Wednesday, June 10, 2015

Pernah tak...

Salam kawan-kawan!

Bertemu lagi di arena menaip entri tak berhenti-henti ni ya ~_^

Oh, terlanjur I teringat dalam kepala sebelum idea ni keluar terus dari ingatan! Teringat kata-kata Cikgu AN yang 'memuji'  betapa I fokus pada satu tajuk dalam entri ini *_* Mujurlah dalam ramai-ramai yang datang membaca, ada juga seorang yang perasan betapa fokusnya I mengarang entri tu. Lagi pun, tengoklah tajuk tentang apa...

I ni kalau tajuk sensitif (Eh, ada ke tajuk spesies ni?) memang konsentrasinya lebih, tak main auto fokus ni yang boleh berubah-ubah ikut hala angin timur laut, barat daya dan tenggara katanya... Tapi cubalah buat entri yang biasa-biasa aje, memang pengsanlah kawan-kawan yang membaca. Kalau I corner ke kiri, mereka corner ke kiri. Kalau I terjun ke bawah, mereka pun terjun sama juga. Pendekata memang rasa macam naik rollercoasterlah. Itu memang sejak I mula berblogging pun dah ada komen begitu ~_^

Yang sebenarnya I ni memang tak boleh fokus pada sesuatu tajuk bila menaip entri. Entahlah kenapa ya... Bila jari jemari I mula menaip aje, mulalah terhambur segala idea dalam kepala. Asal tajuk begini, bila dah selesai menaip entri, tak tahu mana tajuk nak guna sebab dah macam all in one punya entri. Rasa macam itu ajelah one and only entry sepanjang tahun untuk blog. Itu yang habis dicurahkan isi idea dalam kepala. Yang tak boleh hadam membacanya, of courselah para kawanku yang setia ~_^ Itu yang buat I lap you to the moon and back, okey ^_^ (Janganlah minta hadiah, tengah pokai ni baru shopping mopping tak ingat dunia kewangan semalam....)

Ahah, tengoklah berlaku lagikan... Sebenarnya tadi nak tulis hal lain tapi tetiba teringat pada komen seorang kawan semalam dan sebelum, sebelum, sebelumnya ~_^ Maka terjadilah idea berlebihan mengalir macam ni berkali-kali dalam sejarah!

Back to the topic, boys and girls! (See, betapa I menghargai my alam maya friends sampai I anggap mereka ni budak-budak belasan tahun je tak pernah dimamah usia, sama macam MD! Erkk....)

Okey, memandangkan tajuk kita hari ini berkaitan dengan soalan tergantung, makanya marilah kita sama-sama berdiskus berjemaah tentang bab ini ~_^

Kes 1

Pernah tak you all bertanya soalan yang dah diketahui jawapannya tanpa perlu dijawab?

Inilah contoh paling klasik bagi kita orang perempuan ya....

I tengah menyanyi-nyanyi kecil sambil menjemur pakaian tetiba my jiran keluar rumah nak ke tempat kerja (Eh, anggap ajelah I dalam cerita ni jadi full time housewife yang super-E yerk! Hehehe... sempat lagi tu nak berlagak walaupun dalam cerita rekaan sendiri ^_^) 

Bila my jiran, Kak Pah ni ternampak I semasa dia tengah tergesa-gesa nak memakai kasut tumit tinggi 8cmnya, dia pun menegur...

Tengah jemur pakaian ke, Kak Ton? (sambil terkial-kial nak balancekan badan yang agak plump ketika memakai kasut tumit tinggi 8 cm tu....)

Lalu, I pun menjenguk di antara celahan pakaian yang sedang dijemur dan menjawab sambil tersenyum manis, (tapi dalam hati berkata ~ Kau rabun ke apa? Memang aku jemur bajukan nih, yang kau pergi tanya nak buat apa????),

Ha'ah... tengah jemur baju! Tengok hari macam elok je pagi ni! Nak pergi kerja ke, Kak Pah?  (lawan bertanya balik tanda kita ni bersopan dan peramah orangnya...)

Ha'ah, nak pergi kerjalah ni! Lambat pulak bangun pagi tadi. Semalam khusyuk betul tengok drama Korea pukul 10 tu. Kak Ton tengok tak?

Tengok juga kadang-kala. Tapi takdalah mengikuti sangat..... Eh, semalam apa jadi kat menantu si Bok Hee tu yerk? Kak Ton tak tengoklah. Tertidur pulak semalam!

Eh, Kak Ton.... saya dah lambat ni! Takut sangkut kat traffic jam nanti. Nanti kita sambung cerita ya!

Ahh, yalah, yalah! Pergilah cepat! Nanti merah pulak punch card tu!  

Kalau merah pun aku peduli apa! Kalau kau dah tau terlambat, tak payahlah buka cerita.... cepat-cepat ajelah masuk kereta pergi kerja! Mengong betullah! (Kak Ton berkata dalam hati je sambil bibir tersenyum manis dan melambai ta-ta, ta-ta kat jiran sebelah tadi)

Kes 2

Kadang-kala bila kita dah terlalu lama sangat bekerja di satu tempat, kita akan merasakan pekerjaan yang dilakukan itu tidak mencabar lagi. Sudah jadi rutin yang kalau pejam mata pun boleh buat (tapi hakikat sebenarnya kalau pejam mata, takda apa pun boleh buat dengan betul...)  Jadi, bila sesekali mendapat soalan-soalan yang kurang bernas mulalah kita rasa semacam aje dalam hati.

Contohnyalah ya....

Oh, I see..... So, I nak tanya, apa waktu bekerja you?

Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi hingga 4.30 petang!

Oh, okey..... hari Sabtu you all kerja tak?

Hari Sabtu dan Ahad tutup.... (lembut aje suara keluar kat gagang telefon tu...)

Tapi dalam hati,

Kan dah cakap tadi pejabat buka dari hari Isnin hingga Jumaat!!! Hari Sabtu tu antara Selasa dengan Rabu ke atau Jumaat dengan Ahad nih! 

Kes 3

Yang ini istimewa sikitlah situasinya kerana ia selalu berlaku di antara my sister and I, kalau tidak pun antara Hubbydearie and I....

My sister ni kalau I call smartphonenya, memang adakalanya tak berangkat. Tak tahulah my sis ni buat apa kat rumah. Maybelah my sis sibuk mengemas rumah kerana ini memang dah jadi hobinya. Kalau my sis duduk berehat, beliau akan sakit badan sebab banyak berehat. Samalah sebiji perangai dengan my emak. Kira gene emak menurun kat my sisterlah tapi tidak kat I. I ni kalau disuruh berehat, waduh... syok apa! I rehat aje, tinggalkan semua kerjarumah lepas tu I yang nak pitam tengok rumah dan bertukar jadi tongkang pecah dek superheroes berdua ni.

Err... di mana kita ni tadi....

Oh, ya! So bila I call my sister tak dapat, nanti-nanti my sister akan call I baliklah. Dan kebetulan, bila my sis call balik, I tengah sibuk di pejabat - sama ada tengah meeting ke, atau tengah bercakap dengan bos ke, atau tengah bercakap di telefon pejabat ke atau tengah menaip entri dan jawab komen dalam blog ke makanya, I pun tak jawab panggilan darinya juga!

Bila 2,3 kali perkara ni berlaku dan finally I dapat bercakap dengannya di telefon, I pun tanyalah soalan cepu lepuk ni...

Kenapa orang call banyak kali tak jawab? 

Eleh... kau pun sama jerk! Akak call banyak kali selalu aje tak jawab. Nak kata orang....

Aduh! Nasib baiklah I ni title 'adik' dan beliau ada title tinggi sikit sebagai 'kakak', kalau tidak memang bertikam lidah tak mahu mengalah juga!

Kes 4

Kes ini pun istimewa. Antara my sister and I juga. I tak tahulah pada kawan-kawan yang ada kakak atau adik yang sama perangai macam my eldest sister yang satu ni...

Kita beri contoh lagilah ya. Kalau takda contoh, macamana nak membayangkan situasi, betul tak? *_*

I ajak my sister beli kain ela. Lepas 100 kedai kita keluar masuk, akhirnya kita jumpalah kain yang memang berkenan di hati sangat sampai kalau tak beli, tak boleh tidur malam dibuatnya. Rasa kalau kedai tu buka 24 jam, hendak aje terjah tengah malam tu juga. Manalah tahu kalau pergi esok dah terlambat. Kain tu dah kena rembat dek orang lain. Tak pun dah habis stok. GST ke apa, orang tetap membeli bila dah berkenankan...

My sister pulak tugasnya tukang menghasutlah... ^_^

Eh, cantik kain ni! Lebih baik kau beli ni daripada yang tadi tu. Harga pun okey aje....

So, okey! Keputusan muktamad. Jom kita bayar!

Balik aje rumah, tak sempat-sempat buka tudung teruslah keluarkan kain tadi nak tunjuk kat suami tercinta kononnya...

Dear, tengok kain ni? Cantik tak?

Suami pun belek-belek dua,  tiga kali. Lepas tu garu-garu dagu yang tak berjanggut tu...

Kenapa you beli warna ni? Warna lain takda ke?

Oh... sadisnya.... suami tak berkenan! 

Tetiba my sister pun mainkan peranan 'serampang dua mata'nya !

Itulah R ( nama my husbandlah....), Ngah dah kata tadi tapi dia sibuk nak beli yang ini juga! 

Sambil menoleh kepada I,

Kalau kau pilih yang warna hijau tadi akak tunjuk lagi cantik.....

Aduh... sakit tuh di sini.......

Banyak lagi kes-kes lain yang I nak cerita sebenarnya, tapi cukup-cukuplah empat aje. Kering anak tekak membacanya, ya tak? 

Jumpa lagi di lain entri.

Adios! 

P.S. Kalau dah mukadimah panjang berjela, penutup cerita mestilah pendek dan seringkas yang boleh. Kalau tidak, kesian kat para pembaca setia katanya... I know, I know... you all mengeluh dalam diam kerana nak menjaga hati dan perasaan Kak Ton yang vogue ni ~_^ For that reason,  I lap you forever! Alah, shayang-shayang busyuk manja! Geram Kak Ton rasa nak gigit jerk @_@



















50 comments:

  1. kes satu selalu sangatlah..teringat zaman Sekolah dulu..hari2 turun has balik Dr seko
    lab..makcik jiran depan jalan Tanya..balik Sekolah ke? soalan yg sama ok..setiap hari..anggap je la makcik mak beramas mesra.macam tak tahu nkita balik Sekolah..jawab balik dating ngan jantan kan terkejut makcik.hahaha...

    kes dua tu lebih kurang la..caller biasanya bank la hari sbtu nahad pun call cari org..azab woo nk menjawab..tak pasal kita yg kena marah.huhu..

    yg kes tiga sy je kot yg selalu tak agkt kol..selalu campak hp merata.en suami selalu bising soh selit HP kt anu.hakhak..en suami klu kol tak berangkat tu kompem tido..tidoq mati tau dah.hehe

    yg last no kemen.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah, kita faham mereka peramah orangnya dan cuba nak memulakan perbualan yang mesra. Tapi itulah, kadang-kadang rasa geram jerk dalam hatikan. Dah tau jawapan buat apa bertanya. Buat kering air liur jerk. Lagi-lagi bulan puasa *_*

      Oh, saya cukup menyampahlah kalau orang tanya soalan kurang bernas. Padahal kalau difikirkan balik, memang sebab kita dah lama kita rasa macam tak bernas tapi mereka tu bukan selalu bertanya punkan....

      HD lagi best. Kalau kita call HD tak angkat lepas tu langsung tak call balik. Disuruhnya kita call sekali lagi. Kalau HD buat call lagi best. Boleh missed call aje lepas tu suruh kita call semula! Panas jer dalam hati tau!

      Delete
  2. MD memang sejak dikenali memang suka out of topic
    kadang sampai diri ini pun tak tahu nak komen apa
    sebab semua dia dok cover satu entry
    tapi itulah yang unik pasal blog ni (ayat bodek dengan harapan dapat reward)
    takde gambo pun, daku layan dengan setia

    ooo...apa nak komen tadi, pasal situasi tadi ye
    kesemua yang disenaraikan memang kerap jadi
    kecuali kes 4 sebab tak rajin shopping kain
    mata mudah pening tengok macam-macam warna
    selalu suruh mychintahati aje pilih, cantik pada dia, cantiklah pada saya pun

    lagi apa lagi nak komen ye
    oo, takde idea nak komen
    p sambung makan cekodoklah dulu
    u replylah dulu, nanti i datang lagi =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, macam main whatsapp pulak! Siap tunggu orang reply dulu. Memanglah kita ni rajin reply komen tak macam jiran sebelah yang dah hanyut di lautan sepi tu... Opss... tak pasal-pasal jiran sebelah kena umpat pulak!

      Itulah motif tulis all in one dalam satu entri. Sebab kita nak tau orang baca tak sampai habis. Kalau bercerita macam ni lagi syok kalau suruh orang memberangankan diri berada di situasi itu sendiri, sebab itulah takda gambar ehsan Encik Google *_* Hah, pecah rahsia labu sayong *_*

      Okeylah, okeylah... pergilah makan cekodok dulu. Dahlah tak pelawa orang makan, berani pulak dia mention kat sini. Nasib baiklah tuan rumah ni jenis baik hati, peramah dan ceria aje sepanjang masa, tak ambil hati pun ~_^

      Delete
    2. hehe...eh cite pasal whatsapp, i punya he-ho nak canggih sikit
      pasni kalau rindu dekat you punya bakal besan ni, whatsapp ajelah
      tak payah dah sms =)

      jiran sebelah tu sibuk bersantai dengan anak-beranak dia
      tu yang maleh dia nak melayan reply komen tu gamaknya =)

      tapi yelah MD, brialliant juga idea u ni
      kadang memang ada jenis manusia bukan baca semua
      dia baca atas dengan bawah, tengah tu added advantages lah
      bila dia macam pening baca, confirm baca balik dari atas sampai bawah...hehe
      nak kena tirulah idea u ni MD.

      dah habis makan cekodok dah
      ni tengah makan nuget plak sambil minum neslo ais
      perghhhh...sedap dan nikmat!
      laa...u nak ke? tak payahlah. u kan diet kan =)

      Delete
    3. Ohhhh...kiranya dah maju beberapa tapak ke depanlah ni! Ke dah beli smartphone baru, semakphone dah baling dalam semak nih? Maklumlah katanya balik kampung yang penuh hutan baru ni.... Lalalala..... (sempat lagi nak mengutuk tak cukup di sana, kubuat di sini ~_^)

      Saya tau dah, memang ada yang main skip-skip ni apatah lagi bila takda gambar berwarna-warni *_* Hanya yang kuat pendirian aje yang akan membaca sepenuh jiwa-raga sambil mengekeh sorang-sorang depan komputer tanpa sebab ^_^

      La, takpalah! Takpalah! I dah tak lapar. Pagi tadi tu sebab tak bersarapan. Ni I dah siap-siap makan breakfast and lunch and tea time together-together, cekodok ke, nugget ke, I dah tak hairan dah!

      Delete
  3. adui MD..tu yang acik selalu frust tu..MD baru beli kain..tak pe lagi..acik dah tempah..boleh dia tak suka ngan baju tu..sudahnya jadi habuan anak sedara le..suami acik kalau dah tak suka..pakai pun dia tak bagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sep-sep, Acik! HD pun sama. Kalau saya beli baju dan HD tak suka, tak dibenarkannya saya memakai baju tersebut. Memang haru-biru dalam hati.

      Acik, bab kain ela ni meh saya bagi tip ~_^ Pi tunjuk dulu kain ela tu kat suami sambil letak kat badan sambil kata, 'Yang, yang... cantik tak kain ni di badan I?' Kalau suami geleng kepala sekali jerk, okey cukup dah tanda dia memang tak suka. Tak payahlah susah hati nak pergi tempah, Acik. Hehehe....

      Delete
  4. Kah kah kah... gelakkan dulu entry kali ni.. berfokus juga ni.. bab induksinya tu panjang tu kira cukup bagus untuk buat para pembaca rewind semula keistimewaan blog ni..
    Cakap pasal bonda tercinta pastilah penuh fokus kan..mana leh, orang paling disayangi tu.

    Entry yang buat saya rasa yes, yes, yes.... terutama yang no 3 tu, selalu nau terjadi bila saya dan angah berkomunikasi.. ayat pertama dia kalau dpt call saya , " tak ingat sedara ni! Kakak cal tak pernah nak dapat, harapkan orang KL cal jauh sekali!" Padahal kalau saya call dia tgh sibuk dgn bisnesnya yang mengalahkan gaji cikgu ni.. pedih telinga dgr..

    yang no 1 pula selalu menimpa saya yang mejanya di tepi pintu besar ni. Dah tepi pintu besar, tepi pintu pantry pulak.. jadi bayanglah apa yabg berlaku pada saya bila orang2 yang kononnya peramah lalu kedua dua tempat tu.. rasa nak ignore je atau buat diri jadi halimunan je.. apakan daya.. menyampah sikit2 jelah, nak tukar pun takleh..

    kalau no 2 tu pulak rasanya saya banyak hadapi masa di kelas.. ajar yang tu, tapi budak tanya pulak yang sebaliknya.. KBAt apa kalau gitu kan.. contoh tanya tak boleh buat satu perenggan eh? Padahal tadi baru cikgu cakap "karangan ni kena tulis dalam 5 perenggan".. adoi rasa nak ketuk je kepala..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnyakan, kita patut menghargai pembaca setia kita. Tengok ni, walaupun takda satu pun gambar, tetap juga ada yang membaca dari perkataan pertama sampai perkataan terakhir, takda miss satu pun *_*

      Ahah, samalah kita, AN! Kakak saya tu selalu aje komplen katanya saya tak angkat telefon. Padahal kita ni bekerja dan my sis pulak kat rumah aje. Lagi best, kadang-kadang handphonenya ada je berhampiran tapi sebab kalut, terlambat angkat telefon. Pepandai aje nak kata kita sama macam dia... Ish, geram tau!

      Nanti-nantilah ya kita buat kelas 'belajar mengelak simptom kurang pandai' macam ni.... Hahaha.... Nanti saya ajarkan *_*

      Itu yang geramkan. Kita dah jelaskan dari awal tapi tak juga faham. Kalau kita tak cakap tu lainlah. Lagi satu, dengarlah betul-betul apa orang kata. Ni kes tak mendengar dengan telitilah tu. Itu yang jadi macam tu, dok pi repeat soalan yang entah apa-apa!

      Delete
    2. Alang2 MD sebut pasal Hyun Su ni.. wei samalah kita. Satu family tapah tengok citer ni.. stress sama2 hari tu tunggu episod Isnin
      . Kelakar pun ada..

      Delete
    3. 30 episod pertama saya tekunlah tapi sekarang ni celah belum bila nak tengok aje. Mulanya teruja tapi bila tengok Hyun Su ni lembut benar alahai, tak sanggup nak menanti episod seterusnya....

      Tapikan bila tak tengok, mesti ada episod yang best tertinggal. Ni saya baru tengok balik semalam tetiba rupanya si Kyung Ho dah mati. Awat mati pulak budak cute spek besar tu? Oh, terlanjur dah bercerita pasal Cheongdangdom Scandal ni, sebenarnya saya tak berapa suka si Seo Jun tu. Tak bestlah kalau dia jadi hero pertama. Si Su Hoo pun saya tak suka jugak. Pendekata dalam cerita ni, hero semua tak best!

      Delete
    4. Haha..apa ni Kak Ton tak suka semua hero? Dia dah pilih yabg terbaik la tu, sampai dpt buat orang yg tengok jadi menyampah dgn dia.. haha.. sejak awal lagi saya tak gemar Suho.. terbukti dia mmg jahat..

      Katanya mati kemalangan di Kyung Ho tu. Saya ni katanya tiap2 malam duduk depan tv tp ada masanya takla menghadap betul2, dengan dua Ahmad ni masa tengah aktif tu mcm2la penghalang untuk saya bagi 100% perhatian.

      Delete
    5. Yalah, kalau suruh bandingkan dengan Only My Love dulu, lagi best cerita tu. Jahat memang betul-betul jahat suaminya tu sampai kita rasa nak cekik-cekik aje bila dia keluar TV. Hehehe...

      Saya tak kisahlah kalau Hyun Su takda apa-apa dengan Seo Jun tu sebab saya memang tak suka Seo Jun. Kurang kriteria lelaki gantenglah. Hahaha... Bab si Su Ho tu memanglah lagi tak suka. Pun sama, takda kriteria lelaki idaman. Keh3x....

      Delete
  5. panjangnya hehehe tapi saya baca tauuuuuuuuuuuuuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena bersabar kalau nak membaca dari awal sampai habis, CikSiti ~_^ Entri saya biasanya satu perenggan pun motif boleh berbeza. Hahaha....

      Eh, thankslah sebab habis baca semua ^_^

      Delete
  6. kita dah biasa dah dengan entry kak ton yang berangai dalam satu entry ni kihkihkih :p

    memang paling benci meluat menyampah kalau orang tanya kita macam kes paling di atas tu. dah ko nampak ko tau tapi ko buat2 tanya lagi kannnnnn

    kes tu yang kalau tengah menyidai kata tengah mencebok aje. kes geram!! hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kang kalau kita jawab lain daripada apa yang sepatutnya, jiran pulak yang menyirap darah. Pepagi buat orang naik darah adalah sungguh tak baik tau. Hahaha....

      Lain kali boleh juga kalau orang tanya 'buat apa tu, tengah jemur pakaian ke?' Kita jawab balik, 'taklah, tengah sidai baju jerk....' confirm besok tak tanya lagi ~_^

      Delete
  7. tu namanya berbasa basi..kalau tak memang tak berbuallah dengan jiran-jiran..
    cam kes 2 tu pun saya selalu gak tanya..hehe..double confirm katanya..
    kes 4 tu tak pernah lah pulak jadi serampang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, nak memulakan perbualan tu kena ubah cara. Kalau tidak, rasa macam kelakar aje dah tahu bertanya lagi. Tak nampak ke? Hahaha....

      Ni memang nak kena babat tau. Orang dah kata dah tadi... Tapi takpa, adakalanya saya pun sesaja nak menyakitkan hati orang pergi repeat jawapan atau tanya soalan di luar kawasan larangan *_*

      Delete
  8. Dengan jiran apa jelah yang boleh diborak.. itu jelah soalannya walau dah tahu jawapannya.. tapi kalau ai.. memang takdelah nak tanya macam tu.. biasanya mesti 'dah lama kita tak borak2'.. then.. apalagi.. jiran pun stop dari buat kerja, join kat tepi pagar borak dengan kita.. hahaha.. ;) ni kes jarang bersemuka dengan jiran kiri kananlah ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang-kadang bukan dengan jiran aje. My sis pun adakalanya terbuat sama. My sis masuk rumah I tengok I tengah masak lepas tu tanya, 'Kau tengah masak ke?' Aduhai...tanyalah soalan lain macam, 'Kau tengah tergedik kat dapur ni masak apa yang susah sangat tu?'. Hahaha....

      Oh, kalau berborak dengan jiran memang habis semua dalam kain terburai sama. Maklumlah jarang berborak katanya...

      Delete
  9. Keh3.. Kes 3 selalu sgt dgn mak. Camtu lah.. Kita call dia busy dia call kita busy. Pastu bertalu2 sms tny nape x angkat. Sobss

    Err sy pun selalu entri tajuk lain tp duk cerita himpun tiga empat kisah lain dlm entri tu. mukadimah je dah kaut dua cerita sblm cerita kisah yg tertera tajuk tu. sobss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas tu nak menyalahkan diri masing-masing dok tanya mengapa tak angkat telefon berkali-kali, kan... Hehehe!

      Saya memang macam nilah. Mula-mula ingat nak tulis perkara lain tetiba dah separuh mukasurat katanya, tak mula-mula lagi cerita *_*

      Delete
  10. Episod semalam Hyun Su masih dok umah nenek Seo Jun..Si Juna tetap dengan perangai menyibuk dia..alah..kiranya semua masih sama..terlepas satu episod tak jadi hal..hahhahahha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah banyak episod terlepas, Diana. Semalam baru dapat tengok balik. Maklumlah tengok teruja anak beranak nak tengok movie memalam sempena cuti sekolah dan meraikan Abang tidur lewat nih...

      Eh, itu watak dalam cerita pertamalah yang tengok Cheongdamdong Scandal ni. Bukan MD tau. Keh3x....

      Delete
  11. Utk kes ke 2 tu, memang ramai yg rasa dah bosan, monotonous dengan kerja yang sama...
    Kalau di overseas, mereka banyak amal kan ambil sabbatical leave..gi meneroka negara orang, or simply take a career break.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau terlalu lama sangat di tempat yang sama memang macam tulah rasanya. Terasa macam rutin sangat. Pejam mata pun boleh buat. Itu yang bila dapat soalan tak berapa nak bernas, tetiba aje darah nak menyirap cepat *_*

      Oh, kalaulah tempat kerja saya ni ada sabbatical leave macam lecturer di universiti, sayalah orang pertama memohon dulu!

      Delete
  12. hahaha...selalu kan kak, taulah orang Melayu ni bersopan-santun.Nak berborak kena ada intro dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu sangat tanya soalan yang dah tahu jawapannya. Sekali-sekala nak memulakan perbualan, okeylah. Kalau dah selalu sangat, sentap dik oi!

      Delete
  13. Kes macam di atas? Hurm, bila difikir balik tak dapat ingat satu apa pun. Maybe sebab JARANG mengalaminya.

    Takpelah MD, orang kata bila idea nak menulis tu mencurah-curah datang kita kena terus tulis je. Jangan tahan-tahan. So kalau ada yang terbabas tu mungkin dapat memberanakkan lagi idea-idea yang lain.

    Betul tak..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sentiasa pun terbabas, Gee. Kalau tidak, bukan MDlah namanya. Kalau plotnya straight to the point, memang bukan saya yang menaip entri. Ada orang guna pakai password blogspot. Hahaha!

      Delete
  14. Kes no. 2 tu kelakar la... I bet mmg selalu terjadi kat org yg kerja service industry ni. Tapi kan... I pun selalu gak bersalah tanya soklan2 gitu especially bila call klinik tanya "uols tutup pukul berapa?". Nanti dia pun cakap lah... tengahari tutup pukul 1 sampai 2, then bukak balik sampai pukul 5. Pastu I plak dgn selamba tak pikir panjang, "oh... lunchtime tak bukak eh?" hahahaha!

    Misti nurse tu cakap dlm hati "ko hengat kitorang ni robot ke hapa takyah makan??!"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...

      Sebenarnya I pun ada buat perkara yang sama juga! Biasalah nak minta double kepastian katanya... Tapi itulah, orang yang menjawab soalan tu berkali-kali memang haruslah geram aje mendengarnya sambil menyumpah dalam hati. Eh, macam mewakili diri sendiri aje ~_^

      Delete
  15. Lebih kurang jer kes MD dengan CH tu ...
    Kekadang sengih jer lah , kalau malas nak jawap..
    Bab beli kain tu memang en suami CH cerewet sikit..
    Kalau dia cakap tak cantik , memang tak cantik lah..
    Siap banding kan lagi..
    Serupa kain langsir jer kain ela yg awak beli ni..
    Tuh memang sakitnya di sini huhhuhu
    Pasrah jer lah ko CH dapat hubby yg mulut longkang :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama pun suamikan, nak buat macamana. Kalau tak ikut kata, nanti katanya isteri derhaka. Dah susah hidup kita pulak!

      Saya pernah terbeli blouse tetiba HD kata tak suka tengok saya pakai kerana tak cukup elok pada pandangan matanya. Maka terbiarlah beberapa lama dalam almari sehingga rombakan 'kabinet' berlaku *_*

      Delete
  16. Hahahhaha. Kes yang pertama tu kan jiran Nani sokmo macam tu. Kah ! Sorry kakak jiran tercerita pulak pasal kakak dekat sini. Muahahha :P Hari hari pulak tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayok, tak tahu! Kena pi rumah jiran dan minta maaf ni Nani sebab tak termengumpat dengan akak. Hehehe...

      Kalau sesekali takpalah kan, tapi kalau dah hari-hari, masak kepala ni nak menjawabnya...

      Delete
  17. tu lah kelebihan akak lieya perasan...takde gambar pun leh tulis entry panjang2....mcm lieya? ade gambar baru ade cerita...kalo tak mmg jadi peristiwa blog kene peram jadi pekasam kahkakkahkah.....

    haaaa kak, kes no 3 tu mmg selalu kene lieya ngan hubby...mujur skrang ade wasap...senang...takleh elak dah kalo tak angkat ke ape...sebab kalo tak bace tak naik tick biru tu kan kah kahkah.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalaulah akak letak banyak gambar dan tulis panjang berjela, apa akan jadi agaknya Lieya? Oh, tak dapat bayangkan betapa melepeknya pembaca semua nak habiskan satu-satu entri akak. Hihihi....

      Ish, suami akak, WA pun tak jalan. Lagi best, kalau call mesti kena call balik sampai berangkat. Lepas tu kalau takda apa-apa mustahak, jangan call katanya! Duh, jauh berbeza dengan zaman percintaankan!

      Delete
  18. Hurrmmmm...tajuk pendek tapi entry tak pernahnya pendek...hahaha...Tapi kita baca sampai titisan yg terakhir tau.

    Banyak betul kesnya erk. TApi pernah jer jadi macam tu. Dah tau lagi mau tanya. Saya lah tu. Especially kalau nak kluar lunch. Pada hal memang dah pukul satu. Tengok kawan nak kluar gi tanya 'nak kluar lunch ker?...ppffttt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tajuk tu sebab dah tak tahu nak letak apa lepas menaip entri panjang! Hahaha... Okeylah, thanks so much sebab baca dari mula sampai habis. So memang faham sangatlah isi ceritanya, ya tak?

      Hahaha...kadang-kadang saya pun ada buat juga. Itulah, bila fikir balik kenapa kita dok nak tanya soalan bila kita memang dah tahu jawapannya? Memanglah nak memulakan bicara kononnya tapi kalau dah kerap, tension jadinya yang tukang menjawab!

      Delete
  19. Pernahlah...eleh kak Ton pun pernah buat jugakkan....mcm tak tahu.

    Bukan apa.....tu kan soklan paling senang tak payah nak pikir sangat. Kekadang mls nak pikir kak Ton oii...tp nak peramah tu yg keluar soklan tu ...

    Pak Jilap tu tak tau pesen sangat, so tak yah nak tanya dia sebab kalau tanya semuanya cantik hihi... baik diam diam jer, tau tau pakai.... dia tak akan perasan punya kecuali betul betul nampak osem....


    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah, bukan Kak Ton nak tuju kat orang yang selalu buat. Kak Ton pun pernah buat juga. Cuma pelikkan, kalau ya pun nak berbudi bahasa memulakan bicara, takda cara lain ke? Nampak sangat Kak Ton jarang berhubung dengan jiran tetangga. Hehehe....

      Nasib baiklah, Mak. Beruntung senang cerita. Takda orang nak komen. Kalau bapaknya rajin komen, kita juga yang susah. Lainlah kalau dia tolong belikan terus hadiah kat kita selalu. Takdalah kita komplen panjang berjela dalam senarai, ya tak?

      Delete
  20. Kes 1- itu pemanis bicara namanya. Kalau tak caya, cuba rasa..hihi
    Kes 2- dulu zaman sekolah, cikgu tak rajin buat latihan mencongak. Utk ubati kes ni, kena rajin buat Sudoku, teka silangkata atau word search.
    Kes 3- elok sikit sebab pemanggil rajin telefon balik. Biasanya orang saja buat missed call sebab takut kredit habis. Dia suruh kita call dia..
    Kes 4- akal terkena lagi sebab MD tak rajin menjawab...tak bela diri, hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pun pernah cuba banyak kali juga, Anim ~_^ Cumanya rasa macam kelakar aje kalau dah tau tapi nak tanya. Sekali tu takpalah tapi kalau dah selang sehari dok tanya soalan sama sekadar nak memulakan bicara, oh kelakar pulak!

      Kes 3 tu saya selalu kena. HD pun suka missed call kalau call kita. Saja nak simpan kredit tapi kalau bercakap dengan kawan-kawan takpa pulak! Uhuh, ni yang rasa semacam jerk macam nak marah *_*

      Kakak saya memang macam tu. Kalau kita jawab pun dia buat selamba je tak sokong kita padahal bukan main lagi cakap gegak gempita pada awalnya!

      Delete
  21. tak suka nak jwb soalan yg dah tau jawapan nya.. rasa naik angin.. annoying kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulahkan... Annoying sangat-sangat kalau dapat soalan yang sama berulang kali. Yang paling tak tahan, bila dah tahu apa jawapannya. Sama aje macam kau tanya, kau jawab ajelah sendiri. Senang cerita...

      Delete
  22. korner baring tu sebenarnya penyedap cerita utk elak bosan . saya ok je . dah suka kena rela ... hehehee ... kes pertama tu sebenarnya lebih kepada nak beramah mesra . asalkan ada benda nak tanya dan cerita . kalau selamber je an ti kata sombong lak jiran ni ... kes ke 2 tu lbh kpd nakkan kepastian . redha je lah . org tanya kena lah jawab ... kes ke 3 . jarang berlaku pd saya . selalunya akan trus angkat sbb tau mesti ada benda ptg . kami x cal utk saja2 bersembang ... kes 4 lak tak pernah berlaku sbb selalunya my kakak percaya dgn taste saya . saya cukup rimas bila tgk my kakak pilih warna baju sbb selalu je ambil warna yang tua dan kusam . bagi saya , warna baju mesti ceria . hubby dia x pernah kisah dan ambil tahu pun ... nasib baik penutupnya ringkas jer ... pewww ... hehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak tegur bila nampak jiran, orang kata sombong. Bila dah terlebih mesra sampai tanya soalan sendiri jawab, pun susah jugakan, Vee. hahaha...

      Dululah saya rajin aje bersembang sampai berjam-jam dengan BFF tapi sejak dah ada anak dua ni, memang tak dibuat lagi kerja gitu. Makanya dah kurang sembang di telefon. Kalau ada perkara penting aje pun baru call. Tapi HD memang lain macam. Kalau kita call, tak angkat. Lepas tu sanggup missed call suruh kita call semula. Sayang sangat duit credit telefonnya tu!

      Saya ada seorang kakak yang kalau dia pilih baju aje mesti warna kusam, bak kata Vee macam warna orang tua. Dulu saya selalu perli dia, dok kata kenapalah suka sangat warna-warna cam tu. Tapi sekarang ni (bila rasa diri dah tua juga, dah anak dua...) tetiba aje kita pun sesekali buat perkara yang sama. Hehehe...

      Delete

Salam Eid Mubarak

Salam  kawan-kawan! Lamanya tak menjengah blog. Memang sengaja tak kemaskini blog sempena bulan Ramadhan kali ni. Ada banyak perkara ya...