Apa kata mak mentua pulak...

Hari ni akak lambat taip entri sebab sibuk sangat....

.....  Sibuk shopping online!

Sebelum I membebel tak ingat dunia, ni nak bagi tau sikit nih...

I sebenarnya 'tak cukup makan' sekarang ni a.k.a berdiet tanpa rela ^_^ So, bila pergi melawat kawasan jiran tetangga, rasa lapar sungguh you all ni pergi tunjuk makanan yang sedap-sedap sehingga meleleh air liur tau!

Di pejabat sekarang ni memang jarang sungguh dapat makan breakfast properly, dengan tenang dan sopan-santun. Ada aje yang datang mengganggu. Di rumah pula memang tak sempat breakfast juga, sebaik aje kaki nak melangkah keluar ke tempat kerja, ada aje dalam kepala ni yang teringat lupa nak buat (Hah, camana ayat ni? Anggap faham ajelah...)

Dinner di rumah pun makan alahai sopan-santun sungguh sambil mengumpat berlainan bahasa ( I suspectkan... Hubbydearie ni selalu ngumpat dengan Mami pasal I pastu tak ngaku, then dia ngumpat dengan I pasal family dia pulak dalam bahasa kebangsaan, pastu bila Mami tanya tak ngaku juga! Hubbydearielah culprit sebenarnya dalam segala misunderstanding yang berlaku, ya! @_@) I memang memanjang aje tak pernah bersalah!

Ni dah cerita pasal menantu-menantu 'hantu' yang berlainan bangsa sebelum ni so kali ni nak tanya pendapat MIL lah pulak apa katanya tentang menantu Melesya yang 'hipokrit' nih (Yalah, asyik berlakon baik aje tapi kat belakang aduhai.... memang pun I baik tau! Kenapa? Tak percaya ke? Mehlah sini berlakon jadi mak mentua I kalau nak tahu sangat!)

Ini hasil kajian oleh suami saya ya, siapa lagi kalau bukan Hubbydearie anak-kesayangan-  tak-pilih-kasih Mami @_@

Hubbydeariekan rajin dok berborak dengan Mami (Kata HD, beliau rindu sangat nak berborak/bergosip dalam bahasa ibundanya kerana di sini tak ramai kaum kerabat yang boleh diajak berjumpa minum kopi sambil borak kosong...kesian alahai I mendengarnya...) Maka satu hari Hubbydearie pun bertanya pada Mami tentang topik hangat - isteri Melesya kesayangannya ini... @_@

Bila Mami memulakan bicara dengan keluhan, Hubbydearie dah suspen. Tension katanya kalau Mami ada banyak komen negatif tentang isterinya. Tapi Hubbydearie of course tak menyalahkan Mami kesayangan kerana pada pendapatnya, isteri kesayanganlah yang harus berusaha lebih untuk menambat hati mentua yang berkunjung sekali-sekala aje!

Kata Mami, menantu yang ini taklah nampak jahat tetapi kalau dibandingkan dengan menantu lagi seorang nun di sana, memanglah menantu yang ini lebih moden dan lebih senang kehidupannya walaupun siang bekerja malam jadi surirumahtangga...

Sebagai ibu mentua katanya, beliau selalu aje cakap yang baik-baik tentang menantu-menantunya. Kalau di sana tanya, macamana menantu yang di Melesya, katanya baik aje. Kalau di sini tanya, macamana menantu yang di sana, jawabnya baik juga...

Tapi dalam hati katanya (ni takda version tapis-menapis, direct cerita dari Mami kepada anak lelaki kesayangannya) walaupun menantu sebangsa tinggal bersama, baik, cekap melakukan kerjarumah dan lebih memahami, adakalanya tidak boleh diterima akal juga sesetengah perbuatannya. 

Bermanis mulut dan pandai ambil hati tapi dalam masa yang sama, ada juga sikap yang tidak boleh tahan Mami melihatnya (Keh3x....akak gelakkan ajelah kan time menantu sana kena...) Walau apapun, Mami tetap berterimakasih pada menantu di sana kerana menjaga mereka sekeluarga dan menguruskan rumahtangga (Itu sebenarnya tugas akak tau kalau tinggal bersama mereka kerana Hubbydearie anak lelaki terakhirkan...)

Menantu yang di sini pulak, memang tak pandai bermanis muka (hah see, see...akak sebenarnya tak hipokrit sangat.... cakap aje berlakon tapi sebenarnya memang itulah diri kita yang sebenarnya), nak kata jahat pun  tidak juga.

Kadang-kadang ada juga yang tak kena pada pandangan tetapi Mami kata kenalah memahami sebab menantu yang ini berlainan bangsa dan budaya. Tak boleh juga nak menyalahkan menantu kerana dia diajar, dididik dengan cara yang berbeza. Cuma Mami dapat rasakan walau sebaik mana pun kami cuba (antara I dan Mami) untuk memahami, jurang komunikasi memang luas terbentang. Sukar katanya nak berkomunikasi dengan menantu dan cucu di sini kerana masalah bahasa dan kerana itu, banyak perkara tak dapat dilakukan dengan baik.

Kata Mami lagi, tengok gaya macam menantu Melesya 'tak heran' pun nak belajar bahasa ibunda mereka mahupun Russian language, makanya kenalah ambil alternatif untuk belajar Bahasa Melayu. Kalau tidak, selamanyalah tak boleh enjoy berbual dengan menantu dan cucu di sini.

Mami pesan pada Hubbydearie supaya ajar isteri dan anak-anak berbahasa mereka juga. Lepas tu, rajin-rajinlah pulang bawa keluarga melawat sanak-saudara di kampung halaman. Yang ini, bukan salah I menghalang ya... Hubbydearie tu yang terlebih comfortable tinggal di Malaysia.

Sebenarnya I rasa sangat bertuah kerana Mami memahami dan memberi restu kehidupan kami sekeluarga walaupun I bukanlah menantu yang diingininya selama ini. Hubbydearie sentiasa berpesan supaya berbuat baik dengan Mami kerana beliau  tak mahu Maminya rasa menyesal walaupun sedetik kerana anak lelaki kesayangan memilih untuk berkahwin dengan wanita berlainan bangsa. Sebab itulah I cuba menjaga tata-tertib sebaik mungkin dek kerana pesanan suami. Bak kata Hubbydearie, his Mami dapat peluk cium jumpa anaknya setahun sekali, tetapi I dapat dia insya allah, seumur hidup ~_^ Makanya inilah sebab I bertabah tak mahu Mami rasa yang perempuan Melayu  tu tak baik.

Bak kata Hubbydearie kepada isterinya,

I tahu tiada siapa yang sempurna. Walaupun you tak boleh jadi sebaik kebanyakan perempuan Uzbek melayan keluarga mentua mereka, I cuma nak you jadi isteri yang baik buat anak Mami dan pada pandangan Mami juga!

Jumpa Mami setahun sekali aje so I guess, no hal lah kan ... @_@



 

 

 



Comments

  1. Just be yrself je MD, KA pun x pandai nk berpura2, bagaimana KA begitulah KA sebenarnya didepan sesiapa pun, KA doakan moga MD & hubby sekeluarga hidup kekal bahagia hingga ke jannah sana yer ! done nuffnang yer !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks, KA.

      Hehehe... KA tau tak...berbunga-bunga hati saya ni tengok KA dah start blogwalking macam selalu :) Rindu tau...

      Eh, ni nak balas komen bukan nak berindu-rinduan pulak... Thanks again kerana mendoakan yang baik2 untuk saya. Hopefullylah KA, sehingga ke jannah. Amin.

      Delete
  2. Assalamualaikum..

    Haha..best kak dpt MIL yg tolerate..ok sgt tuh kak...kadang2 even sebangsa..sekaum ke se ape lagi la bagai...nk dpt tang tolerate tuh bkn senang...

    hehe xpe..yg lain tuh tuh blh upgrade je kak...

    regards,
    Triplesmiley



    ReplyDelete
    Replies
    1. agaknya macamanalah layanan menantu uzbek kat MIL depa kan..curious nak tahu, haha..
      ala..kita kat meleysia ni pun sama gak. menantu jawa mertua melayu..dulu2 pun ada masalah jugak, haha..
      yang penting bagi saya kan...walaupun kita tak dapat banyak buat pahala kat MIL kita, jangan tambah dosa kita, mummydearie

      Delete
    2. Salam Sofia,

      Nasib baikkan Mami tak banyak cerita. Kalau tidak, habislah akak banyak komen negatif dalam INBOX...hehehe....

      Delete
    3. ANIM, menantu Jawa Johor vs. mentua Melayu dari mana negeri mana tu? Kira ada masalah budaya jugalah kan... :) Saya tak pastilah tapi daripada pemerhatian dan apa yang didengari, sememangnya menantu perempuan Uzbek yang tinggal dengan keluarga mentua ni sangatlah menghormati, taat setia dan sentiasa mendahulukan ibubapa mentua. Hubbydearie pernah kata, bila berjumpa bangsanya di Malaysia dan diberitahu yang HD berkahwin dengan orang Malaysia, mereka akan tanya sama ada parentsnya tau atau tidak dan boleh terima menantu luar serta adakah saya tahu bagaimana melayan mentua seperti wanita Uzbek.

      Delete
  3. kekadang tak boleh jadi hipokrit sgt... cuma kekadang kita sbgai menantu n anak ni klu boleh nak bagi yg terbaik untuk parents & in law. act bkn akak sorang jer, ramai lagi yg mcm tuh walaupun laki bini org malaysia. yg penting kena tolerate & kena lah jaga hati mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau hipokrit pun berapa lamalah boleh bertahan, ya tak? Kalau dah hari-hari nampak, eh malas ler nak berlakon selalu :) Mak mentua ni memang besar role play nya dalam kehidupan suami isteri. Maklumlah ibu kepada pasangankan :D

      Delete
  4. betul tu sekali stahun je jpa no hal lah hahahahaha
    lau mmg duk sekali mmg w/pun pahit ditelan jua
    itulah menantu hahah..betul ke idok ni ntahlahhhh kbai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik setahun sekali jumpa, kalau jumpa hari-hari tak tahulah nak buat reaksi macamana.... kalau tak dijaga hati, buat terguris ke memang kita ajelah yang salah. Takkan pulak nak salahkan mak mentua, kan :)

      Delete
  5. Takde manusia yg sempurna kan tp sbg menantu, kita akan cuba buat dan layan MIL kita sehabis baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesiapa pun kalau boleh memanglah tak nak tunjuk yang dia menantu hantu ke apa. Of course nak mak mentua cakap yang baik-baik aje :) Adatlah kan ...

      Delete
  6. Apa lagi MD, nak ambil hati Mami kena la belajar bahasa Russian…
    Tapi kira bagus sbb Mami cuba cover pasal menantu sana dan sini… bermanis mulut gitu agar tak der yang terasa hati….
    Yg lagi best, sekali sekala jer kena layan karenah mentua… buat aje la sekadar termampu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh! Tak boleh! Tak boleh nak hipokrit selalu dan berlakon baik. Hahaha.... Saya ni bab belajar bahasa ada banyak malas. Kalau tidak, takkanlah bertahun duk kerja ngan Jepun pun tak leh cakap. Rugi betul kata Hubbydearie. Tapi rasanya macam nak belajar Russian language gak...senang orang tak leh ngumpat depan2 :)

      Delete
  7. Tapikan okje tetap ada hipokritnya depan mak mertua ....malu weyh....takkan nak tunjukkan sgt kemalasan kita tak pun perangai yg mcm zirafah tu...hehe
    Begitulah sebaiknya sebagai mak....telan je walaupun pahit....hehe sok kalau kita jadi mak mertua jgn lupa buat mcm tu MD...hehe....Tak de manusia yg sempurna, kalau dah duk sebumbung gitulah .... ada je yg tak kena! Apa pun buat baik pada sesiapa saja Inshaallah akan dibalas baik jugak oleh Allah apa tah lagi dgn mertua....cuma biasalah ....kalau diberi pilihan ada ke menantu nak sebumbung dgn mertua? Tepuk dada tanya selera!!!....eh? Macam Karam Singh Walia pulak hehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Esok kalau kita jadi mak mentua, hah nasiblah menantu perempuan ya! Kalau tak suka, kita muncung sedepa kasi hint kat anak lelaki kita. Padan muka dia...hahaha.... Sebelum buat anak orang, sekarang ni kenalah merasa dikenakan mak mentua dulu :)

      Betul tu OKje. Kalau boleh tak mahulah keburukan aje yang nampak depan mata mak mentua. Keharmonian rumahtangga tu penting. Kalau dah MIL tak suka perangai kita, sikit sebanyak akan diinfluence juga anak lelakinya, ya tak? Agaknyalah ... :)

      Delete
  8. Kena sahut tu, cabaran nak belajar bahasa HD, nati boleh faham apa Mami dan HD bualkan...

    Wah bagus juga Mami ni siap bagitahu apa pendapat dia pasal menantu melesya ni...kalau saya oun, tak percaya sepenuhnya apa yg HD bagitahu tu. Kot dah bagitahu sebahagian ke drp yg Mami bagitahu. Saya pulak, kalau kes macam ni, dengar drp orang lain yg buat saya jadi perasan.. ces.. sempat puji diri sdiri pulak kat sini. Mak su rok bagitahu MiL suka snagat saya berbanding menantu lain.. haha.. gelak saya dgr tu.m dia bgtahu sambil bisik2 tu..

    saya juga percaya MD memang layan Mami sebaik yg boleh tu.. .kalau mentua yg jumpa selalu...lain pulak kesahnya nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahunya tak senyum lebar kalau dipuji mak mentua, AN. Kalau sayapun lagilah 2,3 hari senyum tu melekat kat muka ni :)

      Saya tiap-tiap malam pun ada persidangan dengan HD. Siap paksa HD beritahu gak kalau ada apa-apa komen. Barulah ni HD suruh saya beli buah mangga dan nenas, saya pun ikut arahan ajelah. Rupanya HD main peranan beritahu Mami yang saya memang kalau boleh nak belikan apa-apa yang Mami nak makan tapi HD yang tak benarkan. So, Mami kata sambil senyum, baguslah kalau menantu ada fikirkan tentang MIL dan suami selalu :)

      Hah, sampai la nilah saya sengih aje. Kalau boleh hari-hari nak tulis dalam blog pasal ni :)

      Delete
  9. Tak abis komen tadi, teringat pula yg mak su rok bagitahu saya macam tu masa tengah tahun lepas di Korea. Entah sekarang MIL masih pikir saya macam tu lagi tak. Haha.. makin tunjuk perangai menantu dia yg sorang ni. Dah penat dgn keje sekolah, saya tido lepas subuh walaupun mentua ada di rumah masa tu..mmg tak daya nak buka mata pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...baru dapat pujian dan buat perangai ya! OKlah, kalau dapat mentua yang memahami, tentu dia tahu betapa penatnya kita yang kena bekerja dan menjaga rumahtangga juga. Saya pulak sekarang ni cepat tidur sebab HD dan Mami suka berborak lepas Maghrib bawa ke Isyak. Kalau saya duduk pun tak faham bahasa. HD pulak memang leceh sungguh kalau buat translation nih. Maka, saya pun lepas tidurkan anak, saya terbongkang sama.... tak boleh nak kawal kengantukan depan Mami..keh3x.

      Delete
  10. Sebenarnya sebagai manusia biasa bila dah selalu campur (duduk sebumbung) tembelang baik/buruk akan lebih jelas berbanding dengan yg sesekali jumpa. Apa pun yg penting cuba menjadi menantu terbaik, tidak mencaca-marbakan suami dgn keluarga dia dan keluarga kita dah oklah.. Hubungan suami dan anak-anak dgn kita itu yg paling penting diambil kira.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah, Kak. Orang kata, kalau dekat bau busuk. Kalau jauh tu wangi aje baunya...

      Saya sebenarnya no hal tentang Mami datang berkunjung. Bukan selalu pun, maybe setahun sekali, dua tahun sekali gitu. Kesian gak kat Hubby tak dpt jumpa Mami selalu. Tapi, kalau selalu ada kat sinipun saya yang gundah gulana. Habislah segala baik buruk keluar tak dapat nak dibendung nanti...hahaha....

      Delete
  11. kena amik kelas bahasa rusia nmpknya MD baru mami bertambah syg.haha..

    sy ni tak pernah di buat perbandingan sbb en suami anak lelaki tunggal,makanya sy ni menantu perempuan sorg je.mula2 kawen dulu macam2 hal juga.almaklum menantu hantu baru nak belajar jadi org.haha tp yg bagusnya famili en suami jenis tegur melalui anak depa, depan sy kemain manis muka n baik sekali...:)

    Adatlah kan menantu n mertua mesti ada rasa tak puas hati.lagi2 klu jarang jumpa.plak tu ada jurang perbezaan adat n bahasa..terus berusaha menjadi menantu yg terbaik buat mami,isteri yg terbaik buat HD dan mommy terbaik untuk bubbly abang n adik cute..tidak lupa juga bakal mak mertua terbaik buat afia.muahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best apa jadi menantu tunggal. Tak bolehlah nak buat perbandingan. Cumanya kalau mak mentua yang ngada2 (cam kita nilah...) akan cuba compare dengan menantu orang lain pulak :) Kira PK ni dah banyak insaf (keh3x) lepas jadi menantulah,ya. Ni mesti makpak mentua sayang alahai kat menantu yang satu nih. Rajin masak pulak tu :)

      Erkkkssss....sempat lagi tu....takpa kalau setakat Afia, Mommy ok aje. Mommy ni kalau dah tua Afia, takda sapa nak teman shopping. Tu yang Afia pun kenalah belajar teknik-teknik shopping yang menenangkan jiwa raga tu ya. Kalau tak pandai takpa, nanti Mommy ajar macamana nak abiskan duit gaji suami erkkkk..anak lelaki Mommy :)

      Delete
  12. hamboi sibuk shopping online ye...nyoping apa la tu gamaknyer...
    menantu melesya ni...hehe
    Bila MD cerita pasal Mil ni...
    sedih tetibe teringat mil saya yang baru saja meninggalkan kami sekeluaga 2 minggu lepas...Apapun MD kita kena jaga hati mak mentua kita sama dengan jaga hati mak kita anggap dia juga ibu kita..alah saya tahu MD ni menantu yang baik sebenarnya kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sibuk alahai....sampai la ni dapdup dapdup selagi barang tak sampai. Ni dah sebut2, terseru lagi lah alahai nak shopping online. Tulah pasal, janganlah ingat2kan yek :D

      Takziah buat Lizz sekeluarga. Moga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.

      Hehehe...saya suka statement puji-pujian nih :)

      Delete

Post a Comment