Hari Jadi & Aidil Adha Dalam Sejarah

Salam kawan-kawan!

Apa khabar semua? Seronok dapat cuti extra semalam?

My pejabat macam biasalah, kalau ada cuti umum mengejut macam ni kami tak teruja mana pun sebabnya kena juga kerja dan dapat satu hari cuti extra di kemudian hari 😊 

Nak buat macamana, Jepun tak suka cuti-cuti mengejut macam ni! Kenalah redha aje. Tapi, yang sebenarnya I tak pergi kerja pun semalam! Maka takdalah cuti extranya! Songeh ajelah lebih kata nak datang, nak datang kerja tapi akhirnya terus whatsapp kata tak dapat datang! 

Bagaimana sambutan Aidil Adha masing-masing? Meriah?

Buat I dan keluarga, Aidil Adha kali ini memang kena betul-betul masuk dalam lipatan sejarah. Cuti punyalah panjang bila bersambung dengan Hari Merdeka dan extra cuti semalam tapi kami empat beranak duduk diam-diam di rumah aje!

Memang dari awal lagi I dah berbincang dengan HD, Aidil Adha kali ini kami menyambut di Kuala Lumpur aje. Kebetulan seminggu selepas Aidil Adha, my sister Teh akan mengahwinkan anak perempuan bongsunya. Kami kena travel ke Johor Bahru untuk majlis perkahwinan ni. Jadi, malaslah I nak balik ke Batu Pahat untuk hariraya dan seminggu kemudian turun lagi ke JB. Maklumlah, itu padahnya kalau beria-ia sangat nak jadi orang 'Kay El' katanya! Padanlah muka! (My sister Ngah balik kampung beraya ya, makanya janganlah bermimpi nak makan ketupat rendang kakak masakkan! Dalam mimpi bolehlah... itu pun sampai habis raya tak keluar dalam mimpi tau!)

Another sebab I tak balik beraya kerana hari Sabtu lalu, 2 September merupakan harijadi my anak bujang tersado@Bubbly Abang yang ke-11. Walaupun kami tak mainlah tiup lilin dan berparti liar sempena harijadi, selalunya kami akan keluar makan bersama sempena hari istimewa macam ni. Dah berjanji pun dengan Bubbly Abang nak bawa dia makan ke mana mahunya, belikan apa hendaknya.

Dan pada kawan-kawan yang biasa bertandang ke sini memang tahulah ya setiap kali harijadi my anak-anak, I akan up entri tepat pada tarikh dan masa kelahirannya, tak kiralah sama ada hari tersebut jatuh pada hujung minggu atau cuti umum di mana I rare sangat nak update entry dalam blog! Harijadi anak-anak memang hari istimewa dalam my hati, so keterujaan nak berkongsi di blog memanglah sangat tinggi!

Malangnya... semua pun tak menjadi ya! Sedih sangat!

Rentetan peristiwa (Eh, mengalahkan rentetan sejarah negaralah pulak!) bermula sejak pagi cuti Hari Merdeka...

Ingatnya nak bersarapan di luar macam selalu tapi dek kerana kalau hari cuti ni memang 're-bangun'  nya lambat, abaikan ajelah tentang sarapan ya!(Aha! You all ada vocab macam ni? Takdakan 😉 Maksudnya lepas bangun pagi untuk solat, then terjun atas katil semula membuta! Buruk perangai, sila jangan contohi ya mak-mak budak warga emas!)

Sempatlah juga tengok perarakan Hari Merdeka, bergelak ketawa empat beranak sambil-sambil makan sarapan. Sempat juga buat kerja rumah sekejap. Lepas tu, tiba-tiba aje badan dah mula rasa tak tentu arah, kedua belah bahu terasa sakitnya ya amat! I pun baring semula nak berehat.

Lagi berehat, lagi pulak rasa tak sedap badan. Mulalah selepas tu seram sejuk, sejuk panas, semua pun ada. I ni bukan boleh diserang demam ya. Buruk sangat rupanya. Baru aje demam panas tapi perangai tak tahannya memang mengalahkan budak kecil kena demam! Bukannya I nak perhatian pun tapi memang dah begitu!

Bila datang panasnya, sampai ke kepala terasa 'menggelegak' dan bila datang sejuknya, jari tersentuh air pun boleh terasa macam kena cucuk-cucuk dengan jarum sakitnya. Kejap I berselimut tebal sampai ke kepala bila sejuk sampai menggeletar badan, kejap I buang selimut ke tepi bila panas. HD pun dah arif sebab itulah selalu dipesannya, jangan sampai demam. Kalau I demam, memang satu rumah berantakan!

Nak ke klinik memang malas rasanya lebih-lebih lagi hari cuti umum. Klinik panel yang biasa I terjah tu tutup semestinya. Nak meronda-ronda cari klinik memanglah I tak gemar! Maka bertahan lagilah. HD pergi belikan Panadol Actifast kat farmasi. Yang lagi best di rumah I ni, kalau demam/sakit, semua ubat takda - sama ada I baru buang sebab dah expired atau kehabisan. Tapi kalau tak sakit, merata ubat dalam peti sejuk tu; just name it, semua pun ada! Manalah hati tak sakit!

Sebaik aje telan panadol, lain pulak jadinya. Entah datang mana angin tiba-tiba. Perut pun memulas. Bermulalah adegan yang paling tak diingini - keluar masuk bilik air tak terkira berapa kali! Kasihan anak-anak dan suami sebab hari tu mereka makan pizza aje. Sampai ke malam ya demam yang kejap panas, kejap sejuk dengan angin dan diarrhea melanda. Telan lagi dua biji panadol. Sampai ke pagi I tak boleh tidur sebab keluar masuk bilik air. Rasa macam panjang sangat malam tu tapi bila terlelap dan terjaga semula, baru aje 15 minit berlalu. Stress ahkak!

Rancangan awal cuti Hari Merdeka nak bawa anak-anak keluar berjalan dan beli bahan untuk memasak juadah pagi raya. Satu apa pun tak menjadi. I dah sedih sebenarnya. Dok mengeluh kat HD - pakaian raya tak bergosok, bahan mentah tak berbeli, macamana ni nak raya esok! HD kata, lupakan ajelah tentang raya. Berpakaian raya pun bukannya kita nak beraya ketika Aidil Adha ni. Pakai sempena raya, makan juadah raya lepas tu tukar pakaian. Sama aje katanya kalau tak pakai langsung!

I tak kisah pun tentang raya tapi kasihankan anak-anak. But then, Bubbly Abang told me,

Takpalah, Mommy! Tak raya pun takpa. Kan Mommy sakit. Lagipun cuba tengok hari raya kat kampung hari tu, semua pun sibuk main telefon! Mana ada raya pun!Tak raya pun takpalah, Mommy!

Ohh.....alahai! Kasihan my anak bujang - itu persepsi sambutan rayanya...

Maka, hari raya Aidil Adha kali ini, kami tak menyambutnya, tak masak juadah raya dan tak pakai pakaian raya pun! 

I memang tak larat nak buat apa-apa pun. HD ajelah yang melayan anak-anak sediakan sarapan pagi di pagi raya ya. Sedih alahai rasa hati tapi nak buat macamana... 

Adik Cute pulak lagi best, dia tak tahu pun hari tu hari raya kalau kita tak beritahu!

Keesokkannya hari jadi Bubbly Abang pulak. Tapi kerana tak larat dah dibuat dek diarrhea dan demam on/off, I pun minta maaf kat Bubbly Abang. Selalunya tepat pukul 12.01 malam, I akan ucap selamat pada anak sambil peluk cium, usap ubu-ubun kepala kalau dah tertidur. Maklumlah mereka pun memang tahu I selalu buat begitu, kadang tu mereka pun cuba berjaga sama terutama kalau hari cuti; lagilah seronok nak berjaga sampai lewat tengah malam!

Tapi kali ni pukul 10 malam I dah ucap siap-siap takut I tertidur dan tak tersedar. Itu pun I set juga alarm pukul 12.00 malam untuk bangun. Bila I terbangun, my anak bujang dah lama tertidur ...

Malam tu pun sebenarnya, Bubbly Abang dah mula berbahang panas badannya. Cepat-cepat HD beri ubat dan letak Coolfever. Malam tu I tidur dengan Bubbly Abang manakala Adik Cute dengan Daddynya - nak mengelakkan dari satu keluarga terkena demam juga. Mujurlah demam Bubbly Abang kebah cepat tapi HD pulak yang mula menunjukkan tanda-tanda tak sihat pulak...

Kata Bubbly Abang, dia dapat demam sebab masa selimutkan Mommy beberapa kali, dia cium my muka. I langsung tak perasan, mungkin masa tu I tertidur. Itulah kisahnya demam I 'menjangkit' ke Bubbly Abang 😊

Esoknya my demam pun mulai kebah tapi diarrhea tetap ada walaupun gap berlari ke bilik air tu dah semakin berkurangan... Tapi I tak berani nak keluar ke mana-mana. Takutlah kalau urge nak masuk bilik air tiba-tiba datang berkali-kali, manalah nak lari!

Itu pun bila nampak lega sikit, I ajak HD dan anak-anak keluar cari bahan. Niatnya nak masak juadah raya juga demi anak-anak. Dah sempena harijadi Bubbly Abang, I dok fikir belilah sebiji kek untuknya. Tapi my anak bujang ni bagus betullah. Ini tak mahu, itu tak mahu. Semuanya membazir katanya. Nak dibelikan kek, tiba-tiba katanya tak suka rasa kek harijadi yang manis sangat! Tanya juga kalau-kalau dia nak makan di mana-mana restoran favouritenya, pun dia tak mahu. Alasannya,

Dah keluar dengan family macam ni pun, okaylah Mommy! Abang anggap hari ni macam hari biasa aje. Nak buat apa celebrate birthday... Lagipun Mommykan tak sihat!

Oh, I memang tak puas hati. Jadi I pun beritahu, kita anggaplah hari ni takda celebration. Kita postpone dulu! Kad pun Mommynya tak sempat buat/beli dek melayan sakit! 

Petang tu sempatlah I masakkan juga nasi impit dan juadah menu raya. Kebetulan kawan 'sekampung' HD buat korban di KL, dapatlah merasa daging korban pemberiannya. Dapatlah melepas kempunan anak-anak dan suami tak dapat makan di pagi raya semalamnya ...

Selesai aje mereka makan, I pun start balik diarrhea tak berhenti! Nak tak nak, kenalah pergi ke klinik. Tak pernah pergi pun klinik ni tapi tengok buka, teruslah masuk. Doktor pun hebat, tanya aje sakit apa. Tak check pun. Pakpuk, pakpuk kita bercakap, dia pun beri conclusion - food poisoning. Dah masuk tiga hari masih lagi diarrhea, memang sahlah food poisoning katanya. Doktor tanya makan apa, I jawab raya pun tak sambut! Eh, tetap juga katanya mesti ada makan apa-apa ni kalau tidak tak akan boleh dapat food poisoning. Beri ubat, and teruslah I balik!

Sampai ke hari Ahad malam, masih juga tak hilang diarrheanya cuma kekerapan tu berkurangan. Sempatlah masak sup tulang ya! I dah mula risau sebenarnya sebab semalam dah informed bos kata akan datang bekerja hari Isnin nanti. I expect tak akanlah diarrhea berlanjutan sampai hari Isninkan, melampau tu!

Tapi bila sampai ke early morning Isnin pun I masih keluar masuk bilik air, pepagi Isnin tu teruslah I whatsapp my bosses dan colleague kata tak boleh nak make itlah! Officially, I dapat juga cuti umum hari Isnin tu!

The best part, sepanjang siang Isnin semalam, semua pun nampak elok. Diarrhea pun tak muncul. I pun rasa happy tapi masihlah tak berani nak keluar rumah. Duduklah diam-diam empat beranak di rumah. Sempat juga masak untuk family. Malam semalam, again start balik! Walaupun tak kerap, I mula rasa cuak. 

Apa-apa pun pagi ni, I bangun hantar anak pergi sekolah dan terus pergi kerja. Ingat I, kalau hari ni pun tak baik, memang nak pergi klinik sekali lagi. Alhamdulillah, semua nampak okay cumanya I tak berani nak makan. Sebabnya setiap kali I makan, aktiviti keluar masuk bilik air akan bermula dengan berleluasa! Tak sanggup rasanya. 

Itulah kisahnya cuti panjang Hari Merdeka dan Aidil Adha kali ni serta hari ulangtahun my beloved Bubbly Abang. Memang betul-betul mencatat sejarah dalam hidup!






















Comments

  1. Alahai kesian nya MD,sedang di sanasini orang bergembira dgn sambut merdeka dan raya haji ,MD pula sakit .Harap akan sembuh sepenuh nya selepas ni.
    Bagus abang anak yang baik...tak mau menyusahkan mummy nya yang tak sehat.
    HBD abang ...semoga terus menjadi penyejuk mata/hati mummy dan daddy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak buat macamana kak, dah nasib badan. Takpalah tak beraya kali ni. Selalu pun bukan beraya sangat pun masa Aidil Adha ni. Tapi bila tak dapat meraikan Aidil Adha seperti sepatutnya, lain macam pulak rasanya. Kasihan juga kat anaka-anak.

      Lepas ni kena cari masa sesuailah untuk sambut harijadinya walaupun dah tak happening lagi kerana 2 Sept 2017 tu dah berlalu...

      Delete
  2. Kesian semuanya berkurung dirumah ya, MD paling kesian tu berulang ke bilik air, alhamdulillah hari ni dah ok. bagus betul bubly abg ye faham keadaan mommynya yang sedang sakit.

    Selamat hari lahir untuk bubbly abang moga jadi anak yang soleh berjaya dunia dan akhirat.

    Raya saya pun tak meriah MD, tak berbaju raya pun walaupun balik juga ke kampung, juadah raya tetap terhidang tapi baju raya tak berpakai penat je makcik iron tau huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, tak boleh nak dibayangkan lagi betapa siksanya kalau asyik keluar masuk bilik air! Nak tidur malam pun tak boleh lena, AA...

      Entahlah tak tahu apa silapnya. Seingat saya cuma makan kebab hari Rabu tu. Mungkin juga saya tak tahan ambil panadol actifast kot!

      Terima kasih atas ucapan tu, AA. Dia tak tahu sebenarnya betapa glamournya dia dalam blog Mommynya yang tak seberapa ni ^_^

      Biasa pun raya haji ni bukan meriah sangatkan. Kira takpalah tak dapat beraya sepenuhnya tahun ni. InsyaAllah, tahun depan kita raya lagi ^_^

      Delete
  3. Eh, lama tu kena c...t-b...tnya, haha...Kita guna istilah kampunglah lagi senang. Lenguhla kaki ulang alik masuk bank simpanan tetap tu, alahai..makan apalah gamaknya tu,den pun nak bagi conclusion mcam itu doktor, mesti ada salah makan something ni.
    Pakej lengkap la kiranya siap demam,takpelah..redha tanda kasih sayang Allah tu, Kita ni kalo sihat jarang nak ingat Dia kan, bila sakit baru nak cari Dia..

    Baguslah si abang, sejuk hati acik membaca kisah abang ni Tau, yelah..mesti sayang mommy kan, besday tu tak lari, next week pun boleh je nak sambut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama tau kena cirit-birit. Entah macamana boleh dapat food poisoning pun tak tahulah. Rasanya takdalah makan makanan yang luar biasa dari kebiasaannya! Kalau nak kata kebab, hari tu saya dan dua orang kawan pejabat makan kebab yang sama. Tapi ya juga, badan tak sama. Mungkin mereka takda apa-apa tapi saya pulak nasib tak berapa baik. Takpa! Takpa! Itu tandanya Allah sayang lagi kat saya ya, beri peringatan sekali-sekala ^_^

      Bubbly Abang memang macam tu. Padahal malam tu dia kata lama dah tak dapat beli gula-gula. Naklah beli gula-gula banyak-banyak. Bukan sembarangan gula-gula yang dimahunya! Tapi bila kita tanya, terus tak jadi. Tak minat dah katanya makan gula-gula masa harijadi. Nak belikan kek Secret Recipe kegemarannya pun dia kata tak payah. Aduhai, kadang kesian juga tapi dalam hati syukurlah anak tak banyak kisah. Hehehe...

      Delete
  4. Assalamualaikum Wrmbth

    Selamat hari selasa. Cuti lama sangat ni pun mati kutu kan

    Hmmm

    Kalau duit banyak tak kisah nak pergi mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam!

      Betul tu, kalau lama sangat bercuti bukannya boleh beri tenaga berlebihan nak memulakan kerja. Makin malas jadinya! Itu sayalah, orang lain saya tak tahu pulak ^_^

      Kalau sihat, nak juga jalan-jalan cuti panjang macam ni tapi apalah malang, tiba-tiba pulak boleh jatuh demam dan diarrhea!

      Delete
  5. Hai MD..harap sakit tu dh okey..siannye demam teruk. Blh bayang perasaan sedih x masak raya tu pasti ada sikit kan?

    Happy belated birthday buat abang. Moga jd ank soleh buat mummy daddy.

    MD take care ye. Miss u

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lamanya tak nampak LM di sini. Dah habis berpantang ke?

      Memanglah sedih. Dari sebelum hari raya dah dok fikir macamana nak buat. Kalau ada bahan-bahannya, mahu gagahkan juga diri masak sikit-sikit. Ini satu bahan pun takda! Memang kelaut sungguh plan cuti panjang kali ni!

      Terima kasih, LM. Nanti saya sampaikan kat Bubbly Abang ya!

      Delete
  6. You poor thing, MD! Kesian also Bubbly Abang. Hope you and Bubbly Abang are 100% recovered.

    ReplyDelete
    Replies
    1. What to do, PH. Dah nasib badan. Takpalah tak dapat beraya = tak makan-makan dari pagi sampai ke malam ^_^

      Ni pun I tengah diet tau sebabnya tekak masih pahit lagi dek kerana baru baik demam.

      Bubbly Abang pun nampaknya sihat. Kejap je kena demamnya kot jangkit dari Mommylah tu. Sekarang ni Adik Cute yang katanya 'otak panas' sebab dia cemburu semua orang boleh demam tapi dia tak demam-demam! Boleh gitu?

      Delete
  7. Lama dah tak buat keja rebangun tu tau. Kalau terrebangun pun lelap sekejap je.

    Happy Bezday Bubbly abang....moga makbul doa mommy.

    Kesian mommy walaupun cuti panjang tapi kena ceri beri. Mmg tak indah betul dunia sepanjang cuti panjang hari tu kan Kak Ton.

    Senang jadi doktorkan.... tak yah susah susah nak check perut Kak Ton, terus je bagi ubat. Kalau tak baik jugak baru tau!
    Kak Ton, mak kalau ceri beri telan pil chi ki teun... mujarab tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, Mak. Katanya usia dah tua tapi hati masih berbunga-bunga mekar dan muda lagi. Bab-bab rebangun ni, memang kerap terjadi hujung minggu sebabnya rasa macam nak qada' tidur yang tak cukup pada hari-hari bekerja. Padahal, orang lain pun begitu juga; sentiasa tak cukup tidur menguruskan keluarga tapi takda pulak aktiviti rebangun cam nikan!

      Penat tau keluar masuk bilik air. Pergi doktor cuma dengar explanation kita je. Hah, comfirmed food poisoning terus prescribe ubat! Nyampah arr...

      Delete
  8. CH dah pernah alami apa yg MD lalui itu..
    Rasanya hari raya haji tahun 2014 kot..
    Hingga membawa CH berkampung di hospital 3D2N..
    Kesian anak2 dan suami..
    Tiada erti raya ketika itu..
    Mereka mengharapkan CH cepat sihat je..

    Bagus bubly abg..
    Perangai sama mcm kak najeeha..
    Bila CH demam dan tak larat dia lah yg byk menolong..
    Kekadang boleh menjangkit demam jaga CH ni..
    Mmg penyejuk hati ..
    Tu bila dia nak sesuatu..
    Sedaya upaya penuhi permintaannya..
    Happy belated birthday bubbly abg..
    Semoga terus menjadi penyejuk hati mummy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, CH. Kasihan dengan anak-anak dan suami. Sayu hati tengok anak-anak tak dapat sambut raya, takda hidangan hariraya. Tapi bila dah sakit macam tu, memang tak boleh nak buat apa-apa dah.

      Untung ya rasa dalam hati bila anak-anak prihatin tentang kita. Sejuk rasanya. Kalau sakit pun, kurang sikit rasa sakitnya. Tak gitu, CH?

      Delete

Post a Comment