Tuesday, May 10, 2016

My busyuk manja ^_^

Salam 3 Syaaban ya kawan-kawan!

Hari ni ada sibuk sikit makanya entri pun tak boleh panjang berjela sangat ^_^

But, knowing me ni manalah pernah entri pendeknya jadi sangat pendekkan! Mukadimah aje dah panjang, itu belum masuk jalan cerita. Adakalanya tak sempat masuk pun jalan cerita tau-tau dah habis sebab penat sangat berceloteh walaupun tak buka mulut ~_^

Ni nak cerita tentang my superheroes. Bubbly Abang tak usah ditanyalah. Diakan dah besar panjang, memang tak berapa nak hairan dengan blog Mommynya. But, but, but... semalam ada juga dia tanya kat I tau,

Mommy dah tak menulis dalam blog lagi ke?

Huhuhu....   

Si Adik Cute macam biasalah dengan keletahnya. Dah tak berapa macho sekarang ni sebab sikit-sikit aje nak merajuk. Duduk bersila sambil silang tangan, mulut muncung duplohdepa dan muka tunduk merenung lantai. Itu trend merajuk sekaranglah!

Setiap malam mesti nak suruh I sentuh dahinya panas ke tidak sebab

Adik rasa Adik macam nak demam. Tak rasa boleh pergi school esok!

Sebab demamlah kena pergi school. Kalau tak demam tak payah pergi!

Terus cancel rasa nak demam tu. Sebab tak jadi demam, kenalah pergi school ^_^

Konpius terus my anak tak tahu nak beri alasan apa lagi ^_^ 

Dia kata di tadikanya dia jatuh no. 3 paling cute dalam kelas.  I pun tanyalah siapa no. 1 dan no. 2. Katanya no.1, a girl namanya 'Pik Mi' (dah dia pronounce macam ni, I tulis jelah, ejaan sebenar I  tak tahu yerk) dan no. 2 lupa pulak nama budak lelaki tu.  Jadi dia jatuh no. 3 lah. Bila I tanya siapa yang kata macam tu. Dia pun jawab, dialah yang kata ^_^

Nah, belanja siap-siap dulu gambar si kecil ni. Asal masuk kereta aje, bantai tertidur ^_^


Malam semalam sebelum tidur, dia pesan kat Mommynya ni minta bawa bekal mi. Tak mahu makan nugget dan sausage lagi. Kalau tidak, hari-hari kena bekalkan nugget and mayo, tak pun sausage and mayo. Memang itu aje yang dia suka. Kalau letak bekal lain,  takdalah dia makan!

So, semalam ada special request pulak...

Mommy, esok Adik nak bawa mi tau! Jangan letak nugget!

(Yang sebenarnya dia cemburu kat si abangnya sebab si abang siang-siang dah pesan yang dia nak bawa maggi goreng)

Bila I tak jawab, terus dia datang lagi dekat,

Mommy dengar tak Adik nak bawa mi esok! Adik tak nak nugget. Mommy jangan pandai-pandai bawa nugget pulak esok!

Okeylah!

Mommy promise tau! Jangan bawa nugget esok. Bawa mi!

Maggi goreng boleh tak sama macam Abang?

Hmmm... bolehlah! Buat spicy sikit. Adik suka spicy, spicy ni. Promise tau! Jangan bawa nugget pulak esok. Adik tak nak nugget, nugget ni!

Okey!

Mommy dengar tak?

Dengar! I promise! Okey! Okey!

Baru puas hati dan baca doa nak tidur ^_^  

So pagi tadi I pun mulalah aktiviti buat maggi goreng guna perencah sendiri. Senang aje sebenarnya asalkan takda sayur dan takda benda lain selain isi ayam, okey dah! Itu pun I masukkan juga sosej sikit. Tak tahulah nanti siapa yang akan susun sosej di tepi bekal makan mereka! I suspek mesti si Bubbly Abang. Adik Cute suka sosej tapi Bubbly Abang tak suka, dah muak katanya!

My anak-anak ni cerewet tentang makan terutamanya si Bubbly Abang. Macam semalam for dinner I sediakan ayam goreng, labu masak lemak dan sambal tumis sotong. Nak bagi adil dan saksama, mestilah ada menu untuk si anak bujang tersado, anak bujang tercomel dan juga daddy mereka. Mommy tumpanglah mana menu yang boleh in dengan anak tekak. Tak akan nak masak 18 jenis lauk demi anak tekak masing-masing. Pengsan Mommy! Mommy bukan suka sangat dok kat dapur lama-lama ~_^

End up takda siapa makan labu masak lemak tu dah HD tetiba aje nak diet ganas! HD cuit sikit-sikit aje, makan tanpa nasi kononnya! Bubbly Abang biasalah menguruskan ayam goreng. Si kecil tu pun nak nasi putih, kicap dan ayam goreng jerk (dia jealous abangnya makan ayam goreng padahal dia bukan suka sangat ayam goreng...) Sambal tumis sotong, I lah yang menderita kena makan!

Tenat tau hati ahkak... penat masak!

My anak-anak biasalah. Kalau nampak ikan yang tak biasa makan, mereka tenung aje macam ada anak alien nak keluar dari pinggan lauk tu. Sentuh jangan harap! Sekarang ni menu ayam pun dah pandai muak. Janganlah masak lemak cili padi tak kena hari. Janganlah masak ayam kunyit silap hari.  Ayam masak kari ke, ayam masak kicap ke, memang jangan harap mereka nak makan lagi dah!

Ahah, I dah kata bukan I yang malas ke dapur! My anak-anaklah puncanya I malas dah nak masak ^_^ 

Itu belum masuk dessert yerk. Buat puding jagung, sendiri makan. Buat agar-agar milo, agar-agar itu ini, sendiri makan. Mereka dok tanya apasal macam jeli melekit-lekit masuk tekak ni. Alien sangat rasanya, Mommy!  Pendekata, kalau I buat menu baru, memang I lah yang kena kerahan tenaga menghabiskannya. Mana boleh macam tu kan... Tukang masak biasanya tak makan masakan sendiri. Hahaha!

Hah, nak komen kata I masak tak sedaplah tu.... ^_^

Kalaulah tak sedap, memang masing-masing bertempiaran lari setiap kali I panggil duduk makan bersama. Takda pulak mereka buat macam tu!

Okeylah, nak sambung urusan lain pulak! Tadi kata tak panjang tapi ni dah nak dekat separuh novel rasanya. Kalau beri another 2 hours, siap dah satu novel^_^

Byelah ya! 

Kita jumpa esok ajelah!   

    

 

          


40 comments:

  1. seronok baca celoteh anak MD ni...penat gak layan bila anak dah pandai berkira-kira.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama sungguh tak nampak Ema kat sini ~_^

      Memang macam tulah gayanya Ema bila anak-anak dah pandai 'kenakan' kita balik. Ada-ada aje keletah mereka!

      Delete
  2. Anak2 saya kalau goreng mee segera diaorang tak suka letak bahan lain..ayam ke, sayur ke, sosej ke , dia orang tak nak..memang semata mee je..padahal ayam dengan sosej tu memang kegemaran diaorang la..tapi letak dalam mee jadi tak best kata kakak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama ajelah, Diana. Pening kepala. Semalam yang tak makan sosej dan isi ayam tu memang seperti dijangkalah - si abang! Adiknya habis satu bekal. Abang cuma makan maggi goreng aje, isi dalam tu semua kawannya tolong langsaikan!

      Saya pernah tau buat bread pudding letak segala macam kegemaran mereka tapi langsung tak nak repeat makan sebab tak kena dengan anak tekak. Duh! Give up! Give up!

      Delete
  3. Memang jenuh nak penuhi selera anak2 ni MD..
    Anak2 MD tu kira sado lah juga ..
    yang anak CH ni lagi lah..
    Tu hari nabil pergi follow up doktor..
    Berat badan underweight..
    Doktor bagi susu dan vitamin..
    Jumpa lagi 6 minggu..
    Masa tu dah naik 4 kg ye puan..
    Jika tak naik kena refer pakar pemakanan huhuhu..
    Sibuk lah kerah nabil minum susu tu..
    Makan pun terpaksa akak suap MD oiiii..
    Lauk pun memilih ..
    Tu yg susah akak ni ..
    rasa nak meraung jer ni :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baiklah anak-anak saya ni jenis rangka besar juga, ikut gene Daddy mereka. Kalau tidak, memang kurus keringlah ikut gaya mereka makan!

      CH kan rajin memasak dan mencuba pelbagai resepi tapi itulah yerk, anak-anak tak naik badan masing-masing. Kalau saya ni macam CH dan anak-anak tak memilih, haruslah satu famili sihat sentiasa ^_^

      Delete
  4. Kikiki......sama spesis jer lebih kurang dgn org dlm rumah ni. Ada gak mak terasa rasa dlm hati ni, tak sedap ke aku masak ni.....Cer rasa sikit, sedap je!!! Hihi... Kalau makan luar memasing bukan main lagi.

    Semlm buat puding keremel laju pulak habisnya....hish memilih tau diaorg ni. Yg tradisional tak berapa nak pandang.

    So maggi gorenglah ek hari ni.... puaslah hati adik tu dpt apa yg dia nak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Mak. Macamana mood nak memasak tu mencurah-curah keterujaannya dalam diri. Anak-anak tak sporting langsung. Kita masak bubur tepung gunting tu, seperiuk kita dok tenung aje tau, fikir macamana nak habiskan! Mommynya pulak kalau masak memang takda pertimbangan, selalu aje masak macam nak buat kenduri. Akhirnya membazir.

      Oleh itu untuk mengelakkan pembaziran, kita tak payahlah masuk dapur selalu ~_^

      Delete
    2. Tulah....kedekut sangat!! Tak nak lanting kat jiran sebelah

      Delete
    3. Jiran pun kekdahnya sama - sendiri masak, sendiri makan. Macamana nak lanting. Taknaklah duduk berdua-duaan dengan jiran bawah pokok mangga sambil bergosip dan makan-makan!

      Delete
  5. skrg musim budak demam, anak saya pun minggu lepas baru demam. alhamdulillah kejap je dah baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak saya acah-acah aje demam sebab dia tak mahu pergi tadika! Tapi memang betul, sekarang ni mudah betul nak demam sebab cuaca yang berubah-ubah. Macam saya ni dah dekat seminggu juga batuk. Suara pun dah ala-ala Rihanna aje kalau menjerit ^_^

      Delete
  6. Masih kecik-kecik gitulah MD. Nanti bila dah besar kita senang. Sebelum masak tanya nak makan apa. Barulah masa tu syok masak sama-sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takut bila anak-anak dah besar, skil masak terus menghilang, Kakzakie ^_^ Cerewet memang cerewet anak-anak saya ni. Adakalanya nak juga kata tidak, tapi hati tisu mak-mak yang saya ada ni tak dapat nak buat apa yang dikata dek mulut!

      Delete
  7. Replies
    1. Mesti ikut Mommynya part comel tu. Hahaha!

      Delete
  8. Salam MD, baru dpt habiskan entry MD ni. Hehe..
    Bkn main pesanannya tu.. berkali2.. hehe..kalau x igt tu tak tau la ye..
    Aimy pun kalau kita x dgr dia ckp, siap tanya, ibu dgr tak kakak ckp ni?? Hehe..

    Anak2 MD walaupun memilih makan, badan tetap sado.. aimy pun memilih jgk, bdn mcm tu je kurusnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, ini tak sepanjang yang sebelum-sebelum ni ^_^

      Dia cemburu sebenarnya sebab abangnya buat pesanan penaja juga. Kalau ikutkan dia tak suka mi kering-kering ni. Dia suka yang bersup tapi macamana pulak budak tadika nak dibekalkan dengan makanan berkuah. Habis beg sekolah nanti!

      Alhamdulillah, badan memang sado masing-masing, ikut gene Daddynya kot ^_^

      Delete
  9. Hahaha.. macam macam keletah la anak MD ni. terhibur baca pepagi ni kak.. Kikiki...Kemain adik cute pesan taknak nugget ye da pandai pilih makan haruslah mommy ikut tekak dia. =D Yg penting selera makan, alhamdulillah kan kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak-anak lelaki akak ni manja sikit dengan akak, Aina. Kalau dah manja tu, memang macam-macam keletah mereka buat. Adakalanya buat kita ketawa, ada masa boleh naik darah juga ^_^

      Budak-budak ni makanan mereka memang ikut musim kot. Habis aje musim, terus muak. Janganlah paksa-paksa makan, memang tak nak!

      Delete
  10. Pandai betul anak2 MD..keletah betul bercakap kan :) Mesti macam Mommy nya...awesome blogger macam MD mana boleh pencen menulis blog :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengan Mommynya memang banyak cakap. Kalau dengan strangers pandai pulak berbudi bahasa, diam aje ^_^

      Delete
  11. esok saya nak mi tau mummy..mummy paham tak?

    takyah masak la MD kalo diorang semua cerewet..kih2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak fahamlah ~_^

      Yalah, saya pun fikir macam tu tau! Tak payah masak lagi senang. Beli aje @_@

      Delete
  12. apa cerita balik sekolan adik MD..makan tak mi goreng dia tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Habis dimakannya, Acik. Tak tahulah apa yang sedap maggi goreng kontang aje takda apa-apa.

      Delete
  13. senang kalau bawak adik cute berjalan. dah charge tenaga siap2 dalam kereta dekat luar takde la mengamuk tak cukup rehat ke ape hihihi.

    i feel u kak, mana nak masak kalau takde orang nak makan. buat penat masak aje. baik beli je kat kedai kan kan hihihi. tp alhamdulilah la somi dengan anak kira ni jenis bedal je ape yang bidadari ni masak. so takde la rasa malas nk masak ke ape. baik akak tnye dorang sesiap sebelum masak ape yang dorang teringin. guna perkataan teringin hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik Cute ni tak berapa suka berjalan sebenarnya. Kalau suruh bersiap, asyik mengeluh aje. Nak tinggal di rumahlah. Tak bagi Mommy pergilah supaya boleh temankan dia di rumah. Tapi asal masuk kereta aje, bantai tidur. Tak tahan kena aircond kereta kot. Lepas tu sedap bukan main putar rambut nak buat gubahan bunga roskan!

      Akak kadang-kala teruja juga nak try macam-macam jenis lauk pauk yang tak pernah cuba atau baking membaking ke kan, tapi itulah akak aje yang syok sendiri! Itu yang bertambah takda inspirasi nak mencuba ^_^ Alasan, baik punya hah diberi!

      Kalau tanya, jawapannya lauk yang sama. Takkan seminggu nak makan lauk yang sama. Pitam mendengarnya!

      Delete
  14. Dia punya ngelat taknak p school tu kemain sgt.at last helah tak berjaya.mommy penipu.hahaha

    Ehh bawak bekal nugget je ke adik cute..tak elok tau mkn selalu tu makanan diproses.mintak mommy awak homemadekan nugget.barulah sihat..maggi goreng pun oklah sikit dr nugget tu kan.hakhak..

    Patutnya rasa gembira anak2 tak makan..jadi mommy tak payah msk.tak payah dok rajin tunjuk skill.boleh je bg alasan kata pandai masak..tp dh takda sapa nk makan...tak payah la masuk dapur.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka tau dia ni cari alasan tak sihat. Ada satu malam, dia suruh sapu vicks kat perut sebab perut sakit katanya. Lepas aje kita sapu vicks, dia terus kata macam tak dapat nak pergi sekolah esok sebab perut sakit! Punyalahkan nak menipu!

      Sekarang nugget dah tak nak. Nasib baik sebab Mommynya ni bukan sebagus PK yang rajin betul DIY segala jenis benda termasuk makanan.

      Hahaha..itu nasihat bernas ke atau nak mengena dalam diam tu?

      Delete
  15. puasa-puasa ni baca nama-nama makanan ni, meleleh air liur..haha.senang je ye Abang, hari-hari makan ayam goreng pun xpe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik takda gambarkan, Sal. Kalau tidak terpaksa buka awal ^_^

      Itu ajelah kegemaran dia dah sampai bulat macam drusmtick aje kekdahnya. Suruh tukar pemakanan tak juga mahu ikut kata. Tapi Mommynya pun sama juga ~_^

      Delete
  16. Kemahennn dik berkali kali ingatkan mommy nak makan mi tak nak nugget. Risau betul kalau mommy tak ingat ye. Hahaha. Aduhh sedapnyaa sabal sotong, lemak labu. Perghhh ! Lapar terus lepas baca

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua kali minggu ni nak bawa maggi goreng. Mi macam maggi tu memang akak selalu beli lepas tu buatlah perencah sendiri. Yang penting togel takda sayur, dan takda anasir selain isi ayam!

      Lemak labu tu sampai beberapa hari duduk dalam peti sejuk tau! Stress!

      Delete
  17. hehehe.. comel je dak Adik cute.
    Anak2 ai, kalau ai cuti ada kat rumah, mulalah demand memacam. Nak bawak bekal ke sekolahlah, suruh hantar dan amik dari sekolahlah, makan bersuaplah.. ada je cara nak bermanja dengan kita.. biasanya dak Adiklah.. dak Kakak ok sikit.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak-anak memang tak boleh nampak kalau emak ada rumahkan. Mulalah aktiviti bermanja keterlaluan tu terjadi. Macam-macam yang direngekkan. Tapi jadi emak-emak ni, tak sampai hati kalau anak nak dan kita tak beri ^_^

      Delete
  18. stress betul klu kita beriya2 masak, tapi takde sapa nak makan. last2 sndiri masuk perut.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal akak malas betul masuk dapur. At least bagus juga ada alasan nak beri kalau orang tanya ^_^

      Delete
  19. sib baik anak2 aida x memilih.
    pe aida masak tu la diorang hadap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasalnya. Itulah yang buat saya malas masuk dapur tau. Bila nak masak, nak kena fikir tiga anak tekak. Suami saya tu okeylah. Apa kita masak, dimakannya. Tapi adakalanya jemu juga kalau sama aje! Kalau diikutkan tekak anak-anak, lagilah kena marah! Pening tau!

      Delete

Nak kahwin lagi...

Salam kawan-kawan! Amboi, tajuk! Seram membacanya! Siapalah gamaknya yang nak kahwin lagi ni? Yang sebenarnya, tak tahulah hari...