Salam 5 Syaaban kawan-kawan!
Huhuhu...rasa nak menangis aje pagi-pagi hari!
Pagi tadi bangun aje tidur, tak boleh nak buka mata sebelah kiri. Penuh tahi mata. Laju-laju masuk bilik air nak lap mata. Tengok-tengok takda pula merah atau gatal-gatal. Sakit pun tidak. Bengkak pun takda. Just mata sepet sikitlah daripada sebelah kanan dan bertahi mata luar biasa ajelah! Itu pun dah rasa tak selesa sebab kejap-kejap nak kena lap mata!
Aduhai...
Lepas satu, satu penyakit pulak timbul!
Batuk dan sakit tekak yang melanda pun belum nampak tanda nak reda walaupun dah hampir dua minggu!
Ni mesti banyak dosa, Allah nak beri petunjuk dan diberikan rasa sakit sana, sini sikit kot!
Jadi, kenalah terimakan takdirnya ^_^
Pagi tadi ada request maggi goreng sekali lagi - si Adik Cute nak bawa pergi tadika. Sedap sangat ke maggi goreng Mommy buat dalam kalut pagi? Entahlah...
Bubbly Abang pulak sebelum tidur dah request minta siapkan roti bakar letak nugget dan sos cili. Buat 3 set sebab satu nak makan sarapan dalam kereta dan dua set lagi untuk waktu recess di sekolah nanti.
Jadi dalam pada mata kiri hampir tertutup tu, buat jugalah kerja memasak yang paling mudah dalam dunia katanya ...
Dah anak-anak requestkan, kenalah akur. Itu kira nasib baiklah. Mudah-mudah permintaan mereka. Dibuatnya mereka nak nasi putih, lauk-pauk dan makanan sampingan yang lain ala-ala bento ajaib anak-anak dara LieyaLatif, tak ke meroyan pulak Mommy mereka ni nanti pepagi hari!
Tapi my anak bujang tersado @ Bubbly Abang bagus tau. Kalau dia nampak pagi-pagi tu Mommynya macam lintang-pukang aje (which is ALWAYS pun...) terus dia nak batalkan niat bawa bekal itu, ini. Bukan apa, dia takut by 6.30 pagi masih tak keluar ke school lagi! Itu sebenarnya yang difobiakan!
Memasak di pagi hari ni tak seronok sebab suasana yang sunyi-sepi. Orang lain sedang lena tidur, kita pulak sibuk memekak di dapur! Kalau masak sebelah petang tu seronok sikit. Nak tahu kenapa?
Sebabnya my anak bujang tercomel@Adik Cute sangat suka menyanyi sekarang. Kira macam lagu latarlah dalam adegan masak-memasak macam dalam drama-drama tu (Eh, ada ke?) Lepas habis semua lagu kanak-kanak, inilah antara lagu yang dia paling suka ^_^
Sorry, sorry, sayangku!
I love you!
Sorry, sorry, sayangku!
I miss you!
Mommy mendengarnya rasa macam nak pekak telinga tau!
Stresslah dengar lagu ni. Takda lagu lain ke yang dia boleh hafal! Entah bila agaknya dia dok dengar lagu ni, yang pasti bukan di rumah kami mahu pun di dalam kereta kami!
Tak pun lagu ni...
Biarku jalan dulu
Husshhhh ku tunggu!
Husssh ku tunggu!
Ni tak silap lagu si Kaka, kan? Patutnya 'puas ku tunggu' tapi entah macamana boleh jadi 'hussshh ku tunggu' pun tak tahulah!
Berbalik kepada cerita infeksi mata tadi, selepas hantar Bubbly Abang ke sekolah, I berkira-kira juga nak teruskan perjalanan ke pejabat atau tidak. Singgah pam minyak kereta sekejap. Lepas tu duduk bertafakur dalam kereta! Jomlah, teruskan perjalanan!
Sampai di gerai makcik jual mahal no.2 (^_^), duduk bertafakur lagi. Nak bersarapan ke tidak...
Nak terus ke pejabat ke tidak...
Tangan tak berhenti-henti lap mata kiri sebab rasa melekitlah dok penuh tahi matakan!
Akhirnya terus ajelah ke pejabat!
Dah sampai pun, malaslah nak fikir nak patah balik ke area rumah dan pergi klinik!
Tengoklah macamana nanti. Kalau masih juga sama keadaannya, petang nanti ajelah pergi jumpa doktor. Kalau dapat MC pun best juga sebab esok Jumaat. Hahaha!
Stress juga macam ni bila asyik nak kena lap tahi mata. Baik bercakap atau bertembung dengan orang, memang I tak pandang pun muka sebab tak mahu orang lain perasan my left eye sepet dan nampak sangat macam kena infeksi!
Jadinya, hari ni I sibuklah ya! Sibuk melayan mata ~_^
Jumpa di alam maya esoklah ya kalau tak dapat MC ^_^

pergi klinik la kak oi..nanti melarat lagi lambat sembuh.karang ada plak bos tanya 'u x mandi ke?'..hehe
ReplyDeleteAkak dah rembat ubat mata my kakak. Tengoklah kalau sampai esok pun tahi mata tak nak nyah dari situ, akak terpaksalah merangkak pergi klinik ^_^
Deletesementara nak ke klinik tu MD tak e simpan eyemore ke optrex ke..buat cuci mata yang bertaik melekit katanya tu.kalau acik memang ready dirumah kalau terkena infeksi dimata la..alansar punya untuk cuci mata pun ada dirumah acik ni MD..penting tu..mata kan
ReplyDeleteSelalunya banyak kat rumah, Acik tapi bila kita nak takda. Dan selalu juga, kita simpan segala ubat sampai expired tapi bila kita nak pakai, ubat dah tak boleh pakai. Lama sangat simpan!
Deletebetul, ubat mata kalau dah bukak, nanti dah kurang efektif.saya selalu simpan dalam peti ais
DeleteAkak memang banyak simpan ubat tapi itulah time kita simpan takdalah pulak kena. Time nak guna, dah tak boleh pakai sebab dah terlalu lama. Tak pun dah expired!
DeleteKak Ton, cepat cari ibu yg tgh breastfeeding....mintak sikit air susu barang sepuluh titik lumur kat mata tu haha....
ReplyDeleteNak kata tgh seme tak pulak ek! Kalau seme mungkin jugaklah mata tu bertahi. Sabar ajelahlah Kak Ton, tgh diuji, nak buat mcm mana....Allah nak suh MC kot!!!
Mak kalau bab bangun pagi buat bekfes ni malas sungguh tau....risau pulak dah dekat nak Ramadhan ni. Takut sawan malas tu tak hilang pulak huhu...
Tak tanya ke ngan adik cute mana dia tau lagu tu.
Manalah Kak Ton nak cari kat pejabat ni, Mak. Anak saudara Kak Ton adalah tapi nak menapak pergi rumahnya tu malas ler. Kak Ton kalau dah balik kerja, memang malas nak keluar rumah! Nasib Kak Tonlahkan...
DeleteEh, Kak Ton tak MC pun hari ni tau! Kak Ton kerja dengan tabah jerk! Nasib baiklah tak buat hal pulak hari ni. Dahlah nak kena jumpa orang. Nanti tak boleh nak bertentang mata sambil berkata-kata pulak!
Bukan ke Mak rajin memasak sekarang? Lagi-lagi kalau orang puji, lagi kerap Mak letak gambar masakan Mak kan ^_^
get well soon kak. kalau kira la tu takde dah nak kira2 memang ambik mc terus. sebab duduk dekat kaunter depan. kalau kita pun tak selesa asyik nak lap2 mata. nanti nak melayan orang call atau datang pun mula mood melayang. tak pasal je nanti orang kata kaunter servis kerajaan ni tak sopan bla bla bla
ReplyDeleteThank you, Kira. Kalau duduk frontline, memang susah sikitlah. Takkan nak greet orang dengan sakit mata. Orang tengok pun takut menjangkit ^_^
DeleteAah kak mintak susu ibu sesapa sikit. Mujarab! aina pernah kena.. nasib baik masa tu tgh kenduri rumah atok. Dari iols terseksa, g jela buat muka tembok mintak susu.. Kahhhhh... Get well soon kak.! MC je rest dkt rumah.. Macam ramai je yg hasut suruh MC ni. hikss =P
ReplyDeleteNak cari kat mana kat pejabat ni, dik...
DeleteKalau ada keponakan tu lainlah ceritakan. Eh, tapi ada aje anak saudara akak yang masih dalam pantang dan menyusukan anak tapi malas pulak nak ke rumahnya!
Thank you! Tapi akak tak MC hari ni, bekerja macam biasa ^_^
Get well soon kak. Semoga tak ada apa apa mata tu. Hehe :) Hahaha, comel je tukar lirik lagu jadi huush. Ada lah tu terdengar dekat mana mana kan sebab rasanya lagu tu dah lama dah, masa cerita melayu tv3 pukul tujuh tu. Hahaha !
ReplyDeleteThank you, Nani! Harapnya takdalah melarat. Kalau tengok hari ni macam elok sikit berbanding semalam. Semalam asyik nak 'menangis' je pegang tisu tau. Kejap-kejap kesat mata ^_^
DeleteKalau MC esok datang arr jumpa ai.. ai bagi kari kambing.. ;)
ReplyDeleteAlamak! Ruginya tak MC! Ada orang nak beri kari kambing!
Deletebudak2 ni mmg mcm tu la...ntah apa2 je la lagu yg dorang hafal...dah la lagu zaman sekarang bingit je rasa nak dengar...grrrr...
ReplyDeleteanyway, get well soon MD!
Sakit jiwa kadang-kala entah apa-apa lagulah yang dinyanyikannya tapi pada masa yang sama rasa kelakar pulak budak-budak sebaya si kecil tu 'melalak-lalak' nyanyi lagu!
DeleteOh, thank you!
Allah... kesiannya.
ReplyDeleteBiasa mata kalau nak kena memang bangun tidur
Itu yg rasa serba tak kena dan tak selesa
Dpt MC esok memang best terus dpt 3 hari kat rumah:)
Alhamdulillah, kurang dah sikit hari ni, kak! Kotnya menjangkit kakak saya, tak pun si Adik Cute. Dia yang mula-mula kena!
DeleteMemang best kalau hari ni MC tapi nak buat macamana ...
Bertimpa2 pulak sakitnya kesian la hai..ujian sebelum puasa namanya ni.betullah tu klu byk taik mata kena sakit mata la tu.benda mudah jangkit amik mckah md.jaga2 takut org kt rumah tu sama jngkit nti.kesian anak2.
ReplyDeleteKlu adk cute dengan lagu sory2nya Afia begini lirik lagunya ye
Jauh..terbawa lukisan hatiku
Bila..
Owhh br 3taun tp nyayi kemain petah..blom lg lgu didi n frenz..hampir kesemua lagu dia hafal.huhu
Rasanya tahun ni memang tahun ditimpa sakitlah, PK. Banyak dosa kot ^_^
DeletePejabat saya ni kalau penyakit berjangkit memang orang Jepun ni takut sikit ^_^ Nasib baiklah mata tu tak merah, jadi mereka pun tak perasan saya tengah menahan diri sakit mata!
Memang sakit telinga tapi kelakar jugalahkan kalau dengar mereka menyanyi!
Mata ni kalau sakit susah juga nak buat kerja MD..
ReplyDeletePergilah ke klinik tu cepat..
patutnya pergi hari ini MD..
Dapat MC dua hari lagi best hahahha..
Hahahah ..
Lagu tu memang rare dari pendengaran CH..
Elok juga ada penghibur masa memasak ye MD..
Tak lah stresss hahahha..
Betul tu, CH. Dahlah mata rabun. Kena sakit mata lagi. Memang tersiksa jiwa-raga nak buat kerja. Semalam petang ada juga rasa gatal-gatal tapi takdalah merah atau sakit. Alhamdulillah lepas titis ubat mata beberapa kali nampaknya hari ni dah kurang sikit tahi mata.
DeleteLagu-lagu drama selalunya CH yang si Adik Cute ni suka hafal. Kat rumah MakNgahnyalah tu agaknya dia dengar!
better pergi clinic kak.. hope takde pape lah..
ReplyDeleteklu cuaca panas sgt pun boleh jadi mata jadi gitu.. tapi lately ni hujan jer kan petang.. gws kak
Thank you, Lyn!
DeleteRembat ubat mata my kakak yang baru kena last week. Nampak macam ada perubahan. Tapi tak tahu juga. Kalau sampai esok pun masih tak hilang, kenalah heret kaki jumpa doktor nampak gayanya!
assalamualaikum MD
ReplyDeleteapa kabar lama kaknoor tak jenjalan sini
kaknoor dengar dari jauh MD sakit mata tulah dtg nak tengok
dah ok ke belum masa ni MD
pergi klinik tau sbb mata pancaindera yg sangat penting tau
kang apa2 hal susah, moh ikut kaknoor ke klinik jom
Wa alaikum salam!
DeleteKakNoor tengah enjoy jenjalan eh... Saya pun lama tak tinggal jejak kat sanalah KakNoor! Mengejar masa!
Alhamdulillah, hari ni nampak elok sikit lepas titis ubat mata hasil rembatan beberapa kali ^_^
Zaman2 remaja dulu kalau sakit mata kena usik, " mengintai siapa tu dpt sakit mata?" Haha
ReplyDeleteAhah, betul tu! Selalu pun kalau nampak orang sakit mata kita akan kata, skodeng siapalah tu agaknya ^_^
Delete