Salam kawan-kawan!
Hari ni lambat bersiaran kerana esei tak siap pagi tadi! Ah kak is tension. Oh, no! Bukan pasal kerja. Kerja memanglah melambak secara tetiba sejak tahun baru ni tetapi yang buat tension ni bila teringat tagline ni....
Qu Puteh, Qu Puteh, barulah PUTIH!
Aduhai.... rasa nak lempang, nak lempang, barulah senyap!
Okey, siapa tengok AJL29 semalam? Ya, ya ah kak pun tengok tu yang rasa nak pitam pagi nih! Pemenang 'grand prize' dalam skrin TV haruslah Dato' Vida nih *_*
Lupakanlah Dato'Bedah Vida ke apa nih, meh kita berstory-mory lalaland macam biasa....
Ini kisah-kisah yang terjadi setahun yang lalu ye. Oh, rasa macam dah setahun jerk padahal kisah bulan Disember tahun lepas je ~_^
Macam biasa kalau nak ke mana-mana haruslah menggoogle aje kerjanya. Makanya terjumpalah tempat ni - The Atmosphere. Banyak juga terbaca dan tertengok gambar orang berposing kat sini. Makanya haruslah nak buat 'follow-up' kalau tidak macam mana nak tulis membuta-tuli dalam blog?
The Atmosphere ni terletak di Seri Kembangan ya. Lagi jitu google streetview versi Kak Ton ialah di belakang Giant dan berhampiran taman rimba ria kanak-kanak kinderjoy, Farm in the City *_*
Nak alamat juga ke? Alahai, google jelah. Dah kenapa ni semua pun Kak Ton kena suapkan penuh manja dengan sudu emas nih....
Apa yang ada di sini ya?
Ahah... nilah posing tak menjadi si Bubbly Abang akibat keterpaksaan yang membuak-buak. Adik Cute entah mana pi selepas membuat aksi mendidih, membara, menggelegak hati MommyDaddynya!
Tau apa berlaku pada Adik Cute di sini? Pada mulanya dia okey je. Melenjan berlari sana, sini, sinun dengan Bubbly Abang kesayangannya. Entah apa sebabnya tetiba dia berlari atas jalan nak masuk kereta! Nasib baik takda kereta lalu di sini. Tak dan I nak kejar dengan kasut wedgesbaru tau! Adik punya meluru semacam lajunya. I ni pulak menggelupur berlari anak nak tangkap Adik supaya jangan lari! Mujur takda insiden tak diingini berlaku. Kalau tidak, sama ada Adik Cute yang jatuh tertonggeng, tak pun Mommynya! Well, I kan memang dah biasa jatuh tertonggeng di khalayak ramai. Menang anugerah lagi tahun lepas *_*
Dalam bab macam ni, as a mother, of courselah biar I yang merasa sakit kalau jatuh tertonggeng berbanding dengan anak-anak. Berdegup kencang jantung I, membebel-bebel kat Hubbydearie dan anak-anak. Dia nak duduk dalam kereta sampailah kita kata nak kunci kereta, barulah Adik keluar. Minta Daddy dukung.
I dah gave up masa tu tapi dah puas mencari tempat ni, Hubbydearie suruh juga laksanakan tugas sebagai 'blogger' tak berbayar barang sesen pun! Hahahaha.....
Selesai sudah di sini, kita pun beransur keluar dari sini. Dalam pada pusing itulah nampak Farm in the City. Dah betul-betul depan entrance ya tetiba Hubbydearie kata tak mahu masuk sebab parkingnya sungguh lecak dan berlopak and, superheroes belum sampai Zoo Negara lagi tahun ni. Kena dulukan Zoo Negara dulu maklumlah semangat patriotik katanya....
Oh, tidak... yang sebenarnya kita dah ada plan lain. Itu entri lainlah pulak ya *_* Banyak ni ah kak nak cerita sebenarnya. Berkajang-kajang kalau menulis atas A4 paper, hak 500 sheets tu pun tak cukup tahu kalau nak buat essay writing *_*
Dari sini kita corner baring ke IOI CityMall Putrajaya sekali lagi. I tak ingat buat apa masa tu but then rasanya macam pergi makan. Eh, entahlah... berapa trip ke IOI Mall ni dah hilang ingatan rasanya nak membilang!
Hari ni lambat bersiaran kerana esei tak siap pagi tadi! Ah kak is tension. Oh, no! Bukan pasal kerja. Kerja memanglah melambak secara tetiba sejak tahun baru ni tetapi yang buat tension ni bila teringat tagline ni....
Qu Puteh, Qu Puteh, barulah PUTIH!
Aduhai.... rasa nak lempang, nak lempang, barulah senyap!
Okey, siapa tengok AJL29 semalam? Ya, ya ah kak pun tengok tu yang rasa nak pitam pagi nih! Pemenang 'grand prize' dalam skrin TV haruslah Dato' Vida nih *_*
Lupakanlah Dato'
Ini kisah-kisah yang terjadi setahun yang lalu ye. Oh, rasa macam dah setahun jerk padahal kisah bulan Disember tahun lepas je ~_^
Macam biasa kalau nak ke mana-mana haruslah menggoogle aje kerjanya. Makanya terjumpalah tempat ni - The Atmosphere. Banyak juga terbaca dan tertengok gambar orang berposing kat sini. Makanya haruslah nak buat 'follow-up' kalau tidak macam mana nak tulis membuta-tuli dalam blog?
The Atmosphere ni terletak di Seri Kembangan ya. Lagi jitu google streetview versi Kak Ton ialah di belakang Giant dan berhampiran taman rimba ria kanak-kanak kinderjoy, Farm in the City *_*
Nak alamat juga ke? Alahai, google jelah. Dah kenapa ni semua pun Kak Ton kena suapkan penuh manja dengan sudu emas nih....
Apa yang ada di sini ya?
Ahah... nilah posing tak menjadi si Bubbly Abang akibat keterpaksaan yang membuak-buak. Adik Cute entah mana pi selepas membuat aksi mendidih, membara, menggelegak hati MommyDaddynya!
Abang suruh ambil gambar kononnya dia sedang mencium bunga! Bila tanya kat Mommy ni bunga apa, oh sudah... failed pulak Mommy ni, Abang *_* |
Tau apa berlaku pada Adik Cute di sini? Pada mulanya dia okey je. Melenjan berlari sana, sini, sinun dengan Bubbly Abang kesayangannya. Entah apa sebabnya tetiba dia berlari atas jalan nak masuk kereta! Nasib baik takda kereta lalu di sini. Tak dan I nak kejar dengan kasut wedges
Dalam bab macam ni, as a mother, of courselah biar I yang merasa sakit kalau jatuh tertonggeng berbanding dengan anak-anak. Berdegup kencang jantung I, membebel-bebel kat Hubbydearie dan anak-anak. Dia nak duduk dalam kereta sampailah kita kata nak kunci kereta, barulah Adik keluar. Minta Daddy dukung.
I dah gave up masa tu tapi dah puas mencari tempat ni, Hubbydearie suruh juga laksanakan tugas sebagai 'blogger' tak berbayar barang sesen pun! Hahahaha.....
Bila start gambar kat mural yang cantik-cantik ni, Adik Cute dah hilang. Dalam dakapan Daddydearie sebenarnya kerana dia dah start buat hal, merengek macam nak kena pinang anak dara orang! |
Terkatup-katup mata kalau Mommy snap photo. Bukan apa, Bubbly Abang dah penat tapi terpaksa 'menurut perintah'! |
Selesai sudah di sini, kita pun beransur keluar dari sini. Dalam pada pusing itulah nampak Farm in the City. Dah betul-betul depan entrance ya tetiba Hubbydearie kata tak mahu masuk sebab parkingnya sungguh lecak dan berlopak and, superheroes belum sampai Zoo Negara lagi tahun ni. Kena dulukan Zoo Negara dulu maklumlah semangat patriotik katanya....
Oh, tidak... yang sebenarnya kita dah ada plan lain. Itu entri lainlah pulak ya *_* Banyak ni ah kak nak cerita sebenarnya. Berkajang-kajang kalau menulis atas A4 paper, hak 500 sheets tu pun tak cukup tahu kalau nak buat essay writing *_*
Dari sini kita corner baring ke IOI CityMall Putrajaya sekali lagi. I tak ingat buat apa masa tu but then rasanya macam pergi makan. Eh, entahlah... berapa trip ke IOI Mall ni dah hilang ingatan rasanya nak membilang!
Menariknya...
ReplyDeleteSeronok berposing kat sini tapi superheroes tak berapa suka nak 'beraksi' pulak hari tu :(
Deletemmg tak ramai org ke tempat tu kak?
ReplyDeleteLupalah Wahida, perginya waktu bila - weekend ke weekdays. Masa tu memang tak ramai orang. Tempat ni baru, takda kedai pun buka lagi. Posinglah sepuas hati takda siapa nak kacau *_*
Deletekita yang dekat ni pun belum ada kesempatan nak ke sini..
ReplyDeleteYang dok dekat memang gitu, CikLily. Pergi tempat yang jauh dari rumah dulu, tempat dekat kemudian cerita :)
Deletesabar je la mommy ngan adik cute ye..adik kecik lagi
ReplyDeletebiasa la budak kecik kadang2 buat perangai kan.patut le banyak gambar abang terpaksarela possing sorang2
Dia menonong lari menuju ke kereta tu yang tak tahan. Separuh jiwa melayang tengok Adik buat hal macam tu. Risaulah manalah tahu malang bukan berbau, tak gitu Acik....
DeleteMemang setakat ni Abang je yang menurut kata. Itu pun dah besar panjang, tak lama lagi takdalah dia nak menurut kata selalu. Sedih pulak rasanya....
best nampak kan...baca dah best..kalo pergi sendiri lagi best ni..huhu..semangat tul tengok abang kan..geram tengok
ReplyDeleteKalau suka berposing, okeylah tempat ni. Ada banyak 3D mural yang cantik-cantik.
Deletedah sampaipun... kalau suka berposing memang seronok sangat...
ReplyDeleteanak2 akak jarangler suka bergambar cam biasakan.. tapi kan kat sini memang diaorang suka sngt...
Macam biasa dah lama plan nak ke sini tapi ada aje yang menghalang plan berjalan dengan lancar. Hahaha....
DeleteIni pun budak-budak dah mengeluh especially si Abang. Dia dah bosan disuruh berposing untuk blog Mommy. Actually bukan setakat untuk blog je, untuk simpanan memori jangka panjang juga ^_^
AJL? Tak tengok pun.... bukak sekejap pas tu tutup, katanya kan nak berubah tahun ni hihi... Tp sejak dah berbangka bangka ni, mcm tak minat pulak dgn AJL.....Agaknya lagu lagu dia kurang bestlah sekarang ni, kalau dulu dulu harus tunggu depan TV tau.....Patut pun lagu Aku Tanya apa Khabar tu yg menang yek....huh... nampak sangat mmg dah bukan zaman mak....
ReplyDeleteHehe.....mak pun rasa nak lempang jugak sebenarnya hehe.....nak lempang kak Ton haha....Kak Ton,kak Ton tak de topi jangan cakap banyak hokay!!....
Tp yerlah.... Dato' terlampau sarat sangat ek....kalau dia kurangkan sarat tu rasanya ok kot....barulah nampak class....Kan Kak Ton...
The Atmosphere ni mmg tiap tiap 2 minggu mak selalu nampak tau, cuma mak belum nak pergi jer... Nape tak ckp....Kalau tau Kak Ton and the geng pergi, nak jugak mak join sekali hehe....boleh kita posing sesama...
Adik tgh dtg angin kus kus dia lew tu hihi....buat perangai pulak yeh...
Bagusnya Mak ni.... Saya pun sebenarnya inilah kali pertama dok tengok AJL semula selepas bertahun-tahun. Saya tergoda dengan lagu Shila Amzah sebenarnya. Dan, nak juga dengar vokal Hafiz yang mantap tu. But not bad actually this year punya AJL. Eh, lagu Joe Flizzow n Sonaone tu okey apa, Mak! Ke Kak Ton yang memang muda lagi nih? Hahaha....
DeleteDato' tu kan...aiiii....tak tahulah den nak habaq lagu apa! Tension kalau dia mencelah dalam iklan. Itu je 'kelemahan' AJL kali nih!
Awat Kak Ton pulak Mak nak lempang? Kak Ton tak buat apa-apa pun dalam TV tau *_*
Yalah, Mak setakat Farm in The City yang berhampiran tu mana nak ghairah pergi lagikan, anak-anak dah besar panjang semuanya! Itu yang Mak enjoy sangat jadi Elsa kat ice rink IOI City Mall tu :)
Adik kalau tengah buat perangai, Daddy yang cool pun boleh hilang 'kedinginan'nya tau :)
Kasi chancelah kak Ton muda kali ni! Mak mmg tau, kalau mak je yg asyik muda, mesti kak Ton kena sawan..ok.ok...mak kasi chance kali ni
DeleteKasi chance dalam terpaksa je, Mak ni! Ni mesti kes tak mahu mengalah tapi pura-pura je buat baik dengan jiran sebelah. Mak ni... macamlah Kak Ton tak tahu hati budi Mak luar dalam. Wakakah!
DeleteI tak boleh komen pasal AJL, sebab mmg tak tgk pun, last tgk entahla..maybe 8-9 tahun dulu kot...hahahaha
ReplyDeletekat Atmosphere tu mmg best utk kaki2 ambik gambar..hahaha...lepas ni u bawak anak anak u kat Laman Seni Shah Alam pulak....:)
Nasib baiklah you tak tengok, DZ. I tell you, memang you rasa nak lempang-lempang orang je tau bila tiba iklan! Errr... by the way, you memang dah tualahkan kalau lagu Joe Flizzow n Sonaone tu you tak minat. Huahahaha....
DeleteKalau pro photographer haruslah ohsem hasil tangkapannya di sini. I ni bawa kamera besar gedabak pun hasilnya tetap gitu-gitu aje :) Oh, ya! Laman Seni tu memang dah lama I aim nak pi tapi belum berkesempatan lagi!
Saya buka FB terpinga pinga bila ramai duk update status "qu putih"... mmg no idea apa yang diviralkan sebalik tu... huhuhu
ReplyDeleteNasib baik si abang sporting posing... bagus abang ni dengar cakap mommy....
Nyampah sungguh dengar iklan tu dan promosi Dato' Vida ni, Nur. Nasib baiklah tak dapat tengok. Saya ni first time tengok iklan Qu Putih tu. Rasa nak muntah-muntah dah bila dok disajikan berpuluh kali dalam satu rancangan!
DeleteSekarang ni sportinglah, akan datang tak tahu macam mana! Huhuhu....
Haha.. kita geram kat Qu Putih, dia sponsor rancangan dah banyak ni. Agaknya banyakla tu untung dia kan.. macam kes Terlajak Laris tu, menyampah dengan gaya Dato tu dia kaya raya jadinya sebab ramai yang tahu produk dia..
ReplyDeleteAi.. cantik cuaca masa MD ke sana.. nampak lawa gambar tu. Eh..orang yang sokmo balik kg tengok MIL pun tak pergi lagi sini, MD pula yang dapat ke sana awal ya..
Yang paling tak menahan tu pergi lawat mangsa banjir siap hadiahkan Pamoga! Kalau beri pakaian, makanan dan keperluan lain lagi bagus kot. Kalau ya pun nak promosi produk syarikat, janganlah terlampau ghairah. Eh, I pun leh panggil photographer pi Kelantan tu lepas tu nangis-nangis sedih konon semata nak masuk TV buat promosi produk tau! Arghhh...lupakan ajelah... banyak pulak dah dosa nih!
DeleteOh, MIL AN kat sini rupanya ya! Kalau gitu, bolehlah singgah selalu berposing :)
aduhaiiiiiii annoying giler kot iklan tu.. naik menyampah pulak di buatnya..
ReplyDeleteMemang buat ramai orang annoyed tengok AJL masa tu. Nasib baik tak kena boo pulak :) Hilang seronok nak tengok artis perform malam tu...
DeleteTak tgok sgt AJL.entah sejak dah tertu no rancangan nyanyi2 no semua dh tak berapa masuk jiwa.hihi
ReplyDeleteBoleh tahan cantik tempat ni. masaklah si bubbly abang menurut perintah mommynya..kesian2.haha
Hahaha....ngaku dah tua ya? Saya tak lagi..maklumlah dah lama pakai Pamoga dan Qu Putih ni. Huahahahaha....nak nangis rasanya bila tolong promote produk Qu Putih ni!
DeleteBiarlah dia menurut perintah setakat ni. Sampai bila tak tahu lagi. Itu pun kadang-kadang dah pandai komplen dek mendengar kata Daddynya ketika insiden berposing untuk blog kat I-City tempohari!
seronok juga tempat ni ye
ReplyDeleteSeronok untuk berposing. Rasa macam real. Yalah dah namanya 3D Trick Art Mural kan :)
DeleteNape ramai sangat yg terganggu dgn Dato Vida ni? I tak faham la. Tanpa dato Vida, rakyat Malaysia takkan menjadi putih. Putih itu penting dlm kehidupan. Putih itu adalah life style. Gituuuu.... I tak heran pon sbb i tak tgk AJL. So tak efek apa2.
ReplyDeleteAbg Luth sangat supporting la bergambar dgn art mural tu. The Atmosphere ni ada benda ni je ke? Ke shopping mall? Nak masuk kena bayar ke tak?
Meh, I bagi faham. Promosi dia mencelah ikut sesuka hati sesuka minit nak masuk TV tu buat orang muak. Lagipun I ni dah sedia ku putih tanpa 'Qu Putih, Qu Putih, barulah PUTIHHHHH....' Nasib baik you tak tengok semalam, kalau tidak memang takda selera nak menjahit malam ni tau *_*
DeleteIni bukan shopping mall. Ianya shopping lot baru tapi tak banyak kedai yang dibuka. Kosong lah lagi. Orang pun tak ramai sangat yang meroyan nak berposing kat sini. Masa I pergi adalah 3,4 keluarga yang ada termasuk my family yang gila glamour dalam diam nih :)
Tak payah bayar. Park je kereta sesuka hati, parking pun free!
Sgt dkt dgn umh LM tp br g sekali di mlm yg sepi snap beberapa pic je. Arghhh
ReplyDeleteMeh detim pasni klu dtg sini eh MD
Kalau dah dekat memang susah nak sampai, LM. Itu perkara biasa. Orang 'jauh' macam MD ni haruslah terjah dulu sebab kejakunan yang luar biasa bila baca dan tengok gambar orang :)
DeleteHahaha...dah sekali pergi ni rasanya tak tahulah bila boleh dating lagi, LM.....
Itu pun kaku je, Diana. Suruh dia berposing ikut gaya Mommynya, mulalah muka dah mencuka lepas tu merajuk. Di sebalik tabir, macam-macam hal berlaku tau :)
ReplyDeleteTak pernah sampai lagi. Ntah bila nak menjejakkan kaki kat situ.
ReplyDeleteAmboiiii...IOI jer skang ni yerp MD ☺
Katanya kawasan Taman Equine ni jemnya sesat barat ya. Nasib baik masa kami pergi tu jalan lancar je takda kesesakan.
DeleteOppsss... itulah dia orang yang kata takda apa kat IOI CityMall tapi dah berkali-kali jejak kaki ke sana :)
adik ensem ni memang tak tau diam jugak ekk.. ingat anak saya je camtu. Nasib baik abg dah boleh control kalau tak mesti tiap2 tahun MD pegang Awards tertonggeng di khalayak ramai denga gaya diva kekekeke
ReplyDeleteSusahlah nak ambil gambar Adik ni. Memang tak reti diam dan tak memberikan kerjasama yang baik. Kalau ambil candid, lagilah haru biru. Abang tu sekarang ni pun dah banyak komplennya. Lain tahun memang Mommy kena masuk blog sendirilah :)
DeleteBab jatuh terjelepuk ni sejak umur 20-an dah dapat award. Kalah CTNurhaliza susun awards kat rumah tau *_*
gi IOI tu, terserempak dengan PM tak?hahaha.adoilah muka abang dah macam terpaksa buat iklan qu puteh kat situ.ni kena mintk royalti kat mummy ni! hp dah elok ka?
ReplyDeleteOh, ni bukan cerita baru, Sal. Cerita bulan lepas, di tahun lepas *_* Abang tu penuh keterpaksaan kalau posing. Maklumlah akak selalu je ingatkan Abang - Syurga di bawah tapak kaki ibu' Makanya, jangan derhaka apa Mommy kata. Huahaha....
DeleteSeronok pulak takda hp ni. Dari hari Isnin sibuk nak pi beli baru sampai la ni tak sampai kedai lagi. HD sibuk memanjang. Benda macam ni kenalah tunggu HD :)
la menarik rupanya.
ReplyDeletemacam mavam mural ada erk.
x pernah pon singgah sbb nmpk kosng
padahal selalu pergi giant kalau pergi rumah kak ipar.
tahun 2008 saya dduk di sini la.
lagi ke ioi mall putrajaya.
saya esok kot ke sana.in shaa Allah.
sbb cik abe ada hal kat putrajaya.
alang alang org ajak blh la melencong ke sana kejap. hihihi
Shoplots ni memang kosong. Entahlah... tak laku kot. Tempat tak 'tercemar' lagi memanglah cantik. Lain kali nak pi yang kat Shah Alam dan Penang tu pulak.
DeleteOh, ya ke Ciksu duduk di area ni? Katanya jem teruk kawasan sekitar ni ya! Okey, Ciksu...since hari ni nak pi sini, apa kata singgah berposing sekejap *_*
kat tpt saya ni md . masa join mrk cari brg sekolah kat giant disember lepas , my kakak lalu lah depan ni sambil bercerita tapi tak berhenti . terus je dia park dlm giant . merungutlah my anak buah yg nak sangat gi situ . my kakak lak kejar masa . benda yg nak dicari banyak ... yg sebenarnya x larat nak melayan 5 org tu . no.6 x de hal ... farm in the city pun kami x samai lagi ... heh heh heh .
ReplyDeleteHahaha... nasib baik tak jumpa Vee and the gang masa ni :) Saya puas dok ingat siapalah agaknya yang duduk kat area ni, yang saya kenal *_* Yalah, nak main hide and seek siap-siap :)
Deletesgt cantek,.,
ReplyDeletebru tau kewujudan tmpat ni..
skarang byk tmpat ada art2 camni
Banyak dah tempat macam ni sekarang, Lya. Akak teringin nak pi Penang pulak. Yang kat Seksyen 2, Shah Alam tu pun tak sampai lagi!
Deletebanyak kali dengar cite pasal the atmosphere ni
ReplyDeletetrick museum yang kat icity pun tak lepas lagi
bezanya atmosphere tak kena bayar kan MD
entah bilalah nak p tempat gini, mychintahati bukan macam HD
kalau dia kata nak p, p la
kalau idak, usahlah mimpi =)
Masa pergi ke I-City tu pun saya tak masuk trick art museum sebab tahu ajelah si Adik Cute tu. Jerit lebih. Nampak je macam berani. Makanya kita bergambar kat luar ajelah. Tempat ni nak kata baru, tak baru tapi tak ramai orang datang. So bebas sikit rasanya. Dah banyak tempat macam ni sekarangkan....
Delete