Selamat Tahun Baru 2015

Salam sayang kawan-kawan!

Akhirnya tahun 2015 muncul jua. Berakhir sudah tahun 2014 yang penuh dengan segala macam cerita pahit, manis, sedih pilu bercampur baur dalam memori ingatan setiap daripada kita.

Kepada kawan-kawan alam maya semua, I nak ucapkan selamat menyambut tahun baru. Semoga tahun ini membawa lebih banyak perkara yang elok, bermanfaat dan penuh erti dalam kehidupan kita yang panjang tapi semakin hampir ke pengakhirannya mungkin...

Seperti biasa I takdalah bersiap sedia menyambut tahun baru dengan azam penuh di kepala. Takut pulak kalau sama aje hasil akhirnya seperti tahun-tahun yang sudah. Cumanya of course, dalam hati ini memang teringin menjadi insan yang lebih baik, lebih bertanggungjawab dan lebih berilmu. Dari segi yang satu lagi, tak perlulah diwarwarkan kepada semua. Cukuplah sekadar disimpan di dalam hati dan cuba melaksanakan sebaik mungkin semoga menjadi hamba Allah yang lebih teguh imannya dan bererti kehidupannya.

Kepada kawan-kawan yang sentiasa berazam baru bila tahun berubah, semoga berjaya melaksanakannya dengan lebih baik pada tahun ini. Lupakan segala yang pahit dalam memori dan mulakan langkah dengan lebih yakin lagi pada tahun baru ini. Dan, jangan kerana tahun 2015 baru bermula, kita beranggapan ada banyak masa untuk ditangguhkan dalam melaksanakan azam baru ya *__*

Selamat Tahun Baru 2015 daripada MD sekeluarga ~_^ 

Gambar ihsan Mr Google *_*





Comments

  1. Moga DIA berikan kekuatan buat kita semua dalam melayari kehidupan seharian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah. Semoga tahun ini bermula dengan perkara yang baik-baik sahaja.

      Delete
  2. happy new year buat MD sekeluarga ya :)

    azam tahun lepas yg tak terlaksana, kita carry foward lagi ke 2015..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Happy New Year 2015 to DZ and family too ^_^

      Tahun lepas saya tak pasang azam so tahun ni kuranglah sikit beratnya memikirkan tentang azam ni.

      Delete
  3. Selamat melangkah ke 2015, MD.

    Semoga 2015 akan membawa lebih banyak keceriaan bersamanya, InsyaAllah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitu juga dengan Kakcik. Semoga tahun ini membawa lebih berkat dalam hidup kita.

      Delete
  4. tak kose nak azam-azam ni..haha.dulu zaman remaja siap tulis pastu tampal kat almari..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak rasa dari muda sampai ke tua azam tak pernah pun benar-benar terlaksana bila dikenang semula. Hahaha...

      Delete
  5. selamat thn baru . semoga hidpu kita jadi lbh baik dan negara kita lbh makmur ... harga brg turun lah hendajnya ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru, Vee. Harga minyak dah turun tu pun satu permulaan yang baik jugakan *_*

      Delete
  6. Goodbye 2014..selamat tahun baru juga MD..semoga tahun 2015 semakin bersinar dengan kebahagiaan..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru, PK. Harapnya makin tua ni menyambut tahun baru ni, makin yang elok-elok ajelah yang berlaku dalam hidup. Dah tak larat menghadapi cabaran dan dugaan hidup. Hahaha...

      Delete
  7. Salam 2015 MD...
    Azam sy nak balik msia tahun ni... Tak sabar weyh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru, Nur. Insya Allah, Dia mendengar permintaan Nur tu. Pertengahan tahun ni nanti adalah berita gembira dari Bradford ya ^_^

      Delete
  8. Replies
    1. Selamat tahun baru juga ZF, Thanks sudi singgah sini :)

      Delete
  9. Selamat tahun baru 2015 buat Diana juga. Insya Allah, bab celoteh ni masih power lagi. Hahaha...

    ReplyDelete
  10. sekali lagi selamat tahun baru kak ton
    saya pun tak ke mana new year, sibuk menguruskan sekolah afif

    ReplyDelete
    Replies
    1. Excited ya nak tengok si Afif naik Tahun 1. Takpa, takpa, Kak Ton faham sebab Kak Ton dah melaluinya terlebih dahulu :)

      Kak Ton jalan dekat-dekat aje, YY. Nak pergi merantau jauh-jauh, takda dalam perancangan pulak :(

      Delete
  11. happy new year juga yer MD, moga tahun ni lebih baik dari tahun sebelum2 ni n tercapailah sudah azam2 tahun lepas yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Tahun Baru 2015, KA. Harapnya begitulah setiap tahun ya *_* Moganya tahun ni lebih indah lagi dengan pengalaman yang baik-baik sahaja...

      Delete
  12. Selamat Tahun Baru Kak Ton.....
    Moga impian kak Ton yg satu tu terus jadi rahsia kak Ton sesorang. Azamlah sesorang kak Tonnnn....hoho....


    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Tahun Baru 2015, Mak. Kenapa rumah Mak sunyi sepi malam tahun baru? Mak tak main mercun dan bunga api ke depan rumah? Huahahaha....

      Mak, yang itu azam untuk akhirat ya, Mak. Of courselah tak boleh canang-canang kat dalam blog. Nanti jadi riak. Segala perbuatan tak dapat apa-apa, Mak :)

      Delete
    2. Perghh.....dahsyat ar kak Ton sejak tahun baru ni.........tabik spring weyhhhh.....

      Delete
    3. See.... Kak Ton dah kata tak boleh canang-canang. Baru bagi hint, dah kata Kak Ton yang terbaik. Hahaha....

      Delete
  13. Happy new year MD. I mcm biasa, takde azam apa2 pun setiap tahun baru. I hanya berazam bila i rasa nak berubah then terus je buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Same to you, Lyd. I pun tak biasa pasang azam sejak dua menjak ni sebab memang dah tau azam tu akan berkubur sebelum sempat dilaksanakan. Masa kita pasang azam dalam hati tu dia terus pergi gitu je. Tak sempat nak laksanakan tau :)

      Delete
  14. Selamat tahun baru MD. Masih belum terlambat lagi kan...hehehe...Semoga tahun ni lebih baik dari tahun yg sebelumnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Same to you too, Fiza. Baru 8hb, okey lagi nak wish. Saya pun belum sempat wish semua kawan-kawan yang tak mai sini. Nak berblogwalking selepas tahun baru ni semput sikit sebab kerja banyak bila naik kerja 6hb hari tu :)

      Delete
  15. hari ni baru 8hb.. kira baru lgi kn.. slmt thun baru buat md sklrga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Tahun Baru 2015 buat Maria sekeluarga juga. Sorrylah tahun baru ni saya belum sempat nak singgah 'rumah' Maria. Sibuk sikit di pejabat. Kerja kenalah dahulukan :)

      Delete
  16. selamt tahun baru.. tapi harini dah 19 hari mak ooi cepatnyer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Tahun Baru sekali lagi buat Cho. Tak kisahlah Cho dah pertengahan bulan janji masih lagi bulan Januari, awal tahun lagi *_*

      Delete

Post a Comment