Posts

Showing posts from July, 2014

Pra-Aidil Fitri

Salam kawan-kawan! Teruknya alahai. Mood memang merundum habis di penghujung Ramadhan ni. Bukan sebab excited nak raya tapi dek kerana dapat cuti seminggu. Itu yang jadi bertambah malas ke pejabat dan buat kerja yang dibayar gaji *__* Makanya esok dan lusa takdalah entri nampaknya. By the way, walaupun cuti tinggal seciput I rasa macam nak cuti je Jumaat ni. Nak last minute shopping habis-habisan dari pagi sampai ke petang *__* I balik kampung pada hari Ahad tapi tak pastilah pagi ke, tengahari ke ataupun petang. Kalau ikutkan hati, nak jugalah berbuka beramai-ramai bersama keluarga di kampung. Lama dah tak berkumpul dengan my famili. Last I ke rumah mak di kampung raya tahun lepas. Cuma maybe dalam bulan Oktober 2013, adalah sekali balik hujung minggu ke rumah my second sister. Bukannya dah jadi si Tanggang tapi my mak duduk di KL dengan my eldest sister. Itu yang tak balik kampung langsung... Hubbydearie dah sound semalam. Katanya kita balik sehari sebelum raya dan raya

Persiapan raya

Salam kawan-kawan! Oh, yes! Kalau dah beberapa hari tak berentri baru, haruslah keluarkan semua entri yang ada sesuka hati, sehari beberapa kali ya *__* Mood raya dah makin mengembang dalam badan ni, maka penyakit malas bekerja pun bukan main membiak lagi dalam diri sejak beberapa hari ni. Nak kata superexcited sangat nak raya, takdalah pulak tapi entahlah ... Belek punya belek borang cuti, alahai .... rasa macam nak meraung aje. Hajat dihati nak ambil cuti tiga hari minggu depan. Barulah seronok dapat beraya seminggu katanya. Tapi bila dilihat baki cuti yang ada, terkesima sekejap. Macamanalah agaknya baki cuti dua hari tu nak dibahagi samarata untuk 5 bulan akan datang? Bila ada anak kecil ni, emergency leave memang biasa sangat rasanya. Tetiba aje rasa pening kepala! Persiapan raya walaupun katanya sejak awal tahun dah bersiap sedia, tetap juga tak seronok kalau tak buat kerja last minute ni. Baju Melayu Abang dan Adik dah siap alter cuma menunggu masa nak pergi mengambilny

Kembali bersiaran ...

Salam kawan-kawan! Empat hari tak bersiaran ya!  Kebetulan sibuk pulak semalam dan bila tengok jam, uhuh dah terlepas waktu tengahari, malas pulak nak up entri yang dah siap. Boleh gitu? Ya, boleh sahaja ... Diam tak diam, dah hampir ke penghujung Ramadhan rupanya. Minggu ni dah kira minggu terakhir kita berpuasa. Cepatnya masa berlalu, terasa macam baru semalam mengingatkan si Abang niat berpuasa. Sebelum itu, salam takziah juga buat keluarga dan sahabat handai krew dan penumpang MH17. Sekali lagi Malaysia diduga dan dugaan yang datang bukannya ringan kepalang. Semoga semua yang terlibat tabah diduga dalam bulan yang mulia ini. Terkesima sekejap bila mendengar berita. Tumpang rasa sayu dan simpati yang tak terhingga. Begitulah perjalanan hidup di alam fana ini, semuanya tidak dijangka namun yang pasti, penghujung kehidupan kita sama saja. Amalan sahaja yang membezakannya ... Nak bercerita tentang makan-makan luar hujung minggu yang lalu macam tak berapa syok pulak rasanya.

Abang dan Cik Auni kita ...

Image
Salam kawan-kawan ! Beberapa hari lepas, Abang balik dari sekolah dan ketika berjalan nak ke kereta, Mommy pun diberitahu, I'm afraid to tell you but I have to tell you this, Mommy! So, Mommy pun tanyalah lebih lanjut sambil berkerut-kerut muka ni dan berombak bimbang dada ni tau ... 'Gelang tangan raya' buat Mommy Inilah ceritanya .... Di sekolah, Abang tengah sibuk mengasah pensel dan kawan-kawan pulak sibuk buat riuh dalam kelas sebab cikgu belum masuk. Biasalah budak-budakkan. Yang tak biasanya, tengah dia bawa pensel ke hulu ke hilir, seorang kawan ni dengan tak sengaja terlanggar Abang lalu Abang hampir nak jatuh kena meja dan tergarit bawah pipi dengan pensel tu. Abang macam biasa being polite konon, takdalah nak cakap dengan cikgu tapi gegirl yang duduk sebelah Abang ni (cik Auni kita) telah informed pada guru kelas tapi cikgu buat selumber derk je (Oh, Mommy dah menyirap darah tapi bila fikir balik, nak salahkan siapa yek dah dia tergarit pense

Iftar @ Vistana Hotel

Image
Salam kawan-kawan!   Bersiaran sekali lagi hari ni *__* Sebenarnya nak buat satu entri panjang jek tapi dah rasa macam baca kamus DBP pulak *__* Makanya, I buatlah dua entri hari ni ya!  Ingat tak hujung minggu lepas tak dapat nak buat reservation sebab dah terlewat korum makan-makan beri pengesahan? So, terlanjur dah telefon hotel sana-sini, I teruslah buat booking untuk buffet Ramadhan di Vistana Hotel. Hajat hati nak makan di Zende, Seri Pacific Hotel tapi mak aii, dah fully booked semua hujung minggu yang ada. Kalau nak, boleh buat booking untuk 24hb-25hb nanti. Oh, tak mahulah! Lama sangat tu ... I ni setakat bulan Ramadhan, will not go for price yang lebih daripada RM70 lah yek. Bukan apa, bayar mahal-mahal tak makan pun nak watpa. Membazir namanya. Sedangkan yang RM50-RM60 pun makannya separuh atau tiga perempat je daripada nilai buffet pun.  Buffet Ramadhan di Vistana Hotel ni bertemakan '101 Resepi Penuh Tradisi Tok Wan' ya. Buffet spreadnya diletak kelili

Ke Jalan TAR kita ...

Salam kawan-kawan! Seronoknya dapat cuti satu hari semalam. Ini kali pertama KL bercuti sempena Nuzul Al-Quran, kan... Semalam sesudah Subuh I dah bersiap. Nak ke Semua House katanya. Tapi gerak dari rumah tetap gak pukul 9 pagi. Superheroes liat nak bangun tidur. Bila kata nak naik LRT, bukan main ligat dua-dua masuk bilik air nak mandi.  Maklumlah, Mommy dan anak-anak dah lama bangat tak naik train tau! Bila dapat naik, mak hai... cam rusa masuk kampung je rupanya tiga beranak ni. Oh, ya... Hubbydearie tak ingin nak turut serta ekspedisi menerjah area Sogo dan Jalan TAR ni. Tak kuasa nak memeningkan kepala. Minta hantar pun Hubbydearielah yang bagi suggestion suruh tinggalkan kereta kat stesen LRT berdekatan dan bawa anak-anak naik train. Dah lama mereka tak excited naik train katanya. Pandainya bapak! Well, dah beberapa hari I tak cukup tidur memikirkan plan nak bawa superheroes ke sini ya! Siap ada Plan A (naik kereta terus ke Sogo), Plan B (naik kereta dengan superheroes,

Berbuka puasa hujung minggu dan iftar di Lamb Kuchen

Image
Salam kawan-kawan ! Hujung minggu yang lalu, my private limited dapur tak berasap lagi ya ^_^ Alkisah, minggu lepas geng berbuka lambat bagi response makanya semua tempat telah fully booked dan kami terkial-kiallah dok fikir nak berbuka di mana. My sister dah surrender malas nak masak hujung minggu. Buntu katanya ... I punyalah 'ngeri' kalau my sis nak ajak I ke PARAM  tau... nak kata tidak, tak sedap pulak. Maklumlah ini kali pertama kalau my sis mengajak. Nak pergi, dah berjanji pada diri sendiri memang tak nak dah jejak PARAM tahun ni. Oh, susahnya nak buat keputusan kalau kena tanya nanti! Pagi Sabtu macam biasa kami memenuhkan isi kandungan peti sejuk dahulu. Mula-mula ke Aeon lepas tu lari ke Aeon Big pulak (janganlah imagine I anak beranak berlari-larian, pecut ke Aeon yek! Tinggi sungguh imaginasi kalau gitu ^_^) Selesai tugas, my Hubbydearie diajak ke SS15 oleh my nephew, nak beli handphone baru katanya sebagai handphone raya *_*  Tetiba my sister pun be

Menu berbuka puasa

Image
Salam kawan-kawan ! Sejak bulan puasa ni memang malas sungguh rasanya nak keluar rumah. Di pejabat pun sama. Kalau tidak memang meroyan je hati ni asyik nak ke KLCC. Apa dicari pun tak tahulah. Tapi sejak berpuasa ni, mood nak jalan-jalan memang almost zero. Jimat duit  tak berbelanja *__* Tapikan semalam I buat hal lagi. Positive attitude tu sekejap je rupanya. Dek kerana hujung minggu lepas tersasar dari jadual, maka tak sempat meng-up kan stock bahan mentah dalam peti sejuk. Ish, peti sejuk baru ah kak kan besar sekarang ni, sumbat-sumbat masih gak tak penuh. Don't know why tau! Jadi, waktu lunch break yang seciput tu I telah gunakan untuk buat grocery shopping di favorite supermarket. Sanggup tu patah balik ke area rumah semata-mata nak buat grocery shopping. Lepas  balik kerja biasanya tak dan nak menyinggah kerana jem dan juga Abang kan balik sekolah awal bulan puasa ni.  Memang my prinsiplah tak nak anak menunggu I, biar I yang terpacak depan pintu pagar sekolah

Frozen begedil

Salam buat kawan-kawan semua ! Sekejapnya dah hari Khamis. Rasa macam laju betul masa berjalan di bulan Ramadhan ni. Bulan-bulan lain pun sama juga tapi tak terkejar kelajuannya di bulan Ramadhan ni. Tahu-tahu dah nak sampai pertengahan Ramadhan. I pun jarang sungguh menghitung hari dari Isnin ke Jumaat di bulan Ramadhan ni. Selalunya rasa nak merangkak je buat kerja bila dah sampai hari Rabu ... Semalam I masak dengan sepenuh jiwa raga tapi macam biasalah takdanya lauk-pauk di luar kemampuan chef berkelentung kat dapur selama 1 jam. Gambar memang jangan haraplah, tak kuasa nak ambil he-ho dalam beg tangan. Nak capai he-ho, keluar purse. Nak capai he-ho, keluar resit dan bil-bil entah apa-apa. So, membuang masa je nak sibuk snap gambar makanan yang ala kadar. Lagipun kalau I tempek, manalah tahu buat terliur orang, terbuka pulak puasa. Hehehe ... By the highway, semalam I masak kari ayam, kubis masak lemak putih, telur goreng dengan red beans dan ayam goreng tak pernah tinggal

Sesi soal jawab ...

Image
Salam Rabu kawan-kawan ! Minta maaflah banyak-banyak. I ni even Rabu pun memang takdanya senyap, sunyi sepi. Jangan diharapkanlah Wordless Wednesday dari MD. Susah angan-angan tu nak menjadi kenyataan ^_^ Meh, nak sambung kisah si Abang ni lagi. Harapnya takdalah yang muntah darah dok membaca MD membebel pasal anak-anak dia jek. Macamlah dia seorang je dalam dunia ni yang ada anak. Macamlah anak-anak dia je yang tahu serba-serbi, yang comel belaka. Oh, tidak! Bukan itu maksud yang tersirat. Tanyalah pada mana-mana ibu, sebagai seorang ibu memang kita rasa anak-anak kitalah yang paling comel dalam dunia ni. Tak boleh dibandingkan dengan anak orang lain. Memang kalahlah anak orang. Betul tak? Apa ? Tak betul juga? Kalau gitu ... memang I ni emak yang perasanlah ya ^_^  Sejak ada blog ni, memang nak bercerita tentang anak-anak je. Buat ingatan manja bila dah Alzheimer nanti. Boleh juga sesekali menjengah blog dan mengintai kisah lampau anak-anak yang menjadi pujaan hatiku