Ke Sunway Pyramid lagi...

Salam Jumaat kawan-kawan!

Kalau nak mencari ilmu, haruslah bukan di sini tempatnya ^_^

I ni suka merapu, membebel yang bukan-bukan but then takdalah sampai merosakkan akidah mahupun mengumpat mengata. Setakat mengumpat jiran sebelah tu, memang biasalah tak mampu dielakkan ~_~ Dah cuba banyak kali tapi kalau kita tak mengumpat terang-benderang dalam blog, dia pulak yang provoke kasi up sikit geram tu *_*

Alahai... bila agaknya I boleh berkongsi ilmu dengan kawan-kawan? Nak kata banyak ilmu tu tidaklah, nak kata langsung tak berilmu, lagilah menipu namanya. Cuma tak tahu ilmu mana yang harus dikongsi bersama. Kalau dah 'berborak santai' macam ni ambil masa berjam-jam orang nak habis baca, kalau I mula berkongsi ilmu, takut tertidur depan komputer pulak nanti ^_^

Okeylah, I berceloteh macam selalulah ya! Lagipun cerita bulan Disember tak habis lagi ni. Bila I nak start cerita di tahun baru pulak? Next year ke? Or another two years from now? I dah bertambah kertu masa  tu, takut pulak terlupa banyak fakta!

One of the cuti days masa bulan Disember lepas, bangun awal pagi tetiba teringat kat Sunway Pyramid! Lama sungguh ya tak singgah di sini. Bukan apa, bila memikirkan leceh nak cari parking memang malaslah nak pergi. Lagipun setakat nak shopping, kawasan Parlimen I, P007 kan ada..... 

Tapi bila keinginan tetiba  timbul, tak dan-dan bersiap terus terjah!

Oh, sebelum tu beri laluan kepada Adik Cute ni! Mesti ramai yang rindu kat Adik, kan....



Adik Cute sekarang sudah teramat fasih membebel sampai I kena jerit macam Tarzan suruh senyap, beri laluan Mommy nak berborak dengan Daddy. Superheroes berdua ni, kalau kita start borak, mereka berdua pun berlumba-lumba nak join sekaki walaupun keluar tajuk selalunya. Eh, tiru siapa ek? Macam style Mommynya jerk ~_~

Adik pun dah pandai baca surah Alfatihah sampai habis dalam bahasa yang kejap pelat, kejap tidak tapi bunyi tu tetap ada. Terharu Mommy mendengarnya. Nak tahu siapa yang mengajar? Siapa lagi kalau bukan abang kesayangan yang selalu kena kickboxing, si Bubbly Abang. Bukan diajarlah tapi Adik Cute kan suka imitate abangnya ni. Tapi kalau suruh Adik Cute mengaji, aduhai.... dia ajar kita instead of kita ajar dia! Macam mana nak buat ni, Kakzakie?

Alright...agaknya bila nak sampai cerita kat Sunway Pyramid ni ya? Tak nampak bayang pun... Hahaha!

Kami sampai dah almost tengahari. So, I ni kan bukan boleh lapar. Bila lapar je mulalah buat perangai. Dek kerana kami tak biasa di tempat ni, agak kalut juga nak mencari tempat makan. Ke hujung selatan, utara, timur, barat kami dibuatnya sampai superheroes mengeluh penat!

Dalam pada mencari, dah nak masuk waktu Zohor. Hubbydearie ajak cari surau dulu. Ajak tunggu kat surau sampai azan, bolehlah terus solat. Boleh pulak isteri mithali ni datang perangai kekwatnya. Ajak pi makan dulu baru pergi solat. Lagipun belum masuk waktu pun... Punyalah buruk perangaikan, silalah jangan ikut *_*

Akhirnya malas nak dengar isteri kesayangan buat perangai sebab perut berkeroncong, kita pi lah makan dulu dengan kata-kata sindiran dari suami tercinta,

No wonderlah perempuan ramai yang menghuni neraka!

Aduhai, sampai hati you dear bagi sedas meriam buluh kat I!

Kami makan di sini,



Order satu set ni aje untuk kami  tiga beranak. Hubbydearie macam biasa makan ikut pilihan hati tak berkongsi kasih pun dengan kami *_*


Lepas makan, barulah cari surau nak solat. Lambat beberapa minit je kata I tapi tetap lambat kata Hubbydearie. Beliau pulak buat muka mogok nasib baik moodnya tak kedaung sampai ajak balik terus ke rumah. Barulah padan muka isteri mithalinya ni.... Kalau ada Mami bersama, dah tentu I kena sound dek mak mentua dan suami SERENTAK!

Tapi I kan pandai berlakon jadi menantu mithali alaf baru.....

My superheroes tak tahu pun yang kami berada dekat dengan Sunway Lagoon sampailah bila kita jalan-jalan ambil angin kat dalam ni, mereka nampak 'kemeriahan' di Sunway Lagoon! Abang pun apalagi, nak ajak join together-together tapi Adik Cute tengok aje sebab dia memang belum pernah sampai sini. When was the last time? Ahah... masa tu Abang baru umur 4 tahun kot. Eh, lama juga rupanya! Haruslah nak selit Sunway Lagoon punya itinerary dalam plan tahun ni....

So, macam biasa bila berjalan dengan Hubbydearie, jangan harap dapat pegang tangan, pinggang, bahu mahupun tengkuk merasa beli apa mahunya. Memang laju aje Hubbydearie jalan. Kalau I start membelek je, mulalah keluar kata-kata pusaka dari mulutnya tu....

Redha ajelah dah itu suami pilihan tapi takpa, bila suami tak nampak I sumbatlah 'harta karun' dalam bonet kereta lepas tu buat-buat alzheimer!

Aduhai... tak berubah juga rupanya perangai di tahun 2015 nih.... 

Layan gambar my superheroes ajelah better. Gambar Kak Ton lepas pakai produk kulebam memang tak boleh keluar blog lagi. Lebam sangat dah jadinya. Huahahaha....






Kalau dah suka 'baju uniform', asyik ini ajelah yang diambil dari almari pakaian. Rimas Mommy tapi kalau tak bagi, pitching sikit punya tinggi si kecil ni macam orang mati bini je gamaknya!
 Masa kami masuk ke satu kedai ni, Adik Cute tetiba suruh I snap gambarnya. Adik ni kalau kita suruh posing, jangan haraplah dia peduli. Mommy di khalayak ramai memanglah sopan je, maklumlah perempuan Melayu terakhir abad ke-16 katanya ^_^ 


Bila tengok Adik berposing kat sini, Bubbly Abang pun tiba-tiba teringin. Yalah sesekali kurasa teringin juga nak posing ala-ala kanak-kanak riangria Ribena. Selalunya penuh keterpaksaan dek mukadimah Mommy panjang berjela kalau tak ikut kata...

Bubbly Abang malu kalau ada orang nampak dia beria-ia nak posing kat sini! 

Tahu apa berlaku lepas tu? 

Bila Adik Cute nampak abangnya berposing kat situ, dia terus datang 'menyerang'!


Ditolaknya Abang yang tengah berposing. Sungguh-sungguh dipegangnya leher T-shirt Abang suruh 'beredar' dari situ mengalahkan aksi gaduh dalam cerita Tamil pulak! Kesian sungguh si Abang tak mampu nak melawan adik walaupun saiz badan cukup mengerikan katanya....

Mommynya buat apa? 

Of courselah letak handphone datang kat Adik dan lepuk sekali kat bahu tu. I suruh dia hulur tangan minta maaf kat Abang dan say sorry!

Dia pun kata kat Abangnya...

Sorrylah, Abang..... Abang yang 'talah' (salah)!

Eiii...geram betul... masih tak mahu mengaku!

Selesai meronda kawasan sekitar, kami pun baliklah ke rumah. Baru nak bayar parking, si Adik again meronta sedih tak mahu keluar dari Sunway Pyramid. Entah apa yang best sangat di matanya I pun tak tahu. For me, biasa-biasa aje setakat shopping mall. Nothing to herankan pun!

Dalam kereta elok je dia bermain dengan Abangnya sambil meniru segala dialog Upin Ipin. Tapi nilah yang paling best....

Sekolah Tamil! Bahagian Satu!

Errkk...ada ke Upin Ipin cerita pasal sekolah tamil ni?

Konpiuslah I sekarang nih..... nak kena tengok Upin Ipin juga macam nih....





 













Comments

  1. Kakcik ni lagi sedih - tak pernah pun masuk ke Sunway Piramid tu...

    Nama je Kaklong Kawasan...huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Long Kawasan tak cover area tulah agaknya, kakcik. Ni mesti tewas bertarung presidential seat dengan lain-lain kaklong kawasan ni. Hahaha....

      Saya pun dah lama tak pergi sini tapi tak ingat bila kali terakhir. Tahun lepas memang ada pergi beberapa kali tapi tak ingat bilanya :)

      Delete
  2. syok ahh abang dengan adik jenjalan sunway piramid. minggu ni pi sunway laggoon pulak akak. hehehe :D pehhh tengah tengah orang diet ni lah keluar gambar makanan yang sdap sedap dekat blog. eehhh lahh :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu cerita bulan Disember, Nani. Hujung minggu ni akak sibuk sikitlah. Banyak urusan, tak dapat nak melenjan kat Sunway Lagoon. Selalunya akak je beria-ia tapi bila minta 'pelepasan' asyik je gagal!

      Saja je letak gambar makanan bagi orang diet terliur. Nak tengok dia tahan ke tidak! Huahaha!

      Delete
  3. Alahai adik kalau abang betul nak lawan mahu penyet tau adik. Boleh tahan betul adik ni kan. Ini ikut mummylah ni. Nak menang selalu. Pelat tak pelat dah pandai baca fatihah tu yg buat auntie suka ni. Kalau dekat mahu auntie ajak duduk sama dgn auntie tiap hari selepas maghrib baca Iqra' - jenis cepat tangkap adik ni MD. Kalau rajin sikit duduk hari-hari bagus tau ajar dari sekarang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia memang ganaslah, kak. Kalau time solat, si Abang guna sejadah dia pun ditumbuk-tumbuknya Abang tu tanda geram! Nasiblah Abang tak sudi nak layan 'budak-budak' katanya. Kalau Abang dushum sekali mahu melalak nanti!

      Biasanya kalau Abang yang buat, dia akan ikut. So kalau nak suruh dia belajar, suruhlah Abang mengajar memang laju lekat dalam kepala. Abang pulak walau katanya sayang Mommy lebih sikit (jerk) tapi kalau Daddy mengajar, lagi lekat dalam kepala tak keluar-keluar langsung :)

      Delete
  4. baru dok cadang nak kesana memburu kasut size 3. kata orang kat situ ada kedai nama payless shoe ke hapa ada size kerdil macam kita ni.. tapi niatnya rasa dari bulan lepas.. sampai bulan ni tak sampai2. biasa la kan I ni niat memang kadang2 makan setahun.. Amboi Adik garang sungguh yer... Nasib baik dapat abang yang penyanyang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Size 3? Alahai comelnya kaki.... memang tak segeng kapal selam dengan Kak Ton. Oh, macamlah size kaki Kak Ton besar gedabak kononnya. Size 6 je pun :)

      Payless book tu pernahlah dengar, payless shoes tak pernah pulak tau. Ada ya rupanya.... Takpa, Suria. Niat dulu. Belek-belek 2,3 tahun lepas tu baru beli. Hahaha!

      Adik memang rajin mengganas kat rumah tu. Kadang-kadang Mommynya yang macam tarzan ni pun dia berani lepuk dengan bantal. Ahah, mulalah pergaduhan sensasi ibu dan anak lepas tu....

      Delete
  5. hahaha..boleh plak buat aksi filem Tamil kat situ.takpelah, kalau nak baca ilmu, kita baca wikipedia ke,buku sejarah ke..nak menghibur hati dengan celoteh kak Ton datang sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serius ditolaknya si Abang tu, dipukulnya lagi macam kes belasah gangster dalam filem Tamil jer situasinya. Geram betul tengok... tapi Adik ni memang jenis lasak dan ganas! Nak senang, kita nangis je siap-siap. Barulah dia berhenti menumbuk!

      Delete
    2. tulah, tak sangka di sebalik wajah comel tu, garang rupanya...takpe, gaduh adik-beradik.jangan dia tumbuk anak orang sudahlah..kang nangis betul-betul pulak, lagi haru.

      Delete
    3. Dia dengan Abang je berani tunjuk lagak. Tapi kadang-kadang, dengan akak pun sama kena 'libas' juga. Sekarang ni tengah mode merajuk tahap gaban mati girlfriend. Tension kalau dia merajuk. Baik-baik nak pujuk, rasa nak lepuk jerk. Nasib baiklah raut wajah comel, tak jadi Mommynya nak lepuk dua,tiga kali! Hahaha.....

      Delete
  6. mummydearie, gigihnya mu menaip panjang lebor haha..bijaknya adik comel, dah pandai bc Alfatihah (pelat pun pelatlah, lama2 esok jadi al-Hafiz (amiin)).
    berpinau mata nak baca sampai habis..plg takleh nak tahan gelak, kak ton pakai kulebam hahaha

    salam jumaat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak panjang, bukan blog MD lah, Syida :) Kena ingat peribahasa tu, kalau tidak memang gulp, gulp lah masa membaca. Penat!

      Eh, jangan sampai pitam membaca. Nanti siapa nak buat kerja kat rumah? Hahaha!

      Kak Ton sebenarnya dah lama jual produk kulebam ni tapi lately pulak orang interested nak compare hasilnya dengan sepupu dua pupu tiga tingkat dengan kuputih :)

      Delete
  7. hahaha.. memang kelakarlah..
    pada mata kita memang biasa2 je sunway pyramid tu tapi pada mata budak2, macam2 imaginasi dalam kepala dorang tu..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahulah budak berdua ni. Kalau kat rumah pun selalu macam ni walaupun katanya saling sayang menyayangi :)

      Delete
  8. I dah lamaaaaaaaaaaaa tak ke Sunway Pyramid tu..
    Dah malas nak pergi jauh2 menempuh jem semenjak makin tua ni..hahhaa
    Dulu dalam tu famous ice skating, walaupun I tak pernah sekali pun try...hahaha
    Amacam nasi mandy hadarmot tu? sedap tak?
    Next time, turutilah nasehat suami..hihihihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha....mengaku dah tua ya....

      I pun pernah pi sini sebab ice skating yang ada walaupun I tak pernah cuba juga, DZ. Another reason, I suka makan kat Chicken Hartz tapi dah lama tutup restoran ni. Nasi mandy tu okeylah, boleh tahan tapi I tetap suka my port, Al Rawsha :)

      Eh, I kan isteri mithali... sesekali aje kuteringin lawan kata suami ^_^

      Delete
  9. Akak pun terus Alzheimer tak boleh blah. Hahaha. Yang adik abang tu comel sangat kenapa. Kurlassss kau sampai tarik baju. Memang sekolah tamil bahagian satu. Hahahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya memang gitu gaya kalau banyak sangat sumbat harta karun lepas tu takut suami tau *_* Memang sebiji macam adegan hero gaduh dengan polis dalam filem Tamil tau bila budak berdua ni bergaduh. Eh, bukan gaduh tapi Adik tu lebih-lebih naik angin tak tentu pasal!

      Delete
  10. Sama spesis weyh kita ni, patutlah berjiran.... Blog mak mmg penuh dengan cite merapu, lainlah blog jirannn haha..... Nasiblah depa ye dak Kak Ton....

    Yg beriya nak ke Sunway Pyramid tu dah kenapa? Nak tengok kepala singa ke? Haha....Kita pun dah lama tak ke sini....Apa yg best ek kat sini la ni?

    Ada baiknya jugak suka ngikut cakap Bubbly Abg, kan adik dah pandai baca fatihah, senang mommy tak yah nak ngajar lagi, kan mommy! Alahhhh mommy bukan sempat nak mengajar pun kann.....Ikut experienced mak dulu dululah...

    Betul ke mommy debuk bahu adik tu? Mcm tak caya jer.....Baguslah abang tu, mengalah jer dianya.



    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaaa... baru tahu ke Mak? Sebab itulah Mak jatuh hati kat kitakan.... Alahai, ngaku ajelah senang. Bagi-bagi alasan kata itu ini tu memang dah tak tersembunyi lagi dah rahsia hati tu :)

      Tetibalah Mak teringat kat Sunway Pyramid. Lepas potong riben acara perasmian beberapa tahun yang lampau, langsung tak jenguh. Parking tak payah ceritalah ya memang siksa tapi kali ni senang pulak dapatnya....

      Itulah kalau nak ajar apa-apa, kena suruh Abang yang ajar. Kalau tidak memang dia buat tak peduli je nak belajar. Mommy pulak yang meroyan terjerit terpekik mengajar nanti!

      Delete
    2. Nak parking mudah di SP ni kena datang pada hari kerja waktu datang tu pada pukul 8.30 pagi. Parking depan lift pun boleh. Ahaha.. masa saya bawa murid ke mssd boling kat SP minggu lepas gitulah kaedahnya macam tak percaya. Lepas parking macam bos tu baru perasan yang hari kerja rupanya.. mmg xda orang datang seawl tu.

      Delete
    3. Hahaha...kalau pergi ke shopping mall sebelum shutter buka, memang ikut suka hati je mana nak parking, AN :)

      Saya dulu kalau ke MV, lepas sarapan pagi di luar terus pergi. Aeon Big buka pukul 8 pagi saya dah terpacak kat depan siap dengan troli. Orang baru terkial-kial nak cari parking, kami dah siap membeli belah sebaik shopping mall buka. Mahu tak seronok!

      Delete
  11. Lupa pulak nak iklan jap.....lebam....lebam....kulebam hahaha.....Alah tak yahlah konon konon nak tunjuk gambar kak Ton... nyampah dengar tau kak Ton....Sorok jerlah muka yg lebam tuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serius, dah lebam jadinya pakai kulebam. Makanya terpaksa jugalah beli kuputih macam ni gaya....

      Delete
  12. Hahaha.. gelak dulu..
    Senyum sensorang lg baca entry ni..
    Ira pun sama.. paling malas nk ke sunway piramid tu bila memikirkan parking nye la.. masuk tempat lain, keluar nnt ntah kemana hala.

    Hihi.. kalau solat perut lapar nnt x khusyuk plak kan..
    Lagi satu kalo g sini, payah nk cari surau.
    Kalau solat kat jusco tu.. alahai.. keciknya surau.
    Kalau nk selesa, dkt hotel dia kot.. tgkt atas. Tak ingat la.. hihi.. salah bg info, sesat pulak nnt.

    Wah.. adik cute, nape buat abg mcm tu?? Mujur la abg tu penyabar org nya ye. Kalau x, mommy pun turut serta dlm adegan filem tamil tu. Hehe...

    Haa.. hari tu ada kat groupon tiket sunway lagoon rm90 utk 2 org. Tak tau la ada lg x skg ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Parking untuk shopping mall macam ni memang alahai, siksanya nak cari. Tapi hari tu quite okey pulak. Rezeki kami kot dah lama tak sampai sini :)

      Oh, ya ke ada tiket murah kat groupon? Dah lama tak jenguk maklumlah banyak sangat websites nak dijenguknya. Hahaha....

      Delete
    2. Nak tiket murah beli 20hb ...tapi beratur mak oiiii.. tak payah cakap.. panjang

      Delete
    3. Oh, ni cerita tiket murah nak masuk Sunway Lagoonkan? So, kalau sanggup queue panjang pada 20hb tu, memang tiketnya murahlah ya? Pukul berapa agaknya saya nak beratur jadi sepuluh orang yang pertama ye....

      Delete
  13. Adik ni sama perangai dgn Irfan masa kecik... Cikgu yang nak ajar dia Iqra, tapi jadi terbalik sbb Irfan pulak suruh cikgu tu baca Iqra.... Dia yg sibuk duk tanya cikgu tu, Ni apa? Terbalik daa..

    Dush.. tajam menusuk kalbu kata2 HD... Tapi sebenarnya sejuk hati dapat suami yg sentiasa mengingatkan kita supaya solat awal waktu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduhai, siksa nak mengajar si Adik ni. Kita ajar je dia pun kata - Jap, jap... Mommy dengar dulu eh... Lagilah budak-budak, 5 minit mengajar tu pun kira dah ohsem sangat kalau mereka tekun!

      Hahaha...HD kalau gurau main kasar jerk. Tapi takpa...tak leh nak bergurau kasar balik sebab itu suami. Hahaha!

      Delete
  14. Saya lagi lama tak ke sunway piramid tu. Sejak kawin, baru sekali kot bawa adam ke sana. Aleesya? Ofkos la tak pernah bawa. Padahal.... Tu la tempat jalan2 zaman dulu, selain mid valley. Kikiki. Zaman study, kalo ubat gigi habis pun... Kena g mid valley untuk beli. Tak kurlassss la beli kat kedai tepi rumah. Kikiki. Sesambil nak jenjalan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...bab beli ubat gigi kat MV tu yang melampau. Tapikan, saya pun sama je sepesen sebenarnya. Kadang takda apa-apa nak beli pun nak gi MV. Nampak sangat sawan shopping mall memang sejak dulu lagi :)

      Delete
  15. Sepanjang dok kl..sekali je hubby bawa sy jenjalan situ.. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okeylah tu, Maria. Sampai jugakan. Rasanya pernah dengar Maria kata baru 3 tahun kat KL. So, satu achievementlah tu, sampai juga ke Sunway Pyramid :)

      Delete
  16. Saya dah boleh jadikan SP ni sebagai kawasan parlimen..mcm MD dan KLCc la nampaknya. Dah pandai drive sendiri ke SP ni. Kalau dari sekolah lagi la, kalau trafik ok 10 min boleh sampai.. abis la lepas ni. Tapi tak kot sebab kerja belambak kuasa nak jelajah tu jadi xda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, dah boleh jadi ahli parlimen SP007 nampak gayanya :) Saya kalau sesekali sampai tu memanglah tak tahu luar dalam. Jenuh tau nak cari tempat makan. Dulu selalu pi Chicken Hartz tapi rupa-rupanya dah lama takda.... Nak cari surau pun ke hulu ke hilir kami meronda. Dah nampak mula-mula lepas tu terlupa. HD tau tapi sebab dah mogok terpaksa mengalah, buat tak tahu jerk kita ni ke hulu ke hilir mencari surau!

      Delete
  17. Lama giler LM x g sana. Nk tau bila kali terakhir? 13 thn lps sblm kawen. Hahahaha

    Erkk adik ikut arahan suruh say sorry.. Budak2 mmg camtu. Bila mereka rasa mereka tak salah mereka mmg akn rasa sgt seksa nk minta maaf selagi kita tak dpt yakinkan mmg perbuatan dia tu salah sbb A,B,C. bla bla bla mmg mereka kata mereka dipihak yg betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Saya pun dah lama tak ke sana tapi, tahun lepas adalah beberapa kali cuma tak ingat bila. The latest masa cuti hujung tahun bulan Disember tulah....

      Adik memang brutal sikit. Kalau buat silap pun tak mahu mengaku. Balik-balik menyalahkan orang je kerjanya!

      Delete
  18. Ohh stress jadinya bila dah komen panjang 3 perenggan tetiba line buat onar.tak pasal en suami it sebelah kena marah.hahaha

    Seingat sy seumur idup baru sekali smp ke sunway pyramid.tu pun zaman muda belia duly.klu dihitung Ada dekat seabad lamanya.huhu

    Tu dia sedas dpt menusuk ke kalbu dr HD. Tapi baguslah HD jaga solat, solat awal waktu

    Ohh adik tak habis dengan perangai membuli. Sama macam afia tak habis 2 abang jugak jadi mangsa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... kesiannya kat PK. Yang tak pasal-pasal kena marah tu lagilah stress. Tengah imagine muka en asben PK bila kena marah dengan bini. Hehehe....

      Sunway Pyramid ni famous pasal ice skating je. Itu pun saya tak pernah buat ballerina kat situ. I is penyegan dan penyopan orangnya. Hahaha....

      HD, kalau kat rumah pun macam tu. Selagi kita tak solat, selagi tu HD terjerit-jerit suruh solat didulukan. Yalah, kadang-kadang kat rumah tu banyak perkara minta perhatian, itu yang kalut.

      Eh, saya rasa anak nombor dua ni memang kaki bulilah :)

      Delete
  19. Time belaja dulu selalu jgk lepak sunway. Tmpt br kan jdknya mcm grand je pegi situ. Geng2 snd pun selalu jgk dating situ. Entah apa2 entah. Anak no dua kuat menyakat. Anak sy la tu. Membuli tu tdk la. Tp mmg kuat sgt menyakat org. Pening mak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang anak no. 2 ni macam gitu kot. Lasak dan berani tak kena tempat. Hahaha... Nasib baik saya takdalah 'terliur' tengok Sunway Pyramid ni. Kalau tidak, tak kira jauh dekat memang hari-hari saya minta HD bawa jenjalan kat sini :)

      Delete
  20. Ayat 'abang yang talah' tu comel sangat. Hakhak.

    HD ckp gitu ke kat u bila ajak gi makan dulu baru solat? Huhu. Memang tak tidur malam le memikirkannya selagi tak mintak hampun ye dak? I pun , kalo tiba dtg lapar tu mmg takleh tahan2 dah sbb i ada gastrik. Nnt kesan dia lagi buruk kalo tak layan perut dulu. Ekeke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... I memang selalu pun kena 'libas' dengan HD ni. Yalah, kata HD tak hairan perempuan banyak masuk neraka sebab suka ikut nafsu. Salah satu contoh seperti yang di dalam ceritalah tu :)

      I tak bolehlah, kalau lapar mesti nak makan. Kalau tak kena gaya, mulalah nak mengamuk je kerjanya. Macamlah ada yang peduli sangat-sangat tau!

      Delete
  21. Adik cute, cantik cermin mata tu ☺

    Rajin MD jalan² kat shopping complex yerp. Kotarang ni memang jarang lah nak terjah. Ikut mood driver. Elok jer adik ngan abang bergambar. Kalau anak² saya memang payah lah. Buat rosak gambar jer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah spek siapa dirembatnya. Tak silap my niece punya kot.... Biasalah Adik Cute ni memang suka rembat orang punya. Sendiri punya tak tahu mana diletakkannya!

      Kami memang rajin terjah shopping mall. Ikut kata supirlah nak ke mana. Hujung minggu memang hari jalan-jalan superheroeslah senang cerita. Anak-anak I pun time okey, bolehlah posing bagai. Time mood 'merundum' memang pengsanlah terjerit suruh posing mereka buat derk jerk!

      Delete
  22. bestnyer...
    rumah abg lya kat aprtment sebelum masuk sunway piramid tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ya ke? So, kalau datang KL memang singgah Sunway Pyramidlah nampaknya. Dah dekat sangat tu kalau tak singgah sekejap :)

      Delete
  23. akakpun dah lama sesangatler tak ke Sunway .. padahal rumah dekat sangat2...
    boleh kata kawasan lalu lalang jugalah... tapi tuler tempat besar2ni malas akak nak masuk dah sekarang...
    letih berjalan akhirnya tak beli per2pun... dah tua gamaknyer akakni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi dekat, lagilah jarang pergikan Cho :) Saya ni sejak Abang di sekolah pagi takda dah nak jenjalan lepas kerja kat port biasa tu. Terus je balik rumah. Bayangkan ajelah sejak Dis tahun lepas hingga kini saya tak pi tempat lepak yang sama. Kira satu pencapaianlah ni :)

      Delete
  24. saya selalu depan sunway tu aje, masuk tak adalah
    mychintahati kata parking takde
    alasan maleh nak layan bini dia, menci tau
    tapi pusing walau duduk dalam keta pun kira okay lah juga
    berjalan jugalah kiranya, idaklah duduk rumah aje dak

    wah adik cute, jangan jadi gangster gitu ye
    reject jadi menantu nanti, nampak...ugut lagi ni...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang susah nak parking pada hari kebiasaan. Saya pun jarang datang sini dan kawasan sekitar yang seangkatan dengannya. Kalau cuti yang saya rasa orang semua sibuk balik kampung, masa itulah kami terjah mana yang tak dapat terjah. Yalah, nak juga beramah mesra dengan penjual-penjual yang ada *_*

      Biarlah dia lasak, YY lagipun elok sangat jadi ketua keluarga macam ni punya peel. Hahaha!

      Delete

Post a Comment