Salam kawan-kawan!
Bersiaran sekali lagi hari ini ~_^
My superheroes memang dua-dua suka main Lego. Kalau Bubbly Abang tu, original Lego aje yang menarik perhatiannya. Kalau dibeli 'Lebo' ke, atau apa-apa yang ada typo error 'Lego' tu memanglah tak berapa hendak kerana kalau ditanya banyak alasan yang dia beri.
Berbeza dengan Adik Cute, semua pun dia suka. Kalau Abang punya lagi suka ~_^ Budak ni memang suka dengki dengan abangnya. Apa yang si abang sembunyikan, itulah yang dia meraung, merayu nak pinjam. Kalau setakat pinjam aje okey lagi. Tapi hakikat yang selalu terjadi, dipatah-patahkannya lego yang si Abang dah siap. Apa lagi lepas tu, berlakulah 'peperangan' air mata dan mulut laser. Maka, tak lama lepas tu 'bini Tarzan' pun akan datang meleraikan pergaduhan! Biasanya sekali tempik tak jalan. Kena tempik berkali-kali barulah aman kembali dunia ~_^
Lepas tu..... start all over again *sigh*
Kalau masa Bubbly Abang sebaya Adik Cute, dia lebih suka toys 'jentera berat'. Merata dalam rumah dia parking heavy vehiclesnya. Tapi takpalah sebab besar-besar belaka, takdalah yang terpijak. Abang juga masa kecil dulu tak pandai menyepahkan toysnya. Itu satu bagus sikapnya...
Berbeza dengan Adik Cute, memang boleh kena tekanan darah tinggilah kalau dia selesai bermain. Memang ditinggalkan aje suruh kita kemas. Marahlah macamana sekali pun, dia tetap tak akan kemas. Adakalanya, I letakkan dia atas riba dan suruh kemas sama-sama lego yang disepahkan. Sekali- sekala ajelah yang dia rajin. Selalunya memang tak rajin! Habis dah alasan yang I nak guna pakai pada si Adik Cute nih...
Itu baru Legonya sahaja. Kalau disepahkan merata-rata dan kita terpijak, memanglah sakit. Itu yang rasa macam nak baling segala containers berisi Lego tu keluar rumah. Tapi, selalunya sempat berfikir dalam hati ketika diselubungi marah. Sayang weyh beli mahal-mahal lepas tu buang! Nanti-nanti, anak-anak minta, kita belikan lagi! Oh, rugi kalau dibuang .... ~_^
Adik Cute ni ada satu habit. Contohnya, kalau nak main Lego, semua kotak Lego tu dikeluarkan. Tak cukup dengan kepunyaannya, abang punya pun dia nak 'pinjam' main! Kalau dia main kereta pulak, memang diterbalikkan tong besar penuh berisi kereta tu sampai penuh rumah. Lepas main, datanglah penyakit malasnya! Masa tulah dok pintal-pintal rambut atas kepala kata tekak hauslah, letihlah, nak tidurlah! Memang selalu pun kena mengalah dengan si kecil yang tak kecil lagi nih....
Tengok saja 'kereta mewah'nya...
Yang harga murah-murah memang hari ni beli, belum sampai rumah dah selamat tayar bagai dicabutnya. Kalau pun selamat sampai ke rumah, tak lamalah jangkahayat permainan tersebut. Kesian I tengok lepas teruk 'accident' dikerjakan si Adik Cute!
Cubalah tanya siapa yang buat, memang dia tak akan mengaku. Memanjang aje ' Adik tak buatlah!' , ' Mana ada Adik buat!'. Dah sinonim sangat jawapan tu dengan Adik Cute ni bila ditanya apa yang terjadi pada toysnya.
Eh, Eh, Adik!
Kemas siapa punya Lego satu ni tertinggal......!!!
Itu bukan Legolah, Mommy! Itu coklat!
Oh, ya.... hal menyepahkan rumah ni bukan setakat toys aje, coklat ke, gula-gula ke, semua pun boleh juga campak baling mana suka. Yang penting, Adik tak buat!
Bersiaran sekali lagi hari ini ~_^
My superheroes memang dua-dua suka main Lego. Kalau Bubbly Abang tu, original Lego aje yang menarik perhatiannya. Kalau dibeli 'Lebo' ke, atau apa-apa yang ada typo error 'Lego' tu memanglah tak berapa hendak kerana kalau ditanya banyak alasan yang dia beri.
Lepas tu..... start all over again *sigh*
Kalau masa Bubbly Abang sebaya Adik Cute, dia lebih suka toys 'jentera berat'. Merata dalam rumah dia parking heavy vehiclesnya. Tapi takpalah sebab besar-besar belaka, takdalah yang terpijak. Abang juga masa kecil dulu tak pandai menyepahkan toysnya. Itu satu bagus sikapnya...
Berbeza dengan Adik Cute, memang boleh kena tekanan darah tinggilah kalau dia selesai bermain. Memang ditinggalkan aje suruh kita kemas. Marahlah macamana sekali pun, dia tetap tak akan kemas. Adakalanya, I letakkan dia atas riba dan suruh kemas sama-sama lego yang disepahkan. Sekali- sekala ajelah yang dia rajin. Selalunya memang tak rajin! Habis dah alasan yang I nak guna pakai pada si Adik Cute nih...
Itu baru Legonya sahaja. Kalau disepahkan merata-rata dan kita terpijak, memanglah sakit. Itu yang rasa macam nak baling segala containers berisi Lego tu keluar rumah. Tapi, selalunya sempat berfikir dalam hati ketika diselubungi marah. Sayang weyh beli mahal-mahal lepas tu buang! Nanti-nanti, anak-anak minta, kita belikan lagi! Oh, rugi kalau dibuang .... ~_^
3 kotak Lego berbeza bentuk. Ini pun banyak yang dah kena 'buang' si Adik Cute. Adik ni suka sangat kalau geram tak dapat buat Lego, dibalingnya ke mana suka! |
Adik Cute ni ada satu habit. Contohnya, kalau nak main Lego, semua kotak Lego tu dikeluarkan. Tak cukup dengan kepunyaannya, abang punya pun dia nak 'pinjam' main! Kalau dia main kereta pulak, memang diterbalikkan tong besar penuh berisi kereta tu sampai penuh rumah. Lepas main, datanglah penyakit malasnya! Masa tulah dok pintal-pintal rambut atas kepala kata tekak hauslah, letihlah, nak tidurlah! Memang selalu pun kena mengalah dengan si kecil yang tak kecil lagi nih....
Ini pun selalu sangat bersepah dalam rumah! Kalau tak dikemaskan 28kali, memang sakit mata memandang! |
Tengok saja 'kereta mewah'nya...
Yang ini pulak penuh satu tong besar Ikea yang sama besar macam tong sampah hitam tu! Nak nangis kalau sekali diterbalikkan tong hijau ni.... |
Yang harga murah-murah memang hari ni beli, belum sampai rumah dah selamat tayar bagai dicabutnya. Kalau pun selamat sampai ke rumah, tak lamalah jangkahayat permainan tersebut. Kesian I tengok lepas teruk 'accident' dikerjakan si Adik Cute!
Cubalah tanya siapa yang buat, memang dia tak akan mengaku. Memanjang aje ' Adik tak buatlah!' , ' Mana ada Adik buat!'. Dah sinonim sangat jawapan tu dengan Adik Cute ni bila ditanya apa yang terjadi pada toysnya.
Eh, Eh, Adik!
Kemas siapa punya Lego satu ni tertinggal......!!!
Itu bukan Legolah, Mommy! Itu coklat!
Oh, ya.... hal menyepahkan rumah ni bukan setakat toys aje, coklat ke, gula-gula ke, semua pun boleh juga campak baling mana suka. Yang penting, Adik tak buat!
perangai sape la tu ye dik..manjang jawab adik tak buat he he..
ReplyDeletecomel la adik hari ni..rambut apa namanya tu MD tak pandai acik nak sebut
Yang pasti bukan perangai Mommy ya, Acik ~_^ Saya rasa bab-bab mengelak ni memang ikut HDlah, Acik!
DeleteItu baru mandi. Saya suruh mandi dia tak mahu. Jadi saya kata kalau mandi, saya bagi dia pinjam Lego abangnya. Itu yang laju-laju masuk bilik air, pakai baju, tempek bedak sikit kat muka. Dah rasa hensem baru main Lego *_*
MAinan ni kalo kecik2,terpijak lagi, waduhh..terasa kesedapannya meresap ke urat saraf..bersepah merata mainan pemandangan biasa bila ada anak2 kecik ni
ReplyDeleteSebab kecil tu yang tak tahan. Kalau disepahkan lagilah. Sampai saya terpaksa simpan karpet bulu lah kerana sekali vakum, penuh dengan Lego aje. Itu yang kalau terpijak, memang tetiba aje darah mendidihkan!
Deletebiasa yng rajin kemas mainan sendiri ni anak sulung je,hehehe..kalau saya jumpa pastu sorok.bila tanya cakap dah buang.pastu ugut pasni kalau bersepah,Mummy buang lagi.ok tak cadangan saya.hahaha
ReplyDeleteAbang tu biasanya terpaksa kemas kalau adiknya menyepahkan rumah. Yalah, tak mahu dengar Mommy menjerit macam Tarzan! Kalau tak Mommy, Daddy yang paksa kemas. Terpaksalah selalunya dia tolong adiknya kemas mainan *_*
DeleteOh, dah pernah ugut pun, Sal! Akak pernah kata lagi nak bagi pada sepupunya. Next, next, next time lepas tu dia buat, akak tak ugut pun dia sendiri cakap....'Kalau tak nak kemas, bagi jerk Amzar!' Dah tak boleh guna pakai ugutan tu lagi dah dia tak takut pun!
ai dah banyak kali buat sesi 'pembersihan'.. tak nak kemas takpe.. ai sapu ai buang dalam tong sampah.. terus terdiam anak2.. hehehe.. lepas tu mintak toys yang lain pulak... adeh..
ReplyDeleteOh, tak sangguplah I nak buat macam tu! Sebab Lego mahal! Kalau yang murah tu selalunya I kutip sembunyi lepas tu cakap kat dia nak bagi semua kat sepupunya. Itu pun dia tak gentar. Lain masa dia pulak cakap kat kita suruh bagi semua toys pada sepupunya!
Deletekemain abang kakkkk...pandai tu...no tiruan2...kene asli hahahaah...dah lego tu harga mak datuk mahal kan kak.....dayyan ade laaa dlm 2-3 set gak kak.....tapi tulaaa die tu tak pandai le lagi nak berlego secara sepenuh masa mcm abang nieh....bagus budak suke main lego ni kak...memupuk kekreatifan.....akal pun panjang sebab dok reka2 nak sambung2....
ReplyDeletebetul kak...tang mengemas ngan terpijak tu paling sakit hati...lagi2 yg kecik2 kite tak nampak sekali imbas tu...uihhh tumit tebal pun rase sakit laaa hahahahahahaah
hahaah bijak si adik kak...mentang2 die laa paling kecik...paling manje...kemain boleh buat muke cute pintal2 rambut n ckp ngantuk yeak...aci ngelat tak mo kemas kekeekekekekeek byk gak haa koleksi kereta die kan kak....
kak, kurang seri la kak takde mainan barbie....mainan masak2..... anak patung bagai.....ehemmmm eheeeemmm hihihihih....tak mo lagi dah ke kak...ishhh kalo dpt anak pompuan, kuat tu gen apak nye disedut...sure comel muke mix kang...sedangkan abang ngan adik pun nampak mixnyer.....inikan plak kalo dpt girl...
Yang dia nak selalunya seratus ke atas. Pitam kalau selalu sangat nak beli. Itu pun kadang-kadang Mommynya beli yang murah juga. Tak nak main sudah, bagi kat adik. Habis cerita...
DeleteSi Adik Cute ni sebab suka ikut abangnya, maka dia pun 24 jam kat rumah tu main Lego. Sekarang dah pandailah buat kereta, sambung orang sendiri tanpa tunjuk ajar. Tapi kereta pun ikut kepala dia bukan ikut dari kertas arahan tu.
Dia memang bila datang malas aje mulalah start pintal rambut belah kiri! Dah curly-curly jadinya rambut. Geram betul! Jadi habit dah sekarang nih!
Hahaha...nampaknya jimatlah duit akak tak kena beli barangan Barbie, Lieya. Akak memang tak berkenan Barbie nih... nak ada anak perempuan lagi? Cukuplah dua lelaki. Nanti kalau ada satu perempuan, bertambah kecoh lagi rumah. Ada pulak nak take over gelaran bini Tarzan dari akak suatu hari nanti!
hahahha.. lawak lah adik ni.. pandai plak dia mnjawab yer.
ReplyDeletebiasalah kak, umur2 mcm ni lah dia nak baut sepah berterabur bagai. sbb dia tau ada tlg kemaskan.. sok2 dah besar tak hingin dah dia main lego tuh..
Adik ni banyak cakap sama macam erkkk..... biarlah rahsia! Hahaha!
DeleteTak tahan bertaburan keliling rumah tu. Kalau dia geram, selamba aje dia baling merata nak menunjukkan kemarahanlah kononnya!
Ada anak kecik memang rumah macam junkyard. Kereta, lori, pistol, senapang, lego, beruang, semua ada.. jemu main tu angkat senduk sudip besen tapis pulak...
ReplyDeleteDah besar lega sikit.. tapi beralih ke buku & color sana sini..
Dapat anak yang rajin mengemas senang la.. klu tak tahan.hati ja la...
Junkyard pun agaknya elok sikit, makchaq!
DeleteYalah, masa ni lah nak merasa rumah bersepah kerana anak-anak. Bila mereka dah besar nanti, takdalah bersepah lagi. Itu kalau bersepah juga, memang emaknya pemalas. Hahaha!
Nasib baik juga anak sulung saya tu dah kurang gemar mainan. Kalau tidak, lagi banyak mainan dalam rumah! Pitamlah saya hari-hari!
Cantik bunga matahari kat belakang tu...hihi
ReplyDeleteDengan anak bongsu, emak mmg kena buli sikitlah....walau pun emak tu emak tarzan haha.....Maklumlah anak bongsu....entah kenapa ek bila dgn anak bongsu emak tarzan boleh mcm kena pukau. Sanggup menyerah diri untuk dibuli. Jiran senelah maklah tu hihi...
Bagus main lego ni tau....jadi mereka kreatif . Udah...mak nak beradu
Hahaha... itu yang dia nampak! Bunga-bunga matahari tu anak-anak punya dapat dari mana yerk. Lupa dah!
DeleteTeruklah saya kena buli dengan si kecil ni. Kalau kita menjerit, dia lagi kuat jerit menangis. Baru nak babat, dia dah siap keluar air mata sayunya. Aduh, nak tak nak kitalah yang jadi mangsa buli kat rumah. Nak minta tolong Daddy kemaskan? Jangan haraplah bulan jatuh ke riba!
Tapi yg kakak nampak adik jenis pandai menjawab apa pun soalan diberi. Geliga otak dia ni walau kita tak terfikir dia akan memberi jawapan itu. Yg pasti ditanya dia dah ready dgn jawapan. Apa lagi adik tahu kemas ke tak kemas mesti ada org akan bantu. Tak mummy abang ada. Bijak kan adik ni:)
ReplyDeleteGeleng kepala tak geleng kepala tetap suka dgn keletah adik ni:)
Dia memang pandai bercakap, kak! Kalau kita tanya, bukan main lagi jawapannya. Kadang tu rasa nak gelak, adakalanya rasa nak babat juga....
DeleteDulu-dulu pun Abang macam ni juga. Pandai alahai bercakap dan menjawab. Kalau masa kecil memanglah comel. Tapi bila dah besar kalau menjawab, memang nak kena babat dengan Mommy *_*
Uish adik..kecil2 dah pandai nak yang ori je ye.. dia tahu beza yang mana best dan yang tak best tu.. tu yang saya surrender ni.. naim yg tak memilih mana ori dan tak ni pun saya kedekut nk belikan...mmg kalau tak kena masa mmg xda ler saya bayar utk toys naim .. haha. Nak dia mintak la dgn papa..
ReplyDeleteHebatla adik 4 tahun dah pandai main lego.. mmg kreatif budak2 yang pandai bentukkan lego ni.
Haha.. tak mengaku adik yang buat ya.. haha..sama adik kat sini gak..apa apa pasti bukan dia yang buat..yang disalahkan pasti papa atau abang.. kita rehdo jelah..
Oh, yang itu bukan Adik, AN! Yang suka original Lego tu si Abang. Adik tak kisah, 'Lebo' pun boleh janji dapat main! Tapi si kecil ni pun dah pandai memilih tau. Bukan semua benda dia ikut cakap kita.
DeleteOh, terbaliklah kalau gitu! Kalau keluarga saya ni, memang saya yang rajin membeli. Yang rajin melayan keletah anak-anak. Kalau dengan Daddy, jangan haraplah. Daddy ada batas even nak bergurau-senda. Jangan langgar batasan *_*
Memang selalu pun begitu. Asyik menjawab, "Mana ada! Mana ada! Adik tak buatlah!" Padahal memang semua pun tahu kerja dia....
ops,, salah ke ... huhu
Deletesaya memang kedekut beli mainan, sebab papanya jenis murah hati sangat. kalau dua2 jenis suka beli mainan nati anak pulak naik lemak kan? jadi elok saya jimatkan duit saya .. haha.. jimat sangat
Saya jenis tak sampai hatilah, AN. Kalaulah saya boleh bertegas sikit dengan anak-anak... Selalunya memang tak boleh pun. Jadi anak-anak pun dah boleh 'tangkap' kelemahan Mommynya ni.
Deleteohhhhh pitammmmmm
ReplyDeleteadik cute samalah perangai dengan adik uwais. suka tuang2 tong menan lepas tu kemas lepas tu tuang balik lepas tu hentak2 takmo kemas. yang terhentak perasaan kiteeeeeee jugak hahahahahaha
stresssssss kalau terpijak menan dorg. nak pulak klu ada yang tajam2 tu memang rasa mcm nk campak aje kan hahahahhaa
macam i, kalau dah penat sgt kemas lepas tu rasa xlarat nak kemas dah. sorok jap tong menan tu. agak keadaan dah terkawal sikit. nafas dah x semput sgt baru pulangkan ke tuan nya kembali hahahahaha
Malas sungguh tau. Penat kita lap peluh. Kalau sikit-sikit main takpa. Ni tonggeng segala maknek dalam tong tu manalah tak pitam tukang kemas. Kalau ada bibik, memang dia tender resignation on the spot. Hahaha... Nasib baiklah kita ni emakkan!
DeleteOh, akak pulak tak boleh! Dia sepah kita kemas. Dia sepah kita kemas. Sampai pitam barulah berhenti! Itu yang hari-hari nak pitam rasanya. Sebelum pitam, lebih baiklah tukar cover baju jadi bini Tarzan siap-siap ^_^
ok la juga si abang rajin menyimpan...anak2 saya tiga2 suka menyepah yang tukang kemas mamanya ni..adoiii patah pinggang dibuatnya.
ReplyDeletememang kalau terpijak lego yang kecik2 tu boleh bikin melompat satu rumah, sakit sungguh nak pulak tengah berjalan laju-laju..menyirap dibuatnya kan
Nasib baik anak dua aje. Nasib baik yang bongsu aje yang selalu 'letih' bila tiba bab mengemas mainannya. Kalau tidak, pitam selalulah emak mereka ni, AA.
DeleteKalau dah semua suka menyepah, tak dapatlah den menolongnya. Nak menasihati pun tak reti dah. Kah3x.
Bab yg bersepah tu yang tak tahan MD..
ReplyDeleteBelum lagi terpijak, menjerit sakit..
Nasiblah zaman akak dah berlalu dengan permainan kecik2 ni..
Tapi jadi jadi tarzan utk buat homework pulak..
Macam mana mama tak sakit kepala memanjang...
Saya ni rasanya lama lagilah kena berdepan dengan sikap bersepah si Adik ni. Apa cara saya buat pun tak jalan. Kadang tu kena ajak duduk dengan kita kemas sama-sama. Time mood dia baik naklah tolong itu pun separuh jalan aje. Time mood tak baik, peduli apa dia...
Deletelego ni bagus ..sbb leh membuatkan sel2 otak bhubung..
ReplyDeleteeyh..pndai lak memilih...nak y ori ye.. hehe...
tp satu je y tahan...kalo bersepah, tpijak kaki..sakit oooo... mjerit 1 rumah.
Setakat ni memang main Lego aje mereka dua beradik. Tapi budak-budak tahulah semuanya bermusim. Macam kita juga bila sukakan sesuatu.
DeleteKalau dah bersepah tu, hati dan badan memang sakit. Rasa nak jerit sekuat hati aje. Nasib baik anak-anak punya angkara. Kalau suami, dah lama bertikam lidah. Hahaha!
samalah dengan aisyah tu
ReplyDeleteapa abang pegang, dia nak pegang juga
mainan abang, mainan dia. tapi mainan dia, takde sape boleh pegang
mengemas pun, alahai...sesak napas dibuatnya
mujur si abang dah paham, tapi kadang dia pun tension
sebab selalu kena jadi mangsa mengemas
Bukan ke pendengki namanya tu. Sama je perangai. Memang sesuai sangat kalau dijodohkan bila dah besar nanti. Hahaha.... Tak habis-habis nak cari jodoh anak-anak~_^
DeleteKesian kadang-kadang tengok si anak sulung. Adik sepah, abang yang kena kemas. Samalah juga macam di rumah saya. Untuk mengelakkan itu, saya menyanggupi ajelah kalau kena kemas lepas Adik buat sepah. Tapi mulut lantang menbebellah. Hehehe!
Abang dah besar. katanya nk jadi CEO tak main la benda tak ori kan.haha
ReplyDeleteadik cute minat sgt ye dengan lego2 ni semua .bagus MD belikan mainan yg mengasah kekreatifan..bab menyemak tu soal kedua..apa guna bubbly abg..soh la abg kemas. MD ni tak tahu teknik membuli.hahaha
adik tak buat..semua pun bkn salah adik..kena kt dia!hehe cute!
Dia banyak ikut Abanglah. Kalau Abang minat ini, dia pun minat. Tapi setakat ni memang 24-jam sehari main Lego aje kerjanya. Penatlah sekali sapu, sekali kaut lego kecil-kecil tu. Banyak juga yang dah hilang. Tapi, Adik punya murah pun takpa janji dapat main.
DeleteKita kesianlah PK kat anak sulung. Adik sepah, abang kemas. Makanya oleh kerana itu, biarlah kita aje yang kemas. Mak mithali katanyakan....
ayat power adik - adik tak buat ... heheheee ... tu lah klu dpt anak hero . anak perempuan pun sama juga lebih kurang . kat sini si qistina , setia kali mamanya singgah mana2 beli barang dia mesti rembat satu mainan . pastu main x reti kemas . bila dah jemu main campak dan baling . mak susnya yg membebel ... ko buang mainan tu sama lah ko buang duit mama , tak kasian mama ke ? ... uhhh , tak jln juga ...
ReplyDeleteDia punya cakap tak buat tu, jadi cair kita nak marah lebih-lebih. Sekarang ni lagilah, sikit-sikit 'minta maaflah, Mommy!' Entah apa dia buat pun kita tak tahu tetiba minta maaf. Paling best, dia conteng meja tulis pun siap-siap minta maaf lepas tu baru beritahu apa dia dah buat!
Delete