Wednesday, June 24, 2015

Hari pertama bersama tetamu Ramadhan....

Salam 7 Ramadhan kawan-kawan!

Sekejap aje masa berlalu. Pejam, celik, pejam, celik, asyik berbuka dan bangun sahur tau-tau dah seminggu kita di bulan Ramadhan ya! Masa memang pantas datang dan pergi. Lainlah kalau takda kerja dok menghitung hari. Itu memanglah terasa lama sangat jarum jam saat nak bergerak dari sesaat ke sesaat ~_^

Seperti yang I maklumkan semalam,  berdebar rasa hati nak pulang dari pejabat. Kalau boleh, memang nak lambatkan masa sampai ke rumah. Berharap sangat jalanraya sesak teruk semalam, jadi bolehlah lambat sampai!

Tapi, sebelum pulang dah dapat panggilan dari Hubbydearie. Minta pulang awal. Dalam pada tu, minta dibelikan plain yoghurt untuk Mami. Dalam banyak-banyak perkara yang kami teliti buat untuk menyambut kedatangan Mami, boleh terlupa pulak tentang ini. Memang biasalah bila sampai aje ke Malaysia, Mami cari plain yoghurt untuk dimakan. Kenapa? Janganlah tanya pada I yang tak tahu menahu ni...

Dek kerana itu, tahu ajelah I nikan. Nak cari plain yoghurt, mestilah nak singgah Aeon. Bila dah singgah, tak akanlah setakat nak beli plain yoghurt aje~_^

Balik aje rumah, Mami dah menunggu. Memang Mami tau I akan pulang ke rumah around that time. Sebaik aje beri salam, teruslah dipeluk Mami yang bercakap macam nak menangis! Ah, ini yang I lemah sikit! Walaupun tak faham kenapa (I guess Mami rasa happy sebab dapat bertemu semula dengan anak, menantu dan cucu-cucu di Malaysia), I tetaplah terasa emo. Maklumlah, kaki emo terlebih memang benda kecil pun nak rasa syahdu macam tak dapat balik raya!

Sempatlah borak-borak sekejap sambil diterjemah oleh sang penterjemah yang setia, bukan Mak Jemah ya kawan-kawan!

Kedatangan kali ini akan menjadi pengalaman pertama Mami berpuasa di luar negara. Kata Mami, di Tashkent sekarang cuaca terlampau panas dan mereka berpuasa dari pukul 3 pagi sehingga 8 malam. Bila Mami sampai di KLIA, kata Mami cuaca di sini elok sungguh. Langsung tak terasa panasnya macam di Tashkent sekarang.

Oh, Mami  tentu akan rasa seronok sebab Ramadhan di negara kita ni memang seronokkan! Mami kata bestlah kalau puasa di Malaysia ni sebab ada solat tarawikh di masjid, boleh dengar azan (especially Maghriblah ketika bulan puasa nikan) berkumandang di TV dan di masjid berdekatan serta bebas menjalani ibadah. 

Pada kita, ini semua satu kebiasaan. Bukan sesuatu yang pelik pun tapi pada mereka yang tak bebas mengamalkan ajaran agama, tentu saja ini peluang yang tak boleh disia-siakan!

Macam selalu, Mami bawa 'buah tangan' yang banyak untuk anak lelakinya, hadiah kain ela dan tudung untuk I, pakaian untuk superheroes berdua dan sedikit hadiah untuk my emak dan kakak. Lepas selesai 'sesi beramah-mesra dan penerimaan buah tangan' tu, I  terus minta izin nak solat Asar, singsing lengan dan terus kelentang-kelentung di dapur (sesaja nak  tunjuk skil memasak ala pro gitu...)

My rumah ni sejak bulan puasa, memang kalau I memasak ada aje baki lauk-pauk yang masuk peti sejuk. Yalah, setakat I, HD dan Bubbly Abang manalah larat nak makan semua. Masak bukan banyak mana sebenarnya tapi sebab dah kejang perut minum air, memanglah tak boleh masuk banyak makanan. Sahur pulak kami tiga beranak memang tak makan dah! Makanya baki lauk-pauk kena habiskan hari kedua, kalau tidak memang pembaziranlah - ke tong sampah nasibnya. Kalau simpan lagi dan makan pada hari ketiga, ada pulak yang keracunan makanan nanti  ^_^

So, semalam punya cerita adalah berbaki lauk sardin dan kacang panjang goreng kentang dan suun. I cuma tanak nasi, masak sup cendawan, ikan masin masak lemak cili padi (nenasku habis semalam...), goreng telur bersosej dan ayam goreng yang memang tak pernah  tinggal untuk Bubbly Abang. Lepas tu I panaskan dua lagi baki lauk semalam. Letak jauh sikit dari Mami supaya tak dimakannya lauk semalam *_*

You all tahu apa yang Mami makan sampai bertambah nasi?

Mami berselera sungguh makan ikan sardin yang pedas tu kerana I tambah cili kisar, cili merah dan cili padi ikut sukahati aje nak buat orang sakit perut! I yang makan pun, pijar lidah tergigit cili padi! Maka I cakaplah kat HD boleh tahan ke Mami ni makan cili padi sebab ini first day di Malaysia. Sakit perut nanti of courselah I tak bertanggungjawab dan mengaku salah I si tukang masak ~_^

Bila HD beritahu Mami, Mami kata 'ada kukisah!' (Hah! Pepandai I je, si tukang translate tak bertanggungjawab. Mami tak kata begitu pun *_*) Mami kata inilah masanya nak makan pedas-pedas macam ni. Best..... 

Mami tanya HD ' Macamana agaknya si isteri kamu ni buat macam ni pedas ya???'

Ahhhh..... terbatuk-batuk gatal tekak pulak bila seronok tengok Mami makan bertambah ~_^ Itu baru lauk sardin. Kalau masak asam pedas ikan jenahak, dah tentu-tentu lambat solat Maghrib anak beranak ni... ~_^

Tapi HD selamba aje beritahu Mami - 'Alah... sardin dalam tin aje tu!'

Weyh, I bukan tuang sardin dan panaskan dalam kuali. I tambah itu, ini lagi tau. Susah tau... *_* HD ni langsung tak menyokonglah!

Kami berhenti sekejap untuk solat Maghrib. Lepas tu HD dan Mami sambung makan dan berbual lagi sebelum pergi solat tarawikh. Menantu Melesya tidaklah duduk semeja. Banyak kerjalah nak kena buat! 

HD siap pesan semalam suruh I buat mi goreng aje hari ni. Pedas sikit... 

Tapi kesian pulak pada si Bubbly Abang kalau berbuka dengan mi goreng aje. Mestilah nak up dengan yang lain-lain jugakan.  Hai... tetiba aje rasa nak masak pagi petang siang malam bila sesekali kena puji melambung macam ni tau ~_^

Berbalik pada my superheroes pulak memang teruja betul dengan kedatangan Mami. Tapi malang, mereka main angguk-angguk, geleng-geleng ajelah. Bubbly Abanglah yang paling ceria.

Katanya -  ' we look like one complete and happy family when buvi-jon is here!'  

Yalah, Abang.... 

Abanglah yang paling banyak berborak dengan Buvi-jon walaupun Mami tak faham apa ke bendanya yang dia bercerita. Si Adik Cute pulak buat hal sendiri. Bercakap sorang-sorang, syok sendiri memanjang. Bila Mami solat, dia boleh duduk sebelah tengok aje neneknya solat. Macam satu kepelikan pulak. Kata Mami, jauh beza Adik Cute dibandingkan dengan ketika Mami datang ke Malaysia Disember 2013 yang lalu. Jauh lebih tinggi dan lebih banyak bercakap. Of courselahkan... dah besar dah my superhero cilik ni...

Balik sahaja Hubbydearie dari solat tarawikh, kami masuk tidur. Mami memang selalu tidur awal.  Cuma I ajelah yang berjaga sampai pukul 12 tengah malam. Waktu sahur pukul 5 pagi kami macam biasa aje walaupun Mami ada. Sungguh senang hidup I kalau macam ni tau, tak payah susah-susah menyediakan hidangan itu, ini ketika bersahur. 

Itu sahajalah kisah hari pertama bersama Mami di Malaysia. Kami ada 29 hari lagi ya bersama Mami. Ahah, wish me luck supaya terus-terusan menjadi isteri, ibu dan menantu mithali gitu ~_^









46 comments:

  1. Seronok kakcik baca kisah ini. Terbayang-bayang Mami MD makan, bersembang dan bergembira dikelilingi anak menantu dan cucu tercinta...Alangkah indahnya... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bak kata Bubbly Abang, Kakcik - like one complete happy family! Hehehe....

      Cuak aje lebih bila Mami nak datang tapi selalunya takdalah Mami demand mana pun! Asal cuak tu pun kerana anaknya juga. Suami saya memang anak lelaki mithali, Kakcik. Patutnya saya sukalahkan tapi kadang-kadang tu timbul cemburu ~_^

      Delete
  2. Kalau macam tu, musim panas kat Tashkent memang betul2 panas la MD?
    Musim panas kat sini mmg tinggal nama ajer... Langsung tak panas... Kena pakai baju coat lagi ade lah sbb sejuk... Duk taip komen ni pun, heater tetap terpasang dalam bilik :p
    Cuma nasib baik pendek sikit waktu puasa tu 17 jam, compare dgn kami yg 19 jam ni...
    Tapi sbb ada aircond di mana-mana, tak rasa sgt lah puasa panjang tu... Bila berbuka tu pun makan ala kadar jer sebab dah lewat malam... simpan sikit ruang perut utk isi makanan utk sahur :)

    But betul kata Mami part solat tu.. ai pun dah tak sabar rasanya nak solat terawih kat M'sia ni.. Nak rasa suasana Ramadhan... Nak dengar azan tiap kali masuk waktu solat... Sabar sabar, another seven days to go... hehehe

    Lepas ni boleh la selalu masak sardin sbb kena dgn selera mami... Senang keje MD... hahaha...Tapi saya rasa kan, sebab Mami rindu masakan menantu dia... Tu bukan main berselera lagi makan makanan hasil masakan menantu kesayangan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengikut kata Mami memang panas betul. Kering tekak ketika berpuasa. Dahlah jangkamasanya jauh lebih panjang. Macam Nur merasainya di sanalahkan, pendek 2 jam aje pun. Banyak beza tu *_* Bila jejak kaki di Malaysia kata Mami takdalah panas mana walaupun kita kat sini dah tak tahan berpeluh ^_^

      Katanya lagi 7 hari tinggal. Nikmati pengalaman berpuasa di rantau orang. Tahun mendatang dah kembali ke bumi tercinta pulak. Ni mesti dah tak tahan nak kecek Kelate face to face dengan handai taulan ni, Nur....

      Nampak gaya memang menu pedas membara kena masuk dalam juadah berbuka setiap hari ^_^

      Delete
  3. memula je rasa cuak.. but d end.. sebab bukan selalu jumpa, perasaan cuak tu tetap ada.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah bila nak berjumpa mak mertuakan. Mesti terasa cuak!

      Delete
  4. Selamat menjalankan ibadah puasa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat menjalani ibadah puasa juga. Semoga Ramadhan kita kali ini diberkati :)

      Delete
  5. Berapa degree kat Tashkent tu? 3am - 8pm....perrghhhh...eloklah Mami puasa kat sini, jgn lupa bawak Mami ronda2 bazar Ramadan...hahahaha..kat sana mesti takde kan?

    esok lupa tepek la gambar kain ela tudung Tashkent mari tu..nak jugak tengok :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai, lupa nak tanya! Tapi Mami kata jauh lebih panas dari di Kuala Lumpur ni. Oh, bab bazar Ramadhan tu DZ kita malaslah nak pergi. Memang pun kat sana takda. Azan pun takda tanda waktu berbuka. Hahaha...

      Tapi takpalah, nanti kita ajak Mami jalan-jalan naik kereta lalu kat bazar Ramadhan. Berhenti tidaklah nanti habis duit mengalir bak air deras!

      Delete
    2. beruntunglah kita duduk kat Malaysia ni..bebas nak beramal, nak dengan tidak aje. agak kat sana kalau panas, panas betul, kalau sejuk mau menggigil-gigil.

      sokong tuan dokter, nak tengok gambar tudung gak!

      Delete
    3. Ada peluang tapi tak nak grab, betul tak? Tempat orang sampai berniat teringin nak beramal sebebas-bebasnya.

      Tak juga, Sal. Adakalanya memang panas sangat, adakala lebih sejuk daripada negara kita panasnya. Tapi bab sejuk bersalji tu memanglah tak boleh tanding. Bak kata HD, sangat sejuk memang takdalah di Malaysia ni ~_^

      Err...tengah cari baju warna sama untuk sesuaikan dengan tudung baru. Oh, lupa...dapat VS lagi mak mertua bagi tau *_*

      Delete
  6. saya pun rasanya paling hebat, masak sardin...hehe
    tapi kalau hidang kat MIL, belum tentu dia nak makan =)
    kira mudah juga tekak MIL u ni MD, untung ler...
    jangalah dikira hari tu, nanti terasa lama
    buat aje macam biasa
    sedar-sedar dia kata, masa untuk balik =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...selamba aje HD kata tuang aje sardin dalam tin masuk kuali! Ish3x.

      Mami memang suka makanan yang pedas-pedas sebab tak dapat di Tashkent sana. Siapa lagilah yang boleh masak kari berapi kalau bukan menantu Melesya yang satu ni? Hahaha!

      Tapi dia kata dia balik lepas raya....Huaaaaaaaa!

      Delete
    2. relax lah...mujur lepas raya
      kalau selamanya kat sini lagi naya dak

      Delete
    3. Shhh....tadi HD baca blog dan nampak tajuk ni. Terus skrol komen. Katanya komen bukan main banyak! Membina ke tak membina semua ni? HD fikir isterinya mengumpat dalam blog agaknya :)

      Delete
  7. jauh datangnya MM MD rupanya ya.. Selamat melayan dan teruskan memasak masakan enak dan pedas2 yg disukai MM MD tu. gi bawa ke bazaar Ramadhan jenjalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab masak pedas-pedas ni okeylah. Dah memang 'trend' kita. Jadi takda masalah. Tapi masalahnya anak-anak di bulan puasa ni tak mahulah bagi makanan yang pedas. Takut tak tahan perut nak berpuasa nanti. Tambah lagi kerja kena masak 4 citarasa berbeza!

      Delete
  8. senangnya mertua obersi makan.. camtu nak mertua obersi jugak la hahaha... nasib baik my laki tak reti baca blog. samalah kita MD kalau masak selalu yg berbuka membawa ke berbuka esok. kalau tak habis jugak memang ke tong sampah. kadang2 masakan berbuka dah masak untuk sahur abis terpaksa masak lagi masa sahur. Bergantung pada selera gajah laki bini la.. kita sepanjang 7 hari ni baru sekali berbuka kat luar tu pun sebab hari ahad. Takde la makan gempak2 pun sekadar nasi goreng dengan air sirap jer... Tahun ni azam memasak jer kat rumah sampai hari ke 7 dah mula muak dengan masakan sendiri tapi permintaan my laki katanya.. masak jugak la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnyakan Suria, mertua akak tu tak pernah komplen apa. Padanya kalau menantu tak menjerit dekat suami, taat aje, cukuplah. Bab-bab makan ni Mami tak susah sangat pun cuma of courselah kita ni rasa susah hati nak hidang apa sebab datang dari jauhkan... Nak juga menjaga imej wanita Malaysia. Yalah, dah kita satu-satunya menantu alien yang Mami ada ^_^

      Betul tu, sebab itu hari-hari biasa akak malas nak masak. Masak beria-ia, basah keringat (tapi tak masuk dalam masakanlah!) tapi tak habis-habis bila dimakan. Tahun ni akak pun belum berbuka di luar tahu. Kalau tidak, memang hujung minggu dapur tak berasap. Nak test dulu, kalau Mami tak suka maknanya tak dapatlah nak berbuka di luar!

      Delete
  9. Hihi.. ada ke patut mengharapkan jalan jam supaya sampai ke rumah lewat... ni gayanya cakap je lebih, padahal bila balik tu kemain ya masak makanan sedap2 untuk mami kesayangan tu..

    Bestla dapat mengikat hati mami dengan menu tuang je tu.. haha. Kasi cubit sikit HD ni. Berani dia cakap macam tu ya.. suh dia tgk MD tumbuk cili pelbagai jenis tu..

    Lama betul puasa kat sana ya.. kita kat sini separuh hari pun ada masanya rasa tak tahan panas.. insaf kan.. kalau tak dengar drp orang yang lagi kuat diuji barulah rasa bersyukur dengan apa yang kita ada kan..

    InsyaAllah menantu mami ni memang baik.. abisla dia masak bagai kenduri la ya nanti.. nak jamu mami makan sedap2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish, memang cuak AN bila nak balik first day Mami datang tu. Rasa macam alahai apa nanti Mami kata... Siap touch up muka dan betulkan shawl lagi. Spray perfume sikit. Macam nak pi dating! Dengan suami pun tak macam tu selalunya. Punyalahkan takut kalau Mami komplen!

      Haip...saya tak tuang tau! Saya betul-betul improvise masak sardin dalam tin tu. Hahaha....

      HD memang tau. Bila Mami kata suka kari saya masak berbanding kakak saya yang pakar masak tu, saya terkejut. Ingatkan HD saja-saja nak ambil hati. Lepas tu saya pun nak improvise aneka resepi, adalah terbeli kari maggi yang dah siap tu. Tinggal nak campur bawang hiris + ayam. HD ternampak sekali saya gunakan kari dalam peket tu. Tau apa katanya bila Mami kata kari saya sedap? - Alah, sebenarnya you guna instant karikan!

      Sekali tu aje habis setiap kali saya masak kari katanya saya guna kari peket instant tu!

      Delete
  10. lauk sardin? ahahahaha..memang sedap tu..untungla mami tak cerewet...senang kerja tapi mesti rasa janggal bila tetiba ada orang lain selain kita di rumah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mami bawa banyak roti Uzbek ke sini. Kebetulan hari pertama ada baki sardin. Puaslah saya jauhkan supaya Mami tak makan baki lauk semalam. Tapi sebab itu aje yang pedas memijar, diceduknya beberapa kali.

      Oh, legalah bila minat makan sardin aje! Senang kerja den *_*

      Betul tu, Kniedaz. Dah biasa empat beranak tetiba jadi lima, memang terasa janggal sikit. Semua adab nak kena jaga, maklumlah mak mertua ^_^

      Delete
  11. Bestnyaaaaaa

    Lauk sardin pedas gak yg mami suka ye. X cerewet langsung. Kalau dpt mertua jenis tak cerewet mmg seronok nk masak itu ini kan MD.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Janji pedas, Mami makan bertambah. Kalau tak pedas, tak laju Mami makan *_* Nampaknya bolehlah ulang lauk sardin ni berkali-kali. Waktu sahur boleh cicah roti jugakan... Jimat! Jimat!

      Delete
  12. Nampak sangat mami sebenarnya sangat suka utk tinggal dgn MD & HD (yg ni dah tentu anak dia) bukan kerana M'sia. Menantu pun pandai ambil hati mak mana tak sayang. Itulah bertuahnya beristerikan org Malaysia kan..

    Cucu pulak tahu menghargai kasih sayang nenek dia, seronoklah mami di sini. Apa pun didikan kita buat keluarga bahagia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Paling nampak of courselah rindu kat anak lelaki, Kakzakie. Mungkin juga suasana di sini berbeza dengan di sana. Itu yang Mami suka datang Malaysia. Puas anak perempuannya di US ajak ke sana tapi Mami tak mahu pergi. Lagi pun katanya senang cari makanan halal di Malaysia ni.

      Kita ni sebagai menantu alien mestilah nak tunjuk yang perempuan Malaysia pun bagus juga, bukan perempuan Uzbek aje yang pandai jada suami dan mertua *_*

      Delete
  13. Ehem...ehem.....lagi satu entri penuh sopan santun haha....siapa ada doa kat bawah entri tu yg tak tahan haha.....

    Baru mak nak masak Sardin ptg ni tau....Kak Ton dah mendahului....Ceh!!! sungguh kurang hassam.... Mak ingat mak nak letak belimbing buluh depan rumah jiran sebelah nilah...Pergh mesti kalah kak Ton punya Sambal Sardin slurp...

    Hihi...bab nak balik lambat tu yg tak menahan tu, mcm sama jer haha.....lagi jem teruk lagi best haha....Mami sedih dan gembiralah tu dpt jumpa anak menantu.....Kalau mak pun sedih jugak, silap silap boleh meraung tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak ni memang tau. Kalau tak usik sampai guling-guling, memang nak kena nih. Kak Ton ni kan memang bukan bulan puasa pun dah bersopan-santun tau. Apalagi kalau mak mertua ada depan mata....

      Nanti Mak uplah lauk sardin Mak tu, yang Mak tuang dari tin terus masuk kuali dan campak belimbing buluh jerk ^_^ Kalau Mak tak buat, nanti Kak Ton repeat masak sardin, terus up dalam blog. Hahaha!

      Itulah Mak..memang dapdupdapdup nak balik hari Selasa hari tu. Harap sangat jem teruk tapi takda jem pulak tahun ni! Cis!

      Itu pun Kak Ton singgah lama-lama kat Aeon supaya lambat sampai rumah ~_^

      Delete
  14. welcome to Malaysia mami..ounyaboanjang sy komen tetiba line buat hal..stress ja. .nti la dtg lain komen..klu takde komen yg tadi...merajuk dah.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tahu PK memang beria-ia mengomen kalau tengok dari gaya ayat di atas ~_^ Nak buat macamana dah line semput katanya, PK. Kenalah redha aje. Anyway thankslah datang lagi dan lagi nak cuba mengomen yerk :)

      Delete
    2. entry ni la ekk yg sy komen dua kali n komen pertama panjang berjela dah hilang ntah kemana..HD dah baca la ekk entry ni.nasib baik tulis bertapis..klu tak naya hahaha...

      Delete
    3. HD google pasal berbuka puasa tetiba terus direct masuk blog isteri sendiri. Aduh! Tensionlah bila kena usik sana-sini. Cepat-cepat tukar topik bila HD sebut-sebut pasal blog. Masa berbuka di luar pun katanya ini esok tentu masuk blog! Aduh, tension, tension...

      Delete
  15. seronok baca ni sambil senyum sorang-sorang, nasib baik officemate dah gi solat Jumaat. senangnya lahai menjaga Buvi-jon, tak banyak songeh.

    tu baru sardin, belum asam pedas ke, sambal udang petai ke..mau tak nak balik nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sardin dalam tin improvise sikit-sikit pun dah cukup ^_^

      Tapikan semalam akak goreng charkueyteow, tanak nasi, masak kentang goreng bercilipadi bubuh suun dan ikan bilis dan ayam masak merah, boleh Mami kata 'tak pedas pulak hari ni.....'

      Uh, kalau masak asam pedas memang tak solat Maghrib terus... bahaya! Makanya akak tak naklah masak asam pedas. Berdosa pulak buat orang lupa nak solat nih... Hehehehe...

      Delete
  16. Walapun tak dek gambar sardin goreng berapi tu tapi Nani yang baca ni pun terliurnya lahaii. Hahahah. Sedaonyaaa makan dengan nasi panas panas ada ayam goreng. pehh tak pandang kiri kanan depan belakang dah :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan simple-simple ni memang lain macam kesedapannyakan, Nani. Kalau nasi panas dengan sardin pedas memijar pun alahai sedapnya. Kalau ikut hati akak nak aje makan nasi putih panas-panas + ikan bilis goreng rangup + telur mata kerbau satu. Aduh, nikmatnya!

      Delete
  17. tertunai hajat hubby MD (baca entry atas tu..) nak Mami ada bersama ya...
    saya tumpang seronok baca entry tentang Mami. seronok ya beribu mertuakan bukan bangsa sama. takde masalah pun walaupun ada kekangan bahasa...
    yang penting, Mami sayangkan menantunya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, kali ni dapatlah HD bawa Maminya berbuka di luar, buffet Ramadhan gitu ~_^ Nanti-nanti saya up entri ya, Anim. Harapnya dapatlah Anim baca bila singgah nanti *_*

      Yang paling penting sefahaman antara kedua belah pihak. Tak kiralah sama bangsa dan bahasa atau pun tidak. Kalau dah memang tak boleh ngam tu, dengan mak mertua sama bangsa pun tak ngam, Anim. Hehehe!

      Delete
  18. wah mami pun kuat pedas ye? sure dia berselera jer makan masakan menantu malaysia nya..ermm apa program dgn mami kt malaysia ni?? sure pergi shopping raya sesama nnti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, memang pun! Nasib baik. Senanglah sikit nak mencilikan segala menukan *_*

      Bulan puasa takda programlah, Lyn. Lagipun Mami kalau datang sebab nak beli ubat-ubatannya di sini. Nak berubah dari angin sejuk ke angin panas. Tapi kita kat sini, dah tak tahan panas!

      Delete
  19. nampaknya mami suka makanan pedas la kan.
    ala mommy tanya la hd knpa mesti mami cari plain yogurt
    dlu bila smpai mesia.nti buat entry.nk juga tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang suka sangat makanan letak cili padi banyak-banyak ni, Ciksu. Nasib baik. Mudahlah kerja saya nak memasak. Kalau kat sana, Mami takda geng. Mereka tak makan pedas-pedas. HD pun dah jadi separa Melayu, suka juga yang pedas-pedas!

      Delete
  20. betullah . ramai je yg pi luar negara tu kan mrk tetap rasa m'sa yg best . mat saleh pun suka kat m'sia sbb kita berbilang bangsa tapi blh je dok satu meja ... ramadhan n raya mmg kat m'sia ni meriah berbanding negara islam lain selain idon n brunei . tu sbb serumpun ... mesti mami nanti jatuh cinta terus dgn m'sia ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kita lama tinggal di luar, barulah kot kita akan menghargai negara sendiri. Begitulah kata kawan-kawan saya. Tapi itulah, apa yang kita ada ni kalau tak dijaga betul-betul, kemungkinan boleh hilangkan...

      Saya pun rasa begitu. Kemeriahan Ramadhan dan Syawal di negara kita ni memang berbeza kalau dibandingkan dengan di mana-mana tempat dalam dunia ~_^

      Delete

KFC Chizza Ku-Sogo-kkan ~_^

Salam kawan-kawan!  Ya, kita bersua kembali setelah I selesai memperbaharui keahlian di Gua Tempurung 😊 Apa khabar semua? Saya...