JJCM : Ana Ikan Bakar Petai

Salam kawan-kawan!

Apa khabar semua? Seronoklah ya bercuti panjang hujung minggu baru ni. I lagilah panjang setengah hari sebabnya hari Khamis yang lalu I ambil cuti setengah hari. Itulah lagi malas bertimpa-timpa jadinya. 

Tak ke mana-mana pun. Sahaja berehat-rehat santai di rumah. Nak kata mengemas rumah pun tak juga! Suka-suka hati aje nak buang cuti macam tu. Macamlah cuti tu banyak sangat macam orang lain. Ni pun tinggal ciput aje nak menunggu sampai hujung tahun. Memang biasa pun I tak dapat nak carry forward cuti ke tahun depan. Awal-awal tahun dah sibuk bercuti. Maklumlah bila anak naik sekolah, emak pun nak naik sekolah sama. Tak kiralah anak tu Tahun 1, 2,3, 4 atau pun 5.

Tahun depan lagilah I sakan bercuti sebab my anak bujang tercomel @ Adik Cute masuk Tahun 1. Rasa-rasanyalahkan, memang I lah emak tersibuk dalam dunia sebab dua anak bersekolah! Hahaha!

Sekarang ni terus-terang ajelah ya, memang susah nak mengekalkan momentum keterujaan untuk menaip entri/kemaskini blog. Makin terabai sudah jadinya. Ikut suka mood aje bila nak update. Kalau rasa-rasa macam takda mood, memang tak berupdatelah. Nak kata busy tu, takdalah busy mana pun. Suam-suam kuku aje kesibukannya...

Ni nak cerita aktiviti makan yang baru berlalu. Dalam grup whatsapp nan satu itu, tak henti-henti kawan-kawan dok up gambar 'menu hari ini'. Lagi baik sakit, lagi hebat menu-menunya (tak gitu, CH...) Bukan main terujalah bertukar-tukar menu sesama insan katanya. I pun jadi cemburu tetiba. Bukan apalah, orang lain memasak pelbagai menu 5 hari seminggu lepas tu gantung kuali hujung minggu. I pun masak sekali sehari (3 jenis lauk simple), 5 hari seminggu dan ada masanya kurang daripada itu tapi sama naik nak 'gantung kuali' juga di hujung minggu! Kalau boleh gantung kuali tu dari pagi sampai ke malam! Ahah, hebat tak emak mithali yang ini? Nak lawan ke? Kehkehkeh!

So bila mereka up gambar menu air tangan sendiri, I pun senyap ajelah. Malas nak tunjuk-tunjuk terrer gitu (😊) Kang I up menu kat restoran orang tolong masakkan, jenuh pulak nanti!

Apa-apa pun, jomlah ikut I ke Ana Ikan Bakar Petai di Bangi ya! Ikut dalam cerita di blog aje, bukan nak ajak makan sama-sama. Lambat lagilah ahkak-ahkak semua 😊

Rupa-rupanya I belum pernah sampai ke sini. Inilah kali pertama. Bila tengok restoran ni, memang confirm tak register dalam kepala ni pernah sampai di sini. Pernah dengar cerita ajelah gamaknya, lepas tu mamai-mamai kata dah pernah sampai sebelum ni...

Macam biasalah kalau ke tempat begini, menu pilihannya memang tetap sama. Tak danlah nak merasa seafood bagai macam ketam, udang, kerang dan sebagainya. Siapa yang nak tolong makan bersama, menaikkan darah tinggi bersama-sama? 

Kita terjah menulah ya...







Apa macam? 

Ada rasa teruja nak makan tak?

Nak tanya pendapat 'budiman' I ke?

Well, kami sampai awal di sini. Masa sampai tu memang tak berapa ramai oranglah. Tak sampai 10 minit kemudian, berpusu-pusu pulak pelanggan datang menderu. Penuh hampir kesemua meja makan yang ada.

Macam biasa ambil order minuman dulu. Lepas tu kena pilihlah ikan dan apa-apa seafood yang berkenan di hati nak disuruh masak. Kami cuma pilih ikan siakap masak tiga rasa dan juga lala masak pedas. Teringin nak kerang, takda pulak. Nak ambil ketam, siapa pulak yang sudi meratah ketam bersama-sama I ni...  Nak ambil udang, pun sama juga kekdahnya. Takkan sepinggan I kena perabih kasi licin?

Oh, alahai, minta maaflah ya sebab the star of the day iaitu siakap tiga rasa takda dalam gambar. Kenapa? Nantilah kita cerita...

Begitu juga dengan lala masak pedas. Dek kerana lala ni sampai kedua lambat, makanya malas dah I nak ambil gambar. Yang sebenarnya I terlupa sebab dah kenyang makan...

Selesai buat pesanan, kita tunggulah makanan sampai...

Mula-mula datang kailan ikan masin. Kecillah portion, memang cukup untuk seorang makan. Lepas tu tiba pulak kerabu mangga. My anak bujang tercomel sampai komplen, 'Apalah busuk sangat ni!' 

Tak tahan bau mangga, I tell you... maklumlah anak mat saleh celup!

Padahal yang suka kerabu mangga tu tak lain tak bukan daddynya sendiri...

Lepas tu sampai pulak telur bungkus, ayam goreng kunyit dan tomyam. Bila tengok tomyam yang gitu kekdahnya dan dalam portion yang sedikit, kita angkat bahu ajelah... Nasi dah sampai lama, dan dah berhidang pun dalam pinggan makan masing-masing. Dek kerana anak-anak dah lapar, maka kita rasmikan ajelah juadah yang dah sedia terhidang.

Setiap kali juadah sampai, I snap gambar.  Then my sister kata,

Ustaz kata tak eloklah snap gambar bila nak makan!

I kata,

Pakar pemakanan kata kalau snap gambar, tetiba aje makanan tu terus jadi lagi sedap!

Oh, taulah sudah anak-anak yang kuat celoteh tu mengikut siapa ya... 😊

Sampai dah nak habis nasi, barulah sampai lala masak pedas. Kali ni portion memang besar betul. Juling jugalah mata tengok lala banyak tu. Sepenuh-penuh pinggan makan saiz XL gitu. Pitamlah sekejap walaupun lepas tu laju aje meratah lala sebab nasi dah licin! Nak tambah nasi malas pulak. 

Dalam banyak-banyak menu, I rasa lala ni aje yang sedap bangat. Habis licin ya dikerjakan walaupun katanya  tadi banyaknya, tak habis makan tapau aje, pengsanlah macam ni nak habiskan lala. Bila dah start meratah, lupa semuanya 😊

Nasi dah licin. Lauk-pauk semua dah habis tapi ikan siakap tiga rasa masih tak kunjung tiba. My anak kata jom tambah nasi makan dengan ikan pulak. Kami kata, jomlah bungkus and sambung makan di rumah...

Seperti yang dijangka, memanglah siakap tiga rasa ni lambat sampainya. Semua dah nak baca doa penutup ya! Kita bungkus ajelah, boleh sambung makan untuk sarapan pagi esok 😊

Tapi... cakap ajelah! Balik tu tanya kat depa tiga beranak nak makan lagi ke atau nak simpan esok, jawapannya seperti yang dijangka! Makanya, jomlah tanak nasi sepot dua dan panaskan siakap tiga rasa dalam microwave. Malam itu juga semuanya licin, takda saki-baki. 

By the way, the star of the day si siakap tiga rasa ni pun sedap juga!

Kenapalah yang sedap-sedap semuanya sampai lewat ya?

I tanya, biarlah I sendiri yang jawab. You all dok baca je sampai setakat ni ya 😉

Begitulah cerita JJCM kali ni. Lepas ni biar I fikir dulu nak terjah mana pulak. Dah kering-kontang idea ni walaupun merata tempat makan yang sedap-sedap kata orang! Tekak masing-masing tak sama, kan!

Nak suruh I main masak-masak kat rumah?

Oh, yes! Gimme a breaklah ...like 10 years gitu 😉




























Comments

  1. teruja tengok makanan nih hehehe. eh tapi saya tak pernah lagi makan dekat ana ikan bakar petai ni tau walaupun sering ternampak2 cuma belum terpanggil untuk mencuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya nak kata apa ya ... nak promote lebih-lebih rasa macam malas. Tak promote, bukan ke anak tekak masing-masing. Mungkin kita kata tak sedap, orang lain kata sedap. Betul tak?

      So kalau terlalu kat sini atau ke Kuantan nun, bolehlah singgah ya AA ^_^

      Delete
  2. Bulan lepas kami makan kat Ana Ikan Bakar Petai kat Kuantan..
    Org kata sedap, tapi bagi kami rasa biasa2 ajer ikan bakarnya... So dah tak rasa nak repeat di masa akan datang hhuhu..

    MD, tahun ni saya ada cuti lagi 24 hari.. dah akhir September pun.. Tapi cuti belum terusik.. Huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ya! Memang ada satu restoran ni di Kuantankan. Itu port utamalah ya, yang kat KL ni mungkin cawangan aje. Saya tengok kereta berpusu-pusu masuk, pelanggan bukan main ramai tapi saya tak tahulah apa yang sedap. Mungkin juga kalau makan udang mentega, kerang bakar, ketam masak pedas tu adalah kenikmatannya kot. Yang saya hadap di sana biasa-biasa aje. Tapi bab lala memang bestlah. Bab ikan pun janji garing dan sedap, saya kata sedaplah ^_^

      Menyampah arr... lain kali kalau cuti banyak tu tak payahlah nak warwarkan kat saya. Saya ni menghitung hari bila cuti nak habis tau. Sobsobsob...

      Delete
  3. MD, for a working mum I salute you lah that you still larat nak masak dinner 5 days a week. For me, weekdays I just cannot do anything after work. My mind is totally blank >.<

    Anyway, syiok juga tapau the fish and then balik rumah, terus sapu! Sempat pulak masak nasi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. I cook simple dishes ~_^ Takdanya main grill here and there, butter this and that. Kalau nak suruh buat asam pedas bagai, memang I gantung kuali from Monday back to Monday again you know!

      Fish sedap, so bolehlah sambung makan ^_^ Forget about the time and diet. We can start all over again the next day ^_^

      Delete
  4. Lambat ke servicenya Kak Ton? Pernah gak nampak resto ni kat Bangi cuma tak pernah singgah je. Kang kalau ckp dgn Pak Jilap harus dia ckp tu mesti kawan blog dia makanlah tu..... nyampah tau, sakitnya tuh disini gitu huhu.....

    Mahei ke idok? Mana perginya bahan bakaran? Kata pergi resto Ikan Bakar? Ordernya 3 Rasa.... aduh sakit kepala ku mengenangkan jiranku!

    Pukul berapa tido akhirnya tu Kak Ton? Banyak kerja tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Service so-so ajelah, Mak. Ambil order air dulu tapi nasib baik tak tercekiklah sebab air lambat sampai. Kami datang awal, sebab itulah order pun cepat aje. Nak cari ikan tu pun cepat aje prosesnya.

      Itulah pasal. Orang kata ikan bakar, kita pi makan siakap tiga rasa juga. Orang nak pekena seafood, kita pi makan kailan ikan masin, tomyam, telur bungkus. Nak buat macamana...nafsu makan seafood tak wujud-wujud kalau datang resto macam ni tau!

      Mak tak payahlah ajak PakJilap pergi. Jauh tu ke Bangi. Lepas tu Kak Ton pun takdalah promo kaw-kaw suh pergikan, so tak yahlah pergi ~_^ Kang PakJilap suh tutup blog dek banyak sangat pengaruh alam maya, sapa yang susah? Kak Ton juga susah, takda kawan nak diumpat-umpatkan ^_^

      Delete
  5. Makchaq pernah makan kat Ana Ikan Bakar kat kuantan lama dulu...
    Tapi kami rasa macam biasa je rasanya.. mungkin menu pilihan tak kena kot...

    Yg kat Bangi x pernah try pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya lebih kurang aje, Makchaq. Saya pun selalu dengar orang dok bercerita tentang Ana Ikan Bakar Petai ni. Kalau ikutkan kakak saya yang pernah makan di sini sekali dua sebelum ni, katanya semua ada petai. Saya ni tak makan petai. Bila dengar semua bubuh petai memang off teruslah mood nak mencuba. Entah kenapa hari tu saya pulak yang mengajak ke Ana Ikan Bakar Petai ni...

      Delete
  6. Ooh sekarang ni, ni Kira blog jjcm lah ek? Ada bagi plak jjcm from msia to Uzbek Tak? Hehe.

    Aah ek kt blog aweks tu Hari minggu je dorang syer menu, ai je tak syer bukan apa Tau, malu sbb Tak pandai masak, masak simple2 jer, goreng2, tumis2 air, tak reti la nak mengrill bagai. Salutelah pada yg rajin masak tu.

    Samalah Kita, sekarang ni dah mula rasa malas nak menghapdet blog, nak jawab komen pun malas, nak bw pun malas, pendek kata serba malaslah, huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehhhhh... dah lama dah den jadi pengacara JJCM. Cer tengok entri lelama, asal makan aje mesti letak JJCM. Nak plak tu nanti-nantilah kita usahakan. Sekarang ni pun review sentiasa aje kurang membina, macamana nak bagi plak ^_^

      Kan! Dia orang memanglah rajin. Saya ni kalau kata masak simple, memang simplelah. Takdanya bergulai, berendang bagai. Takkan buat sambal belacan saya nak up dalam grup. Malu pulak ^_^

      Entahlah nafsu berblogging dah menurun sama macam usia gamaknya, KakG!

      Delete
  7. CH pernah juga mkn di restoran ikan bakar petai ni cawangan shah alam..
    Mmg sayur dan tomyam dtg mangkuk yg kecil..
    Pastu ikan bakar dtg kemudian..
    Smpi CH cancel satu ikan bakar tu..
    Lambat benor..
    Yg sadisnya ..
    Kata ada petai..
    Puaslah dok belek2..
    Tak jumpa2 petainya..😆😆😅😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Jenuhlah ya CH mencari 'di mana kau petai?' Aduhai...

      Saya pulak takut kalau semua makanannya ada petai. Sebab itulah kurang teruja sebelum ni nak ke sini. Tapi bila dah pergi, takdalah juga nak pergi lagi dan lagi. Cukuplah buat merasa. Kalau sedap, barulah nampak saya datang berpuluh kali ^_^

      Delete
  8. Da lama ira x ke bangi..
    Hehe..xtau pulak ada restoran ana ikan bakar petai kat bangi.
    Ira penah makan yg kat kuantan tu. Biasa la tu MD.. Tekak masing2 kan.. Ada yg kata best, ada yg kata biasa2 je. Yg penting tekak sekeluarga sama sepakat. Hihi..
    Ada stgh org, cara berceritanya mcm best sgt, bila kita rasa, biasa2 je.. Sbb tu bila en suami tanya sedap ke tak, ira suruh dia rasa sendiri.. Haha.. Ira ni jenis bedal je, sedap ke tak..blkg kira.

    Sekejap je kan adik cute dh nk darjah 1, sama mcm aimy. Makin sibuk la mak2 ni.. Ok la MD masak juga hari2. Ira masak weekend je, weekdays en suami yg masak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, kata ada training kat Bangi? Elok sangatlah tu cuba cari makan di Bangi nanti.

      Betul tu, Ira. Ikut anak tekak masing-masinglah. Kalau kita kata sedap, mungkin orang kata tak sedap pun. Yang selalu beria-ia sakan beri review tersangat positif tu mestilah sebab dibayar. Kalau review percuma ni memang ikut sedap mulut dan anak tekak sendiri aje nak review macamana, kan!

      Sekejap aje masa berlalukan. Tahun depan anak-anak dua-dua dah bersekolah. Oh, sebak rasa! Anak-anak makin membesar bermakna kita pun semakin berusialah. Mana hala tujunya tu? Hehehe...

      Delete
  9. Assalamualaikum selamat pagi mummy

    makan besar

    Sedapnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikumussalam...

      Sesekali bila keluar dengan family memang sungguh-sungguh makan, Mama ^_^

      Delete
  10. Yang sayur kailan tu mesti bukan untuk MD kan?...dah tau dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memanglah kak, bukan untuk saya dan anak-anak. Selalunya order menu sayur kerana HD aje. Saya orderkan kailan ikan masin tu sebab saya bolehlah rasa sikit-sikit kuah ngan ikan masinnya kalau ada ^_^

      Delete
  11. Dekat sini memang sedaap siakap dia tapi tu lah kalau time ramai orang lambat nau makanan sampai. Walaupun tak ada gambar lala tapi terbayang bayang jugaklah jadinya. Hahah! Nak kena cari jugak lala nampaknya ni. Heheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, bab siakap memang akak setuju. Walaupun setakat bawa balik dan panaskan semula dalam microwave, memang masih sedap lagi. Tapi apa yang dimakan di sana, lauk yang biasa-biasa tu takdalah mengancam mana, Nani. Takdalah sebab tomyam dan lauk pauk sampingan tu akak sanggup ke sana semula. Kalau siakap tu lainlah kot ^_^

      Delete
  12. owh..ingat dtg kuantan.. ni francais dia la..
    mmg femes restoran ni kt sini...
    nnti klo ke kuantan, try la y restoran ori punya dkt tg.lumpur..
    tp, ada byk lg pilihan kedai y menarik dekat area situ..maybe sbb ana ikan bakar petai ni femes.. mmg mnjdi tumpuan org la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Katanya yang kat Kuantan tu pun biasa-biasa aje ya, Lya...

      Akak kali pertama terjah sini, cawangan di Bangi tapi akak rasa biasa-biasa aje makanannya kecuali ikan siakap tulah.

      Kalau nak ke Kuantan, memang kena siapkan senarai JJCM supaya tak terlepas mencuba, Lya ^_^

      Delete

Post a Comment