Salam sayang kawan-kawan *_*
Pagi ni my ceria mood berada di posisi terbaik dalam hati makanya sejak pagi lagi I dah gelak-gelak manja dengan kawan-kawan ~_^ I dah kata, I ni tak boleh serius kecuali masa tengah sibuk beri perhatian pada kerja yang dibuat. Kalau tidak, my mulut memang tak reti nak keras kejungkan otot gelak tu!
Oh, ya macam biasa! Kita lari tajuk siap-siap!
Semalam I boleh terjun katil. Semuanya salah diri sendiri bukan orang lain. A night before, I tak tidur. Lagi sejam dua nak masuk pukul 5.30 pagi (my rutin sekarangkan start at this hour, lupa ke?) tetiba I rasa nak landing sebelah HD atas katil. I rasa I dah melalui insiden mencari bunyi 'loceng' dalam gua tapi entah mengapa I tak sedar. Tau-tau bila gapai jam loceng tengok dah dekat 6.30 pagi. Apalagi, lintang-pukang lompat bergalah terus kejutkan anak bujang. Kami keluar rumah pukul 7 pagi, 15 minit lewat! Bekal untuk Abang terpaksalah beli kat gerai jerk *_*
Oh, no...bukan ini cerita utama *_* Kan dah kata, nak keluar tajuk dulu ~_^
Sudah dua hari sebenarnya I nak mengarang entri lain tetapi terpaksa ditangguhkan. Tetiba pulak idea lain yang muncul, maka kenalah persembahkan essay writing yang itu dulu. Kalau tidak, hilang pulak idea yang tetiba muncul tu *_*
Sejak awal tahun ni, I memang ada sibuk sikit. Nak kata terlalu tu, tidaklah. Kerja I ni kalau sibuk, nak telan air liur pun tak sempat apatah lagi nak touch-up, touch-up muka suci bersih ni kat washroom. Kalau takda kerja, ahah...itu yang Kak Ton menembeng kat blog orang sampai berpuluh entri dia komen ~_^ Macam blogspot tu dia ownernya *_*
Jadinya, memang semua yang dah biasa/'kenal mesra' dengan I ni taulahkan my style. I memang tak akan baca dan tak tinggal komen. Kalau ada yang nampak I datang tapi tak komen, itu langsuirlah tu yang datang singgah ~_^ I memang tak berhajat nak jadi silent reader. Itu yang bila I singgah, tak reti-reti nak balik sampailah kena 'halau'!
Eh, sekarang ni lagi pening sebab bila nak komen ada word verification. Ada blog yang lepas komen terus dipublishkan. Ada pulak yang lepas kita komen 2,3 tonne, tetiba nak kena tunggu approval dari blog owner. Ada juga yang dah komen 18kali barulah keluar word verification, kalau tidak dia suruh ngaku je kita bukan Autobot, Bumblebee mahupun Optimus Prime! Dahlah ah kak ni rabun dekat, siksa weyh! Nasib baik ah kak ni jenis penekun dan penenang orangnya bila nak mengomen ~_^
Senang cerita, kenalah doa-doa selalu yang I ni rajin bertandang hari-hari. Kalau tidak, memang dia baling bom C4 terus kat blog you all. Nak nangis guling-guling ke masa approve komen, nak jerit mengilai macam orang hilang duit seposen ke, ah kak tak bertanggungjawab atas segala penyakit yang menular ~_^
Tapikan, rasa terharu pulak tiba-tiba. I ni mengomen memang seikhlas jiwa raga, setulus kasih suci mulus gitu, takda mengharapkan apa-apa tapi kalau ada tu, bagus juga! Tetiba ajekan bila ada yang terkehel tangan dok approve komen banyak sangat sambil sengeh tak tau sebab hati geram atau gelihati, mereka buat entri ucap terima kasihlah pulak. Aduhai, malu ah kak ni yang low profile, down to earth dan semua yang down-down tu tau walaupun dalam hati berbunga riang sampai nak datang baca 18kali jerk entri tu Ah kak tak mahulah mengalahkan kepopularan Che Ta lepas dapat baby girl comel mahupun Angelina Jolie yang setia disamping bekas kekasih ah kak si Brad Pitt tu *_*
Sepatutnya I lah yang berterima kasih kerana you all sudi terima I sebagai kawan alam maya, bukan sebaliknya. I ni memang sukalah buat esei pendek kat blog orang. Tak mainlah setakat - 'Ohh, gitu ke?', 'Wow!', 'Bestnya!' mahupun sebaris ayat saja, That's so not MD lah punya gaya *_*
Dan terlanjur menulis ni, I nak balas balik ucapan terima kasih pada mereka di bawah (kita berbalas-balas kasih abadilah ya sampai penat tangan ni menaip ucapan terima kasih macam memang award) termasuk jugalah kepada semua rakan alam maya yang sporting gila (Eh, Kakzakie suruh guna jiddan ler....) dan sudi menerima makdara pingitan ni sebagai rakan di alam maya. (Oh, ah kak rasa macam menang award wanita paling putih anjuran produk kuputih pulak dah!)
Inilah mereka yang ohsem tu. Terharu ah kak dibuatnya tau *sambillaplapketiakbasah* :-
(Ahaaa...., cepat pi buat exercise jari jemari tu, belum habis baca lagi nih..... tinggal sikittttttt jerk lagi!)
Kak Long kawasan (KL & Selangor gamaknya...hehehe...)
Ibu muda empat anak (nak masuk lima dah....)
Mak Usu selamba dan 6 kanak-kanak riang ^_^ (Eh, 5 ke 6 ek? Konpius sekejap!)
Sayang adik, kakak semua... I lap you to the moon gitu ^_^
Nak muah-muahs ke?
Auwww.... tetiba je nak posing untuk Terlajak Laris ~_^
P.S. Amboi, kalau pasal cinta, pasal kahwin bukan main suka lagi. Dah tulis panjang berjela pun nak minta sambungan. Apa, minum seteko air kopi dengan makan biskut Marie sambil baca my entry tak cukup lagi kah? *_*
Hahahaha. kalau dah terlewat memang lintang pukang lah kann. nasib baik tak jatuh. Eheh :P
ReplyDeleteCari sumber bunyi loceng dalam gua tu selalu berlaku sebelum ni. Sejak Abang sekolah pagi tahun ni memang begitu alert tak mahu terlewat. Duh, terjadi jugak! Bising si Abang takut laoshi marah kalau lewat sampai sekolah! Nasib baiklah awal juga, itu pun kena tegur cikgu! Aduh alahai.....
Deletehaha..tu sebab sy tak buat komen verification, untuk kak MD lah, mailah komen banyak-banyak.sekali datang memang kena bom atom.saya pun tak istiqamah mcm tu..terharu tau..sob sob.sayang akak banyak-banyak!ni bukan bodek tau
ReplyDeleteAkak tau Sal tak pernah bodek cuma mengampu jerk. Hahaha.....
DeleteKalau kita satu club, haruslah akak naik pangkat jadi presiden kelab ni, Sal :)
salam MD, rindunyer nak dtg nak bertenggek dn komen berguni2 kat sini, tapi nak wat camner dek kerana busynyer .. dpt dduk jegk dari jauh ajelah yer smbil tanya awak kat mana, awak2 kat mana !
ReplyDeleteYalah geng ni. Lama sungguh tak dengar cerita. Tapikan macam ada magik je. Baru semalam kusebut sebut namamu dalam hatiku, ingatkan nak kunjung takmau balik kat rumah KA, tetiba je hari ni muncul. Eh, ada sixth sense rupanya saya ni :)
DeleteSaya memang setting komen. Kalau lulus, tunggu publish jer. Lagi pon senang nak terjah balik. Kunjungan 2 hala gittew. Kalau gagal, masuk tong sampah terus...hehehe...
ReplyDeleteMD kalau komen memang panjang berjela. Tapi iolks suka. Kalau komen pendek memang ada yg tak kena gamaknya tu...ekekeke...
Saya memang kena luluskan komen dulu maklumlah blogger bekerjaya katanya. Hahaha....
DeleteSaya memang tak reti komen satu patah perkataan tu. Dah orang suruh komen, kita bantailah komen sampai tak tertelan air liur orang membacanya :)
Hehehe.... MD ni memang kelakarlah...
ReplyDeleteKaklong Kawasan ni kalau lama tak baca catatan atau komen dari MD memang terasa bagai kehilangan. Dan kadangkala terfikir 'MD dah taknak kawan dengan aku yang samsengtaikkucing ni ke'...ha...sampai gitu koooo...
Yalah, kak... Kalau tak kelakar, tak ceria pulak hidup ni. Nanti taklah awet muda. Nak lawan jiran sebelah katanya.... Opppss!
DeleteTakkanlah saya tak nak kawan dengan akak. Kakcik kan kak long kawasan. Super junior tu ...oppsss...super senior. Haruslah saya kena tunduk hormat. Nanti kena kejar dengan penyapu kat pasar tani, siapa susah. Saya jugak!
Hari ni malas ar nak komen panjang sebab nama mak tak naik kat sini.... hihi....
ReplyDeleteJap......nak bayangkan org kelam kelibut terjun katil. Sempat mandi ke tak tu? Kira semalam tak sempatlah pegi port makan mcm selslu tu yek....
Eleh....kembanglah tu..... sana sini org petik dia. Patut pun tak hengat balik balas komen blog sendiri rupanya duk nebeng blog orang sampai sudah. Ni dah bukan femes kat BP jer ni, nampaknya dah menular kat alam maya....Pergh!!! Wa caya lu seyh.....
Eh, eh, Mak.... Kak Ton kalau buat entri nak ngumpat Mak haruslah satu entri tu untuk Mak seorang jerk. Panjang tu nak mengumpat mana boleh kongsi-kongsi dengan orang lain :) Eleh, itu pun nak kecik hati. Kan Kak Ton selalu seru nama Mak, kalau tidak takkan Mak kembang tak kuncup-kuncup selalu :)
DeleteMandi wajib je sempat, Mak. Huahahaha..... Mulalah tu dia membayangkan sungguh-sungguh! Semalam sempat belikan Bubbly Abang karipap je lepas tu Kak Ton ambil satu ler dah 5 keping RM2 kan....
Zaman popular Mak kan dah lama. Mak macam Kakcik juga, supersenior Kak Ton. Bagilah Kak Ton bermaharajalawak pulak merasa lapliplaplip lampu popular nih *_* Semalam tangan Kak Ton nak terkehel mengomen, itu yang Kak Ton tak sempat balas komen. Lagipun Mak punya pasallah siapa suruh buat tajuk 2 insan bercinta. Dah Kak Ton terpedaya, terpesong dari tajuk asal entri basi Kak Ton tau!
Nanti eh Mak... lepas dapat he-ho kita pi santai-santai bergosip sesama sendiri. Mak mesti rindu kat Kak Ton ni, Kak Ton taulah....see,see....merah padam muka baca Kak Ton punya reply! Paling panjang selalunya :)
Betullah kak Ton..... cepatlah beli he ho , nak gossip pun susahlah kalau cenggini....lambat tau nak tunggu feedback, nak kena tunggu esok pagilah pulak ...
DeleteTakkan nak berheavy gossip kat sini kot....cepat ar beli he ho kak Ton...
Tadi kak Ton, nasib mak tak rentung tau....
Awat pulak sampai nak rentung ni? Terlupa tutup dapur gas ke? Itulah kalau masak selalu je nak versi rentung, kan dah terlupa!
DeleteNantilah Mak... esok kot Kak Ton pi cari he-ho. Kak Ton ada he-ho spare ni sebenarnya tapi malas nak install WA, penat kerja install je setiap kali tukar he-ho. Esoklah ya Kak Ton inform Mak :)
ketua Gangster kepada segala hantu tu paling ganas hahahaha.. mau hantu2 tabik hormat lepas baca entri ni hahaha.. berbaris hantu2 nak cium tangan amik berkat ketua ganster segala hantu.. Apapun thanks la. Alahai.. terharu sampai rasa nak nangis bawah bantal
ReplyDeleteTak berani nak ambil tempat Suria ni. Bukan calang-calang orang boleh menggalas tugas. Kalau setakat jeling sebelah mata hantu tak takut, memang tak boleh jadi ketua gangsterlah namanya. Akak jadi pengikut haluan kiri jelah....nak jadi presiden, fikir juga 18kali.
DeleteNah ambil tisu toilet ni. Buruk benar rupa lepas nangis-nangis sembunyi bawah bantal. Kalau langsuir nampak, digelakkannya sekuat hati sampai takut umat manusia ni mendengarnya tau!
Terima kasih MD sbb sudi jadi rakan alam maya Ira jugakk..
ReplyDeleteHehehe... sengih2 baca entry hari ni..
Apa lagi, posing je MD.. Terlajak Lariss :)
Sama-sama, Ira. Orang sudi berkawan, takkanlah nak biar bertepuk sebelah tangan. Eh, eh, melebih-lebih pulak dah :)
DeleteBab posing ni tak masuk dalam azam 2015. Takut sangat kalau Angelina Jolie rasa tergugat *_*
Oh, ketua empayar hantu tu ke? Hahaha.... Memanglah saya baca pun nak gelak menangis-nangis jadinya tapi takdalah sembunyi bawah bantal busuk. Enjoy juga ke sana sebab boleh layan cerita hantu :)
ReplyDeleteSegmen apa tu, Diana? Cer cerita sikit. Laa... awak punya entri pun tak khatam lagi. Kalau nak khatam mahu sakit-sakit jari jemari I yang mulus ni. Huahahaha.....
Terima kasih akak sebab da lepaskan bom dekat blog kita. Kerlasss tau ! Sekali dia datang terjah. Kemain banyak komen ditinggalkan. Hehehe. Salam kenal kak. ^_^
ReplyDeleteSama-sama kasih :)
DeleteItu memang standard procedure kalau akak blogwalking. Sila berhati-hati. Jangan sampai nangis-nangis tau. Kalau tak tahan sakit tangan nak approve komen, you can contact me. Huahahaha.....
Kikiki. Saya pulak, pagi2 start sejam awal dari tu. Tu pun... Kalau si kecik ni tak kacau. Buatnya si kecik extra nak memanja pagi-pagi tu... Memang haru!
ReplyDeleteSaya kena start hari baru pukul 5.30 pagi tapi entahlah kelmarin boleh terlanjak laris pulak dah :)
DeleteBiasalahkan kalau ada anak-anak nak diuruskan pepagi macam ni, kalau lambat bangun memang nangis-nangislah. Tak Mommy menangis, anak yang menangis takut terlambat sampai sekolah!
Lompat katil pun masih sempat kan MD..kot tak tak tau la sape yang nangis anak ke mak.
ReplyDeleteAnak yang merengek, Acik :) Mommynya okey je. Setakat terlambat pi kerja, itu biasa dah *_* Pejabat tu tanahnya sayalah yang punya. Hahahaha....
DeleteOoo busy ye patut la x naik sek lg MD payah nk nmpk bayang. Hehehehe
ReplyDeleteAdoiaiii mujur antar sendirik klu naik bas sah2 kena tinggal dah tu . Bab tak sedar tu mmg la ngeri. Siap lompat galah lompat kijang bagai tu. ehehehe
LM selalu bw senyap sepi x drop komen sbb sejak akhir2 ni ada sesetengah blog x blh nk kluar petak komen le, kena ngaku bkn robot la. haha.. Smlm berpeluh2 nk komen smpi lima kali br blh. Haishh
Blog LM biasalah.. Mmg LM akan approvekan satu2 dulu. Ngeee
Akhir Dis saya cuti dekat dua minggu juga, LM. Kalau kat rumah mana ada bw ke, tulis entri ke. Memang rare occasionlah :) Masuk tahun baru ni mula dah office ni banyak kerja pulak. Nanti bulan 3, 4 sekali lagi saya kena menyibukkan diri sampai berpeluh ketiak!
DeleteSaya memang tidaklah bw tak bersuara ni, LM. Memang tak berapa kena dengan jiwa. Maklumlah lepas baca, banyak idea terkumpul nak dihamburkan. Hahaha....
sekali sekala terlajak bgn mmg menggelupur, lagi2 yg ada anak kan, mcm lipas kudung nak buat semua..
ReplyDeletetapi yg solo ni kekadang terlajak pun lebih kurang sama je hehehehe
Yang sekali-sekala tu lah yang buat kita tension sepanjang hari. Tapi kalau sengaja kira nasiblahkan...
DeleteHahaha...masa akak solo dulupun kalau terlajak 'laris' pepagi buta memang tak sempat nak tengok cermin sambil berkata 'Kuputih, kuputih, barulah putih melepak macam tepung kormak'. Hahaha!
ingatkan jatuh katil ... heh heh ... nasib baik terjaga . klu tak dah tentu si abang membebel salahkan mommynya dan mommynya tak sudah - sudah minta maaf memanjang ... heeee ... mak usu tu mmg saya rupanya . terperasan glamer sekejap . anak buah 6 org lah termasuk baby .
ReplyDeleteTak sempat jatuh, Vee. Biasanya memang tak jatuhlah. Yang selalu berlaku lompat pagar, lari berganti-ganti... ahah itu memang biasa kalau tak jumpa bunyi loceng dalam gua!
DeleteYalah, siapa lagi Mak Usu yang suka menyakat anak-anak buahnya?
Eh, saya pun sama jugak sebenarnya.....
nasib le dalam dok mencari dalam gua jumpa juga jam nya tu ye.buatnya x jumpa acaner le gamaknya ye !
ReplyDeletemmm, blog saya jd mcm tu jugk ke ? risau la pulak..
semuanya menghargai kunjungan mommy ;)
Tak jumpa lagi sebenarnya Ciksu tapi tiba-tiba je tersedar dari expedisi mencari dalam mimpi. Hahaha....
DeleteBlog Ciksu rasanya takdalah word verification ni. Saya pun tak buat setting word verification juga. Harapnya takdalah yang terjegil mata dok tension tengok word verification kat blog saya ni. Dahlah nak membacanya ambil masa!
Oh, rasa terharu sangat kalau semua rasa begitu :)
Pernah baca kat blog mana tah yang pasal word verification tu ada secara default kalau guna pop-up comment box. Ala, buat tak nampak pun takpe sebenarnya... Jgn lag click yg "saya bukan robot tu".... Bila klik baru kena isi... tak nak isi tak payah klik.... kalau saya tak silap lah... sbb saya pun buat bodo jer bila tgk part tu... hahhaa, nasib baik boleh komen dgn jayanya :)
ReplyDeleteItu lah orang kata, org berbudi kita berbahasa... saling entry mengentry gitu..
Thank you, Nur. Tadi saya cuba kat blog kawan. Betullah kata Nur tu. Kalau kita tak hiraukan spesies kita, terus boleh komen. Tapi ada juga mula-mula tanya kita robot jerk, lepas kita komen 3,4 kali tuptup keluar word verification juga.
DeleteSaya dah buat-buat bodoh tadi bila blogspot tanya saya Autobot ke, Optimus Prime, saya jawab 'boleh blah'. Hahahaha.....
baca entri MD hari ni sambil menongkat dagu..terkebil-kebil apa ek entri ni sebenarnya..agagaga
ReplyDeleteHahaha! Tak payah susah-susah fikir banyak, Mar. Takda apa pun. Kisah kita dok komen pukal pastu orang buat entri ucap terima kasih pulak. Tu yang rasa terharu. Commercial break haruslah ada tapi I dah tolak jauh-jauh kuputih tu. Tak mahulah promote produk Dato' Bedah!
DeleteMD mmg blog saya ada word verification.. Sy lmbt approved sbb suka baca komen MD byk2 kali sblm approved... Haha... Blh gtu...
ReplyDeleteHahaha... ya ke? Nasib baik baca banyak kali (sampai jemu) lepas tu baru approve. Buatnya kena delete masuk tong sampah, lagilah haru :)
DeleteLa ni lembab sikitlah jenjalan blogwalking. Memang memanjang je nak 'bom' orang *_*
Bagus ni.. galakan kepada pembaca setia MD gini.
ReplyDeleteMereka yang terlebih dulu berterima kasih kat saya itu yang rasa aduhai....lain macam pulak. So, kita berbalas-balas kasihlah jawapannya :)
DeleteOhh makin pemes la bakal besen.byknya org buat entry khas untuk die.
ReplyDeleteDh klu terlewat mmg kelam kabut jadinya.mujur lewat 15minit,klu sejam haru!
Mana ada famousnya, PK. 'Elaun' NN pun tak lepas lagi nak cash out. Sadis sungguh :)
DeleteNasib baik 15 minit aje. Masih dalam kawalan. Kalau 1 jam lewat memang nangis-nangislah Abang lambat pi sekolah. Mommy relax je kalau lambat pi kerja ^_^
Ye, ye.. mmg tahu style MD komen panjang2. Tapi saya suka mcm tu. Rasa dihargai je bila org komen panjang2. Kalo MD tak komen, i sentap sorang2. Hhuhu.
ReplyDeleteSo, kat sini pun nak ucap mekasih jgk ye pada MD sbb rajin dtg blog saya dan drop komenses.
Terlewat 15 minit tu mesti keadaan traffic dah lain kan? Mesti makin sesak kan? Biasa MD buat bekal ke utk Abang? Share la skit, nak tgk jgk kot2 boleh tiru idea bento.
Eh, ada orang sentap kalau I tak komen panjang-panjang? Tak tahulah nak rasa gumbira ke atau apa ni, Lyd. Hahaha...
DeleteYou and your 'ses' manalah boleh I lupa jengah. Nak exercise mulut kena pi blog yang macam ni. Nak kata sama meroyan macam I macam tak patut pulak. Hehehe....
Biasalah, KL ni kalau lewat seminit pun segalanya berubah gitu! I memang siapkan bekal untuk Abang sebab kantin sekolah makanannya tak halal. Tapi takdalah gempak mana pun bento si Abang ni. Ala kadar je ikut kesempatan Mommynya. Roti 70 sen dah tak melekat di perut Abang lagi sejak sekolah pagi ni :)
Kena approval sbb comment annoy ni ni sm byk je msknya. Pening mak. Haha... Tp kalau word veri, kdg2 mls nk tggl jejak. Sbb leceh. Mgkn owner blog x tau. Kdg2 sy bgtau bnd tu mcm melecehkan.
ReplyDeleteSaya terpaksalah redha je bila nampak word verification ni. Dah ketagih nak mengomen, memang tak boleh buat apalah :)
Deletehihi...ok lah tu..
ReplyDeleteidea MD sentiasa mencurah-curah mghasilkan entri2 panjang tnpa gambar..serius..lya tak mampu... huhu
Entahlah bila idea ni nak berhenti mencurah-curah. Banjir pun tau surutnya tapi idea akak ni tak pernah surut-surut. Pitam kekadang :)
DeleteMD ni memang macam2kan..
ReplyDeleteakak dulu takder buat word verificationni... t
tapi awal tahun tak silap tiba2 ada ...
tu yang tukar format komen...
Rasanya memang sejak beberapa bulan ni kot ada word verification ni. Kena set up baliklah comment tu. Saya ni jenis tekun, ada word verification pun saya tetap komen berpukal :)
Deletewahh...dah kira glamerlah sekarang MD ye
ReplyDeletetak bolehlah saya ni gamaknya
tak penah sekali ramai buat entry khusus untuk saya camtu
hehe...ni ayat bodek ni =)
tapi memang betul pun apa mereka katakan
memang MD aje yang rajin dok bebel pepanjang gitu
saya ni kekadang aje boleh buat gitu, biasa jadi silent reader aje
hehe...pasal tu dah lama dalam dunia blogger pun
orang tak kenal lagi...hehe
Saya memang tak larat jadi silent reader. Kalau saya tak komen memang maknanya saya tak datang melawat rumah kawan-kawanlah. Takda hidden agenda ke apa. Hahaha...
DeleteSetakat boleh cope, kita copelah. Bila tak boleh nak buat macamana. Takkan nak menyusahkan diri dan mengabaikan tanggungjawab yang lain, betul tak? Dulu hari-hari boleh singgah ke semua rumah rakan di bloglist, tapi sekarang ni kena serkap jarang mana nak singgah lepas tu lepaskan bom ikut suka hati *_*