Tuesday, June 30, 2015

Jauh bezanya berpuasa dan berhari raya di dua negara...

Salam 13 Ramadhan kawan-kawan!

Kali ini marilah kita bercerita tentang pengalaman Mami berpuasa di Malaysia. Pada yang tak tahu ini adalah kali pertama Mami berpuasa dan mungkin akan berhari-raya di luar negara. Sebenarnya until now I tak tahu bila Mami akan pulang ke Uzbekistan. Tak akanlah I nak suruh HD tanya, nanti tak pasal-pasal kecil hati pulak. Cuma setahu kami, memang mereka boleh tinggal di sini selama 30 hari tanpa visa. Kalau ikut congakan I, mungkin 20hb tarikh terakhir Mami kena pulang ke negaranya. Tapi tak tahulah kalau Mami berniat nak pulang awal dan beraya bersama Dada dan keluarga abang ipar I di sana!

Manakala I tiga beranak pula (tak termasuk Hubbydearielah ya), memang kami tak pernah berpuasa mahu pun berhari-raya di Tashkent (nasib baik, kalau tidak lagi panjang tangis hibanya jadi anak perantau ~_^)

Seperti yang I beritahu sebelum ini, berpuasa di Tashkent jauh lebih sukar daripada di Malaysia. Untuk tahun ini, mereka berpuasa 17 jam, dari pukul 3 pagi sehinggalah 8 malam. Cuaca di sana pun sekarang ni tengah panas membahang yang amat (Yang ditunjuk dalam satu rancangan di TV AlHijrah tu pulak tak tahu tahun bila sebab musim salji tu...) Memang terasa dahaganya kata Mami. 

Bagi mereka, bulan Ramadhan sama sahaja dengan bulan-bulan yang lain. Tiada yang istimewa. Masa berbuka pun makan macam biasa. Tiada buffet Ramadhan di hotel-hotel besar (Eh, ada hotel besar ke kat sana? Last time I pergi memang takda. Yang I tahu Uzbekistan Hotel jerk di Tashkent *_*) mahu pun Bazar Ramadhan seperti di negara kita. Semuanya seperti biasa, tiada apa pun yang mencerminkan bulan itu adalah bulan Ramadhan yang mulia...

Cuma bagi yang benar-benar mengamalkan ajaran Islam, mereka akan lebih beramal demi mendapatkan lebih pahala di bulan Ramadhan ini. Pada yang tak tahu, Uzbek sepatutnya Muslim (mereka merupakan pengikut mazhab Hanafi) tapi ramai juga yang mengaku Muslim tapi tak mengamalkan ajaran Islam yang sebenarnya. Alahai, samalah juga macam negara kita. Beria-ia mengaku Islam tapi hampa aje... 

Hari Ahad lepas semasa my kakak datang bertandang ke rumah, sempatlah Mami bercerita tentang sambutan hari raya di sana (dengan bantuan ahli penterjemah terkenal dalam rumah kamilah ya ~_^)  kata Mami, perempuan Uzbek memang banyak tanggungjawab terhadap keluarga. Pendekata memang beratlah. Kalau nak kahwin, satu isi rumah tu kena bagi. Takda hantaran dalam wang ringgit tapi hantaran dalam bentuk kelengkapan rumah. Lagilah sekarang ni lelaki dah makin kurang, yang cun melecun di sana pun sanggup aje kahwin dengan lelaki yang tak berapa comel kekdahnya... Tapi nak kena tau jugalah, Uzbek ni memang lebih suka berkahwin dengan lelaki/perempuan sebangsa walaupun di mana mereka berada. Akan pulang ke kampung halaman juga bila nak kahwin ~_^

So, berbalik pada kisah hari raya, kata Mami bila tiba hari raya perempuan yang baru berkahwin pada tahun yang sama (pengantin barulah senang cerita) kena menjamu para tetamu baik saudara-mara mahupun jiran tetangga. Walaupun perempuan selepas berkahwin akan tinggal dengan keluarga lelaki (makpak mertua dan kalau nasib malang, adik beradik suami yang belum kahwin), ibu kepada si perempuan kena menyediakan makanan (hingga penuh meja) dan menghantar ke rumah besan.

Orang Uzbek ni kalau makanan tak penuh meja ketika menjemput tetamu, matilah kena kutuk. Nasib baiklah makanan tu tak macam style kita orang Melayu. Asal penuh meja aje. Letaklah makanan tradisi mereka seperit pilov, segala macam roti, kek, manisan dan buah-buahan asal penuh meja! Mujur jugalah tetamu dijemput berperingkat-peringkat. Maybe sekali datang sepuluh orang, lepas tu next trip lagi sepuluh orang and so on. So, bila tetamu grup pertama datang, si perempuan tadi akan pakai pakaian baru yang cantik-cantik untuk melayan tetamu. 

Balik aje grup pertama, si perempuan kena tukar baju lain pulak untuk melayan grup kedua and begitulah seterusnya. Bab pakaian ni pun adakalanya sampai 20 pasang kena sediakan, itu pun selalunya mak si perempuan yang sediakan walaupun jamuan dan jemputan datang ke rumah keluarga lelaki di mana menantu tinggal! (Sungguh tak adil... mak mertua goyang kaki je lepas tu komplen! Ish, ish, ish....)

Mengikut pengalaman, Mami terpaksa menyediakan makanan dan pakaian untuk salah seorang anak perempuannya (adik perempuan HD, anak ketiga dalam keluarga). Mujur juga anak perempuan Mami berkahwin dan tinggal berdekatan satu kampung. Kalaulah berbeza kampung atau bandar, teruk juga nak mengangkut makanan dan pakaian ke rumah keluarga besan! Adik perempuan HD yang bongsu 'terselamat' kerana selepas berkahwin terus mengikut suaminya ke US pada tahun yang sama. So takdalah kena melalui  tradisi 'dinilai' oleh orang kampung dan sanak-saudara (yang buat gini perempuanlah, lelaki tak kisah pun nak komplen pasal menantu perempuan orang lain!)

Kata Mami memang teruklah kalau nak kahwinkan anak perempuan. Dahlah jadi menantu perempuan di rumah mertua memang 'tersiksa jiwa-raga'. Tapi takpalah dah tradisi mereka, maka semua pun survive aje. Pada yang tak survive hidup berumahtangga dalam keluarga mertua memang something wrong, somewherelah tu...

Makanya kita beritahulah kat Mami, hari raya bagi kita di sini adalah tentang makan, makan, dan makan makanan khas untuk hari-raya dan juga bertandang ke rumah sanak-saudara dan handai-taulan. Memang jauhlah perbezaannya dengan tradisi berhari-raya kaum Uzbek yang sepanjang masa sebenarnya terlalu prihatin perihal menantu perempuan orang!

Nanti kita cerita pengalaman Mami iftar di hotel pulak ya.... ~_^


















28 comments:

  1. Oh... lama betul mereka kena berpuasa dlm sehari tu. Dahlah panas. Patutlah Mami dtg M'sia. Happylah sebab cuaca tak sepanas di sana (walaupun sekarang sebenarnya panas kan MD). Lagi satu HD bukan satu aje anak yg duduk luar anak perempuan dia pun tinggal di US. Puaslah Mami jenjalan kalau macam tu. Kenapa tak nak puasa di US kan sejuk hihi... mesti dia suka MD tu pasal sanggup dtgn M'sia:)

    Lagi pulak hidangan di M'sia sama macam di Tashkent penuh meja!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada kita dah panas ni, kak tapi pada Mami biasa-biasa aje. Itu yang asyik nak ke hulu ke hilir sebab tak terasa panas membahang dan kepenatan. Mami tak berapa suka pergi melawat anak perempuan bongsunya di US. Kalau tak silap saya, sejak mereka berpindah ke US, cuma sekali aje Mami pergi ke sana.

      Bukan sebab menantu tu kak tapi rindu pada anak lelaki solehnya yang ada di Malaysia ni ~_^

      Delete
  2. Pengalaman tu... Tak semua orang dapat.. Selamat berpuasa MD...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Maria. Dan saya juga dapat pengalaman baru di bulan puasa ~ berpuasa dengan mak mertua. Nampak mudah aje tapi tak semudah yang disangka...

      Delete
  3. Wah...sampai 20 pasang pakaian!

    Takdelah bangga sangat Che Ta sediakan 60 pasang pakaian untuk sekeluarga...hehehe...

    Pengsan kalau kakcik jadi anak perempuan warga Uzbek ... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...saya baru tau Che Ta sediakan 60 pasang pakaian untuk beraya. Maknanya kalau berlima seorang 10 pasanglahkan, Kakcik! Yalah dia selebriti, tak boleh pakai pakaian yang sama dua kali. Macam kita ni, pakai satu pakaian berkali-kali pun takpa, takda siapa yang mengeji :)

      Lagi pengsan kalau Kakcik ada anak perempuan di Uzbek ~_^

      Delete
  4. Baru tahu macam mana negara lain sambut puasa dengan hari raya. Heheh :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Nani kelebihan berkahwin berbeza bangsa dan budaya. Nasib baik agama sama, kurang sikit tanggungjawab 'mengajar' suami. Hehehe...

      Delete
  5. Wah.. finally 30 entries per month.. tahniah.. berjaya capai target.. hebat ni..

    Baik kata MIL saya, kalau ke tempat orang, paling best 2 minggu je lepas tu dah mula bosan ... sebab kita dah terbiasa dengan keadaan kat tempat kita ni. Banyak bezanya kan kalau ikut cerita MD ni.. tabahla orang kat sana kan.. takla macam kita sini, Ramadan je pelbagai pesta ada.. akhirnya tak nampak Ramadan sbg peluang beribadat tapi sebagai masa berniaga atau berseronok..

    Seronokla tetamu kat sana ya.. tapi kalau jadi tuan rumah, pengsanla nk sedia makanan banyak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, AN. Mengah tau ~_^ Kira bajet baik punyalah ni sampai dapat cecah target. Kalaulah target di bulan Ramadhan pun macam ni punya cantik, lagi afdalkan!

      Mak mertua saya kata, 3 hari pertama aje kita jadi tetamu. Lepas tu, orang akan anggap kita biasa-biasa aje. Takdalah nak layan sepenuh jiwa raga. Tapi knowing my husband ni AN, kalau tak layan emaknya walaupun sebesar zarah kesilapan, memang kenalah. Yalah, anak soleh begitulah kekdahnya!

      Tetamu seronoklah mengumpat mengata menantu baru orang. Yang meraikan tu yang berdebar dada. Saya kata, kalau saya memang tak sanggup. Very pathetic soul ler :)

      Delete
  6. seronok dengar budaya dan pengalaman orang sana tapi kalau kena dekat diri sendiri memang ai surrender sebab masak bukan bidang ai.. kihkihkih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan you aje. I pun surrender, terus angkat bendera putih. Tak sanggup I macam lembu dicucuk hidung, tak boleh mendongak kepala langsung. Ish, macam hamba rasanya :)

      Delete
  7. adoyaiiiiii macam gitu rupanya budaya raya dorang. adehhhh. tapi tula kan pada kita mungkin beratnyaaa tengok @ dengar. tapi pada mereka ada yang seronok. tak boleh ke kalau mai bertandang beraya ke rumah pengantin perempuan tu je. tak payah angkut makanan ke hulur hilir lagi dah. kesian jadi perempuan sana huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah perbezaannya. Raya di sana tak meriah. Sehari je paling lama. Takda ziarah menziarahi macam kita. Takda rumah terbuka, marhaban dan sebagainya...

      Tensionlahkan kalau jadi menantu perempuan. Satu kampung nak tahu sama ada menantu perempuan yang baru si anu, si anu tu baik ke tidak! Bayangkan kalau dalam kampung ada 4,5 pengantin baru yang kahwin pada tahun yang sama, memang teruklah kena dibanding-bandingkan. Yang paling untung of course tetamulah.... Makan, makan, makan aje kerjanya!

      Delete
  8. menarik cite mami tu
    kalau saya ada time tu, mau tak berkelip mata sebab excited dengar
    yelah, bukan selalu dapat peluang dengar cite raya di negara lain kan
    tapi jenuh ye jadi perempuan di sana...nak kata apa dak, adat mereka gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, tidak! Saya mengantuk pulak. Maklumlah nak tunggu terjemahan makan masa~_^ Saya rasa memang jenuhlah tapi dah tradisi mereka, maka perempuan sana telan ajelah walaupun terpaksa rela, rela terpaksa gitu...

      Delete
  9. lamanya dorang kena berpuasa kat sana yer.. kat sini yg berapa jam jer pun ade jugak yg rasa nak pengsan..
    ermm mcm tu erh budaya dorang. baju sampai 20 pasang. tapi seronoklah sbb masing2 kat ade budaya masing2.. agak2 akak teringin tak nk beraya kat sana??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawapannya : TIDAK lah kot... Lagipun tak meriah di sana. Tak rasa macam raya pulak nanti. Mendengar aje bolehlah kot tapi mengalaminya sendiri terasa payahnya ~_^

      Delete
  10. ooo ramadan yang penuh berkat tahunni MD duk ngan mertua pulak yerk.. akak tak boleh bayangkan MD berkomunikasi ngan mertua... dari cerita MD mertua MD cam peramahjer.. ewah akakni membayangkan...
    patutlah mami mai sini kat sana panjang sangat masa puasatu yerk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak berkomunikasi, Cho. Guna isyarat tangan aje. Kalau penterjemah ada di rumah, bolehlah tolong terjemahkan. Memang banyak dugaan bulan puasa tahun ini :)

      Delete
  11. Ehhh...Mami MD dah ada kat m'sia yerp. Kena baca entry lepas ni. Perghhhh...lamanya puasa kat sana.

    Macma tu yerp adat kat sana. Kena bertabah lah jadi anak perempuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mami sampai sejak 23hb Jun yang lalu. Kiranya dah hampir dua minggu jugalah di Malaysia ni. Duh, bulan puasa kali ini memang banyak cabaran dan dugaannya...

      Delete
  12. Oohh dah smpi mami yg ditunggu sekian lama tu MD..
    Kalau MD beraya disana, jenuh jugak nak tukar 20 helai baju sehari tu hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah sampai sejak 23hb Jun lalu, CH. Maybe lepas raya baru balik. Sebab itulah kemungkinan besar saya sekeluarga beraya di KL sahaja nanti.

      Kalau sayalah, suka ada baju baru 20 pasang. Yang tak sukanya, kena layan tetamu yang dok perhati kelakuan kita :)

      Delete
  13. ha tu diaa 20 psang baju.
    leh kawan dgn che taa. 60pasang katanya

    dh ddk umh fil tp mk yg kna masak.
    aii lain benor kan
    tak pa la budaya mereka
    blh pngsan la kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikutkan hati, memanglah suka sampai ada 20 pasang baju untuk raya. Tapi entah bilalah nak pakai semuanya masa raya yerk. Kita bukan selebriti yang ada photoshoot dan jemputan rumah terbuka sana-sini. Dapat 5 pasang pun dah happy gila ~_^

      Itulahkan.. pelik sungguh. Patutnya dah duduk dengan mak mertua, mak mertualah yang bertanggungjawab. Ini tidak, emak sendiri pulak yang kena sediakan semua dan hantar ke rumah besan! Ish, Ish, Ish... tak bertanggungjawab betul mak mertua gini gaya!

      Delete
  14. syukurlah kita dilahirkan sebagai perempuan melayu di malaysa yg lbh utamakan agama dr adat ... mmg x adillah mcm tu . kan nafkah tu tanggungjawab suami . maknanya mknn n pakaian tu suami yg patut sediakan ... nampak benar tradisi mrk tak islamik ... owh , lelaki kat sana dah x byk ya . mrk x de amalakn poligami ke md ... saja je tanya nakal sikit heheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memang rasa perempuan berkahwin di negara suami saya ni kan macam hamba abdi aje. Yalah, tak salah jadi isteri mithali, berkhidmat kepada suami dan keluarga mertua. Tapi, lain macam betul caranya. Saya rasa saya pun tak mampu nak buat macam itu. Tapi, tapi, tapi... itu bukan bermakna kita tak boleh jadi isteri dan menantu yang baik, kan. Dengan cara kita sendirilah, tak perlu nak menghambakan diri sangat-sangat!

      Delete

Belajar

Salam kawan-kawan! Hari ini dah masuk hari kedua peperiksaan UPSRkan. Walaupun my anak tidak menduduki peperiksaan besar tahun ni, rasa...