Pra-Aidil Fitri

Salam kawan-kawan!

Teruknya alahai. Mood memang merundum habis di penghujung Ramadhan ni. Bukan sebab excited nak raya tapi dek kerana dapat cuti seminggu. Itu yang jadi bertambah malas ke pejabat dan buat kerja yang dibayar gaji *__*

Makanya esok dan lusa takdalah entri nampaknya. By the way, walaupun cuti tinggal seciput I rasa macam nak cuti je Jumaat ni. Nak last minute shopping habis-habisan dari pagi sampai ke petang *__*

I balik kampung pada hari Ahad tapi tak pastilah pagi ke, tengahari ke ataupun petang. Kalau ikutkan hati, nak jugalah berbuka beramai-ramai bersama keluarga di kampung. Lama dah tak berkumpul dengan my famili. Last I ke rumah mak di kampung raya tahun lepas. Cuma maybe dalam bulan Oktober 2013, adalah sekali balik hujung minggu ke rumah my second sister.

Bukannya dah jadi si Tanggang tapi my mak duduk di KL dengan my eldest sister. Itu yang tak balik kampung langsung...

Hubbydearie dah sound semalam. Katanya kita balik sehari sebelum raya dan raya kedua dah boleh balik ke KL! Aduh, tak boleh nak bangkang apa pun! Sedih pulak rasanya ...


Semalam I tinggal bertiga je dengan anak-anak. Hubbydearie berqiamullail nun di  Masjid Sultan Salahudin di Shah Alam bersama kawan-kawannya. Pagi ni bila I nak pergi kerja pun belum nampak batang hidungnya lagi. 

Kalau Hubbydearie sibuk berqiamullail, si isterinya pulak bukan main sedap melayan mengantuk di rumah. Entah mengapa di bulan puasa ni memang rasa mengantuk yang amat. Asyiklah tertidur di sofa lepas pukul 10 malam. Kalau bukan bulan puasa, boleh pulak mata ni  terang benderang tak mahu lelap walaupun jam sudah 12 tengah malam. Dugaan sungguh...

Tapi dek kerana Hubbydearie takda, pukul 3 pagi I terjaga dari tidur dan teruslah tak lelap lagi ...

Semalam bukan main lagi katanya nak hidang kuih raya setakat 5 jenis je. Alasannya sebab cuma ada lima balang kuih  yang baru dibeli. Lepas berbuka semalam, I pun dok mengiralah berapa sebenarnya kuih yang I dah beli. Bila dibilang dengan jari, eh, eh, eh.... ngapa dong jadi sembilan jenis pulak ni? Bingung kepala tau!

Seriously, this year I tak beli biskut raya. Cuma jenis yang goreng-goreng je seperti buah rotan, rempeyek kacang tanah, bunga ros dan kuih gulung. Adalah juga batang buruk,  kuih tart favorite (2 jenis tapi satu dah selamat makan sambil menonton TV), pisang salai (pun buat kuih raya hah) dan satu lagi sampai lupa apa ke namanya *__*

See ... semua kuih memang ala-ala pilihan orang tualah ^_~ Maklumlah katanya tahun ni kuih raya di rumah pun ada tema -Kuih raya tradisional diimport khas dari kedai! I memang malas nak beli biskut raya moden-moden ni sebab memang tak habislah. Boleh bawa ke raya tahun depan lagi kalau dibeli dan tak expiredlah!

Tapikan... nanti-nanti sebelum balik kampungkan nak jenjalan tengok-tengok je tapi tak tunjuk dan tak bayar ... so tak tahulah apa kesudahan cerita kuih raya ni!

Semalam sebelum keluar ke masjid, Hubbydearie ada menghubungi Mami di Tashkent. Dengar cerita angin yang bertiup kencang di sana, Mami ada hati nak terbang ke Malaysia lepas raya nanti.

Sakit kakinya makin menjadi-jadi sejak balik ke Tashkent. Masa di KL dulu, ada juga kurang sakitnya. Mami tak beritahu pun pada anak kesayangannya aka Hubbydearie tapi my brother in law called Hubbydearie semalam beritahu hal ibu mereka. Simpati katanya melihat Mami dalam kesakitan. Kalau tak menyusahkan (?) hendak saja brother in law suggest untuk Mami terbang ke KL semula dan berehat di sini. 

Oh, I tak kata apalah. Ini bukan kali pertama, right. First time dulu memanglah I kelam-kabut. Bukan main mithali lagi menantu Melesya ni. Kali kedua, dah kurang acting mithali-mithali ni. So, kali ni kalau betul Mami nak datang, I okey ajelah *__*

So, kawan-kawan... memandangkan mood I yang a bit kedaung ni, I nak ucap Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri untuk semua yang sudi singgah di my blog ini. Mohon maaf kalau ada terkasar bahasa dan menyentuh hati tanpa sengaja tatkala menulis entri di sini. 

Hati-hati ketika memandu pulang ke kampung halaman masing-masing, ya!

Bersiaran lagi selepas 1 Syawal nanti *__*




Comments

  1. huk.huk.hukk...akak pn tumpang sedih sbb MD xdpt raya lelama kt kg...xpelah ye, redha jelah. Kg MD kat mana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah akak ni, mentang-mentanglah dapat balik Kelantan. Happy ek :)

      Dah biasa kak macam ni. Kadang tu ambil cuti bukan kemain lagi excited lepas tu raya ke-2 dah merengek-rengek Hubbydearie ajak balik KL. HD memang sangat 'mencintai' kampung halamannya di KL nih :)

      Kampung saya kat Parit Bilal, lepas Tasik Merdeka sebelum Tongkang Pechah. Akak mesti taukan...

      Delete
  2. Pening ar.... kata esok dan lusa tak de? tapi nape nak cuti jumaat pulak ni....mereng ke apa ni hehe....

    Memang betul samalah kita.....entah macam ada gam gamaknya mata ni....ada sekali tu OKje terlepas ambik anak tuition tido punya pasal hehe...

    Banyak dah sangat kuih tu walaupun kuih tradisional. Tapi sebenarnya kuih tradisionallah sedap tau tak muak. Sama aje kat rumah ni, kadang tu sampai berbulan kuih moden yang lebih tu baru berbuang. lagilah Pak Jilap tu kurang suka.

    Tak pe Raya tahun ni sure lebih indah, maklum ajelah ..... hehe .... Eh rasanya emotion kat atas tu kena tukar simbollah hehe...

    Laaa.... takkan dah ucap selamat Hari raya kot copeknyoooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Jilap ni, mesti pening sebab semalam dok menggentel lebih sangat. Ni lum adjust baliklah tu mata...Hahaha...

      Kita cuti seminggu minggu depan. Patutnya esok dan lusa kerja lagi tapi kita takda mood nak kerja. Kita cuma tinggal mood nak balik kampung dan mood shopping je. So kita fikir-fikir kita nak cuti Jumaat ni jugak ....

      Kita malas nak buat entri untuk esok sebab cerita yang ada tiada kaitan dengan raya mahupun Ramadhan ni :) Itu alasan nak digunapakailah ya. Sebenarnya, kita dah malas nak ngadap pc. Esok kita nak settled kerja sikit-sikit yang ada sebab Jumaat nak gi menyoppingkan :)

      Kita ada juga beli kepek pisang tanduk, pastu kita wallop sendiri depan TV. So tak kira sebagai kuih rayalah tu :) Nanti kalau tak cukup kuih takpun kita tengok meja kita cam tak sesuai je kondisi kuih raya yang ada, kita top up je cookies takpun jeli ke, gula-gula ke ataupun coklat untuk budak-budak. Keh3x.

      Alah, OKje, malaslah nak bersopan-santun lagi. Kalau biasa makan dua pinggan, nanti Mami datang kena redhalah tengok menantunya makan 3 pinggan pulak. Hahaha.

      Itu emoticon sebabnya kita tensionlah boleh pulak abang ipar tanya kat adiknya okey ke tidak, kalau tak menyusahkanlah, nak suruh Mami ke Malaysia lagi... Nyampah dengar statement gitu. Macamlah kita ni berkira sangat. Statement cam tu selalunya ditujukan pada menantulah kan. Anak dia takkan nak kata tak okey, tak boleh datang!

      Ini entri last sebelum raya. Esok elek. Lepas tu sibuk raya. Maybe bila naik kerjalah baru kita up entri baru pulak. Jangan merindu kat jiran sebelah. Kalau rindu sangat tu, cium-cium jelah purse pemberian kita. Kah3x.

      Delete
    2. Adoiiii cepatnya nak malas.....babab baru tau....alah menyambil buat kerja tu menyambillah buat novel hehe...

      Ha emoticon yg betulnya....hehe nasib jiran sebelah paham yek.

      Mami rasanya nak duduk terus dgn menantu kot kehkehkeh. ...

      Delete
    3. Hahaha...tengok! Kita baik gak hah. Kita reply komen lagi hari ni sebelum start pura-pura menyibukkan diri :)

      Sebenarnya dua-dua pun salah. Itupun bukan emoticon. Hehehe. Tanda soal jek :)

      Alah, alah, alah....takda privasilah gitu. Tak leh nak bermanja dalam rumah sendiri. Wa nak nangis cam nih!

      Delete
  3. selamat hari raya in advance MD..tak agak2 nak leave bershopping ye..jeles tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin buat Mar sekeluarga juga.

      Walaupun leave dah ciput, tetap gak nak cuti hari Jumaat ni nak gi shopping. Alah, window shopping jek :)

      Delete
  4. lor kak awak esok takde entry plak...last le esok kak heheeheh entry raya gituuu heheehehe...

    oo akak lik ahad? lieya plak sabtu kot...bergantung pada mood encik driver laaaaa...risau ni jalan jem ke tak nieh....lieya jumaat dah cuti kak...gelabah tgk list cuti org opis jumaat ni dah kosong..kang sorang2 kat opis ade yg melalak kang heheheeheh... boleh tu kak, mintak ngan bos baik2...dpt akak soping raye last minit....

    akak kuih raye bertepung2 ni muak sebenarnye...kalo kepek2, jenis goreng2 mcm tu jugak org cari heehehehe...lieya byk gak beli kepek...cookies ni beli 3...buat dlm 2 kot.... okey la tu kaaaan...meriah gak le atas meja heheheeheheh...

    kat sini cuaca mak mertua akak serasi kot kak...tu yg sakit kaki kurang tu.... tak kisah la kan kak..dah die nak dtg....kite terima n layan sebaiknyer.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takmo, takmo *sambil libas hujung tudung* Muak dok ngadap pc. Kalau rajin pun maybe blogwalking je kot. Kalau rajin ler... hahaha... Mood dah sampai nak menyibukkan diri di tengah-tengah orang ramai yang sibuk bershopping last minutes nih :)

      Akak pun sebenarnya cuak gak kot semua orang pun plan nak balik hari yang sama. Lieya ajaklah drebar sorang tu balik sesudah Subuh pagi Sabtu ek. Kurang satu kereta hari Ahad nanti. Hahaha.

      Ish, lebih baik cuti je Lieya hari Jumaat tu. Leh gi shopping lagi kat Alamanda ke, kalau larat leh terus drive ke KL kan... Jangan gi pejabat bila orang takda. Kang ternampah tetttt hah siapa yang pengsan? Tapi bulan puasa mana ada kan...

      Cuti ofis akak senang settle. Kalau tetiba pagi Jumaat taknak kerja, sms je boss cakap hari ni nak cuti sebab nak gi shopping raya. Bos akan reply - ok. take care!

      Tema kuih raya akak tahun ni memang 'Kuih Tradisional diimport terus dari kedai'. Makanya biskut moden memang tak leh mengendeng sama atas mejalah.... Kalau rasa cam tak cukup kuih je nanti, akak up ngan jeli, coklat, gula-gula, famous amos gitu. Boleh kan...

      Apa nak buat? Namanya mak mentua, Kalau dibangkang, mahu kalah. Dah suami akak ni anak mithali tau. Akak ikut jek.

      Delete
  5. 0-0 Md.
    Gurau-gurau selama ni ek.. syg Md sebenarnya..hikk..malu tb2.

    Raya nanti, jenis kuih2 org tua je yg lalu dimakan. sekut tu, sekrg je rasa sedap, nanti hr raya x lalu pun. tunggu lepas raya pla.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okeylah, 0-0 juga, PB *__*

      Gurau-gurau manja je, mana pernah ambil hati. Kalau katakan terguris perasaan bila mengomen atau dikomen tu, minta maaflah banyak-banyak ya. Masam muka memang no, no, no... not a good habit gitu :)

      Malaslah PB nak beli kuih moden. Tengok pun dah muak. Saya cuma berkenankan kuih suji ngan makmur. Belum jumpa yang berkenan alahai di hati. Kalau ada, nanti saya belilah untuk makan sendiri :)

      Delete
  6. Ucap Salam Aidilfitri , mohon salah silap dimaafi,
    Terkadang kita bicara dan menitip kata, Yang terkadang mengguris rasa, Walau menyepi seketika, Ingatan itu tetap ada. Terima kasih terus menyokong KA , Selamat hari raya, maaf zahir & batin dari KA sekeluarga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, KA... terkejut saya! Nasib baik tak pengsan tau!

      Lama benar tak dengar khabar berita? Sihat dah? Harapnya gitulah ya!

      Sama juga bagi pihak saya, KA. Kalau ada tulisan yang mengguris hati, kalau komen yang kuran sopan minta maaflah banyak-banyak.

      Selamat Hari Raya buat KA sekeluarga juga.

      Delete
  7. tu lah dah takde mood mau kerja. tapi makin nak cuti makin byk plak kerja. masing2 nak close deal before end of this week. Tension mak. Hari ni baru a bit free skit.

    Anyway, Selamat hari raya untuk akak sekeluarga. Lyn mintak maaf lah klu ada salah silap semasa kita berblogging ni yer. Balik kampung nnti hati2 tau. Take care :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, tak sabar dah nak menunggu 4.30 petang. Nak cabut cepat-cepat. Padahal esok masih lagi kerja. Excited nak shopping raya tu je yang melebih-lebih. Eh, lebih baik ingat malam esok malam ke 27 kan. Lebihkan ibadat bukan ke bagus.... Hmmmm....

      Sama jugalah Lyn. Selamat Menyambut Aidil Fitri. Maaflah kalau ada kata-kata yang terasa di hati. Bukan sengaja tau.

      Delete
  8. hehe...samalah kita, mood saya pun dah ke laut dah ni
    cam tak menyabo nak raya pun mungkin juga
    tapi yang sebenarnya malas dok teringat cuti panjang lepas ni =)

    ada juga kuih tu walau jenis yang budak-budak kalau datang
    beraya, sekali pandang aje...tak sentuh punya...hehe
    saya tak buat apa-apa langsung ni
    tapi baju beli awal dah ler...hehe

    apapun selamat berbuka puasa, selamat bercuti,
    selamat bershopping, selamat balik kampung, selamat hari raya
    pendek kata semuanya selamatlah =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish, dah jauh ke laut ni sekarang. Malas yang bersungguh-sungguh ni :)

      Budak-budak kalau datang berpuasa memang nak angpau hijau tu je. Lain-lain tak pandang. Kadang tu tak sempat masuk rumah, tanya boleh tak bagi duit raya tanpa beraya. Aduhai...

      Selamat Hari Raya buat Yan juga. Kalau ada salah silap ketika berblogging tu, harapnya 0-0 ajelah ya :)

      Delete
  9. Selamat hari raya MD sekeluarga..
    Begitu juga dengan akak, sekiranya ada komen akak yg menyinggung perasaan MD, akak mohon ke ampunan..

    Selamat bercuti dan hati-hati dijalan raya.. kampung kat mana ye MD.. hahha baru nak tanya .. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama juga buat CH sekeluarga ya. Kalau ada tersilap bahasa tu minta maaflah, bukan disengajakan.

      Oh, kampung saya kat Batu Pahat. Ni orang Johor derhaka nih. Lama dah tak melawat kawasan kampung :)

      Delete
  10. minta je mommy kata nak cuti. hi hi
    bila lg nak nyibukkan diri dgn lautan manusia sibuk nyopping kan.hihi

    kuih tradisional la sdp kak.nk nk kepek kepek tu semua.laju j dihbskan.kalau sekut moden bercinta nk hbs kan :)

    nmpak gayanya cuaca mesia sesuai dgn mil mommy le kan..

    sama la kita mommy.
    sy minta maap juga andai pnh mngguris hti dan perasaan mommy dlm sedar atau tidak sepanjang menulis dan mngomen di sini.
    harap dimaafi ye :)

    Selamat hri raya
    maaf zahir batin :)

    ppsstt: mommy doakan saya ye. semoga dipermudahkan hendaknya nanti..aamiin :)




    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah minta dah pun Ciksu. Ingat nak cuti Jumaat depan pastu ada pulak farewell lunch untuk kawan pejabat sorang ni. Tak sedap pulak kalau tak turut serta. Tapi tengoklah, kalau rasa malas juga nak kerja Jumaat depan, sms je boss ckp malas nak datang. Hahaha.

      Mungkinlah kot, Mami lebih suka di sini. Sebenarnya Mami memang sayang lebih kat anak lelakinya ni aka suami MDlah tu :)

      0-0, ya Ciksu. Kalau ada salah silap terkasar bahasa ketika berbicara di alam maya, saya minta maaf banyak-banyak. Selamat Menyambut Aidil Fitri dan hati-hati memandu pulang ke kampung halaman :)

      Delete
  11. Amboi adik kakak ni betul-betul dah melayang jauh tak sabar nak beraidilfitri kalah hero-hero montel tu:) Walau apa pun kakak dengan rendah hati memohon ampun dan maaf juga atas apa juga salah-silap-gurau-senda walau sekadar di alam maya. Moga jalinan kasih sebagai sahabat tidak ada cacat-celanya.

    Selamat Hari Raya dari kakak buat MD & family.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan sebab nak raya, kak. Sebab excited nak menyibuk sama shopping raya last minit nih :) Dah lama gak tak balik ke BP, so excited pulak nak berkumpul ramai-ramai adik beradik. Tapi tulah, HD ni tak betah kalau duduk lama di BP. Asyiklah teringat 'kampung halamannya' di KL nih.

      Sama juga dari saya buat kakak sekeluarga ya :)

      Delete
  12. Kuih goreng - goreng , org lagi suka makan tau MD . kalau kat kg , biskut raya tu blh bawa sampai raya haji ... heh heh ... raya ni saya mmg x balik kg sbb my bonda dah uzur n my kakak dah bersalin . jadinya , org kg kena mai kl . raya kat kl lah ... Harap sempat lagi nih nak ucapkan selamat menyambut aidil fitri . semoga berbahagia bersama keluarga di harai lebaran nanti . mohon maaf andai ada komen2 saya yg MD terasa hati ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuih raya semua MD yang rasmikan dulu :) Biasalah, balik awal ke KL. Kosong je. Nak pergi beraya, orang lain masih lagi enjoy sakan beraya di kampung. So kita duk dendiam kat rumah, makan kuih raya. Hahaha...

      Selamat Hari Raya, Vee! Jangan nangis tau tak dapat balik kampung raya ni. Harapnya berjalan lancar menyambut tetamu yang berbas-bas ke rumah tu :)

      Delete
  13. ema pun kerepek tunjuk juga..biskut langsung tak beli sebab dah tahu tak ada siapa nak makan pun.. apapun Selamat hari raya aidilfitri....mohon kemaafan sepanjang perkenalan di alam maya ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akhirnya memang tak beli biskut raya pun, Ema. Nasib baik... kalau tak siapalah yang nak dok habiskan. Rasanya tidaklah nak buat open house tahun ni...

      Selamat Hari Raya buat Ema sekeluarga juga.

      Delete
  14. Sempat lagi nak pergi shopping ya? Hari ni pergi ke? Mesti banyak hasilnya kan?

    Wah..kagumla dengan HD ni, memang rajin manfaatkan bulan yang mulia ni. Alhamdulillah.

    Balik ahad? Syoknya tak ada sesi berbahagi balik beraya ni. Jeles saya. Time beraya pertama di rumah sendiri syokla, tapi kalau situasi mcm tahun ni, saya sedih la..terus takde mood nak beli baju raya banyak. 1 yang baru pun jadilah..

    Ok juga balik kg walaupun sekejap.. boleh anak2 merasa pengalaman balik kg. Saya rasa anak2 yg beraya kat bandar je memang tak feel sangat beraya..

    MD, saya pun minta maaf banyak2 atas gurauan yng mungkin menyentuh menyental hati MD. Betul sekadar usikan manja je tau. Takde niat nak menguriskan hati nuraini mu.. haha. Tapi ayat2 iklhas ni tau.. 00-0 ok? Moga sambutan raya kali ni lebih bermakna dan jangan kita sama2 lupakan saudara yang kat palestin dan kerabat mangsa MH17 .. eh, sebelum saya buat entry lain kat sini, saya mengundur diri dulu k.

    Cili besar cili padi
    Selamat hari raya aidilfitri..

    Hihi, pantun ala upin ipin lak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abis dari hari Jumaat sampailah tengahari Ahad kami meronda bershopping, mencukupkan apa yang tak cukup :) Hari Ahad petang dekat nak berbuka barulah gerak balik kampung. Jalan pun lancar je. Seronok pulak!

      Samalah kita, AN. Tapi saya tak berpantun lah ya, tak pandai cam cikgu. Hehehe.

      Takpa, takpa...silalah kalau nak buat entri kat blog ni. Kalau tukang jawab komen pun tak bagi ruang orang lain mengomen, camna? Hahaha....

      Delete
  15. kan bagus mak duduk dekat. tak balik kampung pun tak jadi anak derhaka kan.

    tat nenas tu bukan masuk dlm kategori biskut ke. hehehe. MD, saya tgk MD reply komen2 ni dah mcm entry dah dia punye panjang. hahah..

    selamat hari raya ye. maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, itulah kebaikannya. Takdalah jadi anak derhaka. Cuma setakat little Tanggang tak ingat kampung jek :)

      Tart nenas tu bukan untuk tetamu. Tart tu untuk tukang beli kuih kat rumah MD nih. My favorite tau. Memang tak kuasa nak hidang share bagi tetamu makan. Hehehe...

      Biasalah tu, Lyd. Kalau tak penat scroll sampai ke bawah, memang bukan blog MDlah tu...

      Selamat Hari Raya juga buat awak sekeluarga!

      Delete
  16. Selamat hari raya jgk MD. Thn ni smpt buat 4 jenis kuih je. 2 dh kena sebat. Habis sblm raya. Acane tu? Xde beli2 kuih sbb byk plan x jdk thn ni. Reda je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya, Sal!

      Alah, takda siapa nak makan kuih raya masa ni. Tunggu sampai Syawal nak habis barulah teringat kat kuih raya. Kalau tak cukup kuih, beli je coklat ke, oat choco ke, gula-gula ke buat juadah tetamu yang datang. Habis cerita. Selesai masalah :)

      Delete
  17. singgah di hri raya kelima.
    dh blk kl ke mommy?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah balik raya ketiga hari tu, Ciksu. Tapi biasalah bila cuti panjang dan musim raya ni, malas pulak nak buka blog. Dah tentu orang lain pun sibuk dengan dunia masing-masing di luar sana, kan :)

      Delete
  18. Salam syawal ke 6, MD. baru sempat menjenguk..
    9 jenis nak masuk 5 balang. senang aja...buat lapisan la, hee..
    saya ni kalau tak cukup balang kuih, telap plastik tu je keluarkan, teruk tul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Syawal, Anim...

      Musim raya ni mood malas nak tengok blog lagi teruk. Mood nak merayau ke rumah orang je yang rajin datang. Hehehe.

      Kuih belum masuk balang lagi tapi tukang beli kuih dah rasmikan dulu. Keh3x. Tengoklah hari ni baru masuk dalam balang. Ramai pun baru balik hari Ahad baru ni kan. So belum ada tetamu yang sesat dari kampung sampai ke rumah :)

      Delete
  19. Ni tak habid cuti lagi ke atau melayan monday blues....hheee..

    maaf zahir batin mommy selamat hari raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Balik dari kampung dah lama Msred tapi cuti berehatnya seminggu. Baru masuk kerja. Tengah pening tengok kerja yang bertimbun. Esok-esoklah baru boleh up entri :)

      Maaf zahir batin. Selamat Hari Raya buat Msred sekeluarga!

      Delete
  20. Apa mami ni dtg lagi.elok jugak tu..bley baca cerita Mami di blog MD.selamat hari raya n salam kosong 2 ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti lagi datang ke tidak. Antara hendak dengan tidak. Nak datang, pak mentua tak mahu ikut. So, Mami rasa cam tak elok je asyik tinggalkan suami di sana. Tapi katanya dah rindu sangat dengan superheroes nih. Kat menantu takda pulak kata rindu. Keh3x.

      Selamat Hari Raya, PK. Maaf kalau ada terkasar gurau dan bahasa ketika berceloteh dan mengomen ya :)

      Delete

Post a Comment