Kerenah manusia....

Salam Isnin kawan-kawan!

Tetiba aje terasa 'lemau' di pagi Isnin. Selalunya tak begini. Mungkinlah penangan Adik Cute merengek tak bagi I pergi kerja pagi tadi. Mode mak-mak emo pun ter'on' tiba-tiba. Makanya, kuranglah mood nak bekerja hari ini ~_^ 

Alasan oh alasan! Cukup bernas sekali *_*

Rutin dah kembali seperti biasa bila Bubbly Abang mula bersekolah. Bangun pukul 5.30 pagi, lintang-pukang pepagi macam biasa dan keluar rumah pukul 6.40 pagi. Setakat bertabah menghadapi jem di depan sekolah Abang kira biasalah. Inilah padahnya bila masing-masing terlalu mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan orang lain. Maka, marilah kita beramai-ramai menempuh jem ya buat mak-pak pelajar sekolah Cina tersebut *_*

Sebenarnya nak bercerita perihal hari Jumaat minggu lepas. Balik aje kerja terus terjah supermarket kegemaran kerana barang basah dah habis. Kononnya naklah beli ikan untuk dimasak petang tersebut.

Macam biasa, I pun 'set' kan minda ni untuk pergi membeli ikan sahaja. Itu aje niatnya bila nak keluar dari pejabat! Tapi macam biasalah sampai ke Aeon, mestilah nak tawaf dari hujung kiri ke kanan, patah balik dan setiap 4 penjuru sudut tu kenalah berhenti. Pegang, letak, pegang, letak tengok adalah juga troli berisi entah apa-apa *_*

Nasib baik ketika nak membayar, kaunter takda queue panjang walaupun cuma 2, 3 kaunter aje yang buka. I pun beraturlah di kaunter kedua. Depan I ada seorang perempuan India sedang membayar. Dalam pada sibuk dengan hal sendiri, I perasan jugalah ada seorang perempuan ni sedang berbual dengan promoter (kuih raya) di antara kaunter 1 dan 2. 

Disebabkan ada something about her yang menarik perhatian, makanya I pun tengokkan ajelah...



Kalut juga minah ni. Lepas entah apa yang diborakkan, dia pun berlari bawa barang untuk dibayar  di kaunter 3. Kebetulan pelanggan yang sedang menunggu untuk membuat pembayaran penuh trolinya dengan barang-barang.

Tetiba aje minah ni berlari ke kaunter di mana I sedang beratur dan terus masuk mencelah depan I !

Sorry, sorry! Tadi ini tempat saya! Sana penuhlah !

Kalau nak beratur, beraturlah satu tempat. You jangan main lari sana-sini. Habis semua kaunter you booked ke?

Bukan! Bukan! Itu perempuan barang banyaklah. Saya ingat lagi cepat. Tangan saya sakitlah pegang barang.

Barang tak banyak kenapa tak pergi express counter?

Lagi panjang !!!

I pun toleh ke arah express counter. Entah apa yang panjang pun I tak tahulah. Mungkin dia boleh nampak invisible aliens beratur kat situ kot!

Dek kerana dia cuma nak bayar 3,4 barang aje jadi I biarkan ajelah. Cakap banyak pun tak guna kalau macam ni punya gaya pura-pura blur!

Lepas tu dia sibuk 'mengacau' perempuan India yang sedang membayar di depannya. Bukan setakat ada pelanggan 'separuh sedar' macam ni, juruwang di kaunter pun aduhai.... lembapnya! Nak aje I tolong scankan barang-barang tu. Nak kata baru bekerja,  takda pulak tag 'trainee' di dada!

Orang sibuk nak buat kerja, sibuk nak bayar, minah ni sibuk bertanya itu-ini. Kebetulan ada dapat rebate voucher that day. Makanya lagilah banyak soalan dia dok bertanya pada juruwang. Tiba-tiba I tengok dia nak 'nego' dengan perempuan India di depannya. Minta masukkan satu barang yang hendak dibeli. I agak dia nak voucher dan dok tanya kalau-kalau perempuan India tu tak mahu maka bolehlah dia ambil. Barang-barang that Indian lady pun almost mencecah RM100. 

Ingatkan 'deal' mereka menjadilah sebab I tengok minah ni nak keluarkan duit. Tetiba perempuan India tu kata tak mahu bayarkan barangnya; suruh dia bayar sendiri. Lepas tu memang syok tengok muka masing-masing ~_^

Perempuan India tu sempat lagi tengok kat I sambil tunjuk isyarat dengan mimik muka. Memanglah dia pun bengang sebenarnya dengan minah tu. I dah stand by kalau-kalau dia nak minta resit I pulak untuk claim rebate voucher memang kenalah nanti!

I rasa disebabkan sikap minah ni dan juga juruwang yang lemah-gemalai buat kerja, makan masa dekat 20 minit jugalah untuk sampai turn I membayar, padahal cuma ada 3 aje pelanggan yang beratur tadi!

Bila tiba turn I membayar, datang seorang lagi lelaki tua dengan troli beratur di belakang I. I tengok resah di mukanya melihat juruwang yang lemah-gemalai buat kerja, memang pastilah bukan I aje yang jadi spesies tak sabar petang tu *_*








Comments

  1. minah tu nampak tak MD dah rakam gambar dia tu MD.kalau nampak dan dia bertanya..boleh la MD kelentong dia cukup2,kepoh kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia tak perasan sebab tengah sibuk tanya itu ini pada cashier. Penatlah saya menunggu nak membayar barang. Dahlah cashier lembab, diasak pulak dengan macam-macam soalan, memanglah berzaman menunggu!

      Delete
  2. macam-macam peel manusia kan..nasib baik kak MD ni kira penyabar lah malas nak gaduh.kalau kena yang kepala angin memang dah kena sound

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sangkalah kiranya akak ni penyabar juga orangnya. Malas sebenarnya nak buat kecoh. Nanti famous ~_^

      Memanglah nampak dia ada in between 2 kaunter tu tapi tak tahu pulak dia tengah beratur. Yang suruh main tinggal aje line lepas tu patah balik siapa suruhkan? Kalau barangnya setroli, memang akak tak bagi dia beratur depan. Tapi tengok tak banyak, okeylah go ahead. Lagi lama tengok mukanya lagi tension nanti!

      Delete
  3. haiyaa... kalau ai.. mendapat dah dia ni.. tak kisahlah barang dia sikit ke tak.. tapi biasanya terluah dalam hati je sebab pergi dengan en. suami.. beliau memang tak suka kalau ai dah mula bersuara, boleh kecoh kaunter jadinya.. huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kecohlah minah ni. Malas I nak cover-cover muka dalam blog. Dia nak beli entah apa biskut tapi tak nak beli masa tu sebab entah apalah. Membebel-bebel bercakap dengan I. Malas nak layan. Siapa kisah pun dia nak beli ke tidak biskut tu!

      Delete
  4. mmg ado perempuan yg kalut mcm ni. klu kena dgn Lyn mmg lyn suruh dia beratur belakang. ntah ye ntah tidak dia ada beratur dulu. tgk muka pun kalut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang pasti tak tahulah dia ni okey ke tidak! Tapi kalau tengok kelembapan juruwang dan kekecohan minahnya, memang urut dadalah menahan sabar!

      Delete
  5. Ish.. mcm2 karenah yang mencabar kesabaran nampaknya tu.. geramnya... Kenalah lap peluh yang tak nyata tu masa bersabar menunggu giliran..

    Hari ni mcm mana lak tu moodnya? Anak2 ok ? Naim masih lagi menaruh harapan utk mama jaga.. adoi.. lama nau monday bluesnya tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari ni mood okey macam biasa. Tiada yang menyakitkan hati, menggugat kesabaran di pagi hari. Harapnya ia berterusan sampai ke malam nanti ~_^

      Baru dua hari start kerja, AN. Okeylah tu kalau ada sikit-sikit lagi sisa Monday blues dalam diri *_*

      Delete
  6. agaknya kan cashier tu shift pagi kena pulak paksa OT smpi ke malam tu yang kerja gemalai aje tu ekekekekeke

    i syak aje la hahahaha :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa suruh OT kalau dah penat? Balik ajelah. Ni sakit jiwa raga meronta-ronta tengok dia scan baru penuh lemah gemalai. Eh, cashiernya lelakilah, Kira! Lupa nak beritahu *_*

      Delete
  7. ohoi...macam2 kerenah manusia ni kan, kalau saya pun pasti hilang sabar dengan kerenah macam tu, mahu saja tukar ke kaunter lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah, kalau tukar kaunter maknanya kita mengalahlahkan? Walaupun malas nak bertekak sebab tak rasa akal dia sama dengan kita (kah3x), tetap juga kalau boleh malas nak gerak ke kaunter lain *_* Makan dalam ajelah tu kiranya ...

      Delete
  8. Macam2 perangai manusia sekarang ni MD..
    Banyak yg menuntut kesabaran kita ni..
    Kalau kena kat en suami akak tu..
    Dia buat bodoh jer.. pls queue katanya..
    Saya pun beratur juga ..
    Tak kiralah barang banyak mana...
    Selalu jer dia nak bergaduh yg look chinese ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, CH. Perangai manusia zaman sekarang ni memang betul-betul menuntut kesabaran kita. Kena tabah berdepan dengan jenis manusia yang hanya mementingkan diri sendiri. Perasaan sendiri nak orang jaga, perasaan orang tak peduli. Inilah spesiesnya!

      Delete
  9. Tu kurang hajar namanya......ada ke boleh duk depan Kak Ton selamba rock.... Kalau mak sanggup tarik rambut tu hihi.... Nasiblah dpt org belakang yg sabar sepenuh jiwa.....

    Kekadang bangsa tu mmg jenis muka toye ek....semua peluang nak disambar......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memang nampak dia ada di antara dua kaunter tu tapi tak tahulah dia beratur ke atau saja berborak dengan promoter. Tetiba aje lari sana, lari sini tau-tau dia kata dia sebenarnya beratur depan saya! Nasib baik saya ni selalunya menjaga tatatertib di tempat awam tau. Kalau tidak, memang dah kena minah blur nih....

      Kalau diberi muka, memang beginilah jadinya Mak....

      Delete
  10. Aduhaiiiiii... Baru last weekend ter kena Dgn orang yang perangai mcm ni. Kita punya lah queue dengan Sabar kan... Tetiba sampai depan, entab Dari mana dia muncul. " execuse me! Execuse me! ". Blur je mukanya.

    Kita pun blur la juga. Macam xde Perasaan org potong queue dengan polite. Lepas tersedar... Hurm baru geram sorang2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pernah kena sekali dengan kakak saya. Kami beratur di dua kaunter berasingan. Kononnya tengoklah mana cepat. Tetiba kakak saya punya turn yang sampai dulu. Saya pun pergilah ke arahnya (sebelah kaunter aje) dengan bawa troli. Kakak saya masa tu berdiri lenggang kangkung aje. Kebetulan at the same time, ada makcik dan anaknya baru beratur di belakang kakak saya. Anaknya tengah sibuk tengok handphone dan emaknya entah melilau tengok apa. Bila ternampak saya bawa troli masuk barisan, teruslah mereka komplen. Kakak saya pun toleh dan beritahu yang dia memang beratur di situ dan saya ni adiknya, so kami satu 'team' bukannya potong queue orang! Agaknya mereka marah sebab mereka rasa saya potong queue, mereka terus pergi beratur ke kaunter lain dengan muka masam mencuka dok kata saya potong queue!

      Delete
  11. adoi....mmg x suka la mcm tu..selumber badak je potong line...
    xde respek lagsung kat org...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sakit hatikan tapi itulah kadang-kadang kita ni masih lagi baik, tak kisah pun... (tapi ngumpat dalam blog ler... ~_^)

      Delete
  12. saya banyak kali jumpa orang camni
    paling tak boleh tahan suh kita guna kad dia lah sebab nak dapat point
    jadi menyampah dibuatnya! ishhh...kurang pahala posa kata gini
    tapi emmang annoying pun kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni kalau orang depan takda kad, saya nak minta offer kad saya pun segan! Ini memang spesies tak kisah dengan malulah senang cerita, YY. Nasib baik dapat ah kak yang kuat membebel dalam blog aje dan tak suka buat onar di khalayak ramai. Hahaha!

      Delete
  13. manusia klu sama perabgai n ragamnya mana nk meriah hidup ni MD..so bertabahlah dengan manusia2 bikin stress ni..agskvtak sabar sound je sedas.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kadang-kadang kita pun pernah juga buat benda menyakitkan hati orang tapi kita tak tahu. Mana nak tau kalau tak diberitahu, ya tak?

      Redha ajelah. Lagi pun malas nak buat havoc in public ni. Jatuh air muka I, you....

      Delete
  14. spesis perempuan mcm tu mmg ada . selalunya mrk ni jenis yg x tahu malu aka tebal muka sbb bagi mrk tu perkara mudah je ... sabar je lah klu jumpa org mcm tu ... sbb tak ramai pelanggankot tu yg dia buat lemah gemali . atau mungkin ada bf dia kat situ ... heheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu jugalah jumpa spesies macam ni. Walaupun saya ni bukan jenis penyabar tahap tertinggi, kalau sesekali kena tu pelik pulak bila tetiba jadi penyabar orangnya ^_^

      Cashier tu lelakilah, Vee. Tapi nak kata trainee, tak nampak pulak nametag trainee. Nak kata muda, nampak macam dah tua. Letih tunggu dia scan barang satu, satu dengan penuh kesopanan & ketatasusilaan!

      Delete

Post a Comment