Ostrich Farm @ Port Dickson

Salam kawan-kawan!

Hari ni bersiaran lewat sebab ada kerja nak dibuat. Setakat singgah rumah jiran tetangga sekejap bolehlah. Nak tekun menaip entri ada semput sikit....

Meh baca cerita basi MD ni. Ini pun kisahnya akhir bulan Disember yang lalu. Dah kata nak day trip memanjang, marilah sambung menulis walaupun dah basi ~_^ Ini bacaan untuk petang anda semua yang santai katanya...

Rasanya tahun 2014 lah paling kerap kami ke PD. Sebelum trip kali ni, sebenarnya ada satu lagi trip mandi-manda yang tak keluar-keluar cerita dalam blog. Katanya dah ada blog, haruslah semua nak dikongsi bersama kecuali cerita bilik tidur utama ^_^



Ada banyak Ostrich Farm ni sebenarnya tapi selepas ditimbal-balik segala, kami memilih untuk ke Port Dickson. Walaupun kerap pergi, banyak tempat tak habis melenjan lagi. Maklumlah, kalau pergi tidur kat hotel, asyik nak tidur baring dalam bilik, makan dan layan anak-anak di swimming pool. Tak dan nak berdating bagai kat tepi pantai menyaksikan matahari terbenam sambil dikelilingi superheroes di kiri-kanan ~_^

Memandangkan my second superhero, si Adik Cute belum pernah sampai ke Zoo Negara, haruslah kami mula memperkenalkan pada Adik segala jenis haiwan yang ada di seluruh alam ni. Kalau tidak, sampai dah masuk sekolah nanti Adik masih beranggapan semua haiwan dalam dunia ni dipanggil 'Cow'. Nayalah Mommy macam tu nanti kena query dengan cikgu. Mahu pengsan tak sedar diri 3H2M melihatkan kebijaksanaan anak ~_^

Apa ya ada kat sini?

Nama je Ostrich Farm tapi macam-macam ada! Lebih kurang mini zoo yang kita buat kat belakang rumahlah senang cerita. Harimau, singa, beruang dan yang ganas-ganas janganlah harap ada gambar. Kalau ada, tak tahulah apa nasib MD sekeluarga. Sehelai sepinggang panjat pokok dek dikejar haiwan buas *_* Of courselah tak sempat masuk blog nak berceritakan....

Meh kita tengok kecomelan, kejelitaan dan kehenseman segala haiwan yang ada dulu ya ~_~ Oh by the way, ah kak tak sempat check jantan betina setiap haiwan makanya kita masukkan semua kata sifat yang ada.


Ini kambinglah Adik... bukan lembu!


'Comel tak Cik Bedah, Kak Ton? Cik Bedah tak pakai pun kuputih dah comel cenggini. Kalau pakai, entahlah macam mana comelnya tak tahu nak kata!' *_*
Apa? Sikit sangat gambar? Eh, nantilah belum sempat telan air liur nak upload lagilah ni.... Katanya ada berpuluh gambar! Nanti sat ah kak upload ya... *_*

'Aku kalau letak kat mana pun memang paling cantik, menarik dan tertarik!'

'Garang tak kita, Bang?' - ala-ala si Terlajak Laris berbicara!


Alololo... main sembunyi-sembunyi santai kata orang Uzbek *_* Adik tak dapat bezakan di antara rabbit dan hamster *_*


Yang ini garang bedo'ohlah, takut nak ambil gambar!



Boleh naik pony kalau nak. Kak Ton memang tidaklah, Kak Ton ni penggeli orangnya!
Uihhh...sombong! Dah nampak kita nak ambil gambar, dia datang dekat lepas tu buat muka tak boleh blah! Kalah Che Bedah berposing ^_^

Yang ini burung, Adik... bukan ayam macam kat belakang rumah makcik kat kampung tu!

Apa dia? Tak dengarlah!

Jangan upload lagi?

Eh, gambar anak-anak Kak Ton banyak ni. Takkan tak masuk blog. Penat mereka posing tengah panas mentari tau ~_~

Meh, tengok aksi mereka dua beradik pulak....

Susah betul nak capture gambar Adik Cute ni. Kalau Abang tak tolong, memang beginilah kekdahnya...


Adik Cute masa mula-mula nak 'bermesra' dengan ostrich. Nampak first time, terus pucat lesi panjat dada Daddy *_*

Bubbly Abang yang eksyen je lebih tapi sebenarnya penggeli boleh tahan macam Mommynya *_*

'Apalah bau ni... busuknya!' komplen si Adik sambil tutup hidung. Yalah, tak pernah jumpa haiwan ternakan mahupun haiwan liar 'live' katanya...

Adik takut burung. Bubbly Abanglah yang pujuk-pujuk Adik comelnya supaya beranikan diri walhal dia pun bukan berani sangat *_*

I suka gambar my superheroes kat sini. Macam nak buat header je pulak *_*

Adik 'melawat kawasan' angsa sendirian. Dia tak tahu angsa boleh kejar orang. Hehehe... Cepat-cepat Abang datang menyelamatkan adiknya daripada masuk suratkhabar Metro 'kanak-kanak ribena dikejar angsa yang disangkakan buaya' ~_^


Again, Adik excited tengok eh apa ke namanya ni? Dah... boleh lupa pulak! Hahaha...
Oh, baru teringat lupa nak beritahu harga tiket masuk! Ya, ya, mana ada free. Ini bukan mini zoo belakang rumah kalian. Yang itu kalau letak harga masuk, takda siapa pun yang sudi nak melawat kawasan tau. Lainlah kalau ada tanam pokok durian *_*

Kak Ton, pleaselah Kak Ton jangan membebel lebih-lebih. Penatlah kita 'owang' baca tak habis-habis entri ni. Kerja tak siap lagi nih!

Oh, ya, ya... ni harga tiketnya :-

Dewasa                          RM13
Kanak-kanak (3-12 tahun)    RM8

Puas Kak Ton pi belek harga tiket dalam buku tiga lima ledger perbelanjaan keluar masuk family Kak Ton tau ~_^

Okeylah, Kak Ton dah penat upload gambar dan membebel. Hari pun dah petang. Lepas cerita Port Dickson nanti boleh ikut Kak Ton jalan-jalan ke selatan pulak ya ~_^ 

Update :

Nasib baiklah DZ tanya dalam komen. Kak Ton lupa letak gambo telur Dinosaur ostrich rupanya.... Baca balik karangan, ada banyak fakta kejadian terlupa nak habaq pulak..... Nah, belanja sarapan telur gergasi separuh nyawa masak *_*















Comments

  1. Abang tetap sporting bergambar untuk mudah mommynya masukkan ke blog. Adik tu nanti-nanti dia pun akan pandai berposing juga... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak capture gambar candid pun tak menjadilah, kak. Asyik-asyik terambil gambar dari sisi Cik Von jerk :) Ke Mommynya ni memang tak pandai snap photo cantik-cantik!

      Delete
  2. Masa akak singgah disini MD hari hujan... jadi tak ada aktiviti dijalankan.. Nabil punya lah frust sebab dia nak tinggang Ostrich tu...

    Memang bermacam jenis binatang adakan MD... seronok tengok anak MD explore semua binatang tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ya ke? Jarang sungguh rasanya PD hujan. Kira nasiblah tak menyebelahilah ni. Anak-anak saya seorang pun tak teringin nak naik Ostrich ke, pony ke....semua jenis penggeli macam Mommynya!

      Delete
  3. Ohh byk gila gambar..berpinar mata tengok.haha..untunglah masuk ostrich farm bley jumpa macam2 binatang lain.adik cute boleh berkenalan dengan haiwan ni semua.abang jugak sporting jadi model. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pitam tak? Pitam tak? Kalau tak pitam, lain entri nak tambah lagi jumlah gambar. Hahaha...

      Kenalah kenalkan Adik dengan haiwan ternakan dan liar. Yalah, nak bela pet animal di rumah, Mommynya tak benarkan....

      Delete
  4. Alahaii seronoknya budak budak tu tengok binatang. Moga moga adik dah tak sebut semua binatang tu Cow lah ye. Hahaha. Kalau tak jenuh Kak Ton nak kena tawaf Zoo Negara pula lepas ni. Ekekeke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minta-minta dia upgradelah ilmu tu dalam kepala. Hahaha.... Kak Ton dah melawat zoo lepas tu, Nadia :) Tapi itulah entri penting jumpa Lee Kwang Soo tak masuk-masuk blog lagi ni. Lama sungguh ber'catwalk' dari zoo nak balik rumah tulis entri :)

      Delete
  5. Hahahahaha...Adik tutup hidung tak tahan bau ostrich kaaaa?
    Ok lah tu kan..ada juga rabbit hamster unta & pony....selain ostrich..Korang try tak pijak telur ostrich yg katanya mampu menampung beban ~ 100kg?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua beradik ni sama, DZ. Asal bau sikit jer mulalah nak buat hal, siap nak loya-loya lagi. Nampak sangat kekualalumpuran tau :)

      Nasib baik DZ mentioned pasal telur ostrich. Saya lupa letak gambar ler.... takpa dah update. Telur tu saya nak aje pijak tapi saya takut kang telur tu pecah, jenuh saya nak kena pi beli telur ostrich lain buat ganti. Huahahaha....

      Delete
  6. Wah, mcm2 ada...
    Anak2 saya dah lama merengek nak naik Pony... Tapi kat UK ni budak umur Danish tak boleh ride lagi... Nanti tak pasal2 ada yg meraung pitching paling tinggi tgk si abang dan kakak jer yg naik... hahha...
    Harga tiket utk HD pun sama ke MD? Saya assume sama lah kan sbb HD tak bising kali ni... hehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makanya superheroes saya memang 'luar biasa'. Tak heran pun mereka nak naik pony. Saya suruh gak (walaupun Mommy pun sama tak heran sebab geli bulu ler...keh3x) tapi mereka tak nak!

      Kalau saya tak silap samalah. Sebab dalam buku tigalima saya tulis itu je jumlah harga tiket :)

      Delete
  7. Banyak adik dengan abang belajar pasal haiwan ni. hehehe. ehh akak apesal tak naik pony tu. rugi lah kak oii. bukan selalu dapat naik. masa nani pi gambang hari tu ada jugak kuda. syok sangat akak oii. nani sampai rasa tak nak turun tau. tapi terpaksa jugak lah turun sambil meraung raung lepas orang tu paksa turun. ahahaha.:P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nani yang beria-ia naik pony ke? Aduhai....nak gelak rasanya kalau membayangkan Nani meraung meronta tak nak turun dari pony tu sampai kena marah :)

      Delete
  8. Tengok ka memek muka abang tu MD senyum paksa ke...paksarela tu abang ..comel abang
    MD nak buat header boleh memang cantik tu MD..tapi semua kene ubah hijau..untuk menambah cantik nya blog MD ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... macam biasalah, Acik. Kalau senyum lebar maknalah rela hati. Kalau tak lebar maknanya terpaksa :)

      Oh, tak leh tukar hijau Acik sebab warna ni tema raya tahun ni. Huahahaha....

      Delete
  9. Mcm2 kerenah anak2 ni. Sesekali bwk melawat hidupan liar biar dorg kenal mana angsa mana buaya. Haha... Dh lm x jenguk sini. Kureng sht skt. Huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga cepat sembuh dari sakitnya, Sal. Saya pun dah lama tak melawat ke sana. Sibuk punya pasal, tak dan nak blogwalking semua serentak!

      Sesekali pergi ke tempat macam ni, anak-anak melonjak gembira. Berulang kali ucap terima kasih dan express feeling mereka yang syok bangat tu :)

      Delete
  10. Adik, bau durian pun tutup hidung. Bau ikan masin pun tak tahan! Sama ajelah dua beradik ni....

    Setakat ni Abang banyak berjasa pada blog Mommy. Adik memang ikut mood dia. Kalau dia mood bagus, tetiba je suruh kita ambil gambar sambil posing bukan main lagi :)

    P.S. Dah dapat. Rasanya saya dah replied. Nanti kalau dah hantar saya akan inform. Tinggal nak ke pejabat pos aje itupun siksa sebab takda peluang nak 'memboloskan diri' Hahaha!

    ReplyDelete
  11. Ohhhhh...rindunya dengan geng geng sezoo mak.....Lama dah tak melawat haha.......Mak pun suka gi PD ni Kak Ton, disamping boleh mandi manda, dekat pun dekat, idaklah penat driver mendrive walaupun mak mampu tidur kat sebelah driver jer.

    Melampau tau cik Bedah ni, seksi! Lupa nak pakai legging ke Cik Bedah? hihi

    Adik sure paling suka dlm dunia ni sebab dapat tengok cow banyak jenis. Dah kenal ke belum si kecik tu ngan haiwan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macamlah Mak yang memandu.... Entri PD tak habis cerita lagilah, Mak! Nanti dah nak masuk 'PD : Episod 2' Hahaha!

      Cik Bedah sejak Mak tinggalkan zoo, bermaharajalawak dia, Mak. Macam dia ajelah yang paling awet muda kat situ *_*

      Cow berbilang saiz dan warna ni memang buat Adik terpegun. Kalau la ni Adik masih tak kenal lagi, memang nak kena lepuk dengan Mommy juga nih. Eh, ada zoo dalam itinerary yang lalu. Belum cerita lagi ^_^

      Delete
  12. Erkk LM takut nk dkt ngan ostrich. Pernah kena gigit masa kat Zoo doha dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ya ke? Ada pengalaman ngeri dengan ostrich rupanya! Adik Cute mulanya cuak juga. Abang pun macam rasa surprise sangat tengok ostrich begitu besar dan tinggi :) Lama-lama mereka teruja dok kat dalam ni walaupun Mommynya rasa macam.....
      biasa-biasa jerk. Hahaha!

      Delete
  13. naik lagi harga tix nya? masa pergi awal tahun lps, rasanya harga utk kanak2 rm5, dewasa rm15. haha. ntah le. x ingat dah kak. hehehe. xde dah eh kambing hitam kecik yg dok follow pengunjung? masa kitorg dtg sini, ade la kambing tu, org pggl dia tourist guide. mati kitorg org bandau la sgt ni kan punyalah penakut bila kambing tu dok follow je mane kitorg pegi. hahaha. bandau sgt, jakun jap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ya ke harganya RM15 sebelum ni? Akak pergi akhir Disember hari tu. Ingatkan dah murahlah. Hahaha....

      Tak nampak pulak kambing hitam aka tourist guide tu. Kalau yang dijadikan 'kambing hitam' untuk modelling project dalam blog akak ni adalah :)

      Akak pun nama je asal kampung tapi berangan macam orang urban KL sejak lahir lagi *_*

      Delete
  14. Amboi orang batu pahat pun dah pancai guna pekataan 'bedo'oh'. Hebak..hebak...

    Sesuai la gmbr tu kalo nak jadikan header. Nampak ceria sgt tau. Silalah letak sbg header, pleasee.. please.. hokey. over sgt aku.

    Ostrich farm ni adalah salah satu wish list tempat nak pergi. Sbb ari tu tgk dalam rancangan menu alam tunjuk teknik memasak daging vurung hunta dgn telur vurung. Ternganga jap mulut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, orang BP dah advance sekarang. Speaking Kelate jerk *_*

      Itulah, rasa macam nak buat header je. Rasa macam comel cute mute jerk anak-anak Mommy. Hahaha... lagi over tak daku?

      You kan pencinta haiwan dan alam semulajadi. Haruslah pergi bawah si Luth tu. Nanti kalau dia dah petah cakap dan semua dipanggilnya ayam, lagilah parah. Pi kenalkan dia siap-siap dengan segala animals yang ada di universe ini *_*

      Delete
  15. wahhh!!! seronoknya adik beradik ni. biasa la bila buat2 berani tu. abang kan macho banding dengan adik. kikiki.

    seronok pergi tpt mcm ni. aiii... nak ke pd.... yg kt seri kembangan pun ada. tapi.... farm in the city. lebih kurang kot konsepnya. aishhhh.... banyak nya tpt nk pergi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka berdua ni ikut sifat Mommy. Aksyen je lebih tapi penakut :)

      Farm in the City tu saya dah lalu depan tetiba HD kata tak mahu masuk sebab parking areanya lecak habis. Lagipun HD bertegas nak masuk zoo dulu barulah boleh pi tempat macam ni. Ada ke....

      Delete
  16. haha, boleh bayangkan kalau diorang naik belakang Ostrich tu cmane....nape x naik kak?mesti kes geli gak ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau akak yang naik, mahu terkejut chimpazee pulak ostrich tu dengar bunyi tarzan! Kalau tak ostrich yang semput melayan kerenah akak, mungkin akak yang tersungkur di atas tanahlah....

      Delete
  17. Menarik gak tmpt ni. Blh la nk pegi nanti.. bila tu x tau la.
    Gmbr & caption pun klaka.. hahaha..
    bkn main cik bedah tu senyum ye.. hihi..
    Kira ok la adik.. aimy nmpk kambing, di katanya anjing.. huhu..
    kene selalu kenalkan dgn kambing la nmpknya. Hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Bedah excited tengok Kak Ton bawa suami dan anak-anak datang melawat. Itu yang senyum bukan main tayang body. Hahaha....

      Anak saya yang pertama si Bubbly Abang tu, masa sebaya dengan Adik Cute, semua pun dipanggil 'dog'. In fact. perkataan 'dog' yang dikenalinya dulu bila masuk spesies haiwan peliharaan ni :)

      Delete
  18. MD tak tunggang ker ostrich tu...hehehe...Seronok lah bubbly abg & adik cute yerp. Teringin nak kesini tapi tak pergi² pon lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I is penggeli. Kesian kat ostrich tu nanti layan kerenah I, tak pun I yang tersungkur tersembam ke tanah sebab mengada-ngada sangat!

      Delete
  19. ingatkan dah komen sini, rupanya belum ya.. Agaknya Kak Ton dah ada 4 entry baru tengah draf tu esok nak publish berderet-deret. amboi mentang2 cuti wilayan, cuti thaipusam, blog dia pun cuti sama. Pegi legoland ke tu???

    ini ostrich farm yang sama macam dlm rancangan masterchef dulu tu ke? masa tu Papa N ada mengajak tapi tak sampai lagi sampai sekarang...hihi..

    tak payah belanja la, saya tak terliur makan telur tu..besar sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takdalah, AN. Hari ni Kak Ton datang pejabat tanpa apa-apa entri disiapkan. Baru nak watermark gambar, barulah terperasan cable tertinggal. Aduhai.... tak tahu cerita apa nak didahulukan sebab gambar semua takda watermark :)

      Rancangan masterchef tu saya tak tengok. Mereka buat kat PD ke? Kalau betul, memang ostrich farm yang samalah tu!

      Hahaha...saya pun tak terliur tapi lepas DZ komen baru teringat mana pi gambar telur ostrich yang saya snap tu *_*

      Delete
  20. ye la..sekarang semua byr..mana ada free..
    ok la tu rm13.. asalkan anak2 happy kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itupun katanya dah naik harga. Sekarang ni tak kiralah minyak turun ke naik, segala benda pun tetap naik hargakan...

      Apa-apa pun RM13 tu masih murah lagilah. Kalau nak datang sebulan sekali tu, boleh lagilah. Eh, apahal nak datang tiap-tiap bulan pulak kan, bosan ostrich tu tengok muka kita je yang visit mereka. Hahaha!

      Delete
  21. oh akak pun tak penah sampai sini ...
    kalau gi PD masuk hotel keluar hotel..
    balik rumah.. tak sempat nak jalan2 kemanapun..
    tapi pantai awamtu akak dah gi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rajin juga pi PD jalan-jalan day trip lepas tu balik KL. Kalau tidur hotel, memang kita betul-betul tidur hotel, tak main jalan-jalan kat PD ni. Hahaha....

      Delete
  22. seumo hidup baru penah sekali ke PD
    itu pun sesat, lagi nak ke tempat gini
    mau lagi sesat, api tak tahulah sejak mychintahati ada he ho
    canggih sikit ni, ada kemungkinan sampailah kot tempat gini
    best juga especially kalau bawa bebudaklah
    afif mesti suka sebab dia adventurous punya orang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergilah YY bawa anak-anak tu. Sure mereka seronok. Abang dan Adik pun bukan main ucap terima kasih tak terhingga buat MommyDaddy sebab bawa mereka ke sini. Padahal kita rasa biasa-biasa aje tapi asal anak-anak gembira, kita pun senang hati melayannya *_*

      Delete

Post a Comment