Wednesday, July 9, 2014

Sesi soal jawab ...

Salam Rabu kawan-kawan !

Minta maaflah banyak-banyak. I ni even Rabu pun memang takdanya senyap, sunyi sepi. Jangan diharapkanlah Wordless Wednesday dari MD. Susah angan-angan tu nak menjadi kenyataan ^_^

Meh, nak sambung kisah si Abang ni lagi. Harapnya takdalah yang muntah darah dok membaca MD membebel pasal anak-anak dia jek. Macamlah dia seorang je dalam dunia ni yang ada anak. Macamlah anak-anak dia je yang tahu serba-serbi, yang comel belaka. Oh, tidak! Bukan itu maksud yang tersirat.

Tanyalah pada mana-mana ibu, sebagai seorang ibu memang kita rasa anak-anak kitalah yang paling comel dalam dunia ni. Tak boleh dibandingkan dengan anak orang lain. Memang kalahlah anak orang. Betul tak? Apa ? Tak betul juga? Kalau gitu ... memang I ni emak yang perasanlah ya ^_^ 




Sejak ada blog ni, memang nak bercerita tentang anak-anak je. Buat ingatan manja bila dah Alzheimer nanti. Boleh juga sesekali menjengah blog dan mengintai kisah lampau anak-anak yang menjadi pujaan hatiku ini ....

Sorrylah friends ... I takda niat tersirat pun. I sebenarnya lagi gusar kalau keluar ke mana-mana dan ada orang dapat 'detect' itu MD berdasarkan muka anak-anak yang selalu keluar blog (Macamlah dia ni famous amos, perasan memang No.1) 

I ni di alam nyata memang low profile ye. Tak mahunya pergi mana-mana orang dok pandang, jeling, tegur. Maklumlah orang sombong. Kalau tak percaya, tanyalah kat kawan-kawan sekolah. Eh, you all kenal ke kawan-kawan sekolah I? Hahaha ... joke tak kelakar langsung ler !

Tapi, walaupun nampak sombong, I peramah sebenarnya kalau mengenali I dengan lebih dekat lagilah *__*

Okey, kisah Abang semalam yang pergi sekolah untuk exam BMnya ....

Sebelum tu, Abang kata malam yang Abang tulis nota minta maaf untuk Mommy tu, lepas tu Abang ada buat something...

Mommy, Mommy perasan tak Abang cium dahi Mommy semalam?

Bilanya sayang?

Lepas Abang siap revision pukul 12 malam  tu, Abang pergi kat Mommy. Abang takut Mommy sedar so Abang cium kat dahi Mommy sebelum Abang tidur...

Ya ke? Kenapa?

Sebab Abang sayang sangat kat Mommy. I can't live without my Mommy, kan!

Abang tak kiss dahi Daddy?

Daddy tak suka orang kiss-kiss. Abang takut nanti Daddy sedar pastu tumbuk Abang pulak! Daddykan ganas. Tangan Daddy kuat kalau tumbuk orang!

Mana ada... Daddy sayang Abang dan Adik tapi tak reti nak tunjuk macam Mommy!

Tapikan ada suatu hari tu masa Abang demam, Daddy fikir Abang dah tidur lepas tu Daddy kiss kepala Abang. Terus Abang cakap dalam hati Daddy sayang Abang rupanya....

Of courselah, Abang kan anak Daddy! Mahu Daddy tak sayang!

Balik sekolah, masuk je dalam kereta of courselah kena tanya dengan Mommy apa kisahnya exam; boleh jawab ke tidak. Selamba je Abang ni menjawab,

Mommy, Abang sempat baca Bismillah je, doa tak sempat! Nasib  baik tak susah!

Yalah, Abang... tak susah ya! Kita tunggu keputusan exam nanti. Bukan boleh percaya ni. Cuai satu hal. Mesti banyak buat silap tu ....


Mommy semalamkan Abang tengok cerita seram kat rumah MakNgah. Cerita Pengantin Malam!


Eh, bila masanya dapat tengok TV ni? Bukan ke semalam masa Mommy called Abang kata tengah buat revision?


Eh, Abang kan bangun awal semalam! Abang buat revision lepas habis Abang tengok movie pulak....

Oh, cepat dan pantasnya buat satu-satunya revision untuk exam BM ni. Baguslah anak Mommy ni. Baca sekali imbas terus masuk dalam kepala. Ya, ya... nanti kita tengok result exam camna...

Balik sekolah kami ke suatu tempat. Jalan nak ke sana melalui jirat Cina. Tetiba je Abang suruh tutup radio kereta yang sedang melalak lagu popular.


Kena  tutup radiolah ni. Mana boleh dengar lagu kalau lalu kubur. Kesian dia orang tengah terseksa!


Jirat Cina ni, Abang... memanglah terseksa!


Eh, bukan kubur ke ni? 


Kubur Cina ni kita panggil jiratlah. Sama je sebenarnya ...


Oh, ingat tadi kubur orang Islam. Kalau jirat Cina takpalah kan...

Mommy.... hantu kat kubur Cina ni faham ke kalau dengar lagu Korea?

Aduhai ....

Kalau di rumah, bila Adik menyepahkan mainan, memang Abang yang dikerah kemas oleh Daddy. Biasalah Daddy ni, berat sebelah...

Dengan muka mencemik-cemik sambil membebelkan si Adik, Abang pun mulalah mengemas. Banyak juga pesanan penaja untuk si Adik. Yalah penat Abang tu asyik kemas mainan yang Adik sepahkan. Tetiba je I dengar Abang membebel,

Adik ni! Macam budak-budaklah!

Kenapa Abang? Adik buat apa?

Abang pukul ass Adiklah sebab asyik sepahkan mainan je lepas tu Adik nak tarik rambut Abang!

Memanglah Adik budak-budakkan...baru dua tahun lebih, cakap pun tak betul lagilah!

Mommy, bila Adik boleh cakap macam kita ni?

Tu dah bolehlah tu. Sikit hari lagi lancarlah Adik menceceh macam kita. Sekarang ni pun Adik dah kuat membebelkan...

Yalah, Adik membebel tapi banyaknya kita tak fahamkan!

Kenapa Abang tanya?

Abang nak ajak adik borak-boraklah!

Cerita pasal girlfriend eh....

Apalah Mommy ni! Abang mana ada girlfriend. Kan Abang tak nak kahwin, nak jaga Mommy and Daddy. Adik lainlah, dia nak perempuan Korea. Suka sangat dengar lagu Korea sekarang ni! Adik, perempuan Korea makan anjing tau. Padanlah muka Adik, tak halal!

Erkkk ....

Siapa ada mengikuti drama Korea 'The Women's Room' yang bersiaran selepas pukul 10 malam? 

Hah, I dengan jayanya mengikuti juga. Siap stop kerja rumah sekejap. Habis cerita barulah sambung semula. Sekarang ni Abang jadi peneman. Boleh percaya ke tidak?


Abang, semalam masa Mommy tertidur apa jadi kat Kyung Chae ni?


Hee Soo tu memang perempuan jahat sangat, Mommy. Dia tak kena pecat dari hotel tapi Kyung Chae kena pecat sebab jual beg tiruan!

Ishhh... ada juga perempuan jahat macam nikan Mommy ....


Mommy, Ji Sub tu dah jadi macam orang bodohkan... ikut je cakap Hee Soo tu! Apasallah  takut dengan wife dia ek?


Hahaha .... sekarang, nak percaya ke tidak yang I tengok drama Korea dengan Abang setiap malam? 














36 comments:

  1. Replies
    1. Anak-anak ... kadang-kala memang gelak berborak dengan mereka.

      Delete
  2. seronok ada geng boleh buat emo2 layan korea drama.. agak2 Luth bolh jadi geng kita jugak ke? Mmm.. macam Luth syg ayah dia je... :( ayah dia suka cium dia kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. PB, tambah ahli lagilah :) Bila lebih dari satu, senang nak buat kumpulan. Setakat ni saya dengan Abang, Adik selalu berpihak pada Daddy :) Tapi Daddy pun kalah kalau Abang sedih. Adik serta-merta tukar kem join dengan Abang kesayangannya!

      Delete
  3. Bestlah tu MD ada peneman tengok cerita korea.. akak tido dah waktu tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lately ni selalu gak tertidur bila menonton separuh jalan .... :)

      Delete
  4. cerita Korea? wah dahsyat tu ble layan ngan MD si abang ni. Tapi bab kemas mainan tu sama je...kat umah ni pun, si abang yang kena kemas walaupun adik yang sepah sebab adik malas kemas...janji manis je..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia suka je temankan Mommy tengok movie. Tapi tengok gak cerita apa. Tak semualah dia minat :)

      Kesian tengok Abang, selalu jadi mangsa Adik yang lasak. Adik dia tak kisah apa. Kalau kita suruh kemas senang jek jawab - Tak nak!

      Delete
  5. Gelak baca dia kata nnt daddy tumbuk klu dia kiss. Hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daddy kalau bergurau kasar. Tu yang dia rasa sakit. Lagipun Daddy jarang pukul anak. Mommy ni hah yang selalu gak naik tangan :) Tapi entahlah kenapa Abang sayang Mommy lebih. Hihihi ....

      Delete
  6. Kalau macam ini gaya sah mummy dgn abang memang saling tak tumpah sama. Banyak persamaan dari hal makan sampai tonton tv...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Like mother, like son kan, Kakzakie :) Selain dari menonton dan makan, rupa pun serupa, kak. Dah memang betullah acuannya :)

      Delete
  7. rajinnya lahai abg jadi peneman mama.siap bercerita lagi tu. bestkan ada peneman selain
    suami.. tak sabarnya... :)

    abg ni kuat nyembang kan mommy. ada aje yg ditanya nya. agak2 kalau terserempak 4 mata dgn ciksu, jika ditanya dia layan ciksu tak? ke nyorok belakang mommy?

    mommy, hri ni masak ape?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lately ni Mommy selalu jek tertidur tgh tengok cerita Korea. So kalau dia nampak Mommy tidur atas sofa, dia akan kejut. Tapi bila dah selalu sangat, dia tutup terus TV dan tidur. Hilang mood agaknya menonton sorang-sorang. Kalau Mommy ada, bolehlah sambil tengok sambil menceceh :)

      Dengan Mommy je Abang ni rajin menceceh. Kalau dengan orang lain, dialah lelaki tersopan di Malaysia nih. Kalau dengan kaum keluarga saya, boleh tahan gak kecoh mulut!

      Semalam masak kari ayam+kubis masak lemak puth+redbeans&telur goreng+ ayam goreng je, Ciksu!

      Delete
  8. hahahaha..sedap aja dia kutuk Adik sebab minat awek Korea....nanti jangan last2, soi Abang pun terpikat kat awek Korea....psstttt...awek Korea banyak yg plastik tau mukanya Abang...hihihihihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, dia dah kompem tak mahu kahwin sebab nak jaga makpak dah tua nanti! Itupun kalau Allah tak marah ler tak kahwin. Hehehe.... Dia kata kalau girlfriend Adik tak hormat MommyDaddynya, dia sekeh je kepala lepas tu hantar masuk jail. Huhuhu...malang ler girlfriend Adik nih!

      Abang kata perempuan cantik memang tak bagus perangainya berdasarkan pemerhatiannya. Keh3x.

      Delete
  9. Abang ni memang matangla .. aayat ayat dia tu tak macam budak tahun 2. Pandai dia cerita pasal daddy tak suka kiss ya.. abang cerita mcm ni dengan MD je ke? Ke kalau jumpa sedara mara pun dia kecoh bercerita macam ni juga?

    Eh.. saya pun tgk juga citer ni. Dah makin best kan? Dulu tgk jarang2..skrg wajib..dah betul kisah tu, tapi kyung chae tak jadi kena pecat semalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya dengan saya dia rajin membebel. Kalau dengan kaum keluarga terdekat tu borak gak tapi tak rancaklah. Kalau dengan orang luar, ishhh...sopan yang amat tau!

      Daddy memang kasar kalau bergurau dengan anak. Nak berboxing je. Manalah budak tu tahan. Adik okeylah sebab dia leh tarik rambut Daddy kalau Daddy gurau kasar. Abang hormat Daddy so tak leh main tarik rambut makpak :)

      Semalam pun saya tengok dan tertidur separuh jalan, AN .... Abang bosan terus tutup TV dan tidur. Walhal dia dah panggil-panggil saya, warning jangan tidur atas sofa lagi :)

      Delete
  10. hahahaha org korea makan anjing katanya.
    abg2.. sekali berborak mmg byk cerita nya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daddylah tu punya kerja. Sebab kat kampung Daddy ada Korean Uzbek. Habis anjing kat kampung, dia orang beli dan makan! So, anak pun rajin je masuk telinga bila dengar cerita MommyDaddy. Tapikan si Adik ni memang dah 'menyerong' sikit perangai bila dengar lagu K-pop ni. Aduh, takut pulak daripada nak jadi ustaz tetiba nak jadi penyanyi ala K-pop. Nangis omak nanti :)

      Delete
  11. Bab perasan tu mmg mak dah arif sangat dgn jiran sebelah hokay! Sebab tulah mak steady jer....hehe
    Weyh....ingat ke tu nak bukak blog sendiri kalau dah alzhmier nanti!
    Doa doalah kita sihat sampai ke tua....huhu
    Nampaknya dah ada geng tengok cite Korealah yeh.....kalau tertidor nampaknya abanglah jadi mangsa kena cerita balik kat mommy hehe.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak ni... abis tu mak tak nak perasan-perasan, terpaksalah jiran sebelah take over. Hidup kalau tak perasan, takda jiwa tau, Mak:) Lagipun bukan selalu dapat feeling perasantan ni Mak ...

      Eh, password dah saved kan. Sekarang ni pun bukan key in password lagi :) Tapikan Mak, risau juga ek kalau kena Alzheimer ni. Ish, minta dijauhkan Allah hendaknya. Tak mahulah lupa segala kenangan indah bersama keluarga :(

      Tak eh.... kalau nampak Mommy tertidur, Abang cepat-cepat sound kasi kejut suruh tengok sampai habis. Tapi kalau dah selalu sangat, memang dia tutup TV dan tidur. Tak best kalau tak boleh membebel dengan Mommy masa tengok cerita. Abang yang lelebih tau mengomen jalan cerita sampai Mommy yang kuat meroyan ni suruh senyap sekejap Mommy nak concentrate tengok drama :)

      Delete
  12. wah dh boleh buat teman berbual ni mummy..kalau ank pompuan mcm akak dh boleh jd kwn bergosip.....he3x......seronok...

    abg mmg tidur lewat ek MD.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang-kadang tengah bergosip berjemaah pun dia menyelit sama :) Cuma bab shopping mopping tu dia memang tak sukalah. Kalau dengar Mommy nak gi shopping, memang dia minta pilihan nak duduk kat rumah, main game lagi afdal dari buang masa kat shopping mall...

      Selalu memang lewat sebab ikut prinsipnya - kalau dia tidur lewat, dia bangun cepat, kalau dia tidur cepat, dia bangun lambat.

      Selalunya kalau tak pukul 11 malam, memang tak tidur lagi. Nak tengok kartun Oggy sampailah tertidur sendiri.

      Delete
  13. inilah namanya like mother like son..suka layan anak yang banyak tanya banyak juga jawapannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul tu, Ema. Sebiji ikut perangai saya. Emo pun sama gak. Itu jek part yang tak suka. Mana boleh anak lelaki cengengkan :)

      Delete
  14. saya ni lambat dapat anak, dah tua2 baru merasa jaga anak, so saya memang suka baca blog irang cerita fasal anak. maklum, walaupun lebih berusia tapi anak2 masih kecil..huhu

    amboi, pandai abang bersembang MD..mcm budak besar
    apa tak percaya nya...anak saya tu pun minat sangat drama Melayu. boleh tolong explain lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, sama jek! Saya pun lambat beranak sebab lambat kahwin. Keh3x. Kawan sebaya anak dah 3,4,5 orang. Yang bujang dan anak dara pun ada tapi anak saya kecil-kecil lagi. Tapi takpa, janji kita happykan :)

      Kadang-kadang tu Anim, boleh diajak bergosip sama. Hihihi... dasar Mommy tak sedar usia dah tua. Orang suruh buat banyak pahala, dia sibuk lagi hal-hal duniawi tak sudah. Nasiblah anak oi dapat Mommy perasan muda lagi :)

      Delete
  15. haha..pnjang akal sungguh abg ni.. msti cerdik budaknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang suka berceloteh macam Mommynya juga :)

      Delete
  16. Btl la tu MD. Kalau blj setiap bnd br yg diorg buat nak buat entri je. Tp ay ni smgt je lbh. Kdg2 tu kalau dh lm skt lupa la nk taip apa. Mood ke laut katakan. Ni tgh tgh tggu sim broadband br ni. Hopefully lps ni lancar la berblog. Kah3... Sila la percaya. Guna hp ni leceh. Tp nk on laptop pn kdg2 mls. Mcm mana?

    Bab anak ni mmg la. Byk songeh kalau yg jenis membebel ni. Naik pening pun ada tapi layankan je la. Nak buat macam mana. Dah suka sgt bercakap kita bg e la dorg ni bercakap. Asal x ckp yg pelik2 dh la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I percaya :) Moga lepas ni takdalah lagi alasan untuk mood tu jauh ke laut dalam yek!

      Saya sendiri tak pernah guna handphone mahupun tab. Rasa terseksa jiwa raga ni. Saya memang old school ler, suka guna pc.

      Anak-anak memang sampai satu tahap umur tu kerja bercakap je tak sudah-sudah. Seronok juga melayan :)

      Delete
  17. aduh abgn ni ada jae jawapannya ya..mmg comel2 belako..dah anak kita mmg semuanya indah dimata kita..tp makin membesar makin byk peelnya kadang2 pening jugak..lagi senang jaga baby kot,klu baby yg jenis baik la..diam je pastu comel gila..bau pun wangi.hehe

    abang dah terjebak drama korea nampaknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baby kan innocent, memanglah best. Dok cium jek sebab wangi :) Tapi PK, takdalah teman nak tambah ahli lagi. Kilang dah tutup :) So, ada dua ni pun rasa dah ohsem sangat. Pengsan jugalah kalau ada sesi soal jawab selalu !

      Delete
  18. hantu kubur cina faham lagu korea ... hahahaa lawaklah abang ni ... saya pun tgk the women's room ... smlm kyung chae ugut ex bf hee soo dgn rakaman perbualan utk dapatkan gambar ... saya klu budak byk cakap cam abg ni , suka melayan ... seronok tau .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minggu lepas asyik tertidur atas sofa jek kerjanya. Tengok separuh jalan. Abang berbulu jek sebab dia nak tengok tapi Mommy asyik tertidur. Kawan nak bergosip tarak :)

      Ada gak Abang beritahu latest episod pasai apa tapi Mommy kalau tak tengok memang tak berapa suka nak tahu jalan cerita dah ....

      Delete

Nak kahwin lagi...

Salam kawan-kawan! Amboi, tajuk! Seram membacanya! Siapalah gamaknya yang nak kahwin lagi ni? Yang sebenarnya, tak tahulah hari...