Salam 28 Rejab dan Salam Jumaat kawan-kawan!
Hari ni barulah nak bercerita tentang cuti 3 hari hujung minggu yang lalu ^_^
Sebenarnya, perancangan awal nak balik ke kampung, ke rumah my sister. Maklumlah kalau dah rajin balik tu, asyik aje nak balik kampung. Bukannya apa, saja nak 'merayau-rayau' kat Bandar Batu Pahat jerk!
Selalunya balik hujung minggu tak cukup masa. Kali ni sebab cuti 3 hari, doklah fikir kotnya boleh terlajak turun terus ke Johor Bahru, dapatlahmelawat kakak jalan-jalan cari makan pulak ^_^
Tapi, ada plan lain pulak yang menunggu ...
Hari Sabtu, 30 Apr tu kami bertolak ke sini ...
Buat apa kat sini?
Ada rombongan merisik dan meminang ~_^
Untuk siapa ya?
Biarlah rahsia ^_^
InsyaAllah, majlisnya akan berlangsung di Perak pada pertengahan September nanti.
Jangan bimbang, ah kak tak kena sawan pengantin pun ~_^
Ah kak kena sawan lain pulak masa ke sini....
Itu nanti kita cerita lebih lanjut ya!
Malam sebelum bertolak ni, I kononnya naklah makan healthy-healthy gitu (yalah tu...)
Beria-ia I makan buah-buahan tau. Lepas makan orange, I makan betik pulak. Mulanya nak cuit rasa sikit aje, tetiba beria-ia makan nak kasi habis! Lepas tu tak cukup lagi, HD kopek nenas, kita bantai pulak makan nenas....
Sebelum tu, my sister ada beri lauk ayam masak lemak. Si Bubbly Abang tak habis makan, kita 'santap'lah tanpa segan-silu kuah masak lemak cili padi tu. Beria sakan!
Seawal pukul 4 pagi I dah terjaga sebab perut memulas...
Nasib baiklah by 10 pagi masa nak bergerak ke Bentong tu, everything was okey!
Kami pergi menaiki tiga buah kereta. Rombongan yang ada termasuklah my emak, Ngah, my another two sisters dan suami masing-masing, my youngest brother dan kami sekeluarga. Pelik pulak rasanya I termasuk dalam rombongan meminang ni... I ni kan adik perempuan paling last dalam keluarga! Ada enam kakak lagi atas I tau yang semua dah masuk, dah hampir masuk golongan kilauan emas permata! Hahaha!
Jalanraya tak payah ceritalah ya. Tak cerita pun dah boleh tau bagaimana keadaannya. Memang sesak! Nasib baiklah kami setakat nak keluar kat exit Bentong aje. Kami berpakat untuk bergerak bersama bermula di Stesen Minyak Petronas sebelum masuk ke tol. My youngest brother yang lead the way.
Tapi, sebaik aje sampai di tol, my stomach dah mula buat hal. Dah rasa tak sedap hati dah ni...
Aduhai, kenapalah pilih waktu macam ni nak kena sakit perut!
Bukan senang!
Bila I nampak nak dekat RnR Genting Sempah, I pun roger my brother; beritahu dia yang kami nak berhenti di RnR Genting Sempah sekejap. Tapi bila dah nak hampir Rnr tu, tetiba my stomach kembali okey! Hilang pulak rasa memulas.
So, I suruh HD teruskan perjalanan...
Agak-agak lepas setengah jam, again datang rasa memulasnya! Duh!
Kali ni memang tak boleh tahan! I ajak berhenti di Petronas sebelum exit keluar ke Bentong! Sampai aje di stesen Petronas, I main lari 100m nak cari toilet. Tengok-tengok, aduhai... panjangnya beratur. Perut dahlah memulas habis ni. Rasa macam nak potong queue aje. Ada juga niat dalam hati nak minta tolong orang yang beratur paling depan kasi lepas I dulu masuk toilet tau ^_^ Tapi, tak terbuka mulut nak minta tolong!
I pun dok kiralah berapa lagi orang yang masih beratur di depan I. Dahlah toilet ada 4 aje. I dah dapat bayangkan macamanalah keadaan toilet tu nanti. Kebiasaannya, memang I tak suka masuk public toilet. Selagi boleh elak, I akan cuba elak. Selagi boleh tahan, tahan ajelah!
But then, this time memang malang betullah! Perut memulas macam ada tornado kat dalam! Nak pitam dibuatnya berdiri menunggu lama-lama macam tu!
Bila tinggal lagi 8 orang di depan I, tetiba 4 orang yang paling depan tu tak mahu masuk ke tandas yang ada sebab tandas duduk. Mereka toleh orang belakang masing-masing, kalau ada sesiapa nak jump queue. 4 orang perempuan Cina depan I tu pulak asyik berborak, so I pun teruslah ambil kesempatan dah semua orang tak mahu guna tandas tu!
Nasib baiklah air paip laju, ada baldi dan gayung dan keadaan toilet pun okey! Lega ah kak akhirnya! Tapi, sebaik aje masuk dalam toilet, terus hilang sakit memulas! Aduhai.... stress tau tak!
Yang menunggu di luar tak payah ceritalah. Dah bengang aje ^_^ Maklumlah, lama kena tunggu!
Bila dah kena tinggal tu, tau ajelah HD ni. Bukan main laju pandu kereta! Konon tak naklah nanti orang menunggu kita lama padahal memang pun kaki pandu laju ni!
Nasib baiklah perut berhenti memulas sampai di Bentong.
Tengoklah kasihan ke tidak my anak bujang tercomel ni...
Adik Cute memang tak boleh kena aircond lama-lama. Mula-mula posing tunjuk peace, lepas tu gigit mulut macam tu, lepas tu mulalah aktiviti 'menganyam' rambut sampai jadi sejambak bunga ros! Itu tanda-tanda dia mengantuk dan nak tidurlah tu!
I pun sampai lupa nak take note kami ni nak ke mana sebenarnya. Kami masuk kawasan Felda sebenarnya tapi lupa pulak apa namanya. Nampak Felda Ladang Klau, lepas tu Felda Sg Chalit, lepas tu entah apa lagi namanya tapi sampai ke sudah tak sampai juga rumah yang nak dituju ni...
Memang terasa jauh sangat tau!
Pemandangan pun macam ni aje...
HD sukalah tu. Kehijauan ni memang di hatinya. Tapi kalau tanya I, memang I tak nampak pun apa yang menenangkan di 'kehijauan' macam ni ^_^
Maklumlah orang kampung berlagak dah jadi orang bandar Kay El katanya! Haruslah berlagak banyak ~_^
Lagi lama I pandang, lagi bertambah memulas pulak perut jadinya...
Aduhai, memulas datang semula!
Bila masuk aje ke kawasan Felda rumah yang nak kami tuju tu, I memang nak aim minta izin guna toilet dulu! Hahaha!
By the way, dek kerana sakit perut dan malulah kat rumah orang, takdalah I snap gambar semasa majlis ya.
Ya, ya, tuan rumah of course hidangkan patin masak tempoyak, talapia bakar, rendang ayam dan sebagainya tapi I memanglah tak makan banyak mana pun! Dah kata sakit perut kan!
And, my sakit perut memulas tu sampailah kita balik ke KL semula ya petang tu.
Sebaik aje sampai rumah, hilang terus sakit memulas tu!
Sakit tak rasa hati?
Of course, sakit!
Next day, hari Ahadnya kami ke majlis perkahwinan pulak.
Again, takda gambar yang diambil sebab I sibuk berborak ^_^
Nak tahu siapa tetamu VVIPnya?
TMJ!
Eh, bukan!
Tengku Mahkota Pahang ya ~_^
Sebabnya, bapa pengantin adalah bodyguard kepada TMP ni ...
But then again, I takda pun rasa hairan. Masa TMP masuk, I tengah makan. Terpaksa pulak berdiri. Daulat tuanku pun takda okey. Lainlah kalau kerabat diraja Johor yang masuk, mahu I daulat tuanku sampai cium lantai berkarpet merah tu. Maklumlah, I kan Bangsa Johor! Hahaha!
Itu ajelah ya kisah cuti Hari Pekerja, menanggung sengsara sakit perut dan makan, makan, dan makan aje!
Hari ni barulah nak bercerita tentang cuti 3 hari hujung minggu yang lalu ^_^
Sebenarnya, perancangan awal nak balik ke kampung, ke rumah my sister. Maklumlah kalau dah rajin balik tu, asyik aje nak balik kampung. Bukannya apa, saja nak 'merayau-rayau' kat Bandar Batu Pahat jerk!
Selalunya balik hujung minggu tak cukup masa. Kali ni sebab cuti 3 hari, doklah fikir kotnya boleh terlajak turun terus ke Johor Bahru, dapatlah
Tapi, ada plan lain pulak yang menunggu ...
Hari Sabtu, 30 Apr tu kami bertolak ke sini ...
Buat apa kat sini?
Ada rombongan merisik dan meminang ~_^
Untuk siapa ya?
Biarlah rahsia ^_^
InsyaAllah, majlisnya akan berlangsung di Perak pada pertengahan September nanti.
Jangan bimbang, ah kak tak kena sawan pengantin pun ~_^
Ah kak kena sawan lain pulak masa ke sini....
Itu nanti kita cerita lebih lanjut ya!
Malam sebelum bertolak ni, I kononnya naklah makan healthy-healthy gitu (yalah tu...)
Beria-ia I makan buah-buahan tau. Lepas makan orange, I makan betik pulak. Mulanya nak cuit rasa sikit aje, tetiba beria-ia makan nak kasi habis! Lepas tu tak cukup lagi, HD kopek nenas, kita bantai pulak makan nenas....
Sebelum tu, my sister ada beri lauk ayam masak lemak. Si Bubbly Abang tak habis makan, kita 'santap'lah tanpa segan-silu kuah masak lemak cili padi tu. Beria sakan!
Seawal pukul 4 pagi I dah terjaga sebab perut memulas...
Nasib baiklah by 10 pagi masa nak bergerak ke Bentong tu, everything was okey!
Kami pergi menaiki tiga buah kereta. Rombongan yang ada termasuklah my emak, Ngah, my another two sisters dan suami masing-masing, my youngest brother dan kami sekeluarga. Pelik pulak rasanya I termasuk dalam rombongan meminang ni... I ni kan adik perempuan paling last dalam keluarga! Ada enam kakak lagi atas I tau yang semua dah masuk, dah hampir masuk golongan kilauan emas permata! Hahaha!
Jalanraya tak payah ceritalah ya. Tak cerita pun dah boleh tau bagaimana keadaannya. Memang sesak! Nasib baiklah kami setakat nak keluar kat exit Bentong aje. Kami berpakat untuk bergerak bersama bermula di Stesen Minyak Petronas sebelum masuk ke tol. My youngest brother yang lead the way.
Tapi, sebaik aje sampai di tol, my stomach dah mula buat hal. Dah rasa tak sedap hati dah ni...
Aduhai, kenapalah pilih waktu macam ni nak kena sakit perut!
Bukan senang!
Bila I nampak nak dekat RnR Genting Sempah, I pun roger my brother; beritahu dia yang kami nak berhenti di RnR Genting Sempah sekejap. Tapi bila dah nak hampir Rnr tu, tetiba my stomach kembali okey! Hilang pulak rasa memulas.
So, I suruh HD teruskan perjalanan...
Agak-agak lepas setengah jam, again datang rasa memulasnya! Duh!
Kali ni memang tak boleh tahan! I ajak berhenti di Petronas sebelum exit keluar ke Bentong! Sampai aje di stesen Petronas, I main lari 100m nak cari toilet. Tengok-tengok, aduhai... panjangnya beratur. Perut dahlah memulas habis ni. Rasa macam nak potong queue aje. Ada juga niat dalam hati nak minta tolong orang yang beratur paling depan kasi lepas I dulu masuk toilet tau ^_^ Tapi, tak terbuka mulut nak minta tolong!
I pun dok kiralah berapa lagi orang yang masih beratur di depan I. Dahlah toilet ada 4 aje. I dah dapat bayangkan macamanalah keadaan toilet tu nanti. Kebiasaannya, memang I tak suka masuk public toilet. Selagi boleh elak, I akan cuba elak. Selagi boleh tahan, tahan ajelah!
But then, this time memang malang betullah! Perut memulas macam ada tornado kat dalam! Nak pitam dibuatnya berdiri menunggu lama-lama macam tu!
Bila tinggal lagi 8 orang di depan I, tetiba 4 orang yang paling depan tu tak mahu masuk ke tandas yang ada sebab tandas duduk. Mereka toleh orang belakang masing-masing, kalau ada sesiapa nak jump queue. 4 orang perempuan Cina depan I tu pulak asyik berborak, so I pun teruslah ambil kesempatan dah semua orang tak mahu guna tandas tu!
Nasib baiklah air paip laju, ada baldi dan gayung dan keadaan toilet pun okey! Lega ah kak akhirnya! Tapi, sebaik aje masuk dalam toilet, terus hilang sakit memulas! Aduhai.... stress tau tak!
Yang menunggu di luar tak payah ceritalah. Dah bengang aje ^_^ Maklumlah, lama kena tunggu!
Bila dah kena tinggal tu, tau ajelah HD ni. Bukan main laju pandu kereta! Konon tak naklah nanti orang menunggu kita lama padahal memang pun kaki pandu laju ni!
Nasib baiklah perut berhenti memulas sampai di Bentong.
Tengoklah kasihan ke tidak my anak bujang tercomel ni...
Adik Cute memang tak boleh kena aircond lama-lama. Mula-mula posing tunjuk peace, lepas tu gigit mulut macam tu, lepas tu mulalah aktiviti 'menganyam' rambut sampai jadi sejambak bunga ros! Itu tanda-tanda dia mengantuk dan nak tidurlah tu!
I pun sampai lupa nak take note kami ni nak ke mana sebenarnya. Kami masuk kawasan Felda sebenarnya tapi lupa pulak apa namanya. Nampak Felda Ladang Klau, lepas tu Felda Sg Chalit, lepas tu entah apa lagi namanya tapi sampai ke sudah tak sampai juga rumah yang nak dituju ni...
Memang terasa jauh sangat tau!
Pemandangan pun macam ni aje...
Ni pun HD kata 'menenangkan'! I tak tahulah apa yang terasa tenangnya tengok macam ni. I lagi tenang kalau nampak shopping mall ^_^ |
Maklumlah orang kampung berlagak dah jadi orang bandar Kay El katanya! Haruslah berlagak banyak ~_^
Lagi lama I pandang, lagi bertambah memulas pulak perut jadinya...
Aduhai, memulas datang semula!
Bila masuk aje ke kawasan Felda rumah yang nak kami tuju tu, I memang nak aim minta izin guna toilet dulu! Hahaha!
By the way, dek kerana sakit perut dan malulah kat rumah orang, takdalah I snap gambar semasa majlis ya.
Ya, ya, tuan rumah of course hidangkan patin masak tempoyak, talapia bakar, rendang ayam dan sebagainya tapi I memanglah tak makan banyak mana pun! Dah kata sakit perut kan!
And, my sakit perut memulas tu sampailah kita balik ke KL semula ya petang tu.
Sebaik aje sampai rumah, hilang terus sakit memulas tu!
Sakit tak rasa hati?
Of course, sakit!
Next day, hari Ahadnya kami ke majlis perkahwinan pulak.
Again, takda gambar yang diambil sebab I sibuk berborak ^_^
Nak tahu siapa tetamu VVIPnya?
TMJ!
Eh, bukan!
Tengku Mahkota Pahang ya ~_^
Sebabnya, bapa pengantin adalah bodyguard kepada TMP ni ...
But then again, I takda pun rasa hairan. Masa TMP masuk, I tengah makan. Terpaksa pulak berdiri. Daulat tuanku pun takda okey. Lainlah kalau kerabat diraja Johor yang masuk, mahu I daulat tuanku sampai cium lantai berkarpet merah tu. Maklumlah, I kan Bangsa Johor! Hahaha!
Itu ajelah ya kisah cuti Hari Pekerja, menanggung sengsara sakit perut dan makan, makan, dan makan aje!
Assalamualaikum salam jumaah berkah!
ReplyDeletehehe..pjg akak punya citer ralit sy baca...=)
Wa'alaikumsalam!
DeleteAkak memang tak reti tulis pendek-pendek ni, Husna ^_^
Anyway, thank you sebab sudi singgah membaca di sini ya!
part sakit perut tu memang kuang hajo la kan MD..i pernah kena macam tu...hehehehe...
ReplyDeleteYang paling kurang ajar tu bila dah jumpa toilet tetiba aje sakit memulasnya hilang! Itu memang tak boleh blah buat sakit hati jerk tau!
DeleteKilauan kilauan ni mak terasa hokey!!! Nasiblah ada permata depan tu, jadinya taklah berapa nak terasa sangat.
ReplyDeleteTulah.... dah tau perut tu perut kilauan, agak agaklah nak makan buah buahan, semua buah yg bikin pecah perut pulak tu....
Segan jugakkan kalau sakit perut kena melepas kat RnR....sure panjang bunyi bom tak boleh control tu haha....ramai org kat luar, jap nak bayangkan haha....
Sama le kita Kak Ton, mak ngan Pak Jilap ni kalau ke hotel nak yg moden moden saja, dlm hutan, tepi sungai mmg tak main.... jemu dah weyh duk kg.
Hihi....mentang mentang le laki dia katanya ada seiras TMJ sampai nak cium karpet merah ek...
Eh, kenapa pulak Mak terasa? Bukan ke Mak muda lagi? Baru suweettt 16 katanya?
DeleteHahaha! Nak buat macamana! Time makan tak ingat dunia. Lepas makan, baru nak ingat dunia sebenar! Itulah padahnya.
Saya pun terlupalah dok makan nenas, dok makan papaya, dok rasa gaul-gaul nasi dengan lauk lemak cili padi. Kira macam biasa jerk. Manalah tau hari tu jadi luar biasa.
Merana weyh Mak menahan 'gelora'! Rasa memang nak minta simpati aje masa tu!
Moden-moden ni bestkan, Mak. Kalau kehijauan tu, sedap di pandang aje tapi hati masih tak puas menatap tau ^_^
Hihihi bab sakit perut memulas tu memang tak boleh tahan MD..
ReplyDeletePastu kena pulak beratus lama..
Mau biru birat muka menahannya..
Tapi yg tak bestnya..
Bila sampai turn kita masuk tandas tu dia berhenti memulas..
Memang sakit hatiiiiiii oooo..
Hahhahaa..
La mentang2 TMP tu tak berapa hensem..
Kemain ko tak nak bangun daulat tuanku ye MD..
Nampak sangat Johorien tu hahahha..
Memang minta dijauhkanlah CH kalau kena berjalan jauh lepas tu sakit perut. Alahai, menderitanya jiwa...!
DeleteHah, itulah pasal! Itu yang buat sakit hati tu. Beria-ia tak tahan memulas tetiba dapat je turn jumpa toilet, hilang terus! Rasa macam tak mahu keluar dari toilet aje tau!
Tau takpa! Siapa suruh dia tak handsome macam TMJ! Malas nak sembah daulat bagai! Hahaha!
Lucu pulak akak baca celoteh MD ni. Rasanya akak memang boleh menjiwai sangat saat MD rasa masa tu.. sebab akak pernah kena masa travel dari Kota Bharu ke KL. Ya Allah , Tuhan saja yang tahu perasaan masa tu.., apapun.. perkongsian yang menarik akak rasa.
ReplyDeleteJemput singgah blog akak ya.. ruzitakitchen.blogspot.com
Saya memang tak sangguplah kalau kena sakit perut dalam perjalanan macam ni. Lagi-lagi sebab tak suka masuk bilik air awam. Tapi apakan daya, kalau dah terkena tu, memang redah aje apa adanya! Hahaha!
Deletepernah juga rasa sakit perut masa jalan2.. langsung hilang fokus apa nak shopping, tempat mana best sebab yang penting cari toilet je. huhu.
ReplyDeleteMemang betul. Kalau dah kena sakit perut, perkara lain dah lupa terus. Motif keluar rumah pun lupa. Yang penting, nak cari toilet dulu ^_^
DeleteSinggah petang...
ReplyDeleteTerima kasih, Bunda!
DeleteSorrylah tuan rumah takda petang semalam. Minum air kosong ajelah ya ^_^
bab2 sakit perut ni mmg tak boleh nak menahan..
ReplyDeleteMana boleh ditahan-tahankan! Itu yang rasa macam nak minta simpati aje kat semua orang yang queue depan toilet!
Deleteni msti kes mkn x hingat..buah-buah + msak lemas tu pedas kot.. tu trs kna ceri beri..
ReplyDeletelya klo kna mcm ni mmg mkn ub biji chit teck aun..eyhh..k camner eja dia.. klo kna sakit perut camni..mmg x leh tahan.. klo cuba2 tahan..tkut tlpas..heheh..
heheh.. mmg la mdamaikan buat HD tgk suasana mghijau tu...dah ari2 hadap bgunan batu berkaler-kaler..bila tgk hijau rsa tenang mata memandang..hehe
Itulah pasal. Beria-ia makan buah-buahan. Kononnya bagus sangatlah tu. Habis semua dimakan, ahah, meronta-rontalah perut lepas tu! Baru insaf!
DeleteAkak ni memang spesies bandar kot. Tengok pokok hijau tak terasa damai pulak di hati. Berlagak! Hahaha!
Kih kih kih gelihati plak baca tang part memulas tu. Been there, done that. Kitorg hari pekerja aritu tak kemana pun sbb chief of the house ada kelas. Maklum, dah jadi murid balik....
ReplyDeleteIsh, kalau diingat-ingatkan, memang seriau! Dalam pada jalan jem, nak jalan jauh, time tulah nak memulas-mulas perut. Tapi kalau fikir balik, sendiri yang salah! Hahaha!
DeleteKahkahkah... Hidup bangsa joho! Eh.? hahaha nak gelak guling guling...
ReplyDeleteTu la hakak ni bantai makan tak hengat nohh sampai memulas terpulas pulas sakit perut. Kalau aina, sakit perut masa jalan ni mmg mood blh swing, muka x pyh cakap la kerut sejuta...
Oh kak... aina pun baru pekena patin tempoyak mggu lps.. Huaaa sedap owh! =D
Hidup Bangsa Johor!
DeleteErkkk... ni dah kenapa terlebih patriotik tak memasal ni? Takat TMP pergi majlis kenduri kahwin pun dah kecoh nak semangat-semangat patriotik katanya... Hahaha!
Buah-buahan tu kan bagus. Masa makan tu akak terlupa nak klasifikasikan buah-buahan tu dalam kelasnya yang tersendiri. Itulah pasal! Habis semua akak bantai sampai terlupa dunia nyata sekejap!
Merana ohhh Aina kalau dalam jem kena perut memulas! Rasa nak heret toilet belakang kereta aje tau!
Kalau jenjalan kena sakit perut nak membuang memang boleh buat mood terus hilang. Makan ke apa semua memang dah tak ada dlm mindalah. Masa tu dlm kepala fikir nak cari tempat membuang ajelah kan..
ReplyDeleteTak apalah hajat yg utama dah tertunai.
Adik cute juga yg happy:)
Berkerut sampai naik tua jadinya, kak! Menahan punyalah siksa tapi yang paling tersakit hati tu, bila dalam toilet, terus reda feeling-feeling memulas tu! Memang rasa nak hentak kaki aje tau!
DeleteAdik... sepanjang jalan dia tidur aje. Kalau tak tidur, dia menyanyi lagu sambung menyambung gitu ^_^
Aduh bab sakit perut boleh jadi satu entry..tp memanglah klu mau perut memulas ni sengsara oii..apalagi klu perjalanan jauh memang mintak dijauhkan la.silap2 memang boleh terkincit dibuatnya.hahaha...
ReplyDeleteHari pekerja sy kerja la MD..memang tak pegi mana sbb sebelumnya tu en suami buat trip ke larkin tgok bola..
Tahulah saya, bagi apa tajuk pun boleh jadi entri tau ^_^
DeleteItu yang tak best bila nak jalan jauh tetiba sakit perut. Memang perkara yang tak diingini terjadi! Siksa oi menahan rasa memulas, nasib baik boleh tahan lagi walaupun muka dah berkerut seribu, peluh sejuk menitik-nitik! Hahaha!
Untunglah bekerja masa public holiday. Mesti masyuk OT *_*
yang baca ni pun semput gak tau, rasa terkejar-kejar sekali...berjalan jauh macam ni memang banyk dugaan.nasib baik perut je,kalau pakej muntah ngan angin sekali..
ReplyDeleteNasib baik juga jalan tak jauh sangat, Sal. Kalau katanya nak pergi ke Kelantan ke, Terengganu ke, tidak ke haru kalau kena memulas-mulas perut macam ni! Auwww, seriau memikirkan ^_^
Deletealahaiii kesiannya sebab terniat nak diet makan makanan sihat tu kot nya yang perut pun berkerjasama nak rampingkan tuan badan hihihihi. tapi memang boleh pitam kalau time perut memulas2 tu. kira pernah kena. masa tu bujang lagi. boleh pulak orang keliling yang tumpang simpati tu tanya "dia pregnant ke" padahal kita sekolah lagi!!!1
ReplyDeleteMasa makan tu tak ingat dunia. Sedap ajelah makan betik, makan nenas, makan itu, ini. Bila dah memulas tu barulah rewind balik kisah makan semalam ^_^ Menyesal takda gunanya dah!
DeleteHahaha...kasihannya alasan! Tak boleh blah langsung. Kira ni nampak macam budak-budak sampai hati dia orang suspek pregnant. Hahaha!