Persiapan raya

Salam kawan-kawan!

Oh, yes! Kalau dah beberapa hari tak berentri baru, haruslah keluarkan semua entri yang ada sesuka hati, sehari beberapa kali ya *__*

Mood raya dah makin mengembang dalam badan ni, maka penyakit malas bekerja pun bukan main membiak lagi dalam diri sejak beberapa hari ni. Nak kata superexcited sangat nak raya, takdalah pulak tapi entahlah ...

Belek punya belek borang cuti, alahai .... rasa macam nak meraung aje. Hajat dihati nak ambil cuti tiga hari minggu depan. Barulah seronok dapat beraya seminggu katanya. Tapi bila dilihat baki cuti yang ada, terkesima sekejap. Macamanalah agaknya baki cuti dua hari tu nak dibahagi samarata untuk 5 bulan akan datang? Bila ada anak kecil ni, emergency leave memang biasa sangat rasanya. Tetiba aje rasa pening kepala!

Persiapan raya walaupun katanya sejak awal tahun dah bersiap sedia, tetap juga tak seronok kalau tak buat kerja last minute ni. Baju Melayu Abang dan Adik dah siap alter cuma menunggu masa nak pergi mengambilnya. Nasib baik semalam dapat panggilan dok kata pakaian raya mereka tersilap hantar ke cawangan di Wangsa Walk. Walaupun tersilap, I rasa lega sikit sebab jauh lebih mudah nak ke Wangsa Walk berbanding ke Semua House di Jalan TAR sana. Tak mahu I nak berpitam-pitam sama berasak-asak di Jalan TAR lagi. Cukuplah pengalaman baru-baru ini.

Minggu sudah, kami berbuka di luar. Kali ni malas pulak nak bercerita pasal iftar di luar dah satu gambar pun takda ambil. Mood malas dah sampai dah ni. Walaupun aktiviti tak padat, tetap juga tak berkemas rumah hujung minggu lalu. 

Deko-deko ala Eric pun tak buat apa lagi nih. Barang nak dideko pun tak beli-beli lagi. Mood nak ke KLCC mahupun ke Ampang Park takda mari-mari. Langsir raya dah pasang sebulan lepas tapi kenalah basuh semula untuk digantung sekali lagi. Dah namanya rayakan, mestilah nak segalanya bersih dan nampak baru walaupun takdanya bau barang baru *__*

Jiran sebelah menyebelah dah sibuk mengelap tingkap, menyental pintu tapi I ni satu apa pun takda buatnya. Nantilah 2,3 hari ni I akan bekerja bertungkus lumus sampai tengah malam hingga tak cukup tidur demi rayaku tahun ini *__*

Kuih-muih raya dah siap beli. Memandangkan bekas kuih baru cuma ada 5 je, tahun ni I nak hidang 5 jenis kuih je. Boleh tak agaknya? Kalau buffet Ramadhan ada tema, kuih raya di rumah I pun I nak bertema juga *__* 

Tahun ni I takda beli pun biskut raya. Memang sengaja tak beli. Yang dibeli semuanya kuih-muih ala-ala tradisional gitu. Berdasarkan stastistik kuih raya di rumah I tahun-tahun yang sudah, biskut raya yang I beli semuanya makan masa setahun lebih nak habis! So, malaslah nak membazir. 

Niat nak buat biskut raya pun setakat hangat-hangat tahi ayam. Niat timbul kejap je bila baca kisah orang sibuk buat kuih raya lepas tu terus tenggelam  tak timbul-timbul lagi dalam hati nih ...

Apa yang penting, persiapan raya anak-anak dah siap semuanya. Hubbydearie and I, hari raya ke tidak, rutin kami tetap sama. Biasanya hari raya pertama memang kerjanya berulang makan hidangan raya je. As for me dan kakak-kakak, memang lencun ler pakaian raya dek kerana berpeluh asyik dok di dapur. I biasanya ambil tugas mencuci gelas dan pinggan mangkuk! Itulah kerja sejak muda sampailah beranak dua ni!

Nak ke mana-mana tak dapat dek kerana rumah mak sentiasa didatangi saudara-mara. Raya ketiga barulah kami adik beradik dapat bergerak beraya ke rumah saudara-mara. Dan sejak tiga tahun yang lalu, biasanya raya kedua I dah balik ke Kuala Lumpur semula *sigh*








Comments

  1. Yang terkasima macam tu cuti dah tinggal berapa hari MD ? Saya pula mula rasa malas nak ke sekolah, tapi tak ada alasan nk mc..kalau.nk cuti yang layak dipohon tu, sah2 ada 5 hari drp 7hari setahun, mmg sayang nak ambil semata2 melayan rada malas ni. Maka, mehla gosok baju lagi kita gi sekolah lagi 4 hari.

    Balik raya sini pada hari kedua? Kenapa sigh tu? Ngak ngerti kok. Saya hari ketiga baru balik pasir mas, pun sedih sangat ni. Tah habis basah baju raya nan sehelai di raya pertama tu saya bersedih sebab beraya di rumah mentua lama tahun ni..

    Biskut ikutkan mmg tak makan pun, tapi kenapalah saya beli lebih 10 balang? Adeh... takpe akan ku bahagikan kepada sesiapa yg patut nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tinggal dua hari je lagi untuk 5 bulan yang akan datang :( Itu yang sigh sikit punya panjang rasanya. Tapi tetap gak nak cuti raya seminggu walaupun balik KL ni mungkin raya ke-2 atau ke-3. HD tak betah tinggal lama-lama di kampung. KL is his home, kan sekarang ni :)

      Hehehe...tahun ni turn Papa N balik beraya di kampungnya ke? Saya memang takda masalah langsung tentang balik kampung siapa. Nasib baik HD belum terbuka hati nak ohsom bila tiba hari raya. Tapi pernah juga HD bertanya, tak boleh ke kalau kita beraya di rumah sendiri tak payah balik kampung. Kalau lagu tu, mahu saya nangis sepanjang sebulan beraya :)

      Delete
    2. Haha.. 2 hari je? Ha kena rancang baik2 tu..

      Ini namanya rezeki masing2 kan? Bab ni MD untungla..takyah rebut nak balik kg mana bila time raya.. hoho bahgianya.

      Dalam entry saya ada orang komen Abang Luth? Apakah? Biarlah rahsia ya..

      Delete
  2. x kira dah ada cuti ke tidak.. cuti ku tetap semingu.. habis gajiku dipotong..
    yg penting raya..ohooh.. balik kg..
    md, tngoklah sekut raya kita..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. I pun tak berkira juga pasal cuti ni, PB. Ikut suka hatilah. Nanti kalau dah takda cuti, utilise MC sepenuh jiwa raga. Takpun potong jelah gaji walaupun boss dah kata kalau dalam borang cuti ada negatif depan nombor 'is not good'. I dont care pun. Hahaha...

      Dah, dah...kita dah tengok sekut raya awak. Sajalah nak bagi jeles. Sekut raya kita resepi simpan dalam kepala je macam tahun-tahun sudah!

      Delete
  3. sis..kitaorg raya pertama dah berjalan ke rumah sedara mara terdekat...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah, kami punya first raya memang tak best. Asyik kena tunggu orang datang rumah. Asyik kena basuh cawan, gelas dan pinggan mangkuk di dapur. Asyik kena top up kuih raya atas meja. Kalau dulu sebelum kahwin, inilah orangnya yang jadi ketua geng gi menonton wayang kat cinema malam raya pertama. Hahaha.

      Delete
  4. Kakak setiap kali raya mesti ikut cuti anak-anak sekolah. Kalau anak mula cuti kakak pun mulalah cuti. Anak naik sekolah kakak pun naik kerja:) Cuti kakak banyak no problem...

    Kuih? ala beli ajelah. Buat ala-kadar janji ada hidangan atas meja sudah.. Baju pun pakai yg ada janji bersih. Org kampung bukan tahu baju tu baju baru ke lama. Sebab bila balik kg hari biasa bukan pakai pun baju kurung kan.. siapa yg tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik saya perasan anak saya cuti seminggu. Teruslah saya decide nak cuti seminggu juga walaupun cuti saya tak mengizinkan. Huhuhu. Potong gaji pun potonglah. Itu belakang cerita. Tapi bab appraisal kerja tu pandai lak mengamuk bila kena sound. Keh3x.

      Tahun ni saya beli kuih goreng-goreng je. Biskut raya satu pun tarak tapi tengoklah dah dekat pagi raya tetiba gila meroyan datang nak beli kuih lagi :)

      Delete
  5. saya pon ala kadar je MD..
    ok la tu janji utk anak ank dh siap kan.lega blh trik napas dlm dlm.

    kuih buat skit, utk anak tekak merasa..
    karang kempunan pulak.sapa yg susah saya jugak.

    kemarin sy ke sogo n jln tar nssib pergi awal.dlm tgh hri cabut blk.org dh mula ramai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi juga Sogo tu, Ciksu? Adatlahkan kita orang perempuan ni. Seriknya sekejap je lepas tu buat lagi. Hahaha.

      Janji persediaan untuk anak-anak dah siap. Hal makpak, belakang cerita. Paling habis pun baju raya tu buat pakai dok kat dapur je nanti. Pengalaman lalu memang raya pertama tak ke mana-mana.

      Delete
  6. So, kesimpulannya, mmg u tak gi beraya umah sesape la kan sbb tak sempat tunggu raye ke3 dah balik KL. Hek hek. Pandai dia.

    Kalau biskut raya u tak beli, dan tak buat, cemana nak mengisi balang kuih raye yg 5 bijik tu? Nnt apa i nak makan kalau i dtg umah u.

    Biasa le, mak ayah bila dah ada anak2, dh kurang dah nafsu nak membeli persiapan diri sendiri. Anak2 dulu bagi setel, last2 minit je mak ayah ni.

    Owh, nama i dah terkeluar drpd senarai geng meroyan. Hooonoooo...

    MD, i tak kecik hati pon. InsyaAllah nnt i ganti dgn benda lain ye. U la ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. My 'mat soleh' HD tu tak betah dok di kampung lama-lama. Kalau orang ramai sangat pun nanti HD berkurung je dalam bilik. Siksa jiwa raga I. Biasanya hari raya kedua HD dah merengek ajak balik KL. So bila balik KL, kita merondalah satu KL ni sementara orang tengah sibuk beraya sakan di kampung halaman masing-masing. Kesiankan perjalanan kisah raya I ni...

      Biskut raya moden I tak beli. Buat jauh sekali. Resepi simpan dalam kepala je macam tahun sudah. I beli yang goreng-goreng je. Alah yang style orang tua je suka makan. I belilah kerepek-kerepek semata pastu I up dengan tengoklah nanti kalau I rajin gi Famous Amos. Lehkan buat kuih raya cam gitu. I malas nak beli biskut raya, manjang je tak habis tau!

      Itulah.... sapa suruh main FarmVille tak ingat dunia. Tetiba je I rasa cam nak bagi hadiah lagi bagi pengomen tegar bulan ni. Huahahaha....

      Alah, gurau je. I know you tak main kecikbesarkecikbesar hati ni. Lagipun dah nak raya, kira 0-0 lah yek. Takda dosa. Hihihi...

      Eh, takpa, takpa...tak payahlah susah-susah nak ganti hadiah. Kalau nak juga, bagi je biskut raya ya tapi yang belilah, yang buat takmo. Hahaha!

      Delete
  7. yg penting raya ni persiapan anak2...bila dh settle hati rasa sgt2 legakn...akak pn thn ni tempah biskut yg ank2 suka..thn lepas mmg lupa ingatan jap...menempah xhinggat..at last membazir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak-anak didahulukan. Kita ni, takda yang baru pun takpa. Yang penting dapat cuci mata sepanjang nak raya ni. Seronok sesaja *_*

      Kak, saya bilang semula balang kuih raya tu, dah terlebih dari 5 pulak. Camna nih... nak cancel order memang tak lehlah kan....

      Delete
  8. Akak tahun ni pun macam lemau juga MD.. ada lah buat satu biskut raya.. sampirit susu tu.. statistik akak pun macam tu jugak MD.. setahun baru nak habis sehingga dimarah oleh en suami huhuhu.. so tahun ni apa kuih pun tak beli.. yg goreng ke yg rebus ke semua tak nak.. tak nak kena marah lagi hehehe..
    pastu baju raya semua dah setle .. en suami jer kena mengakui bahawa dirinya telah membesar bagai johan.. terpaksa pakai saiz XL.. dari saiz M .. pergghh jauh bezanya.. cuba bayangkan bagai mana membesar dengan jayanya en suami akak tu hahahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Statistik kuih raya memang dah lama gitu tapi statistik membeli kuih raya tak pernah pulak menjunam turunkan... Memang dahsyat kuasa membeli kaum wanita nih :)

      En suami membesar sebagai johan tu sebab tukang masak yang ada di rumah kalah Masterchef dunia. Tengok ajelah pada resepi yang ada di blog. Mana boleh nak diet di rumah kalau gitu :)

      Delete
  9. kitorang pun ala kadar jer kak. mane yg boleh pakai, pakai jer lah. kuih muih pun skit2 jer. sbb tahun lepas sampai raya haji pun still ada lagi.
    mcm thn lepas, raya ketiga baru nak beraya dgn saudara mara, sbb dua hari tuh mmg org tak putus2 dtg. dan kerja lyn duk mengemas mengemas jer lah mcm selalu. klu penat boleh lah tidur dgn harapan org tak dtg time ptg2. hahaha

    akak beraya mana thn ni?? batu pahat ker? Lyn kat klang jer kak rumah my mum. meh dtg yer. boleh kenal2... hehehe.. Rasanya thn ni last beraya as a single women #eh hahahaha. doakan yer :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Membeli tak pernah puas, banyak lagi yang boleh digunakan masa raya nikan, Lyn. Hahaha. Akak memang raya pertama tak leh gerak ke mana. Asyik ulang-alik makan juadah raya jelah selalunya sampai jemu. Rasa letih, tengah malam raya pertama tu ada pulak jemputan ke panggung wayang :)

      Memang beraya kat Batu Pahat jelah, Lyn. Nak raya kat KL tak syok, takut nangis sorang-sorang. Orang lain semua balik kampung! Nak raya kat Tashkent, aduhai.... tiket sorang pun dah jauh lebih mahal daripada persiapan raya untuk diri sendiri. Kah3x. Alasan memang sentiasa adakan ...

      Insya Allah.... tahun depan boleh beraya dengan lelaki bergelar suami pulak :)

      Eh, cakap-cakap ni macam betul jek bunyinya. Nanti bagi kad jemputan, baru akak tonjolkan diri. Maklumlah blogger famous amos, lebih famous dari CDM25 tu. Hahaha...

      Delete
  10. samalah Mummy, saya pun selalu kira2 cuti mcm tu hehe....tahun ni raya mmg paling sempoi, entah kenapa rasa cepat sgt Ramadhan dah nak pergi. Baju raya pakai apa yg ada je, beli baju anak2 jek sorang sepasang. Kuih raya langsung takde...Takpe yang pasti Aidilfitri ada sinar yg tersendiri kann...Selamat Hari Raya MD:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok baki cuti tu rasa nak tersedak tak semena-mena tau :) Tapi tak peduli gak. Kena potong gaji ke apa, itu cerita kemudian. Tahun depan appraisal tak bagus, kita salahkan company je lah. Hahaha.

      Beraya ala kadar je, Linda. Ikut kemampuan kita. Raya sekarang tak segembira masa kita kecik-kecik, muda belia remaja dulu. Semakin hilang makna rasanya. Nasib baiklah ada anak-anak buat penyeri di hari raya :)

      Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin buat Linda sekeluarga juga :)

      Delete
  11. kalau saya, raya tetap raya
    lain kali baru pikir pasal EL...hehe
    mesti kena pulun seminggu just tuk raya
    tapi saya tahun ni pun tak buat persiapan raya sangat
    sakit poket berpindah belum hilang lagi...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, betul. Memang setuju 100%. Jangan susah hati sebab perkara yang belum berlaku. Hahaha.

      Walaupun mungkin akan balik raya pada raya ke-2, cuti seminggu tetap gak nak rembat :)

      Takpa, tahun depan boleh beraya sakan di rumah baru. Tukar semua pun baru gak :)

      Delete
  12. Tahun ni bunda tak buat satu pun biskut...anak bunda dah order dgn kawan ofis dia...saja nak tolong kawan dia...
    So bunda hanya nak masak juadah basah jer dipagi raya nanti ...

    SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak-anak Bunda dah besar. Tak perlulah bersusah-payah dok kat dapur buat kuih lagi, Bunda. Leh main snap je minta anak-anak tolong penuhkan kabinet kuih kat dapur. Hahaha.

      Bab juadah hari raya, ini masuk tahun ke-2 mak saya dah tak memasak lagi. Kempunanlah nak merasa air tangannya. Sedih pulak. Bab memasak diserahkan kepada kakak sulung kami. Kakak masak pun sedap macam masakan mak juga :)

      Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin buat Bunda sekeluarga.

      Delete
  13. aduh lama sudah tak bertandang kesini smp dh hilang dlm senarai pengomen tegar.hakhak..

    sy ni even cuti berlambak lagi tp dek tanggungjawab kepada negara tak dapet nak cuti..sob sob sob..

    oklah tu 5 balang pun dah ok,janji ada benda nak dijamu pada tetamu yg datang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa macam nak bagi hadiah kat pengomen tegar je kali ni. Hihihi...

      Untungnya banyak cuti. Saya ni cuti setahun 16 hari je itupun Jepun kata banyak sangatlah bila dicampur 14 hari public holiday dan Sab/Ahad. Sadis mendengarnya tau :(

      Eh, pembetulan PK! Kira-kira balik semalam dah ada 4 balang terlebih. Camna nak muatkan dalam 5 balang kuih yang baru beli tu? Hihihi ...

      Delete
  14. Biasalah ada anak kecik mmg cuti kita habis kat EL jer.... Weyh berapa ketul cuti setahun? 14 hari eh?
    Oh Raya..... kaum kerabat bawak mak balik BP rumah pusaka ke?
    Samalah rumah mak mak Mak Jilap yang ada tu ramai org datang....kalau tak curi curi keluar, mmg duk dapur sesaja....Nyampah ek....

    Hehe...hari tu ajelah menyental pintu lepas tu dah stop hehe .....gasaklah weyh....

    So esok dah start cuti ke? Boleh le jiran merewang kat JJ BMC ek.... tak mau buat special appearance ke?...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuti kita kedekutlah Jepun ni... dia bagi 16 hari je setahun. MC 10 hari :)

      Tahun ni my kakak baru buat rumah sebelah rumah mak. So kita raya kat rumah kakak tapi siapa balik dulu kena bersihkanlah rumah mak juga. Dah lama tinggal. Entah siapalah yang bertandang tau!

      Memang tension OKje (bukan tak suka) sedara mara datang dari start buka pintu rumah sampailah dekat 12 tgh malam. Tahun ni tak tahulah camna sebab mak dah lama tak dok kat kampungkan...

      Memang kita dok tepi dapur je tahu macam anak dara sunti tunggu kena pinang. Malu-malu gitu nak keluar. Nanti mestilah tanya soalan cepumas ikut peredaran zaman - Ni anak yang bongsu ya? Wah, dah lain sekarang. Dulu-dulu bukan main comel bertocang putih melepak!

      Ada ke nak compare zaman kita baby-baby comel dengan dah jadi mak orang ni. Mahu tak tension gitu... Hahaha...

      Eh, JJ BMC tak masuk dalam senarai *__* Ada banyak tempat shopping lain kita nak terjah last minutes tau... > <

      Delete
  15. Sombong ek....JJ BMC tak jeling sikitpun....tak pe...tak pe.. .huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish, walaupun kita terrer bawa kereta ke area tu tapi kita terasa jauh pulak.... Hahaha.... Kita nak tinjau area dekat-dekat jek...

      Delete
  16. saya mendeko utk bilik sendiri saja lah . pasti sudah tetamu akan tumpang bersolat kat my bilik ... rasanya saya kat sini pun sekadar terima tetamu bonda . tak kemana pun . layan astro je gamaknya .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun balik kampung beraya di rumah kakak sahaja. Rumah mak dah lama terbiar tak berpenghuni. Tak sempat nak konvoi ramai-ramai berkemas. Tapi sebelah rumah je, bolehlah gi jenguk-jenguk juga :)

      Delete
  17. dah nak balik kelantan malam ni...terpaksalah anak ponteng sekolah sehari...cikgu pun dah tahu mesti ramai yang tak datangnya esok....hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak saya di'cutikan' hari Jumaat sebab Mommynya tak habis-habis sibuk menyopping. Boleh gitu :)

      Delete
  18. Assalamualaikum,

    Persiapan raya? hurmmm sofia mmg xde pun...mem'bz' ngadap kerja smpi kekadang nak berbuka pun xde mood..penat memanjang..rasa nak terus tido je..

    regards,
    Triplesmiley




    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam,

      Kononnya akak ni takdalah bersiap bagai nak sambut raya tapi bila dikira balik budget yang terbabas, oh alahai.... boleh tahan gak :)

      Delete
  19. Raya thn ni seminggu jgk cuti bdk2 ni. Tp x blk kg. Tersadai diperantauan. Reda je la. Anak2 la kesian sbb bj kt kg. Byk plan x jdk. Nak buat mcm mana. Kita merancang je. Raya mcm x raya jgk. Ttp la hepi sbb nak anak2 hepi walaupun x blk kg raya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah begitu kehendakNya. Ikut sahajalah. Seronok gak sesekali beraya di perantauan kot. Raya saya ni makin lama makin hambar. Setakat menyambut raya demi anak-anak sahaja...

      Delete
  20. singgah menjenguk mommy di hari raya kedua
    selamat hari raya maaf zahir batin ye

    saya mhon maaf andai ada terksar bahaya sama ada dlm sedar atau tak sepanjang mengomen di sini
    kosong-kosong ye :D

    dah blk kl ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya, Ciksu!

      Mood bercuti tak habis-habis lagi ni. Entah bila nak upload gambar raya. Eh, ada ke gambar raya yang boleh diupload! Keh3x.

      Delete

Post a Comment