Inilah rupanya pakaian seragam Adik Cute

Salam 20 Syaaban dan Salam Jumaat kawan-kawan!

Akhirnya...

Cuma nak beritahu, akhirnya setelah hampir enam bulan inilah rupanya uniform KidsWorld si Adik Cute...





Kasihan tau my anak bujang tercomel ni. Hari-hari pasak kat telinga Mommy keinginannya nak memakai uniform Smart Reader lengkap dengan stokin, kasut dan beg sekolah Smart Reader.

Tapi apakan daya... dah management decided nak keluar dari francais Smart Reader dan bertukar nama ke KidsWorld, kenalah kita relakan aje walau dalam hati penuh dengan keterpaksaan.

At least dapatlah juga my anak pakai uniform tadika, kan!

Dah lama menunggu tau! Awal tahun dulu I ambil cuti hampir seminggu semata-mata nak hantar anak pergi tadika, bergaya dengan uniform Smart Reader. Kononnya nanti nak snap gambar. Bolehlah letak sebelah-menyebelah dengan gambar Bubbly Abang semasa di Smart Reader 5 tahun yang lalu! Hampa aje...

Maklumlah masa Bubbly Abang di tadika dulu, Mommynya takda blog lagi. Takdalah cerita berkisar tentang si Bubbly Abang di tadika. Tapi kali ni, lebih banyak cerita menyakitkan hati pulak tentang Smart Reader yang dah bertukar kepada KidsWorld ni...

Banyak kali I pesan kat Hubbydearie minta snap gambar si kecil ni beruniform tapi selalu aje terlupa. Ini pun gambar dalam kereta sebelum dihantar ke tadika. Si kecil ni memang rajin buat homework tapi ni mesti kes tertidur awal sampai homework tak siap! Kenalah sambung dalam kereta!

Adik Cute ni kalau ada homework, memang dia akan buat separuh di siang hari. Simpan sikit homework tu untuk dibuat bersama Mommy. Nak ditemani Mommylah senang cerita! Anak manjakan! Anak bongsukan ~_^

Minggu ni aje banyak kali dia minta I hantar ke tadika. I kata tak sempat sebab Mommy kena hantar abang awal pagi dan terus kena pergi pejabat. Kalau tidak, Mommy tak sempat nak pergi tempat kerja!

Disuruhnya I tak payah pergi kerja!

Aduhai, anak! Kalau anak buat permintaan, berkocak-kocak dalam hati tak tenteram tau kalau tak boleh ditunaikan!

Nantilah next week Mommy beritahu bos lewat sikit masuk pejabat demi nak hantar anak!

Oh, ya! My anak bujang ni kena pergi tadika sepanjang minggu depan.

Ada exam ya!

Bercakap tentang exam, bila baca memo I pun berpusing kepala. Apa yang anak I nak kena jawab masa exam nanti. Ada dictation both in English and BM. Ada spelling dan ejaan. Ada Matematik juga! I dah nak pitam, bukan my anak ^_^

Semalam, diunjukkan pada I senarai spelling/ejaan dan dictation. Alahai, dictationnya tiga ayat mudah aje. Senang! 

Hubbydearie terus gelak. Yalah senang pada pandangan mata Mommynya tapi untuk budak 5 tahun, mungkin juga tak senang ^_^  

Betul juga ek!

Empat hari exam dan hari Jumaat depan ada Canteen Day. Kena berjualan katanya. Belajar guna duit dan membeli/menjual. Hari tulah I rasa nak hantar dia ke tadika. Beri semangat sikit supaya nak pergi tadika sebelum cuti seminggu.  

Mid July nanti ada trip ke Semenyih. Kalau dah namanya I ni sebagai Mommy, memang tak dapatlah my anak nak pergi naik bas! Ada juga pakej untuk sefamily ~ 2 adults and 2 children. I tanya HD nak join ke tidak. Katanya tak mahu. 

I tanya pula my anak nak ke pergi naik bas dengan kawan-kawan dan cikgu tanpa Mommy? Jawabnya tak nak! I pun terus kata,

Bagus anak Mommy!

HD pun menyampuk,

Apa yang bagusnya! Anak you tak tahu berdikari you kata bagus ke?

Hehehe....

Oh, ya bercakap tentang Hari Guru yang baru berlalu minggu lepas. I ya yang ingatkan anak-anak tentang Hari Guru. Si Bubbly Abang siap keluar statement lagi,

Kenapa Mommy tak beritahu awal-awal?

Eh, Eh! Siapa sebenarnya yang  bersekolah ni, yang jumpa 'guru' tiap-tiap hari?

Si Adik Cute lagi best, bila dengar hari Isnin tu Hari Guru, dia terus menyanyi,

Happy Birthday, teacher! Happy Birthday, teacher! Happy Birthday Teacher Anita, Teacher Abidah, ... (dan semua teacherslah yang dia ada disebut namanya!)

Abang dah gelak besar,

Dik, ni bukan happy birthdaylah! Ni Teachers Day lah!

First time jumpa Hari Gurukan, sukahatilah Adik oi... 

As for Bubbly Abang pulak, hari ni ada sambutan Hari Guru di sekolah. Tapi, sejak minggu ni masing-masing dah 'discuss' siapa yang datang sekolah hari ni. Katanya hari ni takda belajar sangat, kena duduk kat dewan sekolah lebih dari 1 jam sebab sambutan Hari Guru dan paling best sekali alasan, sebab rakan semejanya dah terbang ke Krabi malam semalam

Sepakat membawa musibah betul si Bubbly Abang dan kawan semejanya, si Isaac ni tau!      

 

        

   

  


Comments

  1. Hampir setengah tahun baru dapat baju ye adik cute..
    Tak apa lah sekurang2 nya merasa ada uniform kan..
    Cantik apa uniform adik cute MD..
    Sama manis dengan senyuman tu..

    CH dulu masa anak2 tadika memang takut nak lepas kan mereka..
    Sangguplah maknya mengikut..
    Pada hal baru lepas pantang si Nabil...

    Bila dan sekolah rendah tu pun dah darjah 4 baru izin kan..
    takut juga kan..
    anak tak ada depan mata sendiri..
    sebab kita tahu perangai anak kta ni..
    kalau leka nanti..
    habis tertinggal huhuhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah ceritanya, CH. Dah hampir setengah tahun, barulah dapat pakai uniform. Redha ajelahkan!

      Saya ni memang superfreaking mak sikit, eh banyak! Kalau nak ke mana-mana tanpa saya tu memang tak dapatlah. Saya ajak HD turut serta, HD kata tak nak! Hari ni dateline. Saya dah tulis note kata anak saya tak pergi! Huhuhu...

      Bukan setakat tertinggal ke apa, CH. Memang rasa belum berani lagilah nak lepaskan anak tanpa kita. Entahlah bila datang keberaniannya!

      Delete
  2. alahai kesiannya budak2 ada exam...dulu saya masa tadika takde exam2 bagai nih...main je kejenyer hehe ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan! Kita main aje. Dah sekolah pun main lagi! Ini baru 5 tahun dan kena hafal spelling/ejaan dan dictation! Aduhai... kasihan betul menengoknya!

      Delete
  3. adik cute dalam uniform tu mmg cute sangat
    geram kaknoor tengok gmbar yang lasttt tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan dia kata dia no. 3 paling cute di KidsWorld tu ~_^

      Nasib baik merasa juga pakai uniform, KakNoor. Kalau ikutkan sejarah, mahu tahun depan baru dapat uniform ni saya rasa!

      Delete
  4. Salam MD...

    Selalu baca tp x tgglkan komen sbb mood kelaut je dgn blog. Huhu... Adik cute sama dgn azfar. Tp azfar drpd thn lps lg dh tadikanya. Nk bg berkawan. Bkn nk dia belajar sgt. Mak ok2 je janji dia pandai bwk diri berkawan dgn org.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikum salam!

      Lama tak nampak Sal di sini ~_^

      Adik Cute baru la ni masuk tadika, Sal. Itu pun macam-macam masalah sebelum ni. Akhirnya dapatlah pakai juga uniform tadika baru ni. Hari ni sibuk exam katanya!

      Itulah, kita hantar anak ke tadika dengan harapan pandailah dia bergaul. Nanti masuk sekolah, takdalah terkulat-kulat sendiriankan. Tapi tadika sekarang ni lain macamlah. Belajar macam nak masuk universiti aje lepas 'graduation' nanti!

      Delete
  5. Gud luck adik..... tak payah susah susah study sangat dik, adik hantam ajelah jawab tu hihi...

    Kira dah terubatlah sawan mommy ni ek. At last.... dpt jugak uniform.
    Daddy daddy ni mana tau fefeelingnya dpt tgk anak lengkap beruniform gitu Kak Ton...lain kali tak payah penat penat suruh daddy snap... diaorang apa tau...


    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan tak tahu, Adik Cute rajin belajar tau! Selalunya Mommy yang malas nak ajar! Keh3x.

      Dah hilang terus sawan tu. Mula-mula tengok terkedu juga. Bila Adik Cute pakai hari-hari, kira okeylah. Cun juga my anak bujang. Hahaha!

      Itulahkan! Kita suruh snap gambar banyak kali, tak ingat-ingat aje jawapannya!

      Delete
    2. cikgu pun stress mummy dok harass hari-hari tanya 'mana uniform anak saya?'..

      Delete
    3. Mana ada akak harass cikgu hari-hari! Anak akak pun tak datang sekolah hari-hari, cikgu pun malas nak contact akak tau. Tak sempatlah nak harass hari-hari katanya ^_^

      Delete
  6. Nampak selesa sgt uniform dia, hehehe~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Habis selesa. Boleh bawa pergi tidur juga. Hahaha!

      Delete
  7. dah setengah tahun baru dapat bajunya, alahai smart reader dah bertukar ye, tak apalah nak buat macammana, moga adik cute dapat pelajaran yang terbaik disekolahnya.

    hai kesian anak-anak sekarang 5 tahun dah ada examkan, anak saya dah habis exam 5 tahun juga dah ambil reportkan pun..oklah dapat no.13 hahaha.

    saya tahun lepas dah lepaskan anak2 pergi rombongan naik bas, cuak juga tapi suami kata biar je merka berdikari,lepaskan lah walau tak rela

    ReplyDelete
    Replies
    1. Geram tau sebabnya tak tahu pun perancangan asalnya mereka nak keluar francais SR tu. Itu yang uniform semua tertunggak. Macam-macam alasan diberi. Sabarlah kiranya saya ni menanti dalam angin tau!

      Itulahkan... 5 tahun dah kena ambil exam katanya. Walaupun setakat spelling/ejaan dan dictation aje, susah juga untuk budak 5 tahun tau!

      11 Jun nanti baru ambil report book. Entahlah saya tak tahu nak expect apa ^_^

      Saya ni masih tak sanggup lagilah. Tak tahu kenapa. Susah betul nak melepaskan anak-anak dari pandangan mata lama-lama!

      Delete
  8. Dah setengah tahun baru dapat baju tadika..kesiannya la hai.hehe

    Macam susah je exam budak 5 tahun sekarang ni.namanya silibus international kan..

    Entah MD ni macam tak percaya pada cikgu pulak..biar la anak belajar berdikari.nk ikut trip sekolah pun tak boleh..tp faham mommynya kan over protected.huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Janganlah mencucuh gas dengan lighter, PK. Malas nak dikenang-kenang kisah silam! Nasib baiklah merasa juga pakai uniform tahun ni. Cuma kasihanlah, takda kasut, takda beg sekolah. Kenalah semua beli sendiri!

      Saya ni memang macam ni pe'elnya! Tak percaya pada orang. Ni Ngah nak ajak Bubbly Abang ikut dia balik kampung seminggu, saya jawab - Tak boleh! Nanti Mommy rindu, susah!

      Hahaha!

      Delete
  9. COMELNYA UNIFORM ADIK..SMART SGT.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baiklah comelkan, kak. Kalau tidak, meruntun hibalah Mommynya yang emo ni ^_^

      Delete
  10. Haha.. budak sek rendah pun dh pandai nak skip sambutan hari guru ni.. dh masuk sek men lg la kan.. hihi, takpe, macam tak biasala pulak cikgu membaca fakta ni.. kalau si adik tu gayanya mcm nazif gak.. kemain syok menanyi lagu terima kasih cikgu n duk bercerita pasal sambutan hari guru buat apa kat sek dan apa dia makan..

    Oh dh kluar dr smart reader, patutla buat exm lewat kot.. maybe pengurusan nak selesaikan hal lain sblm adakan exm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malas katanya AN kena duduk bersila kat dewan sekolah. Maklumlah bila cikgu beri ucapan, pada budak-budak ni boring. Macam kita juga dulu-dulu. Hahaha! Sambutan Hari Guru sekolah si abang ni biasa-biasa sahaja. Takdalah pulak saya dengar dia kena bawa apa-apa yang luar biasa ke sekolah. Saya pun kata sukahatilah kalau dah macam tu. Lagi pun last day school!

      Ya, dah keluar dari francais. Itu yang saya angin satu badan tapi nak buat macamana, dah beberapa bulan di situ, takkan nak pindahkan lagi anak. Dahlah nak menyesuaikan diri pun susah!

      Delete
  11. mak aii lamanya. dah setengah tahun kot. saje je kan buat parents ternanti nanti. padahal dorng mmg dh thu pon..

    xpalah jnji ado, kan !!

    ala, mommy ikut pah sekali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah hampir setengah tahun dok menunggu. Macam-macam hal. Akhirnya berjaya juga pakai uniform ke tadika!

      Delete
  12. cute lah pulak uniform dia.. comel..
    thn depan boleh lah pindah smart reader kak.. habiskan thn ni dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak pindahkan rasa kasihan pulak sebab si kecil ni bukan senang nak bergaul mesra dengan kawan-kawan dan teachers. Takut again dia buat hal. Tengoklah macamana keadaannya nanti.

      Delete

Post a Comment