Salam 4 Syaaban kawan-kawan!
Hari ni nak cerita tentang anak-anak lagi, boleh?
Eh, apa pulak nak minta izinkan! Ni blog siapa ni, siapa? Cuba beritahu sikit ~_^
Teringat aksi si Adik Cute semalam. Konon-kononnya nak menduga pengetahuan Mommylah. Sebab selalunya dia aje yang kena duga; dok tanya ini apa, itu apa!
So, semalam selepas mandikan si kecil ni, dia pun nak main soal-jawab dengan Mommy ~_^
Mommy! Tab dalam Bahasa Melayu apa?
Tab! Tab! Errr....tablah juga!
Bukan! .... tab dalam Bahasa Melayu ialah Iphone!
....sambil buat muka gembira sangat sebab Mommy tak tahu jawab!
Terpegun kaku I beberapa saat. Takda ekspresi sebab terkejut dengar jawapan si Adik Cute!
Lepas tu, I pun gelakkan dia tak ingat dunia!
Of course dia pun merajuklah selepas tu kerana kegembiraan demi kemenangan yang hanya sementara ... Hahaha!
Adik Cute kata walaupun semua orang panggil nama abangnya tapi dia tak boleh panggil sahaja nama abangnya sebab itulah satu-satu abangnya! Dia kena panggil 'abang' ^_^
Hah, terharu pulak! Tahu pun hormat kat si abang. Selalunya mereka bertekak aje hari-hari. Sekarang dah pandai main kasar juga. Bubbly Abang macam biasalah, harapkan badan aje boleh masuk gusti sumo tapi dengan adik sendiri pun selalu aje kalah.
Nak buat macamanakan, kalau disikunya adik, memang kena soundlah dengan Mommy. Mommy dah pesan sebab saiz badannya besar dan lebih kuat daripada adik so kalau digunakan segala tenaga yang ada, mahu jauh terdampar adik kalau sekali kena seligi! So, gurau manja-manja ajelah. Jangan kasar sangat!
Itu yang buat adiknya ambil kesempatan. Dihenyaknya abang ikut suka hati dia aje. Bila abang membalas, adik punya jeritan kuatnya macam bunyi petir hari Sabtu lepas tau! Tak lama lepas tu dengarlah pulak jeritan Mommy meleraikan suasana pulak ~_^
Dalam rumah kami memang tak pernah ada suasana nyaman dan tenang ni. Sepanjang masa dipenuhi dengan hiruk-pikuk dua beradik ni. Dalam apa keadaan sekali pun memang suara merekalah yang memenuhi ruang terutama Adik Cute. Suaranya memang besar tau. Kalau gelak macam gelak monster.
Si kecil ni pun sekarang sejak makin dewasa, makin manja dengan Mommy. Sikit-sikit nak peluk sayang Mommy. Sikit-sikit nak merajuk dengan Mommy. Dia kata dia sayang Mommy banyak sangat sampai tak tahu nak tunjuk macamana! Huhuhu...
Bubbly Abang pula biasalah, dah mula masuk ke alam baru. Dah pandai tak menjawab kalau mood tak baik. Dah pandai tarik muka orang kata kalau tak suka. Tapi nak dibuat macamanakan, anak-anak makin membesar, bukan sebaliknya. Bila terfikir tentang itu, sedihlah pulak rasa hati. Momen-momen indah bersama ketika mereka masih kecil ni makin lama, makin jauh tersimpan dalam memori - petanda mereka semakin dewasa dan kita pun semakin tua...
Huhuhu....

muka abang berwibawa sgt2. abg2 sgt, jenis yg bersabar..
ReplyDeleteadik memng nampak muka noty sikit..haha...
abg sabar ye, abng kan abang..
Berwibawa katanya.. Hahaha!
DeleteBadan aje besar, PB tapi hati kecil alahai!
Adik tu memang confirmedlah nakal lebih sikit daripada si abangnya!
Hahaha... lawak la kak! teringat pulak masa aina n adik adik masa kecik.. da la aina sorg perempuan, mak cakap macam semua lelaki anak anak dia. Kahhh... sama ganas! Skrg ada lembut sikit la bila da besar. ngeh3. Biasa la gurau adik beradik... Haha kalau yg kecik kena kacau, kuasa dia menjerit ajela. =P
ReplyDeleteMesti akak terasa cepat je masa berlalu kan... Kita makin tua sedar tak sedar. =) semoga terus bahagia hingga jannah kak! amin. =)
Kalau dah seorang aje perempuan dan yang lain lelaki, memang perangai anak perempuan pun ikut adik beradik lelakinyalahkan, Aina! Nasib baik bila dah besar jadi sopan macam perempuan semula! Hahaha!
DeleteHuhuhu! Memang terlalu cepat rasanya masa berlalu. Sekarang ni kalau tengok anak-anak makin besar, boleh menangislah rindukan mereka!
Terima kasih ya, Aina!
acik dah merasa tu semua MD..satu yang tak pernah hilang rasa rindu..kecik ke besar ke..kita mak2 ni asek la merindu kan anak2
ReplyDeleteBetullah tu, Acik. Kecil atau besar anak, yang pasti rasa rindu tu kekal dalam diri kita si emak ni kan...
Deletehaha...sama la dengan rumah saya tu MD..tak pernah nya nak nyaman tenang2 gitu..memanjang bergaduh 3 hero tu...sampai dah tak kuasa nak marah...hahaha...
ReplyDeletetapi kang dah besar mesti kita rindu momen dorang masa kecik ni...dah besar kang lain pulak perangai dorang...
Kalau ada anak lelaki ni memang riuhnya lain macam. Macam ada sepuluh beradik dalam rumah tu. Kecoh memanjangkan!
DeleteBetullah tu, Wahida. Bila mereka besar nanti, kita pulak yang rindu. Tak dengar dah mereka buat riuh macam ni, bergurau macam ni. Eloklah biarkan aje yerk ^_^
Tahu-tahu nanti keriuhan sekarang akan jadi kenangan di suatu masa nanti...
ReplyDeleteAduhai, Kakcik! Sedih tau bila mengenangkannya. Walaupun masa tu belum sampai, bila terkenang aje anak-anak makin membesar, terus rasa sayu dalam hati!
DeleteCH pun dah semakin terasa hilang moment tu MD..
ReplyDeleteTambah kakak Nabilah dah tinggal kat madrasah..
Tinggal 2 orang tu..
Yang boleh mama nya jadi monster hahahha..
Tapi bila tak ada sunyi pulak..
Jadi semasa mereka ada bersama kita hargai lah masa bersama mereka kan MD..
Anak kalau dah mula keluar rumah (masuk asrama etc.) memang akan sentiasa berada di luar rumahlah, CH. Saya sendiri macam tu. Bila dah masuk asrama, lepas tu memang tak duduk rumah dah. Masuk matrikulasi, masuk universiti, bekerja. Sesekali sekala balik kampung jumpa makpak. Sedih agaknya makpak masa tukan, CH!
DeleteNamanya adik beradik klu tak berperang memang tak sah la..adik n abg plak dua2 boy kan..yg kt rumah ni pun tak kirang hebatnya..si afia tu tak padan pmpuan..suara dia kalah petir..klu apa2 dia je nak menang..abg dok elok2 dia pi kacau..so cmna la kan..dh makin besar makin pening ibu.huhu..
ReplyDeleteAfia selarang dok panggil abgnya aiman je..jenuh nk betulkan pnggil abg..soh pgggil abg je tak nak..nk jugak pnggil abg aiman..bila dh pnjg tu..tu yg jadi malas nk sebut abg kt depan tu.huhu
Betullah tu, PK. Nama pun adik beradik. Kalau tak bergurau macam nak berperang memanglah tak sah. Agaknya memang anak sulung ni dia redha lebih kot. Apa adik buat, redha ajelah! Hahaha!
DeleteNasiblah sedar dah semakin kilauan....hihi....kalau tak, mana aci mak sorang jer yg terasa kilauannya.
ReplyDeleteAlolo......sweetnya gambo yg dlm hati ada taman tu. Mcm gambo pengantin lama lama ambik gambo dlm bilik tau, pose malu malu gitu. Tu mesti Kak Ton yg suruh kan. Maklumlah baru lepas anto anak sedara bertunang hihi...kena sawan le tu.
Harap harap sikap perihatin adik dgn mommy sampailah ke beso kan Kak Ton...bolehlah diharap utk menumpang bermanja sok sok...
Biasalah rumah ada budak budak. Mmg gitulah. Satu masa nanti sure Kak Ton rindu dgn suasana hiruk pikuk tu kan.....
Eh, memanglah kita sedar! Yang tak sedar tu siapa, Mak? Hahaha!
DeleteEh, kita tak paksa! Si adik yang tetiba rangkul abangnya macam tu! Itu yang terus snap gambar mereka berdua. Momen indah tu, Mak instead of snap gambar sendiri tengah selfie. Huhuhu!
Harapan besar kugantungkan di bahu anak-anak! Janganlah mereka lupa kat Mommy mereka yang vogue ni masa mereka kecil-kecil tau. Berendam air mata nanti Mommy!
Sekarang ni pun Mak kalau teringat anak-anak dah semakin besar, rasa sayu sangat hati. Berapa lamalah lagi kita dapat lihat keletah mereka macam ni. Dah besar sikit nanti perangai dah lain pulakkan ...
Mommy buli!!!!! hahahaha tapi memang syok sesekali dapat buli anak kehkehkeh. kan kak. makin dorang besar makin hilang lah moment kita dengan dorang sobssss. yang ini pun dah makin besar. makin nak berdikari sendiri.
ReplyDeleteMana ada Mommy buli! Mommy gurau kasar jerk ^_^
DeleteBetul tu, Kira. Makin besar, makin kurang kemesraan dan kemanjaan dengan kita tu. Itu yang buat akak sebak bila mengingatkannya!
Klau boleh masa berputar nak aje kak Zai suasana mcm dulu. Dgr suara mereka tengok gelagat mereka memang tersangat rindu. Anak2 kak Zai semua dah besar dan ada yg dah berkeluarga dan tinggal sendiri.
ReplyDeleteKalaulah boleh masa tu diputarkan, Kak Zai...
DeleteSaya ni yang masih ada anak-anak bawah umur pun dah mula terasa-rasa kekurangan kemanjaan mereka dengan kita. Tak macam masa mereka lagi kecil daripada sekarang. Kalau dah besar nanti, macamanalah agaknya! Sebaknya alahai setakat memikirkan aje pun!
teringat anak-anak sedara saya,gitulah perangai.tapi kadang-kadang bila mak x perasan, merasa gak si Adik kena lepuk..hehe.tapi suweet la Adik dok lovey dovey gitu.Daddy x jeles?haha
ReplyDeleteHahaha, ada juga berlaku macam tu! Kalau depan Mommynya dia tak pukul tapi kalau Mommy lepa aje, laju menyiku adik. Adik pun satu, sikit-sikit menjerit macam kena dera! Padahal kena siku sikit jerk!
DeleteDaddy gambar rangkul bahu dengan Mommylah ^_^
Comel je adik peluk abang tu aihhh. Suka tengok. Hihi. Tudiaa mommy dah pesan siap siap dekat abang. Hehe. Kecik kecik ni memang tak aman lagi lah rumah kak nanti diorang dah besar susah dah nak dengar bising bising ni kan. Ibu sokmo lah cakap gitu dekat kitorang. Haha
ReplyDeleteSo sweetkan! Bukan senang nak dapat gambar gaya macam ni!
DeleteAbang badan besar sangat berbanding adik. Kalau disekehnya adik, memang menangis tiga hari tiga malam dibuatnya. Mahu jauh terdamparkan. Itu yang tak beri dia mengganas sangat. Redha ajelah jadi abang sulung ^_^
Adik Cute nampak slim lah.. ;)
ReplyDeleteIni gambar taklah baru sangat. Sekarang ni kuat makan daripada selalu!
DeletePeribahasa inggeris kan kata darah itu lebih pekat dari air
ReplyDeleteMacam itulah mereka berdua. Gaduh macam mana pun siapa lagi dia nak bersama ? Apa lagi cuma berdua aje pun.
Betul tu, kak. Bila kecil macam ni, biarlah bergurau sakan janji berpada. Dah besar nanti tak tahu macamana. Harapnya berterusanlah hubungan baik dua beradik. Bukan ramai pun kak, dua beradik aje mereka ni!
Deletemasa kecik ni lah nak manja2 kak.. esok2 dah besar masuk asrama, tak dpt nak manja lelebih...
ReplyDeletetinggal berdua dgn hubby..
Kalau dah besar nanti, kita pun terkedu aje mengenang masa lalu. Biarlah memekak selalu walaupun jiwa tak larat nak melayannya. Nanti bila mereka berdua dah besar, siapalah yang nak memporak perandakan rumahkan!
DeleteLaaa... saya fikir anak bujang saya aje macam tu. Rupa-rupanya anak dara Diana pun sama. Dah makin besar kot. Itu yang dah pandai menjawab pun ikut mood. Kalau mood tak baik, memang kenalah dia kalau kita tanya tak menjawab. Kalau mood baik, tegur elok-elok aje!
ReplyDeleteSian abang hazab kene kekah dgn si adik ye...yg adik pulak mentang2 mommy nye ada backup kemahen ye...hahaha...besabo la abang esok2 time dia dah beso ko lanyak le dia...hahaha...tapi sipi2 je dah le...tu bakal menantu aunty tu...wakakakakak 😂😂😂😂
ReplyDeleteSelalu sangat tau tapi terpaksalah bersabar. Dah Mommy pesan jangan sekeh adik kuat sangat ^_^
DeleteRasa-rasa memang Abang tak sabar nak tunggu si Adik cepat besar. Senang sikit nak gurau kasar!