Friday, January 30, 2015

Jom Gaduh ^_^

Salam kawan-kawan!

Mood I terlebih bagus hari ni sebabnya hari inikan hari Jumaat. Macam biasalah, I memang suka hari Jumaat berbanding dengan hari-hari yang lain. Oppss... jangan puji dulu ~_^ I suka sebab esok dah hujung minggu *_*

Ni nak cerita pasal kisah sensasi suami isteri jiran tetangga. Yalah, hidup berjiran ni haruslah saling bertoleransi, berbaik sangka dan saling bantu membantu. Barulah hidup ceria selalu. Cuba tengok macam Kak Ton dengan jiran sebelah rumah Kak Ton ni, happy aje memanjang. Sebab itulah kami ni awet muda walaupun lampu kilauan emas dah lapliplaplip menunggu di depan pintu *_*

For examplelah ye nak berbaik sangka kononnya.... Bila kita selalu tercium bau hangit dari rumah jiran, kita anggap ajelah yang jiran kita ni memang seorang yang suka memasak. Dek kerana kerajinannya itulah munculnya bau hangit kerana makanannya asyik rentung Boleh je kita nak gelakkan dia dalam bilik tidur kita tapi di hadapan jiran, kenalah bersopan. Jangan ditanya adakah dia baru merentungkan apa-apa di rumahnya. Tapikan, kalau dah nampak asap tebal berkepul-kepul tu keluar dari dapur, haruslah kita berlari tolong bagi CPR kat jiran kita tu. Jangan dibiarkan pulak *_*

Contoh lainnya, kalau tetiba kita nampak pintu dapur kita terbuka luas, jangan disangka ada pencuri masuk. Kemungkinan besar, dah sampai masa jiran kita menggunakan spare keys yang kita beri kat dia, untuk menemani kita berbual kosong pagi-pagi. Yalah, dia tahu kita kesunyian dan merasa diri umpama bibik selepas ditinggal sang arjuna hati ke tempat kerja. Makanya, jangan disalahkan pencuri yang takda niat pun nak masuk rumah hang hari tu , tapi salahkanlah kealpaan kita tak warning kat jiran supaya jangan masuk rumah sesuka hati. Kalau ya pun nak tau gosip terbaru hari itu, tunggu-tunggulah sampai jiran bagi signal suruh masuk. Kalau WA pun tak berjawab, itu tandanya dia sedang berusaha untuk menjadi isteri yang terbaik untuk suaminya ^_~

Sebenarnya I takda pun terniat nak geletek-geletek hati my jiran sampai mengekeh ketawa dek marah sangat (Eh, macam mana gaya gelihati tapi marah ni ek? I sendiri confused walaupun I yang tulis....) tapi dah seronok hidup provoke-mengprovoke kata orang putih, makanya tak berhenti-hentilah dok mengacau luar dalam baju kelawar masing-masing ^_^

Eh, alamak.... jauh menyimpang pulak dari tajuk asal *_* I bukan nak ajar cara-cara hidup berjiran. Oh, jauh sekali.... my blog ni mana ada bahan berilmiah. Bahan gelak banyak ler.... 

Ni hah... nak cerita pasal entri puji-pujian untuk Batu Pahat, district tercintaku ini....  By the way, terima kasihlah Kakzakie sebab support orang BP (Eh, Kakzakie ni orang JayBee ke BeePee ni asalnya?)

Tengoklah orang sebaik Kakzakie pun tak tahan mendengar bila orang Muo terlebih-lebih memuji. Sibuklah dengan Muo dia tu....  Makanya 'orang memberi kita merasa, orang memerli, kita belasah jer' (Oppsss... ini broken BM, sila jangan tulis dalam esei SPM pulak!)



 Kalau ada minyak Mak Pon, buat apa sibuk-sibuk suka pakai minyak Wak Dakam? Kalau dah tahu briyani gam mendatangkan sakit perut, siapa suruh makan? Aha, memang teringin sebenarnya itu yang sampai turun ke BeePee!

Eleh, cakap jelah lebih sebenarnya peminat setia minyak Wak Dakam dia nih.....

Eh, eh.... orang nak puji BP suka hatilah,  tak akanlah sebab itu pun nak jealous. Pi lah tulis entri pasal Muo tu katanya dah kekeringan idea sesangat sampaikan murtabak Singapore pun nak tolong promote ... ^_^

Harapnya kawan-kawan yang lain janganlah jealous sebab asyik nama jiran sebelah je turun naik dalam blog. Kalau nak tau petua awet mudanya tu, inilah dia.... Memang habit my jiran suka provoke-provoke style omputih gini ^_^

P.S. Entri ini ditulis selepas entri utama hari ni (on the spot tau ~_^ tak mainlah kering-kering idea ni) akibat pergolakan jiwa yang hasad dengki dengan provokasi jiran sebelah *_* Kakzakie janganlah susah hati kalau jiran-jiran 'bercakaran' ya, kak. Anggap je akak tak dengar. 'Makbudak-budak' ni memang tak sedar diri, kak. Hari Jumaat pun nak gaduh, bukan nak berkongsi ilmu macam kakak ^_^

Pantai Purnama @ Port Dickson

Salam kawan-kawan!

Rupa-rupanya cerita basi dari Port Dickson tidak berakhir di sini ^_^

I buka folder tengok-tengok ada banyak gambar kat PD tapi I dah lupa jalan cerita ^_^ Tulis apa yang ingat ajelah ya...

Rasanya kalau tak silap, this trip kita pergi dengan tujuan nak mandi di pantai. Day trip juga ni, tak tidur hotel pun. The next, next time I pergi ke Port Dickson, barulah I tahu nama pantai ni Pantai Purnama, berhampiran dengan Akar Hotel, seberang jalan sikit aje daripada Ostrich Farm tu.... (Kalau silap nama pantai ni, maybe Acik Erna boleh tolong jawablah....sure expert bab-bab PD nikan, Acik ^_^)

Kami pergi pun matahari dah mencanak tinggi, makanya lebih baiklah isi perut siap-siap. Late lunch katanya.... 

Nama dan bil kat restoran ni pun dah hilang entah ke mana. Makanya I terlupa apakah nama restoran, menu yang kami order dan sebagainya. Yes, ada dalam buku ledger tapi dah Kak Ton tak tahu tarikhnya jenuh alahai nak mentelaah ledger perbelanjaan keluarga *_*

Yang penting dan apa yang I ingat, rasanya tak sesedap mana. Maka, takdalah menyesal pun kalau I tak buat promosi percuma pada kawan-kawan *_*
 


Bila perut dah kenyang, barulah kita memandu ke pantai. Mommynya melingkar kat tepi-tepi aje, dah tak bawa 2 piece swimsuits takda niat nak mandi-manda mahupun meng-tan-kan badan ~_^ 

Biarlah Hubbydearie dan anak-anak aje yang mandi-manda sepenuh jiwa raga meninggalkanku sendirian terdampar kekenyangan di tepi pantai. Eh, jiwang berkarat pulak! I' m sorry ~_^

Sebenarnya I kenalah jaga 'harta pusaka' yang ada. Siapa lagi kalau bukan Mommy/isteri mithali ni. Kalau I sibuk nak mandi laut dan Hubbydearie jaga barang kat tepi pantai, bukankah itu satu kepelikan rasanya....


Teruja ya my superheroes dapat mandi di pantai. Kalau sebelum tu mereka baru mendapat pengalaman mandi sungai, kali ni lebih teruja dapat mandi di laut luas terbentang sampai ke Selat Melaka nun. Pemantauan aktiviti superheroes dilakukan oleh Daddy mereka manakala I macam biasa, tukang jerit je di tepi tu walaupun mereka tak peduli kerana tak dengar. Kalau rasa-rasa Abang dah sesat jauh, I pun apalagi, angkat skirt (labuh) dan mengharungi air pantai demi anak-anak. Kalau ikut Daddy mereka ni memanjang 'takpalah, let them explore a bit'. 

Dengan Mommy jangan nak explore lelebih, mahu jeritan ketarzanannya tu boleh kedengaran seluruh PD nanti *_* I am a superfreaking mak, kan ~_^

Adik Cute yang paling teruja kerana dah lama juga kami  tak mandi laut. Selalunya buat aktiviti atas darat je. This boy, kali pertama cecahkan kaki dalam air (tak kiralah air kat swimming pool ke, laut mahupun sungai) terjungkit-jungkit kaki tu takut kononnya. Lepas tu, boleh pulak tak nak naik. Kalau paksa, macam biasalah Adik Cute buat drama air mata!


Hampir dua jam juga mereka berendam di sini. Penat weyh I menunggu sampai berpeluh, berminyak muka den ni! Bila nampak air laut dah macam naik tinggi, I pun melantunkan suara emas suruh mereka naik termasuklah Daddynya yang teruja lelebih. I knowlah kat your country takda laut nak terjun tiruk, Dear.... but jomlah kita balik!

Overall, superheroes gembira walaupun kami tak begitu merancang kedatangan ke sini. Cuma satu lagi yang tak terbuat. Setiap kali ke PD, Bubbly Abang ajak berhenti di pantai awam tu but Hubbydearie tak suka sebab too crowded katanya. So, Mommy takda kuasa veto kalau dah Daddy tak mahu *_*

Lain kalilah ya, Abang bila Daddy terbuka hati nak cari parking kat tempat sesak macam tu *_*




Lepas tukar baju bagai, kami pun balik ke KL. Adik Cute tersangatlah happy sampai tak terus lena dalam kereta. Adik siap buat pesanan penaja,

Mommy....lain kali kita pergi lagi eh!

Okey, Adik! Nanti Mommy bawa mandi kat swimming pool pulak~_~ Melenjanlah sampai penat, Mommy setia menunggu walaupun teruja juga nak main air sebenarnya *_*

Eh, cerita PD belum habis lagi tau! Nanti-nanti I up kisah lain pulak. Lepas tu minggu depan kita sambung lagi cerita PD entah part berapa agaknya ^_^

Thursday, January 29, 2015

Apa bau ni?

Salam kawan-kawan!

Kenapa ya bila hari Khamis je mesti I ingat dah Jumaat. I ni memang tak boleh tahan nafsu menunggu hujung minggu. Tak kiralah ada plan ke tidak. Tidur terbongkang di rumah pun best juga apa....

Ni nak bagi tau sikitlah...

Sejak tahun baru ni jangan tak tahu, I rajin memasak. Luar biasa kerajinannya. Kalau boleh hari-hari nak masak 7 hari seminggulah! Tapi ada masanya penyakit malas melanda tubuh badan, mulalah tu buat hal bermalas-malasan sambil mencari alasan nak makan di luar ~_^

Kalau hari bekerja, biasanya I tak duduk dapur sampai havoc. I masak mana yang mudah je tapi boleh diterima  tekak anak-anak dan suami. Kalau masak extravaganza punya menu pun tetiba Hubbydearie dan superheroes dok tenung macam nampak alien turun ke bumi, lagilah haru. Percubaan untuk menu baru mahupun yang sensasi namanya, kita buat hujung minggu ajelah...

Nak tau apa yang selalu menjadi hidangan?


Ya, ya... pandai pun. Teringat pulak pada nama gelaran cikpuantunkubukulima yang glamour mengalahkan Che Ta ni ~_^

Tak tahu ke?

'Potam' nama pendeknya , nama panjangnya 'Potamayo' ^_^ Gabungan potato and mayoneselah kot.... ni kena tanya si pemberi nama semasa I 'lahir' sebagai blogger pingitan dua tahun lepas *_*

Oh, I pun ada cuba buat chicken mandy DIY kat rumah. Menjadilah juga. Apa ke tidaknya, baca ajelah di kotak tu macam mana nak buat *_* Sejak awal tahun ni kan rasanya 2-3 minggu juga hidup tanpa handphone makanya takdalah ambil gambar sangat kecuali ada hati nak keluarkan DSLR yang memang tak mendatangkan hasil pun buat photographer picisan macam I nih....

Semalam pun masak yang simple je. Ayam masak pedas untuk Abang dan Adik, sup daun bawang+kentang+suun untuk Hubbydearie dan telur dadar. Tengok menu macam dah takda stok bahan dalam rumah padahal penuh petisejuk tu dengan segala bahan mentah! Macam penjual ayam, ikan kat pasar malam pulak rasanya! Sorrylah takda gambar sebab malas nak ambil handphone dalam beg tangan *_*

Tetiba teringat ada ikan pekasam satu bekas plastik dalam peti sejuk. Tak tahulah kurun ke berapa punya stok. Tapi bila dah nampak depan mata, haruslah terliur. Maka I pun gorenglah...

Kecoh ya satu rumah! Masing-masing dok bertanya sambil tutup hidung. Masing-masing naik kening dok pelik bila I kata itu hidangan untuk Mommy. Kalau boleh masing-masing tak mahu makan bersama di meja makan. Oh, sadis dan sedih rasanya dalam hati!

I pun mulalah buka cerita penglipur lara mendayu-dayu kononnya.... (Eh, tak keluar air mata pun sebab excited tengok mereka berlumba-lumba tutup hidung dan tahan nafas!)

Kalau Mommy punya makanan semua rasa jijik eh.... Kalau anak-anak nak makan tak pun Daddy teringin nak makan, Mommy buat je tak kata apa-apa. Tak kutuk apa-apa pun! Lain kali memang Mommy tak nak makan any food yang korang rasa 'jijik' lah konon kan.....

Macam biasalah, yang 'tersayat hati' sangat-sangat tentulah si Bubbly Abang *_* Terus datang minta maaf sambil peluk Mommy. Adik Cute usah khuatir, akan menyusul kemudian sebab dia memang kaki copycat 'sifat-sifat terpuji' si idolanya ni ~_^

Makanya, kami makan dengan aman dan penuh berselera *_*

Eh, happy ending pulak macam cerita sundel bolong Snow White *_*






Segmen Bloglist Feb-Jun by Cik Manis

Salam kawan-kawan!

Eh, eh, jangan click 'X' dulu!

Betullah ni blog Kak Ton! Amboi, kalau kita nak join segmen macam orang tak percaya jerk....


Ini copycat terus dari blog cik manis ni ~_^

Syarat-syaratnya semudah ABC aje ^_^

1) Follow blog ini 
2)Follow instagram tuan tanah kedaung ni * kalau tak nak pun tak pe
3) Buat entri segmen ni
4)Tinggalkan link blog di ruang komen

Senangkan! Copy bulat-bulat, round-round jerk apa Dak Nani ni tulis. Menjimatkan masa dan tekak ah kak pun tak haus sebab menulis panjang berjela. 

Cepatlah kalau nak join. Esok tutup dah *_*

Nota kaki : Khas buat Nani, make sure En. Random pilih akak. Kalau tidak, akak join perarakan kat Batu Caves Thaipusam nanti tanda mogok *_*



Wednesday, January 28, 2015

Ostrich Farm @ Port Dickson

Salam kawan-kawan!

Hari ni bersiaran lewat sebab ada kerja nak dibuat. Setakat singgah rumah jiran tetangga sekejap bolehlah. Nak tekun menaip entri ada semput sikit....

Meh baca cerita basi MD ni. Ini pun kisahnya akhir bulan Disember yang lalu. Dah kata nak day trip memanjang, marilah sambung menulis walaupun dah basi ~_^ Ini bacaan untuk petang anda semua yang santai katanya...

Rasanya tahun 2014 lah paling kerap kami ke PD. Sebelum trip kali ni, sebenarnya ada satu lagi trip mandi-manda yang tak keluar-keluar cerita dalam blog. Katanya dah ada blog, haruslah semua nak dikongsi bersama kecuali cerita bilik tidur utama ^_^



Ada banyak Ostrich Farm ni sebenarnya tapi selepas ditimbal-balik segala, kami memilih untuk ke Port Dickson. Walaupun kerap pergi, banyak tempat tak habis melenjan lagi. Maklumlah, kalau pergi tidur kat hotel, asyik nak tidur baring dalam bilik, makan dan layan anak-anak di swimming pool. Tak dan nak berdating bagai kat tepi pantai menyaksikan matahari terbenam sambil dikelilingi superheroes di kiri-kanan ~_^

Memandangkan my second superhero, si Adik Cute belum pernah sampai ke Zoo Negara, haruslah kami mula memperkenalkan pada Adik segala jenis haiwan yang ada di seluruh alam ni. Kalau tidak, sampai dah masuk sekolah nanti Adik masih beranggapan semua haiwan dalam dunia ni dipanggil 'Cow'. Nayalah Mommy macam tu nanti kena query dengan cikgu. Mahu pengsan tak sedar diri 3H2M melihatkan kebijaksanaan anak ~_^

Apa ya ada kat sini?

Nama je Ostrich Farm tapi macam-macam ada! Lebih kurang mini zoo yang kita buat kat belakang rumahlah senang cerita. Harimau, singa, beruang dan yang ganas-ganas janganlah harap ada gambar. Kalau ada, tak tahulah apa nasib MD sekeluarga. Sehelai sepinggang panjat pokok dek dikejar haiwan buas *_* Of courselah tak sempat masuk blog nak berceritakan....

Meh kita tengok kecomelan, kejelitaan dan kehenseman segala haiwan yang ada dulu ya ~_~ Oh by the way, ah kak tak sempat check jantan betina setiap haiwan makanya kita masukkan semua kata sifat yang ada.


Ini kambinglah Adik... bukan lembu!


'Comel tak Cik Bedah, Kak Ton? Cik Bedah tak pakai pun kuputih dah comel cenggini. Kalau pakai, entahlah macam mana comelnya tak tahu nak kata!' *_*
Apa? Sikit sangat gambar? Eh, nantilah belum sempat telan air liur nak upload lagilah ni.... Katanya ada berpuluh gambar! Nanti sat ah kak upload ya... *_*

'Aku kalau letak kat mana pun memang paling cantik, menarik dan tertarik!'

'Garang tak kita, Bang?' - ala-ala si Terlajak Laris berbicara!


Alololo... main sembunyi-sembunyi santai kata orang Uzbek *_* Adik tak dapat bezakan di antara rabbit dan hamster *_*


Yang ini garang bedo'ohlah, takut nak ambil gambar!



Boleh naik pony kalau nak. Kak Ton memang tidaklah, Kak Ton ni penggeli orangnya!
Uihhh...sombong! Dah nampak kita nak ambil gambar, dia datang dekat lepas tu buat muka tak boleh blah! Kalah Che Bedah berposing ^_^

Yang ini burung, Adik... bukan ayam macam kat belakang rumah makcik kat kampung tu!

Apa dia? Tak dengarlah!

Jangan upload lagi?

Eh, gambar anak-anak Kak Ton banyak ni. Takkan tak masuk blog. Penat mereka posing tengah panas mentari tau ~_~

Meh, tengok aksi mereka dua beradik pulak....

Susah betul nak capture gambar Adik Cute ni. Kalau Abang tak tolong, memang beginilah kekdahnya...


Adik Cute masa mula-mula nak 'bermesra' dengan ostrich. Nampak first time, terus pucat lesi panjat dada Daddy *_*

Bubbly Abang yang eksyen je lebih tapi sebenarnya penggeli boleh tahan macam Mommynya *_*

'Apalah bau ni... busuknya!' komplen si Adik sambil tutup hidung. Yalah, tak pernah jumpa haiwan ternakan mahupun haiwan liar 'live' katanya...

Adik takut burung. Bubbly Abanglah yang pujuk-pujuk Adik comelnya supaya beranikan diri walhal dia pun bukan berani sangat *_*

I suka gambar my superheroes kat sini. Macam nak buat header je pulak *_*

Adik 'melawat kawasan' angsa sendirian. Dia tak tahu angsa boleh kejar orang. Hehehe... Cepat-cepat Abang datang menyelamatkan adiknya daripada masuk suratkhabar Metro 'kanak-kanak ribena dikejar angsa yang disangkakan buaya' ~_^


Again, Adik excited tengok eh apa ke namanya ni? Dah... boleh lupa pulak! Hahaha...
Oh, baru teringat lupa nak beritahu harga tiket masuk! Ya, ya, mana ada free. Ini bukan mini zoo belakang rumah kalian. Yang itu kalau letak harga masuk, takda siapa pun yang sudi nak melawat kawasan tau. Lainlah kalau ada tanam pokok durian *_*

Kak Ton, pleaselah Kak Ton jangan membebel lebih-lebih. Penatlah kita 'owang' baca tak habis-habis entri ni. Kerja tak siap lagi nih!

Oh, ya, ya... ni harga tiketnya :-

Dewasa                          RM13
Kanak-kanak (3-12 tahun)    RM8

Puas Kak Ton pi belek harga tiket dalam buku tiga lima ledger perbelanjaan keluar masuk family Kak Ton tau ~_^

Okeylah, Kak Ton dah penat upload gambar dan membebel. Hari pun dah petang. Lepas cerita Port Dickson nanti boleh ikut Kak Ton jalan-jalan ke selatan pulak ya ~_^ 

Update :

Nasib baiklah DZ tanya dalam komen. Kak Ton lupa letak gambo telur Dinosaur ostrich rupanya.... Baca balik karangan, ada banyak fakta kejadian terlupa nak habaq pulak..... Nah, belanja sarapan telur gergasi separuh nyawa masak *_*















Tuesday, January 27, 2015

Bila Mommy jadi cikgu....

Salam Selasa kawan-kawan!

Si Bubbly Abang ni kalau tak dipantau kehidupan sehariannya, memang bersemangat nak rileks memanjang! Walaupun Abang sayang Mommy lebih sikit dan manja dengan Mommynya ni, dia juga takut akan Mommynya yang kadang-kala boleh berubah menjadi tarzan. 



Dengan Daddydearie, Abang tak takut sebab Daddy jarang 'naik tangan'. Kalau marah pun, Daddy membebel aje tapi kalau sekali Daddy naik tangan, seharian terasa sakitnya ya! Mommy pulak lain cerita. Selain ada pitching yang tinggi dan suara yang nyaring tak tentu pasal, Mommy lebih mudah naik tangan. Itu pun versi manja-manja je. Jadi superheroes memang tak hairan versi marah yang itu. Tapi kalau lava gunung berapi Kilimanjaro yang meletus (Eh, gunung ni berapi ke tidak? Lupa nak check ~_^) memang nasib badan ler....

Bab belajar ni, I sebenarnya takdalah memaksa sangat. I takda sediakan time table yang strict untuk anak-anak belajar. Ikut suka hati mereka. Bahkan masa cuti sekolah yang lalu, walaupun I dah sediakan buku-bukukerja untuk diulangkaji, Bubbly Abang ikut mood je bila nak buat. Most of the time dia duduk rileks bersantai (sambil minum jus oren ada payung kecil di tepi gelas) depan komputer. Tak sudah-sudah memikirkan cara macam mana nak lepas satu level game ke another level, nak upload cerita apa kat youtube, dan apa kekdahnya nak jadi hacker suatu hari nanti....

Sepanjang cuti sekolah dia bersantai, termasuk 1 week extended holiday dan juga dua minggu pertama persekolahan. I memang bagi green light sambil senyum pendam bara dalam hati supaya dia meneruskan aktivitinya. It's okey, Mommy alright jerk kalau setiap hari pun Mommy kena tanya bila nak belajar. 

Bab duduk depan komputer Bubbly Abang tak pernah minta izin. Mainlah sesuka hati. Mommy letak password, dia minta kat Daddy pulak. Dulu kalau buat apa-apa, guna email created by Daddy tapi sekarang ni dah pandai buat email sendiri. Macam-macam nama I jumpa. Okey, asalkan tak timbul masalah!

I did tell dulukan bagaimana dia tulis review untuk satu game ni dan habis kena hentam dengan adult gamers yang rata-rata tak setuju dengan pendapat 'kebudak-budakan'nya (of course mereka tak tahu dia under age sangat-sangat!) Macam-macam four letters words yang keluar dalam kotak komen. Itu pun tak sengaja I terbaca sebab dia guna email yang Daddy created untuknya! Teruslah kena duduk mengadap Mommy sambil dengar celoteh non-stop tentang baik buruknya bermain komputer 24jam sehari! Panas telinga, merah padam jadinya. Nasib baik tak kena tarik kasi nipis sikit telinga tu ~_^

Kalau dulu I suruh Abang baca buku cerita, dijawabnya as simple as this....

Girl je yang suka baca storybook, Mommy. Mana ada boy baca storybook. Macam Daddy, tak suka baca buku cerita tapi Daddy pandai pun!

Oleh itu, Abang nak ikut jejak langkah Daddynya, tak mahu ikut Mommy yang pernah jadi ulat buku nih.... I redha ajelah keputusannya tu tapi dalam pada itu, I psiko juga dengan membeli buku cerita banyak-banyak dan susun dalam almari!

Mulai tahun ini, setiap malam I arahkan Abang baca satu bab dalam buku cerita sambil  Mommy melipat pakaian. Kalau buku ceritanya nipis, mesti habiskan masa tu juga. So duduklah Abang membaca cerita sambil Mommy lipat pakaian. Lepas habis baca, kena buat kesimpulan lagi apa yang dah dibacanya. Makanya, tak boleh nak sambil lewa kalau tak mahu dengar suara lemak merdu Mommy ni....

Bermula minggu ini juga, Mommy dah take over jadi 'guru tuisyen' setiap malam. Bila Mommy arahkan suruh buat bukukerja, kenalah buat walaupun hati bergelora kerana tak dapat main komputer ataupun mengacau Adik Cute. 

Nasib baik juga homework sekolah Cina tak banyak mana. Hari-hari ada kelapangan nak dok menekan keyboard dalam bilik komputer Daddy. Lagi satu, sejak tahun ni I tengok ada satu waktu dalam time table Abang yang khas untuk 'Homework' ataupun 'Homework Science' di sekolah. Dua tahun sebelum ni takda pulak. Mungkin masa inilah mereka menyiapkan homework di sekolah. 



Lepas Abang siap homework dengan 'guru tuisyen' special ni, Mommy akan tanda dan jelaskan pada Abang mana yang silap dan tak faham. Terpinga-pinga Abang sebab dia merasakan macam manalah Mommy ni bijak sangat sedangkan Mommy tak faham Bahasa Mandarin pun ~_^


Apa susah, answer sheetkan ada ^_^

Mommy tanda ikut jawapan ajelah tapi bukan membuta-tuli. Mommy tau apa Mommy buat, okey *_*

I kena ambil insiatif lebihlah tahun ni memandangkan Abang dah di Tahun 3. Tahun depan dan seterusnya sangatlah kritikal. Alhamdulillah, walaupun masa bermain jauh lebih banyak daripada masa belajar, keputusan peperiksaannya selalunya tak mengecewakan. Cuma I terfikir, kalaulah Abang ni tekun belajar macam sesetengah budak, tentu dia akan lebih cemerlang lagi dalam pelajaran. I tak stress sangat pun kerana setelah mengambil keputusan menghantarnya ke sekolah Cina, I dah tanamkan dalam hati tak mahu menyusahkan hidup anak-anak I pulak dengan memaksa mereka jadi cemerlang sepanjang masa. Biarlah dia enjoy asalkan pelajaran masih terjaga! Jangan asyik gagal sudah!

Masalah baru pulak timbul sejak Mommy jadi guru tuisyen ni.....


Asal Abang duduk aje di meja belajar, Adik Cute akan datang bawa buku warna dan colour pencilsnya dan tolak Abang dari kerusi. Dia nak duduk di situ kerana....

Adik banyak homeworklah! Teacher bagi! Tepi! Tepi! Adik nak buat homework!

Adik ada homework apa?

Homework Matematiklah.... Itupun tak tahu ke????


Itu belum I panggil Abang suruh duduk di sebelah masa tanda bukukerjanya, Adik akan datang meluru sambil suruh Mommy 'check' kerjarumahnya juga!

Kadang-kadang, diambilnya kertas A4 size beberapa keping dan beri satu pada Mommy sambil berkata,

Mommy, Mommy buat eh! Jangan koyakkan tau! Nanti cikgu marah! 


.....disuruhnya I buat 'homework' juga!

I memang rasa macam nak ........ PITAM ~_^

 

 

 


Monday, January 26, 2015

Insiden pagi hari....

Salam Isnin kawan-kawan!

Aduhai, tak habis-habis lagi cerita bulan lepas! Bila I belek folder gambar, banyak rupanya cerita sepanjang tahun yang tak masuk blog lagi tapi tak danlah nak buat throw back memanjang. Dah basi tu, basilah jawapannya! Sambung cerita cuti seminggu di bulan Disember ajelah nanti. Tengok kalau dan ke tidak juga nih....

Meh tengok cerita di luar tajuk dulu ~_^ (update lepas selesai taip entri : tak terkeluar tajuk okey entri hari ni sebab tajuk ditukar last minute ~_^)

Pagi tadi ada insiden yang kurang menyenangkan hati. Dek kerana itu juga, mood tak best dah menguasai diri... Okey, okey, itu alasan ajelah tapi perasan tak, bila kita tersilap langkah ketika memulakan hari yang indah, memang sepanjang hari kita mula rasa tak seronok. Begitulah yang I rasa hari ni. Spoil sudah mood untuk seminggu!

Oh, tidak... I tak lompat katil lagi pagi tadi walaupun semalam I tidur pukul 2 pagi. Elok je bangun ikut time table yang ditetapkan. But then, masa hantar Abang pagi tadi, disebabkan dok asyik berborak dengan Abang tentang dosa dan pahala, I tak sedar yang lampu trafik bertukar merah. 

Apalagi, I pun dok di tengah-tengah simpang jalan, di kotak kuning dek kerana jalan sedikit sesak. Serius, I know memang salah I. Laluan bertentangan ada lori kecil dan kereta. Walaupun I silap, pemandu lori dan kereta tak berganjak, bergegas nak lalu. The problem is.... penunggang motorsikal yang di laluan bertentangan yang tak sabar-sabar nak tunggu lampu trafik mereka bertukar dari merah ke hijau!

Makanya, mereka pun meluru....

I ni bila dah tengah petak kuning baru perasan lampu dah merah dan tengok lori dan kereta di laluan bertentangan tak gerak lagi, terus ajelah memandu nak masuk lorong di hadapan, jadi takdalah my car duduk di tengah petak kuning. Tapi itu penunggang motorsikal yang membawa pembonceng (suami isteri) sudah tak sabar lantas tersepit in between my car and another car. I pun tekan minyak sikit konon nak ke depan supaya tak ganggu lalu lintas. Mereka pun gerak sama. Maka dilanggarnya my side mirror. 

I pun minta maaf sambil tunjuk tangan. I know my kesilapan. Tapi penunggang motorsikal tu marah dan ketuk my cermin kereta. Pembonceng pun bukan main jeling kat I sambil mulut kumat-kamit. I know, I know, my mistake! 

Dalam pada dok signal-signal minta maaf, another motorcyclist datang meluru ke arah my car (again). Dia dah nampak the first motorcyclist dengan pembonceng tu tak lepas tapi dia tetap meluru sama. Again, I stucked in the middle. Nak pandu ke depan sikit melepasi kotak kuning tak lepas, nak reverse sikit rupanya ada kereta satu lagi di belakang I (Oh, not my mistake only rupanya... ada 'pengekor' juga....)

This second motorcyclist pun bukan main dok tengking I.... Kuatlah  tu sebab itu  I dengar walaupun cermin kereta wind up masa tu....

Bubbly Abang yang ada dalam kereta dah dok cakap,

Habislah Mommy kita macam nih.....

I suruh dia dok diam-diam jangan risau. I pun beritahu kat dia memang my silap kerana 'terlanggar' lampu merah sebab asyik dok berbual dengannya tapi those motorcyclists walaupun marah tak patutlah keluar kata-kata kesat sampai nak ketuk cermin kereta bagai. Lagipun I dah tunjuk signal minta maaf banyak-banyak, I tahu I buat silap. Memang I ni kalau bawa kereta, janganlah ada distraction, memang gagal! Nama je dah bawa kereta sejak 10 tahun yang lalu....

Gambar dari Pakcik Google
Lepas hantar Abang di sekolahnya, I pun parked my car di kawasan berhampiran. I pun keluarlah nak tengok apa hasil dari insiden pagi tu. Belek punya belek nothing pun yang dented ke, rosak dek perbuatan dua penunggang motorsikal berbeza itu. Alhamdulillah....

Dahlah hujung minggu lepas, spent duit untuk kedua buah kereta. Kalaulah, tersilap langkah jauh lagi pagi tadi, haruslah nangis-nangis keluar duit juga, dah salah sendiri. Alhamdulillah, tiada apa yang tak enak berlaku cumanya hati ni sedikit gayat masa drive pagi tadi. More alert selepas memandu sambil leka ^_^

Kadang-kala, bila memandu ni ikut nasib. Kadang kita begitu berhati-hati, ada pulak orang yang suka-suka nak cium kereta kita. Kalau kita tak berhati-hati, itu sendiri punya pasallah! Apa-apa pun ini satu pengajaran. Kalau dah senang nak didistract attention tu, silalah lebih alert next time ya, Kak Ton ~_^

Okeylah, ini je entri kali ni. Mood kedaung Kak Ton menyebabkan entri terpendek jadinya ~_^ Tak jadi nak sambung cerita pasal tajuk utama yang sepatutnya hari ni *_*




Friday, January 23, 2015

Ke Sunway Pyramid lagi...

Salam Jumaat kawan-kawan!

Kalau nak mencari ilmu, haruslah bukan di sini tempatnya ^_^

I ni suka merapu, membebel yang bukan-bukan but then takdalah sampai merosakkan akidah mahupun mengumpat mengata. Setakat mengumpat jiran sebelah tu, memang biasalah tak mampu dielakkan ~_~ Dah cuba banyak kali tapi kalau kita tak mengumpat terang-benderang dalam blog, dia pulak yang provoke kasi up sikit geram tu *_*

Alahai... bila agaknya I boleh berkongsi ilmu dengan kawan-kawan? Nak kata banyak ilmu tu tidaklah, nak kata langsung tak berilmu, lagilah menipu namanya. Cuma tak tahu ilmu mana yang harus dikongsi bersama. Kalau dah 'berborak santai' macam ni ambil masa berjam-jam orang nak habis baca, kalau I mula berkongsi ilmu, takut tertidur depan komputer pulak nanti ^_^

Okeylah, I berceloteh macam selalulah ya! Lagipun cerita bulan Disember tak habis lagi ni. Bila I nak start cerita di tahun baru pulak? Next year ke? Or another two years from now? I dah bertambah kertu masa  tu, takut pulak terlupa banyak fakta!

One of the cuti days masa bulan Disember lepas, bangun awal pagi tetiba teringat kat Sunway Pyramid! Lama sungguh ya tak singgah di sini. Bukan apa, bila memikirkan leceh nak cari parking memang malaslah nak pergi. Lagipun setakat nak shopping, kawasan Parlimen I, P007 kan ada..... 

Tapi bila keinginan tetiba  timbul, tak dan-dan bersiap terus terjah!

Oh, sebelum tu beri laluan kepada Adik Cute ni! Mesti ramai yang rindu kat Adik, kan....



Adik Cute sekarang sudah teramat fasih membebel sampai I kena jerit macam Tarzan suruh senyap, beri laluan Mommy nak berborak dengan Daddy. Superheroes berdua ni, kalau kita start borak, mereka berdua pun berlumba-lumba nak join sekaki walaupun keluar tajuk selalunya. Eh, tiru siapa ek? Macam style Mommynya jerk ~_~

Adik pun dah pandai baca surah Alfatihah sampai habis dalam bahasa yang kejap pelat, kejap tidak tapi bunyi tu tetap ada. Terharu Mommy mendengarnya. Nak tahu siapa yang mengajar? Siapa lagi kalau bukan abang kesayangan yang selalu kena kickboxing, si Bubbly Abang. Bukan diajarlah tapi Adik Cute kan suka imitate abangnya ni. Tapi kalau suruh Adik Cute mengaji, aduhai.... dia ajar kita instead of kita ajar dia! Macam mana nak buat ni, Kakzakie?

Alright...agaknya bila nak sampai cerita kat Sunway Pyramid ni ya? Tak nampak bayang pun... Hahaha!

Kami sampai dah almost tengahari. So, I ni kan bukan boleh lapar. Bila lapar je mulalah buat perangai. Dek kerana kami tak biasa di tempat ni, agak kalut juga nak mencari tempat makan. Ke hujung selatan, utara, timur, barat kami dibuatnya sampai superheroes mengeluh penat!

Dalam pada mencari, dah nak masuk waktu Zohor. Hubbydearie ajak cari surau dulu. Ajak tunggu kat surau sampai azan, bolehlah terus solat. Boleh pulak isteri mithali ni datang perangai kekwatnya. Ajak pi makan dulu baru pergi solat. Lagipun belum masuk waktu pun... Punyalah buruk perangaikan, silalah jangan ikut *_*

Akhirnya malas nak dengar isteri kesayangan buat perangai sebab perut berkeroncong, kita pi lah makan dulu dengan kata-kata sindiran dari suami tercinta,

No wonderlah perempuan ramai yang menghuni neraka!

Aduhai, sampai hati you dear bagi sedas meriam buluh kat I!

Kami makan di sini,



Order satu set ni aje untuk kami  tiga beranak. Hubbydearie macam biasa makan ikut pilihan hati tak berkongsi kasih pun dengan kami *_*


Lepas makan, barulah cari surau nak solat. Lambat beberapa minit je kata I tapi tetap lambat kata Hubbydearie. Beliau pulak buat muka mogok nasib baik moodnya tak kedaung sampai ajak balik terus ke rumah. Barulah padan muka isteri mithalinya ni.... Kalau ada Mami bersama, dah tentu I kena sound dek mak mentua dan suami SERENTAK!

Tapi I kan pandai berlakon jadi menantu mithali alaf baru.....

My superheroes tak tahu pun yang kami berada dekat dengan Sunway Lagoon sampailah bila kita jalan-jalan ambil angin kat dalam ni, mereka nampak 'kemeriahan' di Sunway Lagoon! Abang pun apalagi, nak ajak join together-together tapi Adik Cute tengok aje sebab dia memang belum pernah sampai sini. When was the last time? Ahah... masa tu Abang baru umur 4 tahun kot. Eh, lama juga rupanya! Haruslah nak selit Sunway Lagoon punya itinerary dalam plan tahun ni....

So, macam biasa bila berjalan dengan Hubbydearie, jangan harap dapat pegang tangan, pinggang, bahu mahupun tengkuk merasa beli apa mahunya. Memang laju aje Hubbydearie jalan. Kalau I start membelek je, mulalah keluar kata-kata pusaka dari mulutnya tu....

Redha ajelah dah itu suami pilihan tapi takpa, bila suami tak nampak I sumbatlah 'harta karun' dalam bonet kereta lepas tu buat-buat alzheimer!

Aduhai... tak berubah juga rupanya perangai di tahun 2015 nih.... 

Layan gambar my superheroes ajelah better. Gambar Kak Ton lepas pakai produk kulebam memang tak boleh keluar blog lagi. Lebam sangat dah jadinya. Huahahaha....






Kalau dah suka 'baju uniform', asyik ini ajelah yang diambil dari almari pakaian. Rimas Mommy tapi kalau tak bagi, pitching sikit punya tinggi si kecil ni macam orang mati bini je gamaknya!
 Masa kami masuk ke satu kedai ni, Adik Cute tetiba suruh I snap gambarnya. Adik ni kalau kita suruh posing, jangan haraplah dia peduli. Mommy di khalayak ramai memanglah sopan je, maklumlah perempuan Melayu terakhir abad ke-16 katanya ^_^ 


Bila tengok Adik berposing kat sini, Bubbly Abang pun tiba-tiba teringin. Yalah sesekali kurasa teringin juga nak posing ala-ala kanak-kanak riangria Ribena. Selalunya penuh keterpaksaan dek mukadimah Mommy panjang berjela kalau tak ikut kata...

Bubbly Abang malu kalau ada orang nampak dia beria-ia nak posing kat sini! 

Tahu apa berlaku lepas tu? 

Bila Adik Cute nampak abangnya berposing kat situ, dia terus datang 'menyerang'!


Ditolaknya Abang yang tengah berposing. Sungguh-sungguh dipegangnya leher T-shirt Abang suruh 'beredar' dari situ mengalahkan aksi gaduh dalam cerita Tamil pulak! Kesian sungguh si Abang tak mampu nak melawan adik walaupun saiz badan cukup mengerikan katanya....

Mommynya buat apa? 

Of courselah letak handphone datang kat Adik dan lepuk sekali kat bahu tu. I suruh dia hulur tangan minta maaf kat Abang dan say sorry!

Dia pun kata kat Abangnya...

Sorrylah, Abang..... Abang yang 'talah' (salah)!

Eiii...geram betul... masih tak mahu mengaku!

Selesai meronda kawasan sekitar, kami pun baliklah ke rumah. Baru nak bayar parking, si Adik again meronta sedih tak mahu keluar dari Sunway Pyramid. Entah apa yang best sangat di matanya I pun tak tahu. For me, biasa-biasa aje setakat shopping mall. Nothing to herankan pun!

Dalam kereta elok je dia bermain dengan Abangnya sambil meniru segala dialog Upin Ipin. Tapi nilah yang paling best....

Sekolah Tamil! Bahagian Satu!

Errkk...ada ke Upin Ipin cerita pasal sekolah tamil ni?

Konpiuslah I sekarang nih..... nak kena tengok Upin Ipin juga macam nih....





 













KFC Chizza Ku-Sogo-kkan ~_^

Salam kawan-kawan!  Ya, kita bersua kembali setelah I selesai memperbaharui keahlian di Gua Tempurung 😊 Apa khabar semua? Saya...