Salam kawan-kawan!
Sebenarnya dari pagi tadi I cuba nak watermark gambar anak-anak; kononnya nak berkongsi cerita tentang keletah my superheroeslah hari ni. Ohhh, I tell you! Si bujang kecil tu mulut makin menjadi-jadi kecohnya. Tak tahu ikut siapa 😃 Yang selalu terkena dah tentu-tentu Daddynya. Dengan Mommynya dia takut sikit... Tapi acara memilih gambar asyik tergendala sampai ke sudah tak siap-siap. Makanya kita lupakanlah kisah anak-anak. Marilah kita berborak kisah masyarakat pula... 😊
Pada yang tak biasa mengikuti FB, twitter, instagram dan sebagainya seperti ticer kita yang sibuk dengan kerenah anak-anak didik dan pakar masakan tradisional yang kat wall FBnya asyik lalu-lalang resepi aje, memanglah tak akan tahu betapa 'seronok'nya membaca komen-komen yang ditinggalkan di media sosial ni 😊
Lainlah macam Kak Ton dan Mak, memang sukalah perkara lagho macam ni. Tak gitu, Mak? (Aha... Kak Ton pernah nampak tau Mak mengomen kat FB pokcik terlajak laris tu, kemain lagi!)
Oh, lupa! Mak terambil 'dadah' tanpa sengaja pagi tadi makanya mungkin dia tengah mamai-mamai lagi sekarang ni 😉 Selamat Kak Ton... kalau tidak, asyik nak bergusti lengan aje kerjanya!
Yang sebenarnya Kak Ton ni bukannya aktif sangat di media so-si-al 😃 I takda instagram, takda twitter, telegram, wechat dan entah apa-apa lagilah! Malaslah, takut nanti Nora Danish ketinggalan pulak dari segi kutipan follower 😝 FB tu pun dah kata kelmarinkan, hangat-hangat tahi ayam aje. Jangan kata takda tapi lagi teruk dari blog ni keadaannya!
Jadinya, bila terbaca post di mana-mana media sosial ni, yang paling interesting sekali dah tentu-tentulah bab komen yang diterima. Memang luluhlah hati pada yang terlebih emosi; ada masanya boleh jadi macam orang gila ketawa tanpa sebab bila membaca komen-komen ni terutama yang melibatkan artis 😊
I memang betul tak fahamlah sikap netizen ni. Bila ada aje modal untuk membahan orang, bukan main laju menaip mengutuk mengata mengalahkan diri sendiri tu sudah sangat sempurna. Nasib baiklah I ni bukan artis, kalau tidak memang makan hati aje hari-hari dok nak jaga sangat peminat. Nanti berbalas-balas kutukan, hilang pulak populariti. Kasihan sungguh! Keluar pulak nanti statement - tanpa peminat, tak kemana perginya! Aduh! Sakit tuh di sini, sini dan sini!
Tapi, kenapa ya bila kita nak menegur tentang sesuatu tak boleh ke kita menegur dengan cara baik dan menggunakan perkataan yang elok-elok sahaja? Bukan ke bila kita menegur demi kebaikan kita mengharapkan orang yang ditegur itu akan tersedar dan kembali ke pangkal jalan. Tetapi, bila menegur dengan cara yang silap dan kasar bunyinya, siapa yang ada hati untuk berubah demi kebaikan selepas mendapat teguran tersebut? I pun tak nak 😊
Adakalanya bila membaca sesuatu post, I tak nampak pun di mana silapnya. Tapi bila 'bergelumang' dengan netizen ni, memang ada sahaja salah-silapnya. Kalau takda sekali pun, akan dicari kesilapan tu sampai ke lubang cacing biar menjadi viral. Orang berkongsi cerita baik, dikatanya riak. Orang beri pendapat bertentangan dengan pendapat orang kebanyakan, dikatanya berlagak. Kalau semua pun tak suka, apa kata jangan masuk campur. Lebih baik duduk menghabiskan masa berzikir, membaca AlQuran tak pun buatlah perkara yang lebih berfaedah daripada sibuk menekan keyboard menaip komen yang tak masuk di akal.
Memanglah ada masanya, ada juga insan-insan yang mengemaskini media sosial dengan status atau post yang memang minta di'tujal-tujal' dek pembaca. Itu tidak dinafikan, memang sahaja nak minta kena kutuk. Dah tahu orang suka mengutuk tentang apa sahaja, pergi cari pasal nak buat apa? Yang lagi baik, kalau tak sanggup menerima tohmahan atau pun hati tu memang lebih rapuh dari kristal, lebih baiklah jangan dikongsi apa-apa di media sosial. Hati pun tak sakit...
Kita ni kalau nak buat sesuatu memang kena berfikir betul-betul. Lagi-lagi bila nak berkongsi dengan semua makhluk di muka bumi ni. Silap haribulan, perkara baik yang kita kongsi pun kena kutuk tak semena-mena. Cubalah suka-suka tulis kata 'Alhamdulillah! Dapat juga solat dhuha pagi ni...'
Kalau nak kena kecam kata riak, berlagak macam baik dan segala kata luka nestapa yang menyentap jiwa raga, uplah status macam ni. Ada masanya niat nak saling mengingati pun disalah-anggap. Dunia memang dah nak terbalik sangat nih...
Memang benar sebagai insan, kita haruslah menegur kalau ternampak salah-silap di mana-mana. Tetapi, biarlah teguran itu dengan nada dan cara yang betul. Kalau menegur menggunakan kata-kata yang kesat adakah itu bermakna kita lebih baik daripada si pembuat kesilapan?
Contoh yang selalu sangat I nampak bila menegur tentang aurat atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan agama. Kalau kita nampak pengetahuan agama seseorang tu cetek, kita tegurlah dengan cara baik. Tak perlu dihentam, tak perlu diperkotak-katikkan kecetekan ilmunya. Janganlah guna ayat-ayat yang boleh menyentap hati dan perasaan orang yang ditegur. Elok-elok niat tu baik, tiba-tiba aje berat bahu sebelah menanggung dosa!
Tergelak tadi bila membaca kisah seorang wanita yang tidak berhijab meluahkan pendapat tentang aurat. Menurut wanita ini manusia sekarang (lebih spesifik - Melayu Malaysia) semuanya berbicara tentang kepentingan aurat sahaja. Walaupun solat tak tinggal lima waktu dan rajin buat amal jariah, tetap juga dipandang serong kerana tak menutup aurat. Kalau kita tutup aurat, tak solat 5 waktu dan tak beramal banyak pun, orang masih kata inilah perempuan yang baik sebab menjaga auratnya sedangkan kalau suatu hari nanti wanita begini menutup auratnya, mungkin juga dia lebih baik daripada yang menutup aurat dan tak menjaga agamanya tadi.
Memang ada kebenarannya, I pun bersetuju. Kita tak boleh menilai secara fizikal aje. Memang salah tak menutup aurat tetapi itu tak bermakna dia seorang yang jahat. Adakah benar, kalau kita menutup aurat tapi tak solat, tutup separuh badan manakala separuh lagi pakai seketat mungkin sampai nampak G-string, tak hormat ibubapa dan tak menjaga adab lebih baik daripada wanita yang tak menutup aurat tetapi tak tinggal solat 5 waktu dan menjaga adab-adab yang lain?
Contohnya kalau kita nampak seorang wanita yang berpakaian seksi, adakah dia lebih jahat berbanding dengan wanita yang berhijab tetapi berbaju dan berseluar ketat? Adakah confirm wanita seksi ini akan masuk neraka akhirnya? Adakah dia langsung tak mempunyai kebaikan dan tak mungkin akan berubah suatu hari nanti? Dan bagaimana pula dengan kita yang menutup aurat tetapi tak menjaga adab dan agama sebaik-baiknya? Adakah kita sempurna? Dalam dunia ni tiada manusia yang sempurna ya.
Kalau kita nampak seseorang cuba menjadi baik, mula menutup aurat, belajar memperbaiki bacaan AlQuran dan sebagainya, kita sepatutnya menyokong niatnya. Berikan kata-kata sokongan dan bukannya menambahkan beban kepada si dia yang berusaha untuk menjadi lebih baik ni.
Ini tidak. Pakai tudung pendek sikit kena tegur. Buat ini silap, buat itu silap. Langsung tak beri ruang untuk si pelaku tadi berusaha menjadi lebih baik. Kalau pun nak menegur, janganlah guna ayat-ayat yang kasar. Nak suruh orang lain jadi baik, kita tunjukkanlah contoh. Kalau kita sendiri memaki hamun dan menggunakan perkataan yang kurang baik, agaknya ada ke orang yang nak dengar teguran kita tu?
Tak elok menghakimi sesama manusia. Kalau buat silap, kita tegur secara berhemah. Kalau kita nampak orang lebih baik daripada kita, haruslah rasa cemburu yang positif dan ambil jadikan tauladan. Kalau takda perkara baik yang nak kita katakan, lebih baik lihat dari kejauhan aje; jangan kata apa-apa. Menegur demi kebaikan tu memang patut dilakukan tapi janganlah berlebih-lebihan sangat macam hanya kita yang terbaik berbanding orang lain.
Selepas ini kalau terbaca sesuatu yang kita tak mampu sependapat, fikir dulu kalau nak turut serta menegur. Kalau kita sendiri tak tahu cara menegur yang baik bermakna kita pun sama ajelah satu geng 😊 Tak usah susah-susah hati fikirkan bagaimana nak menegur orang lain, kita 'tegur' diri kita sendiri dulu!