JJCM : Salam Noodles

Salam 11 Syaaban kawan-kawan!

Dalam pada kena infeksi mata tu katanya, sempat lagi jalan-jalan cari makan ^_^

Maklumlah, selagi mampu menikmati makanan, apa salahnya kita nikmati aje. Janji jangan berlebihan. Nanti membawa padah pada kesihatan. Chewah! Bila I tetiba nak beri healthy tips gitu ...

Sabtu yang lepas, kami keluar nak cari makan. Macam selalulah, antara nak keluar dengan tidak, akhirnya lewatlah keluar dari rumah. Bila dah jadi macam tu, breakfast, brunch, lunch, tea-time, dinner and supper semuanya berantakan waktunya ya!

Biasanya kalau hujung minggu memang kami bersarapan lewat, kira terus makan tengaharilah. Itu kalau di luar rumah. Kalau di rumah pula, bila dah lewat bersarapan, lunch memang skiplah sebab Mommy yang rajin akan buat heavy meals for breakfast. Makan lunch lewat dalam pukul 4-5 petang and then malam memang tidaklah makan lagi. 

Jadi Sabtu lepas ni terasa malas nak masak (^_^), kita pun googlelah mana nak bersarapan lewat ni tapi nak ke tempat yang jauh, takut kebuluran pulak *_* 

So, fikir punya fikir, kita pergi ke AeonBig Wangsa Maju ajelah. Banyakkan tempat makan di sini. Macam-macam ada. Nak Malaysian style, Indonesian style, western, Japanese, Balinese, unhealthy style, semualah ada disediakan ^_^ (Kak, promo percuma ke ni? Kasihan akak takda sapa nak bayar buat promo! Itulah, siapa suruh dok komen negatif aje lepas makan! Kehkehkeh...)  

Kita ke Salam Noodles ...

Apa? Dah pernah sampai sini???

Kalau dah pernah sampai tu, diam-diam ajelah. Ini blog MD, biarlah dia aje yang berceloteh, tak payah nak tokok-tambah ^_^ Nanti lagi panjang entri ni dibuatnya!

HD suka makanan di sini, tambah-tambah lagi minuman diberi percuma. Boleh refill sampai kembung katanya ...

For me and the kids, inilah kali pertama.

Apa ni, dik... macam tak mandi pagi! Kalau ajak keluar, memang dia tak nak tapi bila dah sampai, mulalah aktiviti nakalnya bermula!

Selepas kena marah, mesti nak merajuk. Kalau dipujuk, sepelaung suara menangis meratap hiba sedih kononnya kena marah!

So, marilah tengok apa menu yang dipesan hari tu ...

Braised Chicken Rice (RM8.50) hak milik Bubbly Abang. Biasalah, kalau dia tak berapa berkenan, tak habis makan!

Braised Beef Potato Noodle (RM8.50) hak milik puan blog. Oppppss, marahkan anak, Mommy pun sama! Sayur kuserahkan bulat-bulat pada HD ^_^

Chicken Roast Stick (RM2 satu) khas untuk Adik Cute. Walaupun pedas sikit, habis dikerjakannya!

Ada satu lagi menu milik HD, Potato Beef Soup Noodle yang takut tak sempat nak snap gambar. Itu pun sama juga harganya, RM8.50 semangkuk.


Sebenarnya I takda apalah nak komen kali ni ~_^

Sebabnya I bukan peminat chinese food. Mi tarik, main tarik-tarik tali semuanya I tak berapa suka. Kalau spaghetti olio tu, lainlahkan.... I kan ada darah Itali gitu ^_^

Yang pasti, portion hidangannya besar. Memang wajiblah sepinggan makan berdua, barulah romantika d amor gitu ^_^ Menyesal tak kongsi makan bersama suami tercinta tau...

Makanan I dan Bubbly Abang memang tak habis. Makanya, sebab HD tak suka makanan dibazirkan begitu sahaja, terpaksalah HD berusaha menghabiskan mana yang patut. Kiranya bila keluar dari restoran ni, HDlah yang paling kenyang ^_^

Harga makanannya pun murah. Kos kami makan di sana hari tu cuma RM33.40 aje dengan minuman percuma. Haruslah pada yang berminat boleh datang ke restoran ni lagi dan lagi ^_^

Selesai makan, kita jalan-jalanlah sekejap terlanjur dah sampai ke AeonBig nikan. Lepas penat, kita isi tangki dengan aiskrim McD kesukaan Daddy, Bubbly Abang dan Adik Cute. Mommy tak join sama sebab batuk dan sakit tekak dah melarat dekat berminggu-minggu dah ni!

Malamnya kita keluar sekali lagi untuk tapau KFC Zinger Burger set ~_^

Bila dah kenyang seharian makan luar, esoknya kita duduk rumah diam-diam. Main masak-masak pulak ^_^ 

Heeeee... siapa kata tu I tak rajin memasak? Memang nak kena lepuk tau. At least biarlah seimbang air tangan chef luar dengan air tangan ibu katanya. Hari ni makan di luar, esok makan di rumah, I masak! 4 hari makan di luar, sehari I masak dan sehari lagi my sister tolong masakkan. Ngehhh.... ^_^

Walaupun hujung minggu beberapa hari lagi nak tiba, I dah berkira-kira dalam kepala ni kat manalah nak makan luar hujung minggu ni! Hahaha!

P.S. Gatal tangan sekali lagi nak tukar font. Tapi bila check blog kat handphone, mak hai... tuan punya blog pun tak boleh baca sebab tulisan kecil alahai. Berasap spek mata I sebab I dah angin satu badan tak boleh membaca tau tak!   

 

  

  

  

 

 


Comments

  1. Nampak macam sedap makanannya. Nanti boleh ajak En Suami pergi cuba makan di sana... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh aje cuba makan, Kakcik. Mungkin sesuai untuk anak tekak Kakcik dan suami. Suami saya suka juga tapi saya ni kurang sikit makanan style gini. Sebabnya selagi saya tak tergigit lidah kepedasan, memang tak puaslah nafsu makan. Hahaha!

      Delete
  2. Menarik jugak makanannya walaupun nmpk macam so2 je..harga pun oklah kan..ye la adik cute muka macam tak mandi..haha sory tapi tetap hensem ok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak berapa minat chinese style ni sebab kurang pedas walaupun HD beria-ia kata makanan pedas sebelum kami sampai sini. End up HDlah habiskan makanan yang tak habis! Sukalahkan ...

      Apa tak macam tak mandi, masuk aje kereta mata dah tak tahan sayup aje. Lepas tu terbongkang sambil gulung rambut!

      Delete
  3. ingatkan jual noodles je. seronok anak2 tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama aje noodles tapi ada variasi jugalah hidangannya. Harga murah, Raihanah! Boleh try kalau berkesempatan ke AeonBig Wangsa Maju ^_^

      Delete
  4. lama tak singgah blog MD....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah, Maria! Lama tak nampak Maria kat sini ~_^

      Delete
  5. Suka makan kat Salam Noodles. Kekadang gi kat bangi kekadang gi kat Cyberjaya. Sedap mee tariknya. Lagi sedap dari mee tarik warisan asli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meratakan ada Salam Noodles ni. Hari tu masa pergi Cyberjaya pun nampak satu juga. Sebelum tu entah ke mana yerk pun ada nampak juga!

      Oh, ya ke lebih sedap dari Mee Tarik Warisan? Saya rasa yang Mee Tarik Warisan tu adalah juga pedas-pedasnya walaupun belum sampai tahap kepedasan yang saya inginkanlah!

      Delete
  6. Tulah pasal..... dalam pada kata cik malas menghinggap rajin pulak tu godeh blog. Kalau dah tau mata rabun jangan teringin nak tukar size font, kan dah sendiri yg berpeluh, nak kena ambik kanta penambah power.

    Salam Noodle ni ala ala mee tarik ke Kak Ton? Patutlah mee dia putih. Kenapa tak habis? Tak sedap ek? Ke isi isi haiwan dia tu kurang ?

    Wahhhh paling untung dah tentulah HD ye hari tu hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, Mak! Gelap pandangan Kak Ton bila buka blog sendiri menggunakan handphone tau. Serius tension nak baca! Maklumlah, Kak Ton memang suka syok sendiri. Takda kerja aje baca blog sendiri berulang kali. Hahaha!

      Samalah dengan Mee Tarik Warisan tu, Mak. Kak Ton ni bab-bab chinese food memang tak berapa in dengan anak tekak. Maklumlah Kak Tonkan place of birth : Italy ^_^

      Delete
    2. Part mana yang nyampah sangat tu, Mak?

      Nyampah, nyampah pun tapi sayang juga kat jiran yerk! Siap datang balik check reply.

      Keh3x.

      Delete
  7. Apalah MD ni kan.. rugi tau tak makan sayur
    Kakak ni kalau tak ada lauk tak apa tapi jgn tak ada sayur:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Itulah, kak. Nak marahkan sangat si Bubbly Abang tu tak boleh sebabnya rasa macam si ketam mengajar anaknya berjalan lurus! Tapi yang sebenarnya saya tak pernah mengajarnya buat begitu. Malangnya dia mengikut perangai saya pulak!

      Delete
  8. ingat pi mcm kat boot noodle.. hehehe..
    ermm klu dgn mak pak, anak2 tak habis mmg pak lah kena habiskan.. tingat kata org..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak, bukan macam boat noodle. Ini macam Mee Tarik Warisan tu, Lyn kalau pernah pergilah.

      SOP lah tu. Kalau dah anak-anak tak habis, tak akan nak dibazirkan aje makanan! Haruslah berusaha sedaya-upaya untuk menghabiskan ^_^

      Delete
  9. emm...must be something wrong with your keyboard ni
    or your glasses...hehe

    okay di mana kita tadi, salam noodles
    emm tak penah makan. dengar pun tidak
    yang biasa dengar assalamualaikum aje...hehe

    tapi menu dia nampak sedap,
    lain kali tapau sikit tuk besan la
    usahlah berkira sangat..hehe

    wah! 4 hari makan kat luar tu!
    saya pula tiap-tiap hari masak, sehari aje makan lat luar
    tapi saya masak memang tak sedap
    dah terpaksa, bedal aje orang kat rumah tu...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kecillah font ni. Saiz 11 jerk ^_^ Ke mata saya yang rabun maha teruk ni!

      Lain kalilah ya kita tolong makankan. Nak ajak makan sama, asyik tak angkat telefon, duduk terperap kat rumah tu buat apa. Nasiblahkan pelawaan tinggal janji jerk ~_^

      Acah ajelah. Buat penyedap ayat. Tapi adakalanya memang benar pun ^_^

      Delete
  10. alhamdulillah MD. sedap2 nampak dari gambo.
    terutama nasi lauk pauk tu. abg punyer kan?
    dap nyer nyum nyum...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup! Nasi dengan lauk ayam tu memang si abang punyalah. Dia mana boleh jauh dengan masakan ayam!

      Belum bulan puasa ni bolehlah terliur tengok gambar. Dah masuk bulan puasa nanti kena tahan nafsu terliur tu ^_^

      Delete
  11. Tak pernah lepak sini. Macam best je macam menarik je macam nak pergi je. Eh. Hahahah !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan lupa, bulan puasa dah hampir tiba! Pergilah selepas raya nanti ~_^

      Delete

Post a Comment