Monday, July 14, 2014

Berbuka puasa hujung minggu dan iftar di Lamb Kuchen


Salam kawan-kawan !

Hujung minggu yang lalu, my private limited dapur tak berasap lagi ya ^_^

Alkisah, minggu lepas geng berbuka lambat bagi response makanya semua tempat telah fully booked dan kami terkial-kiallah dok fikir nak berbuka di mana. My sister dah surrender malas nak masak hujung minggu. Buntu katanya ...

I punyalah 'ngeri' kalau my sis nak ajak I ke PARAM  tau... nak kata tidak, tak sedap pulak. Maklumlah ini kali pertama kalau my sis mengajak. Nak pergi, dah berjanji pada diri sendiri memang tak nak dah jejak PARAM tahun ni. Oh, susahnya nak buat keputusan kalau kena tanya nanti!

Pagi Sabtu macam biasa kami memenuhkan isi kandungan peti sejuk dahulu. Mula-mula ke Aeon lepas tu lari ke Aeon Big pulak (janganlah imagine I anak beranak berlari-larian, pecut ke Aeon yek! Tinggi sungguh imaginasi kalau gitu ^_^)

Selesai tugas, my Hubbydearie diajak ke SS15 oleh my nephew, nak beli handphone baru katanya sebagai handphone raya *_*  Tetiba my sister pun bersuara,

Jom kita pergi bazar Ramadhan kat Taman Melawati!

Alamak, dalam hati I dah gundah-gulana ni! Nak kata tidak, tak patut pulak. Nak kata okey, punahlah janji pada diri sendiri nanti. Takkan nak pergi jek, tengok-tengok langsung tak belikan...

So, ikutkan ajelah kehendak my sister. Lepas dapat handphone yang dihajati my nephew, kami terus ke Taman Melawati. Dah sampai di sana baru katanya  bukan PARAM Taman Melawati yang nak dituju tapi PARAM berhampiran dengan Aeon AU2 tu! 

Dah sampai, haruslah turun. Jalan jem ni, mana boleh berpatah balik gitu jek kan...

Akhirnya akak terjebak jua...

Bukan beli apa pun. Setakat ikan jenahak masai gulai asam pedas (padahal ikan jenahak dah beli pagi tu di Aeon tau), nasi beriani ayam dan daging, dan sup daging aje. Bocor juga poket sebanyak RM50.

Bila berbuka, boleh tahan sedaplah semuanya ( sungguh lucky, lucky, lucky ...) kecuali sup daging. Masin teramat nak pengsan rasanya... 

Balik rumah I tetapi gak sediakan mi kuning untuk dimakan dengan sup daging dan goreng baki begedil yang 'ohsem' tu. 

Hari Ahad, dek kerana semua tempat yang kita nak tuju dah fully booked, my nephew telah 'menyelamatkan' keadaan dengan beri suggestion dan bila semua setuju, kita teruslah booked.  

Kami berbuka di Lamb Kuchen. Ahah, ni sebenarnya cerita utama entri hari ni! Tapi I ni biasalahkan, selalunya cerita utama dok di paragraph terakhir gitu *_*

Credit to FB Lamb Kuchen

Lamb Kuchen ni terletak di alamat seperti yang tertera di bawah :

Lamb Kuchen
108, Dataran Jelatek
Jalan Jelatek
52400 Kuala Lumpur
(berhampiran LRT Jelatek)

Kawasan ni memang happeninglah ya. Beberapa kali juga terserempak dengan retis di sini. Banyak juga restoren yang ada termasuk Saba Restaurant. 

Credit to FB Lamb Kuchen

Credit to FB Lamb Kuchen

Suasana di restoran memang tenang dan menarik cuma selepas berbuka tu, ada juga pelanggan yang tak menghormati orang lain, terjerit terpekik tergelak kuat-kuat sambil makan macam dok makan di rumah sendiri pulak ...

Buffet yang disediakan terdiri daripada nasi beriani, 8 jenis lauk-pauk di antaranya masakan ayam, daging, ikan, beberapa jenis sayur-sayuran, ulam-ulaman, sambal belacan, kuey teow goreng, 3-4 jenis kuih-muih, tembikai sebagai pencuci mulut serta minuman terdiri daripada air sirap, kopi dan teh. 



Maaflah ya, kali ni memang tak sempat nak snap gambar sebab sibuk beratur nak ambil juadah *_* 

Ini mem punya ya *_*
Masakannya memang tidak mengecewakan dan bersesuaian dengan harga yang dikenakan. 

Nak tahu berapa harganya?

Ini dia ...








Credit to FB Lamb Kuchen

Kanak-kanak hanya RM12 nett sahaja ^_^

Memang murahkan... Apalagi, kalau teringin, boleh sahaja buat booking dengan menghubungi nombor yang tertera. Pasti tak mengecewakan ^_~







39 comments:

  1. eh kak..murahnya..tp mesti limit je kan..boleh la try nanti hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Murah sangatkan, macam tak percaya *_*

      Buffet tapi limited choicelah. Sekali ambil, ditambah lagi tapi tak banyak. Alah, bulan puasa bukan boleh sumbat banyak mana pun so cukuplah tu dgn kuih-muih, 8 jenis lauk pauk dan nasi. Kenyang juga :)

      Pergilah cuba, memang kira paling murah yang akak jumpa. Makanannya pun boleh tahan sedap tau!

      Delete
  2. Bukan baju je baru nak raya ye MD..handphone pun baru..seronok anak sedara MD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, Acik. Orang muda. Apa yang boleh ditukar raya ni, tukarlah ikut kemampuan. Mak budak ni, raya no meaning-meaning lagi :)

      Delete
  3. Elehhhhh ngengada...... nak jugak firm dengan desicion dia yg kononnya tak mo gi Param...geletek baru tau !
    Betullah beb kalau gi Param dgn tak masak langsung mmg bocor jugaklah poket...RM50 henggit mmg wajib! lainlah cuma beli kuih jer...

    Oklah kalau RM16 henggit lebih yek....reasonable price lew kalau makan nasi Arab gitu....selesa pun selesa tempatnya, cantik pun ye....Tp beb mak jarang gi area sana tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memanglah taknak! Tak sampai hati nak kata tidak dengan kakak saya. Lagipun itulah first time dia ajak pergi. Takdalah nak ke Param lagi lepas ni, OKje... Kalau ya pun pergi sebab nak cari munge api buat budak-budak. Hehehe.

      Kalau balik sempat masak, memang saya tak membeli. Tapi pergi dah petang, tempuh jem sikit-sikit mahunya tak sempat nak lontar campak baling apa pun dalam kuali. Kang kena makan maggi pulak. Itu yang beli sikit-sikit jek. Lastlah tu, tak mahu beli lagi :)

      Cukup murahlah OKje.... mana nak dapat. Kenyang juga makan, takda pembaziran langsung. Kalau bayar mahal-mahal pun bukan boleh sumbat banyak mana pun bulan puasa nih.

      Alah, OKje ni selalu jek 'tak pernah ke area sana'. Ni main pusing-pusing kat BMC jelah yek!

      Delete
  4. memang tak paham org yg makan kat kedai tapi wat cam rumah sendiri.... bangga ke hape...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tension tau Msred bila tengah makan, orang ketawa terbahak-bahak, terpekik-pekik bercakap sesama sendiri. Macamlah satu group dok hujung kiri, satu group lagi dok hujung kanan. Satu table jek tu :(

      Tak hormat orang langsung!

      Delete
  5. Replies
    1. Paling murah saya pernah jumpa di KL nih.

      Delete
  6. Hahaha.. dah akhirnya satu mummy dah terjebak ke bazar juga macam kakak. Best kan... tak payah masak. Tinggal panaskan dan ngap aje:)

    Nasi arab portion banyak kalau harga macam itu memanglah berbaloi MD.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah, kak... terjebak tanpa rela. Kalau sempat balik masak, memang tak mahu beli. Nak kata tidak pun, kesian pulak kat kakak. Tak pernah lagi kakak ajak pergi bazar Ramadhan. Takdalah lagi lepas ni gi bazar. Itu jelah sekali :)

      Kenyang jugalah kak walaupun dapat sepinggan penuh gitu :) Tiada pembaziran tau ... Balik pun takda nyesal-nyesal hantuk kepala belakang pintu lepas bayar bil. Hahaha.

      Delete
  7. Consider murah tu!!! Sebab kalau makan nasi beriani set aja, dah RM9- 10 sepinggan...yg ni buffet!

    Mmg sakit hati kan kalau ada makhluk yg tak geti bawak diri bising tergelak2 menjerit masa kat restoren..makhluk macam ni patut makan kat rumah aja..hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Murah sangat-sangat. Kenyang pun kenyanglah kalau dah semua ambil masuk pinggan sekaligus :) Takdalah terkilan bila membayar bil ...

      Mahu tak sakit hati, DZ. Selamba je gelak, bercakap kuat-kuat macamlah mereka duduk jauh-jauh sepelaung gitu padahal semeja je. Langsung tak hormat orang. Lepas bunyi azan pulak tu!

      Memang orang cam ni kena kurung kat rumah. Jangan bagi berbuka kat luar. Ganggu orang nak makan jek. Eh, boleh ke? Hahaha.

      Delete
  8. murah jer buffet dia.. tapi tu lah buat masa skrg ni takde nafsu lagi nak berbuka kat luar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tersangat murah ni, Lyn tapi of courselah di KL ni, jauh dari rumah awak :)

      Delete
  9. Memang murah sangat tu...berbaloi pergi ngn famili...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum jumpa lagi yang semurah ni, Bunda. Kalau kat hotel, tak payah ceritalah memang mahal sesaja.

      Delete
  10. murahnya ... kali pertama saya nampak murah gitu . berbaloilah sungguh . Agaknya pemilik tu sambil - sambil nak bersedekah gamaknya .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin juga kot, Vee. Memang paling murah ni. Makanannya pun sedap. Tak menyesal dari segi apa pun lah :)

      Delete
  11. last offer ... nak kad raya tak ... saya nak buat penghantaran fasa 2 . klu nak bagi alamat k ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah, alah, alah....terlupa pulak. Jangan tutup offer dulu. Nanti wa tinggalkan alamat okey :)

      Delete
  12. acik pegi jugak MD..tapi untuk cari kuih je..tak rajin nak buat..tapi acik akan cari gerai yang dah biasa setiap tahun kesitu je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun ni memang say NO tu bazar Ramadhan. Memang langsung tak teringin nak pergi pun, Acik. Maklumlah tahun ni mood rajin memasak timbul pulak :)

      Saya pun kalau ke bazar Ramadhan yang biasa pergi, cari penjual yang kita dah biasa. Tak kuasa nak mencuba gerai-gerai baru ni walaupun nampak so tempting alahai ...

      Delete
  13. oh..mommy.belakang rumah saya aje ni.muahaahaaa.
    saya jiran belakang dgn kampung warisan.
    org jauh dh sampai, saya yg dkat ni blom pergi lagi.tgk la penghujung ramadan nnti. hihi.

    *saya dh blk, sampai smlm.kepenatan sudah.
    *param aeon au2 dkt jugak tu.satu hri pasti akan ketemu mommy. semuanya area berdekatan saya aje ni. hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puas tau Ciksu, kita dok fikir celah mana area Ciksu ni. Rupanya belakang Kampung Warisan je *tapi still tak tahu exact location* :)

      Boleh try Ciksu, Murah sangat ni. Makan pun kenyang jek walaupun murah. Tapi tulah... Ciksu ni rajin sungguh memasak, tak tahan tengok resepi tau :D

      Delete
    2. hahaha.. dkat dkt sini aje mommy :)
      saya berjiran sebelah kanan dgn sri maya condo tu haa..

      mommy, saya ni tak rajin mana tpi takut keracunan mkann plus kena jaga kesihtan.lagi satu sbb kemalasan nk bersiap bagai.. hahaha.
      alasan ntah pa pe kan.

      Delete
  14. Ha..hari ni makan kat mana pulak tu? Haha. Seronok la korang ya..pantang ada cuti jalan je ya..kawasan rumah kakak saya tu.au2, taman melawati dan jelatek. Tapi bulan puasa ni malas la saya nak ke kawasan sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... hari cuti ni berbuka di .... entri latest hari ni :)

      Eh, saya rajin tau gi taman melawati dan jelatek ni. Hah, jangan berjanji nak skodeng pulak *feeling ngalah retis famous semalaya*

      Delete
    2. Haha.. mana tahu lain kali saya ke kawasan sana..terperasan muka anak2 MD tu.. boleh ambil gambar maknya..haha

      Delete
    3. Kalau nak ambil kena minta izin :) tapi takdalah masuk blogkan, nanti famous pulak. Kah3x.

      Delete
  15. Eh, murah sangat2 tu....boleh makan sampai kenyang ..salam ramadhan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan!

      Memang murah sangat. Kenyang pun kenyang juga walaupun pilihan tak banyak.

      Delete
  16. Akk pun setiap weekend cuti masak cuti mengemas. Cuti membasuh. Mgu ni x tau nak makan kat mana pulak. Ada idea x. Akk dok gombak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, cam jauh jek Gombak dengan Cheras tu. Kalau jalan kaki tak sampai sebelum berbuka :)

      Selalunya gi area dekat-dekat KL ni je ...

      Delete
  17. memang bestler banyak tempat berbuka MDni... dah hujungni ke PARAM juga Cho sekarangni... tapi sebab kita beli ngan pekedai yang dah bbiasa berniaga jadi dah tau rasanyer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya baru sekali je ke PARAM dek kerana kakak tu ler. Tak tahulah ni minggu akhir Ramadhan macamana. Rasa memang malas nak masak, nak pergi PARAM pun malas jugak!

      Delete
  18. amboi asyik ponteng memasak je ni MD..

    boleh tahan murah..klu macam ni oklah harga mampu insan marhein cam kami2 ni.hakhak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Katanya Iron Chef tapi asyik memonteng masak je kerjanya. Hahaha. Kadang tu bosan sungguh masak di rumah. Asyik-asyik menu yang sama. Tukar menu sikit, mulalah orang ni tak makan, orang ni tak sukalah. So kita stick to the same menus sepanjang Ramadhan. Tapi tukang masak jemu juga tau asyik dok repeat menu sama :)

      Yang ini memang berbaloilah saya rasa. Tak jumpa lagi di KL harga murah gini. Tapikan .... 2nd time my nephew pergi katanya tak sesedap masa kami iftar di sini ...

      Delete

Kisah Rumahtangga...

Salam kawan-kawan! Amboi, tajuk! Takut mendengarnya! Macam nak menjaja kisah rumah tangga aje kekdahnya.  Tapi kenalah sedia maklum...