JJCM : D' Timer Cafe, Sepiring & Rosdet Tomyam

Salam kawan-kawan!

Aha, lepas baik daripada diarrhea, apa kita perlu buat?

Qada'  MAKAN πŸ˜‰

Tapi jangan bimbang ahkak kena diarrhea lagi ya sebabnya JJCM ni bukannya baru. Kalau tak silap seminggu atau dua minggu sebelum cuti panjang Hari Merdeka & Aidil Adha. Buat masa ni memanglah takdanya terliur nak makan di luar kerana entah mengapa anak tekak masih lagi terasa pahit dek kerana baru sembuh dari demam. Kenalah beri masa dulu sebelum fully melenjan makan-makan 😊

Oh, ya! Daging korban pun banyak lagi ni. Masih banyak menu yang belum disediakan. Sakit-sakit pun sempat buat sup tulang, daging masak black pepper dan semalam pulak buat kari daging. Tapi yalah, I main cuit-cuit manja aje, merasa itu, ini sebab takut alahai nak makan banyak. Nanti tak pasal-pasal kena melawat bilik air dan jadi PR kat situ, siapa yang nak bertanggungjawab? Keluarga ahkak juga yang susah tak makan nanti kalau ahkak tumbang tau!

Dek kerana sekarang ni selalu aje malas nak update blog, apakata kita buat JJCM in group; senang gitu kerjanya. Takdalah makan masa berjam-jam dok tenung komputer.

Kita mulakan dengan restoran ulangan ya - Rosdet Tomyam 😊








Siapa yang tak tahu Rosdet Tomyam ni di mana, sila angkat kaki!

Malaslah nak cerita lebih-lebih ya. Restoran ni terletak di Kg Bharu aje. Takkanlah tak pernah dengar.

Kali ni kami beria-ia memesan makanan sebabnya seharian tak makan ya kecuali bersarapan lewat di pagi hari. Selalunya pun begitu tapi kali ni terasa lebih lapar daripada kebiasaannya. Maka macam-macamlah kita order.

Pernah dengar nama restoran ni - Sepiring?

I ni ingat-ingat lupa kat mana kali pertama I ternampak restoran ni. Kalau tak silap di Mitsui Outlet nun. Tak berapa pastilah tetapi cawangan yang kami terjah ni di IOI Mall, Putrajaya ya 😊

Selepas kenyang menjamu sarapan di Umai Cafe dan window shopping (aje) di IOI Mall, tetiba kami ternampak ini...



Mana boleh tahan beb!

Tapi bila tiba masa buat pesanan, ini yang diordernya ... πŸ˜‚



Itu pun tak habis ya walaupun berkongsi ramai-ramai. Mana tidaknya, makanan yang dimakan di Umai Cafe masih belum fully hadam lagi, dah masuk restoran lain ...

Dan restoran yang ketiga pula terletak di Taman Sri Rampai - D'Timer Cafe

Restoran ni my sister Ngah yang perkenalkan. Katanya pernah pergi makan dengan anak dan menantunya. Boleh tahan sedap menu yang berasal dari Johor; lebih spesifik lagi ownernya orang Batu Pahat katanya. I pun tergoda lalu jomlah Ngah kita pergi melawat restoran ni...





HD order nasi beriani daging kalau tak silap tapi terlupa nak suruh ambil gambar. I lupa Ngah order apa. My mom pulak order lempeng aje, itu pun tak habis. Adat orang tua makan. Yang tak ingat-ingat tua ni, anak perempuannya. Kalau bab makan, masih lagi berselera 😊

Oh, ya! Nasi ambeng dalam gambar tu milik tuan punya blog. I dah terbayang kalau nasi ambeng ni mestilah ada sambal tempe goreng siap suun bagai. Expectation memang tinggilah. Ngah tanya, sayur tak makan apahal pulak nak order nasi ambeng ni? Memang favorite ke? I pun jawab, tak kenal maka tak cinta  gitu. 

Malangnya lepas berkenalan, susah pulak rasanya nak jatuh cinta. Hahaha!

Masa nak balik, my anak-anak sempat pow lagi brownies. Memang kaki powlah mereka berdua ni...

Bila tiba bab nak membayar, I terpandangkan seorang wanita berhampiran kaunter. Sekali tengok macam kenal. Dua kali tengok, memang rasa-rasanya kenal! Selalunya I ni memang jarang memulakan perbualan. Maklumlah sombong gitukan. Tapi kali ni entah kenapa I tetiba jadi 'friendly' dengan stranger. I rasa kenal tapi tak tahu kenalan dari mana. I pun mula bertanya dari peringkat sekolahlah... πŸ˜‰

Maaf ya! Boleh tanya sikit? Awak ni dulu sekolah kat mana ya? Saya rasa macam kenal ajelah!

Dan wanita itu pun menjawab nama sebuah sekolah di Muar...

Dang! Apa lagi.... siap terus sebut tahun, sebut nama guru disiplin (yang mana my kakak sepupu) dan nama kelas lagi!

Malangnya semua pun dia tak ingat! 

Yang paling frust menonggeng, pengawas yang paling glamour ni (@ ahkak blog ler) dia tak kenal juga! How come!!!

Apa-apa pun memang owner cafe ni my ex-schoolmate πŸ˜‰ Dan yang best, brownies yang my anak-anak pow tu sebenarnya dibuat oleh my ex-schoolmate juga!

Kecilnya alahai duniaaaaa....























Comments

  1. rosdet tu biasa dengar tapi tak pernahlah pergi makan sebab ke kampung baru baru pun dah berkurun tak pergi sejak berumahtangga ni, suami kita malas masuk kl katanya..

    oh owner restoren tu schoolmate MD lah ye tapi dia tak ingat MD ye, takpe mesti lepas tu dia terfikir2 tu dan ingatannya mesti datang balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak tahu owner resto tu bekas kawan sekolah. Kakak saya yang memperkenalkan restoran ni pada saya. Sekali bila pergi tengok-tengok eh, macamlah kenal ^_^

      Delete
  2. sedap2 nmpknye menu2 tu..lapar plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Datang time lunch memanglah lapar, Mama Tisya ~_^

      Delete
  3. Pernah makan di Rosdet. Tak tahulah sama ada sekarang, servicenya sepantas dahulu atau tidak...

    Eh...cepatnya ex-schoolmate MD tu hilang ingatan! hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Servis masih lagi pantas, Kakcik tapi dari segi rasa saya rasa macam kurang pulak berbanding dengan kali terakhir saya datang ke sini. Bolehlah buat hilang lapar!

      Itulah pasal! Sikit punya glamour kat sekolah boleh dia tak ingat. Kehkehkeh!

      Delete
  4. wah sedapnya makanan2 yg ada ni. memang JJCM sungguh. ok part last tu klako.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah terlanjur keluar rumah, apa kata kita makan sampai pengsan! Dah pengsan nanti baru fikir nak buat apa. Hahaha!

      Sedihkan, ingatkan glamour habis kat sekolah rupa-rupanya masih ada lagi yang tak cam kat kita!

      Delete
  5. Sorrylah ye...walaupun katanya prefect top 5 kat sekolah tutttt tapi tak glemer nak buat mcm mana dah tak glemer! Haha....
    Eleh!! Sajalah tu nak mintak brownies free konon konon kenal hihi...

    Sepiring tu pernah nampak kat IOI...tp rasanya tak pernah try. Mengancam jugak cendol dia dgn ais ABC dia tu ke...

    Teringat nasi ambeng berkat... Dulu dulu kalau abah balik kenduri mesti dpt berkat. Walaupun sisa....tp dah katanya berkat sedap weyh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini yang konpius tau, Mak. Rasanya bab glamour tu dah cukup over the moon glamournya tapi macamanalah ex school mate ni tak cam saya? Banyak perubahan kot. Hahaha!

      Eh, brownies tu mereka pow kakak kita ya! Kita buat-buat bodoh aje tak layan sebab tengah interview bekas kawan sekolah. Penat bedooh jerk tanya rupa-rupanya semua dia tak ingat. Hahaha!

      Masa nampak ni Mak memang terliur habis walaupun baru melantak kat Umai. Tapi bila dah makan, tak habis pun! Biasalahkan tamak!

      Delete
  6. Camna boleh tak ingat pengawas yg paling cun ni ye MD..
    Segala sudah disebut masih tak ingat ye MD..
    Mmg frust lah kan..
    Rasa mcm tak freindly pulak lepas ni πŸ˜†πŸ˜†

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan yang paling cun, yang paling glamour, CH. Hahaha!

      Entahlah, pelik tau ada juga yang tak kenal saya zaman di boarding school dulu. Tak boleh hadam rasanya fakta ni. Hahaha!

      Delete
  7. Huwaaaaa...apesal sedpa sangat ni...kat mana kedia ni MD..bagi alamt..nak cari gak ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kedai yang mana satu ni, SA?

      Rosdet tu di Kg Bharu aje. Sepiring pulak ada di IOI Mall Putrajaya, kalau tak silap kat Mitsui Outlet pun ada ^_^ And D'Timer Cafe tu pula di Seksyen 10, Taman Sri Rampai.

      Delete

Post a Comment