Pantai Purnama @ Port Dickson

Salam kawan-kawan!

Rupa-rupanya cerita basi dari Port Dickson tidak berakhir di sini ^_^

I buka folder tengok-tengok ada banyak gambar kat PD tapi I dah lupa jalan cerita ^_^ Tulis apa yang ingat ajelah ya...

Rasanya kalau tak silap, this trip kita pergi dengan tujuan nak mandi di pantai. Day trip juga ni, tak tidur hotel pun. The next, next time I pergi ke Port Dickson, barulah I tahu nama pantai ni Pantai Purnama, berhampiran dengan Akar Hotel, seberang jalan sikit aje daripada Ostrich Farm tu.... (Kalau silap nama pantai ni, maybe Acik Erna boleh tolong jawablah....sure expert bab-bab PD nikan, Acik ^_^)

Kami pergi pun matahari dah mencanak tinggi, makanya lebih baiklah isi perut siap-siap. Late lunch katanya.... 

Nama dan bil kat restoran ni pun dah hilang entah ke mana. Makanya I terlupa apakah nama restoran, menu yang kami order dan sebagainya. Yes, ada dalam buku ledger tapi dah Kak Ton tak tahu tarikhnya jenuh alahai nak mentelaah ledger perbelanjaan keluarga *_*

Yang penting dan apa yang I ingat, rasanya tak sesedap mana. Maka, takdalah menyesal pun kalau I tak buat promosi percuma pada kawan-kawan *_*
 


Bila perut dah kenyang, barulah kita memandu ke pantai. Mommynya melingkar kat tepi-tepi aje, dah tak bawa 2 piece swimsuits takda niat nak mandi-manda mahupun meng-tan-kan badan ~_^ 

Biarlah Hubbydearie dan anak-anak aje yang mandi-manda sepenuh jiwa raga meninggalkanku sendirian terdampar kekenyangan di tepi pantai. Eh, jiwang berkarat pulak! I' m sorry ~_^

Sebenarnya I kenalah jaga 'harta pusaka' yang ada. Siapa lagi kalau bukan Mommy/isteri mithali ni. Kalau I sibuk nak mandi laut dan Hubbydearie jaga barang kat tepi pantai, bukankah itu satu kepelikan rasanya....


Teruja ya my superheroes dapat mandi di pantai. Kalau sebelum tu mereka baru mendapat pengalaman mandi sungai, kali ni lebih teruja dapat mandi di laut luas terbentang sampai ke Selat Melaka nun. Pemantauan aktiviti superheroes dilakukan oleh Daddy mereka manakala I macam biasa, tukang jerit je di tepi tu walaupun mereka tak peduli kerana tak dengar. Kalau rasa-rasa Abang dah sesat jauh, I pun apalagi, angkat skirt (labuh) dan mengharungi air pantai demi anak-anak. Kalau ikut Daddy mereka ni memanjang 'takpalah, let them explore a bit'. 

Dengan Mommy jangan nak explore lelebih, mahu jeritan ketarzanannya tu boleh kedengaran seluruh PD nanti *_* I am a superfreaking mak, kan ~_^

Adik Cute yang paling teruja kerana dah lama juga kami  tak mandi laut. Selalunya buat aktiviti atas darat je. This boy, kali pertama cecahkan kaki dalam air (tak kiralah air kat swimming pool ke, laut mahupun sungai) terjungkit-jungkit kaki tu takut kononnya. Lepas tu, boleh pulak tak nak naik. Kalau paksa, macam biasalah Adik Cute buat drama air mata!


Hampir dua jam juga mereka berendam di sini. Penat weyh I menunggu sampai berpeluh, berminyak muka den ni! Bila nampak air laut dah macam naik tinggi, I pun melantunkan suara emas suruh mereka naik termasuklah Daddynya yang teruja lelebih. I knowlah kat your country takda laut nak terjun tiruk, Dear.... but jomlah kita balik!

Overall, superheroes gembira walaupun kami tak begitu merancang kedatangan ke sini. Cuma satu lagi yang tak terbuat. Setiap kali ke PD, Bubbly Abang ajak berhenti di pantai awam tu but Hubbydearie tak suka sebab too crowded katanya. So, Mommy takda kuasa veto kalau dah Daddy tak mahu *_*

Lain kalilah ya, Abang bila Daddy terbuka hati nak cari parking kat tempat sesak macam tu *_*




Lepas tukar baju bagai, kami pun balik ke KL. Adik Cute tersangatlah happy sampai tak terus lena dalam kereta. Adik siap buat pesanan penaja,

Mommy....lain kali kita pergi lagi eh!

Okey, Adik! Nanti Mommy bawa mandi kat swimming pool pulak~_~ Melenjanlah sampai penat, Mommy setia menunggu walaupun teruja juga nak main air sebenarnya *_*

Eh, cerita PD belum habis lagi tau! Nanti-nanti I up kisah lain pulak. Lepas tu minggu depan kita sambung lagi cerita PD entah part berapa agaknya ^_^

Comments

  1. Macam tulah MD bila anak2 dah jumpa air.. melenjan dalam air tu tak ingat dunia.... mak2 yg kat tepi takut tengok... sesekali keluar jugak suara tarzan tu heheheh :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak memang superfreaking jerk memanjangkan, CH :) Saya takda hati nak mandi waktu ni, makanya melingkar kat tepi-tepi ajelah!

      Delete
  2. Aik korang.. bergilir ke PD nampaknya.. hihi.. memang sehati sejiwa la kejiranan korang ni.. pantai purnama ya? Nampak best gak tu.. kalau keluar suara tarzan kat kawasan macam tu ok juga sb takla orang lain perasan saya rasa.. sebab masing2 nak mandi n buat hal sendiri..

    Apa barang mommy duk tepi je? Berendamla sekali, tumpang happy. Kang HD kena ngorat sebab mandi sorang2.. ada anak skrg ni masih lagi ada nak kacau.. haha.. takut tak dgr?

    Abang ni sama spesis naim. Kalau mandi kat tempat ramai sangat orang dia pun tak enjoy. Last2 maknya pun rasa sama juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, jiran saya ada ke PD ke? Oh, ya masa dia tayang gambar I jump, you jump tu ya :)

      Kawasan pantai ni tak berapa cantik. Berbatu kerikillah, AN. Tapi demi memenuhi kehendak anak-anak yang on the spot, kita pergilah aje. Janji mereka happy dapat main air!

      Takda siapa nak ngorat HD dan dua anak berlingkar di kiri-kanan. Kalau ada pun, memang nak kena baling dengan selipar Jepun juga siapa yang berani ngurat bapak orang tu. Haahaha!

      Delete
  3. Dah tua2 ni kakcik tak suka mandi laut sebab rasa melekit... kalau tak dulu, PD tu antara jajahan takluk Kaklong Kawasan untuk bermandi manda berkuak lentang... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mandi kat pantai macam ni paling leceh bab nak tukar baju tu :) Kalau tidak, saya pun haruslah kuak lentang bersama-sama juga, Kakcik *_*

      Delete
  4. pantai purnama? macam lengang tak ada orang je??hahaha, mesti anak-anak lagi rela mandi ngan Daddy dari ngan Mummy.kalau ngan mummy kat gigi-gigi pantai jelah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak ramai orang ke sini, Sal. Maybe sebab pantainya tak cantik mana dan banyak batu kerikil. Tensionlah kan kalau asyik terpijak batu jerk. Mahu hilang mood nak mandi. Masa akak pergi pun air cam surut sikit so lagilah tak berapa cantik. Disebabkan HD nak tempat yang tak ramai orang, kita ikutkan ajelah kata bapaknya. Dah HD yang bawa kami ke sini :)

      Delete
  5. seronoknya mandi pantai tengah panas. hahaha. kemain tau suara mummy macam tarzan. ekekeke :P psttt. masa akak jerit tu ada tak orang pandang. hehehe lama gila tak pergi pantai mandi mandi lepak lepak usha usha orang main bola pantai bukan mandi ye. pfttttt :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah anak-anak akak pun tak dengar, mestilah nak jerit macam tarzan... Entahlah mereka yang ada di pantai tu dengar ke tidak. Masing-masing sibuk main air kan, tak pun sama je macam akak dok sibuk perhati anak-anak tengah main air :)

      Delete
  6. MD boleh bawak lagi superheroes mandi laut tu..kot tak nak jadi tarzan MD sewa le hotel yang ada kolam persendirian dalam bilik tu..
    Acik nama je dok tak jauh tapi acik tak berapa suka mandi laut..pertama dan terakhir acik mandi laut rasanya masa sekolah rendah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Grand Lexis tu dah lama ushar, Acik... tak dapat-dapat nak pi di hari yang berkenan di jiwa ni :)

      Hahaha... Acik lagi legend bab-bab mandi laut ni rupanya. Saya pulak last sekali pi pantai hari Ahad sudah. Keh3x.

      Delete
  7. sy tak pernah sampai lg area pantai purnama ni, selalunya ke teluk kemang aje..len kali kalo ke PD, leh try ke sini plak..ostrich farm pun kitorg lom prnh pgi..adehhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawasan ni dekat dengan ostrich farm tu tapi tak ramai orang sangat sebab pantainya berbatu kelikir kot. ..

      Delete
  8. Bestnya... Lama tak men pantai ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sekali dah pergi, asyik nak pergi je, Maria. Jadi ketagih nak lepak kat tepi pantai. Tak mandi pun takpa :)

      Delete
  9. Tak kan anak² jer berendam. Mommy nya tak berendam sekali ker? Bestnya...dah lama tak gi PD.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi peluang kat anak-anak ajelah. Nanti kalau Mommy berendam sama, anak-anak dah tentu terbiar. Hahaha!

      Delete
  10. Bestnye mamy... Papaglamz suka sgt pantai ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah suka, apalagi Papaglamz, mehlah terjah pantai beramai-ramai. Hehehe....

      Delete
  11. Errr bab terdampar kekenyangan tu LM suka!!

    LM suka sgt pantai tp x suka mandi kecuali klu gi pulau baru mandi. Kalau kat pantai ni sbnrnya malas nk salin pakaian bagai tu je lah sbbnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana-mana pergi, haruslah nak kenyangkan perut dulu. Bila dah kenyang, memang lupalah keterujaan yang lain-lain. Dok terdampar di tepi pantai pun nikmat juga kan :) Betul tu, malas nak masuk toilet salin pakaian, itu yang penyebab tak mandi selalunya!

      Delete
  12. hehe..itulah, kes selalu keluar cerita backdated, mmg terlupalah jln cerita sebenar.. sama lah mcm lya..byk cerita smngat nk cerita, tp dh lupa.. hehe..

    dah lama x mndi pntai.. kat sini ombak bsr lg.. mcm bhaya je nak mndi..lepak2 tepi OK la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada lagi ni cerita lapuk tapi tak dan-dan nak keluarkan dalam blog :) Lama sangat perap mahulah lupa segala nanti *_*

      Akak bab mandi pantai ni takdalah teruja mana, tak macam dulu-dulu. Tapi untuk budak-budak ni tentulah mereka teruja lebih!

      Delete
  13. Yg dlm gmbr tu HD ke? Wah, nampak sipi pun dah boleh terbayang wajah anak ke3 yuollz. Heheh. Gurau je. Jgn marah ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang pertama yang perasan gambar HD ada dalam ni buat kali pertama :) Pandailah you tu, I dah sehabis teliti supaya tak nampak apa-apa, sipi jerk okeylah!

      Delete
  14. saya kerap juga pi pd tapi setakat teluk kemang jer yg saya tahu . pantai purnama lak baru la ni dengar . selalunya port saya cuma kat tempat awam je lah . ada tpt salin baju ... dah nasib saya lah x dpt tgk gambar . cuma ada frame 4 segi jer ... heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun baru tahu nama sebab nampak signboard. Yalah, sekarang ni kena alert sikit sebab cerita semua nak masuk blog. Hahaha....

      Mandi pantai ni masalahnya memang nak tukar bajulah. Siksalah nak keluar masuk toilet. Bab macam ni untung betul orang lelaki kan :)

      Delete
  15. der yerk pantai purnama .. tak tau akak...
    ni mesti entri pujuk suami gi pantai awam kot..
    kan lepas entri ni MD gi PD..
    dapat tak singgah???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mulanya saya tak tahu tapi bila nampak signboard, barulah tau nama tempat tu Pantai Purnama. Kat PD tu public pantai semuanya ada nama. Hari tu saya nampak juga nama-nama pantai tapi dah terlupa pulak ketika nak menulis apa nama-namanya semua :)

      Delete
  16. masa saya ke PD aritu, musim hujan
    tak merasa mandi laut, mandi pool aje

    terperasan komen lyd pasal HD, melilau dok belek tiap satu gambo
    puas cari, rupanya hak yang sipi tu aje...ciss!!
    belanjalah lebih sikit, nak tengok juga boipren mat salleh u to MD
    janganlah kedekut dengan saya ni
    whatsapp lah kalau tak nak show public...
    cehhh...whatsapp kata nyer =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... sajalah tu saya tunjuk sipi dengan harapan ada yang perasan tapi cuma Lyd je yang nampak rupanya. Yang lain ni mesti pakai spek mata bulat beso ni *_*

      Malaslah nak belanja gambar. Awak kata MyChintahati awak tu yang paling handsome dalam dunia. Makanya biarlah kita low profile jerk ^_^

      Delete

Post a Comment