Insiden pagi hari....

Salam Isnin kawan-kawan!

Aduhai, tak habis-habis lagi cerita bulan lepas! Bila I belek folder gambar, banyak rupanya cerita sepanjang tahun yang tak masuk blog lagi tapi tak danlah nak buat throw back memanjang. Dah basi tu, basilah jawapannya! Sambung cerita cuti seminggu di bulan Disember ajelah nanti. Tengok kalau dan ke tidak juga nih....

Meh tengok cerita di luar tajuk dulu ~_^ (update lepas selesai taip entri : tak terkeluar tajuk okey entri hari ni sebab tajuk ditukar last minute ~_^)

Pagi tadi ada insiden yang kurang menyenangkan hati. Dek kerana itu juga, mood tak best dah menguasai diri... Okey, okey, itu alasan ajelah tapi perasan tak, bila kita tersilap langkah ketika memulakan hari yang indah, memang sepanjang hari kita mula rasa tak seronok. Begitulah yang I rasa hari ni. Spoil sudah mood untuk seminggu!

Oh, tidak... I tak lompat katil lagi pagi tadi walaupun semalam I tidur pukul 2 pagi. Elok je bangun ikut time table yang ditetapkan. But then, masa hantar Abang pagi tadi, disebabkan dok asyik berborak dengan Abang tentang dosa dan pahala, I tak sedar yang lampu trafik bertukar merah. 

Apalagi, I pun dok di tengah-tengah simpang jalan, di kotak kuning dek kerana jalan sedikit sesak. Serius, I know memang salah I. Laluan bertentangan ada lori kecil dan kereta. Walaupun I silap, pemandu lori dan kereta tak berganjak, bergegas nak lalu. The problem is.... penunggang motorsikal yang di laluan bertentangan yang tak sabar-sabar nak tunggu lampu trafik mereka bertukar dari merah ke hijau!

Makanya, mereka pun meluru....

I ni bila dah tengah petak kuning baru perasan lampu dah merah dan tengok lori dan kereta di laluan bertentangan tak gerak lagi, terus ajelah memandu nak masuk lorong di hadapan, jadi takdalah my car duduk di tengah petak kuning. Tapi itu penunggang motorsikal yang membawa pembonceng (suami isteri) sudah tak sabar lantas tersepit in between my car and another car. I pun tekan minyak sikit konon nak ke depan supaya tak ganggu lalu lintas. Mereka pun gerak sama. Maka dilanggarnya my side mirror. 

I pun minta maaf sambil tunjuk tangan. I know my kesilapan. Tapi penunggang motorsikal tu marah dan ketuk my cermin kereta. Pembonceng pun bukan main jeling kat I sambil mulut kumat-kamit. I know, I know, my mistake! 

Dalam pada dok signal-signal minta maaf, another motorcyclist datang meluru ke arah my car (again). Dia dah nampak the first motorcyclist dengan pembonceng tu tak lepas tapi dia tetap meluru sama. Again, I stucked in the middle. Nak pandu ke depan sikit melepasi kotak kuning tak lepas, nak reverse sikit rupanya ada kereta satu lagi di belakang I (Oh, not my mistake only rupanya... ada 'pengekor' juga....)

This second motorcyclist pun bukan main dok tengking I.... Kuatlah  tu sebab itu  I dengar walaupun cermin kereta wind up masa tu....

Bubbly Abang yang ada dalam kereta dah dok cakap,

Habislah Mommy kita macam nih.....

I suruh dia dok diam-diam jangan risau. I pun beritahu kat dia memang my silap kerana 'terlanggar' lampu merah sebab asyik dok berbual dengannya tapi those motorcyclists walaupun marah tak patutlah keluar kata-kata kesat sampai nak ketuk cermin kereta bagai. Lagipun I dah tunjuk signal minta maaf banyak-banyak, I tahu I buat silap. Memang I ni kalau bawa kereta, janganlah ada distraction, memang gagal! Nama je dah bawa kereta sejak 10 tahun yang lalu....

Gambar dari Pakcik Google
Lepas hantar Abang di sekolahnya, I pun parked my car di kawasan berhampiran. I pun keluarlah nak tengok apa hasil dari insiden pagi tu. Belek punya belek nothing pun yang dented ke, rosak dek perbuatan dua penunggang motorsikal berbeza itu. Alhamdulillah....

Dahlah hujung minggu lepas, spent duit untuk kedua buah kereta. Kalaulah, tersilap langkah jauh lagi pagi tadi, haruslah nangis-nangis keluar duit juga, dah salah sendiri. Alhamdulillah, tiada apa yang tak enak berlaku cumanya hati ni sedikit gayat masa drive pagi tadi. More alert selepas memandu sambil leka ^_^

Kadang-kala, bila memandu ni ikut nasib. Kadang kita begitu berhati-hati, ada pulak orang yang suka-suka nak cium kereta kita. Kalau kita tak berhati-hati, itu sendiri punya pasallah! Apa-apa pun ini satu pengajaran. Kalau dah senang nak didistract attention tu, silalah lebih alert next time ya, Kak Ton ~_^

Okeylah, ini je entri kali ni. Mood kedaung Kak Ton menyebabkan entri terpendek jadinya ~_^ Tak jadi nak sambung cerita pasal tajuk utama yang sepatutnya hari ni *_*




Comments

  1. sabo MD macam tu la pengguna jalan raya ni kan..tak semua la..memang tak boleh sabar..marah2 maki2 ikut suka lidah je..
    hari sabtu tu tuhan lindungi acik..kete beso meluru je..suami acik dah berhenti..acik dah mengucap pejam mata je..kalau kena memang betul2 acik la yang kena..
    kete tu tak sabar2 nak cepat sebab lampu dah merah..en.suami acik memang berhenti la .kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memang tak boleh nak kata apa sebab sedar kesilapan sendiri. Asyik berborak dengan Abang sampaikan lampu merah pun saya pi jalan lagi!

      Nasib baiklah Acik dan suami tak apa-apa. Susah kadang-kadangkan Acik, kita mengelak sedaya mungkin tapi kalau dah takdir, memang tak boleh nak kata apa!

      Delete
  2. alahai kesiannya kak Ton..nasib baik tak jadi apa-apa yang tak diingini.tapi sikap akak yang mengaku silap sendiri tu amatlah wajar dicontohi oleh pemandu lain *dah kenapa ayat skrip Gerak Khas ni* semoga tak berulang lagi..samalah kita, spesis tak boleh kena distract.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seriau jugalah, Sal. Lepas tu bukan main alert bawa kereta. Takda berangan, no cakap-cakap banyak dalam kereta. Eh, memang pun lepas hantar Abang, akak sorang je memandu ke pejabat :)

      Akak puaslah tunjuk isyarat dari dalam kereta mengaku kesilapan diri yang alpa ni (eh, macam tulis novel pulak...) tetap juga dia nak marah, tak bolehlah buat apa. Lagipun akak nak jerit balik macam mana dah memang sah salah sendiri!

      Delete
    2. better biarkan je kak, takut jadi pergaduhan pulak.dahlah ada budak-budak dengan kita.kot kalau akak dengan Encik HD takpe.bagi dia penumbuk Tashkent satu, baru tau langit tinggi rendah..hehe

      Delete
    3. Akak ni nampak je brutal padahal hati kecik jerk. Takut ooooiii.... Kalau HD ada memang nak marah sesaja tak pedulilah salah siapa! Itu lagi kes teruk. Akak tak beritahu pun pada HD, terlupa :) Tapikan, HD baca blog ni kelmarin dan tanya apa yang berlaku *_*

      Delete
  3. gamaknya MD sembang dengan abang macam tulis blog kot kekekekeke.. takpe kesilapan tu satu ilmu jugak.. kalau tak silap kita tak belajar ye dak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah. Gitulah gayanya :) Akak ni kalau bawa kereta memang orang tak boleh kacau. Kalau tidak memang mulalah alpa *_* Oleh itu, semua yang ada di dalam kereta kena duduk senyap-senyap, pakai tali pinggang ketika akak memandu.

      Serius, takut. Sebabnya masa tu dengan Abang. Kalau apa-apa berlaku aduhai, minta dijauhkan daripada sesalan tak sudah. Belajar dari kesilapan. Kalau tak belajar, memang jenis lupa dirilah tu ^_^

      Delete
  4. nasib baik tak jadi apa apa. nani tak dek lesen kereta so tak pernah alami benda macam ni. heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lesen akak dah over 10 tahun, Nani tapi akak ni pemandu berhemah most of the time. Kadang-kadang je yang terover berangan, over cakap dalam kereta sampai terleka :)

      Delete
  5. Kena berani mengaku salah sendiri.. takpelah.. at least dah minta maaf kan.. ;)
    Biarlah dia.. anggap je dia dah terlambat nak pergi kerja. doakan je dia selamat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti bila dia nampak budak sekolah dalam kereta I, dihamunnya I terlambat hantar anak sampai lampu merah pun main langgar aje. Yalah, my salah I so tak boleh nak cakap banyak-banyak. Cumanya, tensionlah early morning dah mood kedaung!

      Delete
  6. betul la sis..kadang kita ni dah berhati2 sangat tapi org lain pulak buat onar..huhu..harap dijauhkan segala mara bahaya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang paling tak suka. Kita punyalah jaga tertib ketika di jalanraya tapi orang lain punya silap, kita yang dapat bala.

      Delete
  7. Alahai.. Tak puas hati pula org dh mnta maaf. Cm dia tak pernah silap.. Huhu geram pula dgn orang cmtu.. Ala.. Dia brani sbb tgk pmndu pmpuan.. Klu lelaki x de dia brani cmtu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adat manusialah, Maria. Kalau saya ni jenis tak peduli silap sendiri ke apa, mungkin bergaduh juga. Bukan nak kata semua penunggang motorsikal tapi most of them memang macam tak sayang nyawa. Kita pulak yang jadi takut!

      Delete
  8. Sbb tu x suka sgt bw kete timw jem. Skt ht stress dll. Org lain tau nak marah ja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun kalau boleh nak pakai supir jerk. Kalau dengan suami, memang tak pernah saya nak memandu kecuali terpaksa sangat-sangat! Stress lah drive kereta nih!

      Delete
  9. Betullah weyh....kalau mood spoil, entry pun jadi spoil.....

    Alah biar jer....bukan kita jumpa org tu lagi pun..... Gasak ar, dia yg dpt dosa, kutuk kita hihi....
    Biasalah ......bila memasing dah mengejar masa, memasing berebut nak cepat..... gitulah jadiknya.

    Betul tu Kak Ton malang mmg tak berbau, kadang tu kalau kita berhati lebih pun kalau dah nak terkena, org pun boleh cium kereta kita. Jangan lupa baca doa naik kenderaan yeh Kak Ton....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak jumpa tapi bila mood dah spoiled pepagi buta, itu yang rasa macam tak best jerk. Lepas tu mesti ada timbul masalah satu-satu! Itu yang lagi tension!

      Itulah, kita terlebih berhati-hati pun kena. Tak berhati-hati, memang serah nasib pada Allah ajelah. Mereka yang tak hirau keselamatan diri ni saya rasa berpegang pada prinsip 'mati hanya sekali' aje kot....

      Delete
  10. Eh.....mak pun tak de idea jugak ar nak komen....
    Tp sekurang kurangnya walaupun mood spoil, ada he ho baru nak dibelek , kuranglah jugak spoilnya ek....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi, Mak ni... sempat lagi tu... Ingatkan dah habis komen. Yang itu dah tak ghairah lagi, Mak. Dah dapat since Sabtukan.... 'I-lempang' Kak Ton yang baru tu buat menyemak dalam handbag je. Dah 2,3 minggu takda he-ho macam seronoklah pulak :)

      Delete
  11. biasalah dipagi2 hari, semua duk rushing nak pi kerja.. so mcm2 blh jadi, mintak2 kita di jauhkan dgn incident yg tidak enak kan..
    kita berhati2 kadang org yg hit kita, dan begitulah sebaliknya.. makanya sama2 lah kita berhati2 yer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masing-masing berebut, kan. Itu yang macam-macam hal boleh jadi! Akak semalam tu takdalah berebut mana tapi mungkinlah cuai sebab tengah seronok berborak dengan Abang. Kita minta maaf sungguh-sungguh sebab kecuaian sendiri tapi kalau orang nak ketuk cermin kereta, nak maki hamun juga, tak dapatlah nak tolong!

      Delete
  12. Orang Malaysia memang berubah sikap bila memandu. Itu memang tak dinafikan. Saya banyak kali terkena walaupun bukan silap datang dari kita. Tapi nak marah, nak menengking orang in public tu memanglah tak daya. Kalau dah silap sendiri, kena telan ajelah apa orang tengking!

    ReplyDelete
  13. tak best kan kalau awal pagi mood dah rosak....boleh rosak sehari kalau kita tak pandai tackle. apapun, alhamdulillah tiada kejadian lagi buruk berlaku...dan MD pun sedar MD silap...oklah tu...
    Saya ni pun kalau dah borak dengan kimi, boleh tak sedar dunia.. kita fokus dengar cerita dia kan. nak2 sekarang ni kimi baru naik darjah 1..... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yang buat hilang mood. Nasib baik jugalah takda kerosakan lebih teruk. Memang habislah mood sehari, silap haribulan terus minta cuti :)

      Kadang tu kita terleka. Yalah nak buat macam mana, dah nak terjadi. Kena ambil ikhtibar ni. Kalau dah tau tak boleh leka berborak sambil memandu, kenalah kurangkan. Demi keselamatan seisi kereta :)

      Delete
  14. Alahai.. kesian. Tumpang simpati dengan kejadian semalam ni ya. Saya dah terbayang mcm mana situasi MD masa tu. Pengguna jalan raya sekitar lembah kelang ni banyak yang macam tu.. rasa geram kita dibuatkan bila ada yabg tak fikir perasaan orang lain. Kes salah pihak MD macam ni, bukan disengajakan tapi cara pengendalian pihak yg terlibat tu..adoi.. tak patut saya rasa. Mcm kes yg jadi viral satu masa dulu. Patut boleh dielakkan benda sebegitu. Sama2 berfikir dan bertolak ansur la patutnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sebenarnya terkedu. Tak tahu nak buat apa. Panik pun ya juga. Yalah tengok kat depan ada lori dengan kereta dah ready nak gerak. Kita pulak betul-betul kat tengah petak kuning. Nak ke depan sikit takut kereta di laluan bertentangan dah mula gerak. Bila tengok both kenderaan masih 'beri laluan' itu yang saya cuba gerak tapi motorsikal pulak dah menyelit di tengah-tengah antara kereta saya dan kereta di sebelah. Puaslah saya kena maki hamun pagi tu. Nasib badan....

      Delete
  15. Bab driving ni memang sama cuaknya kita ni. Mujur keta MD takde pape.e betul Kara MD kits bawak keta ikut nasib. Benda yg kita taknak janganlah jadi. Spoil mood betul!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baiklah semua bersabar kecuali penunggang motorsikal tu. Yalah, kalau pemandu kereta buat salah, bukan main lagi nak menengking. Kalau mereka yang menyempit lalu sana-sini, lenggang kangkung bawa motor tengah jalan takpa pulak....

      Delete
  16. Hurmmm..

    Hati2 MD lain kali. Ye mmg kita tak sengaja. Silap kita. Tapi bkn smua org otaknya waras. Bahaya berdepan dgn org yg giler dan panas baran. Mereka nmpk pemandu perempuan lg lah mereka tunjuk lagak. Saja nk carik pasal sbb tau kita tak balas.

    Kalau LM gigil smpi ptg lah kot bila jd camtu. Huhuhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ingat balik memang takut. Yalah, betul-betul kat tengah-tengah petak kuning di lampu isyarat. Bayangkan ajelah mana tak cuaknya. Saya ngakulah memang saya salah. Kalau saya tak salah, mahunya nak ngaku bagi isyarat lagi minta maaf. Hehehe...

      Delete
  17. pemandu kt malaysia ni mmg takde adab sopan tau kak. selalu je pagi2 nak g kerja mmg menguji kesabaran yg tinggi. dgn yg bwk kete x reti menyabar, yg bwk motor laju mcm pelesit. ya Allah, mmg sgt2 menyakitkan hati. pagi2 dah menyumpah seranah. especially diorg yg selalu sgt potong Q masa kat traffic light dan tol. org lain beratuq panjang, sedap2 rasa je potong Q. ingat dia sorg je la yg nak cepat. yg paling sadis sekali, tang depa yg x reti bahasa kot nak bagi signal ke hape. apa guna ada kenderaan tapi tatau apa fungsi signal tu. sesuka je nak tukar lane x bagi signal. kena sondol baru tau. yg buat keje ni pun kebanyakannya mereka2 yg pakai kereta mewah. geram je kita..ehhhh..lebih pulak komen..mengalahkan puan punya blog. hehehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang cerita, bila kita belakang wheel aje memang terus berubah. Pelikkan sikap pemandu kat Malaysia ni. Setakat tak buka signal nak belok tu, kira dah biasa sangat, Sue. Akak pun dah redha, ada kala tu menghamun juga :) Yalah, kita berusaha ikut peraturan tapi ada juga yang buat sambil lewa. Tapi insiden pagi tu memang akak ngaku salah akak. Sedap berbual tak sedar lampu merah rupanya, main jalan jerk! Nasib baiklah takda bala menanti!

      Hahaha... komenlah panjang mana, akak tak kisah! Nak lawan tuan punya blog, kena pergi kelas tajamkan skil meroyan dulu *_*

      Delete
  18. Pernah druve kt highway time hujan renyai2. Ms tu nk crk jln ke tmpt keje. Sekali tu bila kita break kete blkg hentam kete ai bwk. Terkejut jgk. Dh la tu, kete blkg dia hentam plk kete dia. Dua2 kete berhenti tp akak ni x berhenti sbb jdk jammed plk tgh highway. Dah smp tmpt dituju br tgk keadaan kete snd. Ok je. Xde apa2. Tu la... hujan2 yg ko ikt rapat2 pesal? Sengal btl driver2 tu.

    Yg sekali lg tu mmg slh ahkak la. Tersondol bontot myvi dia br beli. Hoho... Tp ms tu husben ada. Ms keluar mtk maaf tu, si driver mcm poyo jgk la. Nk sound baik pny. Tp bila nmpk husben keluar dgn kepala botak trs terbantut nk sound. X angkat muka pun ms ckp. Pesal entah. Husben bg la duit utk repair kete dia dgn no tipon. In case x ckp bgtu la sbb slh wife dia. Tp dia kata xpe. Slbhnya dia tanggung. Otu pn dia x pndg muka husben. Ingt gangster kot. Haha... Last ayat dia: 'Bawak hati-hati sikit kak.' ngeee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang paling sadis kereta di tengah-tengahlah tu. Depan belakang kena mencium dan dicium. Hahaha....

      Bagus juga ada suami bermuka garang. Orang nak sergah pun jadi takut. Kiranya okeylah tu tak perlu bayar ganti rugi lebih-lebih. Apa kita bagi orang terima jerk sebab takut. Huhuhu.....

      Saya adalah dua, tiga kali juga kena sondol dari belakang. Memang sadis sebab knowing me, I memang tak bawa kereta laju-laju macam nak pi racing kat Batu 3 tu :)

      Delete
  19. Sabar la ye MD. I plak yg cemas bila baca kejadian tu. Seram jugak kalo tetiba je org marah kita siap ketuk2 cermin. Yg 2nd motorcyclist tu dah kenapa yg dia beriya sgt masuk campur? Yang penting, syukur alhamdulillah, u and ur son tak apa-apa. Kot dierang main kasar ke nak cederakan u, lagi takot. Next time be carefull okay.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau si Abang takda, maybe takdalah I takut sangat. But then knowing it's my fault, memang tak boleh nak 'membelasah' orang jugalah. Hahaha...

      Kita dah minta maaf tapi still nak maki hamun, ketuk cermin kereta bagai, memang takdalah adab sopanlah. Tapi bila fikir balik, kalau dah marah, apalah yang diingatkan ya tak?

      I pernah kena lebih kasar lagi daripada ni sampai bergesel side mirror sebab I melawan. Tapi bukan salah I pun, dah dia masuk lane takda perasaan dan beradab sopan!

      Delete
  20. Dugaan dipagi hari. Betul tu MD, kekadang kita dah berhati², tapi kena jugak disebabkan kecuaian pemandu lain. Masalah saya pepagi bila berebut² nak masuk laluan kontra. Jalan memang sesak nak mamps sebab nak masuk laluan tu jer. Kalau kita jenis selfish, memang boleh kena himpit keta. Pernah juga side mirror kena langgar. Nasib tak patah. Memang panjang lah haku hon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang sakit hati. Kita punyalah berhati-hati tetiba orang pedajalkan pulak sifat 'ketelitian' kita tu... Maulah marah jugakan...

      Kali ni memang I ngaku bersalah so tak boleh nak cakap apa nak menegakkan benang basah! Redha ajelah walaupun kena caci gitu....

      Delete
  21. itulah kak..kdg2 bila kita dh elok..pihak lain lak y bawa x elok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita ni berhati-hati sebab nak elakkan kejadian yang tak diingini. Siapa yang susah kalau berlaku keadaan seperti ni. Kita dan pihak yang terbabit jugakan. Teringat kisah Lya naik motor dilanggar jeep. Nasib baiklah akak tak cederakan orang. Takut juga sebab memanglah salah kita terlepas pandang lampu merah. Apa-apa pun, alhamdulillah takda kejadian lebih buruk berlaku. Kenalah berhati-hati selepas ni :)

      Delete
  22. orang Malaysia memang gitu..
    lambat sikitpun tak lehker...
    kalau sendiri buat dengan sengaja buat dunnojer yerk..
    kalau orang tersilap bukan sengajapun marah bagai nak rak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okeylah, salah saya kali ni. Sebab itu saya tak banyak cakap. Tapi walau marah, kena kawal juga perasaan. Jangan main hambur kata-kata ikut sedap mulut. Baik-baik kita ni tak mahu melawan, rasa macam nak sumpah seranah pulak. Nasib baik dengan anak. Nasib baik pepagi buta mood belum tercemar lagi. Hahaha!

      Delete
  23. saya paling takut bila kena camni
    maklumlah baru aje pakai P, tahun depan baru lesen btul
    kalau kena kat saya, mau menangis kat situ juga
    tak reti nak cold down, takut wei
    lagilah bawa anak kan, bubbly abang tak takut plak ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya nak hantar Abang pi sekolahlah masa tu. Tengah sibuk berbual dengan Abang. Nampak lampu hijau punya pecut tetiba tukar oren, tukar merah! Aduhai, dok tengah petak kuning lagi tu. Nasib baik cuaca gelap lagi tapi kena 'hamun' juga walaupun penat tunjuk isyarat minta maaf. Yalah dah salah, nak kata apa!

      Abang takut juga ~ takut lambat sampai sekolah!

      Delete

Post a Comment