Selamat bertemu kembali!
Dah tarik nafas siap-siap nak baca ni?
Sekarang ni bukan setakat meroyan dalam blog aje, mood meroyan di dapur pun boleh tahan juga. Selalunya kalau hari bekerja, balik petang masak ala kadar aje untuk dinner. Ala kadar tu bersamaan dengan at least 3 dishes lah ya. Kalau mood tinggi ke langit keterujaannya, memang takda main kadar-kadar dah bila masak. Lepas satu, satu, lepas satu, satu...cuma nak makan tu ambil masa ler sikit dah empat orang aje tukang makan (Adik kita tolak tepilah patutnya kerana dia makan banyak manalah nak banding dengan MommyDaddy)
Superheroes pulak kadang-kadang nak makan sendiri tapi adakalanya nak bersuap, nak nganga mulut sorang-sorang pastu Mommy suapkan dengan penuh kasih-sayang...
Kalau masak biasanya I rotate. Kalau malam ni ada nasi berlauk, esok takda nasilah ganti dengan mi atau apa sahaja kehendak hati tukang masak di rumah ( I lah tu ...)
Satu malam semasa makan nasi, Abang pun berikan suggestion yang bernas ...
Grrrr... (Ni yang buat Mommy marah ni! Macamlah Mommy tak pernah buat nasi lemak)
Oh, ya! Tapi betul juga. Hari bekerja mana pernah I buat sarapan nasi lemak. Kalau hujung minggu pulak selalunya kita bersarapan nasi lemak di luar rumah *__*
Nampak sangatlah dah lama I tak buat nasi lemak di rumah ...
Dek kerana selalu bersarapan di luar, Adik ni pun dah pandai ambil order, ya.
Selalu gak sekarang ni bila Adik 'start engine' toy carnya, Adik akan tanya ...
Belikan Mommy milo ais satu! (Milo ais ni favorite Adik kalau makan di luar)
Pandainya anak Mommy ni!
Pernah suatu hari pulang sekolah Abang beritahu Mommy dalam kereta,
Ada ke ...
Kalau makan berempat di rumah memang kalut sikit ya. Maklumlah superheroes berdua ni memang banyak aksi waktu makan. Tak reti duduk diam... Kejap si Abang nak ni, kejap lagi si Adik nak itu ... Memang tercekik-cekiklah bila nak makan. Hubbydearie haruslah makan dengan aman, suami kan...Isteri ni kenalah beralah. Makan cekut mana dapat, sambil melayan anak-anak.
Bila Abang suka sangat bercakap, bercerita macam-macam I pun suruhlah senyap sebabnya bila Abang nak bercerita, Adik pun nak bercerita sama. Kisah yang sama dikopipes dari mulut Abangnya .... Kecohlah meja makan dengan suara Mommy lagi...
Tetiba tengah makan, muka Abang 'berkecamuk' sekali. I pun tegurlah,
Abang pun tunjuk signal dengan tangan suruh tunggu sambil terus minum air. Lepas tu sedap mulut aje Abang menjawab,
Ewah, ewah...letus kang sekali baru tau!
Daddynya tersenyum gembira Mommy kena se-das dengan anak-anak!
Adik macam biasalah, orang ketawa dia ketawa paling kuat. Orang bercakap, dia pun bercakap juga. Lepas tu memang pandai menghibur hati ...
Sambil tunjuk pipi suruh Mommy cium pipinya tanda Adik sayang Mommy....

Mommy, cuba Mommy masak nasi lemak! Mommy taukan, nasi lemak bukan macam ni (sambil tunjuk pinggan yang penuh nasi putih). Nasi lemak kalau kita makan nasi aje dah sedap. Tak payah nak bubuh lauk lain. Nasi tu macam ada rasa lemak tau... Tak payahlah Mommy susah-susah goreng ayam ke apa ....
Abang, nasi lemak memanglah berlemak. Ada santan ...
Oh, Mommy tau ek buat nasi lemak? Macamana Mommy tau?
Grrrr... (Ni yang buat Mommy marah ni! Macamlah Mommy tak pernah buat nasi lemak)
Oh, ya! Tapi betul juga. Hari bekerja mana pernah I buat sarapan nasi lemak. Kalau hujung minggu pulak selalunya kita bersarapan nasi lemak di luar rumah *__*
Nampak sangatlah dah lama I tak buat nasi lemak di rumah ...
Dek kerana selalu bersarapan di luar, Adik ni pun dah pandai ambil order, ya.
Selalu gak sekarang ni bila Adik 'start engine' toy carnya, Adik akan tanya ...
Mommy! Adik gi eh....
Adik nak gi mana ni? Nak gi kedai ek?
Haa...Adik gi eh....
Nak kirimlah, Dik. Belikan Mommy gula-gula...
Hah...golo-golo....agi?
Belikan Mommy telur...
Beyi tolo-tolo... agi?
Belikan Mommy milo ais satu! (Milo ais ni favorite Adik kalau makan di luar)
Ooookeyyy....beyi milo ai atu ehhhh....
Ulang balik ...
Golo-golo, tolo .... milo ai atu ehhh....
Pandainya anak Mommy ni!
Pernah suatu hari pulang sekolah Abang beritahu Mommy dalam kereta,
Mommy, hari ni tak habiskan pun plain water! I feel so thirsty now!
Kenapa tak habiskan? Ni mesti nak air sedaplah tu ...
Bukanlah, Mommy ... Hari ni plain water yang Mommy bekalkan tak sedap macam selalu...
Plain water sama ajelah rasanya, Abang!
Bukan rasanya yang different... Feeling masa nak minum tu yang different! Mommy tak fahamlah!
Ada ke ...
Kalau makan berempat di rumah memang kalut sikit ya. Maklumlah superheroes berdua ni memang banyak aksi waktu makan. Tak reti duduk diam... Kejap si Abang nak ni, kejap lagi si Adik nak itu ... Memang tercekik-cekiklah bila nak makan. Hubbydearie haruslah makan dengan aman, suami kan...Isteri ni kenalah beralah. Makan cekut mana dapat, sambil melayan anak-anak.
Bila Abang suka sangat bercakap, bercerita macam-macam I pun suruhlah senyap sebabnya bila Abang nak bercerita, Adik pun nak bercerita sama. Kisah yang sama dikopipes dari mulut Abangnya .... Kecohlah meja makan dengan suara Mommy lagi...
Abang, makan mulut jangan kecoh bercakap. Tak baguslah. Nanti tersedak kan susah!
Kenapa ni, Abang? Tersedak ke apa nih? Cepat minum air...
Abang pun tunjuk signal dengan tangan suruh tunggu sambil terus minum air. Lepas tu sedap mulut aje Abang menjawab,
Mommy ni.... tengah makan janganlah tanya banyak-banyak. Kan Abang dah tersedak. Mommy janganlah cakap banyak-banyak bila kita semua tengah makan nanti tersedak macam mana???
Ewah, ewah...letus kang sekali baru tau!
Daddynya tersenyum gembira Mommy kena se-das dengan anak-anak!
Adik macam biasalah, orang ketawa dia ketawa paling kuat. Orang bercakap, dia pun bercakap juga. Lepas tu memang pandai menghibur hati ...
Mommy! Mommy! Nak ayang Mommy!
Sambil tunjuk pipi suruh Mommy cium pipinya tanda Adik sayang Mommy....
hehehe bijak2 anak2 MD ni ada je yng nak ditanya & ada je yang nak dicerita.... baguslah conversation macam ni lah yang buat hubungan anak beranak makin erat kan.. done nuffnnag hokeyh !
ReplyDeletePerbualan ginilah yang kita ingat bila mereka dah besar nanti. Harapnya kemesraan yang ada berkekalan selagi hayat dikandung badan. Betul tak KA?
DeleteSenang kalau awak tak berapa nak dengar soalan abang MD sebab ada orang boleh ulang balik soklan abang haha...Okje dapat bayangkan betapa kecohnya rumah sebelah bila time makan tu hehe...sorang ketawa sorang bercakap sorang menegur hehe....sorang melayan keenakan lauk isteri tersayang masak sampai tak terkata hehe....
ReplyDeleteNanti kita akan rindu saat kecoh macam tu MD....
Memang senang OKje... ada yang tukang repeat ayat-ayat Abang tapi dengan kepelatannya memang susah sikitlah nak faham :)
DeleteAlahai, takkan tak biasa dengar asal nak Maghrib aje memang hiruk-pikuk setaman rumah saya... Dengan mak, superheroes dan bapaknya, semuanya bercakap serentak. Tak tahulah siapa yang mendengar sebenarnya :)
Meriah meja makan tu ye MD.. biasalah melayan karenah anak2 ni.. bila dah besar lain pulak caranya :)
ReplyDeleteMasa ni memang penuh dengan keriuhan aje rumah saya ni. Kalau saya menjerit pun, semua tak heran... Suara mereka lagi meriuhkan :)
Deletepandai menantu ibu..boleh ingat n ulang apa mommy suruh beli.bab comel mintak cium tu yg tak tahan tu..klu dpt mmg kena gomol.hehe
ReplyDeleteabg mmg teserlah pandai..patutlah mommy selalu kena berdas2 denan abang.huhu.
sy tak pernah msk nasi utk dinner..klu ada pun nasi goreng je..sbb lunch dh masak..awak lainlah kerja office hour kan setiap hari..mana nasi lemak mommy cer tayang sikit nk tgok..:)
Kuat membebel sekarang ni, PK. Kalau awak duduk dengan Adik, tanya satu soalan, 10 ayat keluar serentak dari mulutnya. Bukan main berbual macamlah kita ni faham apa Adik cakap.
DeleteKita kalau boleh nak masak yang simple aje hari-hari, PK. Tak cukup masa. Balik dah dekat 6.30 petang pastu nak makan kalau boleh 7.30 malam. Tengok mana sampai dulu, makan time ke Maghrib ...
Nasi lemak wa dah lama tak buat tau ... asyik makan kat kedai aje bila hujung minggu :)
budak baru pandai cakap mmg best layan kerenahnya..pstu apa y keluar dr mulut macam unpredictable kan..
Deletesy yg kadang2 tak keje,off bagai pun masak tak pernah tak simple..always bodo2 je menunya.huhu
Bodo-bodo tapi sedap sehingga seisi keluarga menjilat jari, oklah tu :)
Deletealahaiiiii cute sgt memasing... byk mulut erk.
ReplyDeletetu lah suasana ada anak2.. riuh mcm sekampung...
best2 :)
Kalau tengok dari luar rumah, macam ada 10 anak. Padahal cuma dua aje tapi kekecohan yang dimulakan, memang tak boleh tahan :)
Deleteadik cute tu baru nak nelajar cakap banyak tu MD..tu sebab dioa suka copypaste cakap abang tu..hi hi..mesti seronok kan dengar suara dari mulut comel adik tu
ReplyDeleteDengan pelatnya, dengan ulang balik cakap orang, memang nak gelak bila mendengarnya. Macam comel aje... Eh, apa hal ngaku anak sendiri ni comel ek?
DeleteMesti sedap nasi lemak MD sampai anak2 minta buat lagi tu..
ReplyDeletecara Abang cakap air kosong tak sedap tu mcm gaya Naim cakap nasi tak sedap.. kalau dia tak nak makan tu, alasan dia bg yg nasi tu hari tu rasa tak sedap..padahal mamanya boleh habis sepinggan..
Abang larang Mommy bercakap masa makan ya.. haha.. dapat imagine camna reaksi MD masa tu
Dah lama tak buat nasi lemak. Tapi ni rahsia rumahtanggalahkan... HD buat nasi lemak lagi power dari saya :)
DeleteAbang tu memang gitu. Kita nasihatkan dia lepas tu dia gunakan balik kata-kata kita. Memang suka nak mengenakan Mommy aje si Abang ni :)
Eh.. saya pun ada. Kalau nasi ayam.. bg papa n buat.. sb mng sedap. Jadi saya sekali sekala bodek suruh buat.. haha.. lagi bagus gitu kan. Kita leh rehat masak..
DeleteBaru lepas makan nasi ayam 'free' Sabtu lepas, AN. Nanti kalau kita datang rumah, bolehlah minta Papa N buatkan nasi ayam ya :)
DeleteSaya boleh imagine betapa meriahnya meja makan bila anak2 buka mulut… Tu baru dua MD, saya yg tiga ni pun pening bila tiga2 nak story dalam masa yg sama….
ReplyDeleteHahahaha, pandai abang kenakan mommy yer… Pasrah aje la mommy, mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi…ahaks!
Pening jugakan, Nur. Nak makan pun tercekik-cekik, mana nak layan suami, nak layan anak-anak, nak jawab soalan mereka lagi ...
DeleteMommy juga yang salah ni ... Hahaha!
Assalamualaikum,
ReplyDeleteYelah kak..budak zaman sekarang mmg belajar dari apa yang dilihat..hehe cepat je diorang absorb mcm sponge kan...
regards,
Triplesmiley
Wa'alaikum salam,
DeleteMakpak kena tunjuk contoh yang baik. Hah, itulah pasal Mommy ni asyik kena dengan Abang. Tak lama lagi Adik pulak join sekaki mengenakan Mommy.
nak buat nasi lemat hari kerja memang taklah...hari minggu buat nasi lemak...pagi hingga malam perabiskan nasi lemak itu jer..itu pasal lebih senang beli bungkus..hehehe..gitulah anak-anak bila sorang bercakap..sorang lagi pun sama nak bercakap..nak juga mama daddy dengar... tak nak mengalah.
ReplyDeleteMana nak dan nak buat nasi lemak pepagi. Kalau bangun pukul 5 pagi tu mungkin boleh gak diuruskan :) Tetiba pulak teringat kat nasi lemak bungkuslah, Ema ...
DeleteAnak-anak biasalahkan. Kalau seorang bercakap, seorang lagi pun nak bercakap juga. Kalau tidak merajuk, lagilah susah nak memujuk pulak!
Itulah seronoknya penangan hero-hero MD. Bayangkan tanpa mereka cerita dgn HD pun basa-basi aje kan. Bila dgn dua comel ini meriahnya lain. Kakak yg baca pun boleh senyum sendiri.
ReplyDeleteLepas beberapa tahun kahwin, memang tak havoclah kak asyik tengok muka suami sambil berborak :) Lebih baik dengar anak-anak berceloteh, ada juga faedahnya. Hahaha ....
DeleteKadang tu boleh mereka bertiga bercakap serentak, saya pulak yang suruh lagi dua diam sebab nak dengar apa kata bapaknya .... Kang kalau yang besar merajuk, lagilah susah hidup saya nih :D
he, mana komen tadi.
ReplyDeleteHaa.. nak kena panggil FBI ni.. saya sokmo doh jadi gini masa nak bg komen kat sini.. hihi
DeleteKenapa ek? Memang dah tekan nak publish tetiba hilang ke? Ini kena panggil KGB ni... eh, bukan...FSB :) Kalau panggil FBI, nanti HD marah pulak!
DeleteDuh, saya memang tak reti kalau blog bermasalah ni. Kalau suruh saya cari punca, memang hilang teruslah blog ni nanti :)
Penghibur duka nestapa, lara semualah. Mana nak dapat? Itu pun ada jgk main buang2. Tak menghargai kan? Senang beraalin ssh jgk. Adoi la...
ReplyDeletePelikkan orang yang buang anak merata-rata ni. Mereka for sure tak tahu nikmatnya bila tengok anak-anak membesar. Rugi betullah!
Deletemeriahnya suasana iteww :)
ReplyDeletekan mommy dh kena dgn abg. hihi..
morning mommy..
Hari-hari pun memang meriah suasana di rumah ni, Ciksu. Kalau takda dengar jeritan, hilai tawa, gelak mahupun suara merdu MD, memang sah bukan rumah MD. Salah rumahlah tu ...
Deleteaduhai ... keletah sungguh . meriah ler rumah tu kan .
ReplyDeleteMemang meriah sungguh sampai lidah Mommy dah kelu untuk berkata-kata :)
DeleteAssalam... bizi yeh?
ReplyDeleteAwak di buli ..... http://hainomokje.blogspot.com/2014/05/liebster-award.html.... Mohon sudi kena buli... hehe
Wa'alaikum salam,
DeleteUdah baca. Masih tak faham undang-undang tapi takpa mu tunggu jawapan ku...
he3x....comel je adik nie....senyum sorg akak baca dialog pelat dia tu.
ReplyDeletePelat dah makin terserlah sekarang ni sebab banyak cakap :)
Delete