Sibuk sangat-sangat tapi ...

Salam kawan-kawan!

Should I say sorry? Sebab apa?

Sebab tak update blog regularly..... ~_^

Eleh, takda siapa pun kisah tapi macam biasalah I ni memang tahap perasan kalah semua diva yang ada dalam dunia ni *_*

Okey, I ni kan memang suka menghabiskan cuti di awal tahun. Bila tengah tahun, tangan dah gigil-gigil nak isi leave form. Bila sampai 3 bulan terakhir, mulalah dok kira berapa kena tolak gaji sebab leave dah habis. Hahaha!

Hidup bekerja I sebenarnya tak teratur lagi. Kejap ada, kejap takda. So, bila balik dari cuti, memang sibuk atau terpaksa menyibukkan diri. Oh, no! Memang pun I sibuk *_* Tengok ajelah blog I ni, kejap update kejap tidak. Tak dan I nak mengarang esei on the spot. Lagi satu, he-ho kan takda. Susahlah nak watermark gambar. Nak mengarang di rumah pulak, sungguh tak kuasa nak buka pc, laptop bagai!

Nak blogwalking pun ada sikit semput. Satu hari pun dapat 3,4 rumah je diterjah. Kalau dapat geng yang sama spesies macam I tak reti letak full stop dalam entri, haruslah I pun semput! Ahah, tau pun semput Kak Ton ni, ingatkan dia je yang suka buat orang semput membaca ~_~ Okey, okey! I ngaku I salah!

Tapikan... I sungguh merindui tulisan sendiri di blog sendiri. Hahaha....

Makanya, I datang pagi tadi teruslah buka pc dan mengarang esei SPM macam biasa!

Kita back to basic ajelah. Tak payah upload gambar. Buat menyusahkan hati Kak Ton je nak kerja lebih masa ni. Dalam entri sebelum ni, ada juga yang bertanya soalan cepu platinum tentang kenapa I  tak dapat masuk pejabat kalau sampai sesudah Subuh.

Well, orang Jap mana tau waktu Subuh tu apa! Huahahaha....

Oh, itu bukan jawapan rasmi. Itu jawapan mengada-ngada sambil tergediks-gediks depan pc ni sengih seorang diri! Maafkan Kak Ton kerana ajak buat exercise mulut pepagi buta *_*

Sebenarnya pejabat I ni luar biasa sikit.... Sikit je tak banyak. Mengapa begitu? Tak payahlah I elaborate, okey! Sebab I tak dapat buka pintu besi masuk pejabat bukan kerana bangsa dan agamalah ya! 

Di sini kami terbahagi kepada dua kumpulan (bukan office kata tapi kami suka-suka membahagikan diri sendiri *_*) Kami gelar diri kami ni local staff which includes Japanese yang bekerja di sini tapi berkahwin dengan local Malaysian juga. Satu kumpulan lagi adalah Japanese yang diterbangkan khas dari Jepun untuk bekerja di sini, biasanya untuk 2,3 tahun aje.

Kunci masuk pintu ni ada 2 jenis. Satu untuk kumpulan pertama dan satu lagi untuk kumpulan kedua seperti yang I kata di atas tu. Dalam kumpulan pertama ni setahu I cuma ada dua orang local yang boleh buka pintu utama. Yang pertama of courselah PA kepada the biggest kepala dalam company, my 'kakak tiri' (kata office mates I ya!) dan yang kedua ialah 'my kak long' (pun kata office mates I jugak!) yang diberi kuasa oleh bosnya untuk pegang kunci tu. 

My kakak tiri tu kalau tengok punch cardnya memang superb. Sepanjang tahun ya, masa dia punch card tu maintain at 6.45 a.m. tanpa culas barang sehari pun! Takdanya 6.40 pagi ke, 6.55 pagi ke, dakwat merah lagilah takda ya ~_^

My kak long kawasan pulak cuma boleh guna kadnya selepas pukul 7.15 pagi. The rest of us kalau nak masuk sebelum 7.30 pagi kenalah tunggu di luar sampai Japanese pertama sampai! Once this Jap swipes his card kat pintu tu, barulah the rest boleh gunakan kad masing-masing selepas itu.

I ni memang 'geng kuasa penuh' dengan kakak tiri dan kak long kawasan tu sebab kami dah lama di sini. Antara yang terlama(s) lah sebenarnya. Tapi kuasa I takdalah sepower mereka berdua ni. And by the way, mereka berdua tak geng sesama sendiri, cold war sejak azali lagi. So I lah pengukuh 'ummah' kononnya. Hahaha.... Well, I tak pernah jadi talit barut okey! Dengan ni I dok borak hal lain. Dengan itu, I takdalah nak ngutuk belakang pasal yang ini pulak. That's not me, okey sungguhpun I ni 'petes' berbicara. Huahaha ^_^

My department lagilah P&C. Banyak khazanah kat dalam ni. Kalau pun I dapat masuk pintu besi utama, still tak dapat masuk dalam department sebelum my 'surprise, surprise!' bos datang. I have 3 bosses ya and I do most of the work of the two stooges tu ^_^ By this March, my immediate superior akan pulang selamanya balik ke kampung halamannya di Tokyo manakala my another boss pun akan mengikut jejak sebulan selepas itu ke kampung halamannya di Sapporo. Tinggallah satu aje lagi ni, peminat AK47 AKB48 walaupun dah kilauan emas yang teramat mendukacitakan kehidupan bekerja di sini *_* However, I juga akan dapat seorang bos baru (harapnya handsome dan muda bergetah ler sikit barulah teruja nak bekerja selama tiga tahun lagi....)

Okey, kita tutup cerita itu. Mari masuk topik baru. 

Eh, eh, ada topik baru? Bisa pengsan mengscroll down entri ni, buk......

Semalam I pergi rumah jiran sebelah (apalah jiran letak link 'not found' pulak nih....) tetiba I terkejut chimpanzee mati girlfriend bila tengok cat rumah jiran I nih.... You all perasan ke tidak? Takkan tak kenal jiran I yang famous amos suka berselfie, berjiwang dengan Arjuna dan awet muda tu? Suka betul berposing dengan anak-anak daranya sebab dia memang suka kalau orang kata 'macam kakak ajelah awak ni....' (Oh, I memang jealous pun!)

I knowlah I berjiran tapi sampai cat rumah I pun dia pi order kat Nippon Paint juga, memanglah I tak tahu nak kata apa. Okey, I dah redhalah dapat jiran macam ni sebab dia pun redha dapat I yang very the glamour mengomel ni. Hiks! 

Hidup berjiran kenalah muafakat selalu. 

Jiran, kita nak pi Victoria Secret ni, awak nak ikut tak? Nanti awak salah pilih, dah tak sama color pulak ~_^

Okeylah, I pergi menyibukkan diri kejap sampai habis waktu pejabat. Tengahari ni macam nak pi ambil Abang kat sekolah jerk. Sempat ni, kalau terlambat pun sms ajelah bos. Tentu bos akan reply kata - Noted. Take care!

Adios geng!

 




 


Comments

  1. ai, macam nak bersaing-saing sibuk dengan saya je..awal tahun gini memang marathon je kat sekolah, memang tak bernafas dalam pun, sedut hembus je nak siapkan kerja yang ada. ingatkan dah lama tak datang sini, ada 10 entry kena baca..rupanya 2 je?? ai, blog MD ke ni? haha

    alkisahnya ya gitu... takpe, faham-faham...

    sama color dgn Okje, haha.. dah lama perasan tu, sb bz malas nak tegur.. haha, baru je semalam ajar murid pasal mengambil berat, cikgunya pun sama, kalau dah sibuk ni, apa yang sempat je...lagi2 kalau masuk blog MD ni, macam2 ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau saya datang kerja hari-hari, kerja tak banyak mana. Tapi kalau saya cuti walaupun sehari je tetiba kerja bertimbun atas meja. Itu yang blogwalking pun kedaung. Nak menulis esei pun tak sempat nih!

      Hahaha... nantilah bila saya dah free saya type entri setiap satu jam. Barulah 'puas' sesekali AN datang sambil baca, sambil minum petang sambil makan snacks *_*

      Itulah, itulah.... terkejut saya tengok pilihan warna Okje. Tapi takpalah dah katanya jiran sebelah, kita share ajelah 'cat yang lebih tu'.

      Sibuk-sibuk pun cikgu masih datang, terima kasih banyaklah ya *_*

      Delete
  2. hahaha...memang jenuh menscroll tak habis jugak..tapi best baca entry you ni..detail...baru perasan sekaler ngan jiran..kikiki...xpela baru tambah kemesraan ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau you scroll tetiba dah sampai ending, memang sah salah rumah. Itu rumah jiran I. Hahaha....

      Kita orang ni memang muafakat, sepakat membawa berkat !

      Delete
  3. i rasa u try apply keja dgn company korea plak...manalah tau your boss nanti kacak jambu ayu mcm bintang kpop....hahaha...

    jap punya stail kerja mmg pelik la..this is based on my observation pada kilang2 milik jepun yg mana pekerja2 nya ialah patient klinik i...kekadang tu strict tak bertempat....kalau boss mat saleh pulak selalunya best,depa lebih relax,yet still maintained their professionalisme

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahhhhhh.... I tak nak pretty boys jadi boss! I nak yang hensem bergetah jerk, yang macho macam pelakon Hollywood punya classification gitu ^_^

      Jap ni memang pelik. Kadang kita tak rasa benda tu P&C sangat tapi dia punya berkira berahsia macamlah kalau orang tau, hancur negara Jepun tu! Risau lelebih pulak....

      Well, I pernah kerja ngan mat saleh jugak dulu :) Memang best dengan depa ni. Main cakap depan je. Lepas tu geng. Tak mainlah cakap belakang banyak sangat nih!Tapi entahlah I dah tak kuasa nak cari kerja lagi. Lepas ni terus I dok rumah apply jawatan Home Minister pulak kat my suami :)

      Delete
  4. bagusnyaa kaka tiri tu. on time kasuk kerja. hehehe :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, dia memang sangat punctual. Tak pernah pun terlambat atau tercepat. Nasib baik kita geng. Kalau ada masalah, boleh je tunggu dia pepagi buta gitu :)

      Delete
  5. Ooo, gitu kisahnya... Bagusla kalo u jadi mengukuh ummah. Jgn jd london bridge is falling dah sudah le. Tak baik gitu. Yg masuk ofis tepat jam 6.45 tu mmg sgt ajaib. Sungguh punctualnya beliau ye.

    MD, mula2 baca pasal jiran u tu, i tot cat = kucing. Pastu tak paham2 apa benda yg dia ni cerita sampai ke nippon paint. Bila baca ulang2, ok... baru i perasan yg kebodohan i masih lagi bersisa rupa-rupanya. Tak guna habis lagi la masa kecik dulu. Dah baca byk kali baru paham.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, I memang tak pernah jadi London Bridge is falling down, down, down.... Kadang nak jadi mengong juga sebab orang ni cakap gini, orang tu cakap gitu tapi kita ambil langkah selamat, kukunci mulut daripada berbicara mengumpat dan mencucuh api pada penunu bunsen! Kalau mereka rancak bertelagah, I juga yang susah di tengah-tengah. Pernah dengarkan elephant berperang, small little cute dear yang malang kena lenyek di tengah-tengah? Ahah, of course you tak pernah dengar nih!

      Oh, I know itu bukan kesalahan you! Bukan sebab kebodohan you masih bersisa dari zaman sekolah dulu tak habis pakai tapi sebab I dah sehabis guna bahasa broken dalam blog ni. I pun tak perasan cat akan menjadi 'kucing' bila dibaca.... Lainkali I guna satu bahasa rojak yang mudah ajelah ya :)

      Delete
  6. walaupon penat scroll...saya tetap scroll juga sebab nak tau segala cerita MD tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... terima kasih yang tak terhingga buat Marlah ya :) Eh, dah macam ucapan baru terima award blogger terfamous pulak *_*

      Delete
  7. Ok .....kak Ton ni kan suka perahsantan lebih lebih tau.... Tak de sapa de yg rindu kak Ton kecuali mak tau, jiran dari spesis sama ni.....

    Alah tak heran pun, ofis mak dulu pun gitu gak... ada time utk staff kecuali bos bos besar le, mcm HOD ke HR ke..... Huh, kita pun tak teringin nak duk ofis awal awal cenggitu....betul tak kak Ton? Tp mak kesian gak tengok kak Ton kena cangkung depan pintu ofis nanti....ohhhh sadisnya....

    Tak sabolah tu nak dpt bos baru.....sekali yg dtg tak semenggah, perut boroi, baru tahu nasib tu nanti haha .....

    Alah nyampah ar.....baru tiru cat sikit dah berkicau mcm burung kelicap. Alahh.... setakat kelicap mak jilat jer pakai lidah mak yg hitam lagi panjang ni, terus diamlah......







    ReplyDelete
    Replies
    1. Beb.... lupa mak nak komen pasal awet muda tu tau .....Bab bab awet ni mak mmg sanggup dtg balik tau hihi....

      Kak Ton ni mmg suka buat mak di awang awangan tau.....see....mak tak kecut kecut lagi ni tau kembang dari tadi...

      Bila he ho nak baik tu...lain kali kalau ye pun bergusti tak yahlah he ho pun masuk gelanggang sekali kehkehkeh...

      Delete
    2. Mak biasalah, suka ngata Kak Ton perahsantan tapi sebenarnya Mak punya perahsantan lagi hebat. Kalau dok sebut awet muda jerk, mesti Mak perasan; senyum-senyum kambing depan pc gitu!

      Eh, Mak boleh mengecut ke? Huahhaahaa.... Bukan nak ngumpat apa, kalau boleh Kak Ton pun teringin nak tahu apa rahsianya. Jangan suruh makan pucuk lagi sudahlah....

      Kak Ton nak pi beli he-ho barulah, Mak. Yang dah masuk workshop tu biarkanlah dok berlama-lama nanti ada masa free Kak Ton pilah visit :)

      Mak, sampai hati bila dok rindu kat Kak Ton, style mencangkung Kak Ton juga yang keluar dalam kepala Mak. Melampau sungguh. Kak Ton dah nekad ni, kalau bos baru tak handsome macam Takenouchi (tanya Dik Sal kalau nak tau lebih....) Kak Ton sanggup mengundur diri. Hahaha....

      Sekarang Kak Ton dah bijak. Kak Ton tak terus drive ke pejabat pepagi buta. Takut banyak aedes kat luar tu. Kak Ton survey port untuk bekpes dulu....

      Eh, Mak.... haruslah Kak Ton berkicau! Kak Ton dah buat trademark inilah color baju raya Kak Ton untuk tahun ini termasuk dinding rumah sekali tetiba Mak copycat. Haruslah mulut Kak Ton tak leh tutup berkicau. Alah, sama jerk macam Mak yang mulut tak katup dok ngunyah daun je tu...

      Eh, kenapa Kak Ton reply komen dari atas ke bawah tajuknya? Juling dah mata nih oooi!

      Delete
    3. Sajalah tukan....beli he ho baru dgn no no kita pun hilanglah tu....sajalah tu....

      Delete
    4. Mak, belum beli lagi he-ho baru tu. La ni pakai he-ho lama dulu. Ingat nak pi beli semalam, tak dan pulak nak keluar memalam. Tengoklah tak hari ni, esok baru pi melenjan cari he-ho baru! Nanti dah ada kita WA rindu kat Mak ya :)

      Delete
  8. aiyok, pening kepala opis macam ni..macam nak masuk gua 40 penyamun dah..nasib baik opis I olls pakai kunci sejak zaman British lagi..hehe.

    haha, jap lagi nak gi terjah rumah jiran sebelah..nak ngintai anak bujang dia.hahaha.jangan bagitau dia.. buat jiran sebelah kak MD, saya gurau-gurau je, jangan block plak..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.....sikit punya hallah Sal.....no issuelah setakat nak ngintai anak bujang mak yg tak cukup umur tu hehe.....

      Delete
    2. Itulah pasal! Punyalah security high level gitu. Takut sangat kena serang penyamun tarbus! Oh, office media memang pakai kunci yang simpan kat muzium tu ke? Barulah akak tau! Akak ni kerja dengan Jepun, haruslah maju beberapa tapak ke depan, ya tak? Hahaha....

      Ngintai aje boleh tau, Dik Sal. Jiran akak tu walaupun katanya tak kisah, tak apa, tapi dia taknak orang media. Dia takut famous tak memasal, maklumlah spesies suka peluk-peluk erat ni memang famous dalam majalah Mangga. Huahaha....

      Delete
    3. Sal.....mohon tukar kerja sekarang jugak, ko cari kerja kat majalah hiburan pulak, cepat sikit femes mak nanti hihi....

      Delete
    4. Kalau dah gila glamor memang ginilah gayanya..... Abaikan aje permintaan tu, Sal. Kalau tidak, tak larat akak muntah kaler-kaler tengok gambar berpelukan jiran sebelah ni ^_^

      Delete
    5. hahaha...tak naklah majalah hiburan...kang terpeluk pelakon hensem kang, viral satu Malaysia. terus kak OKje tak nak buat calon menantu..hahaha.

      bukan apa kak MD syarikat suratkhabar ni mana pernah tutup.setiap masa ada je orang kerja.kul 3 pagi pun ada, tapi takdelah ramai.kalau nampak ramai semacam wajib buat bacaan yassin.hehe

      Delete
    6. Hahaha... Sal ni ada ajelah :) Lupa pulak syarikat suratkhabar memang sentiasa beroperasikan. Kalau tidak macam mana nak bagi news feed pada pembaca yang mendambakan gitu....

      Okje tu, Sal kalau ada hati nak buat mak mentua, haruslah berhati-hati. Kalau pandai berselfie, rajin ajak wefie, memang dia suka betullah type menantu gitu-gitu :)

      Delete
  9. Oo gitu kisahnya.. baru faham..
    Harap2 dapat bos yang boleh bangkitkan mood ceria bekerja.. hehehe..
    jawapan bos tu kira panjang.. jawapan bos ai cuma OK..walau msg yang ai bagi panjang berjela..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapan tinggi menggunung agar dapat bos macam Kimura ke, Takenouchi ke.... bergetah melekat-lekat gitu :)

      Hahaha...bos I itu je yang dia tau. Kalau I greet, dia jawab 'Selamat Pagi'. Letih I speaking London tapi dia dok sibuk nak cakap Melayu. Macam mana I nak pandai cakap Jepun gini gaya! Ahah, alasan lah tu :)

      Delete
  10. He he he...macam2 cerita...mcm mana boleh punch waktu yg sama tu....disiplin tinggi betul tu :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, paling berdisiplin di sini :) My kak long kawasan pulak, 8 tahun pertama tak pernah ambil MC. Hebatlah mereka ni. I jauh tertinggal kat belakang :)

      Delete
  11. Okey akhirnya abis jugak baca entry ni hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah! Anda berjaya tahan lapar dan dahaga sambil menghabiskan entri ni. Hahaha!

      Delete
  12. Oh, dia pergi 'sembahyang' kat temple dulu! Kalau sampai sebelum 6.45 pagi, dia akan tidur-tidur ayam dalam kereta. Agak-agak nak dekat 6.45 pagi barulah dia masuk. So tunggulah sampai jarum kat punch card tu tunjuk pukul 6.45 barulah dia punch cardnya. Mulanya saya pun tak tahu sekali ada orang 'bagi tau' aka gosip pasal kakak tiri saya ni. Saya pun pi lah cari bukti. Eh, serius betul! Sebulan tu 6.45 pagi je punch card dia!

    ReplyDelete
  13. salam MD.. aritu smpat bw 1 entri aje..
    lya pon sejak msuk thun baru rsa x ckp msa sgt MD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesak nafas, semput jadinyakan, Lya *_* Faham sangat. Nanti-nanti biasalah tu :) Thanks ya, walaupun sibuk tetap juga singgah. 1, 2 entri mahupun satu blog baca pun tak kisah. Akak happy je bila ada kawan datang singgah!

      Delete
  14. Mmg pnt scroll pun... Tpi nk baca smp hbis punya psl kn... Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak penat scroll tu, salah bloglah Maria :)

      Delete
  15. ha... membaca di blog MD memerlukan masa sebabtu jangan marah akak lambat2 singgah sini.. selalunyer dah akak komen di blog kwn2 yang pendek2 tulisannyer dan akak ada masa yang panjang .. akak datang sini.. maka akan akak baca dan komen secara pelan2 ... mesti baca baru tau nak komenkan...
    anyway harini cam tak tau nak komen sebab banyak sangat nak kena paham politik di pjbt MD .. boleh tahan gak yerk... jiran tersayangtu abaikanlah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Faham, Cho ^_^ Ini pun saya dah berterima kasih sangat-sangat walaupun ambil masa, tetap juga Cho datang sini dan mengomen berpukal. Saya memang tak reti nak tulis pendek-pendek ni, Cho. Maafkan ajelah mengambil masa lama ya nak membacanya!

      Bacaan untuk santai je, Cho tak payahlah susah hati nak fahamkan sangat macam mengulangkaji pelajaran walaupun entri saya esei budak SPM pun kalah!Hehehe....

      Delete
  16. Eh rasa macam dah komen entry ni mana komennya ye.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana ada... aktiviti mendelete tak beroperasi lagilah PK sebab he-ho rosak! Maybe PK tersilap dengan entri sebelum ni kot :)

      Delete
  17. Siap dibahagikan kepada 2 kumpulan lagi tu. Erkkk...kakak tiri MD tu dah kawin ker belum? wal betul sampai office. DIa tutup office jugak ker ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakak tiri saya tu single lagi. Orang 'kuat sembahyang' kat temple. Semua seram sejuk nak rapat dengan dia cuma saya ni je yang tak memilih bangsa dan agama. Wakakah!

      Delete
  18. bila time nak drop komen , mesti kena baca balik apa yg MD citer . mana taknya , dah panjang berjela . sampai bawah lupa lak yg atas ... byk minum air yg semut sedang berenang lah ni ... org jepun jaga betul hartanya yek . sampai double pintu besi ... sempat gi sarapan sementara jepun sampai tu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha....kira yang suka mengomen kat sini memang tegar-tegar belaka. Yalah, dah baca boleh lupa memang tak dapat dinafikanlah entri saya ni menyebabkan orang semput. Bukan sebab umur dah lanjut. Hehehe....

      Takut tak tentu pasal kadang-kadang. Rasa tension juga sekali-sekala! Sekarang ni memang saya ronda kawasan cari sarapan baru masuk pejabat. Biarlah bos yang buka pintu, saya masuk kemudian. Sayakan mem besar kat sini :)

      Delete
  19. jepun tak boleh nak saing in term of diorang punya discipline
    especially kalau compare dengan orang local macam kita lah kan
    tapi saya nampak diorang ni terlalu bangga dengan bangsa sendiri
    arrogant kata omputih tu, sebab tu walau teknologi tinggi
    diorang tak ada ke mana pun, omputih pun tak reti ckp sangat
    baguih lagi orang china, berdaya saing berbanding jepun
    merapu dah daku ni, cam karang summary bahasa melayu plak...hehe

    saya memang perasan color dengan jiran sebelah tu sama
    ingat nak jimat cat, tu pakai sama =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jiran tu dia kata suka sangat warna ni terus minta cat lebih, nak cat dinding rumahnya pulak. Saya ni kan baik dan berbudi pekerti, maka saya berilah aje. Hahaha....

      Jepun yang ada di tempat saya ni dah berubah ikut pasaran tempatan *_* Rajin tu masih ada, dedikasi tetap tinggi tapi adakalanya teringin juga nak ada masa senggang macam kita orang tempatan ni. Paling saya sedih, Melayu tak ramai di sini tapi yang ada tu selalu je buat kita ni rasa malu sangat dengan sikap bekerja mereka. Sampai jadi trademark ~ kalau ambil Melayu, mesti malas, mesti jadi macam ni! Tidak ke kita jadi malu dengan tanggapan macam tu?

      Mereka memang bangga dengan budaya mereka, sebab itu BI pun tak kisah nak belajar walaupun kena posting ke luar negara. Kita pulak kena belajar bahasa mereka tapi tak macam Cina, mereka suka kalau kita belajar budaya dan bahasa mereka. Itu memang mereka lebih terbuka...

      Bos baru saya ni langsung tak cakap BI. Dia lagi prefer cakap Mandarin walaupun orang Jepun. Itu yang saya kata kat my colleagues, macam ni lebih baik saya belajar Mandarin daripada Jepun dah bos pun prefer cakap Cina!

      Delete

Post a Comment