Tuesday, June 16, 2015

Taman Botani, Putrajaya

Salam kawan-kawan!

Punyalah hampagasnya ingatan I ni tau!

Semalam bukan main lagi I menunggu pengumuman puasa. Penuh konfiden duduk depan TV. Padahal sepatutnya hari inilah, bukan semalamkan! Apalah I ni.... Nak kata tua sangat, tak juga. Nak kata muda sangat pun, tak juga ~_^


Eh, walaupun dah tahu 1 Ramadhan jatuh hari Khamis ni tapi bab pengumuman ni mesti nak tengok! Tak kiralah pengumuman puasa atau pun raya. Barulah dapat mengimbau kenangan lama-lama. Teruja bila tau esok dah start puasa atau pun dah raya. Betul tak?

Apa? Tak betul? 

Oh, kiranya I sendirian ajelah yang feeling teruja nak dengar pengumuman puasa malam ni? Uhuh....

Oh, by the way... entah mengapa setiap kali dengar nama TMJ hari ni, I terus mengukir senyum bangga.

Hidup Johor! 

Eh, tetiba.... 

Back to my topic yang I dah siap-siap letak sebelum fikir apa I nak cerita dalam entri kali ni ^_^

Ini bukan kali pertama kami ke sini dan bukan juga cerita baru. Hujung minggu terbaru ni kami suami isteri duduk berdua-duaan di rumah manakala my superheroes ikut my sister pergi kenduri kahwin pada hari Sabtu  dan pada hari Ahad, dari pagi mereka keluar ikut my sister dan sepupu(s) mereka. Mulanya bersarapan di MidValley (My kakak kata Bubbly Abang makan nasi lemak berharga RM21.90. Nampak sangat dia pow MakNgahnya....), lepas tu Adik Cute pow my niece belikan t-shirt dan spek mata hitam dan kemudian mereka dibawa menonton Jurassic World pulak. 

Oh, sedih I tak ikut! My Adik Cute tu kali pertama tengok wayang. Ingatkan I nak bawalah sebagai ingatan pengalaman pertama; rupa-rupanya my niece yang pi bawa dia dulu.... Kecoh dalam panggung tu dengan mulut mungilnya aje. Sekali my niece suruh 'shhhh' sekalilah dia ikut buat isyarat dengan tangan. Lepas tu memekak semula ~_^ Mesti tension penonton yang duduk dekat dengan depa nih ....

Alamak! Tercorner baring pulak!

Okey, okey... kita kembali ke pangkal jalan semula ~_^

Cuba you all bayangkan ya, kalau orang lain mungkinlah nak ke taman seawal pagi atau petang hari. Tapi kami empat beranak ni, matahari tengah tegak panas atas kepala dok sibuk nak pergi taman! Taman belakang rumah tak nak pulak pergi. Nak pergi yang jauh sikit dekat Putrajaya nun *_*

Asalnya konon-konon nak sewa basikal di sini dan belajar mengayuh di bawah terik panas mentari *_*  Mula-mula superheroes berdua ni memanglah teruja. Oh, Abang kalau teruja lain macam sikit! Asyik speaking London-bridge-is-falling-down tau! Itu tanda-tanda keterujaan membuak-buak dalam dirinya.  Suruhlah posing sana-sini semua okey. 

Sebaik aje dapat basikal, dah mula dah...... Mommy macam biasa berubah jadi bini Tarzan~_^ 

Mommy memang beginilah. Selalu sangat kerasukan superheroes dan seangkatan dengannya! Pantang silap sikit.... tahan ajelah telinga masing-masing dengar I membebel *_* Lagi-lagi kalau tak dengar kata, termasuklah bapaknya ^_^

Dahlah cuaca panas terik. Dengan nak jaga tatatertib kewanitaannya lagi. Dengan nak jaga jangan make up cair sampai ke dagu gitu. Budak berdua ni pulak awal-awal aje teruja lepas tu seorang menjerit panggil Daddy. Seorang lagi suruh Mommy kayuh basikal tu dari hujung sini ke hujung sana sebab malas nak kayuh sendiri! Agak-agaklahkan yang mana satu... I ingat kalau ambil yang bongsu senang sikit kerja I rupanya tidak! Pecah lemak kita dibuatnya!

Meh layan gambar aje. Tapi maaflah gambar naik basikal takda sebab Mommy tengah lintang-pukang menahan daripada lemak terlebih pecah dalam badan *_*


Nampak tak rambut Adik tu ternaik bergulung macam tu? Atas ehsan tangan kirinya yang suka gulung-gulung rambut bila mengantuk atau pun bila malas kena suruh buat kerja berat!

Gambar ni kena crop. Kena ambil separuh badan je sebab 'sado' sesungguhlah Abang oi *_*





Nampak blocks di tangan kanan si Adik Cute ni? Itu tak boleh tinggal ke mana pergi waima masa tidur pun nak pegang juga. Pengganti bantal busuk kot. Oh, btw, Adik Cute takda bantal busuk sebenarnya *_*

Ehmmm.... cuba tengok si Adik Cute ni? Apa agaknya yang tak kena? Ke hulu ke hilir susah hati ajekan menengoknya!



Hati tak tenang si kecil ni. Tak tahulah kenapa dok ke hulu ke hilir tak berhenti-henti ~_^


Sebenarnya dia nak masuk bilik air sebab nak buang air besar. Si Adik ni memang susah hati kalau nak buang air besar sebab selalu sembelit. Kalau dah terlompat sana-sini, terkinja-kinja macam retis K-pop menari tu, memang ada masalah tak lawaslah si adik ni....

Itu ajelah ceritanya. Bila dah masuk memang takda ambil gambar sebab mood dah malas berjemur lama sangat.

Oh, by the way, sewa basikal di sini hanya RM4 aje untuk satu jam. Kalau sebelah petang bermula dari pukul 2 petang ya. Sebelah pagi tak tahulah pulak start pukul berapa tapi tutup waktu tengahari around 12 ke 2 petang tu kalau tak silap.

Lain kali kami nak naik tram pulaklah kalau datang sini.... Mommy memang suka bab-bab short cut ni. Nak suruh Mommy lumba lari dengan Adik Cute dalam ni memang tak sesuai dengan jiwa wanita hari ini I lah ~_^

Okey, I nak pergi berangan dulu ya ^_^ 

Jumpa esok pulak!


 

 

 

 

 




34 comments:

  1. berapa kali MD corner baring sebelum masuk tajuk nih...hehehe, seronok jugakan bila dapat berbasikal ni,tapi memanglah ya ampunnn pecahlah lemak2 bila berbasikal ditengahhari..murah saja sewa basikal tu ye...

    ya suka juga dgn kenyataan TMJ tu, walapon saya bukan orang johor, tapi saya sokong TMJ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, itu standard kalau saya menaip entri *_* Memang takdanya direct to the point. Dia punya corner baring aje dekat 7 kali. Hahaha!

      Dahlah panas, lemak cair semua dalam badan. Manalah ada keterujaannya saya nak beraktiviti kalau macam ni. Dalam mall tu lainlahkan... beraircond kata omputih *_*

      Delete
  2. haha, panjang berjela da intro..tapi kak MD, samalah kita jenis ol skool mesti nak dengar pengumuman jugak, kalau tak rasa tak best.rapat betul Adik dengan Lego ye, ke mana-mana pun bawak sekali..entry ni akan lebih bermakna kalau ada gambar kak MD mengayuh basikal..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau intro tak panjang, bukan akaklah tu, Sal!

      Sejak dua menjak ni memang rapat. Tidur malam pun pegang kat tangan. Tak mahu lepaskan. Kita pulak yang tension. Tapi itulah dia buat bentuk empat segi macam tu. Mungkin senang nak pegang kot...

      Hahaha... lama lagilah nak tengok akak mengayuh basikal sambil selfie! Eh, tak jatuh ke selfie sambil kayuh basikal ek?

      Delete
  3. Aduhhhh , memang semakin sado badan si abang tu..
    Berketak-ketak sana sini..
    Selalu gi gym ke abang ni MD..
    Akak kalau panas2 memang tak keluar rumah lah..
    Sebab akak ni mudah sangat sakit kepala bila kena panas..
    lagak macam anak puteri raja jer kan MD hahha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu bukan sebab pergi gym, CH. Itu penangan makan selepas pukul 7 malam! Hari tu dah kurang ke'sado'annya. Sekarang ni naik balik. Itu yang gambar kena crop. Takut ramai peminat. Hahaha...

      Saya pun bukan suka sangat berpanas ni. Kalau dalam mall kena aircond lagi best. Tapi itulah dah namanya nak ikut keletah anak, kuturutkan ajelah....

      Delete
  4. salam mak dearie tuu,
    dlm blog sy tadi mak ade comment,
    ape yg konpius?
    ape yg ohsem sangat tewww ., hrmm
    ape yg gambar 'saya' tuu? cerr makk citer cerr citerr >=<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha....

      Okey, saya memang suka gelak! Sorry ~_^

      Oh, saya tengok tajuk ingat nak cerita pasal sejarah ke apa. Dan, dan, dan... saya ni perempuan Melayu terakhir gitu (saya sendiri bagi gelaran pada diri sendiri, kira macam syok sendirilah yerk) so bila tengok gambar pertama tu, saya rasa 'saya'lah tu *_*

      Dan, dan, dan juga... saya ni suka korner baring bila menaip entri. Tajuk lain, isi entri entah apa-apa jauh larinya. So kira ohsemlah tu kalau jumpa ada orang pun sama jerk perangai macam saya. Ke kita tak sama ni, wak? Hahaha!

      Delete
    2. ooh gitewww., kalo nak tenok kita ni sama style ke tak sama ke, kenela dok makan berhadap tomyam campur ke ape., harhar2 harap2 takdelah pinggan mangkuk kuali terbang melayang2 hinggap belakang ., ;D

      Delete
    3. Wak ni, first time kenal dah ajak pergi makan tomyam :) Ajaklah minum Coolblog ke dulu tak pun pekena teh tarik kat mapley ke....

      Delete
    4. hehe, ape klise minum coolblog ke teh tarik 'malam pengantin' ke., wak minum air suam suam kuku je., kihkih2

      Delete
    5. Wak ni memang old skool tau. Apa-apalah, Wak :)

      Delete
  5. Adik memang jenis banyak cakap nasiblah mak sedara yg bawa dia masuk panggung. Kena tahanlah. Dah tentu adik pun banyak nak cerita. Lainlah abang tu hero maintain macho. Sado memang sado kakak tengok lengan dia tu memang kalah mummy dia:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagilah kak dia nampak dinosaur. Lagilah kecoh. Nasib baik dapat sumbat dengan popcorn. Adalah interval sekejap katanya. Lepas tu pergi naik 'mutubike' sesajalah tu nak menghabiskan duit dalam dompet MakNgahnya....

      Hahaha...kak, mana tau lengan saya tak sado ni?

      Delete
  6. I love TMJ too.hahaha

    bestnya kayuh beskal mesti becak ketiak mommynya.huhu..tu diaa punya mahai nasik lemak abg.apa benda yg dimakannya smp a mahal gitu..restoren mewah kot.adik cute comellah byk cakap dalam panggung.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haip... pi balik! Pi balik! Itu TMJ kita oranglah ~_^

      Hahaha...minta maaf ya, Cik Puan Kutu! Kita tak mengayuh basikal pun! Kita tukang sorong basikal ke depan ke belakang atas budi bicara Adik Cute yang malas mengayuh katanya.... Tahu ajelah saya ni bab-bab beriadah memang lemah sikit *_*

      Entahlah... katanya nasi lemak ayam goreng berempah aje! Saya pun jadi pelik. Tapi tau ajelah kalau dah ke MV kan....

      Adik Cute dah masuk panggung makanya bila Cik Pia nak ajak dating? Hehehe....

      Delete
    2. ohh TMJ..kami ni ramai tau sedara Mara umat TMJ..yg kt rumah ni dua abg sado ni pun ic johor tau!

      tau dah bab senam memang fail..

      cik pia tak pass lagi masuk panggung..ntilah dah lulus kami bawak baru bley dating ye adik cute.haha...

      Delete
    3. Ish, nak juga mengakut sedara TMJ tu! Ini yang malas nak cakap banyak ~_^

      Hahaha...kalau dah tau memang malas, tak perlulah membayangkan kita ni pergi beriadah ya. Kita setakat pergi taman, merenggangkan urat-urat jer sambil makan aiskrim. Kalau ada jual goreng pisang dekat-dekat situ, mahu habis makan sorang sementara tunggu mereka bertiga beriadah! Hihihi....

      Delete
  7. Weyh....mak pun dah tengok Jurassic World tu kat Tronoh.....hihi....Mesti adik cerita kat kak Ton kan bila balik tu. Dapat mak bayangkan camne kecohnya mulut adik bercerita tu hurmmmm.....

    Lauk apa abg makan sampai RM21 henggit tu Kak Ton? Tp mak tak hairanlah kalau kat Mid Valley tu....mmg mahal

    Kak Ton naik basikal ke? Pergh ....jap mak bayangkan Kak Ton mengayuh basikal sepenuh hati sambil muka merah padam, maklumlah putih melepakkan......



    ReplyDelete
    Replies
    1. Menyampahlah Mak ni. Selalu mendahului dalam bab-bab ni tau! Mak tak menjerit dalam panggung ke? Kak Ton tak boleh bayangkan kalau Mak menjerit nampak dinosaur lepas tu sembunyi celah ketiak PakJilap. Buruk Mak oooi... Kalau Adik Cute yang buat takpalah, orang kata comel jerk!

      Makan nasi lemak dan ayam goreng berempah aje katanya. Tapi yang sampai RM20++ tu tak tahulah saya. Kalau kat foodcourt KLCC pun baru RM10.60 campur GST!

      Eh, Mak ni macam PKlah! Bab-bab riadah ni Kak Ton kan lembap al malas sikit! Mana ada Kak Ton naik basikal. Kak Ton usung basikal Adik adalah!

      Sekarang tinggal putih aje. Melepak dah lama hilang...

      Delete
  8. Llaaaa..MD ada jugak kawan hero kedua acik rupanya..angah tu masa kecik..umur sebaya adik tu la..kalau dah nampak dia lari dari hujung ke hujung..lompat2..sah nak buang air besar la tu.setiap kali macam tu la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ya ke? Kelakar tau Acik bila dia nak buat pelaburan tersekat nih! Terkinja-kinja angkat kaki sebelah ke hulu ke hilir dalam rumah. Kadang dari bilik ke bilik. Lepas tu sembunyi. Suruh masuk toilet tak mahu sebab belum habis keluar katanya *_*

      Delete
  9. Hahahah. macam mana boleh tersalah hari n nak tengok pengunguman puasa. Nampaklah tak sabarnyaa tu, Hehehe. Adik cute mesti bising masa tengok Jurassic tu sebab terkejut tengok dinasour besar gila. Hahaha :P Cerita tu memang best lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah fikir pasal apa tetiba aje beria-ia duduk depan TV tunggu berita habis. Lepas tu dok takda pun pengumuman. Barulah teringat baru hari Isnin. Tengok anak bulan hari Selasakan.... Takpalah, janji esok memang tetap puasa!

      Alahai, akak belum tengok lagi. Budak-budak aje yang dah pergi. Akak pun sebenarnya suka cerita Jurassic ni *_*

      Delete
  10. apa lauk nasi lemak si abang sampai rm21 tu, cer citer sikit.. ke memang rate mahal? saya tak pernah lagi makan nasi lemak semahal tu.. kagum ni.. haha

    haha, bab speaking london tu abang mesti terror kan? ok lagi tu. si Naim ni pun kalau dia teruja pun buat perangai yang sama, selalunya masa dibawa ke tempat ada jual toys kesukaan dialah atau makan makanan yang dia suka, mulalah panggil saya Mum, dan bercakap ala london tapi brigde tak ada.. grammar tunggang terbalik.. tapi tak panggil mama dah time tu,, haha kelakar sokmo kalau dia buat gitu..

    haha, cute la dik dengan rambut bergulung tu..anak bongsu biasa la tu manja ...yang jurassic park tu, ok ke budak2 kecil gini tengok? adik komen apa?

    lawa rupanya taman botani ni,,saya tak pernah sampai rasanya.. entahla.. haha , nampak sangat tak minat taman ni, kang peluh ketiak malas deh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah, AN. Kata kakak saya nasi lemak dengan ayam goreng berempah aje. Tapi tak akanlah macam tu sekali hargakan.... Kalau saya makan kat foodcourt KLCC tu pun nasi lemak+ ayam goreng adalah dalam RM10.60. Ini saya takut dia makan bertambah kot. Itu yang kena. Tak pun kadang-kadang budak-budak ni bila keluar dengan MakNgahnya memang nak kerja mengepow orang tu aje! Bukan ajaran Mommy tu... sebelum kena tanya! Hahaha!

      Abang pun sama. Lagi-lagi kalau ternampak budak perempuan. Memang bukan main speaking tak berhenti. Kalau kita terjawab dalam BM, bukan main berbisik suruh - Mommy, speak in English, please!

      Rengsa terus satu badan! Hahaha....

      Tensionlah tengok rambut si kecil ni. Dahlah bila berjalan, masuk aje kereta kena aircond, dia tidur. Masa nak tidur tulah dia menggulung rambut sampai jadi macam ni. Silap tengok dah macam sanggul!

      Pergilah sesekali dari Putra Heights ke Putrajaya. Tak jauhkan ~_^ Tak payah beriadah walaupun namanya taman. Kalau posing pun boleh aje *_*

      Delete


  11. tahun ni lya tlepas nk tgk pgumaman buka puasa tu.. huhu

    olohh..rugi x join skali tgk wayang tu,,
    citer tu bestttt!! smpai terlompat.. hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak punyalah beria-ia menunggu. Rupanya tercepat sehari!

      Alahai, memang nak tengok tapi takda harapan lagilah sebab dah masuk bulan puasakan...

      Delete
  12. percaya tak saya terlepas pegumunan puasa tahun ni
    cettt...saya ingat semalam tau, rupanya semalam yang sebelumnya
    mujur puasa juga hari ni...hehe

    nasi lemak ke apa tu sampai 21++...gerun dengarnya
    belum penah sampai taman botani putrajaya lagi
    tak tahulah lepas ke idak...banyak kali aje ke putrajaya
    siap buat muka comel tu, dia buat tak tahu aje!! cettt
    bikin panas aje, mujur bawa juga round wakau dekat aje
    jadilah...dari takde langsung =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya lagi hebatlah kalau begitu. Hari Isnin malam dah dok tunggu depan TV nak dengar pengumuman. Yalah, teruja sangat kononnya nak berpuasa padahal nampak ke tidak anak bulan hari tu, saya tetap juga tak puasa ~_^

      Entahlah nasi lemak apa sampai RM21. Saya takut dia menambah nasi dan ayam goreng!

      Alahai, kesiannya! Buat muka comel pun tak dapat pergi ya! Takpa, cuba lagi! Usaha tangga kejayaan ^_^

      Delete
  13. even dah tau bila puasa or raya sure nak tgk pengumuman, bak kata akak ler... baru lah seronok skit kan.
    mahal gila nasi lemak tu sampai RM21... apa saja lauknya.. tak berbaloi sungguh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, Lyn! Rasa macam tak syok puasa kalau tak dengar pengumuman puasa! Entahlah sampai sekarang akak dok figure out apa ke bendanya yang dimakan sampai RM21 nih!

      Delete
  14. dah lama tak kayuh basikal . dulu zmn sekolah tak de masalahnya nak menyauh sampai hujung kg . sekrg ni klu teringn nak kayuh beskal , balik kg , pusing2 kat laman je ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita. Saya lagilah lama. Rasanya last time mengayuh ni masa zaman awal 20-an kot. Sampai tak ingat lagi dah bila. Kira lama sangatlah tu!

      Delete

Nak kahwin lagi...

Salam kawan-kawan! Amboi, tajuk! Seram membacanya! Siapalah gamaknya yang nak kahwin lagi ni? Yang sebenarnya, tak tahulah hari...