Jalan-jalan buang masa lagi!

Salam 24 Syaaban kawan-kawan!

Hari ni nak bercerita tanpa titik noktah pula ~_^ Walaupun ianya sesuatu yang tidak menjadi kehairanan lagi pada yang mengenali MD sejak dia berblogging (^_^), memang you all akan geleng kepala jugalah sambil gelak mengumpat! That's for sure!

Hari Jumaat malam, my sister mengajak ke pasar malam (ke pasar tani?) di Putrajaya. So, kebetulan balik dari kerja I terus singgah di Aeon. Beli barang sikit. Balik rumah dah hampir pukul 6 petang. Tanya pada HD, katanya okey, no problem. HD ni kalau my sister yang ajak, mana pernah ada problem. Maklumlah nak mempamerkan ciri-ciri adik ipar termithali katanya!

Off we went to Putrajaya. Sampai di sana dah masuk Maghrib. Singgah Masjid Besi nak solat Maghrib.



Lepas selesai, tetiba my sister bersuara, apa kata kalau makan dulu di Umai. Oh, kalau dah makan tu, nak buat apa pergi pasar malam ya? Lagi pun bukan nak cari apalah di pasar malam tu, nak cari makan juga! Okeylah kalau begitu. Kita pergi makan di Umai dulu, dapat juga merasa lempeng pisang kegemaran tapi malas nak buat sendiri

Dek kerana ramai orang, lewat jugalah selesai makan. Paling kasihan si Adik Cute sebab mi supnya sampai paling lewat. Orang lain dah selesai makan, Adik masih terkebil-kebil menunggu hidangan sampai. Tapi, Mommy legalah juga sebab boleh makan dengan amannya!

Tuan empunya blog order mi kari ^_^ Letaklah juga ya gambar bagi air liur meleleh sikit-sikit ~_^ Jahatnya MD ni...



Bila dah kenyang, lenyaplah keinginan nak ke pasar malam tu tadi. Maka kita pun gerak balik. Ingatnya nak tengok Magic of the Night tapi mengenangkan suasana setahun or dua tahun lepas di mana anak-anak merengek kepenatan, makanya kita singgah tengok bot berhias ajelah sekejap ~ atas permintaan Adik Cute. 

Then, balik rumah and tidur.

Sebelum berpisah, Ngah dah pesan,

Esok pagi kita sarapan di luar ya!

Okey ~_^   

And, 'karangan' di atas tu sekadar memanaskan enjin ya, mukadimah katanya ... Inilah baru cerita yang hendak diceritakan!

Esoknya, masing-masing lewat bangun. Standardlah hari Sabtu. Lepas solat, terbongkang balik masing-masing. Not so good attitude, sila jangan mengcopy ya ^_^

Bangun-bangun tengok jam dah pukul 9 pagi. Segeralah masing-masing take shower. Mem macam biasalah, kena uruskan rumah, anak-anak dan orang terakhir yang akan bersiap. Dalam pada tu,  kepala I dok berkira-kira ni, nak sarapan apalah kalau keluar rumah pukul 10 lebih...

And tahu plan nak bersarapan di mana?

Shah Alam lagi!

Maka, again tugasan utama menggoogle jatuh kepada I lah, siapa lagi!

My sister kata, terlanjur dah lewat ni kalau dapat makan tengahari pun bagus juga. Okeylah kalau gitu. Senang sikit my kerja.

Okey, kita nak ke Restoran Ceria ...

Sampai di sana, nak parking kereta pun susah. Bila dah dapat parking, Ngah pergi meninjau kawasan... Oh, macam tak berselera pulak nak makan di sini! Lagi pun banyak makanan dah habis!

Ngah berbisik, Rasanya suami kau tak suka tempat macam ni!

Okey, move! Move semua! Mari masuk kereta balik! (padahal HD, emak dan anak-anak semua dah cari tempat duduk!)

Dalam kereta, HD dan Ngah pun berbalas-balas kata,

Yalah, tak menarik nak makan di sini!

Kalau dah pergi jauh macam ni mestilah nak makan ala-ala restoran, bersih gitu!

Makanan pun dah takda. Tak tahulah nak makan apa!

Weyh, banyaknya alasan... 

On the way, mereka tanya lagi kat I nak makan di mana! Oh, sudah! Why me? Why me?

Tersiksa jiwa raga kerana I yang kena mencari tempat makan! Keluar makan dengan Ngah dan HD ni memang siksa sikit. 

Nanti Ngah akan kata, Suami kau tak suka tempat macam ni!

Nanti HD pulak akan kata,  Ngah okey ke makan kat sini? Ngah suka?

Yang jadi mangsa selalu dipersalahkan siapa?

I lah, siapa lagi! 

So, kejap kata nak pergi Bisik-Bisik, kejap lagi nak pergi Wak Dol di Setia Alam nun!

Dalam pada tu, Bubbly Abang menyampuk, Happy ending semestinya di McDonald!

Hahaha! Memang tak merasalah nak oi! Ngah tak suka 'sarapan' burger atau ayam goreng! Daddy pun tak suka ya! Memang tak dapat kelulusanlah jawabnya!

Off we went to Wak Dol pulak. Check kat google katanya buka hari tersebut tapi tetiba keluar pulak nama Wak Dol Kitchen dah... 

Takpa! Takpa! Pergi ajelah. Yang tukang bawa kereta tu dah merah padam muka sebab si penggoogle tak boleh beri arahan nak tuju ke mana! Kan, I jugalah yang kena nanti sebab tak tahu mana nak pergi!

Sesampainya di Wak Dol....

Tutup!

Masing-masing dah mengeluh!

Emak senyap sebab lapar. Ngah pun senyap sebab tak mahu join pertelingkahan lakibini kat depan nun. HD pun dah nak bengang bawa kereta ke hulu ke hilir takda arah tujuan yang pasti gitu! Anak-anak pun dah membebel lapar, lapar, lapar! 

I of courselah dah menyirap darah satu kepala ^_^

Okeylah, HD kata kita pergi ke SCM! 

I senyap ajelah sebab I tau SCM takda makanan yang Ngah suka! Kalau I bantah, lagi teruk sebab I kena beri suggestion baru! Kita akur ajelah!

Sampai sana, tengok semua tempat makan tak berapa in dengan tekak Ngah dan emak. I knowlahkan. HD kata jomlah pergi Teh Tarik Place. I am not familiar with this place sebab very rarelah ke SCM ni. Tengok peta kata di L2/P7. Tengok tempat macam ada ke P7 ni. Naiklah lif. I nak tekan P7, HD confident gila kata di LG. Okey, okey! Press button LG. Sampai kat situ, back to square one, tempat kita mula-mula masuk! Hahaha! Akak nak gelakkan HD tapi takut masuk neraka pulak...

Lari balik masuk lif sebab malas nak ambil eskalator dengan budak-budak dan emak. Baru nak tekan button tetiba keluar signal 'Fire'. Shutter nak masuk ke shopping mall pun tetiba tutup! Ah, sudah! Apa hal pulak ni...

Dengar-dengar juga annoucement tapi tak dapat detect dengan jelas! So, Ngah dah takut (and I bet memang alasan untuk Ngah ajak kami keluar dari SCM ni...) and terus ajak my HD untuk gerak keluar dari SCM ni!

Lepas tu, boleh lagi masing-masing tanya kat I nak makan kat mana?

Aduhai...!!!

Jomlah pergi Tesco aje! Apa ada kat dalam tu kita makanlah! Perut dah kebulur tahap nak makan orang aje ni! Anak-anak lagilah...

Baru nak belok ke Tesco, nampak Burger King. Ajak singgah, HD tak nak! No fastfood untuk sarapan. Well, that's good...

While HD cari parking, Ngah, emak dan anak-anak ikut I. Nampak JM Beriani and ajak Ngah makan tengahari di situ ajelah. Ngah jawab,

Baru makan di sinikan. Lagipun suami kau tak suka, tak sedap katanya!

Lahhhh...gitu-gitu ajelah. Ngah kata HD, HD kata Ngah... Pengsanlah I yang duduk di tengah-tengah ni... 

Terus I membebel,

Susahlah macam ni! Tak tahu nak makan kat mana dah! Kalau Ngah kata itu HD tak suka, HD kata itu Ngah tak suka, memang kebulur tak makanlah kita ni sampai petang!

Okey, Ngah senyap! Dah terasalah tu... Tinggal seorang lagi ni ...

Nampak foodcourt tengok takda orang. Last-last nampak satu restoran ni. Kebetulan HD pun sampai. Bila tengok kami nak masuk ke restoran tu, HD pun tanya pada Ngah,

Ngah okey ke makan kat sini?

I pun jeling... Hahaha!

Ya! End up kita makan di sini aje...

Gambar ehsan pakcik Google

Siapa yang paling gembira gamaknya?

Siapa lagi kalau yang bukan main ceria berkata, 

Happy ending is makan chicken juga ~_^    

                

     

   

      

    



    


Comments

  1. hahaha..sorry lah kak, tergelak pulak..macam drama cik kiah sangat.last-last ayam goreng..happy ending.hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Watpa gelakkan akak. Gelakkanlah sikap HD dan Ngah akak tu...

      Happy ending sangat-sangat. Yang kenyang Adik Cute and Bubbly Abang aje!

      Delete
  2. Bubbly abanglah jugak yg untung....dpt makan ayam goreng hihi...

    Nasiblah HD tu jenis tak kisah Kak Ton, siap boleh transit banyak tempat kalau Pak Jilap tu mmg dah balik jer mak tau. Bukan dia jer marah mak pun merajuk sekali haha.....Mungkin jugak sebab ada Ngah ngan emak tu HD jadi cool.....Ye ke? Hihi....

    Mak sekarang tak boleh sambung tidurlah kak Ton lepas Subuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah, mereka dua beradiklah yang beruntung. Happy ending, happy ending. Memanglah happy ending untuk mereka. Kami ni tertelan-telan air liur makan ayam goreng buat brunch katanya! Memanglah tak kenyang pun! Tapi roti kat Texas Chicken ni sedap. Saya suami isteri sangat suka ^_^

      Ya ke? Maknanya saya ni muda lagilah ya, Mak? Hahaha!

      Delete
    2. Nyampah tau...memanjang over perasan. Yelah yelah mak faham Kak Ton tidur balik lepas Subuh, maklumlah bertahajud anak beranak hihi

      Delete
    3. Apa nak buat... terimalah kenyataan yang jiran sebelahmu memang kuat perasan! Kena redhalah ya. Kalau tak redha nanti bergaduh pulak jiran tetangga katanya. Hahaha!

      Oh, mengata balik rupanya dia... Ni macam nak kena balas juga ni... Meh pi blog dia pulak!

      Delete
  3. Hahhahahaa..
    Aduhai punya susah nak cari tempat makan ye MD..
    Rakyat negara lain susah nak makan...
    Rakyat kat negara kita ni susah nak cari tempat makan ikut tekak sendiri..
    Jauh datang nak makan tu ..
    Ke shah alam..


    Happy ending lah buat dua hero ko tu MD..
    Dapat makan ayam goreng sepuasnya..

    CH hari sabtu tu ada program Free Market di Masjid Seksyen 7 Shah Alam tu..
    Balik dari situ terus gerak balik kampung kuang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasalnya, CH. Susah, susah pun kalau dah suka makan kat luar, memang mencari juga. Lepas tu bengang bila tak dapat! Hahaha!

      Betul pulak kata CH. Rakyat negara lain susah nak makan, kita ni susah nak cari tempat makan ikut selera anak tekak! Hehehe...

      Senyum lebar si abang dan adik sebab dapat makan ayam goreng. Kita nilah yang merana!

      Delete
  4. saya paling malas nak decide makan kat mana.. typical perempuan katanya.. bila tanya mana2 je lah. Bukan apa I sebenarnya tak tahu jalan2 kat sini even dah 10 tahun dok mundar mandir area yang sama tetap otak tak boleh record.. nk kata tua baru je masuk alam remaja katanya... hahahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak ni memang kena decidelah, Suria. Memang tugas akak kalau makan di luar. Senang sikit depa-depa semua nak menyalahkan akak kalau ada yang tak kena, tak sedap ke apakan!

      Akak pun setakat Shah Alam tu memang tak ingat-ingat jalan. Sampai kena marah dengan suami, pun masih tak ingat juga!

      Delete
  5. Mak aihhh sedapnya mee kari tu. Nani teringin nak makan mee kari Old Town tapi sebab sekarang dekat Pahang mana ada Old Town. Hahaha. Bab nak mencari tempat makan memang lah paling payah kan tambah pulak kalau kita sorang aje yang nak fikir. Hehehe. Sudahnya ke texas chicken ye, sedap jugak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, tengah bercuti ya, Nani! Buat apa nak makan kat luar. Emakkan ada. Suruhlah emak masak apa aje yang teringin. Anak kalau sesekali balik dan buat request nak makan itu, ini, memang tak sampai hati emak nak hempuk tau tak ^_^

      Bun kat Texas Chicken sedap. Berebut makpak nak mengerjakan bun si Adik Cute tapi dia tu kedekutlah!

      Delete
  6. kesian MD..asyik disalahkan sajalah kalau macam ni kan, tapi memang kelakar jugaklah bila baca, ngah kata HD tak suka kat situ, HD kata ngah tak suka hehehe susah jugakan.

    nanti MD searh makan sedap di shah alam..memang akan keluar senarai dia bagi pilih saja hehehe.. yang pernah saya share the sumbs sek.13, foodsbury sek.9 teapot deli sacc mall.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yang mereka suka tau. Suruh saya decide nak makan kat mana lepas tu senang-lenang boleh menyalahkan saya 100% kalau ada yang tak kena! Balik-balik nama saya naik! Nyampah sungguh!

      Ada saya search. Jumpalah Sumbs, FoodsBury, Laman Grill and what not lagilah tapi tak bersesuaian dengan tekak Melayu kakak saya yang suka pedas-pedas. Nak makan roti canai dah dekat tengahari tu, mana nak cari!Mamak bolehlah... pun Ngah tak suka! HD pulak kalau tanya dengannya, nak yang sedap tapi murah. Lagi saya pening sampai nak pitam dibuatnya!

      Delete
  7. adoi fening akak, rasa dah ke hulur ke hilir sama di bawak dalam cerita ni
    last sekali anak yg untung dapat makan ayam...
    kalau akak mahu kena ceramah...takde decision kata en suami

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana tak peningkan! Ke hulu ke hilir sampai nak dekat tengahari. End up balik rumah dekat pukul 2 petang. Makannya Texas Chicken nun jauh di Tesco, Setia Alam. Padahal belakang rumah pun ada Texas Chicken tau!

      Stress! Stress!

      Delete
  8. Kat Shah Alam byk tempat makan kak Zai suka makan kat Bistro Qaseh sec 13. Satu lg ikan bakar Anjung Merah atau Restoren Yusof Haslam berdekatan hospital Tawakkal. Restoren yg ada berbagai lauk pauk untuk buat pilihan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab itulah Kak Zai saya suka pergi Shah Alam sebab banyak tempat makan di sana. Tapi itulah, time nak pergi baru nak menggoogle, memang melalaklah endingnya. Dengan restoran tutup lain, salah waktu lain, dan macam-macam lagilah! Kalau kakak saya dan suami turut serta dalam team makan-makan, memang jenuhlah alahai KakZai!

      Delete
  9. Kahkahkah.. adoi.
    End up texas chicken.? seriously kaaaaaaaak! sakit perut gelak..Shah alam kemain meriah lagi tempat makan. Tp biasala kan.. klu ikut tekak n perut sendiri senang.. Ni ramai punya perut nk kena pk.Paling kesian MD la jadi orang tengah.. Kekeke besar peranan hakak! =P Hero berdua happy kemenangan la ye dpt ayam goreng.!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish! Ni yang akak nyampah nak habaq dalam blog. Memang kena gelak ^_^ Tapikan kalau Aina kenal akak dah lama melalui blog ni memang tahulah perangai kami sekeluarga. Selalu aje kelam-kabut nak pilih tempat makan sebab citarasa berbeza gitu!

      Itu yang akak menyampah! Kalau ada silap di mana-mana, memang akaklah yang dipersalahkan. Bukan akak offer diri nak cari tempat makan. Kalau akak tak buka mulut, selagi tulah bertanya nak makan kat mana tau! Stress!

      Budak berdua ni sukalah. Janji kalau breakfast, lunch and dinner kat McD/KFC atau mana-mana fastfood kegemaran, merekalah yang paling gembira!

      Delete
  10. Subhanallah...selalu betul MD & family pusing-pusing cari makan sampai dah betul-betul lapar and last makan yg ternampak depan mata aje:) Rezeki bubbly abanglah. Itulah budak innocent kan tak mahu-tak mahu ikut selera dia last rezeki lebih pada dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang beginilah, Kak. Klunya, kalau saya ajak akak makan beramai-ramai dengan keluarga saya, janganlah setuju! Hahaha!

      Pengsan tau kena ikut kami ronda-ronda sana-sini sementara nak buat keputusan!

      Itu tak nak, ini tak suka akhirnya memang selalu kena makan apa yang paling senang nak makan! Budak-budaklah paling gembira. Memang selalu pun rezeki mereka kalau makpak buat hal tak tahu nak makan mana!

      Delete
  11. At last happy ending..bubbly abang la kan paling suka ayam goreng..hihu

    awatlah payah sgt nk mkn je kot..sy klu bab makan luar memang serah kt en suami..klu nk cuba restoren tertentu je sy akan suggestkan..klu tak tentu arah lg nak kemana memang tak nak campur..ckp je kt mana2 pun boleh.so klu makanan tak sedap ke apa mari kita salahkan en suami.hahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abanglah yang senyum paling lebar. Sampai minta tiga ketul ayam nak tibai tapi tak dapat ^_^ Adik macam biasalah, janji restoran makanan segera, dia paling suka walaupun dia bukan suka sangat pun ayam!

      Delete
  12. abang menang hihihi
    payah kan bila memasing tak kene selera ni..
    saya pon kekadang gini lah juga dgn cik suami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan main happy menyanyi dapat makan ayam goreng! Susah betul Ciksu keluarga saya ni. Lagi-lagi kalau ajak Ngah sama. Memang nak pitam saya memikirkan mana nak makan supaya dua-dua (suami dan kakak) dan komplen memanjang! Komplen belakang tu yang tak tahan!

      Delete
  13. Ciannya nak cari sarapan pun kena pusing2 ke MD...kalau akak memang tak tahan dah hampir tengahhari tu...lapar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayalah yang patut dikasihani, kak! Saya yang selalu jadi mangsa 'buli'. Hahaha!

      Susah betullah nak ikut selera mereka berdua. Yang best tu orang ni kata orang tu tak suka. Orang tu kata orang ni tak suka. Kita yang kat tengah-tengah pulak tu yang kena buat keputusan! Stress!

      Delete
  14. Skrg nk mkn luar pun pening kepala MD...
    mmg kena plan awai...klau tak pergi kedai ttup la..aduiii
    akhirnya ayam jd pilihan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Family kecil saya ni kalau dah plan awal pun boleh berubah fikiran last minute! Itu yang lagi stress! Elok-elok aje di rumah kata nak pergi sini tetiba dalam kereta dah berubah kata nak ke sana pulak!

      Delete
  15. dtg jauh2, last2 makan texas chicken jer kak..
    aduhaiiiii sabar jelah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah tu, Lyn. Akak ni dah terbiasa sangat sampai di Shah Alam lepas tu tiba-tiba apa nak semua tak dapat. Lepas tu mulalah paksa-paksa suruh google dan tanya mana nak makan! Stress!

      Delete
  16. hihihi...jangan marah naaaa..tergelak! last2 chicken gak... aduii penat pusing2... tapi tulah MD, sy pun tak suka lah klu asyik tanya sy nak makan kat mana ni?? boleh stress dibuat nya tau... haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak baik tau gelak-gelakkan orang ~_^ Itulahkan, ini tak nak, itu tak nak. Akhirnya apa yang tak nak tu, itu jugalah yang dimakan! Stress macam ni!

      Delete

Post a Comment