Tuesday, July 8, 2014

Kisah dan iftar hari Ahad

Salam Selasa semua !

Hujung minggu yang baru ni memang lega sebab tak perlu memikirkan menu untuk berbuka puasa. Semua dah disediakan, tinggal nak bawa badan dan pergi berbuka aje...

Hari Sabtu lepas kami berbuka puasa di KGPA dan pada hari Ahad, my sister in law called ajak berbuka beramai-ramai di rumahnya. Wah, cayalah! I sendiri tak confident nak pelawa orang berbuka di rumah dan memasak sendiri. Kalau terpaksa, mahu I 'import' my eldest sister suruh masak sedap-sedap. Kalau my sis tak mahu beri pertolongan, I import makanan kedai ajelah! I ni setakat masak untuk my small family tu ada beranilah *__*

Sebelum ke rumah my youngest brother, kami ke PKNS Shah Alam dulu. Pagi Ahad, tersasar terlajak perahu bangun pagi dek tidur semula lepas solat Subuh. Maklumlah, sesekali kata omputih... Selalunya kena bangun seawal pagi apatah lagi bulan puasa macam ni. 

Gerak ke Shah Alam pun dah pukul 12 lebih. Hajatnya nak mengintai apa yang ada di sana. Paling utama, my Hubbydearie nak mencari jubah untuk hari raya. Kali ni I pesan suruh beli warna coklat. Tak larat isteri mithali nak menyental baju warna putih ni. Hubbydearie pun cerewet ya amat bila tiba bab pakaiannya.

Belum sampai dah tertidur si Adik ni, sedap melentuk kat MakNgahnya. Daddy pakai spek hitam, Adik pun nak spek hitam juga!

Siapa kata kuasa membeli penduduk Malaysia ni dah tak ummpph lagi? Sesampai di Shah Alam, berpusing-pusing mencari parking. Entah berapa round kami tawaf keliling mencari tempat nak park kereta. Penuh sepenuh-penuhnya.

Namun nasib tetap menyebelahi keluarga MD yang datang dari jauh ni *__* Dapat juga parking akhirnya ...

Puaslah meninjau atas bawah kompleks PKNS ni namun takda yang berkenan di hati Hubbydearie. Akhirnya lepas sejam, terus Hubbydearie bawa anak-anak masuk kereta dan suruh I meronda dengan my sis, kalau-kalau ada yang terberkenan di hati.

Dalam pada pusing tulah I nampak jubah yang memikat hati untuk Hubbydearie. Main beli je dua pasang, muat ke tidak belakang kira. Dapat je teruslah suruh Hubbydearie try dalam kereta. Aduh, tak muat pulak! Pergi lagi sekali ke kedai yang sama untuk ditukar ke saiz yang lebih besar. Nasib baik dah cakap siang-siang pada tuan punya kedai, nak try dulu lepas tu kalau tak muat nak tukar terus ....

I tak beli apa-apa pun. Tak nampak yang berkenan di hati kali ni ....

Lepas selesai mencari jubah, teruslah pulang ke rumah. Dalam pukul 6.30 petang baru kami gerak ke rumah my brother. Sampai je di rumahnya, dan-dan masuk waktu berbuka. Lenggang kangkung masuk rumah my adik terus makan ....

Sedapnya masakan my sister in law *__*
Kalau sewaktu berbuka di KGPA sehari sebelumnya, si Abang dok ulang nasi putih dan ayam masak lemak cili api sampai tiga kali. Kali ni pun Abang 'terpesona' habis dengan lauk masak lemak ketam. Of course, Abang tak makan ketam cuma diambil kuah lemak tu dan diupkan dengan ayam goreng yang membuka seleranya.

Best kalau belakang rumah menghijau begini. Sejuk mata dan hati memandang...

Abang yang kenyang makan berulang sampai tiga kali juga!

Adik tak heran masa orang berbuka sebab lebih tertarik, tertambat hati dengan basikal pink sepupu yang tua dua hari saja darinya

Mommykan suka menyakat. Kat situ juga I tanya kat Abang, sedapnya orang masak kalau Mommy masak memang tak makan ^__^ Kata Abang, Mommy tak pernah masak lauk cam ni.

Punyalah baiknya jawapan. Padahal Mommy dah pernah masak daging masak lemak, ayam masak lemak, udang masak lemak, ikan tenggiri masak lemak tapi Abang tu kalau nampak baru je menu memang tak mahu jamah.

Mungkin juga makan beramai-ramai di rumah orang yang jadi sedap sangat *__*

Selesai berbuka, kami singgah di Aeon dengan harapan adalah lagi pisau untuk diredeem. Penat mengumpul setem sikit punya banyak. Selalu sangat buat kerja di saat akhir. Hari tu last day, hari itulah baru nak pergi redeem. Malangnya pisau dah habis dan kena order tapi my number 3054 dan yang sedang dilayan baru pelanggan yang ke 3005...

Okeylah tak dapat takpa! Teruk juga kena sound dengan Hubbydearie kerana dia yang suruh I kumpul setem banyak-banyak. Padahal isteri mithali ni dah pasang niat dalam hati nak beli set pisau seramik. Hehehe ...

Tak dapat pisau, kita cari durian pulak. Durian kan tengah musim sekarang ni. Murah pun murah. Melambak jual tepi jalan. Pesan kat Hubbydearie, lepas balik tarawikh silalah pergi membeli paling sikit 3 biji *__* 

Dasar kebulur betullah si isteri ni ....

Balik rumah, anak-anak tidur awal. Superheroes berdua ni sejak bulan puasa memang awal sungguh tertidur. Puasa tak puasa tetap tidur awal, mungkin sebab penat. Sebelum  tu kenalah ajar Adik niat berpuasa. Kalau tidak, mahu Adik mengamuk bila I remind Abang suruh niat puasa dan tak pedulikan si Adik...

Pandai Adik ni sepatah-sepatah ikut niat bila diajar sambil senyum sengih-sengih. Bila tanya Adik nak puasa ke tidak esok, laju je jawab 'Puasa!' padahal apa pun takda ^_^

Semalam dek kerana minat Abang yang mendalam terhadap lauk masak lemak, Mommy sediakan juadah berbuka dengan ayam masak lemak cili padi, kacang panjang goreng bertelur dan ikan tenggiri goreng berlada. Tembikai pulak ada tiga biji besar-besar beli di Aeon Big dengan harga RM0.90 sekilo. Memang macam nak berjual buah tembikai dah di rumah ni! 

Lega hati bila tengok licin pinggan masing-masing termasuk lauk-pauk sekali. Abang mengulang makan lagi sebelum  tidur sebab 'sedap sangat lauk ayam masak lemak ni, Mommy'...

Okeylah, okeylah...Mommy memang mood  terangkat happy habis semalam *__*



22 comments:

  1. ketam masak lemak cili api memang awesome tuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya peminat ketam. Kalau nampak masak lemak cili padi ni memang takkan berpaling lain lah :)

      Delete
  2. pandai abang makan lauk masak lemak cili api..anak2 acik pun suka..lauk kning kaatanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang suka pedas-pedas ni. Anak saya pun panggil lauk kuning gak. Kalau dia nak, saya taklehlah main tabur cili padi ikut sesuka hati. Mahu menangis anak-anak kepedasan :)

      Delete
  3. Sama dengan Nabil.. suka sangat masak lemak.. makan memang bertambahlah kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sementara dia suka ni, saya masaklah selalu lauk ni. Sampai satu tahap dia jemu, kenalah cari menu lain yang berkenan di hatinya :)

      Delete
  4. Time raya klu nak pg kompleks PKNS kena pagi2. parking susah sgt kat sana.

    bila makan ramai2 mmg selera nya lain mcm kak.. sebab tu klu berkumpul makan skit pun rasanya dah kenyang dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal. Akak terlajak perahu, tidur lepas Subuh terus tersasar. Bangun tengok matahari dah nak tinggi. Sesegera mungkin nak sampai sana sebab takut crowded. Crowded pun sebenarnya!

      Betul tu Lyn. Kalau ramai-ramai ni makan berselera sikit.

      Delete
  5. biasalah tu MD,selalunya rumah orang lagi berselera nak makan dari rumah sendiri..bukan sebab masakan mummynya tak sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak-budakkan memang macam tu. Kalau nampak biskut tawar kat rumah orang pun macam excited nak cicah dengan air. Kat rumah sendiri, toleh sebelah mata pun tak nak!

      Delete
  6. boleh dapat bayang, betapa gembiranya MD bila menu berbuka licin licang..
    aduhai, boleh ulang lagi menu tu kalau abang kata sedap sangat..

    lamanya tak ke pkns. beli baju tak leh nak try tu yg kadang2 buat saya malas nak p sana. main sarung je tak de fitting room, bercinta kalau tak padan.jauh oo nak tukar saiz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kena repeat berkali-kali seminggulah, Anim selagi Abang suka. HD pun makan bertambah masa hari tu. Tentulah saya kembang kuncup tersenyum sambil menyuap nasi ke mulut sendiri :)

      Saya pun tak suka kalau takda fitting room ni. Tapi kali ni pergi takda pulak yang berkenan di hati. Buang masa je mencari parking berpusing berkali-kali.

      Delete
  7. jauh membeli jubah smp ke pkns..

    selera ye abg makan waktu berbuka.aiman ni plak pesen klu puasa tak makan byk..bukan aiman saja,satu rumah berbuka makan tak byk..kata en suami usus mengecut waktu puasa ni..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak, memang seribu daya saya ni, PK. Hahaha ....

      Kalau dari rumah awak tu memanglah jauh beribu kilometer :)

      Oh, ya ke bulan puasa seluruh family PK tak makan banyak? Ingatkan abahnya dan Aiman mesti pulun habis sebab satu hari tak dapat merasa air tangan ibu/isteri yang selalu memasak sedap nih.

      Usus kita orang di sini memang mengecut sebab banyak masuk air bergelas-gelas!

      Delete
  8. teringat my anak buah kata kat my kakak , " kenapa mama tak pernah masak cam mak ngah masak ? . Alkisah my kakak masak kari selalunya x de santan n my angah plak letak santan . maka tercalarlah ego my kakak bila anaknya kata camtu . apa lagi , dibelinya ayam pastu masak kari campur santan kaw2 punya ... hahahaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni di rumah rajin juga mencuba resepi baru tapi anak-anak kalau mereka tak suka, rasa pun tak mahu. Mereka nak menu yang biasa dimakan. Kalau ayam goreng, seminggu menu sama pun takpa. Ditukar ke ayam masak kurma, hah...dijeling aje nanti. Tapi budak-budak memang sikap merekalah, kat rumah orang memang sentiasa je best berbanding di rumah sendiri.

      Delete
  9. Oo abang peminat masak lemak cili padi ya? Sama macam Papa N la.. buat kerap pun xpe. Saya je jemu nk masak. Hihi..

    Kalau dah abang suka gitu, masakla hari2 asal anak makan. Naim masih tak jumpa lagi apa yg nak dimasak utk dia supaya dia makan nasi lebih drp 3 suap. Dulu suka ayam n kicap, sekarang ni makannya ayam je.. a
    nasi tarak. Sayur ratah. Bab tu ok..

    Bulan puasa MD jalan seharian? Smapai2 makan je? Laratnya tu jalan 12-7.. bagusla korang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru kenal katanya, AN padahal omaknya ni dah banyak kali masak lauk yang sama di rumah. La ni sejak dia suka, saya masaklah kalau boleh setiap hari lauk masak lemak ni...

      Saya pun gitu. Kena masak menu yang sama hari-hari memanglah jemu tapi dah sebab anak-anak dan suami, kenalah ikutkan aje...

      Eh takdalah, saya pergi dalam pukul 12 tengahari, pukul 3 dah balik rumah dah... Lepas tu baru keluar ke rumah my adik pukul 6.30 petang nak berbuka...

      Tak kuasa saya nak bawa budak-budak berjalan sepanjang hari. Maknya bolehlah menahan dahaga bila nampak keinginan di hati :)

      Delete
  10. Tahun ni kita lum sampai lagi PKNS Shah Alam.... Sebenatnya rajin gak ronda situ tu. Tp kalau dah sampai sana berkenan ke tidak mesti kena rembat jugak, kalau tak ada yg kena perli nanti..

    So tak bawak apa apa ke gi rumah adik tu ...manalah tau olivye ke hehe....

    Kesian abang MD mesti dia serba salah tu.....Nasib dia pandai menjawab hehe... Sok sok ni kalau abg kawen bukannya bini dia yang rentung menahan hati takut mommy pulak yg rentungnya....dpt bini terer masak ....Chef hotel 5 star ke....hoho...

    Tapi jiran sebelah ni dah tenang dah sebab hati jiran sebelah dah puas hati tgk anak beranak sampai menjilat pingganlah dpt makan ayam masak lomak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, itulah pasal. Saya pulak bukan kena sound dengan HD. Saya yang sound HD :) Yalah, HD yang beria-ia nak ke PKNS nak cari jubah untuk raya. Saya ikut je. Baju raya den dah siap lama dah. Anak-anak je nak kena mengukur jalan ke Semua House pulak entah bila ceritanya ....

      Uish...memang hitam merentung jelah hati saya ni OKje bila Abang dah ada bunga yang berkenan di hati. Nak ajak bertanding merebut kasih sayang anak, takut kalah pulak :)

      Hehehe...puas hati sangat. Ni yang lagi excited nak menulis panjang-panjang.... Mood gumbira orang kata :)

      Delete
  11. Wah bambam belaka. Mesti mommy pandai masak ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, bagus juga kalau betul tekaan tu :)

      Delete

Belajar

Salam kawan-kawan! Hari ini dah masuk hari kedua peperiksaan UPSRkan. Walaupun my anak tidak menduduki peperiksaan besar tahun ni, rasa...