Buffet Ramadhan @ Raintree Cafe, Hotel Maluri


Salam Rabu kawan-kawan !

Alright, sebelum kena kutuk lebih baik I buat penjelasan. Yes, yes, I berazam tak mahu ke PARAM membeli makanan Ramadhan kali ini. Hanya memasak sendiri je di rumah. Tapi itu tak bermaksud, tak mahu berbuka di luar ya *__*

Maka, semalam kami empat sekeluarga berbuka di Raintree Cafe, Hotel Maluri bersama-sama my mak, my eldest sister's family dan my niece's family juga. Meriah jugalah berbuka puasa dengan 9 dewasa dan 4 kanak-kanak ribena yang riang gembira.

Ramadhan buffet di sini memang dah jadi kegemaran kami sejak tiga tahun yang lalu. Makanya ini tahun ketiga kami iftar di sini. Kalau diikutkan ini kali ke-5 kerana sejak dua tahun lalu, kami ke mari dua kali dalam sebulan Ramadhan *__*




Sampai je di pintu restoran, kami disambut oleh seorang staff hotel ...

Hello boy! How're you? You don't know me, uh? (sambil menerpa dan tersenyum melirik sikit punya panjang kat Abang)

I'm sorry! I dunno .... jawab si Abang tersipu malu.... 

Wah, you've grown up! 

Oh, last year he was 7 and now he is 8 ... Mommy tukang menyampuk nak cover Abang yang malu-malu ada peminat lagi rupanya...

I pun sebenarnya terkejut. Rupanya this staff orang yang sama menyambut kedatangan kami pada Ramadhan tahun lepas. Memang bila nampak Abang last year, dia suka sangat. Katanya chubby, geram nak cubit-cubit jek ...

Tak sangka peminat Abang masih ingatkan Abang rupanya... Sepanjang masa beriftar, this Chinese lady kept looking at Abang. Suka sungguh dia ni tengok Abang sampaikan bila Abang nak ke bilik air, dia nak temankan tolong jaga depan pintu *_*

Meh, meh cerita pasal buffet di sinilah ....

Menu makanan memang tak perlu dipersoalkan. Memang banyak sangat pilihan. Katanya bertemakan Nostalgia Klasik Juadah Melayu. Siap ada penyanyi lagi dengan tema ' Cerita Buka Puasa' gitulah kalau tak silap ...

Sebahagian makanan yang disediakan


Gambar banyak yang gegar sama gegarannya dengan kelaparan dan rasa malu *_*

Tema 'Cerita Buka Puasa' entah bila mereka nyanyi I tak dengar pun sebab sibuk makan

Tempat utama hidangan buffet

Di antara menu yang I boleh ingat termasuklah nasi beriani, nasi putih, nasi lemak, rendang kerang, rendang daging, sotong masala, sotong kari, ayam tandoori, kari kambing, paratal kambing, ayam goreng Maluri, ayam masak merah, paru berlada lemak, tempe ikan bilis sambal, bendi sambal, sup ekor, daging dendeng utara, ketam berlada, ketam kari, mashed potato with brown sauce, aneka keropok, peria karela, masala ubi, pajeri nenas, pajeri buah, ulam-ulaman, kerabu betik, pucuk ubi petai tempoyak, gado-gado, rojak buah, green salad, mixed salad, coleslaw, lamb black pepper, chicken stew with potatoes and carrot dan macam-macam lagi.

Of course bila bulan puasa ni menu kambing bakar memang menjadi pilihan tetamu. Begitu juga di Raintree Cafe tapi I tak makan kambing so takdalah mencubanya *__*

Peminat kambing di sinilah tempatnya *_*


Selain itu ada juga disediakan kuih muih tradisional, aiskrim dan manisan, buah-buahan dan gerai untuk mi rebus istimewa, spaghetti carbonara, cucur udang, pisang goreng, cakoi, sate cucuk dan macam-macam lagi.



Arghh, gegar lagi sebab nak cepat dah kena sound dengan Hubbydearie


Pendekata memang kenyanglah kalau diikutkan nafsu makan yang ada *__~

Amboi, mak! Siapa punyalah ni!

Muka tak sabar menghitung minit, menunggu berbuka puasa

Dok repeat ambil air je kerjanya. Sempat lagi pesan suruh bawa 100 Plus dari rumah kot-kot semua air yang disediakan di sini tak sedap

Harga pulak amat berbaloi iaitu RM68 untuk dewasa dan RM41 untuk kanak-kanak(7 -12 tahun) dan warga emas tetapi, dari 1hb-3hb Julai ada potongan harga sebanyak 30%. Tawaran 9 + 1 percuma pula akan berlangsung dari 4hb - 26hb Julai ~_^

Total untuk 7 dewasa, 2 warga emas, 1 kanak-kanak chubby dan 3 lagi FOC sebab tak puasa dan tak reti makan buffet pun *__*


Selesai beriftar, solat Maghrib dan makan lagi, kami pun cepat-cepat pulang ke rumah tapi sebelum itu, Abang nak berposing depan keretapi di ruang lobi hotel.


Adik walaupun tak puasa katanya sejak pagi dan tak sihat, tetap juga aktif

Dalam pada I sibuk nak membayar, the staff mencari Abang sekali lagi yang dah keluar dulu dengan Adik dan Daddydearie ...


Eh, mana that boy? Dah chow kah?

Ada, ada... dia nak posing depan keretapi kat lobi!


Eh, I gi dulu cari dia, k!

Bukan main excited this lady dengan Abang. Boleh speaking Mandarin bersama-sama lagi sambil minta nak ambil gambar dengan budak chubby ni ...

Abang dan aunty yang suka sangat dengannya sejak tahun lepas ^__^

Kalau sesiapa berminat nak merasa iftar di sini, I sediakan alamat dan nombor telefon sekali,


Hotel Maluri
No.1, Jalan Permaisuri
Taman Maluri,
55100 Cheras
Tel : 03-9287 8833 (Raintree Cafe)

Next iftar di luar rumah, tak tahu lagi ke mana *__*




Comments

  1. not bad jugak harganya... banyak gak pilihan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa kat sini quite cheap berbanding dengan tempat lain. Sama je harganya dengan tahun lepas. Food pun boleh tahan.

      Delete
  2. wah abag ada peminat..bestlah..sporting giler staff tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peminat sejak setahun sudah... tak sangka pulak Mommy :)

      Delete
  3. assalam MD..acik tak pernah berbuka diluar dari muda sampai ke tua ni ha..suami acik kurang berminat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau arwah abah saya ada lagi, tentu abah pun tak suka berbuka di luar tak kiranya betapa banyak buffet spread yang ada. Kalau kat rumah tu more rasa kekeluargaan gitu :)

      Delete
  4. jauhnya nak try kat sini kak.. byk pilihan yer..
    tapi Lyn ni mmg tak boleh lah pegi buffet, selalu makan sikit jer.
    buffet harga RM68, suku jer kot Lyn makan, perut I kecik u. hahaha. so dr pegi buffet baiklah ala carte or makan kat rumah jer.. hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perut kecil memang tak sesuai pergi buffet ni, Lyn. Buat membazirkan duit aje. Lebih baik makan ala carte, bila membayar mahal pun tak terasa membazir. Sama jek macam my nephew, RM10 jek nilai buffet yang ditelannya !

      Delete
  5. Replies
    1. Boleh tahanlah.... tenang je hati nak berbuka :) Lagipun dekat dengan rumah so senang sikit.

      Delete
  6. klu saya pergi buffet lauk pauk sedap gitu , x de nya nak amik nasi . ambik jer lauk pauk tu , ratah ... bhahahaaa ... beso selera . dah bayar pun mahal kan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha....saya pun gitu. Dah balik baru teringatlah bayar sikit punya banyak ratah lauk sepinggan jek :)

      Delete
  7. Meriahnya makan beramai2 tu. Untungla ada adik beradik tinggal dekat.. mesti yang banyak ketam tu pinggan MD kan? Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandai AN teka. Tapi silaplah itu jek sepinggan saya kerjakan untuk nilai RM68 punya buffet :)

      Delete
  8. Saya memang nekad this year tak mahu beli makanan di luar especially PARAM ler (ini tidak termasuk makan luar, fast food etc. hahaha...)

    Sesekali bolehlah, Diana. Kalau hari-hari, mahu tak dapat duit raya anak-anak saudara nanti :)

    ReplyDelete
  9. Suka tengok muka abang yang menghitung waktu tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sejam terakhir tu, memang asyik bertanya je bila nak buka selang seminit. Letih Mommy menjawab :)

      Delete
  10. amboi bam.. bam... der peminat yerk.. mestiler ingat budak comel...
    ooo sayani tak merasalah nak berbuffet ramadhan... suami tak gemar katanya rimas tuler melepasler nak makan kat luar.. lagipun tinggal ngan mertua yang tak larat sangat nak berjalan takkan nak ditinggalkan kat rumahkan... so kat rumahjeler...
    setakatni memang memasak cuma kuih muih, mi goreng dan chicken wingjer beli kat pasar ramadhan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu-dulu sebelum Adik ada, memang Abang jadi pujaan ramai. Femes seluruh kawasan penginapan. Kalau gi mana-mana ada je yang nak mencubit pipi, menjeling manja sambil berbisik. Tension hati Mommy ni tau :)

      Hubbydearie tu, kalau ajak berbuka keluar, first statement mestilah - Oi, mahal tu...membazir je sebab anak-anak bukan makan sangat... tapi bila kita pujuk rayu berkali, HD pulak yang over lebih-lebih. Janji boleh sempat sampai rumah, boleh terawih.

      Saya belum sampai ke PARAM lagi, Cho. Takda kuih-muih pun sebagai pencuci mulut setakat nih....

      Delete
  11. Kalau RM68 henggit kira murah jugaklah tu,....mana nak dpt rate tu sekarang ni...Banyak pilihan yeh MD.....
    Tanya je perginya belum tahu hehe...
    Ohhh kira awak yg belanjalah ni yeh.....Sejuk perut mak yg mengandung, sejuk perut kakak dapat adik yg pemurah macam ni....
    Glemernya abang mengalahkan artis...... Sok dah bujang...lagilah glemer tu.... Abang mmg ensemkan....sebab tulah ramai peminat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni kalau tengok harga buffet, memang nampak 3 angka je. Kalau tidak pun 80-90 ke atas. Sesekali memang boleh tapi memikirkan larat ke nak muntah kedarah banyak tu, dengan nilai tu. Rasa cam membazirlah pulak. Lagi kalau bawa si Abang. Dulu-dulu, dia free oklah, kita lakibini je. Sekarang dah kena bayar. Lepas tu makannya tetap nasi putih+ayam goreng+ayam bercili. Habis dah...bayarnya sampai 50++ gitu. Oh, tak sanggup! Lebih baik beli kasut raya seorang sepasang!

      Dulu sebelum Adik memang Abanglah yang paling glamor kalau ke mana-mana. Sejak Adik muncul ni, Adik je duduk di tangga teratas. Abang tak kecil hati sebab dah bagi tahu, bila dah besar dan mulut dah becok, populariti memang sedikit akan merundum :)

      Delete
  12. Assalamualaikum...

    nmpk menarik makanan die...huhu tp sofia kalo sorang..nk pg makan kt tempat cmni..rs mcm tak best..semua org makan dgn family..sofia je sorg2..sure nnt sedih..huhu

    haha abang dah ade peminat lah...

    regards,
    Triplesmiley


    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam,

      Buffet spreadnya banyak, tak padan dengan harga asal RM68. Akak pun tak keruan kelaparan dan malu-malu kucing (sambil gunakan anak dok ajak tengok menu, sambil snap gambar), gegar gegak gempita pulak gambar.

      Haish, Sofia...kalau nak gi buffet ajaklah kawan-kawan. Napelah nak gi sensorang. Nanti nangis bila dengar lagu raya, kan susah. Takpalah, nanti wiken balik kampung leh je spread buffet kat laman rumah. Lagi meriah !

      Delete
  13. wah meriahnya..
    amboi abg kemahen dia, ada peminat ye..
    kuat sungguh memori aunty tu dkt abg. hihi

    la, nape mommy x makan kambing tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, saya pun terkejut bila this lady menyapa Abang. Berbunga-bunga rupanya nampak Abang. Si Abang of courselah depan orang dah tersipu-sipu malu, nak cakap pun suara dah tak keluar. Ni nanti kalau nak bercinta memang Mommy kena jadi pengantaralah nampak gayanya :)

      Saya memang tak makan kambing, Ciksu. Dah nampak KAMBING, kalau makan juga memang saya mengembek nanti dalam bilik air, mengamuk marah-marah nak keluarkan segala anak tekak :)

      Delete
  14. plan juga nak makan buffet dengan famliy..masih tercari-cari..bila bacab entri ni..bolehlah disenaraikan dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Quite reasonablelah harganya, Ema. Kalau ikutkan sekarang mahu 80++ dan ke atas. Tak larat nak makan banyak tu, terasa membazir pulak nanti. So, kita cari yang agak-agak reasonable je harganya. Takdalah rasa terkilan sangat :)

      Delete

Post a Comment