Salam kawan-kawan!
Hari ini dah masuk hari kedua peperiksaan UPSRkan. Walaupun my anak tidak menduduki peperiksaan besar tahun ni, rasa gementar tu tetap ada. Mengalahkan ada anak yang sit for exam pulak! Apa nak buat, I ni kan memang over tak bertempat. Kira nasib badanlah ya anak-anak dapat Mommy macam ni gayanya.
Oleh kerana minggu ni minggu peperiksaan, Bubbly Abang dapatlah cuti free hari Rabu. Itu pun dia mengeluh. Katanya untung jadi budak Tahun 1 dan 2. Empat hari cuti, satu hari je mereka kena datang sekolah! Amboi! Bukan main lagi cemburu ya padahal minggu lepas 'Gurubesar Mommy' dah beri cuti hari Jumaat untuk balik kampung...
Oh, ya! Pada para emak di luar sana, kalau nak cutikan anak atas urusan peribadi; bukan kerana sakit atau kecemasan, selalunya you all beritahu guru siap-siap atau cutikan aje barulah hantar surat? Kalau ada urusan 'terdesak' macam ni selalunya I cutikan aje dulu lepas tu barulah beritahu melalui surat 😊 Maklumlah my kuasa sebagai emak lebih powerful daripada cikgu sekolah. Cikgu tak bagi anak murid cuti tapi mak murid bukan main lagi menegakkan kekuasaannya yang tak berbelah bahagi! Hahaha!
Berbalik pada kisah pembelajaran, sebenarnya I ni bukanlah strict mana pun. I tak paksa anak-anak belajar, belajar dan belajar jangan berhenti. Sukahatilah nak belajar ke tidak. Cuma sesekali tu bila tengok bukan main santai aje, memang kenalah jerit diikuti dengan leteran tak bertempat sepanjang malam! Masa tu akan nampaklah mereka tekun belajar tapi rasa-rasanya, mata aje tengok buku tapi dalam hati entah ke mana merewangnya! I taulah sebabnya kita pun pernah jadi pelajar dulukan.
My anak tanya masa zaman Mommy belajar dulu Mommy pelajar yang macamana?
Oh, tak payahlah ditanya! Bukan mudah nak ikut gaya Mommy belajar. Nak tiru memang tak dapatlah kalau asyik bergaya santai belajar macam ni.
Ditanya lagi, macamana keputusan peperiksaan Mommy?
Oh, lagilah tak payah nak elaborate sangat! Memang menangis nanti kalau Mommy cerita zaman kegemilangan Mommy ketika sebaya umurnya sekarang! Lebih baiklah cari inspirasi sendiri. Kalau nak ikut gaya Mommy atau nak mengatasi Mommy, mahu menangis tersedu-sedu nanti tak tidur malam. Lebih baiklah main aje, enjoy life!
Ditanya pula pada Daddynya, macam mana life Daddy as a student?
Oh, Daddy lagi dahsyat! Asyik kena hantar pergi library atau duduk di luar kelas kerana selalu terlebih pandai dari cikgu! Dahlah tu, nakal yang amat. Setakat tercucuk paku di kaki, lebam mata bertumbuk, berjahit lidah, itu perkara biasa...
Pun begitu, Daddy berjaya juga ya jadi top 100 students untuk kemasukan universiti di seluruh Uzbekistan.
Maka, bila fikir-fikir balik, kata my anak it's better to follow Daddy's footsteps sebab lebih 'meriah' life as a student.
Amboi! Sanggup ke muka lebam-lebam bertumbuk? Sanggup ke badan sakit-sakit bergaduh? Mommy memang tak sanggup! Hahaha!
Oh, bukan nak ikut yang itu, nak ikut style belajar aje 😊
Sampai ke sudah tak tahu style siapa yang diikutnya; tetap juga santai aje berehat di rumah! Sekali kena ketuk, sekali jalan. Dua kali kena ketuk, memang nak kena ketuk betul-betullah!
Ini pun I tengah 'membantu' Bubbly Abang merajinkan diri untuk mengulangkaji kerana peperiksaan akhir tahun akan bermula awal Oktober. Sekolah Bubbly Abang ni selalu sangat akan buat exam penting (contohnya BM, BI dan Mandarin) pada 2 hari berturut lepas tu break seminggu dua barulah start subjek baki yang lainnya.
Kalau dah namanya Mommy yang jadi cikgu all subjects, memang menangislah! Rasa-rasa terkangkang-kiap aje nak buat, memang kena bebel lah! Itulah, suruh belajar sendiri tak mahu. Nak suruh Mommy guidekan, ahah... nasiblah ya telinga tu merah padam mendengar bebelan!
I dah pesan kat mereka, tak payah susah-susah nak belajar jadi engineer ke, doktor ke, akauntan ke, apa ke, tapi yang penting mereka kena bersusah-payah belajar bahasa. Sekarang memanglah tak nampak apa kepentingannya tahu banyak bahasa, nanti bila dah masuk ke arena pekerjaan, ahah, masa tulah baru sedar apahal Mommy ni suruh belajar bahasa sebanyak yang mampu!
Style belajar Bubbly Abang?
Macam nilah...
Tak sampai sejam nanti dah jadi begini...
Penat sangatlah kononnya kena memerah otak belajar...
Bila kita tanya, "Amboi, penat nampak?"
"Dah sejamkan Mommy Abang belajar!"
Tapi cubalah kata, "Abang nak main laptop, mainlah! Tak boleh lebih sejam..."
Bukan main tekun tau ... Kalau haus 'order' Adik ambil air. Kalau lapar, 'order' Adik ambilkan makanan. Dia tetap tak gerak dari depan laptop!
Sampai boleh terbabas berjam-jam! Bila ditanya kenapa lama sangat main? Jawabnya tak sedar pulak dah lama!
Bab gadget pun I tak begitu strict juga. Ada masanya I beri aje. Ada masanya I ikut peraturan juga. Itu yang selalu Adik Cute tanya,
Mommy, handphone Adik mana?
Kat pejabat! Bos Mommy simpan!
Boleh tak Mommy cakap dengan bos, anak saya nak mainlah. Boleh pinjam bawa balik?
Bos dah kata tak boleh! Hujung minggu je boleh!
Tapi Adik bukan nak main! Adik nak belajar aje!
Ahah! Si kecil ni memang penuh dengan 'kepalsuan' kalau nakkan sesuatu. Silalah jangan mudah terpedaya walaupun dia akan buat muka sehabis comel sampai hati kita mencair...
Masa tu, dua-dua mati kutu di rumah sebab tak dapat main handphone! Time Mommy nak bertegas, pujuk macamana pun memang tak dapatlah nak 'cairkan' hati Mommy. Tapi janganlah time hati Mommy tengah cair, memang semua nak pun dapat!
Okeylah, begitu kisahnya my anak-anak ni kalau berkaitan hal belajar. I memanglah takda teknik tertentu untuk membantu anak-anak belajar. Namun, selagi boleh tolong, kita tolonglah ya anak-anak kita 😊
Haahhah, Zaman dah berubah kan, dulu time pakcu pelajar sekolah rendah, memang amat lerr letih rasanya, ketat sangat peraturannya, maklum lah sekolah kerajaan, banyak nak kena ikut rule, cuti jer tanpa alasan kena zazzazzz, rotan sekali. kiki betapa garangnya, guru kanan pakcu time tu. huhuhu
ReplyDeleteLetih ya zaman kita belajar dulu? Saya pulak tak terasa letihnya walaupun habis sekolah pagi, tukar pakaian terus ke sekolah agama. Balik kena sambung buat kerja rumah. Malam kena ulangkaji semula. Tapi yalah, saya suka belajar mungkin...
DeleteAnak-anak lelaki saya nampak gayanya tak berapa suka belajar ^_^ Itulah kisahnya. Nak dibandingkan dengan emaknya memanglah tak dapat!
Ni nak tanya ni.... Kak Ton selesa ke dgn font Kak Ton ni...maklumlah mata Kak Ton tu kan tak berapa nak nampak hihi...Mcm halus je tulisannya lurus lonjong ke atas gitu.... Selesa ek?
ReplyDeleteYelah...yelah.... Kak Ton kan mmg pelajar paling meletop letop lagi terterer di daerah Muo tu, sapa tak kenal kan. Nyampah!
Hihi.....tulah kadang hebatnya budak lelaki ni, nampak mcm main main tapi bila belajar score aje. Kagum betullah. Agaknya depa ni time belajo mmg belajo sungguh kot. Lain dengan budak pompuan, kecuali Kak Tonlah, nampak mcm belajo tapi sambil berangan. huh...
Mak dulu pun buat kerja sekolah sambil meniarap mcm bubbly abang tu Kak Ton. Dulu rumah mak mana ada meja study. Sampai sesak, sakit dada semua ada rasanya tau!
Mak punya pasallah Kak Ton asyik tukar font lepas ni tau. Tapi Kak Ton sukalah font ni; takpa... Kak Ton dah tukar dari 14 ke 16. Kak Ton alright aje sebab membaca pakai cermin mata ^_^
DeleteNi cerita sekolah rendahlah, Mak. Sekolah menengah belum sampai masa lagi. Tapi nampak gaya memang santai habis. Tak tahulah Kak Ton apa nasib anak tahun depan. UPSR pulak tu. Sebab itu malas nak target berderet A. Janji core subjects dapat A, alhamdulillah. Mandarin tak payah ceritalah!
Kak Ton memang pantang tengok anak belajar sambil meniarap. Rasa macam tak boleh masuk apa-apa ilmu pun. Kak Ton dulu pun belajar kat meja makan. Zaman kita manalah gah sangat meja study ni. Tapi masuk sekolah menengah, belajar sebelah radio sambil standby nak record lagu-lagu favorite dalam keset ^_^
Uiiii.....upsr dah habislah takkan nak nyorok lagi kot. Nak tunggu habis PT3 pulak ke baru nak keluar?
DeleteKenapa pulak kita nak menyorok sebab UPSR? Kita tak ambil UPSR pun ~_^
DeleteMalaslah, Mak. Kalau dah malas tu memang satu apa pun tak boleh buatkan!
dulu ingt nak ajar anak je..xnak bg tgok kartun.. tp last2.. i pun tak daya.. malas..
ReplyDeletefikir blk, dulu i pun sekolah jenis malas..hahha
My anak-anak bebas tengok kartun. Takda had. Tak macam my kawan-kawan, ada yang tak beri tengok kartun kecuali hujung minggu atau pun sejam aje boleh tengok TV. Saya memang no limit dalam hal ni. Tapi kalau dah banyak lemak tepu membiak sebab santai berehat aje, memang kena tegurlah!
DeleteZaman kakcik dulu, hiburan yang ada hanyalah radio kecil guna kuasa bateri. Itupun kadangkala jenuh kena cari 'port' untuk letak atas alang rumah nak bagi siaran jelas. Kakcik belajar sambil dengar radio. Bapak kakcik kata: 'tak faham aku, tak ke dia jemu dengar radio tu?'....hehehe...bukannya lagu yang sama sepanjang masa...
ReplyDeleteKakcik juga menulis untuk hantar ke radio. Pernahlah keluar di Radio Singapura. Heboh sekampung sekejap... (^_^)
Kan! Bapak-bapak kita mesti pelik tengok cara kita belajar. Bila tiba kat anak-anak kita, kita pun pelik gak tengok cara mereka belajar. Anak saya suka buat homework depan meja letak komputer/laptop. Sambil-sambil dengar lagu kat youtube katanya. Entahlah berkesan ke tidak!
DeleteWah, Kakcik ni memang dari dulu dah pakar bab-bab menulis ni ya! Siap keluar dalam radio tu. Kalau sekarang dah viral dah kisahnya, Kakcik! Hehehe!
hahaha macam2la kerenah & akai budak2 zaman sekarang kan. lawak je baca. banyak btol trick dorang nak something. haha
ReplyDeleteBudak-budak sekarang memang penuh dengan tricks. Yalah, dah kita juga suruh mereka anggap mak/pak macam kawan-kawan. Jangan berahsia, cakap aje terus-terang. Inilah bahananya.
DeleteKita dulu bukan main takut dengan makpak. Tak berani nak buat something yang luarbiasa. Kang kena sebat, siapa susah? Badan sendiri juga yang lebam...
Eh, kenapa anak2 kita tanya soalan yang sama..
ReplyDeleteUmmi dulu, exam dapat nombor berapa?
Ummi dulu, belajar mcm mana?
Dulu2 tak ada komputer, mcm mana ummi belajar?
And the list goes...
Dan saya pun pilih untuk rahsiakan jawapan sebenar...
Kah kah kah...
Takkan nak cakap, ummu tak study mana pun... tiba2 masa exam skor... huhuhu
Dan realitinya, saya selalu marah en hubby bila rimas dengar dia marah anak sbb tak study...
Kita pulak tanya balik, dulu2 masa darjah 6, mcm mana cara abah belajar?
Hahhaa, nak tahu jugak rahsia dia..
Sbb saya ni jenis yg kena bebel dgn mak ayah jugak masa kecil dulu..
Tu yg tumpang stress bila en hubby duk bebel kata anak2... kikiki
Takkan nak beritahu sambil belajar, sambil record lagu kegemaran. Sambil belajar, sambil tengok kartun. Habislah rahsia! Hahaha!
DeleteAnak-anak saya macam pelik aje dengar saya belajar, lagi-lagi kalau saya kata Mommy dulu tak nombor 1, nombor 2 tapi paling banyak nombor 1. Terus mereka rasa macam kita ni menipu pulak. Hahaha!
Jadinya, sukahatilah nak belajar cara mana janji keputusannya elok.
Sebab itulah Nur dan suami berjodoh - perangai tak serupa. Pelik juga kalau si bapa yang lebih ambil berat hal anak-anak berbanding emak tau. Kalau keluarga saya ni, memang saya ajelah yang bermaharajalela berkuasa ke atas anak-anak!
Mommy guru besar tak bertauliah, tapi berkuasa penuh ke atas dua org anak yg taat setia, kuikui..nasib baik bukan guru besar betui2, habislah digubal undang2 sekolah sepuas hatinya, haha..
ReplyDeleteTakpe buat undang2 Kat umh jelah, boleh gubal bermacam undang2 yg sewaktu dengannya.
Macam anak2 hakak suka naw belajar depan tv, homework bust depan tv, tapi sori ek, kalo ada abah, korang tengoklah skrin gelap tanpa suara. Tv hanya berfungsi utk tgk berita dan cuti sabtu ahad saja.
Taun depan si abang nak peksa ek, si adik masuk darjah 1, selamat menjadi mak yg paling sibuk tahun depan, mwehehe.
Kalau saya jadi gurubesar sekolah, tak tahulah apa nasib. Tak kena transfer selalu dek kementerian, disuruhnya pencen awal ^_^ Suka-suka hati aje nak gubal undang-undang sekolah ikut akal sendiri!
DeleteAnak-anak saya memang favoritelah duduk depan TV. Ni tengah mencanang, menjerat, mengancam nak discontinue aje channel disney ni biar dua-dua terkebil tak boleh duduk depan TV bersantai selalu. Tapi kalau mereka mati kutu, saya lagilah tak boleh buat kerja kang!
Eh, tahun depan memang confirmlah saya emak paling sibuk dalam dunia. Maklumlah anak masuk Tahun 1 satu hal, anak nak UPSR satu hal lagi. Kiranya memang takda ibu lainlah selain saya yang sibuk tahun depan!
Ni pun dah plan nak cuti seminggu aje tahun depan nak bertenggek tepi pagar dok tunggu Adik Cute. Camnalah nasib anak bujang saya masuk Tahun 1 nanti ^_^
Akak x kisah bagaimana anak belajar,janji belajar.Pernah masa sekolah rendah Iqa ditanya cikgu sebab sentiasa tpt pertama ...bagaimana belajar kat rumah.Dengan jujur nya dia menjawab ...belajar depan tv....ermmm tak boleh dijadikan contoh langsung.Tapi betul MD ank2 akak disediakan meja belajar masih tetap menyarap depan tv belajar...kecuali dah nak SPM baru terperap dlm bilek dengan telinga sumbat earphone dengar muzik.
ReplyDeleteBetul lah kata Hainom tu anak lelaki dan ppuan berbeza cara mereka belajar.
Iman pun UPSR tahun depan saing dengan bubbly abang tapi akak tak menaruh harapan sangat dia skor sebab faham slibus UPSR skg lain dari yang diambil kakak abang dia dulu.
Yalah, Iman sebaya anak saya Bubbly Abangkan, kak! Tapi Iman pandai, mesti dia nak cemerlang macam abang dan kakaknya. Bubbly Abang ni takda 'pembakar semangat'. Semua pun dia rasa takda penting sangat pun. Lagilah saya takut. Tapi, saya takdalah menaruh harapan tinggi mana pun. Apa-apa ajelah janji berusahalah sedikit. Kalau langsung tak berusaha lepas tu kata tak mampu buat, memanglah nak kena ketuk ^_^
DeleteHahah! Kalau bab belajar, ulangkaji ni memang rasa 'lama' sangat tapi kalau buat benda lain tak berfaedah tu eh kejapnya masa berlalu. Hahah! Zaman ni memang kena strict btul bab gadjet apa semua, ada masa boleh lah bagi kan, ada masa kena jugak suruh study. Kalau tak nanti, memang boleh hilang fokus dia orang nak belajar.
ReplyDeleteYang itu akak pun setuju. Memang betulkan, rasa macam masa tu tak bergerak-gerak pun kalau kena belajar; lagi-lagi pada yang memang tak suka belajar ^_^
DeleteKadang tu nak juga halang jangan main itu, ini tapi yalah zaman sekarang bukan zaman kita dulu-dulu. Kalau tak diberi langsung pun nanti dikata ketinggalan zaman pulak...
gaya belajar bubbly tu sama dengan saya dulu. lebih suka duduk. dah penat duduk, baring. penat baring saya tertidur. hahah
ReplyDeleteBubbly Abang ni pula lagi suka meniarap sambil buat kerjarumah. Selalu juga saya marah. Entah apalah yang dapat belajar sambil meniarap ni. Kalau sayalah dulu buat macam ni memang sebab nak tidur ^_^
DeleteAyat pertama di turunkan kepada Rasulullah saw pun iqra. Suruh baca.
ReplyDeleteMemang wajib kita menuntut ilmu
Menuntut ilmu sampai ke negeri China. Bukan suruh holidaying aje ke Chinakan...
DeleteMD, I was commenting halfway the other day when I had to leave the office, so my comment hilang. Anyway, I was telling you that I have a confession. When I was a kid, I did not like to go to school. From tadika until secondary school. Terrible, right? But somehow I loved my uni days and wish it never ended!
ReplyDeleteI like your confession. But, if I tell my boy what you said here, I bet they will be happy not to study at all. Why need to? At the end of the day, masih jadi 'orang' juga ~_^
DeleteMacam-macam gaya dan macam tempat tu saya! sentiasa nak tempat baru.. angin baru.. over sangat. Camne la anak-anak nanti..
ReplyDeleteKadang-kadang bagus juga tau bertukar environment bila tengah belajar ni. Barulah datang semangat nak belajar tu ^_^
Deleteya saya ni pun takde strict sangat dengan anak2 bab belajar nih, tapikan boleh jadi singa juga bila cuti berhari2 dok main game je tetiba esok nak sekolah malam ni baru dia keluarkan kerja sekolah,mamanya busy nak basuh pinggan iron baju baru ditanya soalan mate terus berpusing mata 360darjah..ohoiii 2 hari cuti sedap2 tengok tv main game, terus jadi singalah kita..
ReplyDeleteanak2 ni kan kalau tak bertegas macam tulah main2 je tapi kalau bertegas dikata kita garang dan strict sangat adeh macammanalah nak ajar anak2 ni ye.
Saya pun macam tu jugalah, AA. Buat tak kisah aje, tapi bila angin sampai ke kepala, memang kenalah. Silap haribulan duduk tegak ajelah belajar. Masa bermain semua nak berkira tapi bila suruh belajar baru setengah jam dah mengeluh penat!
DeleteBelajar CH dulu..
ReplyDeleteLebih santai2 ajer MD..
Ye lah dulu masa sekolah rendah rumah tak ada lampu lektrik..
Guna pelita atau gaslin tu..
Jadi sebelum mlm mmg kena buat kerja sekolah cepat2..
Keluarga bukan org senangkan..
Tapi bila exam .. alhamdulillah..
Boleh lah naik pentas..
Rasa enjoylah belajar dulu2..
Berbanding skrg..
Budak2 stress jer selibus yg KBAT ni..
Mak2 yg nak mengajar pun stress..
Penyudahnya hantar tuisyen..
Ya ke CH masa tu takda elektrik di rumah? Siksa juga ya. Tapi saya respectlah budak-budak yang pernah melalui itu semua. Sekurang-kurangnya itu jadi inspirasi untuk menjadi orang yang pandai dan bercita-cita untuk memperbaiki kehidupan keluarga.
DeleteSaya dulu pun senang tapi kalau saya perturunkan kesenangan saya dulu rasa-rasanya anak-anak tak jadi apalah. Serius takut!
Betul CH... saya pun stresslah tengok syllabus sekarang. Nilai-nilai murni apalah sangat, tengok makin teruk juga nilai-nilai anak-anak sekarang kalau tak dikawal.
wow daddy belajar di Uzbekistan.
ReplyDeletepompuan sana cantik2.
tapi dia pilih yg cantik di mlsia
Daddy memang asal dari sana, Adam ^_^ Yalah terlalu cantik sangat sampai tak tahu nak pilih mana akhirnya ambil ajelah wanita Malaysia ~_^
DeleteMelawat kawasan....
ReplyDeleteKawasan apa, Mak? Kawasan umpatan ke?
DeleteSalam...dah lama tak singgah sini.
ReplyDeleteBunda dirumah jadi guru kat anak2 masa kecik2 dulu. Cara bunda, contohnyer..lepas habes akhir tahun darjah 3.. Bunda bawa anak2 ke kedai buku beli buku kerja untuk darjah 5. Sebab tahun 4 mereka akan lalui nex yearnyer.
Hujung minggu atau waktu terluang ..homework tak banyak..bunda suruh anak2 buat latihan buku kerja thn 5. Tak faham, tanya.
Begitu lah seterusnya.
Jadi bila dorang masuk tahun 5.. tak terkapai2 lagi.. sedikit sebanyak dah tahu kerja untuk yang berada tahun itu nanti.
Alhamdulillah menjadi...
Wa alaikumsalam, Bunda!
DeleteBagus juga teknik Bunda ni. Kalau buat gaya gini, anak-anak lebih bersedia bila tiba masa untuk belajar topik baru.
Saya selalunya beli buku kerja untuk anak-anak buat di rumah dalam pantauan saya. Tapi budak-budak lelaki ni memang masa belajarnya kalau boleh sesingkat yang boleh. Masa main tu kena banyakkan. Stress betul!
Belajar sampai bila memang tak akan habis sebab ilmu Allah swt ini kan luas
ReplyDeleteBetul tu. Kita yang dah tua ni pun kena belajar banyak perkara. Ada banyak lagi ilmu di luar sana yang kita tak tahu...
Delete