Kisah Rumahtangga...

Salam kawan-kawan!

Amboi, tajuk! Takut mendengarnya! Macam nak menjaja kisah rumah tangga aje kekdahnya. 

Tapi kenalah sedia maklum ya; hal-hal rumah tangga tu lebih elok disimpan rapi daripada dijaja keluar kawasan sampai semua orang tahu. Kalau orang lain tahu pun bukan ramai yang menyokong; selalunya ramai yang tukang support menghentam. Lumrah alam...

Kisah yang nak dibicarakan ni memanglah tentang satu grup di Facebook. I ni memanglah ada FB. Kalau tak percaya tanyalah pada Mak 😊 Tapi my FB tu macam hidup segan, tak nak juga mati-mati 😊 I memang jaranglah nak update kecuali sesekali bila boring, buka jugalah baca newsfeed yang ada sesambil tengok update dari kawan-kawan FB. Paling rajin pun I like aje post kawan-kawan. Takut arrgh juga nanti kena unfriend. Hahaha!

Dalam pada membaca news online tu, ada masanya terbabas juga membaca kisah dari KRT ni... Oh, well! I sekadar membaca aje dan tak pernah jadi keyboard warrior atau nak jadi penunggu setia di KRT ni menanti kisah-kisah terbaru. Biasanya pun I bukan membaca KRT ni direct dari FB tapi dari online  portal yang lain...

Adatlah ya, perkara yang membuang masa dan ala-ala 'sengal' (nak kata bodoh nanti dikata kurang ajar pula bahasanya...kehkehkeh) ni memang senang menjadi kesukaan ramai; termasuklah I juga. Sekali-sekala, terjunam juga di lembah 'lepak-lepak buang masa' ni. Entah bilalah iman tu nak kuat dan kental sikit supaya tak mudah 'goyah' dek tajuk berita yang entah apa-apa 😊

Walaupun I ni suka merapu-meraban dalam blog sendiri, bila baca kisah yang lebih kemerapuannya memang buat I 'tersakit jiwa'. Kerap jugalah  gelak sorang-sorang, ada masanya ketawa berdekah-dekah sebab tak tahan dengan jalan cerita di KRT ni. Mereka yang buat confession di sini memang saja-saja nak menampakkan kelemahan, ketidakmatangan dan kerendahan akal ke?

Should interview one of them kalau ada peluang 😉

Fahamlah I bila kita buat confession, mungkin kita nak minta pendapat sebab dah buntu sesangat; tak jumpa jalan penyelesaian. Tapi, kebanyakan cerita (bukan semua ya, mostly) yang keluar di sini memang ada masanya tak boleh diterima akallah! Yang meninggalkan komen pun ada masanya memang tak membantu langsung. Asyik nak mengutuk. Habis tu buat apalah nak buat confession lepas tu kena kutuk. Kalau takda apa nak kata, lebih baik diam aje... Dan buat para confessor tu, apa kata fikir duplohlapankali sampai nak pitam sebelum berkongsi kisah di situ. Bukan apa, nanti bila dah up story lepas tu kena kutuk kawkaw, masalah tak selesai, sakit jiwa pula yang melanda bila membaca komen...

Komen-komen netizen ni kalau tak kena gaya memanglah menusuk kalbu. Hangpa bukan macam Dato' Vida tu, segala komen yang negatif ditepis dengan begitu mudah sekali. Setakat hati rapuh-rapuh batang buruk gitu memang mahu menangis tak tidur malam bila kena hentam. 

Di sini I kongsi jugalah satu, dua cerita yang I ingat sebab cerita-cerita ini menyebabkan I menyesal kenapalah I baca sampai habis confession ni instead of berzikir seminit 😍

You all fikirlah sendiri nak turut bersimpati atau nak geleng kepala tak percaya boleh baca sampai ke titik noktah yang terakhir...

1. Ada satu suami orang ni jatuh cinta dengan seorang perempuan. Mula-mula mencurah masalah tapi tak lama lepas tu mencurah kasih-sayang pulak. Isteri tak tahu apa-apa dan takda masalah pun dengan si isteri. Si suami siap ada bajet RM400 tetiap bulan (selepas ditolak segala expensesnya - nasib baik ada akal sikit di sini) untuk perempuan kecintaannya ni yang dipanggil 'bakal isteri kedua'. Time raya siap upkan bajet jadi 700-800 untuk keperluan si perempuan tapi isteri di rumah cuma dapat 'bajet' barang dapur harian. 

Bila keluar makan dengan isteri, ada juga isteri yang belanja. Isteri pun sesekali belikan pakaian untuk si suami. Tapi dengan si perempuan kecintaan, lelaki inilah yang bayar makan dan duit top up. Tiap hari balik kerja, singgah jumpa perempuan ni dulu. Ajak makan bagai. Dengan isteri takdalah pula menjaga kebajikan macam tu sekali padahal bila bisnes bermasalah, si isterilah yang tolong. Nak jadikan cerita bisnes pun lingkup; kena kerja pejabat pulak. Bajet pun kuranglah untuk perempuan kecintaan maka si perempuan pun mengamuk sambil komplen ' Baru macam ni pun tak boleh berlaku adil?'

Eh, excuse me? Kenapa pulak nak berlaku adil dengan perempuan simpanan? Ayat tu patut keluar dari mulut si isteri instead of perempuan kecintaan, tak gitu?

Dipendekkan cerita, si pengadu @ suami orang ni buntu. Tak tahu nak buat macamana. Takut juga kalau isteri tau tapi pada masa yang sama tak sanggup kehilangan perempuan kecintaan yang amat tu walaupun dah nampak takda nilai-nilai isteri mithali pun pada perempuan simpanannya... 

Aduh.... semput dada membaca!Tak daya nak menahan akal fikiran dari berfikir jauh sehingga ke Kutub Utara nun! Nak juga rasanya jadi keyboard warrior, kasi hentam, pelangkung dan sekeh sikit tapi lebih baiklah baca aje sambil angguk-angguk, geleng-geleng. Kenapalah pintu hatinya tertutup begitu sekali sampai tak nampak jalan pulang?

2. Seorang wanita bujang jatuh cinta dengan suami orang (again). Mulanya dilayan baik tapi bila si isteri dapat tahu, si lelaki terus memilih untuk kekal bahagia dalam rumahtangga dengan si isteri. Maka, terputuslah hubungan (media sosial) dengan si lelaki ini. Ingatkan habislah jalan ceritanya rupanya tidak ya.

Si perempuan bujang ni tadi terus jadi stalker; dok stalk FB si suami orang dan isterinya. Bila mereka plan nak pakai baju sedondon untuk raya, dia pun sibuk cari warna yang sama. Siap buat sepasang untuk si suami orang tu, siap hantar lagi. Bila tengok album raya si lelaki ni mereka pakai tema warna lain, dah jatuh luka nestapa dalam hati perempuan ni...

Bila harijadi si lelaki atau harijadi anak si lelaki, si perempuan sibuk buat kek dan juadah. Uplah dalam whatsapp ke apa nak beritahu si lelaki tapi tak berjawab pun. Bila tengok si lelaki celebrate dengan isteri dan anak-anak, dah again jatuh luka nestapa di hati perempuan ni...

Lepas tu buat kesimpulan yang lelaki ini saja nak cover kesayangan terhadap wanita ini dengan pura-pura mesra bersama isteri dan anak-anak di media sosial. What???

Alahai... I tak sangguplah nak 'rewind' balik kisah ni. Sangatlah menyayat hati sampai I tak boleh recall jalan ceritanya 😊

Apa-apa pun, semoga perempuan ini pun akan jumpa jalan pulang dan terbuka hatinya untuk lelaki bujang yang lain.... Sudah-sudahlah aim laki orang. Cinta tiga penjuru ni biasanya memang salah seorang daripada tiga tu akan terluka. Tak gitu?  Buat apa melukakan hati orang bila kita sendiri tahu luka tu pedih, payah nak sembuh...

Jadinya, you all fikirlah balik ya sebelum nak buat confession in public macam ni. Jalan cerita tu kalau rasa-rasanya memang nak kena kutuk memanjang, apa kata kita cuba cara lain. Mintalah pendapat rakan-rakan atau pun ahli keluarga kerana mereka lebih sayangkan kita dan memahami diri kita. Kalau ahli keluarga dan rakan-rakan pun mulut macam keyboard warrior, den tak tahulah nak buat macamana...

Okay, sok-sok kita jumpa lagilah ya 😏








Comments

  1. i pun suka baca jgk.. tp xde lah sampai komen2 ni.. makcik bawang sgt. plg suka bca komen, hahha.. hiburan betul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekadar baca ajelahkan, nak komen tak bertempat pun nak buat apa. Menyakitkan hati si confessor aje. Hahaha!

      Itu I pun setuju. Mana-mana media sosial pun kalau bab komen ni memang best betullah baca. Kalau nak bagi award, memang bangkraplah nak bagi kat semua keyboard warrior yang ada. Hahaha!

      Delete
  2. semput baca, harap dijauhkan dari perangai camni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kisah-kisah dalam KRT ni memang hampir semuanya 'menyemputkan' lebih-lebih lagi kalau membabitkan isteri/suami orang dengan bujang/dara pingitan. Siksa nak habis baca tapi baca juga sampai habis. Hahaha!

      Delete
  3. Suka juga baca ...macam baca cerpen je.,macam2 hal kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang macam-macam kisah sampai rasa macam tak percaya pulak betul-betul ke ni berlaku di luar sana!

      Delete
  4. Kadang2 bila lalu cerita KRT kat wall yg kwn share, ada la juga terbaca.
    Tapi skrang, cepat2 scroll tak nak baca.
    Buang masa jer utk hadam kisah2 tu.

    Kalau baca, lepas tu boleh hempuk empunya cofession best jugak.
    Banyak kisah yg sendiri punya pasal cari pasal.. lepas tu konon2 buntu... dush!

    Jadi saya pilih tak nak terjebak lagi.
    Baik jauhkan bacaan benda2 negatif ni... huhuhu

    Baik baca blog MD... tak gitu?
    At least, happy juga bila tgk muka comel bubbly abang dan adik cute..
    Ehem ehem, dah bagi hint ni... bila lagi nak letak gambar mereka??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Nur, kalau ada depan mata memang macam nak minta hempukan gergasi aje tau. Sendiri cari pasal lepas tu buntu tak tahu nak buat apa. Dok tanya kat situ memang kebarangkalian kena 'pelangkung' tu tinggilah. Nasib baiklah kita ni baca aje, kalau tidak dengan kita-kita dapat dosa kering dok mengamuk kat confessor tu!

      Ish, takda mood pulak nak cerita pasal anak-anak. Cerita umum ajelah ya, kata suka datang dengar saya membebel. Hahaha!

      Delete
  5. Ira pun ada jgk baca KRT tp apa yg kwn2 share je la.. Kdg2 mengarut juga masalah diaorg ni kan? Yg mengkomen tu pun kdg2 mengarut jgk, lawak je..Mcm2 komen ada.

    Geram je baca cerita 1 tu, mmg nk kena pelangkung.. Tapi tu la, kdg2 kita fikir ia sekadar cerita, tapi realitinya ada spesis mcm tu.

    Macam2 zaman skg ni, ada satu lagu tu, kisahnya lebih kurang la mcm cerita no 2. Bila dgr lagu tu, rasa menyampah pulak. Tajuknya pertama kali. Haha..tak tau la pendapat org lain mcm mana.. Wp dlm lagu tu xde mention laki org, tapi boleh jd juga kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebanyakan masalah yang dikongsi tu memang nampak mengarut. Macam tak percaya pun ada. Tapi betul juga kata Ira, kita rasa macam mengarut tetapi si pembuat pengakuan tu rasa macam nak tercabut nyawa sebab dah buntu dengan masalah yang ditimbulkan sendiri selalunya...

      Delete
  6. MD. actually that is my guilty pleasure (siap confession nih) reading this kind of tak masuk akal stories wahahahaha!! But seriously, got real life cerita like that, yah? It's quite entertaining, I admit but I pass no judgement lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang-kadang memang seronok PH membaca stories yang tak masuk akal sekali-sekala. Tapi kalau selalu sangat rasa semacam aje tau. If you come across this page, you won't believe yourself after reading some of the stories -is it fake or really happen in real life! Macam menonton drama minggu ni aje tau jalan ceritanya!

      That's why I selalu tersakit jiwa. But then again, masih lagi sesekali tu nak menjenguk baca apa masalah orang ^_^

      Delete
  7. Den fb nan hado, maleh nak layan. Baik den baco tafsir Quran, riak2, tapi betul, faktor usialah rasanya dah malas nak layan cerita2 yg boleh menyerabutkan pale hotak den ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dok layan FB, twitter dan instagram campur sekali dengan blog, memang takda masa untuk perkara lainlah nampaknya. Nak buka sehelai mukasurat AlQuran pun jadi tak sempat!

      Itulah, saya ni pun kalau boleh nak lebih rajin berzikir, baca AlQuran dengan lebih kerap lagi tapi apakan daya, salahkan syaitan, salah saya kurang sikit...

      Delete
  8. Rumah tangga memang banyak asam garamnya barulah rasanya sedap

    hehe

    asalkan tak terlebih perasa

    itu yang kena kening manis dan darah tinggi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kalau rutin aje semuanya pun tak bahagia juga hidup. Tapi betul kata Mazni, biarlah perasanya tu berpada-pada, jangan terlebih sana, sini. Kalau terlebih, memang masaklah lap air mata...

      Delete
  9. Tak pernah pulak cerita KRT ni lalu kat wall CH..

    Yang selalu lalu kat wall CH pasal masakan.. laju je CH save .. hahaha..😆😆

    Ni baca kat blog MD..
    Bagi CH dorang ni salah tmpt mengadu..
    Sepatutnya mengadulah pada Allah s.w.t ..
    Itulah yg sebaiknya..
    Wallahuallam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak berani cerita ni nak lalu kat wall CH. Mahu kena tazkirah panjang. Hahaha!

      Kadang tu macam baca skrip drama minggu ini tau. Rasa macam fake sangat tapi tak tahu jugalah. Dunia ni macam-macam jenis manusia ada, tak mustahil wujud manusia sebegini.

      Yang gerammnya, selalu sendiri yang cari pasal lepas tu tak nampak jalan pulang. Aduh, urut dada sakit hati rasanya!

      Delete
  10. ada juga saya baca dalam KRT tapi terbaca bila kawan2 share lah, tapi ye lah memang kadang bila baca macam mengarut je, kadang tu bila baca rasa macam geram jek. walaupun rasa mengarut tapi tak mustahil benda tu berlaku dalam dunia nyata ni kan.

    untuk kisah pertama tu patut saja lelaki tu tinggalkan perempuannya tu sebab belum kawin pun perangai tah apa2 dah.

    yang kedu atu pulak lebih baiklah perempuan tu angkat kaki move on je bina hidup baru dan cari bahagia yang baru lelaki suami orang ni mulutnya manis tak boleh dipercaya last2 balik kat isterinya juga, lainlah kalau betul2 yang ada masalah rumahtangga dan isterinya tu memang tak baikkan.

    moga rumahtangga kita sentiasa dilindungi dan diredhai oleh
    Allah swt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kekarutan tu kadang-kala sampai pitam nak fikir betul ke ada cerita macam ni di luar sana. Itulah pasal, takda masalah cari masalah. Yang dok sibuk nak fikir masalah orang, nak buat apakan? Tapi itulah, benda macam nilah kadang-kala buat kita lupa pembaziran masa ^_^

      Dua-dua cerita ni sebenarnya saya tak boleh nak hadam. Rasa geram aje. Kalaulah ada depan mata nak juga beri tazkirah panjang. Tapi ya juga, bila kita dilanda masalah, memang kita buntu cari jalan penyelesaian. Tak nampak macamana nak selesaikan masalah tu walaupun kita yang cari pasal!

      Amiin... harapnya semoga rumahtangga kita kekal bahagia hingga jannah!

      Delete
  11. Ha a....mak pun suka gak layan cerita lagho mcm ni. Syok apa hihi... nak nak kisah rumahttangga, kisah mertua menantu...ipar duai! Nak jadikan sempadan katanya!hihi...Kalau tidak, kita tak tau pun ada kes mcm tu dlm dunia ni. Tak gitu?

    Manusia ni biasalah.... kadang kadang mmg cetek fikirannya.

    Teringat pulak kisah lama lama yg pernah mak tulis haha....












    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali layan tu okaylah, Mak tapi kalau hari-hari mahu sewel dibuatnya. Buang masa aje. Tapi betullah, cerita lagho macam nilah yang best, menjauhkan kita daripada buat perkara yang lebih bermanfaat ^_^

      Betul tu. Ada masa memang kita tak boleh berfikir dengan betul, itu yang macam-macam hal berlaku. Kalau semua manusia pandai berfikir dengan bijak, tak 'rock' juga duniakan ^_^

      Delete
  12. suka jugak baca kisah2 dlm KRT.. ada kisah mmg nak mintak kena kecam dgn mak cik bawang.. ada kisah, mmg myayat hati n blh diambil iktibar...

    tp... kdg lya suka baca komen2 kat KRT.. ada komen tu bikin pecah perut..

    apa nama FB akak?? haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali buang masa membaca kisah masyarakat di luar sana memanglah seronok; adakalanya buka mata. Tak sangka ada juga perkara macam itu dan ini boleh berlaku. Tapi ada masa-masanya juga memang menyakitkan hati aje membaca kisah di KRT ni, rasa macam fake sangat. Yang minta kena kutuk tu tak payah katalah, memang banyak kisahnya!

      Delete
  13. dulu rajin jugak terbaca post-post krt tu tapi sekarang dah totally unfollow. Sebab rasa macam banyak negatif dari positif..walaupun kadang2 gelihati jugak baca kisah dalam tu, amcam-macam kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa mula-mula baca tu okaylah tapi makin lama adakalanya terasa makin mengarut pulak jalan cerita. Nak kata dibuat-buat pun tak tahulah.

      Memang ada yang boleh buat kita nak tergelak sebab nampak sangat kekurangan diri pastu pergi jaja cerita kat umum. Memanglah nak minta kena kecam tau!

      Delete

Post a Comment