Geng Meroyan Mummydearie Part 2

Salam kawan-kawan!

Okey, seperti yang dijanjikan dalam entri panjang berjela yang ini, I paparkan senarai Geng Meroyan MD @ pengomen tegar my blog tercinta ini :-


Kali ni rasanya tak payahlah I nak merapu-meraban macam first time dulu sampaikan berpinar mata nak membacanya yek ~_^ Terkilan juga sebenarnya bila 'jiran-jiran lama' I banyak yang dah 'berpindah'. Walau bagaimana pun, I tetap gembira dengan kehadiran beberapa jiran baru. You are the best, babes! 

Kebetulan pulak semuanya gegirl *_* Yalah, blog mak budak macam I ni memang target mak-mak budak dan seangkatan dengannya. Kalau ada teenagers yang baca blog I ni, I rasa macam nak pitam pulak. Kecualilah si Angah anak jiran lama I, Kesuma Angsana. Kalau dia ada banyak masa, mesti dia datang jengah. Thank you ya, Angah beri support kat aunty! Oppppsss, oppppsss.... tak sanggup nak teruskan kata ganti diri begini!

Lagipun I jarang berkongsi rahsia rumahtangga mahupun menjaga anak-anak ni. Dok membebel tentang keletah mereka dan kehidupan seharian I yang penuh haru-biru tetapi indah ni memanglah banyak *_* Asal tahan mual membacanya kira okeylah tu. Boleh kita jadi geng sekapal selam in a near future. Tak pun boleh juga tinggal berjiran di Bikini Bottom (next to Spongebob and Patrick).

Pada jiran-jiran I ni, thank you so much kerana all of you lah yang jadi penyeri dan pembakar semangat untuk I terus menulis. Oh, don't you worry! I takda pasang azam nak memendekkan segala entri untuk tahun baru ni. 

Pada semua yang rajin mengomen tapi tak masuk dalam senarai, janganlah kecil hati. I know all of you and I appreciate sangat since you rajin membuang masa singgah ke my blog untuk menatap entah apa-apa ngomelan si MD ni. Pada yang singgah tapi tak mengomen pun, terima kasih diucapkan kerana sudi juga singgah jenguk-jenguk blog MD ni.

Lagi afdal, kena ikut resmi MD. Sekali dia datang, berjam-jam dia duduk mengomen sampai terlupa blog itu bukan blog dia ya ~_^

Weyh, MD! Cut the story short! Hadiah bila nak hantar?

Weyh, weyh! Hantarlah nama, no. tel dan alamat penuh ke sini dulu : hppyrynne2906@gmail.com. 

Dah complete nanti barulah I pergi shopping hadiah khas untuk setiap seorang daripada awak, awak, awak ya ~_^

Oh, yes! Hadiah I tak beli lagilah!


Comments

  1. Seronok singgah sini baca bebelan MD...tapi kakcik tak pandai nak komen panjang2...

    Kadang2 langsung tak komen walaupun singgah membaca... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Kakcik kerana rajin singgah sini. Tak pandai komen panjang macam saya pun takpa. Janji baca sampai ke noktah yang terakhir itu pun dah buat saya gembira tak terkata. Hehehe....

      Delete
  2. haha..meroyan ni kena ada geng baru syok! thanks kak, selalu datang komen kat blog saya yang selalu mengarut jugak..samalah kita, asal menaip tak reti nak pendek-pendek!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Sal. Kalau ada geng meroyan barulah best nak mengomel. Kalau tidak memang syok sendiri aje rasanya. Sendiri tulis, sendiri baca, sendiri komen dan sendiri gelak. Hahaha...

      Anyway thanks to Sal juga yang rajin layan ngomelan kosong akak kat blog ni *_*

      Delete
  3. sebab celoteh sampai thp mual nak bacalah byk pengomen tegar kat sini . tak mcm blog saya yg sunyi sepi jer ... dah berwajahbaru sepenuhnya rumah dia ni ... jeles sih ... saya sdg mencari kaler background yg sesuai sampai juling biji mato ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak juga, Vee. Bukan famous mana pun blog saya ni. Masih lagi tahap picisan level bawah sekali *_* Kalau tak kerana Vee and the gang, memang sunyi sepilah blog saya ni tau! Thank you so much!

      Delete
  4. Amboi tahun baru semuanya [pun baru.header baru..kulit pun baru gitu..

    wah masuk jugak carta. Tak sangka ya walaupun tak berapa nak tegar sgt berblog sekarang ni.serta merta pergi hantar alamat ya MD.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salin kulit, PK. Tahun baru mestilah nak semua baru. Perabot je tak tukar ni sebab tak pandai nak susun atur macam mana!

      Carta ni memang maintain mostly tapi ada juga jiran baru menggantikan jiran lama. Sedih bercampur gembira I tell you...

      Delete
  5. email sy gedik pulak taknak bukak..penat ehh nk tggu.nti2 kita antar adress ye MD.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Email saya tak buka lagi masa cuti ni. Ngadap blog je bila dapat peluang. Handphone saya hilang pulak ni. Aman dunia takda handphone tapi seksa jugalah, patah kaki rasanya!

      Kalau tak silap address Pk saya masih simpan lagi...

      Delete
  6. Saya mcm kak cik... Selalu datang sini tapi tak sempat nak komen... Intai jauh2 jer utk hilangkan rindu...
    Memang tak kecik hati sebab sedar diri... Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sempat komen nak buat macam mana, Nur. Ada juga yang dah baca panjang berjela terus hilang idea nak komen apa. Tapi jangan risau, saya tshu siapa yang biasa datang ke sini ^_^

      Delete
    2. Ehh mcm mana boleh tahu tu?
      cer citer cer citer... hurm...

      Delete
    3. Bak kata CT Nurhaliza.... 'Biarlah rahsia'. Huahahaha.....

      Delete
  7. wahhh..meroyan sungguh hehheehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memang kuat meroyan. Jenuh nak menghabiskan pembacaan nanti :)

      Delete
  8. sabo je la pengomen tegar MD tu tunggu hadiah kan..hadiah pasti sampai iukut kelapangan MD..kalau dah nak tamat tahun 2015 baru sampai pun tak pe janji sampai kan MD hi hi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sampai memang sampailah tapi kena menunggu macam buah yang tak gugurlah gamaknya, Acik *_*

      Delete
  9. Tahun baru semualah kena tukar baru. Tak main pakai cat lama, Diana... Hahaha!

    Lepas ni memang lagi rajin mereka tukar baju. Takdalah setahun itu je baju yang ada :)

    ReplyDelete
  10. camne diana boleh double dari kitorang ni?
    apa dia baca semua entry ke?
    tak apalah dapat no 3, ada juga nama glamz i...hehe
    terima kasih lah kak ton ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Diana melenjan komen tak ingat dunia sebab dia ingat beg make up tu yang saya nak beri *_* Naik gelak pulak saya. Selalunya saya yang komen berbakul kat blog kawan-kawan tetiba saya pulak yang kena approve berbakul-bakul komen. Tapi takpalah sebab hati ni suka aje :)

      Tak kisahlah, YY ya janji nama awak pun ada dalam pengomen tegar okeylah tu :)

      Sayakan nak bagi ke sepuluh-sepuluh geng meroyan, so hadiahnya kita main undi je nanti *_*

      Delete
  11. Walau lama x tepek komen kat blog MD ni, KA ttp singgah2 baca blog MD, sibuk mcm mana blog MD ttetap di hati ni hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, KA. Appreciate sangat-sangat ada kawan alam maya macam KA ni. Sedihlah juga kali ni KA tak tersenarai. Ada juga kawan-kawan lama yang dah tak masuk senarai. Tapi takpalah, janji kita happy mengomen berjemaah ya :D

      Delete
  12. Mak, turun tahta sudahhhhh........Tak pelah kasi chance kak D jadi johan hihi....
    Eh? Mak punya address nak jugak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak turun pangkat sudah :) Tapi takpa, hadiah Mak Kak Ton dah siapkan dulu. Mak nak apa? Goreng pisang cheese ke atau makan tanggung kat Wadihana? Hahahaha..... Mak ni senang bagi voucher makan jerk *_* Ke Mak nak tiket pergi Legoland sorang-sorang?

      Address Mak masih dalam simpanan Kak Ton lagi. Maklumlah, Mak kan hampir sepanjang tahun jadi Ratu Meroyan kat blog Kak Ton. Kalau turun takhta pun, Kak Ton tetap ingat nak hantar kuih talam sedulang kat Mak tau ^_^

      Delete
    2. Tak perlah kak Ton mak ikhlas meroyan kat sini....kalau kak Ton tak bagi pape mak tetap akan terus meroyan....mak akan tetap diakan jiran mak gembira dunia akhirat ... Eh? Lari topik yek....hihi

      Delete
    3. Alahai Mak ni.... macam tak biasa jerk bila lari topik :) Tapikan Mak, Kak Ton rasa sungguh terharu dengan kata-kata Mak ni *sambil lap hidung yang dah merah dengan hujung kain batik*

      Jangan bimbang ya, Mak. Hadiah Mak yang Kak Ton bungkus dulu. Tapi itulah Mak kena tabah menunggu sebab Kak Ton sekarang ni tak boleh keluar sewenang-wenangnya lepas kerja. Nanti bapaknya tahu, habislah Kak Ton kena perintah berkurung, Mak :)

      Delete
  13. aikk nama ku pun ada jugak yer...
    blog akak femes dah.. byk dah org comment.. akak pun rajin singgah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak tengok dah lama ada di situ, itulah pasal akak nak bagi sobenear sikit-sikit. Hahaha... Nak apa? Nak apa? Cakap sekarang! Tapi beli ke tidak, tak tahulah. Lagipun awak tu kaki shopping, tak belikan pun takpa. Pandai cari sendirikan! Hahaha!

      Delete
  14. Takpe..takpe. Kita kasi can le kat org lain dpt hadiah. heheh.. Lydsunshine yg dah suam2 kuku blogwalking ni jgn harap le nak dpt hadiah lagi. Tapi mujurle MD kata tetap hargai. Tapi MD punya mukadimon dah mcm menang award ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah orang menang 'award' memang kena tulis panjang-panjang. Kalau tidak, idaklah jadi pemenang. Takpalah Lyd, awak pun bukan pengalah :) Sesekali nampak datang sini pun I dah happy, senyum lebar sampai nak tak muat lilitan shawl ni tau *_*

      Delete
  15. Haa, lupa nak komen. Cantik header baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I baru je renew modelling contract mereka untuk setahun lagi... Bernanah je hati superheroes kena paksa posing kerasa kejung ^_^

      Delete
  16. Tahniah buat gang meroyan yg tersenarai. Bila lah saya nak termasuk sekali dengan gang meroyan ni...hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena tabah dan tahan muntah ni Fiza kalau nak jadi geng meroyan. Yalah, bukan calang-calang boleh meroyan bersama I yang dah sememangnya top meroyan ni. Eh, cakap ala-ala diva pulak! Oppss... minta maaf ya! I tak sedar diri tadi *_*

      Delete
  17. tahniah semua.. diorg mmg rajin mngomen..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka memang tegar. Anyway, thanks to Maria juga kerana rajin datang sini dengar saya membebel tak sudah-sudah. Eh, dengar ke atau baca ek? Apa-apalah!

      Delete
  18. eh.eh.nama kita ada juga la
    tenkiu MD
    duduk pulak no 7.my peberet no..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih ada, Ciksu. Nanti tunggu saya pos hadiah ya. Sekarang ni baru nak ngap sebab sibuk dengan hujung tahun dan anak sekolah lagi :)

      Delete
  19. ooo ni jiran baru yer... jangan lupa jiran lama no!!
    akak punya blog ramai budak2 baca..
    nak tau sapa lagi kalau bukan anak2 sedara akak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah lupa, Cho. Sedih tu adalah bila jiran lama banyak yang dah tak kerap singgah meroyan lagi :(

      Delete

Post a Comment