Nak marah ke atau nak rasa terharu nih ...

Salam kawan-kawan !

Bersiaran sekali lagi hari ni. Alah, bukan panjang mana pun kali ni I menulis, takkanlah nak skip pulak ...

Rupa Abang selepas kena ambil darah masa demam seminggu baru-baru ni. Badan aje ohsem, bila kena cucuk menjerit macam nak rak. Mommy yang emo kat tepi pun nak mengalir air mata tengok anak menjerit sakit. Buat bahan ketawa Daddy je!

Alkisah si Bubbly Abang yang baru tahun ni dapat berpuasa penuh. Tahun lepas semuanya setengah hari sahaja. Yang paling tak tahan setengah harinya bermula pukul 12 tengahari sampailah 5.30 petang (waktu di sekolah). Alasannya berpuasa ketika itu sebab malu kalau ustaz tanya siapa tak puasa dan malu dengan kawan-kawan. 

Masuk aje dalam kereta selepas balik sekolah, teruslah berdesup-desup minum air. Mommy dah arif so memang sediakan air untuk Abang minum. Sebelah paginya memang kalau telefon tanya, puasa je memanjang tapi ...

Abang puasa Mommy hari ni. Baru minum vitagen je pagi tadi. Tak makan lagi!

Abang minum air plain water je, Mommy. Tak minum air manis. Abang puasa lagi nih!

Abang teringin makan maggi so Abang suruh MakNgah masakkan maggi. Boleh puasa balik tak lepas tu?

Itu cerita tahun lepaslah. Tahun ni jauh lebih baik *__* 

Maka Mommy yang ngengada ni telah berborak dengan Abang beberapa hari sebelum Ramadhan bermula ...

Abang, kalau Abang puasa tahun ni, Mommy up duit raya ikut berapa hari puasa. Satu hari Mommy bagi RM10 extralah... Cuba bayangkan kalau Abang puasa penuh... RM300 duit Mommy terbang bagi kat Abang!

Tak payahlah, Mommy. Abang tak nak duit Mommy. Kan Abang dah kata Abang yang akan bagi Mommy duit millions bila Abang dah besar nanti. Mommy jangan bazir duit Mommylah, nanti habis pulak! Lagipun Abang ikhlas nak puasa tahun ni. Abang nak dapat pahala Allah bagi kalau berpuasa!

Errr... betul ke ni? Sesen pun tak nak? RM5 sehari pun tak nak ke?

Taknaklah, Mommy. Abang ikhlas ni nak puasa!

(Tersenyum girang Mommy sambil dalam hati berkata, "Alhamdulillah, bagusnya anak aku nih!")

Selepas beberapa hari berpuasa, ada juga lubang-lubangnya bila cuaca panas sangat dan Abang tak tahan. So, I tak larang bila Abang nak berbuka. Cuma kalau dah petang sangat tu, I pujuk-pujuk juga suruh Abang tahan sikit lagi je, sikit aje lagi ....

Selepas beberapa hari berpuasa, I pun katalah ...

Okeylah, Abang! Kalau katakan Abang tak dapat puasa penuh sebulan, Mommy tak marah. Tapi kalau Abang dapat 15 hari aje pun, Mommy happy sangat. Mommy bagi extra duit raya nanti RM150. (Malaun betul Mommy ni still nak pujuk anak dengan duit extra ...)

RM150 tu dapat beli apa? 

Mommy bagi je tapi kena masuk dalam akaun ASB  termasuk duit raya yang dapat kumpul-kumpul nanti!

Kalau cam tu, duit botol plastik Abang dah RM23, MakNgah bagi RM20 dua hari puasa yang pertama, tambah RM150, berapa Mommy? (Bukan main ingat lagi duit jual botol plastik si Abang nih...)

Kiralah sendiri... Kata dah belajar Maths sampai darab bahagi!

MakNgah kata nak bagi duit, patutnya kenalah bagi duit setiap hari yang Abang puasakan...ini RM20 je, MakNgah bagi. Tapikan Mommy .... Abang tak nak duit Mommy! Mommy tak payahlah susah-susah bagi duit sebab puasa. Kan Abang kata Abang ikhlas nak puasa tahun ni, nak dapat pahala!

Okeylah, okeylah, okeylah... Mommy tak mahu continue suruh puasa sebab duit lagi. Niat Abang dah baik dah tu, puasa ajelah buah hati Mommy ni demi nak dapat pahala Allah beri.  

Hari ni dah mula peperiksaan pertengahan tahun. I remind Abang sejak ambil report card untuk exam awal tahun hari tu, dua minggu sudah. Langsung tak heran dengan kata-kata lembut Mommy ni. Semalam boleh lagi lepas berbuka main game. Mommy perhati je tingkah-laku Abang dalam diam. Katanya sampai pukul 9 malam lepas tu buat revision. Yalah tu, esok exam malam sebelumnya baru nak buat revision. Mommy duduk je menunggu samada Abang berhenti main dan buat revision ke tidak.

Masuk pukul 9.30 malam, takda juga tanda-tanda nak buat revision. Okey, Mommy naikkan suara sikit. Psiko bagi terharu sikit hati Abang kalau result merundum kali nih. Mommy kata,


Kalau malam ni tak buat revision, tak payah bercakap dengan Mommy lagi mulai esok. Sepanjang waktu exam, jangan minta tolong Mommy. Tak belajar pun lagi bagus. Tak nak jadi pandai, Mommy lagi happy. Nanti boleh kerja kat construction site macam yang Abang idam-idamkan kalau tak pandai yek!

Abang memang tak mahu belajar ya? Daddy dulu pun tak belajar juga tapi selalu top scorer. Daddy lagi pandai dari cikgu, Daddy. Kalau ikut my gene, Abang patutnya pandai, kalahkan semua kat sekolah Cina tu! Tapi sekolah kat sini pun, exam orientedlah, Abang. Very unlucky for you. Like me, sekolah rendah kat country Daddy takda siapa peduli. Masa kat uni barulah buat sungguh-sungguh for your future. Buvi-jon pun tak pernah ambil tahu pasal education Daddy. Semua on my own tau. Oppa-dada selalu kata, suruh Daddy pilih nak jadi tukang bawak jentolak atau nak duduk dalam aircond di pejabat. Kalau yang pertama, tak payah belajar sampai masuk universiti. Tapi kalau nak choose yang kedua, kena belajar pandai-pandai! Bila Daddy pilih, oppa-dada beli banyak buku in English suruh Daddy dengan uncle belajar sampai bijak betul! Abang luckylah sebab Mommy selalu teman buat homework, check buku sekolah, check jadual .... Pun tak nak belajar juga ke?
 
Abang diam aje....

Lepas tu I  tertidur pulak. Aduh!

Pagi tadi dalam sibuk bersiap nak ke pejabat nampak ini dalam my handbag,


Tertunduk-tunduk anak orang 'lidi' yang mewakili si Abang ni. Wah, bukan main lagi sanggul Mommy, naked pulak tu *__*


Sampai aje pejabat, terus terima panggilan dari Abang. Katanya ...

Mommy tahu tak apa Abang buat semalam masa Mommy tidur?

Tau, tau... Thank you! Mommy dah baca dah!

Bukan itulah, Mommy! Semalam masa Mommy tidur, Abang buat revision sampai pukul 12 tengah malam!

Oh, ya ke? Hah, baguslah. By the way, I put your activity books, text book and buku bimbingan BM Jilid 1 dan 2 atas meja. Ulangkaji  Unit 9 hingga 18, ya Abang. Hari ni ada bina ayat, kesalahan ejaan, isi tempat kosong, ayat majmuk, susun perkataan dan tanda baca. Semalam Mommy checked latihan ada yang salah, tak bubuh koma, takda titik noktah. Kalau ayat majmuk gunalah kata hubung macam kerana, sambil, tetapi tu... Abang baca carefully baru tulis jawapan, okey. Baca doa sebelum buat exam. Mommy doakan Abang terang hati dan berjaya jawab soalan hari ni!

Being a mak, kan .... marah-marah pun, pesanan penaja tetap maintain bertimbun!










 


Comments

  1. Replies
    1. Abang ni selalu je hantar kad layang kat Mommy :)

      Delete
  2. betul MD..marah macam amna pun pesanan penaja..sampai tak larat naak nak dengar..mau hafal dia dah kan..hi hi..maam tu la mak2 ni MD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pesanan penaja memang tak boleh tinggallah, Acik. Adatlahkan mak-mak punya style. Kalau tak berpesan tu, rasa macam tak cukup syarat je bercakap denga anak-anak :)

      Delete
  3. rasa syahdu sgt entry ni..
    kenapa plk daku emo sejak dua menjak ni..

    abg betul2 dah matured, tutur katanya buat hati rasa tersentuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nape ni PB asyik terasa syahdu je? Ada yang tak kena ke ni? Mood nak raya sepatutnya happy bertubi-tubi gitu :)

      Oh, dengan Abang ni kadang-kala kena tahan hati dan perasaan bila mendengar kata-katanya. Madahnya kadang-kala boleh luruh jantung mendengarnya. Ada kala tak juga nampak maturednya ....

      Delete
  4. alamak kak..jgn kate abang...lieya kalo kene cucuk pun meraung lagi hahahaha...hope abg dah okey yeak kak..sian plak puase2 ni tak sihat..sbb lieya kene demam selsema teruk mase awal puase ari tu..seksa gak badan....

    kak, abg ni mmg matang dari umur die.... anak yg baik...dah nampak ciri2 tu...bertuah akak....terharu tang nak puase ikhlas n tak mo terima duit raye tu kak...alahai...baik betul abang....

    betul kak, lelaki mmg pesen gini kot..belajar last minit tapi tetap top scorer...rasenye dieorg ni jenis dlm kelas tu pay attention betul2 so takde laa nak ulangkaji bace buku ke ape...heheeh in sha Allah kak, abg anak yg baik ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, takut kena cucuk ke Lieya? Akak takut juga tapi takdalah meraung sampai satu hospital boleh dengar :) Abang ni jarang sakit so memang kalau ke klinik tu, takut je. Dulu lagi teruklah, nak bagi makan ubat pun bergusti-gusti sekali :)

      Kesian tengok dia demam seminggu tapi dapat juga puasa penuh hari pertama tu. Gembira tak terkata Mommynya sampai sebaik je buka terus kucup kepala anak bertubi-tubi, emo punya pasal :)

      Setakat ni alhamdulillah, memang nampak baik walaupun lasak budak-budak tu memang hyper gak. Dengan Mommy selalunya kalau dengan Daddy dibuat berbual cam kawan-kawan je. Kalau Mommy, sekali cakap selalunya masuk telinga. Kalau Daddy tu, bertubi-tubi baru dengar. Alasannya - Mommy kalau sesekali pukul lebih sakit dari Daddy. Daddy pulak marah je tapi tak pernah pukul! Hehehe ....

      Penatlah akak psiko. Dulu selalu juga marah, naik tangan gak sesekali. Pun tak diherannya. So sekarang ni psiko jek sampai meleleh air mata. Abang ni emo lebih kurang sikit ngan Mommy. Keh3x...

      Insya Allah, moga dimakbulkan doa supaya Abang jadi anak yang baik dan soleh.

      Delete
  5. Itu yg dikatakan naluri seorang anak dan naluri seorang mak. Punya rasa yg berbeza tapi kasih tak akan putus walau apa juga yg terjadi. Marah tanda sayang. Yg pasti abang kian bijak menilai antara duit dan pahala.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Marah-marah tapi dalam hati sayang teramat, kak :) Kalau kelibat anak-anak takda, memang gundah-gulana hati saya ni....

      Delete
  6. Suka ye MD ni bersoal jawab dengan Abang.. pastu pandai pulak si abang menjawab.. maknanya abang dah semakin matang..
    Samalah dengan anak akak MD. harini sekolah agamanya exam utk percubaan PSRA.. semoga mudahlah kakak menjawabnya.. suruh review dah berbuih mulut MD..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya yang ambil Abang di sekolah. So, dalam perjalanan balik yang singkat tu memang rajinlah berborak dua beranak, bergurau senda dalam kereta. Kalau kat rumah, bila ada masa terluang memang kami tiga beranak rajin 'bergusti' atas katil sambil buat berjenaka. Kadang-kadang, Daddy pun turut serta :)

      Tak jalan dah anak saya ni kalau cakap lembut-lembut. Tapi sebab dia emo macam Mommy, itu yang saya suka sakat bila dia tak dengar kata. Yang Adiknya pulak, lagilah berbeza perangai dengan Abang. Ini kena fikir cara lain macamana nak handle Adik bila dah besar sikit nanti...

      Delete
  7. even marah & kecik hati tuh mmg selalu ada pesanan penaja untuk anak2.. saja nak bagi dorang terasa.. alaa kak, skrg ni pun klu my mum pun gitu.. terasa & menusuk ke qalbu betul (Q yer bukan K hehehe)
    akak ni mcm my SIL hari2 lah tgk anak buat revision ke idak. luckily SIL tak kerja. So mmg hari2 lah dia tgk my niece buat homework & revision

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sampai menusuk QALBU yek? Hahaha .... anak akak tu pun emo lebih kurang gak, so kalau psiko memang menusuk-nusuk qalbu ler...itu yang asyik tinggalkan nota tu :)

      Homework dia baguslah. Tak pernah tak buat. Tapi lepas tu akak check satu persatu. Mana yang salah, sila buat semula :) Memang hari-hari akak check beg sekolahnya. Pensel kalau hari ni ada 3, tetiba balik sekolah ada 2 je memang kena tanyalah.... Hahaha....

      Delete
  8. alahai so sweet la baca situasi ni. huhu.
    tak sabarnya nak rasa smua ni..

    mommy, abg tak nak duit mommy tu. berulang kali ckp. bgus ni..
    sbgai mak ttp nk bg gnjaran ke anak kan..tanda beri semangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah, Ciksu...ada nanti peluang Ciksu merasai semua ni. Saya ni lambat kahwinnya, sebab itulah anak kecil-kecil lagi. Tapi bila ada anak ni memang sangat seronok. Nikmat yang tak boleh dijual beli :)

      Delete
  9. puasa budak-budak sebahgai latihan sahaja..kalau dapat penuh kira bagus gak tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, HB. Tak mahu nak paksa-paksa sangat. Takut nanti mereka buat kerana takutkan kita aje. Kalau dapat melakukannya dengan baik, alhamdulillah, lega hati maknya nih :)

      Delete
  10. Replies
    1. Setakat ni memang alhamdulillah, baik nampaknya :)

      Delete
  11. alahai, manisnya mulut abang berbahasa...sejuk je mendengar nya..moga jadi anak yg soleh :l

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah, moga dimakbulkan doa Mommynya :)

      Delete
  12. anak meluahkan perasaan melalui lukisan...sweet..

    p/s ; dah disenarai dalam supermama tau di link exchange.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memang keraplah dapat 'bingkisan' dari Abang ni. Macam-macam ada. Semua saya simpan dalam satu file :)

      P.S. Okey, terima kasih :)

      Delete
  13. bijaknya si abang menjawab. moga jadi anak soleh dan membahagiakan ibu bapa dunia akhirat.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Fand. Harapnya begitu jugalah. Berdoa siang malam Mommynya ni semoga anak-anak menjadi taat ibubapa dan beriman.

      Delete
  14. Masya Allah, bagusnya abang... Puasa sbb nak dapat pahala bukan sebab nak duit mommy.... sejuk jer perut mak yg mengandung :)
    Gitu la budak lelaki.... bukan senang nak suruh buat revision... Kat sini lagi lah, dah la takde exam... homework yg cuma sekali seminggu pun berperang nak suruh Irfan siapkan... mau culture shock bila balik M'sia nanti...
    Btw, kemasnya tulisan tangan abang... Bukan main tinggi lagi sangul MD... ekekke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang ni daripada dalam perut, lahir dan sampailah ni memang baik sebenarnya. Lasak budak lelaki tu adatlahkan, Nur.

      Susah betul nak suruh mereka ni belajar. Itulah pesanan penaja dari pihak Daddy dah terserong jauh dan disalah tafsir. Terus ambil iktibar tak payah belajar sebab lelaki memang pandai pun. Aduh! Pening kepala kita jadinya ...

      Ni namanya style tulisan malas/nak cepat. Kalau buat homework guna tulisan cam ni, memang Mommy jerit dah!

      Tinggi ek sanggul saya... Abang terlupa nak pakaikan tudung! Keh3x.

      Delete
  15. sweetnya abang...lembut hatinya MD..I am just a kid, haha..
    pesan mommy..aduhai, kalah cikgu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni terlebih duduk depan komputer punya pasallah tu, Anim. Siap guna simbol smiley bagai :( ...

      Pesanan penaja Mommy memang tak pendek. Sama je macam tulisan dalam blog. Anim tak gitu gak ke dengan 2 Abdul?

      Delete
  16. Owh mummy.. Ank tu ingat mak dia nk pujuk kot dia call tu. ekeke, dpt pesanan penaja lagi rupanya.

    Ingatkan LM je yang pot pet kat anak. Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adatlah LM. Pesanan penaja mana boleh lupa hari-hari. Ada-ada je nak dipesan :)

      Abang memang hari-hari telefon Mommy, nak beritahu perkembangan sebelum gi sekolah dan pesanan penaja yang Mommy nak sampaikan :D

      Delete
  17. sweet betul abg ni tau..surat n org lidi tu comel betul..bertuah abg dpt mommy...mommy juga betuah dpt anak macam abang..

    bak kata abg, i'm just a kid..budak2 MD..bertegas sgt pun tak boleh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak lama lagi pandailah Aiman menghantar surat layang pada ibunya pulak :)

      Semua mak pun bertuah ada anak macam anak-anak kita ni, PK. Sama je sebenarnya ...

      I am just a kidlah sangat, kalau orang bergosip, sama je dok mengendeng tau!

      Delete
    2. aiman jenis tak berapa kreatif kot..nk pegang pensil pun malas..tak ketuk tak jalan..asyik dengan gamenya je.hehe..woo tak sgka ye sbg suka bergosip

      Delete
    3. Rajin pasang telinga juga :)

      Delete
  18. my anak buah pun x rajin wat revision tapi my kakak pastikan mrk buat semua homework . klu mrk dpt selesaikan , maknanya mrk faham ... tapi kan abang tu mmg nice lah budaknya . lbh mtg dr usia dia ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak saya ni memang tang homework tak perlu bimbang. Tak pernah tak buat tapi standardlah, balik sekolah masuk je kereta soalan yang selalu Mommy ajukan - Hari ni berapa homework?

      Kalau 1 bolehlah start lambat sikit. Kalau 2,3 homework memang lepas makan kena buat. Kalau tidak, Mommy tak kuasa nak menolong :)

      Delete
  19. alalala..bagusnya abang..berpuasa kena ikhlas bukan kerana nak dapatkan habuan..good boy!
    seriously comel betul lukisan tu kak. lucu pun ada jugak. hehehe. xpe, yg penting, apa yg abang cuba sampaikan tu, menusuk di hati mummy :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak dah elok-elok nak puasa kerana nak dapat pahala, maknya pulak ngengada nak offer dengan 'duniawi' . Macam-macam hal :)

      Biasa dah terima nota cam ni. Penuh satu file di rumah tu, Nanti dah besar, nak tunjuk kat Abang kasih-sayang pada Mommy masa kecil-kecil dulu. Kononnyalah :)

      Delete
  20. Dah terbiasa memberi pesanan penaja bertimbun kat rumah sebab tulah terbawsk bawak ke blog hehe.....tapi i loike okay....sebab sama kot haha.....
    Abang ni mmg matang budaknya MD... dari gaya awak ceritalah....sangat penyayang dan perihatin....Biasalah kuat main game tu, manalah ada budak yg tak suka main...

    Statement daddy tu tak boleh cakap depan anak tu..... nak eksyen depan bini tak pe....haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mulut membebel dalam blog sama je dengan kat rumah. Saja je Okje, nak abadikan dalam blog. Maklumlah dah ada blogkan. Ekekekeh...

      Dia memang lovely dan cengeng gak :) Part cengeng tu je saya risau sikit. Anak lelaki kan, mana boleh asyik nak berair mata je. Tapi cengengnya ni bila dengan saya. Kalau tidak, melasak tak ingat dunia!

      Daddy tu biasalah, Okje... semua pun dia nyer rating jek tinggi :)

      Delete
  21. aww so sweet..tak sabar nak tunggu anak pandai menulis surat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah, ada peluang nanti dapat 'surat layang' dari anak :) Syok juga kadang-kadang. Lebih syok daripada dapat surat cinta dulu-dulu :)

      Delete
  22. Good boy abang... Moga jadi ank soleh...

    ReplyDelete
  23. Replies
    1. Suka dia hantar kad layang pada Mommy. Penat jek nak marah-marah lepas tu terus lembut hati Mommy :)

      Delete
  24. Amboi MD, banyaknya duit hadiah yang dioffer tu.. boleh kaya cepat Abang kalau Abang ambil tawaran MD ni. Hihi. Mujur Abang jenis baik ya. Eh jenis ikhlas puasa. Eh ikut siapalah berjuruh sangat Bang ni.. mujur xda anak perempuan aunty ni ...

    Lawanya tulisan Abang tu. Kemas macam orang besar.. seronok cikgunya tanda buku. Pamdai pula abang tulis kartun lidi tu.. mmg terharulah kalau membacanya.

    Lwt sekolah abang buat exm tengah tahun ya..mesti ok keputusan Abang tu ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish, ni kalau ada girlfriend memang Mommy kena pantau. Takut habis duit anak dikerjakan girlfriend :) Hehehe ...

      Itu tulisan masa nak cepat, masa malas AN. Saya kalau nampak dia tulis senget benget, memang kenalah. Adakala tulisan cantik, adakala aduhai, takut Mommy nak tengok buku!

      Masa 5,6 tahun memang kartun lidi memanjang. Lepas masuk sekolah, dah pandai buat lukisan orang yang 'berisi' sikitlah. Semuanya saya simpan dalam file buat kenang-kenangan :)

      Oh, saya fikir hari tu masa semua orang sibuk bercerita pasal anak exam sebelum cuti sekolah, untuk awal tahun. Anak saya exam awal tahun sebulan sebelum cuti. Rupanya sekolah anak saya yang lewat ya!

      Cikgu pun satu - ambil report book untuk exam awal tahun tu masa cuti ganti baru-baru ni. Tetiba bagi kertas lagi kata exam tgh tahun lagi 2 minggu...Aduh, omaknya nak gugur jantung mendengarnya! Anak omak rileks jek!

      Delete
  25. alahai.. sweetnya abang bagi note kat mummy dia.. mau tak terharu.. cantik n kemas tulisan dia..

    eyh..sama mcm asya ni.. bila tnya puasa x? puasa... tp mkn sikit je dkt school..teacher suruh mkn.. haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejak pandai menulis dan melukis, memang kerja dok hantar surat layang jek kat Mommy. Ada je celah-celah mana diselitkannya nak suruh Mommy baca tapi bagi hintlah suruh tengok kat mana :)

      Kelakar tengok budak-budak baru belajar nak puasa. Flashback zaman silam kita sebagai kanak-kanak juga!

      Delete

Post a Comment