Restoran Pormthip

Salam kawan-kawan!

Aha, jangan terkebil-kebil tengok tajuk! Baca betul-betul. Jangan silap sebut 😊 

Kalau tersilap sebut, lain macam pulak jadinya...

First time I dengar nama restoran ni pun I dok pelik. Dalam banyak-banyak nama, kenapalah nama 'lucah' dipilih.... 😉

Hari ni I sibuk sikit. Kalut tak tahu nak mula kerja yang mana dulu. Puas dah  tampal 'Post It' depan pc tapi tak jalan juga. Bila dah kalut tu, berdebar-debar aje jantung padahal tentang kerja aje pun. Panik tak tentu pasal!

Jadi hari ni kita tempek lagilah kisah makan di luar.

Bila kejadian berlakunya?

Malam semalam...

Bab-bab makan luar ni (Eh, lain macam maksudnya pulak!) I memang expertlahkan...

Kita pergi ke Restoran Pormthip aje. Di sini tomyamnya memang sedap terangkat tau. Apa yang terangkat pun tak tahulah!

Selalu kalau beli tomyam ni, I pilih tomyam ayam aje bukan seafood sebab anak-anak dan suami tak makan seafood. I akur ajelah. Maklumlah, mak-mak memang prihatin tentang suami dan anak-anak. Cuma suami dan anak-anak aje yang tak prihatin sangat dengan apa yang mak suka ...

Nah, gambar tomyamnya...

Harga dalam RM11.25 kalau campur dengan GST



Kalau makan di luar pada hari bekerja ni, takdalah nak order macam-macam. Samalah juga kalau masak di rumah. Paling-paling pun 3 lauk aje.

Kalau tomyam pilihan hati suami, anak-anak dah tentulah ayam goreng kunyit 😉



Tertipulah juga sebab ada jagung dalam ayam goreng kunyit ni. Dah sama warna dengan ayam, dengan Mommy dan anak-anak bujang pun tertipu sama! Tapi, Mommynya boleh buat-buat tergigit dan tertelan. Anak-anak pulak tak boleh! Kalau tergigit, mulalah buat muka masam mencuka. Ini yang boleh naik darah ke kepala! Nasib baik di khalayak ramai, Mommy mereka ni pandai simpan kemarahan 😁

Ayam goreng kunyit ni kalau tak silap sepinggan kecil berharga RM10.80 tak campur GST 😊

Biasanya mesti ada sepinggan menu sayur. Kalau di rumah  memasak pun I buat begitu juga. Dah kerap sangat kangkung belacan, kailan ikan masin, sayur campur tak pun kerabu mangga, kali ni HD kata tukarlah pulak ke ini...



Sepinggan mixed vege tofu ni pulak berharga RM8.80 tak termasuk GST juga. Malaslah nak kira GST bagai! Tomyam tu I taulah sebab selalu betul tapau bawa balik sampai dah hafal harga dengan GST!

Yang ini macam kata Kak Saniah, bukanlah untuk I dan anak-anak. Of course ini pun untuk HD juga tapi I makan  tofu ni. I dok kerjakan tofulah, yang lain-lain HD kerjakan. Dia tahu bininya makan tofu aje so kenalah beralah. Makanlah segala sayuran yang lain dan tofu tu bagilah kat isteri mithali lebih sikit. HD makan 3 keping, I makan 4 keping tofu 😊 Adil dan saksama serta dipenuhi kasih-sayang. Hahaha! (Memang nak minta pelempang nih...)

Begitu kisah ibu mithali menyediakan makan malam di luar rumah....

Jumpa lagi esok pulak ya 😉

P.S. Ini restoran ulangan ya ticer, takdalah tulis JJCM lagi. Plak pun takda 😊





















Comments

  1. haha...betullah MD...jangan tersilap sebut tau :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahaya kalau tersilap sebut. Membawa lain maksudnya ^_^

      Delete
  2. Portion cukup ke makan anak beranak? kalau cukup kira okeylah tu mkn kat luar hr2 kerja ni.. tak sempat masak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cukuplah tu. Kalau hujung minggu macam tu memang tak cukup ^_^

      Delete
  3. Wau

    tomyam tu nampak pekat dan sedap

    Memang rehat dapat makan kat luar kan

    cuma tak elok hari hari

    kesihatan dan kebersihan tak tahu dijaga atau tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tomyam di sini memang sedap, cukup kena dengan anak tekak kami sekeluarga ^_^

      Kalau makan di luar waktu kerja ni lagilah banyak kerja, Mazni. Balik dari makan, kena terus sambung kerja rumah walaupun dah jimat masa tak perlu masak.

      Betul tu, kalau makan di luar kena tengok betul-betul kebersihan kedai. Kadang nampak di luar semua elok, di belakang sana tak tahu macamana!

      Delete
  4. Kuikui..pengacara jjcm pun kalah dgn hang ni Rynn.

    Samalah keluarga den gaya oder lauknya kalo makan Kat luar, mesti tomyam, kailan ikan masin, up sikit, ada paprik. Tomyam kat kedai nape sedap ek? Cukup je tastenya walaupun isinya adalah 2,3 ketui pastu penuh bawang Dan serai je. Kalo buat tomyam Kat umh walaupun isinya menimbun tapi Tak sesedap tomyam kedai juga, nape ek? Naik kompius plak memikionya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak-agak kalau saya jadi pengacara JJCM, orang datang tak makan kat restoran tu selepas saya review?

      Saya ni lurus bab mengreview. Memang takda hidden agenda. Kalau dapat kontrak mengacara hari ni, esok dah kena tamatkan perkhidmatan! Orang suruh review yg elok, habis elok tak elok semua pun masuk TV. Hahaha!

      Entahlah, patut ke kita mengaku yang kita tak pandai masak? Tapikan saya pernah aje tiru bulat-bulat resepi tukang masak handalan, masih lagi tomyam tu tak umpph macam makan di kedai tau!

      Memang konpiuslah memikirkannya...

      Delete
  5. Pada pendapat akak lah mixed vege tu lah yang sedap...rugi lah MD tak mkn sayur.
    Tapi kan HD selera mengalahkan org melayu ya MD?belacan,ikan masin & kerabu tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya makan tofu aje. Yang lain HD yang bantai habiskan. Selalu pun macam tulah, memang bab ni HD kena jadi DBKL.

      Dia tak makan belacan, kak tapi HD suka sayur-mayur. Semua tak tolak. Petai pun boleh makan ^_^

      Delete
  6. ehhh mendidih pulak perut kita tengok gambar makanan ni tau, lama pulak tak makan tomyam.

    mixed vege tu menarik2 hati saya untuk memakannya ehhh ini macam nak kena masak sendirilah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makanan kat sini best tau, AA terutama tomyam merah ni. Itu pada sayalah, AA. Sebab itulah restoran ni berpuluh kali jadi tempat singgahan. Faham-faham ajelah kami ni kalau dah suka satu restoran tu, memang tak jemu dok mengulang. Ada masanya dalam seminggu pun boleh ulang 2,3 kali!

      Delete
  7. Elehhh...padahal hari hari makan lur cuma cerita yg mlm hari tu ajelah tu hahaha.....Eh! Mcm nak kena hempuk je nampaknya orang ni kikikiki...

    Nampak sedap pulak ayam goreng kunyit dgn sayur dia tu kak Ton. Nanti makan kedai tomyam nak order ah hihi....
    Cukup ke ayam tu mcm sikit je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana ada hari-hari makan luar. Sekali-sekala aje, bukannya 7 hari seminggu ^_^

      Sayur tu memang nampak sedap tapi saya tak tahulah apa rasanya. Saya makan tofu tu aje ^_^

      Ayam kunyit tu hanya untuk Bubbly Abang. Adik Cute pun sikit aje makannya.

      Delete
  8. Hampir hampir tersalah sebut tadi. Hahahah! Nampak sedaap lah tomyam dekat sini. Boleh lah lepas ni try pulak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Kalau salah sebut memang nayalah, Nani. Lain pulak maksudnya nanti.

      Delete
  9. harga boleh tahan jugak kan MD.. klo sedap mmg berbaloi n haruslah repeat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah sedap, memang kerja mengulang makan aje, Lya. Lagipun restoran ni dekat aje dengan rumah. Kalau tak tahu nak masak apa, memang tapau tomyamlah kat sini ^_^

      Delete
  10. Untuk kedai pormthip ni... dapat tukang review lagi power dari pengacara jjmc..

    Bagusla ada gandingan pemakan... jadi boleh clear pinggan.. tak de pembaziran...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sedap kita review seikhlas hati. Kalau tak sedap pun reviewnya seikhlas hati juga. Nak buat macamana, review tak berbayar katanya ^_^

      Delete
  11. Tomyam tu yg buat perut lapar balik..
    Baru2 ni CH beli kat kedai makan baru buka tu..
    Dua kali cakap jgn pedas ye..
    Dtg juga yg pedas..
    Sian anak2..
    Dah lah kegemaran mereka..
    Makanya terpaksa di black list kedai mkn ni..

    CH selalu beli tafu ni kat pasar malam ajer..
    Mmg kena dgn selera CH anak beranak 😆

    Kesian anak jika mknn kegemarannya di sebotaj letak jagung..
    Ye lah dorang suka ayam goreng..

    ReplyDelete

Post a Comment