Salam buat semua kengkawan,
Pagi ni bila pergi kerja, mood memanglah gembira sebabnya hari ni kan Jumaat. Esok dah hujung minggu. Memang best sangat rasanya kalau tak perlu menghadap kerja (macamlah banyak sangat kerja di pejabat ni)
Tapi, esok Bubbly Abang kena sekolah, ada kelas ganti untuk Chinese New Year. Hari Ahad pula ada replacement untuk his Art Class. Memang penuh jadual Abang minggu ni. Itu yang dia 'bermuram durja' takda waktu rehat katanya. Yang sebenarnya, tak berpeluang nak menghadap komputer main game!
Lepas tu boleh pulak bagi alasan tak suka pergi sekolah sebab selalu rasa rindukan Mommy yang lovely ni bila di sekolah dan nak cepat-cepat balik rumah jumpa Mommy! Boleh ya, Abang bagi alasan syahdu macam tu supaya Mommy 'terpedaya'? Jangan haraplah dapat absent dari sekolah dengan alasan macam tu, ya. Tapikan... kalau betul my beloved superhero feels like that, aduhai... sukanya ai.... Indah dunia ni jadi emak tau *nyanyi-nyanyi sumbang*
Semalam I dah dapat 'hasil rembatan' menyopping online sehari sebelumnya. Dek kerana I kena cari tempat selamat untuk menyumbat hasil tersebut dalam kereta, I tak excited pun nak check bagai barang yang baru sampai. Kata security guard yang terima parcel tu dari courier service (memang kerap mereka ni kena signkan untuk I tau...) nampak gaya 'baju raya' Cik Rynn ni dah sampai. Bolehlah pakai masa raya Cina nanti. I pun jawab dengan penuh selamba... ' Itu bukan baju raya... Itu handbag(s) untuk raya Cina nanti' *lebar senyuman manis akak tau*
Pagi ni bila sampai ke pejabat, barulah I sibuk menggeledah kereta nak periksa barang yang sampai. Adui, tensi akak ni tau! Kelmarin masa dok-tak-berkelip-mata melihat gadis kurus (model) tu posing dengan handbag, tengok macam sesuailah sangat. Tak kecil, tak besar gedabak. Akak ni pulak dah bilang berulang kali ya - walaupun ada measurement dinyatakan, akak ni memang gagal memanjang dalam department ni. Akak tak leh agak ler besar mana. Tapi bila tengok perempuan kurus tu posing-posing dalam website, ok apa. Akak pun tamak, terus beli dua...
Bila tengok balik physically, sentuh sana-sini ... mak ooi...besarnya beg. Kalau sangkut kat bahu (tanpa ada sampah-sarap dalam beg) memang melayut sampai ke punggung ler... Apa ni? Apa ni? Akak tak suka tau *lari-lari keliling pokok Fragaria ananassa sekali lagi sambil nyanyi lagu K-pop*
Inilah masalahnya kalau shopping online ni. Tak dapat nak pegang-pegang, feeling-feeling syiok dengan barang yang nak dibeli. Oleh kerana hasil rembatan yang kurang memuaskan, terpaksalah akak shopping online lagi... *yabedabedu*
Hok oloh..tak kena pulak ya.. abis beg tu apa jadi? Tak ada nak hadiahkan pada orang lain ke? Hihi...ramai yg nak tu..
ReplyDeletesetuju ...saya pun pernah rasa macam ni. Kononnya buat pilihan terbaik, macam best of the best gitu.. last2 bila sampai, kukeciwa.... risiko beli ya.. tapi kalau beli di kedai oun ada juga yg saya rasa menyesal..apa macam.. tak dapatla nak menolong..
selamat bershopping lagi esok lusa.. sian Abang kena sekolah ganti esok ya.. sian aunty ni juga, sama nasib..
Itulah kelemahannya kalau shopping sorang-sorang. Masa nak membeli tu bukan main sesuai rasanya dengan citarasa, bila dah beli rasa macam menyesal sungguh kenapalah ini yang dipilih :) Adatlahkan...nama pun perempuan. Ada aje alasan nak buat benda yang sama berulang-kali :)
Deletehehehe.. hikmahnya bila apa yg dibeli x seindah yang diimpi adalah....boleh bershopping2 lagi yerk! Neway done nuffnang kat sini
ReplyDeleteHikmah tersembunyikan, KA.... Ni panas membara ni sebab beg2 tu semua tak sesuai kalau berbaju kurung. Labuh ya amat. Dah, dah..dah tengok benda baru dah :)
DeleteHehe.....2- 2 labuh sampai punggung ke....bagi mami le....
ReplyDeleteokje tak pernah shopping on line...maklum le anggur pun masih tak berbuah....hehe....lagipun takkan nak usung bag baru ambik budak sekolah kot haha
Alah, OKje mem besar. Minta ajelah kat big bos mesti dapat. Katanya buah hati peneman hidup forever n ever kan. Rugi OKje kalau tak shopping online. Tengah2 jemur baju di ampaian tetiba teringat nak beli selipar baru, teruslah on pc pastu shopping. Tak yah susah2 mandi sebelum fajar, make up tebal tepung komak, dressing bagai, start enjin kereta just nak gi shopping. See, see.... banyak kelebihannya :)
Delete(Nafsu menghasutku dah kembali...)
So minggu ni nampaknya tak bolehlah gi Putrajaya round masjid besi hehe.....
ReplyDeleteKalau dah gitu gamakny aktiviti Bubbly abang...
weh.....nampaknya kena bg tokan guard tu sebab dah sign contract seumur hidup sign parcel hehe..
Alah apa salahnya bawak handbag labuh....style baru katanya....bila nak bust fenomena hehe
Oh, tak pergi mana-manalah OKje this week! First, sebab jadual Abang yang padat sikit. Second, sebab Mami sakit pulak kakinya sampai terdengkut2 berjalan.
Deletetak menahan rembat sampai dua,kasi la besan satu...beg besar sesuai la utk besan yg ada bakal menantu yg comel tu.muahaha gurau je
ReplyDeleteeh sy klu ada measurement siap amik ruler kasi ukur dan budget agak2 panjang mana.lain kali MD kena buat macam sy.kehkeh
Tak sempat. Tak sempat nak ambil ruler bagai tu PK bila nafsu ghairah tu dah sampai. Belek2 tengok budak perempuan kurus tu pakai nampak cantik terus masuk wishlist. Eh tak terus masuk shopping cart gitu. Itu pun 18x fikir nak beli 2 aje ke atau borong aje...huahahaha....
DeletePK kan sekarang bawa beg besar (berapa kg ek handbag comel tu?) macamana saya nak beri lagi satu yang besar dan labuh? Rebeh nanti dua2 bahu! Hehehe....dasar kedekut punya besan!
risiko shopping online mmg gitu lah, tak boleh nak teliti satu persatu..
ReplyDeletetapi klu ikut skrg ni.. online shopping lah jimat. Takyah nak ngadap jam bagai.. mcm lyn mmg suka lah sgt online shopping but only certain thing..
Comfortable memanglah comfortable. Any time leh shopping tapi tulah pasal, bila dah gini tak leh nak meraung menyesal. Sendiri yang belek, sendiri yang pilih. Kalau kat kedai tu boleh jugalah pegang2, belek2 pastu letak and blah :)
Delete