Friday, May 20, 2016

Projek 'shopping' bag (Kreatif juga ahkak ni rupanya ... ~_^)

Salam 13 Syaaban dan Salam Jumaat kawan-kawan!

Eh, betul ke hari ni hari Jumaat?

I tak silapkan!

Manalah tahu kotnya baru Khamiskan...

I ni kan selalu kena penyakit acah-acah lupa gitu ~_^

Semalam I ada projek keras-tangan dengan my anak bujang si Bubbly Abang. Laoshi suruh buat paper bag. Ini bukan kali pertama sebenarnya. Biarlah I bercerita sejarah silam projek ini supaya you all faham betul-betul jalan ceritanya. Takdalah ternganga nanti masa nak mengarang komen ^_^

Beberapa minggu sudah, Bubbly Abang beritahu Laoshi suruh buat 'shopping' bag. Dia pun tunjukkan cara-cara nak buat yang tertera dalam buku teks. Of courselah ada gambar step by step dan penerangan di bawahnya tapi penerangan tu dalam Bahasa Mandarin. Wajiblah I geleng kepala aje!

Tengok pada gambar memang I tak fahamlah macamana nak mulakan aktiviti keras tangan kami ni! Ini apa yang tertera pada gambar untuk I buat tafsiran pandai-pandai ikut logik akallah ya :-

Gambar pertama ada bahan-bahan yang diperlukan ~ adalah gunting, gam, kertas suratkhabar, kadbod, dan tali.

Gambar kedua ~ kertas suratkhabar yang dah dilipat beberapa kali (alahhh... macam kertas warna kita buat anyam tikar 'mengkuang' zaman sekolah dulu tu!)

Gambar ketiga ~ tiba-tiba dah berdiri rangka paper bag tu!

Gambar keempat ~ gambar lengkap paper bag yang dah siap.

Aduh! Tiba-tiba rasa nak pitam tapi tak pitam lagilah!

I suruh Bubbly Abang tolong translate cepat-cepat apa yang tertulis di bawah setiap gambar tu. Terkial-kial my anak nak  translate pada Mommy akibat kena jerkah aje ^_^ Eh, siapa punya projek ni sebenarnya yang Mommy pulak over-over tak sabar nak buat ni?

Urut dada I akhirnya sebab memang tak dapat tangkaplah apa kekdahnya nak buat paper bag ni. I pun membebel kat Hubbydearie. Senang aje jawapan daddy,

Tak payah buat! Bukan masuk UPSR pun, kan! Yang cikgu pun suruh budak-budak lelaki macam ni buat paper bag apahal? Apa kegunaannya?

Surrenderlah ahkak nak membebel kat bapaknya macam ni. Kita juga yang pening balik! 

Maka, I pun mulalah menganyam ketupat tikar asalnya ... Dok ajar anak bujang tersado macamana nak menganyam walaupun duplohlapankali dia komplen apa ke bendalah yang Mommynya ajar ni!

Bila 'tikar' dah siap, dok fikir macamana nak dirikan jadi paperbag ni? Kertas tu bukannya keras, kertas suratkhabar Cina aje yang cikgu bekalkan! Gugur rambut ahkak tau memikirkan masalah teknikal projek ni!

Maklumlah, ahkak bukan nak kata apa! Bab-bab ni ahkak memang tak arif. Tangan ahkak keras kejung, tangan anak-anak lelaki pun begitu jugalah, maklumlah genenya menurun ke anak-anak. Tangan bapaknya tak payah tanyalah, suruh buat tikar mahu jadi carpet kereta nanti tau! Lagi teruk! Daddy kata, masa Daddy sekolah dulu, tak pernah pulak cikgu ajar benda 'mengarut' macam ni! Yalah, Daddy... awak tu sekolah kat mana, kami ni sekolah kat mana pulak!

Eh, kalau difikir-fikirkan balik, apa bakat yang I ada ek? Bercucuk tanam tak reti. Berkraftangan tak pandai. Setakat memasak ala-ala reti sikit, nak lawan KakNoor chef tersohor tu memang jangan cuba-cubalahkan. Turun sikitlah kita lawan chef terlajak rajin di dapur, Mama CH, silap haribulan K-O di pusingan pertama tau! 

Tapi tak tahu juga. Manalah tahu, bila lawan buat dessert depa berdua buat bukan main mengancam lagi tapi I yang menang setakat buat bubur somsom je ~_^   Hah, siapa nak jawabkan! Ingat tak Malaysian yang masuk Masterchef Australia ke mana tu, masak nasi lemak aje boleh menang tau ^_^ Begitulah perumpamaannya!

Uhuh, dah mulalah ni! Dah mula membebel keluar tajuk. Cerita panjang lagi ni... 

Telan air liur berirama dulu ya, kawan-kawan!

Okey! Jom kita sambung!

Lepas puas merenung tikar, tiba-tiba mentol menyala dalam my kepala!

Ahhahhhhh... good idea gitu ~_^

I pun ambillah satu paperbag yang banyak ada dalam simpanan lepas tu segera ajak Bubbly Abang gamkan aje tikar tu keliling paperbag. Kan senang! Hahaha!

Esoknya bila bawa ke sekolah, Laoshi pun berkata dalam terjemahan yang disampaikan oleh si anak,

Tak boleh macam ni. Tak adillah. Main tipu. Ni bukan buat sendiri, main tampal aje. Laoshi tak boleh beri markah!

Bengang aje Bubbly Abang bila beritahu kat Mommynya tau!

So, bila I tanya lebih lanjut dia kata biarkan ajelah. Laoshi takda pun suruh buat semula. Lega I mendengarnya tau. Tamat sudah kesengsaraan! Mommy depa ni bukan gemar benar benda-benda macam ni!

Tiba-tiba, dua hari lepas Bubbly Abang beritahu yang kena buat sekali lagi 'shopping' bag tu! Aduh! Tepuk dada tanya selera Mommy! Rasa macam nak pitam, muntah-muntah gitu tapi tarik balik aksi over yang melampau tu!

Semalam pagi I pun potpetotpet dengan rakan sepejabat tentang projek my anak bujang ni. Dia ni memang kreatif. Dah sudah! Sibuk si kawan ni beri idea. Siap nak buat sample lagi. Last-last sebab sibuk, dia sempat hantar link youtube melalui email pejabat jerk ^_^ 

I pun belajarlah tutorial kat youtube tu ... 

You know what happened next?

Senyum lebar ahkak, babes! Segera telefon anak beritahu berita gembira ~ Yes! Mommy dah tahu macamana nak buat! Malam ni kita start projek mengshoppingbeg sekali lagi!

Nasib baik bila balik semalam Ngah dah siap belikan my superheroes makan malam, so legalah Mommy mereka ^_^ Mommy and Daddy telan air liur aje sepanjang malam takda makan malam! Terkebil-kebil tengok anak-anak makan (hahaha...cukup-cukuplah tu membayangkan kami lakibini terkebil-kebil meleleh air liur yerk!)  
  
Sebelum Maghrib start projek, lepas Isyak baru selesai! Mana taknya, ada aje 'commercial break' tiba-tiba! Si kecil tu cemburu pulak bila tengok Mommy buat projek sekolah dengan abangnya. Ajak tolong tetiba aje sakit perut, malaslah tu nak 'menganyam'! 

Tapi memang betul pun dia sakit perut, sampai mencirit. Tak cukup dengan itu, sibuk pulak ajak belajar membaca dengan dia...

Aduh, tangan Mommy ni dua aje anak-anak, jari tangan pun sepuluh aje takda lebih! Macamana nak concentrate pada dua anak dalam waktu yang sama! Itu nasib baik jugalah Daddy mereka tak campur tangan memporak-perandakan keadaan Mommy mereka...

Bila nak hampir siap, Abang dah senyum panjang lepas tu cuak!

Mommy, cantik beg ni tapi abang takut satu je. Dalam buku guna kertas suratkhabar dengan kadbod, tapi kita guna majalah!

Nanti kalau cikgu tanya abang cakaplah macam ni, alah cikgu, dah habis satu majalah mak saya nak buat shopping beg ni...

'Yeeshak' lah kalau cikgu tak nak terima!  ('yee-shak' tu dalam bahasa Uzbek, kerap sangat tiga beranak ni dok kata. Bila I tanya apa maksudnya, bapaknya kata 'keldai'.. yalah tu, jangan-jangan kena kelentong aje Mommy mereka ni!)

Nasib baik kawan Mommy kreatifkan. Kalau tidak, susah kita! Kenapa kawan Mommy tahu buat beg macam ni, Mommy tak tahu? Masa sekolah dulu Mommy tak buat ke?

Zaman Mommy sekolah dulu buat tikar aje. Shopping bag macam ni rare. Plastik beg banyak ler...  

Mommy, lepas ni bolehlah buat letak tumbler dan bekal makan yerk!

Ish, janganlah! Tak kuat pun beg ni. Tangan Mommy bukan kreatif sangat pun. Nanti kena gelak dengan kawan-kawan pulak!

Padahal dah kembang kempis hidung rasa bangga sebab kreatif juga I rupanya lepas tengok tutorial kat youtube!

Bangga weyh, bangga!

Eh, by the way! Projek siapa ni sebenarnya? Projek anak ke, projek Mommynya? Apahal I yang over-over lupa daratan pulak ni? Konpius di sini ^_^

Oh, alahai... dah nak ke penghujung cerita lupa pulak nak letak gambar yerk! Haruslah letakkan, apa kes tak letak dalam blog pulak!


Eh, tak cukup! Lagi sekali ...




Pagi tadi tunjuklah gambar ni kat kawan yang beri idea tu. Kembang-kuncup hidung sekali lagi menahan bangga sebab first time buat paper/shopping bag selama hidup ni dan kena puji pulak ~_^

Siap sempat lagi terpacul ayat-ayat bangga diri...

My anak kata kawannya dapat 40/40 markah tapi kalau cikgunya tengok beg ni I rasa anak I dapat 50/40lah! Eh, I rasakan I ada bakat sikitlah dalam bab ni! Tiba-tiba I rasa nak buat kraftangan guna barang-barang recycle tau!

Gelak besar my friend, over katanya ^_^ 

Okeylah, I undur diri dulu ya! Kalau tidak, tenggelam dalam kecemburuan pulak you all semua mendengar kisah over I di hari Jumaat ni ^_^   

  



 
 
 
 

          



  

      

50 comments:

  1. Memang berbakat la...
    Lepas ni boleh buat banyak2.. pastu ajak HD pi shopping.. selagi semua beg x penuh teruskan bershopping

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi, Makchaq! Kutuk depan-depan nampak ~_^ Hehehe...

      Kira saya ada bakatlahkan, confirmedkan? Betul tak?

      Hahaha!

      Delete
  2. Eh... macam cantik apa.
    Kalau dpt satu pun kakak nak juga
    Boleh buat isi bekal ke sekolah macam abang bubbly kata tu.

    Tetiba kakak nak cari tutorial youtube juga hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serius ni, kak! Cantikkan! Hahaha! Masuk lif tekan butang lif sendirilah saya ni. Saya memang cam tu ~_^

      Akak pi lah google kat youtube tu. Senang aje kak sebenarnya tapi untuk orang yang keras-tangan macam saya ni, memanglah takda idea bernas pun macam tu, kalau tak refer youtube ^_^

      Delete
  3. ahahaha.. gelak2 baca entry MD ni. aduii klu bab2 kreatif ni mmg sy gagal. En suami pun gagal.. nak suruh buat beg shopping guna kertas mcm kt atas tu, lg sy pengsan terus kot..hahaha
    dlm pening2 siap jugak ya MD...cantikkknyaa..kagum tauu... mesti si abg tu bangga..silap2 mmg dpt markah 50/40..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memanglah tak kreatif, Atie. Memang surrender sebelum mencubalah kata orang Itali! Nasib baiklah kawan beri idea. Barulah datang idea kreatif kononnya... ~_^

      Ya ke cantik? Kalau gitu confirmedlahkan dapat 50/40. Itu pun cikgu kedekutlah.Beri A+++ kan senang sikit!

      Delete
    2. klu MD nak jual pun atie nak beli ni..hahah.. berkenan lah.. buat koleksi...:)

      Delete
    3. Okeylah kalau macam tu! Harga mahal sikitlah sebab campur penat, perah kepala otak tengok youtube, dalam RM100 gitu. Hahaha!

      Delete
    4. Hahahaha..kena korek tabung abg Pae satgi..kihkih

      Delete
    5. Cuba korek tabung si Pa'e tu. Berapa adalah saya terima. Tapi mesti lebih RM100lah baru terima seadanya. Kalau kurang RM100 memang tak boleh nak terima seadanya. Yalah kos penghantaran lagikan. Hehehe!

      Delete
  4. zaman sekolah kita dulu belajar buat tikar je kan..huhu.kak MD, janganlah pandai shopping je, buat beg shopping pun kena pandai..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sal pun sempat belajar buat tikar kaler-kaler je yerk ^_^ Sama tualah kita nampaknya. Hahaha!

      Kalau zaman sekarang, depa buat beg dah tau ~_^

      Yalah, yalah! Akak faham. Ni orang kedua yang 'mengutuk' akak. Hahaha!

      Delete
  5. cantiklah. kreatif jugak mummy ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kreatifkan kita.... Hahaha! Tak tahulah nak kata apa dah. Memang kreatif ~_^

      Delete
  6. Memang berbakat sungguh tu MD..
    Tak yah lah nak bertanding masak dgn mama CH ni ye 😆

    Tapi seriuos cantik lah MD..
    Ni ikhlas puji tau..
    Cer buat satu..
    Post kat mama CH ni 😀

    Untuk menghargai bertapa kreatifnya MD ni..
    Nora bagi 5 bintang 🌟🌟🌟🌟🌟

    ReplyDelete
    Replies
    1. Statement pertama tu ikhlas ke tidak? Ke saja-saja nak ambil hati sebab tak nak bertanding buat dessert ni? Hahaha!

      Alahai, kalau hantar pos ke CH, sampai aje sana dah rebah shopping bag kita ni tau! Nak letak dalam kotak, besar pulak. Nanti penerima salah anggap pulak kotnya kita hantar meja konsul kat dia... Hahaha!

      Menyampah tau si Nora ni. Nanti Nora boleh tak bagi 6 bintang? Asyik 5 bintang aje si Nora ni bagi tau!

      Delete
  7. sekali lagi kaknoor tersedak kat sini MD apa pun terimakasih banyak ya diatas penghargaannya, dan penghargaan yg MD bagi tu kaknoor bagi balik pada MD yang sngt kreatif, macam kaknoor pun nakkkkk jugaklah beg shopping macam tu
    Tak tefikir pulak buat beg secantik tu dgn bahan terpakai

    ReplyDelete
    Replies
    1. KakNoor tersedak aje saya ni terbatuk-batuk bila orang dok puji kreatif, KakNoor! Hahaha!

      Nantilah saya hantar beg ni ke Brunei bila KakNoor dah balik ya!

      Delete
  8. Oh gitu rupanya yang dimahukan.Cantek dan berseni jadinya.Tapi kan mummy nya yang dapat markah ni sebab mummy yg buat :-).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Mommy yang over, memang markah pun Mommy punyalah! Ada ke patut anak saya tak hantar pun Jumaat lepas sebab lepas cari cikgu dalam bilik guru tak jumpa, dia terus bawa balik rumah! Saya punyalah teruja nak tau berapa markah cikgu nak beri saya!

      Delete
  9. eh! cantik sangat dah paperbag tu
    memang rare tau, hanya satu jer ada
    tak boleh jumpa kat pasaran

    ok, cukuplah tu..takleh puji lebih2
    nanti terlebih kembang kuncup MD
    jadi kelasi kapal pulak.
    tahu ke kelasi kapal tu apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, itulahkan! Memang takda di pasaranlah jawabnya. Kecuali Mommynya kata dia nak aktif dalam aktiviti kerastangan macam ni! Hehehe!

      Kelasi kapal tu apa pulak? Memang tak faham sangat. Dulu tak habis belajar ^_^

      Delete
  10. Singgah jap kat sini, pagi2 ni...jengok anak cucu kat sini.. tak sempat baca pun ..

    Hujan lebat kat luar tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus Bunda ni tau. Kalau tak baca, siap-siap mengaku. Tak payahlah susah hati nak komen keluar tajukkan, Bunda!

      Anyway, terima kasih Bunda sudi singgah time hujan lebat kat luar tu ~_^

      Delete
  11. mak aii! cantik nyer MD.
    sungguh kemas. hujung ke hujung terserlah kekemasan nyer :)
    suka la ekk abang. alhamdulillah...
    aida ni pun kekadang anak2 punyer projek or keje skola diluar pengetahuan!
    memang menggoogle and meng-u-tube jer la MD.
    tu la sumber tercepat di tgh mlm utk selesaikan masalah kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Statement tu lahir dari hati yang ikhlas ke atau jealous? Hahaha!

      Susahlah kalau jadi orang terlebih over perasan ni tau ^_^ Itulah, projek depa memang Mommynya yang selalu in-charge. Kalau kita tak jadi 'manager' projek, memang tak jadilah projek sekolah tu...

      Delete
  12. wah mummy, terpegun saya, baguslah mummy ada niat nak gunakan bahan2 terbuang, keep it up!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni nak tanya cikgu ni. Okey ke tidak mak budak yang buat projek sekolah anak? Hahaha!

      Sesekali aje jadi kreatif. Selalunya keras kejung aje tangan ni!

      Delete
  13. Wah wah.. tak sangka kak ton ada bakat seni yang terendam.. kemas hasil kerja tangannya tu. Cikgu suh guna surat khabar, dia tunjuk kreatif guna kertas majalah lagi.. kerlass gitu. Wei, hati2 kang cikgu abang panggil mummy pergi tunjuk cara buat kat sekolah pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehem! Ehem! Amacam, ada bakat terpendam ke terendam ni, AN? Hahaha!

      Memanglah kemas dah kertas majalahnya keras. Cuba bagi kertas suratkhabar, memang hancur anyaman jadinya tau! Kalau cikgu suruh naik pentas di dewan sekolah tunjuk skil, saya pergilah. Hahaha!

      Delete
    2. Ini kalau dh berani menyahut cabaran kalau cikgu suh tunjuk cara buat tu, nampaknya memang penuh keyakinan.. dh kira ada bakat terpendam ni.. saya ni yang terendam pun blm tentu ada.. mula baca aritu teringin nk buat ni utk projek barang recycle sek saya tahun ni.. tp fikir lagi rasa mcm kena cari benda lain la.. cantum2 botol air mineral ajela.. lg sonang..

      Delete
    3. Apa susahnya AN. Ajak aje dua hero tu turut serta. Suka aje depa berdua anyam menganyam ni. Bab beg tu kenalah cikgu buat sendiri dibantu oleh anak-anak murid. Kalau suruh Naim atau Nazif, memang jadi plastic baglah pulak nanti sebab terlebih kreatif ~_^

      Delete
  14. wah MD tangan kreatif juga tu. cantiklah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..sesekali aje jadi kreatif! Selalunya keras kejung aje tangan ni!

      Delete
  15. HUYOOO eh tercapslock pulak!..
    hihihi berseni okay tangan akk! kreatif n kemas...ni betul2 reuse-recycle-reduce.. da guna konsep 3R secara tak langsung.. Environment sangat komen iols ni kan kak.. =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi... kira bersenilah ni ya! Kalau nak tahu, inilah first time akak cuba jadi orang seni ~_^

      Inilah sekarang tengah terfikir nak memanfaatkan 3R ni tau!

      Delete
  16. Tudiaaaaa bila anak bujang nak kena buat shopping bag dengan mummy nya sekali gigih lembutkan tangan nak buat. Ahaaa. Alah Laoishi perasan pulak tampal aje dekat beg kertas sedia ada. Hahaha. Sabo je lah. Tapi yang kali kedua dah menjadi tu walaupun guna majalah. Hebat !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak bujang tolong menganyam dan tolong tampalkan cellotape aje. Lain-lain Mommy yang uruskan. Shhhh... jangan beritahu Laoshi tau ~_^

      Delete
  17. Hehehe.. MD berbakat dalam mengarang entry, yg tu mmg tak leh lawan la..
    Cantik beg mommy buat tu..
    Shopping nnt blh guna.. haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bakat merapu memang terserlahlah, Ira. Hahaha! Cuba suruh menggarap artikel berinformasi gitu, mahu terkehel tangan menaip dan otak berfikir!

      Ada lagi ni kat rumah. Tempat letak barang dah jadinya ^_^

      Delete
  18. Weyh.....nasib menjadi!....Tak sangka dlm keras keras tangan Kak Ton tu ada gak lembutnya. Tp kalau dah ada youtube pun tak menjadi beg, mmg nak kena kecamlah gamaknya hihi...

    Mesti terkejut Loashi tengok tu....hari tu main tipu, la, mengkagumkan sungguh jadinya...

    Weyh masuklah persatuan, boleh sumbang tenaga buat kraf tangan hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah dalam pada keras tu ada juga kelembutannya! Jangan marah ya, Mak sebab kita kreatif pulak tetiba! Hahaha!

      Kalau dah buka youtube masih tak jadi, lepuk aje kepala 2,3 kali biar lupa terus segala benda! Hehehe!

      Jap, jap! Mak nak suruh kita masuk persatuan bolasepak ke bolakeranjang ni? Kalau masuk kelab kraftangan, kita takut nanti terus diangkat jadi presiden kelab. Terkangkang kiap pulak kita nanti kejap-kejap nak buka youtube belajar produk baru. Hahaha!

      Mehlah Mak join the club sama-sama! Kata sehati sejiwa berbeza perangai!

      Delete
  19. gigih ko kak.... hahaah demi anak kan kak...ni kaedahnye senang le kak...dari daku ni kene buat buku skrap projek sejarah lah...sains laaaa budak2 ni...soalan dah le susah kedaung...eh jap2, buat paper bag ni pun tak senang sebenarnye..dptkan tangan keras mcm lieya ni tak jadi gak kak..harus kene standby tutorial kat youtube gak ni hahahaahahahaha...

    ape2 pun lawoo kak hasil tangan ko kak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahu tak gigih, Lieya. Bersengkang mata akak sambil memerah kepala otak tengok youtube. Hahaha...menipu sangat!

      Ni anak akak belum tiba masa nak buat buku skrap bagai, Lieya. Kalau start, memang ahkak jugalah in-charge nampaknya! Ni malam semalam minta brochure pasal barangan elektrik pulak. Mana akak nak cekaukan! Pi lah kongsi dengan kawan semeja tu!

      Mahu tak puji lawo, Lieya. Kalau kata tak lawa, memang tak publishlah komen ni. Hahaha!

      Delete
  20. Aiyok..kok sadis sagt ayat HD tu..tak tahu ke yg projek kreftangan ni byk tau kelebihan dia.ilmu hidup ni luas ok..bukan hanya sekadar kena belajar utk exam saja.huhu terbakor hati klu HD baca komen daku.hahaha..

    Amboi ni bukan projek keras tangan lagi..jadi dh kraftangan ni.pandai betul mommy menganyam.solute betullah.hahaha

    Apa pun syabas la sbb berjaya walaupun dengan bantuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Tak payahlah cerita dengan HD bab macam ni. Buat sakit hati aje nanti. HD ni pandai tau corner-baring bila berbicara sampai kita mati kutu dibuatnya. Lepas tu berperang! Hehehe!

      Ahah, sesekali kalau beri pujian kat orang yang kerastangan ni, lambungannya tinggi tau! Sampai la ni pun tak turun-turun lagi jejak tanah! Kah3x.

      Delete
  21. ketawa saya baca cerita MD ni tau..hahaha nampak dah tu bakat yang terpendam, lepas ni boleh buat banyak lagi projek kreatif tu, saya hari kena buat bentuk baju kemeja pun google juga, memang dah tak ingatlah walaupun kecik2 dulu pernah buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak! Kalau saya yang kena buat bentuk baju kemeja, macamanalah gamaknya nak buat yerk! Kena menjahit ke apa tu? Kalau saya bab menjahit ni, level parah tau. Pegang jarum pun jarum jatuh dari tangan! Hahaha!

      Delete
  22. boleh jugak buat. kata takde skill hahaha
    tapi zaman skrg boleh je belajar dari youtube.. bkn susah mana pun.. janji tgk ulang2. Sure jadi punya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang takda skill. Tangan ni keras kejung semacam! Ni pun sebab pakcik youtube. Kalau tidak, pening kepala tak reti-reti nak mulakan projek!

      Delete

Kisah Rumahtangga...

Salam kawan-kawan! Amboi, tajuk! Takut mendengarnya! Macam nak menjaja kisah rumah tangga aje kekdahnya.  Tapi kenalah sedia maklum...