Tuesday, May 31, 2016

Jalan-jalan buang masa lagi!

Salam 24 Syaaban kawan-kawan!

Hari ni nak bercerita tanpa titik noktah pula ~_^ Walaupun ianya sesuatu yang tidak menjadi kehairanan lagi pada yang mengenali MD sejak dia berblogging (^_^), memang you all akan geleng kepala jugalah sambil gelak mengumpat! That's for sure!

Hari Jumaat malam, my sister mengajak ke pasar malam (ke pasar tani?) di Putrajaya. So, kebetulan balik dari kerja I terus singgah di Aeon. Beli barang sikit. Balik rumah dah hampir pukul 6 petang. Tanya pada HD, katanya okey, no problem. HD ni kalau my sister yang ajak, mana pernah ada problem. Maklumlah nak mempamerkan ciri-ciri adik ipar termithali katanya!

Off we went to Putrajaya. Sampai di sana dah masuk Maghrib. Singgah Masjid Besi nak solat Maghrib.



Lepas selesai, tetiba my sister bersuara, apa kata kalau makan dulu di Umai. Oh, kalau dah makan tu, nak buat apa pergi pasar malam ya? Lagi pun bukan nak cari apalah di pasar malam tu, nak cari makan juga! Okeylah kalau begitu. Kita pergi makan di Umai dulu, dapat juga merasa lempeng pisang kegemaran tapi malas nak buat sendiri

Dek kerana ramai orang, lewat jugalah selesai makan. Paling kasihan si Adik Cute sebab mi supnya sampai paling lewat. Orang lain dah selesai makan, Adik masih terkebil-kebil menunggu hidangan sampai. Tapi, Mommy legalah juga sebab boleh makan dengan amannya!

Tuan empunya blog order mi kari ^_^ Letaklah juga ya gambar bagi air liur meleleh sikit-sikit ~_^ Jahatnya MD ni...



Bila dah kenyang, lenyaplah keinginan nak ke pasar malam tu tadi. Maka kita pun gerak balik. Ingatnya nak tengok Magic of the Night tapi mengenangkan suasana setahun or dua tahun lepas di mana anak-anak merengek kepenatan, makanya kita singgah tengok bot berhias ajelah sekejap ~ atas permintaan Adik Cute. 

Then, balik rumah and tidur.

Sebelum berpisah, Ngah dah pesan,

Esok pagi kita sarapan di luar ya!

Okey ~_^   

And, 'karangan' di atas tu sekadar memanaskan enjin ya, mukadimah katanya ... Inilah baru cerita yang hendak diceritakan!

Esoknya, masing-masing lewat bangun. Standardlah hari Sabtu. Lepas solat, terbongkang balik masing-masing. Not so good attitude, sila jangan mengcopy ya ^_^

Bangun-bangun tengok jam dah pukul 9 pagi. Segeralah masing-masing take shower. Mem macam biasalah, kena uruskan rumah, anak-anak dan orang terakhir yang akan bersiap. Dalam pada tu,  kepala I dok berkira-kira ni, nak sarapan apalah kalau keluar rumah pukul 10 lebih...

And tahu plan nak bersarapan di mana?

Shah Alam lagi!

Maka, again tugasan utama menggoogle jatuh kepada I lah, siapa lagi!

My sister kata, terlanjur dah lewat ni kalau dapat makan tengahari pun bagus juga. Okeylah kalau gitu. Senang sikit my kerja.

Okey, kita nak ke Restoran Ceria ...

Sampai di sana, nak parking kereta pun susah. Bila dah dapat parking, Ngah pergi meninjau kawasan... Oh, macam tak berselera pulak nak makan di sini! Lagi pun banyak makanan dah habis!

Ngah berbisik, Rasanya suami kau tak suka tempat macam ni!

Okey, move! Move semua! Mari masuk kereta balik! (padahal HD, emak dan anak-anak semua dah cari tempat duduk!)

Dalam kereta, HD dan Ngah pun berbalas-balas kata,

Yalah, tak menarik nak makan di sini!

Kalau dah pergi jauh macam ni mestilah nak makan ala-ala restoran, bersih gitu!

Makanan pun dah takda. Tak tahulah nak makan apa!

Weyh, banyaknya alasan... 

On the way, mereka tanya lagi kat I nak makan di mana! Oh, sudah! Why me? Why me?

Tersiksa jiwa raga kerana I yang kena mencari tempat makan! Keluar makan dengan Ngah dan HD ni memang siksa sikit. 

Nanti Ngah akan kata, Suami kau tak suka tempat macam ni!

Nanti HD pulak akan kata,  Ngah okey ke makan kat sini? Ngah suka?

Yang jadi mangsa selalu dipersalahkan siapa?

I lah, siapa lagi! 

So, kejap kata nak pergi Bisik-Bisik, kejap lagi nak pergi Wak Dol di Setia Alam nun!

Dalam pada tu, Bubbly Abang menyampuk, Happy ending semestinya di McDonald!

Hahaha! Memang tak merasalah nak oi! Ngah tak suka 'sarapan' burger atau ayam goreng! Daddy pun tak suka ya! Memang tak dapat kelulusanlah jawabnya!

Off we went to Wak Dol pulak. Check kat google katanya buka hari tersebut tapi tetiba keluar pulak nama Wak Dol Kitchen dah... 

Takpa! Takpa! Pergi ajelah. Yang tukang bawa kereta tu dah merah padam muka sebab si penggoogle tak boleh beri arahan nak tuju ke mana! Kan, I jugalah yang kena nanti sebab tak tahu mana nak pergi!

Sesampainya di Wak Dol....

Tutup!

Masing-masing dah mengeluh!

Emak senyap sebab lapar. Ngah pun senyap sebab tak mahu join pertelingkahan lakibini kat depan nun. HD pun dah nak bengang bawa kereta ke hulu ke hilir takda arah tujuan yang pasti gitu! Anak-anak pun dah membebel lapar, lapar, lapar! 

I of courselah dah menyirap darah satu kepala ^_^

Okeylah, HD kata kita pergi ke SCM! 

I senyap ajelah sebab I tau SCM takda makanan yang Ngah suka! Kalau I bantah, lagi teruk sebab I kena beri suggestion baru! Kita akur ajelah!

Sampai sana, tengok semua tempat makan tak berapa in dengan tekak Ngah dan emak. I knowlahkan. HD kata jomlah pergi Teh Tarik Place. I am not familiar with this place sebab very rarelah ke SCM ni. Tengok peta kata di L2/P7. Tengok tempat macam ada ke P7 ni. Naiklah lif. I nak tekan P7, HD confident gila kata di LG. Okey, okey! Press button LG. Sampai kat situ, back to square one, tempat kita mula-mula masuk! Hahaha! Akak nak gelakkan HD tapi takut masuk neraka pulak...

Lari balik masuk lif sebab malas nak ambil eskalator dengan budak-budak dan emak. Baru nak tekan button tetiba keluar signal 'Fire'. Shutter nak masuk ke shopping mall pun tetiba tutup! Ah, sudah! Apa hal pulak ni...

Dengar-dengar juga annoucement tapi tak dapat detect dengan jelas! So, Ngah dah takut (and I bet memang alasan untuk Ngah ajak kami keluar dari SCM ni...) and terus ajak my HD untuk gerak keluar dari SCM ni!

Lepas tu, boleh lagi masing-masing tanya kat I nak makan kat mana?

Aduhai...!!!

Jomlah pergi Tesco aje! Apa ada kat dalam tu kita makanlah! Perut dah kebulur tahap nak makan orang aje ni! Anak-anak lagilah...

Baru nak belok ke Tesco, nampak Burger King. Ajak singgah, HD tak nak! No fastfood untuk sarapan. Well, that's good...

While HD cari parking, Ngah, emak dan anak-anak ikut I. Nampak JM Beriani and ajak Ngah makan tengahari di situ ajelah. Ngah jawab,

Baru makan di sinikan. Lagipun suami kau tak suka, tak sedap katanya!

Lahhhh...gitu-gitu ajelah. Ngah kata HD, HD kata Ngah... Pengsanlah I yang duduk di tengah-tengah ni... 

Terus I membebel,

Susahlah macam ni! Tak tahu nak makan kat mana dah! Kalau Ngah kata itu HD tak suka, HD kata itu Ngah tak suka, memang kebulur tak makanlah kita ni sampai petang!

Okey, Ngah senyap! Dah terasalah tu... Tinggal seorang lagi ni ...

Nampak foodcourt tengok takda orang. Last-last nampak satu restoran ni. Kebetulan HD pun sampai. Bila tengok kami nak masuk ke restoran tu, HD pun tanya pada Ngah,

Ngah okey ke makan kat sini?

I pun jeling... Hahaha!

Ya! End up kita makan di sini aje...

Gambar ehsan pakcik Google

Siapa yang paling gembira gamaknya?

Siapa lagi kalau yang bukan main ceria berkata, 

Happy ending is makan chicken juga ~_^    

                

     

   

      

    



    


Salam Eid Mubarak

Salam  kawan-kawan! Lamanya tak menjengah blog. Memang sengaja tak kemaskini blog sempena bulan Ramadhan kali ni. Ada banyak perkara ya...