Cuba mengembalikan mood memasak *_*

Salam kawan-kawan!

Hari ini lambat bersiaran kerana ada kerja penting nak kena buat. Bergayut kat telefon aje entah berapa kali tapi sepanjang masa dok mendengar nada dering ajelah. Takda siapa yang angkat gagang di sebelah sana *sigh*

Akhirnya tak dapat juga nak siapkan kerja hari ini kerana kerenah 'birokrasi' dan masalah dalaman dalam my pejabat ni. Makanya, kita tolak tepi kerja tu tunggu semua orang siapkan kerja barulah boleh sambung. Jadi, marilah kita berdendang mendengar MD bersenda-loka buat drama pendek dalam blog ~_^ Eh, macamana tu nak bayangkan ek? Hmmmm.....

Memandangkan esok dah mula berpuasa, makanya kenalah rajinkan diri ke dapur. Kalau tidak, terpaksalah kami bertiga berbuka puasa dengan menghadap meja kosong aje *_* Siapa yang rugi? I juga sebab tak dapat makan dengan penuh nikmat di bulan puasa ini ~_^

Hajat di hati tahun ini tak mahu membeli di PARAM sama macam tahun lepas. Itu pun tahun lepas terlepas juga 2,3 kali kalau tak silap sebab ajakan my kakak. Tapikan, pagi tadi masa pergi kerja bila tengok khemah-khemah untuk PARAM dah naik berhampiran my rumah, tetiba pulak terdetik hati ~ 'Patutkah aku cuba jenguk esok petang mereka jual apa kat sini.....' ^_^

Oh, harapnya bisikan tersebut tidak mampu merobohkan azam tahun ni ^_^

Bab berbuka puasa di luar kali ni tak begitu pasti. Selalunya kita ada 'team' tapi tahun ni my sister hanya berbuka dengan anak bujang sulungnya kerana Afiq berada di Kuwait. Wah, mesti nangis tersedu-sedu dua beranak ni kerana first time berpuasa dan bakal beraya tanpa ibu/anak bongsu. Eh, tetiba I pulak yang syahdu. Emo sungguhlah MD ni....

Lagi pun plan berbuka puasa kena dirombak disebabkan alasan yang satu ini. Kalau benar, makanya memang kena berbuka di rumah ajelah memandangkan emak mertua den tak suka berbuka di luar!

Opocots! Terlepas cakap pulak!

I is berendam air mata kalau perkara itu  berlaku tapi the bright sidenya, jimat duit banyak ~_^

Disebabkan faktor-faktor ini, I telah mengeraskan merajinkan diri ke dapur memasak. Maklumlah, start esok aje mula dah rutin memasak 30 hari sebulan. Menu dah siap-siap kopipes kat blog CH termasuklah menu untuk orang berpantang *_* Hahaha! Menu orang dalam pantangkan senang nak buat, bolehlah praktik campak baling tak toleh macam PK selalu buat ^_^

By the way, untuk seorang surirumahtangga separuh hari macam I ni, bila tiba bab memasak pada hari bekerja, memang yang mudah-mudah aje I buat. Kalau dah balik lambat, nak merendang, mengkurma, menyalai, memerap dan sebagainya, nampak gaya dalam pukul 11.59 malam bolehlah makan malam ~_^

Lagipun my small family ni tau ajelah habit makan kami; memang takdalah I nak buat menu gempak gempita macam kawan-kawan alam maya  I yang rajin memasak nih.... Si Abang dengan ayam, Si Adik dengan sup dan Hubbydearie pulak sibuk betul dengan diet rakus; hanya nak makan ikan aje itu pun gril saja. Lain-lain cara dilarang sama sekali. No carbs, no sugar, no lemak tepu tak tepu semualah!

Itu pun dah kira nasib baiklah I rajin juga masak. Kalau mood tak rajin dah sampai, I main tunjuk aje suruh bungkus! Habis cerita. Jimat masa dan tenaga untuk bersama anak-anak! Uhuh, memang tak mithali sungguh Mommy seorang ni yerk *_*

Anyway, sajalah nak juga tunjuk masak apa semalam walaupun biasa-biasa aje. Setakat pro chef memang tak pandang sebelah mata ni. Chef amatur pun belum tentu nak jeling. Hehehe...








Menghabiskan stok minggu lepas sebenarnya. Stok bahan basah untuk puasa, baru nak masuk hari ni ~_^ Kalau ikutkan kehendak semua dalam rumah, macam ni lah jadinya! Ayam masak kari untuk Abang (walaupun dia tak berapa suka kari ni), sup untuk Adik (walaupun si kecil ni tak makan sangat daging), satu sup lagi untuk Hubbydearie sebab katanya I pemurah minyak dalam sup daging so HD tak boleh makan, rasa sikit pun tak boleh! I sendiri tak kisah, semua pun I boleh makan *_* Sayur memang takda stok semalam makanya kita anak beranak jadi karnivorlah semalaman.

Makaroni tu pun lebihan stok yang ada. Maklumlah I ni kalau memasak macam nak bagi makan 10 orang anak padahal kalau buat untuk 4 orang makan pun belum tentu habis. Itu pun I top up lagi dengan macaroni manalah tau ada yang nak simbah macaroni dalam sup tak pun kuah kari tu kan.... 

Betul pun I kata, dua mangkuk kecil si Adik Cute makan makaroni sup semalam, kentang dan daging tolak tepi lepas tu suruh 'Mommylah makan!' ^_^ Si kecil ni pun pelik sungguh sekarang ni memanjang aje dah kenyang. Makan pun tak banyak. Susah hati Mommy kalau anak tak sado tau!

Selesai makan semalam, macam biasa semuanya kena masuk dalam bekas simpan dalam peti sejuk. Sambung lagi hari ni kalau masih berbaki.

Hari ini pulak dah tak tahu nak masak apa. Selalunya waktu sahur kami bukan makan sangat. Sekadar bangun minum air dan mungkin kurma 2,3 biji. Esok ni baru pening datang balik sebabnya nak masak ikut kemahuan Bubbly Abang dan Hubbydearie. Kena adjust menu yang ada sana-sini sikit supaya puas hati dua beranak ni nanti. Maklumlah dua-dua puasakan.  Adik Cute takpa, dia tak puasa sebab confirm setiap malam dia baca doa berbuka aje, tak pernah doa berpuasa!

P.S. Mentang-mentanglah nak puasa, nafsu bukan main lagi. Kalah orang lepas habis pantang. Nampak durian nak beli seguni. Nampak KFC, meleleh air liur (padahal kalau makan seketul pun sekarang memang dah rasa muak), nampak PizzaHut sekali lagi menjejes air liur kempunan. Pendekata semua nak makan sebelum start berpuasa esok. Nafsu, nafsu.... kalau tak dikengkang, memang teruk jadinya!





 

 




Comments

  1. selamat menjalani ibadah puasa buat k. MD....
    insyallah.... say no to PARAM... haha..
    lya start last year, mmg x membeli kat PARAM.. kdg2 mgarut..beli2, tp x makan pom..

    moga misi MD utk memasak tu berjaya... printout siap2 resepi utk sebulan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Same to you, Lya!

      Itulah harapnya berpegang teguh pada azam sekali lagi. Kali ni memang no PARAM at all. Cuma takut mood memasaknya kedaung. Ahah, itu memang nak minta ganti dengan makanan siap sedia terhidang atas meja tanpa perlu masak. Tapi sebenarnya semakin berusia, semakin terasa makanan kat PARAM tu langsung tak sedap mana!

      Oh, dah siap print out pun semalam *_*

      Delete
  2. Salam ramadhan, hubbydearie buat diet Atkins ye....;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan buat Cikna juga!

      Oh, bukan diet Atkins! Ini diet suka-suki HD aje. Sebab itu saya kata diet rakus gitu ~_^

      Delete
  3. Yelah.....rasa mcm baru jer baca entri berbuka kak Ton, tetiba esok dah pose ek.... kejapnya masa berlalu. Eh ? Mak kat mana sekarang ni bukan duduk ngan Ngah ke?

    Nama pun pompuan, so terpaksalah asah skill sebelum masuk ke dapur. Maklum lah lama dah cuti masak hihi. ...

    Kari tu nampak sedaplah Kak Ton, rasa nak cicah ngan roti jala jer tau.
    Habislah nampaknya kalau syurga HD sampai , menjejes air liur ler jiran sebelah mak, tak dpt makan Olio Aglio hihi....

    Tulah ptg ni pun mak teringin nak makan KFC....mcm lah esok lusa tak boleh makan ek .....sebenarnya tak tau dah nak masak apa, boringnyaaaa masak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, Mak.... Memang kejap sangat masa berlalu. Kak Ton rasa macam baru je puasa sebulan Ramadhan semalam tetiba dah nak masuk Ramadhan sekali lagi. Tapi..... esok Kak Ton tak puasa pun! Kak Ton tumpang teruja aje sambut 1 Ramadhan ~_^

      Eh, Mak dengan Ngahlah! Tapi sejak hujung minggu hari tu kakak yang kat Selayang tu bawa ke rumahnya. Mungkin hari ni kot baru balik rumah Ngah.

      Mak, silap haribulan.... raya pun Kak Ton jadi anak perantau di Kuala Lumpur, Mak!!! Hiba nih.... tetiba teringat lagu raya yang syahdu memanjang....

      Kan, ngengada jerk tekak. Macam tak pernah berpuasa. Itu ni nak makan padahal kalau tak puasa esok, takda pun teringin nak makan!

      Delete
  4. Wah kopipes resepi ye MD..
    Meriah lah meja buka puasa tahun ni ye..
    Tengok tayangan kat atas pun CH dah terliur :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab kopipes dah siap dah, CH. Bab menjadi ke tidak jadi lauk atas meja di bulan puasa ni, itu belum pasti lagi. Hahaha!

      Delete
  5. MD pandai jugak buat gambo bulat macam tu ye.acik buasa tengok kawan2 fb pos..rupanya MD pun pandai.kalau tau lama dah acik tanya.he he
    Balik.kerje ni kerja dirumah acik dah menunggu MD anak2 dan ayah anak nak sahur lauk rendang le pulak.nasib baik.le buat rendang tu keje senang.nak siang daging je lama sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, yang ini saya guna picmonkey.com. Pergi kat frame macam bingkai gambar tu lepas tu pilihlah apa bentuk nak. Luar tu kena pilih transparent barulah jadi macam ni :)

      Oh, mak-mak lain macam Acik memang rajin! Saya ni aje spesies nak kata mithali tidak, tak mithali pun tidak ~_^ Apalagi kalau bab memasak ni. Lemah! Saya lagi suka kemas rumah *_*

      Wah, Acik... makan rendang untuk sahur? Mewah tu. Tak mampu saya nak merendang masa puasa ni apatah lagi masa bekerja. Hujung minggu takpalah.

      Delete
  6. kan.
    kena control hih

    oo hd pon alergik dfn minyak juga ye.. samaa mcm suami sy kak.
    tak pa yg pntg semua menu cik kentang ada

    memasak lah kitabdidapur rumah memasing.jikat disamping gst tu huhuhhu

    sahur oat j mommy hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau saya berpuasa, menu simple yang saya suka. Even makan nasi putih+telur goreng+ikan bilis goreng pun dah terasa nikmatnya. Tapi yalah bila bulan puasa ni bukan kena ikut tekak kita; anak-anak dan suami yang kena dahulukan kemahuannya.

      Delete
  7. wrong timing datang sini ni
    terus nampak gambo makanan, tau datang semalam
    tapi semalam tak sempat plak...emm
    sat tengok jam...lah...baru pukul 12;30...emmm

    ooo pasal pro tak pro ye
    saya ni pun bab masak tak reti
    rasa tak sedap kalau sendiri masak
    tapi kalau orang lain masak, cekodok pun rasa sedap =)

    saya memang kebiasaannya makan lewat
    kalau tak tak sempat nak masak
    kalau nak cepat, kena makan luar...redha aje en abang...hehe
    biasa paling cepat makan pun, pkul 10 malam
    memang slow sungguh buat kerja...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, tak akanlah terliur tengok masakan pro chef tak berapa handalan katanya.... Ni kalau pergi blog kaki masak, memang nangis-nangis, guling bawah meja menahan lapar dan dahaga. Hahaha...

      Itu biasalah, YY. Kalau orang lain masak, memang sedap memanjang. Macam saya, kalau kakak sulung saya masak, aduhai... terliur-liur meleleh. Kalau makan, rasa macam tak nak berhenti!

      Aduhai, lambatnya makan malam. Boleh pulak mereka bertiga tahan lapar sampai pukul 10 malam. Selalu balik kerja pukul berapa sampai rumah YY hingga lambat memasak ni?

      Delete
    2. sampai rumah pukul 7 lepas tu gegas ambil aisyah pula kat rumah mak
      campur bergosip semua, pukul 8 baru sampai rumah
      mandi lagi, sembahyang, membebel,
      tolong en abang reply email tuk client dia...pkul 9 baru nak mula masak
      tu yang pkul 10 baru makan...hehe

      Delete
    3. Oh, bukanlah macam si siput buat kerja. Slow and steady. Dah masak agenda terakhir, memanglah lewat makan. Habis tu bulan puasa macamana, lambat sampai rumah? Ke siap-siap beli di PARAM? Tak pun.... mak kan ada... makan rumah maklah tu ~_^

      Delete
  8. Wah.. pasti MD orangnya jenis positif betul.. sempat tulis entry dalam keadaan sibuk melayan karenah birokrasi tu. Kalau saya, agaknya dah stress takleh nak tulis pun. Haha. Btul gak kan, awat nak stresskan diri dengan hal keduniaan semata ni!

    Alahai. Pasti sedih akak MD tu sambut ramadan dan syawal kali ni.. kakak saya pernah cengkung sebab tak lalu makan 3 bulan pertama masa anaknya ke luar negara, sambung belajar... tak sangka kita mak2 ni kalau xda anak boleh xleh telan makan.. ai, masa anak2 kita nanti agak macam mana yer..

    Wah.. banyak gambo makanan sini..dah ada ala2 PK ni.. kemain ye.. kalau jadi mami nak dtg ke tu? Haha.. kalau jadi banyak lagila entry gambo makanan ye nanti.. rajin menantu mami, patut mami suka nk datang ke rumah dia.. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab dah tak boleh nak buat apa. Saya tak boleh nak teruskan kerja dek kerana orang lain tak siap kerja! Makanya, apalagi, taip entrilah in between ^_^

      Tak tahulah macamana. Tapi yalah, ini kali pertama. Semalam pun dah tanya kat saya nak makan luar tak? Nampaknya okeylah kot tapi dalam hati siapa tahukan, AN!

      Ini setakat menu biasa-biasa sahaja. Kalau ikut rasa malu, memang malu nak tempek kat sini tapi buat tak tahu ajelah. Janji ada gambar yang mengconfirmkan kita rajin pergi dapur. Keh3x.

      Delete
  9. bagiuh ada niat murni nk memasak selama sebulan tanpa ke param..sy takpelah buat azam Cantu..azam taun ni nk diet..dh dua hari posa tak diet2 jugak. muahahaha

    tu menu kemain..msk punya byk macam nk buat kenduri..style sy sekali masak untuk sekali mkn..ada lebih pun biasanya tak laku dah..kami mmg suka mkn benda baru masak fresh from kuali periuk setiap masa.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni boleh lagilah. Kakak saya kata, makanan kat PARAM tak sedap. Kakak dah pernah pergi. Katanya nasi berempah yang dimasaknya jauh lagi sedap. Buang duit aje beli RM6.50 satu!

      Kalau ikut style berbuka, harus turun berat badan by end of bulan puasa ni tapi tak tahulah...selalunya tak pernah pun turun!

      Saya ni memang ada habit. Kalau masak, sikit punya banyak tapi selalu aje tak habis. Yalah, ingat takut tak cukup. Ralat kalau tak cukup makan tau!

      Delete
  10. selamat memasak kak MD...payah jugak ek kalau citarasa lain-lain ni..kalau kat rumah saya ni tak boleh memilih, jangan harap mak nak layan.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak rasa tahun ni akak akan terlebih rajinlah, Sal. Sampai ke hari ni, tak terliur pun nak pergi PARAM. Pandang sebelah mata pun tak mahu :)

      Kesian pulak kalau masak syok sendiri terutama buat Bubbly Abang yang memang terkenal cerewetnya... Nanti nak berbuka takda lauk yang berkenan, rasa hampa pulak hati. Mommy juga yang over-over susah hati nanti!

      Delete
  11. Selamat berpuasa kak. dah hari ke 6 baru nak ckp. hehehe. eh takpe dah WA kan hari tuh..
    ermm time puasa ni klu rajin & ada masa better masak sendiri even simple pun. ikut tekak kita kan. kekadang beli kat param mmg nampak menarik. tapi at last tak makan. dah membazir sbb nafsu tgk semua sedap tuh yg boleh kita jadi mcm tuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpalah, Lyn yang penting masih lagi di bulan puasakan *_* Eh, yalah kita dah WA so kira dah buat ucapan dari dalam hatilahkan...

      Akak tak terliur langsunglah tengok bazar Ramadhan. Even sampai hari ini takda nafsu pun nak makan macam-macam. Asal dapat teguk air pun dah nikmat banyak rasanya!

      Delete
  12. time sahur , sup kentang + sohoon tu ler yg paling menyelerakan bagi saya ... kat sini lak , man on the house setiap hari bawa balik sama ada asam pedas , kari , kurma , masak gulai sup untuk daging / ayam , udang, ikan masin, ikan . dah sampai tahap tak heran nak jeling pun ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau masak sup-sup ni biasanya untuk Adik Cute sebab dia suka makan nasi sambil hirup sup. Kalau Abang pulak memang ayam memanjang dalam kamus makannya! Bulan puasa ni saya rasa sekali pun tak pernah masak asam pedas. Macam tak percaya jerk pulak!

      Delete

Post a Comment