Mi rebus resepi orang ...


Salam Jumaat semua !

Aduhai, sukanya dalam hati ni bila dah Jumaat. Esok dah boleh berhujung minggu. Takda plan apa pun sebab malas nak keluar rumah bawa si Abang yang puasa. Nanti bila penat dan minta nak berbuka, Mommy yang dipersalahkan *__*

Dek kerana emosi berlebihan kelmarin, ingatkan nak pergi beli pizza je buat santapan berbuka semalam. Nasiblah masing-masing, cukup ke tak cukup ke pandai-pandailah nak berkongsi.

Tapikan, tapikan....

Lepas baca blog CahayaHidupku, tertiba pulak terliur nak buat mi rebus yang katanya mudah sangat tu sampai diulang tayang sekali lagi. I pun macam biasa kopipes ler resepi (itupun nak kopipes, tak reti buat ke cik kak?) Belek-belek ingredient, lubang-lubang pulak barang yang ada di rumah makanya tengahari semalam masa lunch break teruslah off to tempat biasa nak mencari bahan. Sampai lewat 15 minit balik ke pejabat. Lepas tu buat muka cam takda apa-apa kejadian aneh je berlaku sambil minta maaf tertunduk-tunduk depan bos sebab lewat masuk kerja balik. Of course, of course... I takdalah cakap I gi grocery shopping ... Nak kena hempuk tu namanya *__*

My colleague sorang tu le jadi mangsa.  Hari Isnin lepas, I beli ayam dua ekor simpan dalam freezer di pejabat, I suruh dia remind me masa nak balik nanti. Kalau tidak, hanyutlah ayam den terlepas ....

Semalam kena lagi sekali kawan yang satu nih... I suruh dia ingatkan I ada ikan dalam freezer kat pejabat (Hah tengok tu, bukan bahan mi rebus je yang dicari, habis semua disapu bersih kalau dah ada peluang gi supermarket...)  Maklumlah kawanmu ini dah lupa-lupa ingatan kenkadang. No, no, no, bukan sebab tua tapi sebab keturunan... Yalah tu, percayalah 100% je, ya!

Maka petang semalam untuk berbuka, terjadilah mi rebus yang resepinya telah ditokok-tambah ikut sesedap hati kita dan juga kuey teow goreng tanpa ternampak sayur-sayuran menggunung mahupun berselindung di celah-celah kuey teow demi Bubbly Abang, anak kesayangan Mommy tu.

Adik Cute okey je. Dah dua hari berturut-turut 'berbuka puasa' di rumah my sister, tak mahu balik rumah. But then semalam Adik ada sama 'berbuka' , so dia hirup kuah mi rebus je dengan penuh nikmat ... 

Si kecil ni waktu kami berbuka memang dia duduk semeja siap dengan peralatan memakannya, alah-alah nak berbuka bersamalah kononnya. Bila nak berbuka, dia pun baca doa juga. Orang solat, dia pun solat Maghrib juga. Kalau tak bagi, mahu meraung menangis nak jugak!

Hati Mommy legalah sebab senang betul nak bagi makan Adik ni. Ikut siapalah agaknya .... 

Ikut Daddydearielah kalau bab-bab senang ni, kalau ikut Mommy semua pun susah belaka *berkeluh-kesah macam nak semput*

Keluarga kami memang adil dan saksama memanjang. Satu ikut 99% Mommy, satu lagi ikut Daddy 99%. Baik buruk perangai MommyDaddy, kita tolak tepilah sebab dah bagi sama rata, jangan nak mengata sampai bergaduh lakibini sebab marahkan anak ikut gene siapa gaknya *__*

Oh, by the hi-way .... gambar ah kak tak snap ler sebab orang tengah sibuk terkangkang-kiap kat dapur berpeluh ketiak, takkanlah nak suruh snap gambar. Tak kuasa tau ....

Terima kasih ye CH kerana resepi senang dan mudah serta tak berkira bahan tu. Senang sikit kerja MD semalam tau. Takda hujan-hujan air mata. Puting beliung pun takda semalam. Tak payahlah nak melarikan diri ya, Kakzakie. Takda siapa pun kejar. MD puasa semalam, tak larat le nak main kejar-kejar ni. Tak payah juga sediakan baldi, semalam guruh pun tak berbunyi *__*




Comments

  1. Eah..awal hari ni MD buat entry, biasa sebelum saya ke sekolah tak ada lagi entry MD.

    Nak jenguk jugalah resepi mee rebus tu.. kat rumah ni setakat ni nasi lagi sebagai santapan berbuka. Kalau dpt mee rebus yg sedap sekali sekala best juga tu. Sama dengan sayalah MD, kalau beli barang dan letakkan dlm peti sejuk kat sekolah, ada sorang kawan yg jadi tukang peringat kat saya. Padahal tempat duduk saya kat depan pantry je, orang jauh yg tolong ingatkan, kalau tidak adalah balik tanpa bawa bahan yang sepatutnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari ni mood sampai awal :) Lagipun gambar takda senang sikit kerja menaip entri... cam mula-mula dululah :D

      Mudah je resepi yang CH bagi ni. Tak payah bersukat susah benar. Maklumlah masa pun tak banyak nak dibuang bulan puasa cam ni. Main ambil mana sempatlahkan.

      Rumah saya pun dah beberapa hari nasi, so kena tukar seleralah. Semalam takda guruh, takda drama air mata sebab semua makan sesenyap mungkin tanpa mengguris perasaan. Hahaha...

      Kadang-kadang saya tulis kat sticky note tapi selalu gak terbabas, terlupa. So, pesan kat kawan. Dia suruh tulis dalam he-ho, biar diingatkan tapi tak bestlah. Suruh orang gak yang best :)

      Delete
  2. Hahaha.... dah terang lagi nak bersuluh. Memang nyata abang tu ikut Mummy tak bolehlah nak salahkan abang kan. Kweeteow tanpa sayur pun bukan kerana abang dah mummy pun sebenarnya tak makan pun sayur. Haa... abang juga nak dikata.

    Semalam kira bahagialah MD, makan pun sambil mengunyah boleh senyum lebar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suluh guna torchlight comel, mana nak nampak, kak :)

      Eh, betul... saya buat kuey teow tu untuk dia manalah tahu dia tak mahu makan mi rebus. Semalam dimakan mi rebus penuh semangat, bila saya kata ada buat kuey teow togel jek tak letak sayur teruslah nak cuba. Lepas tu cam biasalah beralih arah ke mi rebus balik...Tanya gak sedap ke tidak, tapi komen nak amik hati Mommy lebih nih ....so tak leh nak percaya sangat :)

      Semalam sopan santun je saya makan, sambil menyuap si kecil tu nak hirup kuah mi rebus. Takda drama-drama. Dah warning dah, kalau ada drama lagi, Mommy nak lari cari batu belah batu bertangkup. Sesekali kena ugut-ugutan gak! Hahaha ....

      Delete
  3. wow mee rebus MD..sedap tu...yang abang ikut mummy..yang adik ikut daddy..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali takda menu nasi, sedap gak. Kali pertama buat mi rebus. Yang mudah-mudah je :)

      Delete
  4. Md makin terro masak. kita rasa jeles..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makin terror masak? Hah, ni nak kata kita tak pandai masaklah dulu nih... Hihihi...

      Delete
  5. mi rebus tu..solutelah..semalam kite masak daging blackpepper ngan telur bungkus je..:)

    anak2 sama rata ikut perangai mommy daddy takpe..adil dan saksama..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Resepi ni nampak mudah itu yang saya cuba. Nak pelbagai menu bulan puasa ni, saya surrender siang-siang. Yang senang jek untuk juadah berbuka.

      Delete
  6. oklah tu adil dan saksama lah, ada yg ikut mummy and daddy..
    sedap pulak mee rebus tuh.. walaupun takde pic, tapi buat2 jer mcm ada kan.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehhe....macam adalah tu pic mi rebus yang so tempting :) Bulan puasa ni tak letak gambar pun boleh imagine macamana kesedapannya, ya tak, Lyn ?

      Delete
  7. Bukan awak jer yg suka kalau tiba hari Jumaat, jiran sebelah pun suka tau....cuma esok aje ... ada sikit tak tenteram....sebab kena berlakon huhu....
    Rumah ni mcm kena nasi jugaklah nampaknya.... so kalau menu mee pun nanti kena masak nasi jugak.
    Malas weyh mak..... nak kena masak banyak pulak....
    Wah kena pergi blog CH pulaklah lepas ni nampaknya....teringin nak tgk Mee Rebus dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah jiran sebelah ni tak kisahlah masak apa, asal kena dengan anak tekak. Kalau menu tak berubah pun lagi bagus. Yang di rumah tu bukan reti kalau kita bersusah payah masak menu baru :)

      Delete
  8. Rasanya jarang ada pompuan kat dunia ni kalau singgah supermarket tak rambang mata....Nak beli 1 jadi 5.....nak beli 5 lagilah penuh troli hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kira standardlah tu kan, OKje. Kalau nak beli 1 tiba-tiba tak beli langsung, itu lagilah ohsem perangainya :)

      Delete
  9. buat muka tak bersalah jer masuk pejabat lambat..report kat bos nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...bukan sekali-sekala. Selalu pun gitu :) Takda feeling-feeling guilty gitu :D

      Delete
  10. mi rebus..sedap tu..tapi mr hubby saya tak makan mi kuning..so jarang la wat mi rebus ke, mi kuah ke, mi goreng ke...
    anak2 saya, kalau bab bebai/mengamuk ikut perangai mama dia ni..huhu..jenis tak dengar kata..hai la....baru tau susahnya nak cope up dengan org yang perangainya sama dengan kita..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...tak lehlah kita nak salahkan mereka 100% dah katanya ikut perangai kita, kan....

      Kat rumah saya, mi hun tu tak jalan langsung. Kalau mi kuning, cuma Abang je suka. Lain-lain telan spaghetti, tekak omputih sesangat :)

      Delete
  11. sedapnya mee rebus.so, masak satu menu je la..
    mommy, masak apa hri ni?
    umh ittew xda air la. hukhuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak masak nasi, pilih menu yang masak satu cukup untuk semua. Malas nak bermenu-menu sangat. Itu pun selalu tak habis, Ciksu. Hari Jumaat pun menu lumayan juga atas meja. Hari Sabtu dan Ahad makan di luar :)

      Rumah kami katanya takda air pukul 10 pagi Ahad tapi alhamdulillah, ada je air sampai sekarang.

      Delete
  12. masa2 mcm ni mmg kita akn cari resepi simple dan yg penting sedapppp....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak kejar masa berbuka, cari yang simple-simple sahaja tapi mengikut anak tekak citarasa yang di rumah :)

      Delete
  13. Biasalah tu time2 posa nilah baru nak sibuk cari resipi baru...selama ni x pun...
    Apa pun ok le tu MD rajin juga memasak...dua heroes main peranan masing2 yer sayang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah, Bunda. Bila kena masak untuk juadah berbuka, tak leh lari. Masa tulah sibuk nak google resepi mudah. Kalau hari biasa, tak masak pun takpa sebab takda apa yang nak dikejarkan...

      Delete
  14. Assalamualaikum...

    Perghhh kak mee rebus tuuu!!! ohhh bkn senang nk buat kuah die tuh...huhuhuhu sofia plk yg terasa nk makan mee rebus skg nih...tp sofia kalo mee rebus...mmg xla makan luar muar...haha hanya di muar je mee rebus yg menepati citarasa :p

    regards,
    Triplesmiley


    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam,

      Mi rebus Muar mana ada tandingannya, Sofia :) Tetiba terasa lapar balik dan teringin nak makan mi rebus semula. Hihihi...

      Delete
  15. Nanti cuba la mee rebus ganu style.. tiba2 rasa nk mkn mee rebus plok.. sdpnya.. lg2 mkn dgn air lada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bulan puasa ni tangkap muat mana yang mudah nak buat. Ada 1 jam setengah je. Balik-balik teruslah buat mana patut. Mi rebus ganu style camna pulak ek? Nanti nak google tengok resepilah!

      Delete
  16. Aduh duhh sedap tu mee rebus. LM suka lbh toge dan bawang goreng. Bak meh toge MD bg kat LM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah ketepi siap-siap toge dan bawang goreng masuk pinggan orang tertentu je, LM :)

      Delete
  17. terserlah juga kehebatan MD memasak . mee rebus mesti sedap tu ... QV hari ni makan mee tom yam kung !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... mi rebus resepi orang, Vee! Ikut ajelah resepi tanpa menderhaka gitu :) Kalau derhaka banyak sangat mahu mi rebus jadi mi tomyam pulak kang !

      Delete
  18. saya nak bagi kad raya . blh beri alamat ... terima aksih .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti saya tinggalkan kat komen di blog Vee, ya. Jangan approve komen tulah ya :)

      Delete
  19. Sedapnya mee rebus. Nak buat la jugak. Tp masak cmne pun husben mesti nak beli lauk dia jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tetiba teringat balik kat mi rebus ni. Resepi yang dikopipes pun senang jek. Buat sambil pejam mata pun menjadi. Eh, betul ke? Hehehe ...

      Delete

Post a Comment