Salam buat semua kengkawan yang sudi singgah di sini...
Hari ni nak bercerita pasal si Adik Cute pulak. Yalah, katanya jadi Mommy ni kenalah adil dan saksama. Makanya dah berturut-turut cerita pasal si Bubbly Abang, kita mengorak langkah to another chapter in my life- my another cute little angel yang semakin melasak dari hari ke hari @_@
Adik ni of course berbeza sangat dengan Abangnya. Kalau you suruh dia kiss your cheek, dia akan datang kiss and then pergi ke semua orang yang ada bersama-sama you (those yang dia kenallah ya) dan sibuk nak kiss-kiss semua pipi orang yang ada! Melepek ler pipi kita dengan air liurnya tu...
Dia tak takut macam si Abang. Kalau pergi jalan-jalan, mesti nak suruh lepaskan tangan. Kalau tidak memang meraung tak peduli orang lain. Dia perasan kot dia paling cute ^_^ But then, part jalan jengkek-jengkek yang paling I tak gemar. Sengaja dibuatnya bila dapat lepas bebas dari genggaman MommyDaddy. Bila nampak apa-apa yang menjadi perhatiannya, dia tak peduli pun kalau kita pura-pura nak tinggalkan dia di situ. Kita pulak yang kena patah balik dan tengok apa dia buat tercegat tak berganjak... (Ini memang exactly macam Hubbydearie masa kecil dulu)
Bila makan, Adik memang independent. Dia nak makan dan minum sendiri. Tak kisahlah kalau tak dapat masuk mulut. Yang penting, Mommy tak 'kacau' dan sibuk nak menyuapkan. Lepas tu memang meranalah dok menyapu lantai dengan makanan yang lebih banyak tumpah ke meja makan dan lantai rumah!
Adik ni pun dah semakin kedekutlah. Tak tahu ikut siapa. Kalau ada makanan, dia nak bolot semua. Dia nak pegang sendiri. Orang lain tak boleh ambil. Unless kalau kita pura-pura menangis. Kadang-kadang tu, dia bagi juga tapi bila dah nak masuk mulut, boleh pulak Adik suruh kita nganga dan minta keluarkan balik makanan yang diberi. Eh, memang buruk siku Adik ni. Itu tak pasti ikut siapa ... keh3x
Di rumah tak payah ceritalah. Memang patah tulang dok mengemas. Tugas Adik menyepahkan rumah dengan mainannya. Habis semua alas meja, sofa diterbalikkan buat main. Pernah dalam satu minggu (baru-baru ni) I balik rumah tengok habis dinding ruang tamu, pintu dan dinding bilik MIL penuh dengan contengannya. Adui, nak pitam rasanya menahan marah. Hubbydearie kata senang aje,
He's still small. What do you want to do? Scold him? Beat him? Or be with him 24-7 to avoid all these???
Nasib baik Buvi-jon ada ya, Adik. Kalau tidak, meraung juga rasanya Mommy beat tangan tu!
Tak lama lepas tu, Adik 'cuba repair' my Mistral mist fan. Dimasukkannya Uzbek Som (money in Uzbek currency) yang 'diculik' dari handbag Mami yang tak berzip ke dalam kipas. Jenuh Hubbydearie mengeluarkannya dan mungkin HD tak skru rapat-rapat balik, Adik pun bukalah kipas tu dan rosakkan skrunya. Nah, dok bersidai siang malam kipas tu di belakang dapur tak tahu sama ada boleh tak I dapatkan that part dari Mistral distributor.
Oh, ya... I tak beritahukan yang my smartphone yang berusia seminggu pecah berkecai atas jalan tar dek kerana mengejarkan si Adik! Itupun partly my salah. I dok kepit bawah ketiak dengan my purse. Tetiba Adik nak berlari menuju ke jalan makanya Mommy yang super freaking ni pun menjerit sambil mengejar dan 'terbukalah ketiak' ....hehehe.... Maka, jatuh berderailah smartphone. Berkecai sama hati I nih... ~_^
Itu belum tengok my fridge. Luar cantik bila buka aje dalamnya, abis pecah plastik tempat memegang barang di dalamnya dek kerja Adik. Bila dia tak dapat buka, mulalah merengek-rengek tak mahu berganjak dari fridge!
Sekarang ni Adik tengah praktis nak jadi Imam Muda 2020. Bila dengar Azan, nampak Azan di TV, masjid atau ayat Al-Quran, teruslah dia berhenti buat apa yang sedang dilakukan dan duduk sambil ucap 'Allah' punyalah panjang tak tahu berapa harakat @_@ Itulah azan, itulah juga bacaan untuk sepanjang solatnya (selalu 1 rakaat aje)
Adik akan ambil sejadah untuk sembahyang, baca 'Allah' (ganti 'Allahu' akbar) dan sepanjang rukuk dan sujud pun bacaannya sama, lepas tu terus duduk angkat tangan untuk baca doa dan baca 'Amin'. Itu ajelah tertib solatnya buat masa ni.... Bila kita nak baca Al-Quran pun, dia sibuk ambil kopiahnya dan baca 'Allah' aje memanjang sambil mengerut-ngerut muka dan terjuih-juih mulut dek kerana panjangnya sebutan 'Allah' tu.
Satu aje tentang Adik ni, dia memang pandai ambil perhatian dan ambil hati. Adik pun tak 'berat sebelah' tang kasih-sayang walaupun nampak sayangkan Daddy lebih daripada Mommy (kecil hati ni tau...) Kalau salah seorang dari kami suruh kiss, salam atau peluk, dia akan buat untuk kedua-duanya sekali. Sayangkan Abang pun dia juga. Sebelum sempat tangan nak mencubit si Abang, Adik dah siap-siap tolong menangis supaya Abang tak kena. Kalau pun Abang kena cubit dan menjerit, Adik pun akan jerit sama, sambil beriya lari-lari takut nak pukul Mommy. Kalau Abang nangis kena marah, Adik akan tolong Abang marahkan Mommy pulak!
Bila kita bercakap. dia akan ulang apa kita cakap dan suruh kita dengar versionnya pulak. Kalau tidak memang dia merengek. Maka terpaksalah pasang telinga dengar apa yang nak 'diborakkan'. Pernah sekali Abang tunjukkan tangan kirinya yang ada lebam, belum sempat I jawab si Adik pun tunjuk juga tangannya sambil ulang cakap Abang dalam bahasanya sendiri. Kenalah buat benda yang sama, tengok lengannya dan cakaplah apa yang patut.
Sekarang tidur malam pun dah liat sikit. Selalunya kalau time 'liat', I akan angkut masuk bilik, tutup lampu dan tidurkan atas katil. Kalau part dia tak mahu, memang menjerit menangis mendayu-dayu. Lepas tu bila I pura-pura tidur, dia pun slowly nak turun katil dan sampai aje ke pintu bilik akan toleh ke belakang kat Mommy sambil ucap bebye/bubye (byebye). Selalunya sebelum Adik buka pintu bilik nak keluar, I akan pura-pura nangis. Makanya dia akan berpatah balik naik atas katil dan cuba pujuk I sambil dengan comel menyebut ' Mommy! Mommy!' dan memeluk Mommynya. Bila I buka aje mata, again the same scenario akan berlaku. Turun katil, toleh belakang, say byebye dan nak buka pintu bilik and again and againlah. Sampailah I kepit tak bagi bangun... hehehe....
Adik ada habit buruk juga bila mengantuk. Adik suka gigit bibir bawah and satu tangan main rambutnya sampailah dia tertidur. Kadang-kadang, rambut Mommy pun jadi mangsa. Ada masanya dia nak dengar lagu dulu sama ada Alif Ba Ta by Zaki ataupun Gummibear All Songs sampai tertidur. Itulah puncanya dia menyebut 'Allava' (I love you- one of the songs dalam Gummibear) Paling tidak pun, ajak I nyanyi Tanko, Tanko (Twinkle, twinkle Little Stars)
Selain Allava, ini bahasa baby si Adik yang Mommy pun boleh faham :
1. Kalau nak milk mesti tunjuk signal tangan (jari telunjuk dan ibu jari 'dikepit' berkali-kali)
2. Bebye/bubye = byebye
3. Alabina = ribena
4. Abam = Abang
5. Bo-jon = buvi-jon (nenek)
6. Didi = Daddy
... dan banyak lagi...Tapi adakalanya Adik boleh sebut ayat-ayat pendek dengan betul.
Adik juga takutkan lizard. Kalau sebut aje lizard, memang lintang-pukang Adik lari terus naik atas sofa. Mulalah buat muka terperanjat sambil berkerut-kerut kening. Lepas tu membebel macam selalu. Kalau nak stopkan dia dari main air dalam bilik air ke atau apa-apa yang dia tak mahu berhenti, cakap ajelah 'lizard' memang laju dia ketetel berlari 'menyelamatkan diri'.
Rasanya kalau takda Adik dan Abang di rumah, memanglah sunyi-sepi. Sebab itulah Mommy selalu aje bagi alasan kenapa Adik dan Abang tak boleh ikut mak/bapa saudara mahupun sepupu ke mana-mana tanpa Mommy apatah lagi tidur bermalam tanpa Mommy. Alasannya mudah aje,
Budak berdua ni mana boleh tidur malam kalau Mommynya takda!
Yang sebenarnya, maksud yang tersirat ialah Mommy yang tak boleh tidur malam kalau budak berdua tu takda!
Salam MD
ReplyDeletememang cute sgt si adik,perangaipun comel je...kerenah anak2 ni walaupun bila buat perangai akan memeningkan kepala,sebenarnya itulah hiburan utama,tu yg blh jd sunyi sepi hidup tu...mcm sy ni...
Betul tu, WA. Kalau mereka takda, saya ni macam kucing hilang anak. Panas punggung tak boleh buat apa pun. Dok teringatkan mereka. Anak-anak memang tak pernah berenggang dengan saya lebih daripada sehari. Rindu!
DeleteAlahai pipi dia.....
ReplyDeleteStop! Jangan cubit pipi anak saya! Hehehe....
DeleteMana boleh tahan kena tinggal comel macam ini. Kakak tengok pun geram. Tapi kakak dulu pun masa anak kecik-kecik tak boleh pisah dgn anak. Sebab itulah bila anak masuk asrama kakak yg tak boleh tidur lena, makan malam pun berjuraian airmata sedih teramat sangat.
ReplyDeleteDah bijak dua-duanya bila nak tambah ahli lagi MD?
Takda dalam perancanganlah, kak. Kotnya kilang dah tutup premis tak... Memang pun selalu macam tu. Bila nak cubit aje, dia buat muka comel. Tak sampai hati lagi. Makanya bermaharajalelalah dia buat apa suka!
DeleteAlah ...tak cayalah nak marah tu.....lagi lagi anak paling bongsu yg buat onar hehe.... mmg tak jadi marahlah ... Biasalah anak tgh pandai menconteng MD....mmg macam macam murallah dinding rumah kita.....cer ambik gambau sikit nak tengok betapa teruknya dinding tu hehe...
ReplyDeleteKalau dah duk celah...tak kiralah celah pape pun mmg tak sah kalau celah tu tak terbukak dan benda tak jatuh berkecai hehe
Boleh guna lagi ke idak tu?
Itulah pasal...nak lepuk tapi bila buat muka comel, macam tak jadi ajelah niat tu :)
DeleteMural kat dinding takdalah teruk sangat, dah padam pun tapi hati Mommy ni yang lara tengok contengan2 kat dinding tu. Nangis jugalah dalam diam sebab tak boleh nak marah kat anak!
Tulah pasal OKje.... sapa suruh letak celah ketiakkan...memang salah sayalah... dah tahu anak-anak memang suka dengar mak naik pitching sikit, sapa suruh careless.... huhuhu...meleleh gak air mata...tak sempat nak ambil gambar letak dalam blog...keh3x
suka baca kisah anak2 MD ni.... bacadh semua n3 komen sekali kat sini hehehe & maaflah lama x menjgk, leps baik sakit mood berblog turut jatuh merundum lah ! !
ReplyDeleteTerima kasih KA sudi jengah-jengah walaupun takda mood. Tak kisahlah kalau tak sempat komen asalkan KA masih lagi di sini :)
Deletebyknya akal dia yer.. semakin besar semakin byk lah akal dia kan nnti..
ReplyDeletelagi semakin letih lah nak melayan. Tapi anak2 kan. walau mcmane penat pun, tgk muka dorg mmg hilang rasa penat...
esok2 dah besar, belajar masuk U sure rindu kerenah masing2 masa kecik kan
Selalu akak fikir inilah masanya nak bermesra dengan anak-anak walaupun kadang-kadang tu rasa tension juga tengok keletah mereka. Nanti bila dua-dua dah besar, mesti rindu gila kenangan ni semua. Mereka mungkin tak ingat tapi MommyDaddy of courselah sampai bila-bila pun ingat keletah zaman kecil merekakan.... :(
Deletecomelnya rupa dia. haa yg tu ikut sape? hehe
ReplyDeleteIkut sapa ek? (Sambil garu kepala yang tak gatal) :D
Deletenasib baik acik sorang2 ni kalau tidak..msti ada yang pelik..apa lah orang tua tu sengih sorang2 hi hi
ReplyDeleteseronoknya acik baca..macam tengok video pulak..acik memang suka baca kisah anak2..
adik dan abang yang sangat comel/encem
Samalah macam saya ni, Acik. Suka baca sambil senyum sorang-sorang. Banyak kali jugak kena tegur, baru tersedar dok senyum sorang cam apa tah...hehehe...
DeleteNi lama sungguh tak dengar kisah terbaru dari Acik. Kena rampasan kuasa dengan anak ya bila berebut laptop? :)
keleteh adik cute ni semuanya buat ibu senyum2 baca sambil mebayangkan kecomelan dia..terus ibu tu!haha..
ReplyDeleteaiman dah terbiasa berjauhan dengan sy sejak baby,mungkin sbb tu kot aiman jenis tk kisah..afia buat masa skang melekat ngan ibu je la..dah ibu ada nenen..aiman dulu bf masa dlm pantang je..sng la nk ditinggalkan.ibu tinggalkan pun kerana terpaksa..
semua mak pun macam ni..mesti takbley berenggang dengan anak2 kan.:)
Hahaha...tulah! Susahkan bila anak-anak ada ibu/Mommy yang perasan aje nih :)
DeleteSaya tak boleh membayangkan macamana rasanya tinggalkan anak-anak. Rasa macam dunia ni nak menghempap saya aje gamaknya.... terukkan!
Assalam...
ReplyDeleteTerima lasih sudi keteratak bunda...
Kanak2 seusia ini memang banyak lerenahnya....macam2 dia nk buat..ladang2 banyak pulak soalannya ...
Ini adalah proses pembelajaran...normallah tu...kalau dok diam jer otak tak berkembang susah hati jg kan...
Selamat petang...
Terima kasih sudi singgah lagi, Bunda.
DeleteMemang betul tu. Kalau mereka diam aje, pun kita susah hati juga. Kalau tak reti diam pun susah juga... Melayan keletah mereka memang seronok walaupun kadang-kala sakit jiwa raga ni.
Saya faham saangat situasi anak makan sdiri...adeh.tu yang fikir panjang nak tambah ahli dlm masa terdekat..tak tahan nak kemas dengan dua ahmad ni....kalau di rumah kita dah faham keadaan tapi kalau makan di luar, mulalah rasa kesian kat pekerja yang nak kemas meja kami....haha..nasib dialah..
ReplyDeletekalau bab kedekut barang, agaknya Abang dah besar, cara nak atasinya lain sikit kot.. di rumah kami Naim yang kedekut barang, memang harulah situasinya bila dia mula buat kedekut..
haha...part takut cicak, apa ni Dik, tak hensemla lelaki takut cicak....
Manalah tahu yang ketiga bukan 'Ahmad', AN. Mesti nak cuba tu...hahaha...
DeleteSaya pun selalu membebel juga kalau makan di luar tengok keletah Adik. Semua nak handle sendiri. Makanan tak mahu share ya. Maka terpaksalah order something untuk dia dalam small portion. Nanti kita beli kentang goreng, dia nak nasi. Kita beli nasi, dia nakkan mi goreng Abangnya. Tensi...
Saya dah kerap sangat kena. Dia bagi makanan kat saya, baru nak suap dalam mulut dimintanya semula. Ishhh, tak tahulah Adik ni awat jadi gini :)
tang makan kedekut sama dengan abang abdul kecil. dengan kucing pun berkira...heee (tulang pun licin licau)..heee
ReplyDeletegelihati part dia bela "abam" dia..tolong nangis tak untuk "abam"? heee
Oh, ya ke? Memangnya anak bongsu ni kedekut ke apa? Adik biasanya part makanan tu yang kedekut. Part barang, nasiblah ikut mood dia...
DeleteOh, dia quite protective juga. Kalau Abang merajuk dan berpura-pura nak 'keluar rumah', Adik terjerit-jerit sayu panggil Abam suruh masuk balik. Kalau Abang nangis kena cubit ngan Mommy, Adik pun nangis sekali :)
adik comelnya dia.
ReplyDeleteitulah hiburan kak. mcm saya ni
Thanks QR. Adik ni bukan aje perasan dirinya comel, lasak macam guna bateri tahan lama! Ikut suka hati dia ajelah apa dia nak buat. Memang Mommy kena surrender aje :)
Deletecomelnya adik..takut lizard sama cam auntie dee lah..hehehe...
ReplyDeleteNi bagus ni kalau duk serumah. Masing-masing berebut nak menyelamatkan diri daripada 'lijad' nih....
DeleteHahaha...cakap bukan main! Mommynya lagi teruk ya...takut segala haiwan gitu!
ololo adik cute ni keletahnyer memang menghiburkan betulla geram auntie negok dah le encem nih...muka hencem takut lizard eh sama la ngan abang uwais...
ReplyDeleteSetakat ni memang takut 'lijad' Melompat bagai nak rak! Tapi part nakal memang tak boleh tahan. Lasak pun dia juga!
DeleteSinggah membaca komen n reply pula.. seronok banyak komen n reply yg ada info n inti... haha.. free sgt nampaknya daku.. terapi diri sblm menghadap buku karangan budak yg mungkin menyesakkan nafas.... selamat bercuti sehari lagi MD...mami berjalan ke mana arini?
ReplyDeleteHahaha...kiranya 'karangan' saya ni lebih baik daripada anak-anak murid ya :) Mami sakit kaki pulak, semua plan kena cancel. Ingat nak pergi Kuala Selangor, PD dan Melaka. Semua kena cancel. Kita jalan-jalan merewang kat KL habiskan duit aje :)
Delete