Seronoknya melayan my superheroes!

Salam kawan-kawan!

Ini sambungan kisah ketika makan luar Sabtu lepas ya. Nak kata throwback, macamlah lama betul kejadiannya. Maka kita lupakan ajelah perkataan campak baling belakang tu ya ^_^ 

I memang pun ada cerita throwback berusia hampir 6 bulan. Entah bilalah nak masuk blog. Asal nak menaip tentang itu aje, rasa malas melanda. Tengoklah bila rajin berlebihan nanti, tercatat ke tidak kisah tu dalam blog!

Anak-anak ni kalau dapat keluar rumah memang gembira bukan kepalang walaupun adakalanya setakat menemankan Mommy beli barang dapur aje. Atau pun semasa kita sibuk membeli barang, mereka tunggu di dalam kereta dengan Daddynya. Itu pun dah kira sangat awesome tau!

Jadi, bila ada kesempatan tu (yang sentiasa datang bertandanglah senang cerita ^_^) memanglah I akan bawa my superheroes keluar. 

Tengoklah gelagat si kecil ni bila nampak sesuatu yang menarik pada pandangan matanya ...


Adakalanya dia tak puas hati, minta ambil satu shot lagi ...


I ni tak macam my jiran sebelah. Instead of diri sendiri, anak-anak biasanya yang minta diambil gambar terutamanya si Adik Cute. Selalu sangat si Adik Cute ni minta ambil gambar dia nak berselfie katanya. Mommynya pulak memang jarang masuk gambar. Tak kuasalah. Tetapi, bab snap gambar anak-anak tu memang sukalah juga ^_^ Buat kenangan terindah di hari tua katanya ...   

Mereka dua beradik ni kalau di luar cuma ada dua aktiviti aje yang mereka gemar ~ main kejar-mengejar sambil terjerit terpekik tak pun ambil gambar! Kus semangat I jadinya kalau mereka tak dengar kata, memang I pun terjerit terpekik sama ~_^

Time mereka berbaik-baik dua beradik, bolehlah dibiarkan berdua-duaan ...



Yang ini pulak kalau tak silap masa di dalam Daiso. Sibuk nak mencuba segala topeng yang ada. Katanya nak tengok siapa yang nampak lagi menakutkan ... 



But pada pandangan Mommynya, langsung tak menakutkan. Menggelikan hati adalah...

Siap tanya tu Mommy kenal ke tidak mana satu Abang dan mana satu Adik. Of courselah pejam mata pun Mommy boleh cam ~_^

Dua hari lepas si Adik Cute ni kena marah dengan Daddynya sebab nakal. So, dia pun melalaklah. Tak lama lepas tu, Daddy pun panggillah masuk bilik nak pujuk. Entah apa yang Daddy beritahu si kecil ni, I pun tak tahu. Yang pasti, selepas tu dia dah sayang balik kat Daddynya ^_^

Malam tu dia sibuk nak main lego bila Daddy suruh tidur. So, kenalah tegur lagi.

Tau apa jawabnya sambil membebel takda fullstop?

Daddy ni... Tadi dah janjikan tak marah Adik lagi! Kenapa pulak nak marah sekarang? Adik baru nak main tau. Adik belum habis susun lego tau! Adik baru je main, Daddy nak marah, nak marah! Kenapa pulak nak marah ni... Tadi cakap janji, janji lepas tu marah! Apalah Daddy ni... 

Membebel, membebel dan terus membebel .... ~_^

Nasib baiklah Daddy tengah cool. Kalau tidak, mahu disuruhnya senyap! Hahaha! 

Nah, belanja gambar Adik Cute bila dia rasa dirinya cute sangat-sangat ...









Hari ni malas nak celoteh banyak sebab ini entri kedua untuk hari ni. Kira rajinlah jugakan berbanding sebelum-sebelum ni ^_^     

 

 












   


Comments

  1. Hahahhaa.....!! Dah nama adik cute, tetiba rasa comel lak ... besar2 nanti jadi adik encem plak hokehhhhh............

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia memang sentiasa rasa dia comel especially time ambil gambar ^_^

      Delete
  2. Hahahhaa kemain adik cute posing.! masa kecik kecik ni tgh seronok melayan kak. Penghibur hati... =D Kaki gambar ikut perangai daddy ke mummy ni.? eh eh eh.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa kecil memang seronok melayan kerenah anak-anak, Aina. Bila mereka dah besar panjang nanti lain pulak perangainya. Tak suka dah bermanja-manja ke apa. Lainlah anak perempuankan...

      Yang itu ikut perangai Daddy ~_^

      Delete
  3. Tu kira okler 6 bulan lepas tak publish lagi.. ai lebih dari tu pun ada still Q lagi tak publish.. hehehe..
    Adik Cute buat posisi apa pun cute.. cer kite.. kehkehkeh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini pun tengah berkira-kira taip ke tidak entri yang tertunggak tu. Tengok draft banyak jugalah yang bertangguh. Rasa macam malas pulak. Tengoklah bila rajin menimpa nanti!

      Kalau kita buat posisi lain macam sikit masa bergambar, memang minta nak kena kutuk dengan orang! Huhuhu!

      Delete
  4. itulah anak-anak..penghibur hati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Mar. Hanya anak-anaklah yang jadi penghibur hati sekarang ni. Suami sekadar peneman sunyi aje. Hahaha!

      Delete
  5. Adik...makan apa tu. Comot mulut...hehehe...Anak2 MD mesra camera. Anak2 kita tak mesra camera. Ada jer memek2 muka yang dibuatnya. Tak senunuh klo posing. Stress si hemak kalau nak amik gambar anak2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik Cute makan kon aiskrim McD ^_^ Itu yang comot sememeh semacam aje!

      Bila besar sikit dah tak mesra kamera lagi dah, Fiza. Masa mereka kecil ni bolehlah nak ambil candid ke, nak paksa ke ^_^

      Delete
  6. Adek cute memang betul2 hensem & cute ...ni mesti ikut iras mama dia kan.
    Masa ni lah kita boleh snap gambar2 mereka untuk jadi kenangan ,masa cepat berlalu ,anak2 cepat membesar,kita akan rindu masa ini kelak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidaklah, kak! Adik Cute tu ikut iras Daddynya ^_^

      Betul tu, kak. Masa ni ajelah kita boleh ambil gambar mereka sesuka hati. Bila dah besar nanti, lain pula perangainyakan, kak!

      Delete
  7. Amboiii mengumpat nampak!!! Pantang org kasi chance terus nak mengumpat !!! Mak takut satu hari nanti kita tukar habbit je Kak Ton, time mak dah tak kuasa nak berselpie, Kak Ton pulak kena sawan haha...Sikit sikit nak selpie kikiki...kalah adik pulak

    Masa anak anak mak kecik dulu gitulah jugak Kak Ton.... kita sebok cari barang dapur, dia sebok main kejar kejar sampailah satu tahap, si abg tu terbawak main kejar kejar masa dia dah agak besar. Memang macam tak sesuai lagi... nanti cenggitu jugaklah mereka ni.





    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, mana adanya mengumpat! Kita cakap depan-depan muka ni, kan. Tak betul ke? Mak tengah baca entri ni muka mengadap mana? Keh3x...

      Harapnyalahkan Mak sampai ke kilauan diamond pun Kak Ton tak akan kerana sawan selfie ni. Yalah masa tu dah berkerut seribu, malulah eh nak selfie melfie ni ^_^

      Anak-anak dah besar lain sikitkan Mak perangai mereka. Takdalah curahan kasih-sayang macam mereka kecil-kecil dulu!

      Delete
  8. Akan tiba masanya adik pun mungkin tak mahu diambil gambar utk masuk blog macam abangnya juga. Sekarang sukalah sebab masih kecik. Kita yg tengok memanglah suka. Kakak ni kalau tengok budak comel terus senyum:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, kak. Saya pun rasa begitu sebab dah ada pengalaman dengan Bubbly Abang. Sekarang ni time dia suka kita snap gambar, kita snaplah banyak-banyak. Tengok aje si abangnya tu, kalau suruh bergambar, lesu aje! Itu tanda dia tak sukalah tu!

      Delete
  9. Replies
    1. Adik Cute memang suka bergambar macam Daddynya ~_^

      Delete
  10. eh anak2 akak pun sama..
    bila keluar memang suka
    terjerit pekik, lari sana sini

    tp adik cute..mmg cute

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, Allah! Bila mereka dah start berlari sana-sini, rasa nak lari sama aje tau! Kita jerit yang ini, yang itu lari! Kita jerit yang itu, yang ini lari! Stress emak!

      Delete
  11. Masa ni lah nak melayan kerenah anak2..
    Cute jer adik buat mcm tu...
    Hihihi auntie takut lah adik 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa nilah, CH. Bila lagikan...

      Nanti bila dah besar panjang takdalah nak melayan kerenah lagi. Lagi-lagi anak lelaki. Memang takdalah semanja masa mereka kecil-kecil!

      Delete
  12. Gelihati kan bila diaorang tanya kenal tak yg mana satu adik dan abg tu
    sorang kecik sorang beso tak kan mommy tak kenal pulak
    mmg lucu time budak2 kecik macam ni
    MD mesti happy dngn telatah diaorang
    bagus kan utk kesihatan kalau selalu happyy macam ni
    takde penyakit hehee kann

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah, saiz berbeza tak akanlah Mommy tak kenalkan, KakNoor!

      Kalau tidak kerana saiz pun kita emak-emak ni boleh cam anak-anak walaupun tutup mata ^_^ Maklumlah emak mithali namanya ~_^

      Patutnyalah kan free dari segala penyakit tapi tahun ni macam-macam penyakit pulak hinggap sekejap! Kena gelak berganda-ganda supaya semangat happy tu tak keluar dari badan. Barulah penyakit tak sampai hati nak hinggap!

      Delete
  13. Bkn main lg bergambar ye adik cute..
    Hahahaha..
    da pandai ye adik cute membebel.. panjang pulak tu..
    Sama mcm aimy, da pandai membebel.. tahan telinga je mendengarnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik Cute memang tengah prime time sekarang ~_^ Suka betul bergambar kalau rasa diri tu cute! Ini ikut perangai Daddy sebenarnya!

      Dia memang kuat membebel. Yang itu ikut perangai saya ~_^

      Delete
  14. Semasa anak2 suh ambil gambar mereka, ambillah, bolehlah sebagai kenangan

    anak2 akak, dah tak suka berselfie termasuk si bongsu tu, mungkin dah jemu kot asyik2 dijadikan model cilik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Nanti bila besar sikit, dah tak sudi nak bergambar. Bergambar dengan Mommy lagilah tak mahu! Samalah macam anak bujang tersado saya, mana nak sekarang ni ambil gambar. Cuba tengok gambar-gambarnya, semuanya rela terpaksa aje!

      Delete
  15. Aunty tengok memang comel terutamanya adik cute. Masa berlalu pantas tanpa kita sedari anak2 sudah membesar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun rasa macam tu, kak. Cepat sangat anak-anak membesar. Bukan mereka tak puas bermanja dengan kita, kita ni yang tak puas memanjakan mereka! Dah besar nanti lain pulak perangainya! Sedihlah bila ingat-ingatkan!

      Delete
  16. kemain adik. mcm2 gelagat dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak ni mana pernah senyap kecuali masa tidur! Masa nak tidur pun boleh buat aktiviti menggulung rambut lagi ^_^

      Delete
  17. handsome boy adik cute ni..
    moga membesar jd anak soleh, insyaallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnnnn...

      Harapnya pun begitulah hendaknya!

      Delete
  18. semakin handsome adik cute..lepas ni tukar nama adik handsome lak yer mummy.... baguslah anak-anak suka ambil gambar...ni tak nak kena paksa senyum bila nak ambil gambar sbg kenangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengoklah macamana gayanya bila dah pandai bawa diri sendiri nanti ^_^

      Anak-anak saya ni semasa baya macam ni memang suka bergambar. Besar sikit nanti macam abangnya, dah tak sukalah kita suruh bergambar!

      Delete
  19. ok, baru dua entri baca, dah nampak something
    awat banyak sangat klik spacing
    terpening jab baca :p

    entri ni tadi pasal apa ye? sat scroll balik
    ooo...pasal ur superheroes
    anak-anak saya kalau saya bawa p kedai depan rumah pun seronok
    lagilah kalau berjalan jauh
    ada aje aksi diorang. nak pula mama diorang jenis suka
    snap gambo anak sendiri...memang penuh ler memori kamera...huh

    lama tak dapat adik cute, bertambah cute rupanya =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klik spacing?

      Celah mana, Cik Bedah oi? Kak Ton nampak macam biasa jerk. Maklumlah mata Kak Ton ni kalau melirik memang special sikit penglihatannya ^_^

      Kan! Janji dapat keluar rumah. Kalau ajak main bola depan rumah pun mereka dah happy. Macam keluar dari siksaan gitu. Hahaha!

      Samalah! Saya pun suka snap gambar anak-anak walaupun sendiri tak suka bergambar.

      Apa? Aisyah on lagi ke dengan Adik Cute? Ingatkan dah berpisah. Kita nak mulakan sesi mencari bakal menantu yang terbaru dah ni ~_^

      Delete
  20. Wah makin cute hensem bergaya la adik cute..bab membebel tu boleh tahan ye.igtkan anak pompuan je kuat bebel.kt rumah ni ada juga ratu membebel.adoii memang pening dibuatnya..cakap pndai lagak gaya org besar2

    Betullah anak2 klu dpt keluar dr rumah je dah happy.samalah jugak dengan ibunya.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, ni lagi satu bekas besan ni! Opppssss!

      Pandai pulak besan-besan ni datang serentak mengomen yerk. Memang berpakat ke apa ni ...

      Anak-anak saya boleh tahan kuat membebelnya, PK. Ikut Mommy mereka agaknya. Saya kalau balik rumah aje mesti HD kata 'Hah, startlah ni nanti membebel!' Nampak sangatkan kuasa membebel di tangan saya seorang!

      Anak-anak happy, emak mereka apatahlagi ^_^

      Delete
  21. Daddy jarang marah tapi kalau mula marah, takutlah anak-anak. Saya ni garang dan selalu marah sebenarnya tapi anak-anak dah tak hairan dengan kemarahan saya ^_^

    Gitulah pulak anak-anak, Diana ya! So, tentulah mereka lagi suka ayahnya dari ibunya, ya tak?

    ReplyDelete

Post a Comment