Salam kawan-kawan!
Hari ni terasa macam malas nak bekerja sebabnya esok I ambil cuti tahunan lagi. Hujung minggu ni ada majlis kahwin my anak saudara, anak perempuan bongsu kepada my Teh. Makanya of courselah I akan berada di luar kawasan hujung minggu ni 😊 (Nak ajak jumpa ke, Kak Saniah? Hehehe,..)
Hari ini kita bercerita tentang my anak bujang tercomel, Adik Cutelah siapa lagikan...
Sekarang ni Adik Cute ada dua hobi baru. Kadang-kadang dia 'menghilangkan' diri dalam bilik tidur lengkap bawa telefon dan segala macam mask yang ada. Nak buat apa?
Buka youtube dan praktis menari!
Aduhai! Pening kepala Mommy, nak oi...
Satu lagi hobinya apa lagi kalau bukan beri teka-teki...
Bukan ke I dah kata, si kecil ni memang ada cemburu sedikit dengan abangnya. Asal Bubbly Abang bercerita, dia nak bercerita sama. Asal abangnya nak beri teka-teki, dia pun nak berteka-teki sama. Yang selalu berlaku, bila kita beri peluang dia akan ulang teka-teki si abangnya tapi memang jauhlah menyimpang soalan dan jawapan! Kena 'hadam' jugalah dengan aksi menirunya ni. Kalau tidak, mahu riuh satu rumah dengan jerit pekik tak puas hatinya tu. Siapalah boleh tahan...
Bila tiba bab menjawab teka-teki si Adik Cute ni, kena banyak-banyaklah bersabar ya. Kena urut dada selalu supaya tak hilang 'pertimbangan' dibuatnya. 'Masalah' dengan teka-teki yang diberikan oleh Adik Cute ni ialah sama ada jawapan betul atau salah, tetap juga kita tak akan menang ya!
Entahlah tak tahu kenapa dia akan beri jawapan yang langsung tak terfikir dek akal; sama ada dia tak mahu kita menang menjawab atau pun dia memang tak fikir langsung tentang logiknya. Maklumlah, budak berusia 6 tahun, adakalanya memang dia 'bantai' aje apa mahunya!
Kalaulah ada di antara my kawan-kawan blogger ni yang mempunyai IQ tersangat tinggi, memang I salute habislah ya jika boleh menjawab soalan teka-teki Adik Cute ni. I ni sebagai his mother, selalu aje tak dapat menjawab mengikut kemahuan Adik Cute. Ada-ada aje 'corner-baring' jawapan yang diberinya supaya I sentiasa tak menjawab betul 😊
Malangnya Adik Cute tak tahu, kalau dia boleh berloyar-buruk, Mommynya ni lagi expert bab-bab meloyar-burukkan dia semula... 😉
Inilah antara soalan-soalannya ya, memang boleh garu kepala yang tak gatal bila mendengar jawapan 'betul' si Adik Cute ni. Tafsirkanlah sendiri logik akalnya...
1. Kalau anjing dengan kucing berjumpa, mereka gaduh tak?
Kalau jawab 'tak gaduh' memang salah, kalau jawab 'gaduh' pun salah juga ya!
Jawapannya : BURUNG
2. Banyak-banyak rumah, rumah apa tak boleh duduk?
Rumah mainan, rumah usang, rumah roboh semua pun salah ya! Rumah apa agak-agaknya yang betul-betul tak boleh duduk ni?
Jawapannya : TV
3. Banyak-banyak negara, negara apa yang HARAM? (Err... ada juga dalam dunia ni negara 'haram' ek?)
Apa? You all nak jawab Israel ke? Sah-sah salahlah ya!
Jawapannya : INDIA
Kenapa India? Dia sendiri tak tahu kenapa tetiba negara India jadi haram! Oh, my budak nih!
4. Banyak-banyak harimau, harimau apa yang pakai tudung? (Ni sebenarnya dia nak tiru abangnya punya teka-teki - banyak-banyak haiwan, haiwan apa yang pakai tudung?)
Jawapannya : GAJAH
Okaylah, itu antara teka-teki yang I tersangat ingat ditanya oleh Adik Cute. Banyak lagi sebenarnya. Memang tak masuk akal langsung soalan teka-teki dan jawapan. Tapi cubalah kita pun buat teka-teki yang tak masuk akal macam ni dan tanya kepadanya, pandai pulak naik angin; kata kita main tipu!
But then, selepas 10 kali Adik Cute tanya teka-teki dan asyik jawapan I salah walaupun I dah 'corner-baring' juga jawapan supaya tak masuk akal, I pun 'ancamlah' si kecil ni... 😉
Mommy, satu lagi eh! Adik nak beri satu lagi teka-teki, Mommy kena jawab!
Ok! Kalau kali ni jawapan Mommy salah lagi, Mommy tak nak beli basikal untuk Adik!
Makanya kali ni walaupun jawapan yang I berikan langsung tak logik, tetap juga my jawapan 'BETUL' katanya!
Apalagi, I dan Bubbly Abang pun gelak tak ingat dunialah bila dia buat begitu. Bila ditanya oleh abangnya kenapa jawapan Mommy yang salah jadi betul pulak, inilah jawapan Adik Cute,
Adik takut tak dapat basikal kalau cakap jawapan Mommy salah....
Huhaaa.... menang juga akhirnya Mommy 😊
pecah kepala nak fikir jawapan teka-teki ni...huhu
ReplyDeleteMahu tak pecah kepala. Best student pun tak boleh jawab teka-teki Adik ni tau! Bukan calang-calang soalan diberinya. Jawapan pun bukan calang-calang jawapan! Hahaha!
DeleteHihihi..
ReplyDeleteSenak perut gelak auntie dgn jwpn adik cute..
Tak apalah MD..
Hiburan dirumah tu bersama anak beranak..
😂😂😃😃
Tak ke pengsan saya nak melayan teka-tekinya ni. Sekali bagi teka-teki sampai 10, lepas tu semua pun salah. Mahulah naik anginkan sebab dia nak loyar buruk dengan Mommynya!
DeleteAduihhh, hebat sungguh teka teki adik ni Tau, nak nangis dah acik baca soklan dan jawaban under expectations adik tu Tau, Acik sarankan adik bagi byk3 lagi teka-teki Kat mommy tu Kasi mommy lagi pening,hehe.
ReplyDeleteHa! Hebat tak hebat! Mahu pitam tau kalau kena jawab teka-teki Adik Cute ni. Sebab itulah den tumbang demam & diarrhea sekali; nak ngelak kena jawab teka-tekilah tu ^_^
Deleteteka-tekinya hebat, jawapannya lagi hebat tak tercapai dek akallah dengan jawapan yang diberikan tu hehehe
ReplyDeleteHahaha! Mahu tak hebat. Merekah kulit kepala nak menjawabnya! Asyik salah aje walaupun boleh jadi juga jawapan tu betul. Ikut suka hati dia aje Adik Cute ni tau!
DeleteKena adang dengan Kak Saniah kat Kulai baru tau. Eleh nak ajak jumpa konon....takut dia pulak yg kona baring dulu.
ReplyDeleteAmboi bukan main teka teki adik... orang sasau boleh jadi tambah sasau ni! Hihi....
Kak Saniah mana pandai main adang-adang ni. Dia bukan macam Mak, main kasar. Hahaha!
DeleteNi kalau orang tu separa sasau, boleh jadi gila terus tau tak. Mana taknya, jawab apa pun semuanya salah!
Nak jumpa akak...ermm boleh je,akak hujung2 minggu memang ke JB je.Jgn sembunyi balik tiang pulak MD....hihi.
ReplyDeleteAduh adek lain macam punya jawapan dahhh...boleh pecah kepala nak bagi jawapan betul.
Hahaa lawak lah adek...
Dah terlepas, kak! Dah selamat sampai ke KL semula. Hehehe!
DeleteHa'ahlah! Masa kat JB tu terus terlupa pasal akak tau. Maklumlah begitulah mak-mak saudara pengantin. Sibuk nak beraksi di atas pelamin katanya...
Nak jumpa kak saniah ajer, saya xmo jumpa k?
ReplyDeleteAlaaa bab teka teki UA tarik diri, sah2 kalah..
Nantilah, kalau ke Pahang, kita drop by depan rumah ya! Hahaha!
DeleteNasib baik tarik diri ya UA. Kalau tidak, saya tak tahulah apa jadi kat UA nanti. Putus urat pun belum tentu berjaya jawab dengan betul tau!
teka teki dia sendiri cipta dan reka jawapan. hihi
ReplyDeleteMemang pun. Itu yang payah sungguh nak betul jawapannya! Ikut suka hati dia aje nak beri jawapan apa! Luas pulak tu skop jawapan diberi!
Deletehah..hah... Adek Cute has his own answers to his teka-teki which is mind boggling! This boy's brain is very complex, ek?
ReplyDeleteAdoi! Dunno what to say. Every time also salah jawapannya. He has his own answer for his own teka-teki. Memang payahlah nak jawab!
Deletehaha.. boleh tiru teka teki ni .kikiki
ReplyDeleteMak dikenakan si anak, okaylah lagi Aefa. Kalau mak kenakan anak, mahu menangis terpekik-terlolong sebab tak aci katanya; asyik kalah!
DeleteAduhaiii adik oh adik...comel betul adik dan bijak betul....lama dah x ziarah MD..rindu tau!
ReplyDeleteAlahai, Linda. Rindu kat awak juga tapi adatlah bila dah lama berblogging ni. Malaslah payah betul nak kawal!
DeleteLama dah tak main teka teka dengan anak anak
ReplyDeleteSesekali dapat berteka-teki dengan anak-anak memang sangat mengujakan minda, Mama Hakim ^_^
DeleteAduhai adik cute..aunty gelak baca teka teki awak..
ReplyDeleteIkut suka dia aje apa teka-teki nak diberi dan jawapan yang sesuai. Eh, actually tak sesuai langsung pun jawapannya!
DeleteOwh, bijak sngat adik vcute ni..
ReplyDeleteAunty pun jawab semua salah mcm tu..
Meh aunty nak bagi teka teki, barang apa... bila kita kering, dia jadi basah... jawab jawab... hahhaha
Sia-sia aunty sambung PhD tau tapi soalan Adik Cute pun tak terjawab. Yalah dah skop jawapannya luas beno macamanalah nak tahu jawapan betul, kan?
DeleteIsh, malaslah! Nanti tau-tau jawapannya 'di luar kotak fikiran' pulak. I dah penat melayan teka-teki anak yang skop meluas nih!
Bagi ajelah jawapan, senang cerita!