Thursday, June 11, 2015

Iklan rambut (kontot) *_*

Salam kawan-kawan!

Hari ini, minggu depan InsyaAllah, kita akan mula berpuasa. Semoga bulan Ramadhan kali ini akan lebih bermakna dan menjadikan kita umat manusia yang lebih baik lagi. Tapi cerita bulan Ramadhan kenalah tunggu minggu depan ya! Dan, ada berita juga nak disampaikan pada kawan-kawan tapi biarlah tiba masanya dulu, kena tunggu giliran ^_^

Rindu tak dengan my superhero cilik ni? 



Wah, sekarang makin ligat menyanyi! Kejap lagu Korea, kejap lagi dah tukar lagu nasyid pulak ~_^ Tetiba nanti boleh pulak baca Surah Al-fatihah. Campur sekali dengan Surah Al-Ikhlas! Belum puasa lagi, dah sibuk hafal doa berbuka. Doa berpuasa belum habis belajar lagi...

Sekarang ni memang hari-hari bergaduh dengan I. Asyik aje tak nak kawan Mommy. Pandai tu suruh I tidur 'sowang-sowang'. Boleh pakat lagi ajak Daddy jangan sayang Mommy. Mommynya rileks aje, tak kisah punya. Ada masa nanti bila hatinya sakit sangat, boleh ajak ejek-ejek, jelir lidah dengan Mommy sebab tak puas hati. Nak tunjukkanlah tu betapa tak nak 'geng'nya dengan Mommy.

Janganlah dimarah atau ditegur, memang merajuk aje. Tetiba buat-buat kaku konon. Kalau dipujuk, berbelas kali baru nak datang lepas tu tanya balik soalan cepu emas,

Mommy sayang Adik tak?

Sayang.....

Tapi tadi Mommy kata tak sayang Adik. Tak nak kawan Adik kenapa?

Mommy gurau je....

Tak sayang Mommy juga!

Oh, sambung merajuk lagi.... dan pura-pura pengsan over and over again!

Bukan perkara mudah nak pujuk si Adik Cute ni, memang ada sikit keras hati si budak baik ni *_*

Sekarang ni asyik nak bercerita aje kerjanya. Entah apa-apa ceritanya terpaksalah dengar. Kalau tak dengar, aduhai... dia merajuklah!

Pada suatu hari, ada nenek kebayan......Dia suka makan budok-budok!

Nenek kebayan tu nak makan Adik ke?

Eh, mana ada! Dia suka makan 'budok-budok' lah!

Oh, okey...

Nanti dah habis cerita, dia buat hal lagi...

Pada suatu hari.... ada nenek kebayan.....

Hah! Mommy tau! Nenek kebayan suka makan coklat!

Apalah Mommy ni!  Pada suatu hari..... ada nenek kebayan.... dia suka makan....

Okey! Kali ni Mommy betul! Nenek kebayan suka makan dodol! Yeah!

Bukanlah! Nenek kebayan tak makan dodollah, Mommy ni... Pada suatu hari.....  (and blahblahblah over and over again ~_^)

Dik, bosanlah buat cerita asyik pada suatu hari, pada suatu hari! Tukarlah!

Pada suatu masa.... Mommy, pada zaman dahulu kala boleh?

Dahulu kala pun dahulu kalalah, Dik!

Pada suatu hari......ada nenek kebayan.... dia suka makan budok-budok!

Again! 

Okey, takda makna entri dengan tajuk, ya tak? *_*

Meh nak cerita pasal tajuk pulak ~_^

Kalau dalam kereta, biasanya memang I duduk dengan Adik Cute di belakang dan Bubbly Abang yang jadi 'co-pilot' Daddynya di depan. I dah beritahu sebab-musababnyakan ~ Hubbydearie tak suka I duduk depan sebab mengalahkan 'pilot' selalunya. Maka untuk tutup mulut I, terpaksalah I duduk di belakang. Lagipun kalau Adik Cute dengan Bubbly Abang di belakang, memang mereka bercakaran sahaja. Tak pernah aman dunia. Dua-dua nak cakap, dua-dua nak baring, dua-dua nak duduk tengah. Makanya terpaksa asingkan 'kembar' berbeza umur nih ^_^

Suatu hari entah apa masalah dengan aircond kereta yang sekejap sejuk, sekejap panas tu maka Hubbydearie pun bukalah keempat-empat tingkap. Walla weyh, mereka dua beradik bukan main teruja kena hembusan angin. 

Kalau tak percaya, tengoklah gambar yang I dah collagekan ni ~_^





Siap minta snap gambar dalam 'pose' yang berbeza tu ^_^ 

Okey, kita sambung kisah Adik Cute di hari yang lain pulak...

Nak sambung kerja ~_^















38 comments:

  1. Memang lah sesuai dengan nama adik cute..memang cute sangat.esok confirm kisah abang pulak nak bagi adil kan MD.
    Dulu masankeciknheto.bongsu acik tu kuat merajuk.jugak..kecik2 acik.layankan je..dah masuk tadika..merajuk.lagi..memang naiklah hangin acik..acikmkata..mana ada.orang lelaki.kuat merajuk.malu je.nanti kat aekolah nak merajuk.ke..dah selalu kena macam tu.pandai dia kontrol..tak de la sikit2 nak.merajuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah pandai meneka rutin penulisan saya ya, Acik ~_^

      Sebenarnya tak tahu lagi apa nak cerita esok tapi macam biasalah, cerita anak-anak memang sentiasa ada aje untuk menjamu mata kawan-kawan membacanya!

      Kecil-kecil nilah kita layankan aje, Acik. Bila dah besar panjang kalau buat perangai nak mogok tak bertempat memang kena halau dari rumah nanti. Hahaha!

      Delete
  2. haha...hai Adik, comel nau kamu ni ya..dah pandai tanya Mommy sayang dia ke tak ya.. ai sweet tu soalan macam tu drp budak kecik ni... masa tengah memanjakan Naim tadi tak sempat nak komen yang ni, meh bila dah pulang ni komen lagi ya..

    Kalau boleh asingkan dua beradik tu duduk depan sorang belakang sorang tu kira dah bagus sangatla MD..kurang sikit peningnya.. ini dua2 nak duduk tempat sama, selalunya walaupun kebanyakan masa memang tak aman pun duduk sama2 dua Ahmad ni...

    Adik tu dah mula nak mewarisi bakat Mommy dia berceritalah tu.. haha.. ini esok mesti lagi banyak idea bila dah sekolah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sekali kita kata tak sayang, 18kali dia ingat. Lepas tu tanya dan tanya kenapa. Kalau tak puas hati, mulalah mogok merajuk lagi. Penat nak pujuk si kecil nih...

      Eh, AN... nampak gaya antara Naim dan Nazif macam Naim lagi manja dengan mamanya ya! Bukan selalu pun dapat 24 jam sehari dengan mama di rumah. Yalah kalau dapat mama cikgu macam nilah gayanya. Sama juga dengan mak-mak bekerja yang lain. Peluang bersama anak-anak terhad. So kalau dapat memang tak mahu lepaskan, baik emak mahu pun anak!

      Oh, tak boleh biar mereka duduk berdua! Walaupun katanya sebelum masuk kereta akan muafakat membawa berkat tak bergaduh. Cakap aje. Tak sampai seminit, dah mula berperang mulut menyalahkan satu sama lain. Sebabnya biasa kecil aje!

      Dulu-dulu seronok melayan Abang bercerita. Sekarang ni turn Adik pulak. Pendekata, memang dua-dua anak lelaki saya mewarisi perangai sayalah. Daddy mereka tak gini stylenya ~_^

      Delete
  3. la, tajuk iklan rambut kontot ke? haha.. nampaknya tengah dalam dilema lagi ni... Naim punya pasallah ni...hilang fokus.. mujur paper semua dah siap, kira selamat mama emosi agak terganggu ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah masalahnya bila tulis tajuk dulu. Dah separuh mukadimah pun belum sampai plot yang sepatutnya. Lepas tu tengok balik tajuk baru perasan, memang tak sama ~_^

      Kenapa pulak emosi terganggu tu, AN? Anak-anak buat hal ke?

      Delete
    2. Kononnya nak memanjakan Naim ni. Saya bawa dia kluar sorang. Masa dia main2 kat tempat main tu dia seronok sangat.. dah keluar tu nampak kedai toys tu mulalah dia buat hal.. itu yang mama terganggu emosi.. nati kalau rajin esok buat entry pasal date tak date sangat ni..

      Delete
    3. Terganggu emosi sama ada nak ikut kata anak atau nak ikut prinsip kita ya ~_^ Saya dah biasa terganggu emosi ni, AN especially dengan si kecil ni. Kalau Adik ni memang tak makan saman. Bagi warning tiga kali pun tak jalan. Buatlah meratap hiba macam mati girlfriend gitu. Kita pulak tension dan akhirnya dia menang lagi! Tapi kalau dah selalu menang, memang saya kuatkan semangat nak 'melawan' balik. Hahaha!

      Delete
  4. ensem la anak2 MD ni..ikut muka siapa ye??
    (nak cakap ikut muka dia la tu)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... belum jawab dan kena umpatan ~_^

      Kan saya dah kata, yang besar ikut saya dan yang kecil ni ikut bapaknya. So sapa lagi comel agaknya - bapak ke emaknya? Hahaha!

      Delete
  5. Weyh..saya ni lagi lah tak reti nak letak tajuk ape dah huhu.
    Bestnya cerita dia asyik makan budak jer..
    Kemain lagi bersidai tepi jendela kereta hehe
    Comel
    memang boleh buat iklan komersil ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bab-bab mengarang entri ni bolehlah rujuk kat saya. Saya ni walaupun baru tapi pakar - pakar merapu ~_^ Setakat nak letak tajuk entri lari dari isinya, meh saya boleh pandu arah. Hahaha....

      Oh, tengah menikmati hembusan angin tu! Kita panggil suruh toleh nak snap gambar pun dia pura-pura tak dengar! Lepas tu buat main gedik lagi suruh kita snap pose-pose menariknya tu konon....

      Delete
  6. Memang super duper cute dak Adik ni..
    ops.. kalau dak Abang baca komen mesti dia jeles.. hehehe..
    ok2.. dak Abang pun sama.. super duper cute and hensem.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang tu kalau Mommy cakap atau buat yang boleh buat dia jealous. Kalau orang lain dia tak kisah sangat. Adik pulak ada musimnya dia jadi jealous. Tapi bab bercakap, memang sekarang tak tahu nak menangkan siapa. Mommylah kot yang win ~_^

      Delete
  7. Kena mintak daddy nya beli kereta convertible ...
    Baru seronok layan anginnnn..hahaha

    Cakap pasal Ramadan, awak pernah berpuasa kat kampung suami?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, saya tak pernah berpuasa di tempat suami. Saya lagi suka berada di tanahair sendiri masa bulan puasa dan nak dekat raya ni, DZ ~_^

      Selalunya memang tak pernah buka tingkap kecuali inilah first time. Tak tahu pulak dia excited gaya gitu!

      Delete
  8. Handsomenya adik cute. Anak² saya memang suka klo bukak tingkap keta. Kita plak yg risau kalau di keluarnya kepala kat tingkap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah sebab saya memang tak bagi buka tingkap kereta. Kang depa teruja sangat, dikeluarkan kepala pulak nak buat iklan syampu kan! Kita pulak yang susah hati terjerit-terpekik dalam kereta macam kena histeria!

      Delete
  9. Amboi adik cute..... ni rambut Ramadhanlah yek.... Uncle Jilap pun nak botakkan rambut nak sambut Ramadhan katanya. Auntie Jilap tak bagi ......sebab tak suka tgk dia dgn rambut seinci....

    Haha...cerita berulang, merajuk baik tu mmg sinonim ngan budak kecik. Kalau org tua buat kerja mcm tu mmg dah jadi budak keciklah nampaknya.

    Mak mmg tak pernah duk belakang kereta kak Ton ....sejak dulu lagilah....tak suka.....sebab tak puas ekon kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, bukanlah! Dia tak potong rambut pun. Saja tulis tajuk begitu *_*

      Ish, saya pun tak suka lelaki botak. Macam kurang something aje.... Kalau PakJilap nak botakkan kepala, suruh dia tidur kat lantai. Eh, tak boleh! Nanti kita berdosa pulak buat suami macam tukan... Kita ajelah tidur kat lantai, biar dia tidur sorang-sorang atas katil! Hahaha... sanggup Mak?

      Kalau orang tua buat perangai macam budak-budak, memang rasa nak melemps aje tangan nih *_*

      Mak lainlah, ala-ala datin! Loving couple katanya. Kenalah duduk sebelah suami, menjaga tangan suami jangan merayau. Hahaha...apakah!

      Delete
  10. Haha..pada satu hari, pada satu masa, pada zaman dahulu kala....
    Cute bahasa adik. Tu yg saya termimpi-mimpii agaknya..
    Sukanya tengok gambar dia yang last tu..memang kanak2 riang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asyik dengan cerita nenek kebayannya. Kalau saya pura-pura kata saya takut nenek kebayan, bukan main mulut manisnya berkata - 'Jangan takut, Mommy! Adik kan ada! Adik jaga Mommy!' sambil peluk-peluk kita. Baru nampak kucing dah lari lintang pukang peluk Mommy, macamana nak suruh kita jangan takut!

      Delete
  11. rambut siapa yg kontot?hahaha

    nama pun adik cute..cute sesaja..cerita nenek kebayan..terbaiklah dik..kembar berlainan Tahun memang patut dipisahkan supaya tak bercakaran dalam kereta..yg sebenarnya nak sembunyi kelemahan co pilot yg mulut murai itu kan lebih lagi?hehe

    ni mesti kes tak pernah bukak tingkap time memandu..nmpk Perak sangat depa.haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala-ala iklan syampulah ni tapi malangnya si Adik ni rambut tak panjang! Hahaha....

      Eh, mana ada! Mereka dua beradik ni memang kecoh kalau duduk berdua di belakang. Kalau Mommy duduk depan, tak dengar dah suara gegak gempita Mommy. Takda depa hairan. Sebab itulah saya 'dihantar' ke belakang. HD pun bingit telinga kalau saya 'ajar' dia bawa kereta!

      Memang pun tak pernah. Inilah kali pertama. Baru aje depa turunkan cermin tingkap saya dah jerit macam superwoman nak kena kidnap. Tapi hari itu tak tahulah kenapa beri keizinan *_*

      Delete
  12. Hahahaha,Amboii siap ajak Daddy tak sayang mommy tak menahann betul. Hahaha. Kemain tauu dia punya posing boleh jadi model cilik ni. Hihihi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia selalu aje ajak orang dalam rumah berpakat jangan sayang akak. Tapi yang selalu menangis hiba tak 'disayangi' dialah. Pandai pulak sedih. Buat orang tak beringat *_*

      Delete
  13. ni iklan rambut pakai syampu apa ni?nak try gak lah..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni iklan rambut untuk syampu Baby Johnson Head to Toe. Nak pakai? Nanti akak bagi sample. Kalau nak cepat lagi, beli sendiri kat kedai. Hahaha!

      Delete
  14. excited sungguh dia yer. klu ada sunroof, sure dah terkeluar dah kepala tuh
    ermm adik mmg byk mulut yer.. rasa nak cubit2 jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pun. Dia memang teruja bila buat sesuatu first time. Siap dengan jelingan manja diberinya kita nanti ~_^

      Delete
  15. hahahahaha mujur dia tak kata nenek kebayan marah mommy sebab mommy pandai2 tukar suruh dia makan macam2 hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, dia selalu kata nak protect Mommy dari nenek kebayan kalau akak kata akak takut! Tapi dia sendiri baru lipas landing kat depan mata say hello, dia dah lari peluk kita gigil-gigil. Macamana nak protect keselamatan kita pun tak tahulah....

      Delete
  16. Penat nak melayan cerita nenek kebayan tu MD..
    pastu kejap2 nak cerita..
    Lagi letih..
    Tapi tak apa..
    Moment tu lah yg kita rindu tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ceritanya sebaris tu aje. Lepas tu diulang-ulang banyak kali. Kalau tak dengar, merajuk. Kalau menyampuk pun, merajuk. Itu yang letih :)

      Delete
  17. biul keja dengan entry arini
    tetiba ending gitu aje? apa dah???

    ingat nak cite adik cute p salon.
    rasa adik cute ni cam mummy dia ni
    asyik pada satu hari...tapi ending tak nampak pun...hehe
    tapi adik cute tetap mempunyai senyuman menawan kalbu =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, ini perkara biasa! Macam tak kenal pulak! Kalau dah selalu menaip entri tak bermotif (bukan tak bermoral yerk...) , ending pun kenalah tergantung. Tak tahu cerita mana yang nak di 'end' kan. Hahaha!

      Laaa.... baru perasan! Memang anak-anak saya ikut style saya. Tak ikut bapak mereka. Bab bercakaplah ~_^

      Delete
  18. mmg byk mulut dan banyak aksi adik cute ni . budak tak reti diam istilahnya ... cutenyaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang dia tak reti diam sekarang ni,Vee. Ada-ada aje yang nak diceritakan....

      Delete

Nak kahwin lagi...

Salam kawan-kawan! Amboi, tajuk! Seram membacanya! Siapalah gamaknya yang nak kahwin lagi ni? Yang sebenarnya, tak tahulah hari...