sejuk, Mak...

      Mana ada lama kahwinnya. Baru lagi . Masih lagi dalam suasana honeymoon ~_^

      Delete
  8. Haha.. baru nk cakap tahun ni seluruh dunia mula puasa pada hari sama. Rupanya kes merah lain ya.. haha.. orang lain dah mula selamba sebab dah biasa puasa nanti orang tu baru nak mula ya.. haha.. minggu depan isnin banyak entry kot.. ya?

    Haha..samalah komen kita Okje. Awat dia nk secret2 usia tahun perkahwinan tu? Haha..

    Saya tak de kuih pun kalau berbuka.. kalau suamj nak, silalah g beli ya.. saya masak biasanya 1 berkuah dan lauk lain biasanya 2 atau 1 ikut keadaan. Mmg semua sedia sblm ke sekolah. Baliknya masak nasi, goreng apa yang nak dan panaskan sup biasanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ya ke? Patutlah HD kata for the first time, Mami dan keluarga di Tashkent berpuasa serentak dengan kami di Malaysia. Begitu juga dengan adik perempuannya di US. Kenapa ya, AN? Anak bulan semua kelihatan di seluruh dunia pada masa yang sama ke? Selalunya Mami berpuasa sehari lebih awal daripada kita di sini.

      Hehehe... sajalah tu suruh tertanya-tanya. Takdalah lama sangat. Bukan 20 tahun tapi dah dua angkalah ~_^

      Saya pun tak beli kuih, buat pun tidak. Masak yang perlu sahaja. Itu pun semalam kakak saya belikan roti john. HD aje yang makan sorang.

      Oh, senang juga pagi dah siap masak! Takdalah terkejar-kejar di petang hari. Ingat dua tahun yang lalu, memang siksa berkejaran memasak sebab Abang sekolah petang. Balik rumah dah nak dekat pukul 6. 1 jam aje time nak kelentang-kelentung di dapur menyiapkan juadah berbuka. Bunyi juadah tu macam hebat-hebat aje menunya yerk ^_^

      Delete
    2. Haha..sebabnya tu saya tak pasti juga.. saya dengar info menarik ni di tv masa tengah berkemas.. patutnya saya dengar betul2 ya.. huhu..

      Ai mesti hari ni berbuka dengan kakak kan?

      Delete
    3. Oh, tidaklah AN... Sibuk mengemas rumah. Berbuka di rumah lagi. Masih belum ada plan nak berbuka di luar. Kena tunggu green light ~_^

      Delete
  9. saya pun dok layan 2 Abdul tu p PARAM. kalau ikut saya, dapat teh o panas dan nasi ok saja. depa lak, nak beli air dan kuih muih. ikutkan ajalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila tengok khemah tu, teringin juga sebenarnya nak ke PARAM tapi bila memikirkan tak habis makan, aduhai malas nak membazir duit (makan kat hotel tu lain cerita ya...tak membazir ~_^) Semalam pun saya masak semua hidangan, mudah-mudah aje buat ikut tekak anak-anak dan suami. Itu pun tak habis. Masih lagi berbaki dalam peti sejuk. Hari ni dah tak tahu nak buat apa...

      Delete
  10. InsyaAllah ..moga puasa kita lebih baik dr thn2 sblm nya ya MD.. azam nak perbaiki diri, tak nak membazir semua ado...harapnya berjayalah atie ni...hahha..
    part2 makan & beli kt PARAM kamek dah kurang membeli.. takut membazir..sbb yg makan nya berdua jo...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, Atie. Saya pun macam tu juga. Nak perbaiki mana yang lompong tahun-tahun sudah. Harapnya berhasillah hendaknya dan dipermudahkan...

      Saya memang tak teringin lagi nak ke PARAM. Kalau dah terpergi takut nanti terbeli. Aduhai, rasa macam rugi pulak kalau tak makan, atau tak sedap mana...

      Delete
  11. juadah berbuka my kakak mmg masak sendiri . saya klu masak cuma untuk menu yg saya nak makan je ... heeee ... yg pati mesti ada buah dan air sejuk ... saya , ada kurma jadilah . tu sbb kurus kedeking ... selamat berpuasa MD . mohin maaf jika ada komen yg terasa hati ... semoga ibadah kita di ramadhan ini diterima Allah . . .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni saya memasak sendiri di rumah. Takdalah juadahnya hebat mana. Ikut anak tekak masing-masing yang berpuasa di rumah. Saya tukang masak aje ~_^ Bulan puasa kali ni takda pulak anak tekak ni minta macam-macam. Sama macam Vee, janji dapat air sejuk nikmat dah...

      Saya pun begitu, Vee. Kalau ada terlanjur kata ketika bergurau alam maya, mohon maaflah ya!

      Delete
  12. dulu2 mula kawen kami ni jenis pantang nmpk Makanan..nafau makan Boleh tahan..sekarang ni buka makan simple2 pun oK .kue wajib ada..biasanya beli la..nk buat klu rajin..taun ni nk diet mmg tak rajin la nak buat.hahaha...

    ssalam ramadhan n selamat berpuasa MD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kali ni takdalah pulak tekak minta bukan-bukan. Si Abang pun sama, takdalah demand nak makan itu ini. Yang sebenarnya dia tak pernah ikut pergi PARAM. Setakat minta bubur ayam aje untuk berbuka. Sudah gembira hati Mommy membuatnya...

      Samalah kita juga ya, PK!

      Delete
  13. simple betul akak sekeluarga berbuka, nampak gaya memang slim melim lah raya nanti..selamat berpuasa kak MD, walaupun tk tahu hari ni puasa ke tidak..hihihi.tak dapat bayangkan cmane Encik HD tu gi terawih.mesti ramai jeling-jeling kat masjid.pakwe mat saleh manala tuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari ni akak puasalah, Sal. Dah dua hari berpuasa. Yeah!

      Setakat ni memang simple aje menu. Kalau orang yang beria-ia berpuasa memang tak terliurlah tengok menu kami sekeluarga ~_^ Ikut kehendak anak-anak dan suami aje. Kehendak sendiri buat masa ni takdalah melampau-lampau sangat sampai kena cari di PARAM *_*

      Bayangkan ajelah ya...nak tengok gambar memang tak dapatlah nak tolong ~_^

      Delete
  14. Selamat berpuasa MD..
    Baru sekarang dapat terjah blog MD..
    Semenjak dua menjak ni sibuk dengan mak CH yg asyik keluar masuk hospital..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa buat CH juga. Eh, bukan ke kita serupa? Tak nampak anak bulan Ramadhan Khamis lepas? Hehehe....

      Oh, ya ke mak CH tak sihat? Dugaan bulan puasa tu tapi takpa, banyak pahala berjasa pada emak.

      Delete
  15. selamat berpuasa kak..
    ermmmm hidangan berbuka Lyn & family pun simple2. beli kuih 2 jenis pun kekadang tak habis. sbb tu tak perlu pg bazaar, ermmm dah bertahun2 pun tak pergi. Simple2 pun ok, elakkan pembaziran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun ni pun akak berbuka dengan menu biasa-biasa aje pilihan keluarga, bukan pilihan tukang masak. Kalau kita aje syok memasak tapi mereka tak makan, buat penat ajelah. Dahlah bulan puasakan... tenaga tak boleh terbuang ke part-part yang tak penting *_*

      Delete

Kisah Rumahtangga...

Salam kawan-kawan! Amboi, tajuk! Takut mendengarnya! Macam nak menjaja kisah rumah tangga aje kekdahnya.  Tapi kenalah sedia maklum...